Bab 8
SETIAP dari kita mempunyai rahsia. Rahsia yang tidak perlu dikongsikan dengan sesiapa. Basha tersenyum sendiri. Dia mengetahui semua rahsia Basyira kini. Basyira sedang merancang hendak membeli komputer rupanya! Hmmm… Bermakna Basyira tiada di rumahnya petang esok dalam jangka masa yang agak lama. Basha berjalan perlahan-lahan meninggalkan rumah Basyira. Perbualan mereka terdengar hangat dan menggembirakan. Sesekali Basha tersenyum mendengar usikan-usikan Ryean Eiman. Jelas di pendengar Basha, mereka gemar mengusik Basyira. Basha benar-benar gembira. Dia pulang ke rumah dengan senang hati, beberapa kali tergelak sendiri. Dia berbaring sambil berangan-angan tentang masa depannya bersama Basyira.
Otaknya merakam semula kata-kata Lydia. “Pakcik Basha tu handsome juga orangnya. Bujang lagi!”
Basha segera bangkit, berdiri di hadapan cermin sambil meneliti wajah dan tubuhnya. Ahhh… Perutnya agak mengganggu! Esok dia akan ikut bersenam di hadapan balai. Dia akan membawa trek suit dan mengikuti anggota polis yang lain melakukan senaman ringan setiap pagi. Dia memang sudah lama tidak melakukan senaman. Dia mahu tampil lebih menarik supaya Basyira tertarik padanya.
Oh! Tak sangka… Bisik hati Basha sendiri. Rupa-rupanya Ryean Eiman suka sekiranya Basyira dan aku berkawan. Bagus! Bisik hati Basha. Dia akan berjaya mengubati hati Basyira. Dia tidak akan terkecewa lagi. Dia akan dapat memiliki cinta Basyira walaupun terpaksa menunggu hampir 26 tahun. Oh! Memang penantian ini sangat panjang Syira, namun aku tidak pernah lelah dan tidak pernah kecewa. Suatu hari aku akan menghulur cintaku sekali lagi kepadamu. Kau pasti akan menerima tanpa berfikir panjang.
“TAK PERLU fikir lagi ibu… Ambil saja yang ini.” Kata Lydia sambil menunjuk ke arah gambar yang terdapat dalam katalog di hadapan mereka.
“Tapi mahal sangat.” Bantah Basyira. “RM3,500.00.”
“Oklah tu!” Jawab Lydia. “Perisian yang lengkap dan mempunyai cakera keras serta memori yang besar. Boleh simpan banyak fail. Juga disediakan perisian internet. Ibu dah boleh melayari internet sebaik sahaja komputer ni dipasang di rumah nanti.”
Basyira berfikir sejenak. Tiada masalah baginya untuk mengeluarkan wang sebanyak itu. Tetapi dia merasakan tidak perlu memasukkan internet kerana dia belum tahu menggunakannya.
“Masukkan internet saja ibu. Senang. Semua maklumat ada di hujung jari. Nanti kalau ibu berhasrat hendak mencari sesuatu maklumat, apa yang perlu ibu lakukan hanya menekan dengan jari.”
Basyira ketawa. “Kau ni bercakap mudah saja, Diya.”
Lydia ikut ketawa. “Memang senang ibu. Nantilah kalau ibu dah belajar, ibu akan faham apa yang Diya maksudkan.”
Akhir Basyira bersetuju dengan pilihan Lydia. Basyira tidak sabar hendak pulang untuk mempelajari komputer. Tetapi Lydia masih belum mahu melangkah pulang.
“Diya nak potong rambut.” Kata Lydia sambil merelus rambutnya yang panjang. “Ibu pun potonglah rambut, biar nampak kemas. Supaya nampak lebih cantik. Nanti tentu Pakcik Basha suka!” Lydia juga terikut-ikut mengusik Basyira dengan Basha.
“Agh! Tak payahlah. Ibu pakai tudung Diya… Tak ada sesiapa yang nampak.”
“OK. Suka hati ibulah. Tapi ibu temankan Diya ke salon rambut.”
Basyira mengangguk.
BASHA tahu ke mana Basyira pergi. Dia tidak perlu khuatir apa-apa. Masa masih panjang. Basha membawa tangga lantas ditegakkannya di tepi tingkap bilik tidur Basyira. Dia memanjat tangga sepanjang sepuluh kaki itu hingga kepalanya benar-benar berada dibawah tingkap. Dengan menggunakan pengorek elektrik di tangannya dia mulai menebuk lubang. Tidak perlu terlalu besar. Lubang itu cukup untuk dia melihat keadaan di dalam bilik Basyira. Jika lubang itu terlalu besar, nanti Basyira akan perasan.
Kerjanya selesai dengan cepat, tidak sampai setengah jam. Tangga kayu itu disimpannya kembali di belakang stor yang terletak berhampiran dapur. Dia tahu, memang Basyira meletakkan tangga itu di situ. Dia sudah arif benar dengan setiap barang di dalam stor dan apa yang ada di sekeliling rumah Basyira kerana kekerapannya berada di kawasan itu. Tidak lama lagi Basyira tentu akan pulang. Dia akan menunggu kepulangan Basyira.
Basha duduk di atas kerusi besi berwarna putih di bawah pergola. Di atas meja besi dipenuhi dengan bunga kertas berwarna oren dan merah. Dia menyusun bunga-bunga itu hingga terbentuknya tulisan nama ‘Basyira’. Jemu dia menunggu Basyira yang tidak pulang-pulang. Dihapuskannya karangan bunga yang terukir nama Basyira dengan tangan. Marah rasa hatinya di atas kelewatan Basyira. Kelopak bunga kertas berselerakan di atas lantai pergola. Dia membiarkan sahaja, lantas terus bergerak ke arah motorsikalnya, berniat hendak meninggalkan tempat itu
Malam ni aku akan lihat apa yang kau buat… Kau tidak akan terlepas daripada intipan mataku, sayang! Bisiknya sebelum meninggalkan rumah Basyira.

No comments:
Post a Comment