Thursday, June 26, 2008

Antara Dua Hati - Bab 1


Bab 1

BASYIRA RAHMAN mendongak memandang langit dari berenda tingkat atas rumahnya. Rumahnya itu terletak di puncak bukit kecil di sebuah perkampungan yang sunyi. Nun sayup di bawah bukit terdapat jalan kecil yang berliku-liku, berwarna hitam kekelabuan, kelihatan seperti ular dipalu. Jalan kecil itu hanya muat dilalui sebuah kereta. Jika dua buah kereta berselisihan maka sebuah lagi terpaksa bergerak ke tepi dan memberikan laluan. Begitulah keadaan kampung itu sejak dua puluh tahun lalu. Jalan itu tidak pernah diperbesarkan hanya diturap batu tar hitam menggantikan jalan tanah merah.
Rasa hati Basyira selalu takjub pada kampung halamannya. Biarpun semakin sunyi kerana peralihan generasi, yang tua meninggalkan dunia fana sementara yang muda berhijrah ke kota tetapi itu tidak menghalang dia dari kembali ke daerah ini.
Sudah dua minggu dia pulang ke situ, menghirup damainya udara desa. Terkadang dia tidak pasti apakah tindakannya itu bertepatan dengan kehendak hatinya sendiri. Di mana pun dia berada, dia tetap bersendirian tanpa lelaki bergelar suami. Luka perasaannya belum sembuh sepenuhnya. Pagi itu satu keinginan mulai timbul dalam hatinya, setelah dua minggu hanya duduk btermenung di berenda itu, menyaksikan matahari terbit.
“Aku nak keluar jogging sekejap sebelum hari benar-benar cerah…” dia berbisik sendiri sambil memerhati lagi wajah langit. Kabus masih menyelubungi alam. Suasana di luar rumah sungguh nyaman, sejuk dan mendamaikan perasaan. Basyira cepat-cepat mengenakan trek suit dan baju berlengan panjang. Dia juga Tidak lupa dia memakai skaf pendek bagi untuk menutupi rambutnya. Sejurus kemudian dia sudah berada di tepi jalan, sambil memandang ke arah rumah yang tertegak dalam suram pagi itu.
Dia memang tidak memerlukan sebuah rumah yang besar, sebesar rumah itu. Memang langsung tidak efisyen apabila harus tinggal berseorangan, menghadapi kerja yang banyak. Rumah yang telah lama ditinggalkan, banyak barang tidak berguna yang harus dibuang. Setiap bilik perlu dibersih dan dikemas supaya boleh digunakan. Basyira berangan-angan hendak menjadikan salah satu bilik tidur sebagai perpustakaan. Dia akan membuka kembali buku-buku lama dan menyusunnya semula supaya senang untuk diambil.
Rumah itu adalah warisan kedua-dua orang tuanya. Basyira tidak mempunyai adik beradik. Dia anak tunggal. Maka semua harta ibubapanya jatuh ke tangannya seorang. Melihat rumahnya yang tersergam itu, Basyira tiba-tiba terfikir hendak mencari seorang pembantu rumah, . Sekurang-kurangnya dia punya teman untuk berbicara. Ruang-ruang kosong di rumah itu agak mengganggu fikirannya. Lebih-lebih lagi apabila terbangun dari tidur, mendapati dirinya bersendirian di atas katil yang besar. Dia sebenarnya tidak ingin mengingati lelaki itu lagi, tetapi perpisahan yang terjadi terasa sangat menyakitkan jiwanya sehingga dia berharap akan dapat melupakannya dengan dalam sekelip mata.
Walau bagaimana pun, alangkah mustahil dia dapat melupakan Nordin. Lelaki yang dikahwini sekian lama. Dia tidak akan dapat melupakannya dengan begitu mudah. Masih terasa baru peristiwa itu dan airmata hangat tiba-tiba mengalir perlahan di pipi. Peristiwa itu bagaikan baru semalam terjadi. Air hangat tiba-tiba mengalir perlahan di pipinya.
Jangan menangis Syira… pujuk hatinya. Bukankah kau redha terhadap perpisahan ini? Bukankah kau sudah terima yang bahawa jodohmu dengannya hanya setakat ini sahaja?
Hari pertama dia kembali ke kampung itu, beberapa orang jiran terdekat telah melihat sebuah lori besar berhenti di hadapan rumah. Mereka lantas datang mendekati. Masing-masing terkejut melihat kepulangannya. Mengapa dia balik bersama barang-barang yang sarat memenuhi lori itu. Masing-masing tertanya-tanya mengapa dia balik berseorangan. Tanpa Nordian dan tanpa anaknya juga.
“Aku dah berpisah dengan Nordin, Sal,.” Beritahu Kata Basyira mengambil keputusan untuk berterus-terang. Dia berharap mereka menerima kepulangannya itu dengan senang hati. Dia juga anak kelahiran kampung Bukit Penak ini. Ke mana lagi dia harus pergi jika tidak kembali ke rumah peninggalan ibubapanya itu? Di situ dia pernah tinggal di sini selama tujuh belas tahun hampir 18 tahun, sebelum bernikah dengan Nordin. Di Kampung Bukit Penak situ juga dia membesar. Salmah, Zainon, Milah dan Lina pernah menjadi adalah teman sepermainannya. Tidakkah mereka ingat bahawa mereka dulu begitu rapat. Tidak bolehkah persahabatan yang dulu dieratkan semula?
“Kenapa?” Tanya Salmah dengan dahi berkerut.
“Apa boleh buat, jodoh kami dah habis…”
“Kenapalah nak bercerai dalam umur usia macam ni… Sepatutnya dah tua-tua macam ni, semakin erat kasih sayang, bukannya bercerai-berai.” Keluh Salmah kesal. Dia memandang tepat ke muka Basyira seolah-olah mencari kesalahannya.
Basyira lekas-lekas menunduk, kata-kata itu begitu menghiris perasaan. Dia tidak pernah inginkan menginginkan perceraian itu. Semuanya terletak di tangan suaminya. Pisau dan mentimun di tangan lelaki itu. Dihiris, digolek yang terluka hanya dia seorang.
Agh! Orang yang tak tahu apa-apa, boleh cakap macam-macam! Gerutu hati Basyira. Orang selalu menyalahkan perempuan! Lelaki semuanya betul dan benar belaka. Sakit hati Basyira mendengar kata-kata Salmah. Dia ingi meluahkan segala yang terbuku di dadanya, tetapi niat itu terhalang. Dia tidak sepatutnya mencerita keburukan bekas suaminya itu, biarpun rasa sayang dan bencinya tindih menindih.
Dia cuba mengembang senyum dalam kepedihan.
“Yalah. Dah tua, buat apa la bercerai? Kau nak buat apa kat sini? Apa kau nak buat balik sini? Duduk pula sorang-sorang?” Tanya pula Lina, sambil menunjukkan riak kebimbangan wajah yang kerisauan.
Berdesing telinga Basyira mendengar kata-kata itu. Kata-kata itu dirasakan penuh dengan penghinaan. Bukan itu yang mahu didengarinya…
“Aku nak ke mana lagi selepas diceraikan Lina? Ini rumah mak bapak aku… Tanah orang tua aku. Aku boleh usahakan apa yang patut untuk teruskan hidup. Untuk pengetahuan engkau aku takkan meminta-minta, sebab aku bukannya miskin papa kedana walaupun dah tak bersuami!” Balas Basyira dengan tegas. “Kau nampak tanah di belakang rumah ni? Tanah getah tu hak bapak aku. Apa kauorang susah?” Kepulangannya tidak dialu-alukan. Tanpa sedar dia naik angin. Dia tidak dapat membendung rasa amarah itu apabila dirinya seolah-olah orang asing yang datang untuk membuat kacau di kampung itu. Sesungguhnya dia punya hak di situ.
Dia juga sedar kata-katanya itu akan mewujudkan sengketa jarak antaranya dan teman-teman sekampungnya itu. Tetapi dia tidak peduli. Dia tidak rela hatinya disakiti. Cukuplah sudah hatinya disakiti oleh lelaki itu.
“Maaflah… tak ada berniat nak cakap macam tu gitu!” Jawab Lina serba salah, dan terus berpaling hendak pergi. Salmah turut mengikut langkahnya. Tinggal Zainon dan Milah terkebil-kebil memandang wajah muka Basyira yang merah padam, menahan marah. Dadanya berombak-ombak melihat kedua-dua teman lamanya itu bergerak seiring meninggalkan halaman rumah.
“Kau pun tak suka aku balik ke sini?” Tanya Basyira.
“Kami tak kisah…” Jawab Milah. “Agaknya Lina tu gelisah sebab takut kau tahu sesuatu…”
“Apadia?” tanya Basyira ingin tahu.
“Hai… Kan ladang getah ayah engkau tu laki dia yang toreh… Duit perdua hasil getah tu mana pernah dia berikan pada engkau. Itu yang dia risau kau tiba-tiba balik. Kebun getah tu laki dia buat macam kebun dia sendiri…”
Basyira menggigit bibir. “Tak apalah. Getah tu pun dah tua sangat. Dah tiba masa untuk ditebang dan tanam semula.”
Milah mengangguk, mengiyakan sahaja. “Eloklah kau balik ke sini semula, Syira.” Kata Zainon. “Sekurang-kurangnya rumah arwah emak ayah engkau ni berjaga.”
Hati Basyira agak senang mendengar kata-kata Zainon. Dia mengangguk Cuma.
“Kita jiran paling dekat. Apa-apa hal, kau boleh harapkan kami…” Kata Milah pula menyokong kata-kata Zainon. Basyira mengangguk lagi, bukan semua orang menyambut dingin kepulangannya. Masih ada insan yang mahu menerimanya. Dia masih memiliki kawan setelah memegang status yang paling ditakuti oleh seorang isteri. Selama-lamanya nama itu akan melekat di belakang namanya. Basyira Janda. Status ibu tunggal amat pahit dan pedih untuk ditelan apalagi dalam usia sepertinya, usia yang semakin menghampiri menopaus.
Dia teringat rayuannya pada suatu malam beberapa bulan yang lalu; “Abang nak nikah dengannya. Nikahlah…” Katanya bersama airmata berlinangan. “Tapi jangan ceraikan Syira, bang. Syira rela bermadu. Jangan berikan status janda tu pada Syira.” Terbias wajah Basyira yang muram, duduk terjelepuk di hujung katil.
Nordin diam sahaja menghadapi cermin besar di dalam bilik tidur mereka. Dari cermin besar itu, terbias wajah Basyira yang muram, duduk terjelepuk di hujung katil. Nordin berpaling dan berkata lembut; “Maaflah, Yani tak madu bermadu dengan awak…” Kata Nordin perlahan sahaja, seolah-olah takut hendak melukai hati Basyira yang sememangnya sudah pun berdarah. “Abang memilih dia, Syira. Abang lepaskan Syira. Syira baliklah ke kampung, bawa barang-barang yang ada dalam rumah ni. Semuanya milik Syira. Termasuk kereta sekali.” Kata Nordin dengan lancar. Tiada kesedihan langsung di hatinya. Dia dengan tenang sahaja memberikan semua harta ke tangan Basyira.
“Kenapa abang buat Syira macam ni? Abang tahu tak, walaupun kita berkahwin kerana pilihan keluarga, tetapi Syira sudah sebati hidup dengan abang… Inilah dunia Syira. Tapi kenapa mesti abang ceraikan Syira? Syira sayangkan abang.”
Nordin diam. Dia tidak mampu menjawab kata-kata Basyira.
“Apakah sebab Syira dah tua dan dia masih muda belia?”
Agh! Aku belum tua! Bisik hati Basyira. Tahun ini usiaku baru empat puluh lima tahun. Empat puluh tiga tahun belum begitu tua! Dia cuba memujuk hatinya. Mulai hari ini aku akan lakukan sesuatu yang menggembirakan hatiku. Aku akan berjogging, berkebun, menanam bunga dan membaca novel. Bukankah semua kegiatan itu aku lakukan semasa aku remaja dulu? Aku juga suka menjahit dan memasak. Aku akan cipta duniaku yang tersendiri, di sini. Kebahagiaan dan kegembiraan sebenarnya terletak pada diri sendiri. Dia sebenarnya bukanlah benar-benar bersendirian menghadapi dunia ini.
Satu-satu anaknya Ryean Eiman bekerja di Kuala Lumpur. Anak itu jarang sekali pulang. Semasa dia tinggal bersama suaminya di Perling Jaya, sebulan sekali pun anak itu amat sukar pulang. Selalunya tugasan menjadi alasan. Basyira berharap setelah dia pulang ke kampung, anak itu akan pulang selalu memandang jarak antara kampung Bukit Penak dan Kuala Lumpur hanya dua jam perjalanan.
Basyira membuka langkah perlahan-lahan bagi memanaskan badan. Dia tidak mahu terus berlari sebelum memanaskan badan terlebih dahulu. Jika terus berlari, otot-otot akan menjadi kejang, kerana dia sudah lama tidak bersenam. Justeru itu buat permulaan ini dia hanya akan berjalan-jalan mengelilingi kawasan itu berbukit itu hingga dapat membuat satu pusingan.
Seminggu berikutnya, barulah Basyira mulai berjogging sebaik sahaja selesai menunaikan salat subuh. Suasana pagi yang sunyi dan damai, begitu menggembira hatinya. Kegiatan itu langsung tidak terganggu oleh sesiapa. Tiada sesiapa yang ditemui sepanjang perjalanan pergi dan pulang dari berjogging. Kebanyakan rumah yang dilalui masih bertutup rapat. Dia balik ke rumah tepat jam 7 pagi, lantas menyedia sarapan. Dua keping roti bersapu mentega kacang dan segelas jus oren sudah cukup baginya.
Kemudian dia ke bahagian belakang rumah mencari cangkul supaya boleh mulai berkebun. Ketika itulah dia terpandang takungan air di atas tanah. Tanah itu menjadi lembab. Dahinya berkerut melihat, ada saluran paip yang pecah dan dia langsung tidak menyedari sejak balik ke situ. Kelihatan air terpancut ke atas dengan galak.
“Patutlah air paip tidak sekuat biasa… rupa-rupanya paip ni pecah.” Rungutnya sendiri. Dia terburu-buru menutup paip utama, tidak mahu membazir air. Kemudian dia bergerak ke arah rumah Milah yang terletak paling hampir dengan rumahnya.
“Siapa pandai membaiki paip di kampung ni, Milah?” Dia bertanya. “Paip aku tu pecah… Kalau boleh tolong carikan orang yang boleh membaiki paip tu, hari ni juga.”
“Boleh…” Jawab Milah. “Nanti aku suruh anak aku pergi tanya Basha.”
“Basha? Maksud kau Basharudin?”
“Yalah… siapa lagi?” Jawab Milah sambil tersenyum-senyum, kemudian tergelak kecil tidak dapat menahan geli hatinya. “Takkanlah kau lupa pada Basha tu, Syira?”
Muka Basyira mulai merah padam. Dadanya berdebar-debar. Dia benar-benar tidak sangka, setelah sekian tahun hatinya masih tidak keruan apabila mendengar nama Basha disebut. Dia menggigit bibir, memerhati sahaja ke arah Milah yang tertawa memperlihat gusi yang rongak. Hanya tinggal dua gigi taringnya sahaja. Gigi sebelah bawah juga banyak yang sudah rompong.
Teruknya… bisik hati Basyira. Dia bersyukur biarpun usia mereka sebaya, tetapi gigi-giginya masih elok, tiada satu pun yang tertanggal. Malah semua giginya terjaga rapi, bersih tersusun. Dia sangat menitik beratkan kesihatan gigi dan tubuh badan. Dia pernah membaca buku bahawa diri kita adalah apa yang kita makan. Sememangnya, kita harus menjaga pemakanan. Fikir Basyira. Dia rasa lebih beruntung kerana ada pengetahuan tentang banyak perkara kerana tabiat suka membaca.
Walaupun dia tidak bersekolah tinggi, tetapi pengetahuannya luas. Dia sering ditinggalkan oleh Nordin yang sibuk dengan perniagaan. Masanya banyak dihabiskan dengan membaca pelbagai buku pengetahuan setelah Ryean Eiman membesar dan bersekolah asrama. Dia pula jenis manusia yang tidak suka membuang masa.
“Errr… Ingat!” Jawabnya sepatah.
“Buah hati kau dulu… masa sekolah takkan tak ingat. Yalah… Dia frust menonggeng masa kau kahwin dulu, Syira. Sampai sekarang dia tak kahwin-kahwin.”
Basyira benar-benar terkejut mendengar kata-kata Milah. Mukanya jadi hangat dan dia berharap Milah tidak lagi bercerita tentang Basha. Tetapi mustahil kerana anak Milah telah pun pergi memanggil Basha supaya dapat datang membaiki paipnya yang pecah. Tidak lama lagi dia akan berhadapan dengan Basha…
Hati Basyira benar-benar tidak tenteram. Sepanjang perjalanan pula ke rumahnya dia teringat-ingat pada kata-kata Milah. “Sampai sekarang dia tak kahwin-kahwin…” Kata-kata itu sentiasa terakam dalam fikiran Basyira.
Mengapa? Bisik hatinya. Mengapa hatinya gelisah apabila mengetahui Basha tidak berkahwin hanya kerana dirinya? Benarkah begitu? Atau ada sebab-sebab lain yang membuat Basha menolak sebuah perkahwinan? Basha tua dua tahun daripadanya. Bermakna kini Basha berusia empat puluh lima tahun. Bujang tua…
Bujang tua yang akan bertemu dengan janda… Basyira gelisah. Dia menyesal kerana mengadu pada Milah tentang kerosakan salur paipnya itu. Lebih baik sekiranya dia mencari tukang paip di dalam yellow pages. Apa boleh buat… Terpaksalah dia menemui semula ‘kekasih lama’yang sudah hampir 25 tahun tidak ditemui!
Bunyi deru motosikal yang semakin menghampiri rumah itu, membuat Basyira yang sedang duduk di dapur, tersentak. Dadanya yang tadi sudah tenang kembali berdebar-debar. Dia berjalan lambat menuju ke pintu hadapan apabila terdengar panggilan. Daun pintu ditarik perlahan. Dia bagaikan tidak sanggup untuk bertemu dengan Basha.
“Assalamualaikum…” Tegur lelaki itu sebaik sahaja pintu terbuka.
Basyira menjawab salam yang diucapkan, sambil matanya memandang ke wajah lelaki itu. Dia lihat satu perubahan ketara. Wajah itu meskipun banyak perubahan tetapi masih boleh dikenal. Dia memang Basharudin… Anak muda yang pernah merayu cintanya. Jika bukan kerana pinangan dari keluarga Nordin, sudah tentu dia akan menerima cinta yang terhulur. Tetapi ibubapanya memang berhajat untuk menjadi Nordin sebagai menantu, kerana keluarga Nordin kaya, mempunyai harta yang tidak akan habis dimakan.
Basyira mendapati tubuh Basha lebih berisi dari dahulu. Dia nampak tegap biarpun agak gempal. Rambutnya pendek, sudah ditumbuhi uban terutama di kedua-dua belah tepi telinga serta sedikit di bahagian dahi. Tetapi senyumannya masih menarik, giginya penuh tersusun dan misai tebalnya membuat dia nampak berkarisma.
“Kata Alif, paip Syira rosak…” Kata Basha memulakan bicara apabila melihat Basyira terdiam, merenung ke arahnya tanpa suara. Basyira tersentak, senyum dan mengangguk.
“Yaa… Pecah. Salur paip dekat dapur.” Beritahunya sambil melangkah ke ruang berenda dan mencari selipar. Dia berjalan terlebih dahulu ke arah belakang rumah. Basha menurutinya tanpa suara. Basyira menunjukkan kawasan paip yang bocor itu.
“Memang patutlah salur paip ni pecah… Dah lama sangat.” Kata Basha. “Sekarang orang tak gunakan salur besi lagi. Semua dah tukar plastik, tahan lama, tak mudah pecah. Lagipun kalau salur besi, masalahnya karat.”
“Ooo…” Basyira mengangguk saja.
“Biar abang pergi beli barang-barang dulu.” Kata Basha. “Barang-barang tak cukup. Abang rasa elok tukar semua salur besi yang ada dengan salur getah. Nanti tak adalah pecah lagi ditempat yang lain.”
Basyira terkejut mendengar suara lunak Basha yang terus membahasakan dirinya ‘abang’. Tiada yang berubah. Basha masih Basha yang dulu, lunak, baik dan lembut. Langsung tidak menyimpan dendam dan marah. Basyira mengangguk menandakan persetujuannya. Tak perlulah Basha kerap datang ke situ lagi sekiranya paipnya asyik bocor dan pecah. Satu tindakan yang bijak… bisik hatinya.
“Biar abang ukur dulu panjang paip ni hingga paip utama di tepi jalan tu.” Kata Basha seolah-olah meminta izin. “Paip dalam bilik air masih elok?”
“Elok.” Jawab Basyira sepatah.
“Lebih baik semua salur tukar baru. Supaya tak ada masalah. Rumah ni kan dah lama tinggal.”
“Buatlah apa yang patut.” Kata Basyira. “Jika tak menyusahkan abang. Beberapa hari lepas, paip pancuran itu tidak mengeluarkan air. Agaknya tersumbat. Ataupun tangki tu bermasalah…” Terang Basyira satu persatu.
“Tak apa. Buat satu demi satu… Nanti abang panjat ke atas siling tengok tangki air tu samada tersumbat ataupun bebola di dalam tangki itu dah pecah juga.”
Basyira mengangguk. Basha mulai membuat kerja ukur mengukur dengan menggunakan tali pengukur yang dibawanya. Basyira masuk ke dalam rumah. Dia tidak mahu mengganggu kerja-kerja Basha. Biar lelaki itu membuat kerjanya sendiri… Dia seolah-olah ingin memberikan isyarat pada Basha bahawa dirinya tidak boleh lagi didekati sesiapa walaupun dia kini juga bersendirian.

No comments: