Bab 2
DIA masih terus menunggu kedatangan Ryean Eiman. Sudah beberapa kali dia menjeling jam namun wajah lelaki itu belum jua muncul. Permukaan meja beralas cermin itu diketuk-ketuk dengan hujung jari. Kenapa lambat sangat dia datang ni? Keluhnya sendiri sambil tangan menggagau gagang telefon hendak mendail nombor.
Namun tindakan itu terhenti apabila terdengar ketukan di muka pintu. Datuk Rustam memandang ke arah pintu yang kayu nyatoh bercat coklat gelap itu. Dia pasti Ryean Eiman yang mengetuk pintu tersebut. Gagang telefon diletakkannya semula.
“Masuk!”
Dari sebalik pintu muncul seorang anak muda kacak. Tubuhnya tinggi lampai, berkulit agak cerah. Pertama kali anak muda itu hadir ke pejabatnya dulu, kulitnya lebih cerah dari sekarang. Mungkin kerap kali keluar ke site, jadi kulit itu nampak bagaikan terbakar. Namun ketampanan dan kewibawaannya tetap terserlah. Dia adalah arkitek yang paling berwibawa di syarikat milik Datuk Rustam. Lelaki itu bakal menantunya! Dia tersenyum sebaik sahaja melihat wajah Ryean Eiman.
“Maaf, lambat sikit datuk… Masa nak keluar dari bilik tadi, telefon asyik berdering.” Kata Ryean Eiman sambil tersenyum.
“It’s okay. Lydia pun belum sampai…” Beritahu Datuk Rustam. Ryean Eiman meneruskan senyumannya. Dia tahu kenapa Lydia lambat. Bukankah tadi mereka sempat bertekak di dalam telefon sebelum hadir ke bilik Datuk Rustam. Ryean Eiman berharap mood Lydia akan berubah apabila bertemu dengan bapanya.
“Saya nak tugaskan you dan Lydia mengendalikan projek ni…” Kata Datuk Rustam sambil menghulur sebuah fail. Ryean Eiman menyambut fail itu lantas membukanya.
“Projek perumahan baru. Tapi bukan di Kuala Lumpur. Saya dah lama nak buat projek ni sebenarnya. Kawasan ni adalah sebuah kawasan kampung di pinggir bandar. Jika kita buat sebuah taman perumahan, kos sederhana pasti akan menarik ramai pembeli di kawasan tersebut. Mereka yang berpendapatan RM1,000.00 ke bawah mampu memilikinya. Kita tidak akan letak harga yang terlalu tinggi, nanti orang tak mampu beli. Kita buat kos rendah tetapi mempunyai kualiti yang tinggi. Biar kita tak kutip untung banyak, tapi mampu memuaskan hati orang.Tugas pertama you adalah meninjau tempat ni…”
Ryean Eiman diam sahaja dia membelek-belek pelan dan lokasi tempat yang dimaksudkan oleh Datuk Rustam.
“Kita namakan tempat tu nanti Taman Bukit Indah. Kita buat rumah kos rendah tetapi mempunyai rekabentuk moden, cantik dan mewah.”
“Ehhh… Ini kawasan kampung ibu saya.” Kata Ryean Eiman agak terkejut. “Dekat dengan bandar Mentakab bukan?”
Datuk Rustam mengangguk. “Kamu tahu kampung Bukit Penak ni?”
“Tahu. Memang kampung ibu saya. Masih ada tanah dan rumah ibu di situ. Tapi sejak datuk dan nenek meninggal kami jarang balik. Apalagi sekarang…” Ryean Eiman diam sejenak. Sekonyong-konyong teringat pada perpisahan ibubapanya. Dia tahu ibunya sudah pun balik ke kampung semula dan dia tidak punya masa untuk pulang menemuinya.
Datuk Rustam mengangguk. “Emak saudara saya juga pernah tinggal di kampung tu…” Beritahunya perlahan. “Ada tanah yang dia wariskan kepada saya.” Kemudian menyambung lagi; “Kerana kampung tu kampung ibu you jadi senanglah kerja kita. You balik sana, jumpa emak you, jumpa orang kampung, terangkan pada mereka tujuan kita. Terpulanglah pada kebijaksanaan you untuk buat macamana supaya mereka setuju untuk menjual tanah mereka. Bukan kita nak ambil seluruh kampung tu…” Kata Datuk Rustam sambil menunjuk ke arah lakaran yang terdapat di dalam fail yang terbentang di hadapan Ryean Eiman.
“Kebanyakan tanah yang kita nak ambil ni adalah kebun dan amat sedikit terdapat rumah orang. Kebanyakan penduduk kampung tinggal di kawasan berdekatan dengan paya. Kita tak mahu ambil paya tu… banyak belanja yang terpaksa dikeluarkan untuk menambun tanah. Tapi kita ambil kawasan berbukit sedikit. Kita landaikan tanah terlebih dahulu. Budget kita untuk membina tiga ratus buah unit rumah. Tengoklah di situ saya dah buat calculation…” Kata Datuk Rustam sambil menunjuk ke arah angka-angka yang tertulis di situ.
Ryean Eiman menganggukkan kepalanya, meneliti setiap apa yang tertulis.
“Ini baru anggaran kasarnya saja. You dan Lydia buat kertas kerja projek ni, serahkan pada saya minggu depan. Esok you berdua berangkat ke sana… Tengok dan tinjau-tinjau tempat tu.” Kata Datuk Rustam.
“Sebenarnya ada tanah saya terlibat dan ada juga saya dah beli sebahagian daripada tanah tu. Kerja membersihkan tanah dah pun bermula.” Beritahu Datuk Rustam sambil memerhati jam tangannya.
“Hmmm… Tak sampai-sampai lagi Lydia ni! Tak apalah. Jom kita keluar makan tengahari.” Dia bangun terlebih dahulu, tidak menunggu jawapan daripada Ryean Eiman. Saat itu telefon bimbitnya berbunyi.
“Ya, Mirinda. Kami dah nak keluar ni.” Jawab Datuk Rustam. “Hmmm… Lydia ada bersama awak di sana? OK, kami terus ke sana.” Datuk Rustam mematikan telefon bimbit.
“Rupanya mereka berdua dah tunggu kita di coffee house. Jom…” Ajak Datuk Rustam sambil mencapai kot lantas menyarungkannya ke tubuh.
“You tahu, Ryean… You ni saya dah anggap macam anak saya.” Kata lelaki itu semasa mereka beriringan ke dalam lif. “Walau pun you belum kahwin dengan Lydia, tapi saya dah lama anggap you macam anak. Saya percayakan you…”
“Terima kasih datuk. Saya hargai segalanya.” Ryean Eiman membalas.
“Jika sesuatu berlaku pada saya, tolong jangan hampakan saya Ryean.” Kata Datuk Rustam lagi. “Saya berharap sangat nak bina taman perumahan di Mentakab tu. Saya harap dapat bantu penduduk Bukit Penak memiliki rumah sempurna, baik serta cantik. Kawasan Bukit Penak tu sebenarnya menarik.” Kata Datuk Rustam lagi.
“Saya mahu you buat pelan rumah yang selesa, mempunyai tiga bilik tidur sekurang-kurangnya…”
“Kalau tiga bilik tidur, bukanlah rumah kos rendah lagi Datuk.” Jawab Fidael. “Itu dah jadi rumah kos sederhana…”
“Hmmm…” Datuk Rustam tertawa kecil dan berkata; “Buat dua bilik tak mengapa, tapi pastikan ukurannya melebihi 10 kaki kali 10 kaki. Besarkan sikit…” Katanya sambil menggoyang-goyangkan tangannya. “Macamana dengan orang yang beranak ramai, tentu sendat bilik macam ikan sardin.”
Ryean Eiman turut tertawa kecil sambil berkata; “Yalah… Saya akan lukis pelan tu nanti dan tunjukkan pada Datuk. Saya tidak akan hampakan datuk. Nampaknya macam ada sentimental value di sana, Datuk?”
Datuk Rustam mengangguk tetapi tidak berkata apa-apa. Dia hanya senyum, bergerak ke arah kereta. Driver sudah sedia menanti di luar bangunan pejabat yang tinggi menjulang.
“Naik dengan saya saja Ryean…” Ajaknya apabila Ryean Eiman ingin bergerak ke parking lot bagi mendapatkan keretanya. “Lagipun kita ke tempat yang sama… dan akan menemui dua orang wanita jelita. Kedua-duanya amat saya sayangi. You berjaya merebut salah seorang darinya!” Dia ketawa.
Ryean Eiman ketawa lantas mengikut Datuk Rustam.
RYEAN EIMAN duduk diapit oleh kedua-dua wanita jelita itu menghadapi meja bulat yang penuh dengan hidangan. Datuk Rustam duduk di hadapannya, nampak tidak begitu berselera melihat makanan yang ada.
Dia memandang ke arah isterinya lantas bertanya; Chinese food? Awak tahu saya tak berapa suka dengan chinese food?”
Mirinda mengangkat bahu membalas dengan nada lembut; “Pilihan saya dan Lydia. Kalau tak suka, order yang lain. You suka chinese food, Ryean?” Mirinda berpaling pada anak muda itu, tersenyum manja.
“Saya apa-apa pun boleh…” Jawab Ryean.
“Cubalah rasa dulu, papa.” Pujuk Lydia. “Masalahnya papa tu tak pernah mahu mencuba. Sedap! Makanan ni semuanya dikukus dan masih panas.”
“Tapi papa tak suka rasa minyak bijan. Baunya saja buat papa nak termuntah. Apalagi jika dibubuh bawang putih dan halia…”
“Itulah awak tak tahu bawang putih dan halia tu amat baik untuk kesihatan…” Jawab Mirinda.
“Sejak bila awak jadi pakar pemakanan pula?”
Tanpa sedar, mereka berdua telah terlibat dalam pertengkaran. Mirinda mencapai napkin membantu meletakkannya di atas riba suaminya dan berbisik; “Shut up!” Dia pura-pura tersenyum dan berkata lagi dengan lembut. “Ada nasi goreng, last course sebelum kopi. Jadi awak boleh makan…”
Datuk Rustam diam, memerhati sahaja ke arah Lydia dan Ryean Eiman yang sedang mengambil ikan siakap kukus yang besar di dalam pinggan bujur menggunakan chopstick. Kelihatan Ryean Eiman amat cekap menggunakan chopstick menandakan dia memang biasa menikmati makanan cina.
Dia menelan airliur beberapa kali. Teringin hendak mencuba tetapi rasa malu kerana dia telah memberikan komen negatif sebelum itu. Lantas tangan kanannya mencapai gelas berisi air kosong sambil berkata ke arah Ryean Eiman; “Dah beritahu Lydia tentang perbincangan kita tadi?”
Ryean Eiman menoleh lantas menggeleng. “Nanti saya akan beritahu dia, datuk…” Kata Ryean Eiman sambil menjeling Lydia yang terus tekun memamah makanannya. Dipandangnya pula Mirinda yang duduk berhadapan dengan Lydia. Wajah kedua-duanya nampak tegang apabila saling bertatapan.
“Esok, kamu berdua ke sana.” Kata Datuk Rustam.
“Ke mana?” Mirinda menyoal sambil merenung tepat ke muka Datuk Rustam.
“Ke tapak projek baru. Di luar Kuala Lumpur.”
“Diya takkan pergi dengan dia!” Kata Lydia dengan pantas lantas mencampakkan napkin ke atas meja. “Execuse me!” Lydia terus bangun dan berjalan laju menuju ke ladies room.
Tiba-tiba tangan kanan Mirinda tersentuh minumannya, lantas gelas itu bergolek ke arah Datuk Rustam. Lelaki itu pantas menyambut gelas, bimbang ianya jatuh ke lantai. Bajunya basah akibat terkena air yang tertumpah. Datuk Rustam menahan marah, tetapi tidak berkata apa-apa. Dia bangun dan terus menuju ke bilik air.
Ryean Eiman memandang Mirinda yang tersenyum, langsung tidak menunjukkan rasa bersalah walaupun sedikit.
“You sengaja buat macam tu?” Ryean Eiman berbisik ke arahnya.
“Yaaa…” Jawabnya manja, terus tersenyum mesra. “At last, kita ditinggalkan oleh mereka berdua untuk bersama.”
Ryean Eiman tidak menjawab, kakinya terasa digesel dari bawah meja. Dia membiarkan sahaja kaki Mirinda menggesel kakinya. Tidak lama kemudian tangan Mirinda menjangkau ke arah pahanya.
“No… Jangan buat hal di sini. Datuk atau Lydia akan kembali bila-bila masa saja…”
“Kenapa? Takut?”
“Bukan takut…” Jawab Ryean Eiman serius. “I nak elak dari masalah. Buat masa ni, I tak mahu sebarang masalah, OK? You tahu sebab apa I bergaduh dengan Lydia sebelum datang ke sini tadi?”
“Kenapa?”
“Sebab dia jumpa kad valentine yang you kirim tu… Lain kali jangan buat macam tu lagi. Nanti ribut!”
Mirinda mengangguk. “OK. I faham.”
Mirinda duduk tegak semula. Kakinya dirapatkan dan kedua-dua tangannya berada di atas meja. Dia cuba menikmati makanan yang masih banyak di atas meja. Tidak lama lagi pelayan akan datang mengambil hidangan itu dan akan menggantikannya dengan hidangan yang lain pula. Tetapi Datuk Rustam dan Lydia belum kembali.
“Mari kita makanlah. Kedua-dua beranak tu lambat benar… Mari kita habiskan saja.” Ajak Mirinda sambil mencapai chopstick dan mulai makan.
Sejurus kemudian Datuk Rustam kembali ke meja tetapi Lydia terus tidak muncul. Ryean Eiman terus tenang, tidak peduli ke mana Lydia menghilang diri. Dia tidak perlu buru-buru mencari kerana dia percaya Lydia akan kembali kepadanya setelah hatinya sejuk dan rasa marahnya hilang.

No comments:
Post a Comment