Bab 14
RYEAN Eiman masih berada di mejanya, tika Lydia menolak pintu pejabat. Lelaki itu masih menghadapi pelan yang terbentang di hadapannya. Di tangannya masih terpegang sebatang pensil. Dia sedang meneliti kertas di hadapannya dengan tekun.
Lydia melangkah masuk, mendekati meja. Tanpa suara dia hanya memerhati. Dia menggigit bibir menahan senyum. Nampaknya Ryean benar-benar lupa hari itu adalah hari lahirnya. Dan Basyira sedang menyediakan hidangan istimewa untuknya malam itu.
“Yes…What do you want?” Tanya Ryean Eiman mengangkat kepala apabila sedar Lydia asyik merenungnya sambil tersenyum sendiri. Sebenarnya dia agak terganggu menyedari Lydia sedang merenungnya begitu. Gadis itu kelihatan begitu anggun. Apalagi hari itu dia mengenakan kebaya satin berwarna perak, corak batik yang dilukis dengan warna hitam bercampur merah.
“Peraturan ke sepuluh untuk menawan hati wanita… jangan tanya berapa umurnya dan jangan tanya apa yang dia mahukan…”
“Kalau tak tanya macamana nak tahu? Sejak masuk ke sini tadi, you asyik tersengih-sengih sambil renung I kenapa? Apa yang tak kena?”
Senyum Lydia makin lebar akhirnya dia ketawa. “You tahu apa yang I mahukan? Saat-saat macam ni balik ke rumah, berehat dan menikmati masakan ibu.”
“Mana you tahu, malam ni ibu akan memasak? Selalunya makanan bungkus yang dibeli di bandar yang akan disajikan. Sekarang ni dia sibuk dengan hobi barunya…” Kata Ryean Eiman sambil menggulung kertas di hadapannya. Matanya memerhati jam tangan. Jam menunjukkan ke pukul enam tiga puluh petang.
“Jom kita balik…” Ajak Lydia.
“Wah! Cara you ajak I balik tu, macam kita dah jadi suami isteri!” Usik Ryean Eiman sambil tersengih. “Tapi malam ni bukan malam jumaat.” Dia meneruskan usikan sambil memandang nakal ke tubuh Lydia.
“Agh! Mengarut pula dia.”
“Apakah you tak teringin dan tak pernah terfikir ke arah itu? Setiap hari pergi dan pulang dari kerja bersama… Tinggal di rumah yang sama. Dan berkongsi katil yang sama?”
“Gila ke apa you ni? Dah sasau?” Ejek Lydia dengan bibir tercebik. Bukan dia tidak sudi. Angan-angan itu memang indah. Tetapi bukankah dulu Ryean belum mahukan sebarang ikatan. Kini mengapa pula dia berangan-angan begitu?
Memang sukar untuk memahami hati lelaki ini… Bisik hati Lydia. Di saat hatiku terbuka untuk menggenggam cintanya, dia seperti menolak. Dan ketika aku menolak dia terburu-buru menginginkan sebuah ikatan!
“Nak singgah dulu di Mentakab?” Tanya Ryean Eiman memandu kereta menuju ke bandar. “Beli sesuatu?” Dia melanjutkan pertanyaan apabila Lydia hanya diam. Sempat dia menjeling gadis yang duduk di sisinya yang kelihatan merenung jauh.
“Tak payahlah… Tentu ibu dah masak.” Jawab Lydia.
“You yakin sangat ni kenapa?” Tanya Ryean Eiman mengangkat keningnya sambil membelokkan kereta tidak jadi hendak menuju ke pusat bandar. Dilihatnya Lydia terus tersenyum-senyum sendiri. Happy semacam je… Kau fikir aku tak ingat sesuatu? bisik hati Ryean Eiman. Apa rancangan Lydia dengan ibu? Jangan-jangan nak kenakan aku ni!
TIDAK MENGAPA tiada kek pada hari jadi Ryean kali ini… Bisik hati Basyira. Dia akan menyediakan nasi beriani. Memang dia tidak punya hati lagi untuk ke kedai kek yang lain, walaupun terdapat puluhan kedai kek di bandar itu. Mengingati peristiwa petang tadi, hati Basyira masih diburu rasa geli hati. Bukan hanya keknya yang terjatuh ke lantai tetapi tubuh Yani Azhan juga… Berdebuk ke lantai seperti nangka busuk. Basyira terus tersenyum lagi.
Ahhh… Memang melucukan! Bisiknya. Mengapa dia tidak habis-habis ketawa seorang diri? Marah hatinya. Jangan terlalu banyak ketawa Syira! Marah hatinya lagi. Kalau terlalu suka lawannya duka…
Basyira memerhati ke arah ayam yang ada di dalam sinki. Dia mesti memulakan kerja supaya siap tepat pada masa Ryean dan Lydia pulang nanti. Mereka pasti pulang menjelang pukul tujuh. Basyira melihat jam yang baru menunjukkan ke angka lima. Masih ada dua jam… pasti sempat untuk menyediakan nasi beriani, ayam masak merah, dalca sayur dan acar timun.
Basyira mulai membersihkan ayam, lantas melumurkannya dengan garam dan kunyit. Dia turut mencuci beras. Segala rempah ratus sudah disediakan. Sayuran juga sudah pun dipotong. Dia mulai menumis dengan memasukkan campuran minyak sapi dan marjerin ke dalam kuali.
Namun belum sempat memasak, dia mendengar deru kenderaan di hadapan rumah serta bunyi hon yang menjerit bertalu-talu. Bunyi kereta itu agak asing di telinganya. Siapa yang datang? Bisik hati Basyira lantas bergegas ke ruang depan. Daun pintu dibuka. Di luar dia mendapati sebuah kereta BMW merah yang berkilat terparkir benar-benar di tengah-tengah halaman dan seorang lelaki keluar dari kereta tersebut. Lelaki yang amat dikenalinya.
Tubuhnya kaku, dadanya berdebar dan hatinya diruntun pelbagai perasaan. Langsung tidak diduga kemunculan Nordin di hadapannya setelah tiga bulan lebih tidak bersua muka. Di wajah Nordin tergambar kemarahan, bibirnya langsung tidak mengukir senyum. Dia berjalan laju ke arah Basyira dan terus menengkingnya dengan suara yang kuat; “Apa yang kau dah buat pada Yani?”
Basyira terkejut mendengar pertanyaan Nordin. Dia tidak dapat bersuara, dahinya berkerut kehairanan. “Kalau apa-apa jadi pada Yani, aku akan dakwa engkau. Engkau sanggup cederakan Yani. Mengapa engkau berdendam dengan dia?”
“Cederakan dia? Apa maksud engkau?” Dia membalas kata-kata Nordin dengan kasar, tidak lagi berbahasa lembut seperti dahulu.
“Jangan pura-pura tak tahu. Engkau tolak dia hingga terjatuh. Pinggangnya cedera, mungkin patah akibat terjatuh. Kalau sampai jadi apa-apa padanya… siap engkau Basyira! Aku takkan biarkan engkau!!” Kata Nordin sambil menuding jarinya ke muka Basyira.
Basyira terkejut mendengar Yani Azhan tercedera. Memang dia terjatuh tetapi bukan ditolak oleh Basyira. Bukankah dia terjatuh sendiri semasa cuba mengejar Basyira ke kereta?
“Aku tak tolak dia…” Kata Basyira. “Dia jatuh sendiri semasa cuba mengejar aku keluar dari kedai kek itu. Pekerja di situ saksinya yang aku tak tolak dia…”
“Kau tolak dia!! Pekerja itu mengaku melihat engkau menolak Yani!” Tengking Nordin lagi. “Kau tolak dia hingga kek di tangannya terjatuh. Kemudian kau tolak dia sekali lagi di luar kedai…”
“Tidak!! Itu tidak benar. Aku tolak dia sekali tetapi dia tak jatuh… hanya keknya saja yang jatuh ke lantai.” Kata Basyira lagi. Kata-kata itu membuat mata Nordin memanah tajam ke mukanya.
“Betullah kau tolak dia hingga kek tu terjatuh… kau ni memang jahanam! Nak kena!” Nordin mengangkat tangannya lantas terus melempang pipi Basyira. Basyira terkejut di atas keberanian Nordin. Dia tidak sangka Nordin sanggup memukulnya. Mereka bukan lagi suami isteri dan Nordin langsung tidak berhak hendak menghukumnya.
Dia tidak sempat mengelak. Pipinya terasa perit. Airmatanya mengalir perlahan. Dia menangis bukan kerana sedih atau pun takut. Dia menangis kerana hatinya terasa sakit dan luka akibat perbuatan dan tuduhan Nordin. Yani Azhan telah memutarbelitkan cerita untuk menyalahkan Basyira.
“Kau ni memang perempuan tak tahu malu! Orang dah tak sudi tu sudahlah! Buat apa kau ungkit lagi? Mengapa kau kata Yani tu perempuan jahat? Perampas laki engkau. Aku bukan lagi laki engkau, faham? Aku pun tak sudi dengan engkau lagi Basyira! Jangan ganggu hidup kami! Ingat! Ini amaran pertama! Jangan datang dekat dengan Yani lagi lain kali!”
“Sudahlah! Jangan datang ke sini semata-mata untuk hina aku!” Jerit Basyira. “Pergi dari sini!!” Basyira berlari menutup pintu sekuat hatinya. Dia tidak ingin berhadapan lagi dengan Nordin. Dia bersandar di belakang pintu dan menangis sepuas hati. Lututnya terasa lemah lantas dia terduduk di lantai, meneruskan tangisan pilu.
RYEAN EIMAN meletak gagang telefon perlahan di tempatnya. Dia memandang ke arah Basyira yang masih duduk terjelepuk di tepi pintu. Airmatanya tidak henti mengalir. Pujukan Lydia tidak mampu menghapuskan airmata Basyira.
“Dia tak apa-apa ibu.” Beritahu Ryean Eiman. “Saya baru bercakap dengan ayah. Yani hanya terseliuh sedikit dan sudah pun menemui doktor.”
Basyira tidak menghiraukan kata-kata Ryean Eiman. Dia termenung jauh, airmata terus mengaburi pandangan.
“Ibu tak peduli apa yang berlaku pada perempuan tu…” Jawab Basyira. “Walau dia mati sekali pun ibu tak peduli. Tapi ibu sakit hati dengan perbuatan dan tuduhan Nordin. Dia terlalu berani. Ibu bukan lagi isterinya tetapi mengapa dia harus menyakiti ibu lagi?”
“Sudahlah. Biarkan saja ayah menuduh ibu. Saya harap ibu juga jangan dekati mereka lagi.” Kata Ryean cuba menenangkan hati Basyira. “Ibu, lupakan apa yang ayah katakan tadi. Walau apa pun yang diucapkannya pada ibu anggap saja seperti angin yang lalu, yang sama sekali tidak akan menjejaskan kehidupan ibu. Ibu telah membuktikan bahawa tanpa ayah, ibu akan bahagia. Kebahagiaan yang cuba ayah bina di atas airmata ibu pastinya takkan bertahan lama. Percayalah! Saya yakin bahawa kebahagiaan tetap menanti ibu …”
Ryean Eiman mendekati Basyira lantas memegang bahu ibunya dengan lembut dan penuh simpati. “Bangunlah ibu. Waktu maghrib pun dah masuk. Elok ibu bersihkan diri dan kita keluar makan.”
Basyira mengangguk lembut. “Kita keluar bertiga…” Sahut Basyira perlahan.
“Tak seronok bertiga… macamana kalau berempat? Ajak pakcik Basha…”
Basyira mencubit lengan Ryean Eiman. Lelaki itu membiarkan sahaja cubitan itu hinggap di lengannya. Mujur cubitan itu tidak kuat dan dia langsung tidak merasa sakit.
“Saya serius ibu!” Kata Ryean Eiman sambil meneruskan senyumannya. “Tak salahkan kalau ajak pakcik Basha?”
“Suka hatilah.” Akhirnya Basyira mengalah.
“Maaflah, niat di hati ibu hendak masak sesuatu yang istimewa malam ni sempena harijadi kamu tidak kesampaian Ryean…”
“Harijadi saya! Ya, saya ingat! Sebab itulah saya dah tempah meja di Sakura Café. Nasib baik juga ibu tak jadi memasak.” Kata Ryean Eiman sambil berbisik ke telinga Basyira. “Tapi saya buat-buat lupa di hadapan Lydia. Pasti dia geram sebab saya permainkan dia!”
Basyira tertawa biarpun airmatanya masih belum kering. “Nakal!”
“Sesekali ibu. Lydia tak boleh marah, sebab hari ni hari jadi saya. Biarkan dia terkejut… Saya tahu dia dan ibu nak buat kejutan untuk saya kan?”
Basyira mengangguk. Ryean Eiman memeluk ibunya erat. “Walau bagaimana pun terima kasih di atas ingatan ibu.”
Basyira merenung muka Ryean Eiman yang tersenyum mesra. Menatap senyuman anaknya itu, duka di hati Basyira sedikit sirna. Betapa kasih sayang Ryean Eiman terhadapnya mampu menghapuskan kesedihan yang bermukim di hati.
LYDIA memaut tangan Ryean Eiman memasuki Sakura Café. Sengaja Ryean Eiman berjalan mendahului, membiarkan Basha dan Basyira berjalan seiring di belakang. Mereka terus menuju ke meja yang ditempah oleh Ryean Eiman. Pelayan sudah menunggu untuk mengambil pesanan dari mereka.
Basyira kelihatan gembira dan berbual mesra dengan Basha. Memang berbaloi dia mengajak Basha menyertai makan di kafe pada malam itu. Basyira seolah-olah sudah lupa pada peristiwa petang tadi. Dia tergelak mendengar Basha membuat lelucon. Lydia juga tertawa kecil, terhibur mendengar cerita-cerita Basha tentang masa lalunya, ketika dia seusia dengan Lydia dan Ryean.
Mereka masih berbual semasa makanan dihidang. Sewaktu tiba tadi, pengunjung tidak begitu ramai kini kafe itu semakin terisi. Hampir-hampir tiada meja yang kosong. Saat itu Ryean Eiman memandang ke pintu, dia terkejut melihat kehadiran bapanya Nordin bersama Yani Azhan di situ. Dia berharap Nordin akan meninggalkan tempat itu apabila terlihat mereka, malangnya penyambut tetamu kafe telah membawa mereka ke sebuah meja yang kosong. Nordin dan Yani pula tidak menyedari kehadiran mereka. Meja itu berdekatan dengan meja Ryean Eiman dan Basyira. Saat hendak duduk, barulah Nordin terpandang mereka.
Basyira juga telah terlihat pasangan itu. Dia mendapati Yani Azhan kelihatan sihat, malah berpakaian anggun sekali pada malam itu. Hatinya kembali digayuti rasa pedih dan terhina. Jelas perempuan itu tidak apa-apa… Tapi sanggup Nordin datang untuk memukul dan menyeranah dirinya?
Basyira menahan nafas, lantas meletakkan napkin ke atas meja. Seleranya hilang serta merta. Dia ingin bangun meninggalkan meja. Ryean Eiman bimbang ibunya akan pergi menemui Nordin dan mereka memulakan pergaduhan di kafe itu. Malu!
Basha sedar akan perubahan sikap Basyira. “Kenapa?” Dia bertanya Basyira dengan lembut.
“Bekas suami Syira dan tunangnya di meja berdekatan kita ni…” Kata Basyira, cuba bersuara setenang mungkin.
“Mana?” Basha memandang ke arah meja Nordin. Nordin juga memandang Basha dengan pandangan tajam dan mengancam.
“Syira nak tinggalkan tempat ni?” Tanya Basha berbisik.
Basyira mengangguk.
“Pakcik Basha temankan ibu…” Pinta Ryean Eiman mengharap. Dia benar-benar simpati terhadap ibunya.
Ryean Eiman memandang ke arah Yani Azhan dan Nordin yang juga memandang mereka. Wajah kedua-dua insan itu masam mencuka. Hati Ryean Eiman ikut robek dan terluka. Ayah melampau! Sanggup datang memaki hamun ibu… Macamlah Yani tu dah mati! Tapi sebenarnya dia sihat walafiat. Tak sangka boleh keluar makan malam dengan gembira setelah membuat tuduhan liar terhadap ibu! Hati Ryean Eiman ikut marah dan meradang. Dia menggenggam penumbuk. Dia juga tidak punya hati lagi untuk berada di situ. Nampaknya kegembiraan hendak menikmati makan malam sempena harijadinya telah benar-benar musnah!
“Dah tentu. Jangan bimbang!” Kata Basha sambil bangun mendahului Basyira. Dipegangnya tangan Basyira lantas memimpinnya keluar dari kafe itu. Basyira terkejut melihat aksi Basha, tetapi membiarkan sahaja perlakuannya. Nordin memerhati dengan bibir tercebik penuh benci. Matanya terus mengawasi mereka keluar sambil berpegangan tangan.
Sengaja nak menunjuk-nunjuk! Bisik hati Nordin marah. Tapi siapa lelaki itu?
“HEI! Mana hadiah I?” Tanya Ryean Eiman tiba-tiba. Mereka kini dalam perjalanan pulang. Basyira dan Basha telah pulang lebih dahulu. Lydia memandang Ryean Eiman. Bibirnya tersenyum.
“Hadiah?” Dia bertanya semula.
“Yalah. Hadiah harijadi. Mana dia?”
“Betul-betul nak hadiah ni?” tanya Lydia seolah-olah meminta kepastian.
“Yalah. Bukan selalu you nak beri hadiah. Setahun sekali je…” Usik Ryean Eiman sambil menjeling Lydia.
“Sekejap lagilah bagi. Kat rumah…” Kata Lydia cuba mengelak.
“I tak nak balik lagi. Kita pergi somewhere… Kita bagi peluang pada ibu dan Pakcik Basha berbual panjang malam ni.” Kata Ryean Eiman sambil tergelak, ingin melupakan insiden di kafe tadi.
Kereta terus dipandu perlahan, menegur lampu-lampu yang berderetan di kiri kanan jalan yang memancarkan sinar terang. Mereka masih berpusing-pusing di sekitar bandar Mentakab, tidak tahu arah tujuan sebenar.
“Ingat lagi tak hadiah yang I beri pada you tahun lepas? I tak nampak pun you pakai jam tu…”
Ryean Eiman agak terkejut, memerhati pergelangan tangannya yang tersarung dengan jam tangan kulit. Memang sudah lama dia tidak memakai jam tangan hadiah dari Lydia, sempena hari lahirnya yang ke dua puluh lima tahun. Masakan dia nekad untuk memberitahu Lydia bahawa jam tangan itu telah hilang. Pasti hati Lydia akan tersinggung. Setiap hadiah sepatutnya dijaga dengan baik… Apalagi jika pemberian daripada orang yang tersayang.
Tetapi benarkah dia sayangkan Lydia?
“Kita berhenti makan sate… I masih laparlah!” Kata Ryean Eiman, memberhentikan kereta di tepi jalan. Soalan Lydia tidak dijawab. Dia sengaja menukar topik perbualan supaya Lydia terlupa tentang jam yang telah hilang itu.
Di seberang jalan terdapat gerai sate. Kelihatan agak ramai pelanggan di situ. Gerai yang terletak berhampiran dengan bangunan Telekom itu memang terkenal menyediakan sate yang enak di Mentakab.
“Hmmm… I pun masih rasa lapar. Tadi banyak makanan tak sempat dihabiskan…” Jawab Lydia bersetuju.
“Tapi you tak boleh makan sate banyak sangat… Nanti gemuk. Tak larat I nak dukung!” Gurau Ryean Eiman sambil tersengih.
Lydia menampar lengannya, Ryean Eiman pantas mengelak. Dia masih ketawa ketika keluar dari kereta. Dia suka melihat muka Lydia yang merah padam kerana geram mendengar kata-katanya. Gadis seperti Lydia memang amat takut gemuk, takut kelihatan tidak menarik di mata lelaki. Dan dia amat bimbang sekiranya ditinggalkan hanya kerana tidak memiliki potongan badan yang menarik lagi.
Selepas menikmati sate, mereka masih belum berniat hendak pulang. Lagipun malam masih awal. Memang Ryean Eiman sudah lama tidak keluar malam, seolah-olah sejak balik ke kampung, dia tiada kehidupan malam. Jika dulu dia dan Lydia akan ke disko menghabiskan masa dengan menari dan berpesta, kini kehidupan itu bagaikan sudah dilupakan. Atau tanpa pengetahuan Lydia, dia dan Mirinda keluar makan lewat malam di Bangsar kemudian terus menghabiskan sisa malam di hotel atau di mana-mana tempat yang jadi pilihan wanita muda itu. Dan apabila dia bersama Mirinda ingatannya pula akan mengembara dan terkenangkan Lydia, resah memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh gadis itu. Begitu pun sebaliknya, apabila bersama Lydia, dia akan teringat Mirinda.
Sate di dalam pinggan sudah pun tinggal dua tiga cucuk. Sementara lambakan lidi di hadapan mereka kelihatan membukit.
“Nak tambah lagi?” Tanya Ryean Eiman sambil memandang Lydia yang sedang menyedut minumannya. Lydia menggoyangkan tangan.
“Dah terlalu kenyang, sampai tak larat nak bangun.”
Ryean Eiman ketawa lembut. Dia juga sudah kekenyangan bagaikan ular sawa yang tidak mampu bergerak lagi. Apa yang dia perlukan sekarang adalah tidur. Hari itu merupakan hari yang memenatkan, malamnya pula disulami dengan pelbagai peristiwa. Ryean Eiman tiba-tiba teringatkan ayahnya. Langsung tiada ucapan selamat daripada Nordin. Tidak mengapa… Dia benar-benar lupa bahawa Ryean Eiman masih anaknya biarpun lelaki itu akan mengahwini wanita lain.
Ayah… Ayah… Ryean Eiman menggelengkan kepalanya. Apakah suatu masa dia mampu menjadi seorang ayah yang baik? Lebih baik daripada bapanya sendiri. Seorang bapa yang selalu mendera perasaan ibunya. Seorang bapa yang berperwatakan baik tetapi sebenarnya punya hati yang amat jahat. Seorang lelaki yang pada mulanya bermulut manis dan pandai berkata-kata, tetapi akhirnya menjadi seorang yang tidak bertimbangrasa.
Ryean Eiman melepaskan keluhan berat. Dia tidak mahu menjadi seperti Nordin, tidak setia dalam percintaan. Dia sedar dia telah terperangkap dalam dua cinta, antara dua orang wanita. Terkadang dia keliru hendak memilih yang mana satu… Tetapi yang pasti kedua-duanya mendambakan dirinya sebagai kekasih.
Lydia… Kau gadis muda yang masih suci! Setiap lelaki memang menginginkan seorang gadis yang suci dan baik untuk dijadikan isteri. Dia calon terbaik. Lupakan Mirinda. Dia bukan perempuan yang baik, penggoda dan seorang isteri yang curang. Tidak mustahil suatu hari nanti, dia juga akan berlaku terhadapku! Bisik hati Ryean Eiman berlarutan.
Ryean Eiman menghulur tangan, mencapai tangan Lydia lantas menggenggamnya dengan erat. Lydia merenung lelaki itu dengan dahi berkerut namun tidak berkata apa-apa; “Malam ni I ingin berjanji…”Kata Ryean Eiman dengan nada suara yang tenang; “I akan mengahwini you… Paling cepat penghujung tahun ni!”
Lydia tersenyum mendengar janji Ryean Eiman. Mereka berjalan beriringan ke kereta sambil berpegangan tangan erat. Dan saat Ryean Eiman membukakan pintu kereta untuk kekasihnya, Lydia mendekatkan bibirnya ke pipi lelaki itu lantas menghadiahkan sebuah kucupan hangat.
Ryean Eiman tersenyum, lantas memegang pipi Lydia dengan kedua-dua belah tangan. Dan di sudut yang dilindungi di tepi bebayang bangunan itu, Ryean Eiman buat pertama kalinya menyentuhi bibir Lydia dengan bibirnya penuh asyik. Dan buat pertama kalinya dia melakukannya dengan penuh keinginan dan rasa cinta yang kian menggebu dalam jiwanya. Rasa yang sama sekali berlainan tika dia bersama Mirinda.
Beberapa saat dia lupa pada Mirinda. Sepanjang perjalanan pulang kedua-duanya tersenyum puas, mereka tidak berbual-bual tapi tangan mereka masih saling bertaut dengan erat. Namun pegangan itu terlepas apabila di hadapan rumah Basyira terlihat kereta Mirinda tersadai dalam kesuraman malam.
Ryean Eiman mulai menggelabah, apa yang Mirinda buat datang ke rumahnya di malam-malam buta begitu. Pintu hadapan memang terbuka luas dan saat dia berjalan ke arah pintu dia mendengar suara tawa antara Mirinda, Basyira dan Basha.
“Haaa… Dah balik pun!” Tegur Basyira. “Kan ibu dah kata, tak lengkap hari lahir tanpa kek. Tengoklah Mirinda sanggup datang dari jauh semata-mata untuk membawa kek harijadi untuk kau. Tengoklah betapa baiknya bakal ibu mertua kau ni, Ryean!”
Muka Ryean Eiman jadi kelat melihat semua itu.
“Happy birthday, Ryean!” Ucap Mirinda dan tanpa segan silu dia bangun mendapatkan Ryean Eiman lantas mencium pipi lelaki itu dengan mesra sambil diperhati oleh mereka bertiga dengan mata tidak berkelip.

No comments:
Post a Comment