Bab 32
“ADA sesiapa yang puan syak?” Tanya Inspektor Jamaludin. Basyira termenung sejenak. Dia teringatkan Basha serta peristiwa pada malam dia menemui Basha berada di dalam kawasan rumahnya. Dia sendiri yang menemui Basha mengendap kegiatan mereka di rumah itu. Walaupun Basha tidak menunjukkan sebarang ancaman tetapi tindakannya itu amat mencurigakan.
“Suatu malam tu… Basha berkeliaran di dalam kawasan rumah saya.” Cerita Basyira. “Saya syak dia mengintip kami, ingin tahu apa yang kami lakukan. Tetapi dia menafikan sekeras-kerasnya.”
“Basha? Basharudin?” Tanya Inspektor Jamaludin.
“Ya.” Basyira mengangguk. “Kami tahulah dia tu polis, tapi dia tak berhak berkeliaran dan berada di dalam kawasan rumah saya ni tanpa kebenaran dan pengetahuan saya kan?”
“Basha tidak lagi berkhidmat dengan jabatan polis.” Kata Inspektor Jamaludin. “Dia sebenarnya sudah lama berhenti, lebih kurang empat atau lima tahun saya pun tak ingat lagi. Tetapi dia sentiasa pergi ke balai setiap hari, seolah-olah dia masih lagi bekerja di sana. Sebenarnya dia dah lama diberhentikan kerana menyalahgunakan kuasa…”
“Aaapaa?” Basyira terkejut. Ryean Eiman juga terperanjat mendengar cerita Inspektor Jamaludin.
“Jadi, selama ini saya kena tipu.” Kata Basyira kesal, (Amarah terhadap Basha semakin membuak-buak) rasa marahnya tambah membesar. Dia tidak (menyangka)sangka Basha sanggup membohongi dia dan Ryean Eiman. Barangkali dia turut membohongi orang kampung dengan menyatakan dia masih lagi berkhidmat dengan jabatan polis. Dia berlagak seolah-olah dialah penjaga keamanan.
“Kalau Basha yang menculik Lydia, awak agak rasa, apakah sebab-sebabnya?”
“Barangkali kerana rasa tidak puas hati dengan tawaran Datuk Rustam.” Ryean Eiman lantas mencerita serba sedikit tentang pertengkaran antara Datuk Rustam dan Basha tentang pemberian rumah yang masih di dalam pembinaan. Datuk Rustam tidak akan berganjak dari keputusannya memberikan sepuluh buah rumah untuk sepupunya. Tetapi Basha tetap tidak puas hati, mendakwa bahawa tanah itu milik emaknya dan tidak seharusnya diberikan kepada Datuk Rustam.
Persengketaan mereka berlarutan apabila Basha mengetahui pula dia hanya anak angkat. Dia meninggalkan pejabat Datuk Rustam dalam keadaan marah. Selepas itu mereka tidak pernah lagi berhubung. Datuk Rustam balik ke Kuala Lumpur. Tidak lama kemudian lelaki itu pergi mengerjakan umrah dan kemalangan menimpa Lydia.
“Kalau macam tu kita pergi ke rumah Basha sekarang…” Kata Inspektor Jamaludin.
Mereka mendapati Basha tiada di rumah. Motorsikalnya juga tiada. Menurut jiran sebelah rumah Basha, lelaki itu tidak kelihatan pulang ke rumah sejak dua hari yang lepas. Bila malam rumahnya gelap gelita menandakan bahawa memang dia tidak pulang siang ataupun malam.
Rasa syak mereka Telahan mereka kian menebal dan Inspektor Jamaludin menyakini bahawa kehilangan Lydia ada kaitannya dengan Basha. Barangkali tidak lama lagi mereka akan dapat mengaitkan apakah Basha yang melakukan serangan-serangan ke atas Datuk Rustam, Yani Azhan, Nordin dan akhir sekali Lydia.
“Menurutnya, dia cintakan menyintai saya sejak dari zaman sekolah lagi…” Cerita Basyira. “Tetapi saya dah telah berkahwin dengan bapa Ryean.” Kata Basyira lambat-lambat sambil memandang anaknya yang ada bersama.
“Dia tidak pernah berkahwin. Bila saya berpisah dengan Nordin dan balik ke sini, dia beria-ria datang menolong. Kami berkawan, tidak lebih dari itu. Saya tidak melayan kehendaknya yang konon nak mahu mengahwini saya. Ada beberapa kali dia merayu dan menyatakan rasa cintanya pada saya.” Kata Basyira lagi sedikit malu kerana harus menceritakan perkara itu kepada lelaki semuda Inspektor Jamaludin.
“Barangkali dia cemburukan bekas suami saya yang selalu datang ke sini dan kami pun dah telah berbaik-baik semula.”
Inspektor Jamaludin mengangguk. “Kemungkinan itu ada. Dia cemburu. Dan antaranya dengan Datuk Rustam pula ada dendam yang belum berbalas. Lydia diserang kemudian diculik. Barangkali niatnya adalah untuk mendapatkan duit?”
Mereka saling berpandangan, memikirkan tentang kaitan antara setiap peristiwa yang terjadi. Inspektor Jamaludin menghubungi anak-anak buahnya, gGerakan menjejaki Basha pun bermula.
PETANG kian larut. Hari itu, cuaca agak panas. Hujan tidak turun pada sebelah petang sebagaimana selalu. Badan Lydia sudah mulai melekit-lekit. Dia semakin tidak tahan berada dalam rumah yang panas. Rumah itu mempunyai hanya sebuah kipas angin kecil. Lydia masuk ke dalam bilik, lantas membuka anduhnya perlahan-lahan. Lengannya terasa sengal apabila anduh dibuka. Kain anduh dilipat dan diletak dengan kemas di atas katil.
Dia berdiri di hadapan cermin, hanya berkemban dengan sehelai kain batik. Kain batik itu ditemui di dalam almari tuan rumah. Basha menyuruh Lydia menggunakan sahaja kain batik kepunyaan isteri kawannya itu. Lydia memeriksa bahunya yang berbalut. Kulit dibahagian yang luka itu sudah dijahit. Ianya kelihatan sudah semakin bercantum rapat. Keperitan akan terasa kalau dia menggerakkan bahu dan lengannya. Namun dia terpaksa juga melepaskan anduh sebentar untuk turun mandi di sungai. Kenapalah hujan tidak turun petang ni… Keluh Lydia. Kalau hujan, tak perlulah dia mandi kerana cuaca sudah tentu sejuk.
Lydia menceduk air sungai dengan sebelah tangan lantas menjirus air itu perlahan-lahan di badannya. Dia amat berhati-hati agar air tidak akan terkena balutan luka di bahunya. Seksanya nak mandi… Bisik hatinya sendiri. Kalau ada Basyira, wanita itu akan membantunya, menggosokkan sabun ke badan dan turut menyirami tubuhnya dengan air. Tiba-tiba dia teringat Basyira dan Ryean Eiman. Pasti mereka sedang bimbangkan dirinya. Dia tidak dapat menghubungi mereka kerana telefon bimbitnya handphonenya tertinggal di hospital.
Barangkali handphonenya ada bersama Ryean Eiman sekarang. Bukankah lelaki itu akan datang menjemputnya? Lydia leka merendam kaki ke dalam air. Semakin lama berada di atas pelantaran rendah itu dia semakin berani. Air sungai terasa begitu dingin dan menyegarkan.
Tanpa disedari, Basha mengintainya dari atas tebing. Dia memandang liar ke arah tubuh gadis yang berkulit putih bersih yang hanya berkemban dengan kain batik itu. Rambut Lydia yang panjang melepasi bahu, diikat tinggi supaya tidak basah. Bahagian belakangnya terdedah kepada tatapan mata Basha. Gadis itu cantik, amat sempurna segalanya. Dia juga seorang gadis yang baik… Bisik hati Basha.
Basha berjalan perlahan meninggalkan tebing. Dia tidak mahu Lydia sedar dia telah mengintip gadis itu sedang mandi. Lydia naik tidak lama kemudian. Basha ada di dapur sedang menjerang air untuk minum petang.
“Pakcik.” Seru Lydia setelah dia keluar ke dapur. Dia sudah mengenakan baju bersih dan berseluar panjang. Kelihatan wajahnya tidak lagi sepucat semalam.
“DiyaSaya perlukan ubat pakcik. Saya perlu antibiotik dan ubat penahan sakit. Kadang-kadang waktu malam luka saya ni berdenyut-denyut.”
Basha berpaling dan berkata; “Sekarang ada rasa sakit?”
Lydia menggeleng.
“Tak apa. Pakcik ada simpan panadol. Panadol tu juga bertindak sebagai ubat penahan sakit, Lydia. Kalau rasa sakit, makan aje dua biji…”
Lydia diam dan mengangguk. Basha tidak akan keluar ke bandar mencarikannya ubat. Basha tidak akan meninggalkannya seorang diri di situ. Dia juga sebenarnya takut jika harus bersendirian di rumah yang jauh daripada rumah orang. Walaupun kampung di seberang sungai terlihat banyak rumah orang, tetapi apakah dia berani merentasi jambatan gantung tersebut?
Pada malam itu, dalam suasana yang gelap dia tidak melihat apa-apa. Dia tidak langsung menyangka bahwa di bawahnya menanti sungai yang dalam lagi deras. Jika dia tahu, dia pun tidak akan mahu melintasinya.
“Pakcik, ada tak pakcik hubungi Ryean dan ibu beritahu Diya di mana? Mereka tentu risaukan keselamatan Diya.”
Basha diam sejenak kemudian menjawab; “Pakcik tak boleh hubungi mereka. Tiada sesiapa pun yang boleh dipercayai sekarang…”
“Tapi…”
“Pakcik yakin, orang yang hendak membunuh Diya tu masih ada di kawasan rumah Syira. Pakcik takut dia memasang alat di telefon dan tahu apabila kita menghubungi Ryean.” Terang Basha untuk menyakinkan Lydia. “Lagipun di kampung ni tak ada coverage, langsung tak dapat jika menggunakan handphone. Nak guna handphone kena pergi ke kampung seberang, barulah dapat.”
Lydia mengangguk. Dia tidak berkata apa-apa lagi.
“Duduklah di sini. Apa yang hendak engkau takutkan? Pakcik takkan apa-apakan engkau, Diya Lydia. Kau Diya mesti percayakan pakcik.”
Lydia mengangguk.
“Baguslah. Tiada sebab pakcik hendak menyakiti dan mencederakan Diya engkau Lydia. Pakcik anggap Diya engkau seperti macam anak pakcik sendiri. Apa yang penting bagi pakcik engkau Diya selamat dan orang yang menyerang engkau Diya tu ditangkap.”
Lydia mengangguk lagi. “Malam Diya kena serang tu, dia ada cakap sesuatu. Diya Lydia tidak dapat lupakan apa yang dikatakan. Dia tahu nama penuh Diya.”
Basha mengangguk perlahan. “Pakcik rasa orang yang serang Diya adalah orang yang Diya kenal engkau adalah orang yang engkau kenali. Dia bukan aja nak takutkan sekadar hendak menakutkan engkau tetapi juga berniat hendak membunuh. Barangkali ianya adalah perbuatan orang-orang yang rapat dengan Diya engkau. Itulah macam pakcik kata tadi, tak boleh percaya pada sesiapa…”
“Kenapa dia nak bunuh Diya? Diya bukannya kaya. Yang kaya tu papa.”
“Tapi Diya kau anak tunggal, Diya bakal mewarisi harta kekayaan dan syarikat gergasi milik papa Diya tu engkau.”
“Bukan hak Diya seorang. Mirinda… emak tiri Diya juga berhak. Syarikat tu pun bukan hak kami sepenuhnya. Ada beberapa orang ahli lembaga pengarah lain dalam syarikat. Mereka adalah pemegang saham syarikat. Walau macamana pun syer share papa adalah yang terbesar.”
“Itulah. Pakcik dah kata, seseorang perlu ada motif untuk buat sesuatu lebih-lebih lagi jika melibatkan harta dan duit. Orang sanggup membunuh.”
“Sanggupkah orang membunuh kerana cinta?”
“Sanggup, kalau dah gila sangat…”Jawab Basha sambil ketawa.
“Pakcik benar-benar cintakan ibu? Maksud Diya…Basyira.”
Basha diam kemudian mengangguk perlahan. “Dia adalah wanita pertama dan terakhir yang pakcik cintai. Kalau tak dapat memiliki cintanya, tak mengapalah kalau tak kahwin sampai ke tua.”
“Jangan macam tu pakcik… Kan masih ramai perempuan di dalam dunia ini. Jangan hanya mengharap pada yang seorang tu, nanti merana sepanjang hayat pakcik dibuatnya.”
“Tak mengapalah kalau dah takdir.” Kata Basha sambil tertawa pahit.
“Tak pernah saya tengok lelaki setia seperti macam pakcik. Kebanyakan lelaki tu pantang tengok perempuan berdahi licin, mula makwe kat sebelah terus lupa…”
“Ryean tu kan baik. Bukan ke kah kau juga sayangkan sangat menyayangi dia?”
“Ya. Dia memang baik. Sejak kebelakangan ni dia banyak berubah, beri perhatian pada Diya melebih-lebih pula rasanya. Kalau dulu… kami asyik bergaduh saja. Ramai sangat perempuan buru dia memburunya. Siapa tak sakit hati. Dia pula tak nak pernah mahu lepas peluang…”
“Kau ni cemburu agaknya.” Kata Basha ketawa lagi.
“Memanglah pakcik. Cemburu tu kan tandanya cinta.”
“Lelaki tak suka perempuan yang cemburu. Nak pula kalau cemburu buta. Kalau tengok dia bermesra dengan perempuan lain tu, buat tak tahu aje jangan marah! Mesti dia hairan… kenapa tak marah? Kenapa tak cemburu? Dia pula yang akan tertanya-tanya dan terkejar-kejar engkau nanti! Tu ajea caranya nak ajar lelaki yang nakal.” Kata Basha sambil terus tertawa lagi.
“Bagus juga petua pakcik tu…” Kata Lydia ikut ketawa.
“Biar pakcik buat air. Air pun dah masak tu…” Katanya sambil bangun untuk mengambil teko.
“Sepatutnya Diya yang masak dan buat air.”
“Tak apa. Kau tu tetamu…”
Lydia ketawa galak. Sedikit sebanyak rasa gelisah dan kerisauannya hilang apabila berbual tentang orang-orang yang disayanginya.
“BODOH! Kenapa you tak bunuh saja dia malam tu? Rancangan engkau dah jahanam! Tak menjadi! Sepatutnya kau kerjakan dia habis-habisan malam tu! Macamana dia boleh terselamat? Sekarang ni dia dah hilang entah ke mana. Siapa yang menolong dia lari dari hospital?” Suara Mirinda meninggi, marah.
Harith Rafeeq menjeling Mirinda. Dia tidak menyangka akan dimarah dan ditengking begitu oleh Mirinda. Sebaik datang ke bilik hotelnya malam itu Mirinda terus menghujaninya dengan maki hamun.
Harith Rafeeq mengangkat bahu.
“Huh! Kononnya profesional! Tapi dah berapa kali misi engkau gagal! Tak boleh harap betullah!”
“Diamlah!” Harith Rafeeq pula menengking Mirinda. “Aku tahu apa yang aku buat! Kau jangan masuk campur dalam urusan aku.”
Mirinda terdiam mendengar suara Harith Rafeeq yang keras, lebih kuat daripada suaranya sendiri. Dia membaling gelas yang ada di tangannya ke dinding. Gelas itu pecah berderai. Dia tidak suka dimarahi. Sudah cukup segala kata nista yang dilemparkan kepadanya semasa dia masih kanak-kanak. Dia tidak boleh menerima kemarahan orang lain. Dia akan jadi gila kalau terus ditekan bertubi-tubi.
“OKOkey…OK.” Suara Mirinda mengendur. “Sorry… Apa rancangan engkau sekarang? Engkau tahu Diya di mana?”
Harith Rafeeq diam membatu. “Datuk belum balik dari umrah. Dia pergi sekurang-kurangnya dua minggu. Seminggu sudah pun berlalu. Minggu depan dia dah ada di sini. I mahu dia menterima kematian anaknya sebaik sahaja dia turun dari kapalterbang pesawat. Boleh Dapat ke you lakukan itu semua tu?”
Harith Rafeeq memandang tajam pada Mirinda dan berkata; “I perlukan duit…” Harith Rafeeq Dia sudah memikirkan beberapa rancangan. Sudah seminggu juga dia menginap di hotel itu. Dia mesti keluar dari hotel dan mencari rumah. Sebuah rumah, bukan lagi bilik.
“OKOkey. Berapa?” Tanya Mirinda, Dia membuka handbeg lantas mengeluarkan buku cek.
“I tak mahu cek, I nak duit tunai.”
“Kalau macam tu esok saja.” Kata Mirinda.
Harith Rafeeq mengangguk. “You pergi rumah Basyira malam ni, tinjau apa yang mereka buat. Kalau-kalau mereka dapat sebarang berita tentang Diya. I akan fikirkan memikirkan rancangan seterusnya. Biarkan I berehat dan jangan ganggu I sehingga esok.” Suaranya tenang sahaja, Dia cuba melupakan kemarahan yang baru meledak.
Mirinda mencapai beg tangannya dan bergerak ke pintu. Dia tidak berkata apa-apa lagi.
BASYIRA menyambut kedatangan Mirinda. Wajah Muka Basyira nampak murung. Mirinda masuk ke ruang tamu, matanya mencari-cari Ryean Eiman yang tidak kelihatan di mana-mana.
“Polis masih belum jumpa Diya?” Ttanya Mirinda sambil meletakkan tas tangan dan duduk di sofa. Basyira duduk di hadapan wanita itu. Dia menggelengkan kepalanya.
“Malam tu, semasa dia keluar dari hospital takkan tak ada langsung orang nampak?”
“Entahlah.” Jawab Basyira. “Dia hilang macam tu aje… Tak ada apa-apa kesan.”
“Dah 24 jam hilang.” Kata Mirinda sambil memerhati jam. “Belum ada panggilan daripada penculik, jika kalau benarlah dia telah diculik. Selalunya mereka takkan menunggu lama untuk mendapatkan duit.” Mirinda mengeluh. “Jangan-jangan dia sebenarnya kau disorokkan oleh engkau, tak?” Kata Mirinda sambil merenung tepat ke muka Basyira.
Basyira terkejut mendengar kata-kata Mirinda.
“Hai, kenapa pula kami nak sorokkan dia?” Balas Basyira mulai geram. Orang susah hati fikirkan memikirkan Lydia yang hilang, alih-alih kita pula yang dituduh! Gerutu Basyira di dalam hati.
“Mungkin dia melarikan diri sebab kerana tahu dirinya dia dalam bahaya.” Tambah Basyira.
“Mengarut. Dia nak lari ke mana? Bukannya dia ada kawan di sini.” Bantah Mirinda sambil memerhati sekeliling rumah yang sepi. Ke manakah Ryean pergi? Dia tiba-tiba jadi rindu untuk menatap wajah itu lagi. Matanya memandang ke arah meja kecil di sisi sofa. Terdapat gambar di dalam bingkai. Foto Lydia dan Ryean Eiman yang tersenyum gembira. Ryean Eiman memeluk Lydia dari belakang. Kelihatan mereka begitu intim dan mesra di dalam gambar itu. Bibir Mirinda segera tercebik.
Rasa hatinya jadi tambah geram dan marah di atas kegagalan Harith Rafeeq menjalankan tugasnya.
“Ryean ke mana?”
“Dia ke IPD Mentakab, membantu polis mencari Basha. Setakat ini polis mengesyaki Basha terlibat dalam serangan dan mungkin melakukan penculikan ke atas Lydia.” Kata Basyira.
“Basha? Siapa Basha tu?”
“Sepupu Datuk Rustam, penduduk kampung ni…” Terang Basyira. “Basha tak ada tiada di kampung secara tiba-tiba, turut menghilang diri pada hari Lydia didapati hilang dari hospital.”
Mirinda tersenyum dalam diam. Tetapi senyuman itu hanya seketika. Dia yakin kini Basha bukanlah menculik Lydia tetapi menyembunyikan gadis itu di tempat yang selamat! Tetapi pihak polis akan memburu lelaki itu. Lelaki itu akan dituduh melakukan penculikan dan cubaan bunuh. Dia akan menanggung kesalahan yang tidak dilakukan olehnya. Mirinda bangun, dia ingin berlalu meninggalkan rumah Basyira. Dia sudah mendapat maklumat yang diperlukan. Rancangan yang teliti harus dilakukan bersama Harith Rafeeq. Kali ini tidak boleh gagal lagi…
Tetapi dia tidak jadi hendak melangkah keluar. Di luar kereta Ryean Eiman baru bergerak masuk ke halaman lantas berhenti. Lelaki itu berjalan masuk dengan langkah longlai. Dia terkejut melihat kehadiran Mirinda di situ.
“Seorang ajae? Mana lelaki tu?”
Mukawajah Mirinda merah padam. Basyira memandang Mirinda dengan dahi berkerut, tidak mengerti apakah maksud yang tersirat dalam hati Ryean Eiman di sebalik kata-katanya.
“Lelaki mana?” Tanya Mirinda pura-pura tidak tahu.
“Lelaki mana lagi? Jangan nak pura-puralah Inda!”
Basyira tambah terkejut melihat cara Ryean Eiman bercakap dengan Mirinda. Bukankah Mirinda itu ibu tiri Lydia yang selayaknya dihormati bagaikan ibu sendiri walaupun dia kelihatan muda. Hanya berbeza sepuluh tahun sahaja dari umur Ryean Eiman. Ryean Eiman memanggilnya dengan panggilan singkat pula… ‘Inda’ sahaja. Ini benar-benar pelik. Gerutu hati Basyira. Ada sesuatu yang tak kena!
“Entah.” Mirinda mengangkat bahu. “Manalah I tahu dia ke mana. I tak jaga dia. Mungkin dia di KL. Bila datuk balik nanti, dia mulai lapor diri, bertugas.”
“Serius rupa-rupanya you serius nak ambil dia bekerja di syarikat Datuk.”
“Mestilah. Dia berkelayakan.” Jawab Mirinda dengan penuh yakin.
“Bukan kerana you sukakan dia?”
Mirinda ketawa. “Kenapa? You rasa tergugat? Tak yakin pada kemampuan diri sendiri? Atau…” Mirinda tidak sempat menghabiskan kata apabila Ryean Eiman buru-buru memotong; “Tolonglah! I takkan rasa tergugat ataupun cemburu. I pun memang berniat hendak tinggalkan syarikat datuk. I nak tinggal di sini, di kampung. Nak buka firma sendiri di sini.”
“Nonsense!” Kutuk Mirinda.
“Kenapa? You fikir firma arkitek tak mampu hidup di bandar ni? Bandar ni terus membangun dengan pesat. Arkitek amat diperlukan… I takkan kebuluran sekiranya mentinggalkan syarikat datuk.” Jawab Ryean Eiman.
Mirinda terdiam, melepaskan keluhan dan berkata; “Oklah. I bukannya berniat hendak bertekak dengan you. Sorry, jika kalau kata-kata I menyinggung perasaan you. Tapi you harus faham memahaminya, dia seorang lelaki yang hebat dan I…” Kata Mirinda lagi suaranya agak lembut dan matanya merenung mesra ke dalam mata Ryean Eiman.
“Dahlah! Malas I nak dengar!” Ryean Eiman mengibasrkan tangannya ke bawah, mukawajahnya menunjukkan rasa bosan yang teramat sangat.
“I tahu ia tak sepatutnya berlaku. Setiap orang pernah melakukan kesilapan. Apa yang penting adalah menyedari kita sedar kesilapan tersebut dan cuba untuk baikinya memperbetulkannya.”
Mirinda menjeling ke arah tempat Basyira duduk. Dia tidak sedar bilakah masanya wanita itu meninggalkan ruang tamu dan pergi ke dapur.
“Suka hati you lah.” Jawab Ryean Eiman memusing badan ingin masuk ke bilik.
“Nanti!” Larang Mirinda sambil memegang tangannya. Ryean Eiman melepaskan diri daripada pegangan Mirinda. “Jom kita keluar minum. Dah lama kita tak keluar bersama dan minum-minum di luar.”
“Sorry, I penat. I tak ada mood nak keluar berhibur. Hati I risau sebab Diya masih belum ditemui.” Kata Ryean Eiman meninggalkan Mirinda sendirian.
Mirinda memerhati pintu bilik tidur Ryean Eiman yang tertutup rapat. Basyira pula tidak keluar-keluar dari dapur. Dia benar-benar ditinggal sendirian di ruang tamu rumah itu. Perlahan-lahan Mirinda berjalan ke pintu, tanpa sebarang lambaian dari sesiapa.

No comments:
Post a Comment