Bab 3
BASYIRA leka memasak masakan istimewa. Anaknya akan pulang. Masih diingatnya kata-kata Ryean Eiman semalam. “Saya akan balik untuk temankan menemani ibu. Saya buat projek baru berdekatan dengan kampung.”
Melihat anaknya membesar adalah masa-masa yang sangat mengujakan bagi Basyira. Ryean Eiman membesar dengan cepat. Walaupun baru 17 tahun tetapi dia bertubuh tinggi dan tegap. Dia makan apa saja, semuanya menambat selera. Justeru itu Basyira suka memasak masakan yang bermacam-macam. Dia suka melihat anaknya makan dengan lahap. Kini Ryean Eiman sudah berusia 26 tahun. Usia yang amat sesuai untuk berumahtangga, tetapi anaknya lebih mementingkan kerjaya.
“Kau balik seorang diri? Bilakah kau akan balik pulang dengan membawa bakal isterimu, Ryean?” Usik Basyira sambil tergelak kecil.
Ryean Eiman ikut tertawa dan berkata; “Kalau dia mahu nak pasti saya akan bawa dia balik pulang. Ibu pasti sukakan dia. Dia sangat cantik dan baik, walaupun cepat suka merajuk.”
Basyira agak terkejut mendengar anaknya sudah punya calon isteri. “Betul ke ni Ryean? Nanti kau akan pulang bersamanya?”
Tawa Ryean Eiman mati, dia terdiam sejenak dan menjawab lembut. “Tidak ibu. Saya balik seorang. Tapi nanti ibu masak makanan kegemaran saya, OK?”
“OK.”
Basyira bersyukur. Walaupun kehilangan suami tetapi dia tidak pernah kehilangan anak. Ryean Eiman sebenarnya tidak bersetuju dengan perpisahan itu. Malah dia sempat menasihati bapanya agar tidak menceraikan Basyira. Nordin tetap tegas dengan keputusannya bahawa bakal isterinya tidak mahu bermadu. Ahhh… Kau terlalu sayangkan perempuan itu, rupanya Nordin. Keluh Basyira sendiri sambil mengacau lauk di dalam kuali. Dia memasak rendang daging kegemaran Ryean Eiman. Dia turut menyediakan nasi tomato dan sambal daging. Itulah antara makanan kegemaran anaknya.
Bunyi deru motosikal membuat Basyira menjenguk melalui tingkap. Masakan Ryean Eiman pulang dengan motorsikal? Bisik hatinya. Dahinya berkerut apabila mendapati deru motorsikal yang terdengar adalah milik Basha. Lelaki itu kelihatan sedang berjalan ke arah rumah dengan meninggalkan motorsikalnya di halaman.
Basyira keluar dari pintu dapur dan berjalan mendapatkan Basha.
“Ada apa abang Basha?” Dia bertanya lembut.
“Aha Syira… Abang sengaja datang untuk nak bertanya pasal tentang salur yang baru diganti itu, ada masalah?”
Basyira menggeleng. “Semuanya OK.” Jawab Basyira. “Terima kasih sekali lagi.”
Basha bergerak mengitari kawasan rumah itu, berhenti sejenak ditempat dia mengganti salur paip dan mendapati semuanya dalam keadaan baik. Tiada kebocoran lagi di mana-mana. Dia kembali ke bahagian dapur. Basyira sudah pun masuk ke dapur dan mematikan api dapur. Dia takut rendangnya akan hangus.
“Wah! Sedapnya bau…” Kata Basha mengusik.
Basyira tersengih dan berkata; “Anak saya akan balik hari ni. Sebab tu hari ni masak yang istimewa sikit.”
“Anak? Kau ada anak?”
“Ada.” Jawab Basyira sambil mengesat tangannya pada apron. “Seorang. Lelaki. Dah besar dan sudah pun bekerja pun.”
Basha menganggukkan kepalanya. Dia memandang sekeliling dan terpandang pergola yang ada di sisi rumah. Pergola itu agak panjang. Barisan bunga kertas pelbagai warna yang ditanam di sepanjang pergola itu kelihatan rimbun dan hampir-hampir menutup bahagian paranya. Bahagian bawah pergola nampak redup dan mengalu-alukan kedatangan sesiapa saja, namun meja dan kerusi besi tempawan putih yang ada di bawah pergola tertinggal sepi.
“Pergola ini masih baik lagi,” Kata ujar Basha sambil memerhati ke arah para-para yang memang kelihatan kukuh, kerana terbina dari kayu yang baik. Kayu jati. Biarpun mahal tetapi berbaloi. Basyira sendiri terpaksa mengakui biarpun sudah lama ditinggalkan tetapi masih elok keadaannya. Barangkali kerana dilindungi oleh pepohon di sekelilingnya.
“Ya.” Jawab Basyira. “Tetapi pokok bunga kertas ni terlalu rimbun. Kadang-kadang menakutkan.”
“Cantas sedikit sahaja…” Cadang Basha. “Jangan buang semua. Sayang. Tengok batangnya dah cukup besar. Ianya dapat melindungi rumah supaya sentiasa teduh.”
“Abang tak kerja hari ni?” Tanya Basyira. Dia memerhati Basha yang berpakaian ringkas sahaja tengahari itu.
“Baru balik kerja.” Jawab Basha. “Malam tadi bertugas malam, tengahari ni baru habis.”
Basyira mengangguk, tidak ingin bertanya lanjut tentang kerja Basha. Dia tahu Basha bertugas sebagai anggota polis. Tetapi dia tidak pernah ambil tahu sudah berapa lamakah Basha bertugas di balai itu. Apakah pangkat yang disandangnya dan mengapa pula dia tidak pernah meninggalkan daerah itu untuk bertugas di tempat lain. Ketika dia merisik-risik dengan Milah tempohari, menurut wanita itu Basha tidak pernah ditukarkan ke mana-mana. Sudah dua puluh tahun dia bertugas di balai daerah itu.
Basyira sebenarnya tidak ingin meneruskan perbualan. Tetapi Basha kelihatan enggan meninggalkan rumah itu. Mata Basha terus meninjau lagi sekeliling rumah lantas berkata; “Nampaknya Syira ingin nak berkebun?”
“Ya. Untuk memenuhi penuhkan masa lapang.” Jawab Basyira. “Syira nak tanam lebih banyak bunga-bunga dan membuang mana-mana pasu lama yang dah retak.”
“Petang ni abang tak ada kerja, barangkali boleh tolong Syira buang barang-barang yang tak perlu tu…”
“Ah! Saya tak mahu menyusahkan abang. Biar saya buat sendiri. Lagipun anak saya akan balik, jadi dia akan tolong saya mengemas. Terima kasih atas bantuan abang dulu…”
Basha mengangguk. “Kalau perlu apa-apa lagi… Jangan segan, beritahu abang.”
Basyira mengangguk, amat berharap Basha meninggalkan rumahnya.
Saat itu sebuah kereta Hyundai Sonata berwarna hitam bergerak perlahan mendaki bukit dan terus memasuki kawasan halaman rumah Basyira. Basyira tersenyum gembira melihat kepulangan Ryean Eiman.
“Anak saya dah balik.” Beritahu Basyira.
“Bagus. Bolehlah abang berkenalan dengan dia nya.”
Basyira terkejut mendengar kata-kata Basha. Dia merasa kurang selesa dengan kehadiran Basha di situ. Entah apa pula telahan Ryean Eiman nanti. Tidak sampai tiga bulan berpisah dengan ayah, ibu sudah punya pengganti? Barangkali itulah kata-kata yang sempat singgah di dalam kepala Ryean Eiman. Pembetulan! Dia bukan pengganti… Hanya seorang lelaki yang suka menyibuk! Bisik hati Basyira merasa denyut di dadanya kian kencang, apabila terlihat senyuman mesra anaknya.
Mereka berpelukan sejenak, melepaskan rindu yang sekian lama bermukim di hati. Basyira baru tersedar bahawa Basha masih ada bersama memerhati mereka.
“Ryean, ini pakcik Basha…”
“Apa khabar, pakcik?” Tegur Ryean Eiman sambil menghulur tangan. Di dalam hatinya tertanya-tanya mengapakah lelaki itu harus hadir ke situ? Apakah perhubungan mereka? Tetapi soalan-soalan itu dibiarkan sahaja berlegar dalam kepalanya. Dia ingin segera masuk, menikmati masakan ibunya kerana perutnya benar-benar lapar.
“Baik.” Jawab Basha. “Wah! Anak kau dah besar Syira. Kacak pula tu…”
Ryean Eiman ketawa mendengar pujian itu lantas berkata; “Pakcik ada anak perempuan?”
Basyira cepat-cepat menampar tangan Ryean Eiman seolah-olah anak itu masih kecil dan berharap dia tidak akan berkata sesuatu yang kurang sopan. Basha ketawa lunak dan menjawab dengan mesra; “Sayang sekali tak ada. Kalau ada pasti kau akan jadi menantu pilihan…”
“Hmmm… Dari sini saya sudah terbau masakan ibu. Ibu masak makanan kegemaran saya, ya?”
“Ya.” Jawab Basyira sepatah dengan cepatnya mendorong anak itu agar masuk.
“Hmmm… Pakcik apalagi. Marilah jom join saya makan. Kalau pakcik nak tahu ibu saya ni sangat pandai memasak.”
Basha menerima pelawaan itu dengan senang hati. “Memang pakcik belum makan tengahari.” Akuinya tanpa rasa malu.
Jika diikutkan rasa hati Basyira, dia tidak ingin menjemput Basha. Tetapi dia terpaksa memaniskan muka dan meletakkan tiga biji pinggan makan di atas meja. Dia membawa semua lauk pauk dan sayur serta semangkuk besar nasi tomato yang menjadi kegemaran Ryean Eiman.
“Pakcik penduduk asal kampung ni?” Tanya Ryean Eiman semasa mereka sedang makan. Basyira tidak banyak bersuara, dia membiarkan perbualan dikuasai oleh kedua-dua lelaki berlainan generasi itu. Dia merasakan dia tidak perlu menyampuk tetapi perlu mengawasi perbualan itu dengan seteliti yang boleh.
“Ya… Lahir di sini… dan kalau boleh Mati pun biar di sini.” Jawab Basha diiringi tawa kecil.
“Tapi kampung ni tidak ramai penduduk saya kira.” Duga Ryean Eiman. Memang dia sengaja hendak menyiasat tentang jumlah penduduk di kampung itu. Apakah mereka senang untuk diajak berbincang?
“Ada lebih kurang empat puluh buah rumah saja.” Beritahu Basha. “Tapi sejak ibu kamu balik ke sini, bertambahlah penghuni kampung ni.”
“Penghulunya siapa?”
“Di sini ada tok empat…”
“Tok empat?”
“Wakil penghulu. Kenapa? Nak Hendak bertemu tok empat ke?” Tanya Basha ingin tahu. Dalam hatinya mulai digayuti pertanyaan apakah urusan anak Basyira dengan tok empat kampung Bukit Penak.
“Ya. Kalau pakcik kenal, lebih mudah pergi ke rumahnya ditemani pakcik. Boleh pakcik temankan?”
“Boleh, apa salahnya. Lepas makan nanti kita pergi. Tapi ada apa hal nak jumpa mengapa kau hendak menemui tok empat?”
“Pasal tanah…”
Belum sempat Ryean Eiman menghabiskan kata-katanya, dia terasa pahanya dicubit Basyira dengan kuat. Spontan dia mengaduh.
“Oooo… Rupa-rupanya kau balik, bukan nak berjumpa dengan ibu tapi kerana ada kerja yang nak hendak kau dibuat? Kali ini projek apa pula?” Tanya Basyira tidak sabar.
“Ibu! Sakitlah ibu cubit saya macam tu…” Rungut Ryean Eiman sambil menggosok pahanya.
“Memang saya ditugaskan melaksanakan satu projek. Projek perumahan. Saya akan tinggal lama di sini. Akan buka pejabat sementara di site.”
“Berapa lama?” Tanya Basyira inginkan kepastian.
“Barangkali enam bulan atau lapan bulan atau setahun. Sehingga projek siap saya akan tinggal dengan ibu. Ibu tak senang hati ke? Apakah ibu senang hati sekarang?” Kata soal Ryean Eiman sambil memaut bahu Basyira. Basyira tidak menjawab. Bibirnya tersenyum.
“Ibu akan senang hati jika kalau kau bawa balik bakal isteri…”
“Nantilah.” Jawab Ryean Eiman. Tiba-tiba dia teringat pada Lydia yang kini menginap di hotel. Bukan dia tidak ingin membawa Lydia ke situ, tetapi gadis itu masih merajuk panjang dengannya. Mereka datang berasingan dan Lydia masih enggan bertegur sapa dengannya sejak dua hari yang lalu.
WAJAH Lydia kelihatan masam mencuka ketika Ryean Eiman datang menjemput keesokan harinya. Mereka sudah berjanji hendak bertemu dengan tok empat. Pertemuan itu nanti akan dihadiri oleh orang-orang kampung yang terlibat dengan projek yang bakal dilaksanakan. Ryean Eiman dan Lydia jurucakap kepada syarikat akan menerangkan tujuannya mengajak mereka berkumpul. Pada tok empat sudah terangkannya dengan panjang lebar semalam. Sambutan daripada tok empat agak memberangsangkan. Tanah tok empat turut terlibat.
Mahu tidak mahu Lydia terpaksa mengikut lelaki itu keluar. Biarpun hatinya masih mendongkol marahkan Ryean Eiman, tetapi dia harus professional. Urusan peribadi tidak boleh dicampur adukkan dengan kerja.
“Kalau bukan kerana kerja, I takkan mengikut you keluar.”
“Suka hati youlah. Tak habis marah lagi nampaknya.” Kata Ryean Eiman. “Tapi you sesekali marah nampak cantik. Kalau selalu kerap sangat marah… hancusss…” Usiknya sambil menghidupkan enjin kereta.
Saat itu dirasakan bahunya ditampar dengan kuat. Dia menoleh dan terlihat Lydia sedang menggigit bibir menahan senyuman. Sepanjang perjalanan mereka tidak berkata apa-apa. Lydia lebih banyak diam walaupun Ryean Eiman terus cuba membuat lawak bodoh. Akhirnya tiba jua di hadapan rumah tok empat. Sudah ramai penduduk kampung yang datang dan menunggu kedatangan mereka.
Tengahari barulah segalanya selesai. Lega hati Ryean Eiman segalanya berjalan lancar. Penduduk kampung bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh syarikat tanpa sebarang syarat. Malah penduduk kampung berpuas hati dengan duit pampasan yang ditawarkan serta rumah yang akan dihadiahkan oleh pemaju. Ryean Eiman dan Lydia sama-sama memberi jaminan bahawa mereka tidak akan mengecewakan penduduk kampung.
“Tak sangka, segalanya berjalan lancar…” Kata Lydia, lega dan senang hati. Mereka akan memulakan kerja secepat mungkin. “I nak telefon papa.”
Ryean Eiman membiarkan Lydia menceritakan kejayaan mereka kepada bapanya. Datuk Rustam amat gembira, terus bersetuju untuk datang ke daerah itu esok.
Ryean Eiman memandu pulang ke rumah. Lydia yang asyik berbual dengan bapanya tidak sedar bahawa lelaki itu sudah memberhentikan keretanya di hadapan rumah Basyira. Basyira menjenguk dari ruang sisi rumah. Dia sedang membersihkan laman dan menanam pokok bunga. Terkejut melihat Ryean Eiman pulang bersama seorang gadis.
“Rumah siapa ni?” Tanya Lydia sambil memerhati ke arah rumah dua tingkat, dibahagian bawahnya batu dan bahagian atasnya kayu. Kelihatan rumah itu begitu kukuh dan indah. Bahagian bawah dicat dengan biru muda dan bahagian atasnya coklat kemerahan.
“Rumah bakal emak mertua you!” Bisik Ryean Eiman ke telinga Lydia nya. Sekali lagi dengan pantas Lydia memukul bahunya tetapi lelaki itu pantas mengelak dan dia hanya memukul angin.
“I tak cakap pun setuju nak kahwin dengan you.”
“Setuju ajelah. I dah bawa you balik ni… Takkan nak kata I bohong lagi.” Rayu Ryean Eiman dengan lembut.
“Entah berapa orang gadis yang dah you bawa balik…”
“Ahhh… Tak percaya sudahlah. You tanya dengan bakal mak menrtua you tu, dah berapa orang gadis yang I bawa balik. Tanyalah!” Ryean Eiman mencabar.
Basyira datang dari arah sisi rumah. Dia menanggalkan sarung tangan dan topi yang menutup kepala. Senyuman menguntum mesra di bibirnya kala mata bertemu pandang dengan Lydia.
“Siapa ni? Bakal menantu ibu ke?” Tanya Basyira dalam nada bergurau.
“Ya ibu.” Jawab Ryean Eiman sambil tergelak kecil.
“Jangan marah ya nak…” Kata Basyira. “Ryean ni tak pernah bawa balik perempuan. Tu yang makcik kata dia bawa bakal isteri balik. Dah puas suruh dia bawa balik, tak pernahnya mahu…”
Muka Lydia merah padam. Dia cuba mengembangkan senyum lantas menghulurkan tangannya.
“Ajak masuk dulu… Ryean. Panas ni Di luar ni panas…” Kata Basyira. “Ralit mentanam bunga, tak sedar matahari dah tinggi. Dah pukul dua belas rupanya.”
“Ibu tu kalau dah asyik dengan bunga, lupa semuanya…”
“Haaa.. Jangan nak mengata ibu. Ibu dah siapkan makanan tengahari kamu… Jangan bimbang!” Jawab Basyira tertawa kecil sambil berjalan ke bahagian belakang.
Ryean Eiman menunjukkan kepada Lydia gambar-gambarnya sewaktu dia masih kecil. Lydia tertawa melihat rupa Ryean Eiman semasa dia masih kanak-kanak. Lucu. Ketika itu mereka tinggal di Singapura, sebelum berpindah ke JB. Pada mulanya Nordin bekerja di Singapura kemudian membuka syarikat sendiri di JB.
“Mana bapa you? Dia pun berpindah ke sini juga ke? Apakah dia turut berpindah ke sini?” Tanya Lydia.
Ryean Eiman menggeleng. “Tak. Dia masih di JB.”
“Tapi ibu you di sini… seorang diri?”
“Mereka baru berpisah. Belum sampai pun tiga bulan. Bapa I menceraikan ibu dan menikah dengan perempuan lain yang lebih muda.”
“Ohh…” Lydia memegang kepalanya seperti dia merasa pening secara tiba-tiba. “I bencikan lelaki yang curang…” Kata Lydia dengan wajah yang masam.
“Tolong jangan tuduh I macam tu!” Rayu Ryean Eiman. “I bukan lelaki yang curang. I setia pada seorang wanita…”
“Apakah wanita yang you maksudkan itu adalah I?” Tanya Lydia meminta kepastian. Ryean Eiman tidak dapat menjawabnya. Dia juga bencikan kecurangan. Tidak kira lelaki ataupun perempuan. Sesiapa saja boleh berlaku curang. Mengapa hal itu tidak dapat dielak? Mengapa? Soalnya di dalam hati. Terkadang bukan niat hendak berlaku curang pada orang yang tersayang, namun keadaan memaksa.
Ahhh… Hatinya berdenyut resah. Mengapa dia harus terperangkap dalam dua cinta? Dia sengsara memikirkan yang mana satu lebih unggul di antara kedua-duanya? Mirinda menawan dalam caranya yang tersendiri dan Lydia, manja dan menggoda, sesuatu yang sukar ditolak oleh naluri kejantanannya.
“I love you Ryean. I tak boleh hidup tanpa you. Tolong jangan sakiti hati I lagi, OK?”
Ryean Eiman diam. Namun dia menerima pelukan Lydia. Bahu gadis itu dipegangnya kukuh. “I takkan sakiti you, sayang. I akan buat you bahagia. Percayalah.”
“Ehem!” Basyira berdehem kuat, Dia mahu untuk menyedarkan mereka berdua yang asyik dalam dakapan hangat. Dia tidak senang melihat keakraban itu di hadapan mata dan di dalam rumahnya sendiri.
Ryean Eiman cepat-cepat menolak Lydia ke sisi dan menghadapi ibunya yang kelihatan mempamer wajah serius. Nampaknya dia akan kena cubit lagi… fikirnya. Sesuatu yang dia tidak akan terlepas jika melakukan kesalahan di hadapan ibunya. Tetapi Basyira tidak menghukumnya dengan cubitan yang berbisa sebaliknya berkata lunak; “Jemput makan dulu, nanti dah sejuk tak sedap pula. sebelum semuanya sejuk.”
Kedua-dua mengangguk serentak. Lydia ingin melihat apa yang disediakan oleh bakal emak mertuanya sementara Ryean Eiman memang tidak sabar untuk makan setiap kali balik ke rumah ibunya itu. Dia tahu Basyira akan sentiasa melayani seleranya kalau dia sentiasa ada di sisi ibunya.
Aku sayangkan wanita ini! Tiada wanita lain di dunia ini yang dapat menandingi dirinya…Bisik hatinya sambil berjalan mendekati Basyira lantas menciumi pipinya dengan mesra. Basyira hanya tersenyum menerima ciuman Ryean Eiman.

No comments:
Post a Comment