Bab 11
“LAMA betul you dalam perpustakaan tadi. Apa yang you bincangkan dengan Mirinda?” Tanya Lydia semasa mereka dalam perjalanan pulang. Memang Lydia tidak berniat hendak bermalam di rumah. Sebaik tiba di pejabat, sudah ada kerja yang menanti. Dia pulang kerana ingin melepaskan rindu pada bapanya. Hatinya sedikit lega, perbualannya dengan Datuk Rustam tadi memberangsangkan perasaannya. Dia merasakan bahawa Datuk Rustam sudah semakin pulih. Banyak perkara yang mereka bualkan bersama, seolah-olah Datuk Rustam tidak langsung mengalami amnesia.
Dia akan pulang lagi pada minggu hadapan. Dia perlu membuat observation sendiri terhadap sikap dan tutur kata bapanya itu. Dia yakin Doktor Badri tidak berkata benar dalam banyak perkara. Dia tidak tahu apakah tujuan doktor itu berbuat demikian. Dia yakin tentang sesuatu, bahawa Datuk Rustam bukanlah benar-benar menghidap amnesia. Lelaki itu boleh menipu orang lain tetapi bukan dia. Dia tahu dan percaya pada nalurinya.
“Tak ada apa-apa. Mirinda dah sain cek… Kita dah boleh settle banyak perkara. Kita juga boleh mulai membuat separuh bayaran yang dijanjikan kepada penduduk kampung.”
“Ooo… Untuk dia menurunkan tandatangan, memerlukan masa yang begitu lama.” Kata-katanya mengandungi sindiran.
Ryean Eiman tersenyum, menjeling Lydia di sisinya. “Kami berbincang tentang bermacam perkara, Lydia.”
“I tak boleh tahu perkara apa? Syarikat bukannya milik Mirinda seorang. I pun ada hak. I perlu tahu apa yang you berdua bincangkan…”
Ryean Eiman terdiam. Bagaimana dia harus memberitahu bahawa mereka bukannya berbincang tetapi…
“Tiada masalah besar Lydia. Hanya perkara kecil. Janganlah you bimbang atau risau apa-apa. Hei… Muka you tu masam saja sejak tadi kenapa? Macam I ada buat salah pada you aje!”
“You ada buat salah pada I?” Tanya Lydia kembali.
“Tak ada, buat salah apa?” Ryean Eiman merasakan mukanya berbahang panas, cuba mengelak daripada berbicara soal itu. Tetapi dia tidak mungkin dapat mengelak apabila Lydia terus mendesak.
“You tahu apa yang I bualkan dengan papa? Tadi, you langsung tak naik ke biliknya, mengapa?”
Ryean Eiman diam sejenak kemudian bertanya; “Oh! I terlupa. Dia ada tanya pasal I?”
“Tu lah, asyik bersama Mirinda saja…” Sindir Lydia pedas. “Kami bercerita tentang you tadi…”
“Pulak…”
“Papa kata, lebih baik kita kahwin.”
“Kahwin?” Ryean Eiman membrek dengan kuat, hingga kereta itu tersasar beberapa saat, kemudian bergerak semula seperti tadi. Tenang dan bersahaja. Dia terkejut mendengar saranan Datuk Rustam yang mahu dia dan Lydia bernikah. Bukankah Basyira juga mengharap perkara yang sama?
“Apa-apa hal pun biar selepas projek ni selesai. Lagipun papa you masih sakit.”
“Ya, I fikir pun begitu juga…” Balas Lydia. Kemudian dia rasa menyesal kerana berkata begitu. Dia menjeling Ryean Eiman untuk melihat reaksi lelaki itu. Ryean Eiman tenang sahaja, matanya terus tertanjap ke jalan raya yang berliku-liku di hadapan mereka.
“Kadang-kadang I ragu benarkah papa mengalami amnesia?”
“Kalau you ragu dengan Doktor Badri, mengapa tidak bawa dia jumpa doktor pakar yang lain.” Kata Ryean Eiman sambil menjeling Lydia. Lydia memandang lelaki itu, mengangguk perlahan. Mengapa perkara itu langsung tidak terlintas di fikirannya? Tetapi jika dia berbuat demikian, pasti Doktor Badri akan terasa hati. Doktor itu amat baik dengan bapanya sejak dahulu… Malah Doktor Badri adalah rakan baik papanya sejak mereka masing-masing masih muda dan belajar di kolej yang sama.
LYDIA… Kau amat menyayangi bapamu! Bisik hati Ryean Eiman. Dia sememangnya kagum di atas sikap prihatin Lydia. Dalam kesibukan tugas, dia tetap mencari ruang waktu untuk balik setiap minggu menemui Datuk Rustam. Ryean Eiman merasakan satu kekurangan. Dia sudah lama tidak menemui bapanya sendiri. Dia tidak tahu khabar berita tentang Nordin.
Sejak berpisah dengan Basyira, Nordin amat jarang sekali menghubunginya. Dia juga tidak pernah menghubungi lelaki itu. Rasa bencinya kian menular di hati kerana Nordin menodai kesucian cinta ibunya. Dia benci orang yang curang, tetapi mengapa dia terlibat dengan seorang perempuan curang seperti Mirinda? Bukankah dia juga tidak ubah seperti bapanya, menganiayai seorang perempuan yang baik. Lydia terlalu baik untuk disakiti. Mengapa dia tidak dapat bersikap jujur pada Lydia?
Datuk Rustam juga seorang lelaki yang baik, tetapi mengapa kebaikan itu dibalas dengan kejahatan. Kau tidak seharusnya menjalin hubungan dengan Mirinda… ada suara halus yang berbisik di telinganya. Apakah Lydia tidak cukup cantik dan menawan? Dia memiliki segalanya, tiada satu pun yang kurang. Dia seorang gadis yang baik, yang masih lagi seorang perawan. Bukan seperti Mirinda…
Seharusnya dia tahu, Mirinda bukan pilihan yang terbaik. Tetapi mengapa dia tidak dapat menghindarinya? Apakah kerana wang dan kedudukan? Dia juga tahu itu semua tidak berkekalan. Kadang-kadang manusia cepat lupa diri apabila memiliki wang yang banyak. Manusia menjadi sombong apabila dianugerahkan pangkat dan harta. Seperti Nordin, bapanya. Lelaki itu mudah lupa pada masa lalu. Basyira banyak berkorban untuk dirinya, tetapi akhirnya ibunya ditinggalkan keseorangan.
Terkadang dia sedih mengenangkan sikap Nordin yang meninggalkan Basyira kerana ingin bersama wanita lain. Basyira merayu supaya dirinya tidak diceraikan tetapi Nordin tetap melepaskan Basyira, demi kerana perempuan yang baru ditemuinya itu. Siapakah nama perempuan itu? Ryean Eiman memerah otak mengingati perempuan yang menjadi perosak rumahtangga ayah dan ibunya.
Yani… Yani Azhan! Bisiknya sendiri. Tanpa sedar suaranya tercetus perlahan dari dua ulas bibir. Lydia yang sejak tadi diam dan hanyut dalam gelora perasaannya menoleh padanya lantas bertanya; “Apadia? You sebut nama siapa tadi?”
Ryean Eiman menoleh, tersenyum dan menjawab; “Tak ada sesiapa.” Balasnya acuh tak acuh.
“Tak… I dengar. You sebut nama perempuan tadi. Yani?”
Memanglah telinga perempuan ni cukup peka! Bisik hati Ryean Eiman. Kalau hati dah cemburu, satu bisikan pun boleh terdengar dengan jelas.
“Siapa dia?”
“Kekasih… ayah I.” Jawab Ryean Eiman perlahan. “Yani Azhan. Kekasih ayah I. Kerana dialah ayah I menceraikan ibu. Perempuan tu tak suka bermadu. Walaupun ibu merayu supaya dia tidak diceraikan… tapi ayah tetap dengan keputusannya.”
“Ooo…” Lydia menganggukkan kepalanya. Rasa simpati mengalir terhadap Basyira.
“Mereka merancang hendak berkahwin. I pun tak tahu mereka dah kahwin ataupun belum. Dah beberapa bulan I tak jumpa dengan ayah I… menelefon pun tak. I tak suka dengan apa yang dia lakukan.”
“Masa papa kahwin dengan Mirinda I pun rasa macam tu…” Akui Lydia. “I bencikan papa I kerana mengahwini Mirinda. I takut kasih sayangnya terhadap I berubah. Tapi I silap. Kasih sayang seorang bapa tidak pernah berubah. Walau dalam apa keadaan sekalipun, kasih sayang itu tetap ada. Kadang-kadang dia tidak mampu menunjukkannya. Dia tidak dapat meluahkannya dalam bentuk kata-kata, semudah seorang kekasih mengungkapkannya terhadap orang yang dicintai.” Kata Lydia panjang lebar.
“Benarkah begitu?” Tanya Ryean Eiman bagaikan meminta kepastian. “Tapi ayah I tak begitu menyayangi I seperti ibu. Kasih sayang ibu begitu besar… I sanggup lakukan apa saja untuk ibu, asalkan dia bahagia.”
“Untuk I pula?” Balas Lydia kembali.
“Entahlah.” Jawab Ryean Eiman ketawa lepas dan berkata; “You ni siapa ya? Nak suruh I berkorban segala untuk you?”
“Yalah. I ni siapa… Macam melukut di tepi gantang. You tak pernah katakan ‘I love you’ pada I selama ini, Ryean. Sekian lama I menanti. Entahlah sejak kebelakangan ini I dapat rasakan bahawa sebenarnya you memang tidak menyintai I kan?”
“Jangan cakap macam tu. Sesetengah lelaki tidak mengungkapkan kata cinta bukan bermakna tidak menyintai. Dia ‘mengucapkan’ cinta dengan perbuatan.” Tangan kiri Ryean Eiman menjangkau bahu Lydia, lantas menarik gadis itu ke sisinya.
Lydia tidak membantah, dia merebahkan kepalanya ke bahu lelaki itu. “Tiba-tiba rasa mengantuk pula…”
“Tidurlah.” Bisik Ryean Eiman. “Sejam lagi barulah sampai ke Mentakab.”
Kereta terus laju meredah jalan raya yang berliku-liku. Tidak lama lagi mereka akan tiba di sempadan negeri Pahang dan Selangor. Sejam lagi mereka akan tiba di rumah Basyira.
BASYIRA berjalan teragak-agak mendekati tangga rumah Basha. Kelihatan pintu hadapan rumah itu terbuka luas. Motorsikal Basha ada di halaman. Lelaki itu memang ada di rumah. Sebelum itu, Basyira sudah menelefon menyatakan kedatangannya. Dia tidak mahu datang dan pulang kehampaan. Mujur Basha menyatakan dia memang tidak bekerja pada hari itu.
“Naiklah…” Seru Basha apabila melihat Basyira sudah berdiri di hadapan tangga tetapi teragak-agak hendak masuk.
“Ada sesiapa di rumah?”
“Tak ada orang. Abang memang tinggal seorang diri di rumah ni…” Beritahu Basha lagi. Hati Basyira rasa tidak senang. Bagaimana jika orang ternampak dia datang ke rumah Basha? Apa kata mereka? Dia takut nanti dirinya akan terlibat dalam fitnah. Mulut orang kampung tidak dapat ditutup. Rasa hatinya dibungai bimbang, tetapi kakinya terus juga melangkah masuk.
Ruang anjung kelihatan kemas. Ada kerusi rotan yang tersusun kemas. Peti televisyen kecil terletak di suatu sudut. Ada bantal besar dan tikar terbentang di hadapan televisyen. Pasti Basha selalu berbaring di situ sambil menonton televisyen, fikir Basyira.
Matanya mencari sesuatu, kemudian terhenti di suatu sudut. Dia terlihat sebuah almari buku yang bertutup rapat terletak di dinding. Banyak buku-buku tersusun kemas di dalamnya. Basha tahu apa yang bersarang dalam kepala Basyira. Memang kedatangan Basyira petang itu adalah untuk meminjam buku darinya.
Basha bergerak membuka almari dan mengajak Basyira melihat buku-buku yang ada di dalamnya. “Pilihlah…” Suruh Basha sambil tersenyum.
“Abang Basha tolong pilihkan yang mana bagus… Syira tak tahu nak pilih lagi kalau dah banyak macam ni.” Pinta Basyira mesra. Basha merasakan kata-kata Basyira penuh dengan kemanjaan. Hidungnya kembang kempis mendengar permintaan Basyira. Hatinya benar-benar riang.
Dia memilih beberapa buah buku lantas diletakkannya di atas meja. Dia terus memilih lagi. Saat itu sekeping foto tiba-tiba terjatuh dari celah-celah buku. Basyira terkejut lantas mengutip foto yang jatuh di tepi kakinya. Matanya menangkap dua wajah yang terdapat di dalam foto hitam putih itu. Salah seorang darinya memang dikenalinya. Itu adalah wajah Basha semasa berusia belasan tahun. Tetapi dia tidak kenal pada wajah lelaki di sebelah Basha.
“Hei! Ini gambar abang semasa muda-muda dulu…” Kata Basyira. “Tapi yang di sebelah ni gambar siapa?”
“Hmmm… Gambar sepupu.” Jawab Basha mengambil foto itu dari tangan Basyira. Aksinya itu kelihatan kasar, sehingga Basyira merasakan bahawa Basha seperti merampas gambar itu dari penatapannya. “Syira tak kenal dia!” Tegas Basha sambil menyimpan gambar itu, seolah-olah tidak ingin Basyira menatapnya lagi.
Basyira terdiam. Dia memerhati sahaja Basha yang terus memilih beberapa buah buku lagi.
“Cukuplah…” Kata Basyira sambil memerhati ke arah buku yang ada di atas meja. “Dah banyak dah, nanti tak terbaca pula.”
Basha berhenti memilih. Dia mengambil beg plastik lantas memasukkan buku-buku itu ke dalamnya. Basyira meminta diri untuk balik.
“Nanti dulu… Takkan datang ke sini tak mahu minum dulu.” Basha menyentuh hujung sikunya, ingin menghalang Basyira dari menghala ke pintu hadapan.
“Abang dah buat air sebelum Syira datang tadi…” Kata Basha. “Biar abang ke dapur ambil minuman. Syira duduklah dulu.”
Mahu tidak mahu Basyira terpaksa menurut. Dia duduk di ruang tamu menunggu Basha yang menghilang ke dapur. Sejurus kemudian Basha datang dengan minuman dan sepiring jemput-jemput pisang.
“Hmmm… Rajinnya abang memasak.” Kata Basyira sambil tersenyum.
“Macam tulah… Dah lama hidup membujang. Serba sedikit tu tahulah memasak. Kalau tak tahu, kebuluran pula nanti.” Kata Basha sambil tertawa panjang.
“Mengapa abang tak kahwin?” Tiba-tiba soalan itu meluncur dari bibir Basyira tanpa disedarinya.
Basha terus gelak lagi. “Abang tunggu Syira…” Sahutnya perlahan.
Basyira rasa menyesal kerana bertanya demikian pada Basha. Dia menundukkan mukanya sejenak kemudian berkata lembut; “Tunggu Syira? Apa guna ditunggu Syira ni bang? Syira bukannya gadis sempurna lagi. Syira ni dah janda… tua pula. Mengapa abang tak cari gadis yang muda yang lebih baik dari Syira?”
“Abang tak mahukan mereka… Abang hanya mahukan Syira…”
Basyira bangun, tidak ingin mendengar kata-kata Basha lagi. Dia terus berjalan laju ke pintu hadapan yang terbuka luas. Dia tidak sangka Basha akan berkata begitu. Rasa hatinya sungguh malu. Dia sudah tua dan tidak layak untuk bercinta lagi. Dia malu pada diri sendiri dan Tuhan. Dia terus menyarung kasut dan berjalan laju menuju ke jalan raya.
“Syira! Syira…. Syira lupa bawa buku-buku ni!” Panggil Basha bertalu-talu tetapi Basyira tidak menghiraukan panggilan itu.
Basyira pulang dengan hati yang malu. Dibaringkannya sekujur tubuhnya yang menggigil di atas tilam. Dia tidak sangka Basha masih menyimpan perasaan padanya. Dia sendiri tidak pasti perasaannya pada Basha. Dia sukakan Basha sebagai kawan. Belum terlintas di hatinya hendak mencari pengganti Nordin.
Jauh di sudut hatinya masih mengharap kehadiran Nordin. Dia bagaikan menunggu kepulangan Nordin ke kampung itu. Dia menanti Nordin menyatakan betapa dia menyesal yang tidak berkesudahan kerana menceraikan Basyira. Dia masih menunggu kalau-kalau Nordin menyatakan bahawa dia ingin rujuk semula. Tetapi itu semua hanya angan-angan kosong. Edahnya sudah pun berakhir, dan Nordin tidak pernah datang ataupun menghubunginya langsung.
Dia sedang bahagia di samping perempuan itu! Airmata Basyira mengalir perlahan menimpa bantal. Esakannya menggegar seluruh tubuh yang lemah tidak berdaya. Dia gagal melawan perasaannya yang masih pilu di atas perpisahan yang berlaku. Dia tidak tahu mengapa dia masih bersedih padahal tiga bulan sudah pun berlalu.
“Ibu! Ibu!” Dia mendengar suara Lydia dan Ryean Eiman saling tingkah meningkah memanggil namanya. Mereka dah pulang… Bisik hati Basyira. Tetapi dia tidak boleh bangun menemui mereka dalam keadaan matanya yang bengkak lepas menangis. Lebih baik dia berpura-pura tidur. Mukanya di halakan ke dinding, selimut ditarik hingga ke dada.
Lydia menolak daun pintu bilik perlahan-lahan. Dia mendapati Basyira berbaring tidak bergerak, badannya membelakangi pintu.
“Shhhh… Ibu tidur rupanya.” Kata Lydia sambil berpaling ke arah Ryean Eiman.
“Biarlah dia tidur. Penat agaknya.” Balas Ryean Eiman. “I pun nak tidur juga. Penat. Sepanjang perjalanan tadi, ada orang berdengkur sampai meleleh airliur kat baju I!” Katanya mengusik sambil diiringi tawa.
Lydia pantas menampar bahunya. “Mana ada. I tak tidur berdengkur pun!”
Ryean Eiman meneruskan tawa, berjalan laju menuju ke tingkat bawah lantas terus menuju ke kamarnya. Memang dia benar-benar letih, melayani kerenah Mirinda dan Lydia. Dia perlu tidur setelah memandu beratus-ratus kilometer hari itu.

No comments:
Post a Comment