Bab 33
GAMBAR wajah Basha dicetak dalam jumlah yang banyak dan ditampal di merata-rata tempat di sekitar bandar. Masa terus berlalu, tiada orang awam yang datang ke IPD Temerloh dan Mentakab menyampaikan sebarang maklumat. Inspektor Jamaludin terus menunggu di mejanya dengan sabar.
Hari itu Ryean Eiman datang lagi ke IPD Mentakab, bertanya sekiranya ada sebarang perkembangan tentang Lydia. Namun dia pulang kehampaan kerana masih tiada sebarang berita terbaru. Sudah dua hari Lydia lenyap begitu sahaja. Ryean Eiman memandang barang-barang yang ditinggalkan Lydia di wad tempohari. Dia meletakkan dompet dan handphone milik Lydia di hadapannya.
Handphone gadis itu dicapai. Dia membuka peti simpanan panggilan dan memeriksa panggilan yang telah diterima. Tiada langsung yang mencurigakan. Dia tidak menerima sebarang panggilan dari sesiapa pada malam itu.
“Ibu rasa, kalau benarlah pakcik Basha yang culik Lydia, agaknya ke manakah pakcik Basha akan bawa Diya pergi?”
Basyira termenung sejenak berfikir.
“Ibu kan tahu kebanyakan kampung di daerah ni. Ada tak kampung terpencil yang mungkin kerap kali menjadi tempat pakcik Basha pergi? Saya tak fikir dia pergi jauh, ibu. Saya rasa dia masih ada di daerah ini…”
“Ibu pun rasa macam tu juga…” Kata Basyira. “Sebenarnya ada banyak kampung. Di seberang sungai Semantan sana pun ada juga kampung yang jauh ke pedalaman. Ibu pun tak pernah pergi, tapi tahulah kampung tu memang ada. Tak ramai penduduk kampung di seberang sungai tu sebab kebanyakan mereka dah pindah.”
Ryean Eiman mengangguk. “Mungkinkah dia ke sana?”
“Mustahil.” Kata Basyira. “Takkanlah dia akan pergi ke kampung tu… Mudah sangatlah orang tahu! Mungkin dia bawa masuk ke hutan ataupun kebun getah. Dia tahu selok belok kebun getah di belakang rumahnya tu. Kebun getah tu bersambung terus dengan hutan pokok pine yang luasnya beratus-ratus ekar.”
Ryean Eiman mengangguk. “Kenapa dia langsung tak menghubungi kita? Apa yang dia mahu jika kalau dia benar-benar menculik Diya? Kalau betullah dia culik Diya… Kena penumbuk sulung saya nanti!” Ryean Eiman menggenggam tangan.
Basyira memandang Ryean Eiman. Mukanya nampak pucat sedikit. “Ya Allah! Minta-minta Tuhan jauhkan Diya dari sebarang bahaya.”
Ryean Eiman memeluk Basyira dengan erat. “Insya Allah ibu. Sama-samalah kita berdoa semoga Diya selamat pulang semula.”
LYDIA terlihat seorang lelaki sedang bercakap dengan Basha di hujung jambatan gantung. Lelaki itu berjalan merentasi jambatan gantung, melambai Basha yang sedang membakar sampah dari jauh. Basha mencampakkan pencakar rumput di tangannya lantas berlari-lari ke arah kawannya itu. Lydia memerhati dari arah berenda bersama rasa ingin tahu yang begitu tinggi.
Tetapi dia tidak mungkin dapat mendengar perbualan antara Basha dan rakannya itu kerana jarak yang jauh melebihi 30 meter. Mereka pula bercakap dalam nada suara yang rendah dan perlahan.
“Engkau jangan keluar ke bandar, Basha…” Kata kawannya separuh berbisik.
“Kenapa? Apa yang berlaku?”
“Polis sedang cari engkau. Engkau dituduh menculik anak datuk tu…”
Basha menarik nafas. Dia memang sudah mengagak perkara itu.
“Aku tak culik dia.”
“Aku tahu, tapi polis yakin engkau culik anak datuk tu…”
Basha mengeluh perlahan. “Apa engkau hendak buat sekarang?”
“Aku tunggu Datuk Rustam balik dari umrah. Bila dia balik nanti aku sendiri akan telefon dia, dan serahkan Lydia pada ayahnya.” Kata Basha.
Kawannya mengangguk. “Oklah. Aku tak boleh lama. Aku takut juga terlibat sama. Aniaya Naya periuk nasi aku…”
“Yalah. Engkau pergilah, jangan risaukan aku. Walau macamana pun, terima kasih.”
TemanKawannya mengangguk lantas terus merentasi jambatan gantung dengan pantas cepat kembali ke kampung di seberang sungai.
“Kenapa pakcik. Ada masalah?”
Basha menggeleng. “Tak ada apa-apa.” Jawab Basha pura-pura tenang. Tetapi Lydia dapat membaca keresahan yang bermain di wajah Basha. Riak wajah itu tidak lagi ceria melainkan terus muram. Basha termenung di muka tangga beberapa ketika.
“Dua tiga hari lagi papa engkau balik dari umrah.” Kata Basha. “Pakcik akan telefon dia nanti, beritahu engkau di mana. Atau pakcik sendiri akan hantar engkau balik.”
Lydia mengangguk sahaja.
“Luka engkau macamana? Masih ada rasa sakit?”
Lydia menggelengkan kepalanya. “Dah bertambah baik. Luka dah kering. Hari ni tak pakai anduh lagi, penat.” Katanya sambil tertawa kecil.
“Jom masuk. Nampak macam nak hujan.” Kata Basha sambil menapak tangga naik ke rumah. Lydia ikut mendongak ke langit. Sudah dua hari berada di rumah itu, langsung tiada hujan menyirami bumi. Jika hujan petang ni, sejuklah sikit tak perlu turun ke sungai… bisik Lydia di dalam hati.
Langit semakin gelap, gumpalan awan kian membesar di dada langit. Tidak lama kemudian kilat sabung menyabung dan dari langit termuntahlah titisan air jernih. Hujan terus lebat menyirami bumi yang sudah dua hari kekeringan. Lydia tidak langsung masuk ke dalam rumah. Dia leka memerhati hujan yang menderu dengan kuat. Sebuah tong besar bekas air, yang diletakkan di bawah cucur atap dengan cepat menjadi penuh. Hujan benar-benar lebat disertai angin yang kuat berhembus.
Tiba-tiba Lydia membuka satu persatu pakaiannya. Dengan hanya berkemban dia turun ke tanah. Dia berjalan mendekati tong berisi air yang sudah penuh dan melimpah lantas mandi sepuas-puasnya. Dia lupa pada luka di bahunya yang baru sembuh dan mengering. Tidak pernah dia merasa begitu seronok, mandi hujan dan dilimpahi dengan air yang banyak. Dengan cepat jari-jarinya menjadi kecut, tubuhnya menggigil. Dia tidak sedar, di tepi tingkap Basha memerhati dirinya dengan penuh asyik.
Lydia naik ke berenda dengan tubuh yang menggigil tetapi hatinya dipenuhi kepuasan. Gadis itu terperanjat melihat Basha menunggu di muka pintu dengan sehelai tuala di tangan.
“Seronok engkau mandi hujan?” Tegur Basha sambil tersenyum. Matanya memerhati leher dan bahu Lydia yang terdedah.
“Tengok! Luka engkau tu dah kena air… Cepat lap dan sapu ubat.”
Lydia seperti baru tersedar bahawa lukanya telah terkena air dan kulit bekas luka nampak mengembang sedikit dan rasa pedih mulai terasa pedih. Dia menyesal menurut kehendak hati. Bagaimana jika lukanya itu berdarah semula?
Basha meletakkan kain tuala di bahunya dengan lembut mengelap luka gadis itu. Mereka berdiri begitu hampir, tubuh Lydia semakin menggigil apabila merasai nafas Basha yang berhembus begitu dekat dengan muka wajahnya. Dia memerhati lengan lelaki itu yang lebat ditumbuhi bulu roma, hitam dan sedikit kerinting. Seluruh tubuhnya bergegar, tengkuknya meremang. Lydia terus menyelinap masuk dengan kain batik yang basah masih melekat di badan. Dia masuk ke dalam bilik, menutup pintu dengan kuat. Rasa dadanya berdebar kencang terus bergementaran.
Apakah tadi Basha telah mengintainya sedang mandi? Mengapa kini hatinya jadi ragu di atas keikhlasan Basha yang konon hendak membantunya? Dia teringat semula kedatangan kawan Basha pagi tadi, bagaikan membawa satu berita buruk. Mengapa kini hatinya rasa takut dan bimbang semula setelah beberapa hari dia menikmati ketenangan?
Lydia memasang telinga, mendengar gerakan-gerakan yang dilakukan oleh Basha. Basha kini berjalan ke dapur, bunyi tapak kakinya begitu jelas. Lydia memakai baju dengan cepat. Dia mengenakan t.shirt berlengan pendek di bahagian dalam dan baju trek di bahagian luar. Tubuhnya menggigil walaupun memakai dua lapis baju dan berseluar jean. Dia duduk di atas katil sambil memeluk lutut. Hujan masih belum berhenti tetapi tidak selebat tadi.
Dia mendengar ketukan di pintu bilik. Basha memanggilnya dengan suara yang perlahan; “Mari minum kopi Lydia. Tentu kau kesejukan.”
Lydia menyahut dari dalam bilik. “Diya nak tidur pakcik.”
Basha tidak berkata apa-apa lagi dan bunyi tapak kakinya jelas meninggalkan tempat itu untuk kembali ke dapur.
Lydia menarik selimut, seperti benar-benar ingin tidur walaupun matanya langsung tidak mengantuk. Otaknya ligat memikirkan benarkah Basha berniat baik terhadapnya. Atau ada muslihat yang tersembunyi?
Lewat petang baru hujan teduh. Lydia keluar dari bilik, perlahan-lahan masuk ke dapur. Dia mencari Basha. Dilihatnya Basha sedang tidur di dapur, di atas sehelai tikar mengkuang. Tubuhnya mengerekut menahan sejuk.
“Pakcik…” Seru Lydia beberapa kali barulah Basha terjaga.
“Kenapa?” tanya Basha.
“Luka di bahu Diya rasa sakit berdenyut-denyut…” Kata Lydia. Dia membohongi Basha. Dia harus mencari jalan untuk lari dari rumah itu. Dia rasa takut hendak tinggal di rumah itu lagi dengan Basha. Rasa kepercayaannya terhadap Basha semakin tipis.
“Panadol masih ada?”
“Dah habis pakcik.” Kata Lydia. “Diya perlukan ubat sapu dan ubat tahan sakit pakcik…” Kata Lydia perlahan, separuh merayu.
Basha mengeluh. Dia tidak mahu mengambil risiko dengan keluar ke bandar untuk ke farmasi bagi mendapatkan ubat Lydia. Namun dia bimbang sekiranya rasa sakit gadis itu berlarutan. Hari pula semakin gelap. Jika dia hendak keluar, dia mesti keluar sekarang supaya tidak pulang lewat ke rumah nanti. Basha bingkas bangun.
“Biar pakcik ke farmasi sekejap. Tak mengapa Diya tinggal sekejap seorang di kat sini. Tiada Tak ada apa-apa yang harus ditakutkan.” Kata Basha.
Lydia mengangguk. “Jangan bimbang, pakcik.” Balas Lydia.
Basha bersiap-siap, menukar baju. Dia membawa baju hujan. Manalah tahu sekiranya hujan turun nanti. Motorsikalnya ditinggalkan di rumah Mamat di kampung seberang. Dia hanya perlu melintasi jambatan gantung kemudian berjalan ke rumah Mamat. Selepas itu bolehlah dia ke Mentakab. Untuk tidak dikenali sesiapa, dia akan memakai topi. Dia juga tidak akan mengikuti jalan-jalan utama. Dia tahu jalan belakang… Dia memang arif benar selok-belok jalan di bandar itu.
Setengah jam selepas Basha pergi, Lydia turun ke tanah dengan niat yang kuat hendak meninggalkan rumah itu. Dia sengaja meninggalkan beg pakaiannya. Beg pakaian itu hanya akan menjadi satu beban kepadanya jika dibawa bersama. Lydia berjalan perlahan menghala ke jambatan gantung. Dia memegang selusur jambatan itu, dengan dada berdebar mulai menapak langkah demi langkah. Lantai jambatan itu ternyata amat licin selepas dilanda hujan. Lydia benar-benar ketakutan tetapi tetap meneruskan langkah Dia tidak berani memandang ke bawah sungai. Tetapi matanya tetap terpandang jua… Air sungai membuak naik dengan cepat selepas hujan. Lydia terkejut melihat sungai yang bertambah laju dan deras alirannya. Sampai di pertengahan sungai, dia merasakan rintik-rintik hujan kembali menimpa belakang dan muka wajahnya. Langit semakin gelap. Dan senja itu cahaya matahari terus tidur lagi, sebelum tiba masanya.
Lydia duduk memeluk tubuh di bawah atap perhentian bas yang sepi. Dia teringat betapa baik nasib dirinya. Sebaik sahaja tiba di kampung seberang, tiba-tiba sebuah motorsikal seorang remaja berhenti lantas mengajaknya menumpang. Remaja itu ingin ke kedai yang terletak di kepala simpang masuk ke kampung. Lega hati Lydia kerana dengan cepat dia telah dibawa keluar dari perkampungan itu. Dia tidak sangka nasibnya begitu baik. Walaupun hari sudah malam tetapi di kepala simpang itu terdapat sebuah kedai runcit yang masa dibuka. Agak ramai juga orang yang datang dan pergi ke kedai itu.
Semasa Ketika dia mula-mula datang dulu, dia tidak perasan adanya kedai di situ kerana ianya sudah ditutup. Kini dia duduk menunggu teksi ataupun bas yang akan membawanya ke bandar. Lydia meraba-raba poket seluar, baru teringat sesuatu… Dia tidak mempunyai duit langsung!
Dadanya berdebar tidak keruan, bagaimanakah dia hendak meninggalkan tempat itu? Tiba-tiba sebuah kereta membrek dengan kuat di atas aspal yang licin. Kereta itu terlajak lebih kurang semeter ke hadapan, kemudian ia berundur betul-betul di hadapan pondok menunggu bas. Lydia menegakkan badannya terkejut. Dia membongkok untuk melihat pemandu kereta tersebut. Hujan masih turun renyai-renyai, namun cahaya lampu tunggal berdekatan dengan pondok menunggu bas itu terus menyala dan menyuluh muka lelaki itu.
Lelaki itu memberi isyarat tangan, mengajaknya naik. Lydia tersenyum lantas terus membuka pintu dan masuk ke dalam kereta.
“You dari mana? Nak ke mana? I terkejut bila nampak you di pondok bas tu tadi.”
Lydia tidak segera menjawab. Dia senyum ke arah anak muda kacak itu.
“Nasib baiklah I jumpa you. You nak ke mana?” Lydia memulangkan pertanyaan.
“I nak balik ke KL.” Jawab lelaki itu selamba.
“Kalau macam tu, boleh I tumpang you?”
“Boleh. No probelemo!” Jawab Harith Rafeeq sambil tertawa kecil. Dia terus memandu laju meninggalkan tempat itu.
DI SAAT Basha berjalan keluar dari farmasi, tiba-tiba dia terlihat dua orang anggota polis sedang meronda. Dia menggelabah, tidak tahu apa yang harus dibuat. Kakinya terpaku di lantai. Anggota polis itu semakin dekat dengannya. Basha dengan cepat menarik topinya supaya wajahnya terlindung. Dua orang anggota polis itu memandang muka wajahnya. Dia kenal mereka berdua. Dia tidak dapat mengelak lagi walaupun cuba melindungi mukanya dari dikenali.
Mereka amat kenal dengannya, setiap hari bertemu. Cara dia berjalan sahaja sudah dapat dicam inikan pula sudah berhadapan.
“Basha!”
Lengannya terus dipegang. Basha meronta-ronta. Salah seorang anggota polis itu mulai menghubungi IPD dengan menggunakan telefon bimbit handphone di tangan. Tidak lama kemudian kereta polis tiba di tempat itu. Basha terus dibawa ke balai.
“Engkau tahu Basha, kita dah lama kenal dan aku tak mahu gunakan kekerasan ke atas engkau. Lebih baik sekiranya engkau berterus-terang. Hukuman ke atas engkau akan dapat diringankan sedikit.”
Basha diam sahaja, dia menundukkan muka kepala enggan memandang wajah muka Inspektor Jamaludin. “Aku tak lakukan kesalahan.”
“Engkau telah menculik Lydia binti Datuk Rustam. Mengikut seksyen 302 kanun keseksaan, engkau boleh dihukum gantung. Bukan itu sahaja engkau akan disabitkan dengan bebeberapa kesalahan lain. Cubaan bunuh ke atas…” Inspektor Jamaludin menyebut orang yang telah menjadi ‘mangsa-mangsa’nya. Basha terkejut mendengar tuduhan-tuduhan yang dikenakan ke atasnya.
“Tidak! Aku tak lakukan itu semua! Tidak!!!” Basha menjerit dan menghentak meja dengan buku limanya.
“Betul ataupun tidak, engkau akan dibicarakan. Engkau berhak untuk mengupah peguam untuk membela diri. Sekarang kami terpaksa tahan engkau. Beritahu aku di mana engkau sembunyikan Lydia.”
“Aku tidak sembunyikan dia. Aku menyelamatkan dia daripada pembunuh sebenar…”
Inspektor Jamaludin ketawa. “Jadi memang benar engkau yang culik dia dari hospital…”
“Bukan culik…” Bantah Basha. Dia memandang ke muka Inspektor Jamaludin yang terus tersenyum sinis.
“Engkau mesti bekerjasama Basha. Beritahu aku di mana Lydia. Biar pihak polis yang lindungi dia, bukannya engkau.” Kata-kata itu mengandungi sindiran.
Basha diam.
“Beritahu aku di mana engkau sembunyikan dia! Jangan nak berdolak dalik lagi. Kalau enggan bekerjasama, aku tahu macamana caranya untuk buat engkau bercakap!” Tengking Inspektor Jamaludin.
Basha akhirnya mengalah, lantas memberitahu di mana Lydia berada.
Inspektor Jamaludin menghubungi Ryean Eiman, memberitahu lelaki itu bahawa Basha sudah tertangkap. Mereka sudah tahu di mana Lydia berada. Ryean Eiman turut bersama anggota polis pergi ke rumah kawan Basha. Ryean Eiman lebih dahulu berlari mendahului anggota polis, melintasi jambatan gantung, sambil meneriak nama Lydia bertalu-talu. Namun anehnya tiada sahutan daripada gadis itu. Pihak polis menggeledah rumah papan kecil itu dan mendapati memang Lydia tiada. Memang terdapat kesan kehadiran gadis itu di situ. kerana Beg pakaiannya masih ada…
Ryean Eiman kecewa kerana gagal menemui Lydia. Dia berjalan ke arah kereta polis di seberang jambatan. Basha ada di dalam kereta polis itu, kerana dialah yang menunjukkan jalan dan arah rumah tempat dia membawa Lydia.
“Celaka! Mana engkau sembunyikan dia!” Tengking Ryean Eiman menerkam ke arah Basha, lantas meninju muka lelaki itu. Basha tidak sempat mengelak. Mukanya terasa sakit, hidungnya mulai berdarah.
“Heii… sabar! Sabar! Karang tak pasal-pasal engkau pun sama disumbatkan dalam lokap.” Kata Inspektor Jamaludin.
Ryean Eiman benar-benar hilang sabar. Dia tidak sedar dia telah meninju muka Basha di hadapan Inspektor Jamaludin.
Basha juga terkejut kerana Lydia tiada di rumah itu. Inspektor Jamaludin naik berang kerana Basha hanya mempermain-mainkannya. Basha disumbatkan ke dalam lokap polis sehinggalah dia bersedia untuk ‘bercakap benar’.

No comments:
Post a Comment