Bab 27
TIADA sesiapa pun percaya pada dirinya. Sudah tentu mereka menganggap dia jahat dan tidak bermaruah. Hatinya sedih mengenangkan tuduhan Basyira. Basyira menyatakan dia pembohong. Dia sengaja mengintip dan mendengar perbualan mereka.
Dia mengakui, dulu dia memang selalu datang untuk mengintip Basyira. Dia sebenarnya tidak dapat menahan gelodak perasaannya terhadap wanita itu. Dia bahagia dengan melihat wajah Basyira secara sembunyi. Dia senang mendengar suara Basyira berbual mesra dengan Ryean Eiman dan Lydia.
Pun sudah lama dia menghentikan perbuatannya itu. Dia amat bimbang rahsianya itu diketahui Basyira. Dia paling takut wanita itu membencinya. Namun sejak kebelakangan ini dia kembali datang mengintip rumah Basyira. Suatu malam dia terkejut kerana terlihat ada orang lain yang juga sedang mengintip pergerakan dan tindak tanduk penghuni rumah itu. Dia tidak tahu siapa lelaki itu. Dia tidak berani untuk datang lebih dekat. Apabila melihat lelaki itu asyik memerhati rumah Basyira, dia turut berwaspada. Dia tidak mahu lelaki itu tahu bahawa dirinya turut diperhati.
Sejak itu selalu datang, dalam diam-diam… Duduk di mana saja di kawasan rumah Basyira dengan tujuan yang satu… Menjaga keselamatan penghuni rumah itu. Sekurang-kurang kehadirannya di dalam kawasan rumah wanita itu menghalang lelaki yang mengintip itu datang lebih dekat. Dia seorang yang berpengalaman. Lebih dua puluh tahun berada dalam jabatan polis. Dia tahu dengan sekali imbas, apakah jenis lelaki yang mengintip rumah Basyira.
Lelaki itu profesional… merbahaya! Dia memiliki kemahiran yang tinggi. Bergerak dalam keadaan senyap, selalu duduk di tempat yang amat strategi. Dia seorang yang tangkas, berani dan terlalu berhati-hati dalam setiap tindak tanduknya. Siapakah dia? Mengapa lelaki itu mengintip rumah Basyira? Dia sedar, kegiatan itu berlaku sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Dia tidak akan melaporkan hal itu. Jika boleh dia sendiri ingin memberkas lelaki itu supaya kepercayaan Basyira kembali terhadapnya. Dia akan membuktikan pada Basyira bahawa dia seorang lelaki yang jujur, baik dan bertanggungjawab. Dia mesti memenangi hati Basyira supaya wanita itu tidak jatuh semula ke tangan bekas suaminya, Nordin. Basha tahu, Nordin kerap datang ke rumah Basyira. Namun sudah beberapa hari pula kelibat Nordin tidak kelihatan.
NORDIN sudah sedar, perlahan-lahan bola matanya beralih ke wajah orang-orang yang mengelilingi katil. Pada awalnya, pandangan Nordin sangat kelam dan berlapis-lapis. Beberapa saat dia terfikir, bahawa dia sudah mati dan sedang dikelilingi oleh para malaikat. Dia segera teringat bahawa selama ini dia bukanlah seorang hamba Tuhan yang soleh. Dia jadi takut. Dia tidak mahu mati.
“Di mana saya?” Tanya Nordin lemah. Seluruh badannya sakit. Dia tidak dapat menggerakkan leher dan badannya. Dia merasa seluruh badannya lemah lesu, hanya matanya sahaja yang mampu digerakkan. Lehernya didakap erat dengan balutan, tangannya juga begitu. Hanya kakinya sahaja tidak bersimen tetapi terasa berat hendak digerakkan.
“Awak di hospital.” Kata doktor yang sedang merawatnya. “24 jam awak koma.” Beritahu doktor itu dengan tenang.
Rasa hatinya sedikit lega apabila mengetahui dia kini berada di hospital. Dia belum mati. Apa yang berlaku kepadanya? Dia cuba mengingat, tetapi ingatan itu terasa sangat jauh dan amat sukar untuk dicapai.
Dia mengeluh, terasa amat sakit.
“Awak nak hubungi sesiapa? Tentu ada ahli keluarga…” Doktor terus bersuara. Keprihatinan doktor itu sedikit melegakan kesakitan yang dialami.
“Ya. Tolong hubungi anak saya, Ryean Eiman.” Pinta Nordin lemah.
Doktor mengangguk. “Awak jangan bimbang apa-apa. Kami akan hubungi anak awak. Berehatlah. Keadaan awak sudah stabil.” Doktor memberikan secebis senyuman.
Senyuman itu tidak dibalas oleh Nordin. Dia yakin doktor itu pun tidak mengharapkan senyuman balas daripada pesakitnya. Doktor mulai menyuntik lengan Nordin.
Ryean Eiman baru siap mengenakan pakaian untuk keluar bekerja ketika dia mendapat panggilan daripada hospital. Dia amat terkejut apabila mendengar berita bapanya itu dimasukkan ke wad. Rasa marahnya terhadap sikap ‘buaya’ Nordin langsung terhapus. Buru-buru dia memanjat tangga naik ke bilik ibunya. Berita itu langsung disampaikan kepada Basyira.
“Kita pergi tengok ayah sekarang.” Kata Ryean Eiman.
Basyira mengangguk.
DI HADAPAN bilik Nordin, terlihat beberapa orang anggota polis. Juga kelihatan Inspektor Jamaludin. Apabila melihat kehadiran Ryean Eiman dan Basyira, lelaki itu datang mendekati.
“Selamat pagi.” Tegurnya.
Ryean Eiman mengangguk. “Apa khabar inspektor?” Dia sengaja menegur melanjutkan perbualan itu.
“Baik.” Jawab Inspektor Jamaludin.
“Maaflah, kami terpaksa menjalankan tugas sebentar… Nak ambil keterangan dari bapa awak. Dia dah sedar awal pagi tadi.”
“Apa yang sebenarnya berlaku? Saya pun baru tahu pagi tadi.”
“Dia diserang. Modus operandi sama dengan apa yang menimpa tunangnya dulu. Kami yakin ianya dilakukan oleh orang yang sama. Cuma kami belum dapat kaitkan motifnya. Sehingga kini tiada tangkapan dibuat, tiada saksi dan tiada bukti yang ditinggalkan oleh penyerang. Dia benar-benar seorang profesional.”
Ryean Eiman mengangguk. “Bila dia diserang? Di mana?”
“Hari Rabu. Diserang di basement hotel tempat dia menginap. Dia ditemui pekerja hotel lebih kurang sejam selepas diserang. Kalau lebih lewat dari masa tu… tak tahulah!” Jawab Inspektor Jamaludin.
“Dia koma sehari semalam. Kami belum dapat apa-apa maklumat darinya, sehinggalah pagi ni doktor beritahu keadaannya dah stabil dan dia dah sedar.”
“Ya Allah.” Keluh Basyira.
Doktor kelihatan keluar dari bilik rawatan Nordin. “Masuklah inspektor.” Kata doktor yang merawat Nordin. “Tapi tolong jangan bercakap terlalu lama, dia masih lemah.” Pesan doktor itu sebelum melangkah pergi.
Inspektor Jamaludin masuk diikuti oleh beberapa orang anggota polis yang lain. Ryean Eiman membiarkan Inspektor Jamaludin menjalankan tugasnya terlebih dahulu. Dia masih boleh bersabar untuk melihat dan berjumpa dengan bapanya itu.
Tidak lama kemudian Inspektor Jamaludin keluar. Mukanya kelihatan muram.
“Dia masih belum ingat apa-apa…” Beritahunya lemah.
Ryean Eiman dan Basyira saling berpandangan. Mereka bergerak masuk untuk melihat keadaan Nordin.

No comments:
Post a Comment