Thursday, June 26, 2008

Antara Dua Hati - Bab 28

Bab 28

MIRINDA berada di dalam bilik mandi, berbaring di dalam bathtub dengan mata terpejam rapat. Di telinganya terpasang walk-man, dia gemar mendengar lagu sambil berendam di dalam bathtub. Kadang-kadang dia boleh tertidur begitu saja. Dia cuba untuk memikirkan apa yang berlaku tengahari tadi. Ryean Eiman tidak dapat menyembunyikan rasa cemburunya apabila melihat dia bersama dengan Harith Rafeeq tadi. Rasa riang melanda dirinya kerana dapat menerbitkan rasa geram dan marah di hati Ryean Eiman.
Dia faham benar perangai lelaki… mereka kata mereka tidak peduli, tidak memerlukan dan tidak lagi menyintai tetapi mulai rasa cemburu dan tergugat apabila orang yang disayangi bersama lelaki lain. Dia juga merasakan hal yang sama apabila Ryean Eiman memilih Lydia. Tiada salahnya kini jika dia memilih untuk melupakan Ryean Eiman lantas bersama Harith Rafeeq.
Pintu kamar mandi terbuka dari luar, Mirinda memandang ke pintu dan melihat Harith Rafeeq muncul. Lelaki itu tersenyum dan mengangkat kening. Bola matanya kelihatan semakin hitam, besar dan liar. Dia menutup pintu kamar itu dengan sebelah kakinya.
Mirinda menanggalkan walkman, tersenyum ke arah Harith Rafeeq dan berkata; Nampaknya you kepanasan walaupun air-cond sentiasa terpasang di bilik ni!”
“Ya… You mandi terlalu lama.” Harith Rafeeq melangkah ke arah bathtub dan berkata lagi; “Apakah bathtub ni muat untuk berdua?”
“I guess so. I rasa ianya dicipta untuk orang yang sedang bercinta.” Mirinda tertawa lembut, Harith juga ketawa sporting.
Harith Rafeeq melepaskan tualanya ke lantai, lantas masuk ke dalam bathtub perlahan. Dia senyum mesra. Mirinda mengalihkan sedikit kakinya supaya Harith Rafeeq dapat duduk lantas turut meluruskan kaki. Mereka kini saling berhadapan.
“Dah berapa lama you kahwin dengan Datuk Rustam?” Tanya Harith Rafeeq.
“Lebih kurang 14 tahun.”
“Impressive.” Jawab Harith Rafeeq. “Masih dapat bertahan. I rasa masa you kahwin dengan Datuk Rustam you masih terlalu muda.”
Mirinda mengangguk. “Awal dua puluhan. Datuk masa tu dah berumur tiga puluh lebih.”
Harith Rafeeq merenung dalam ke wajah Mirinda yang kelihatan selamba; “Apakah sempat untuk merayakan ulangtahun perkahwinan you yang ke lima belas tahun depan?”
Mirinda mengangkat bahu. “Berapa lama pula you bersama Ryean?”
“Dua tahun.” Jawab Mirinda. “Oh my god…” Tiba-tiba Mirinda mengeluh merasakan matanya pedih dimasuki air yang bercampur dengan shower gel.
“Are you all right?”
“Mata I pedih.” Kata Mirinda, mencapai tuala berdekatan dengannya lantas bangun dari dalam bathtub. Dia membalut badannya dengan tuala dan bergerak ke cermin. Harith Rafeeq ikut keluar dari bathtub, berjalan ke arah wanita itu lantas mendakapnya dari belakang. Mirinda meronta lembut, tergelak kecil apabila Harith Rafeeq terus mendakapnya. Dia memusing badan, mereka berdiri berhadapan dan Harith Rafeeq berbisik lembut; “Jika you mahu, you boleh bebas dari datuk tu, tanpa kehilangan apa-apa.”
“Really?” Kening Mirinda terangkat.
“Ya. You akan jadi janda kaya, mewarisi harta yang bernilai berjuta-juta, kepunyaan you seorang.”
“Macamana dengan Lydia?”
“Shhh… I kata you akan memilikinya seorang…”
Mirinda tersenyum; “You akan lakukannya untuk I?”
Harith Rafeeq mengangkat kening dan mengangguk. “For you. Just for you…”
“OK. You hapuskan mereka berdua.” Kata Mirinda dengan berani. Dia membiarkan telapak tangan Harith Rafeeq menggosok lengannya yang masih melekit dengan buih shower gel.

TELEFON bimbit Mirinda menjerit-jerit dan bergetar di atas meja kecil di sisi katil. Tiada sesiapa pun yang mendengarkannya. Pintu kamar mandi masih tetap bertutup rapat.
Setengah jam kemudian barulah Mirinda keluar dari kamar mandi tersebut, tubuhnya dibaluti jubah mandi berwarna putih. Rambutnya yang basah dibaluti tuala. Dia bergerak ke katil lantas duduk dan mencari sikat di dalam laci di sisi katil. Saat itu dia terlihat banyaknya ‘miss called’ daripada seseorang.
Mirinda menekan punat telefon dan terlihat panggilan itu datangnya dari Ryean Eiman. Enam kali panggilan itu tidak berjawab. Mirinda tersenyum sendiri, meletakkan semula handphone di tempatnya. Namun tidak lama kemudian ianya berbunyi semula. Tanpa melihat di skrin Mirinda sudah tahu siapa yang menghubungi;
“You bersama dia kan? Betulkah telahan I, Inda?” Suara Ryean Eiman kedengaran tegang.
“No.” Mirinda tidak mengaku. “I tertidur, tak dengar panggilan you.”
“You jangan bohong dengan I, Inda!”
“Betul! I tak bohong. You boleh datang sendiri untuk pastikannya…”
“OK. Memang I ada di depan bilik you sekarang.”
Mirinda menggelabah. Saat yang sama terdengar bunyi ketukan. Mirinda terpaksa membuka pintu. Ryean Eiman melangkah masuk. Saat yang sama Harith Rafeeq juga keluar dari bilik mandi. Mereka saling berpandangan, muka Ryean Eiman benar-benar masam mencuka.
“Mulai sekarang, hubungan kita benar-benar sudah berakhir. Kita putus! Tiada apa-apa lagi antara kita Mirinda. Dan I akan lupakan you pernah wujud dalam hidup I untuk selama-lamanya!”
Mirinda kelu. Harith Rafeeq hanya tersenyum seperti tiada apa-apa berlaku. Ryean Eiman berjalan laju meninggalkan mereka berdua. Segalanya benar-benar sudah berakhir… bisik hati Ryean Eiman.

RYEAN EIMAN berbaring di atas katil, dia cuba untuk tidur tetapi matanya enggan terlelap. Malam masih terlalu awal, tidak pernah dia masuk tidur seawal ini. Biasanya di waktu-waktu begini dia akan menonton tv atau DVD. Tetapi malam ini dia tidak punya hati untuk buat apa-apa.
Dia tidak dapat melupakan Mirinda dan Harith Rafeeq. Pertemuan di bilik hotel itu memang sesuatu yang telah diduganya.
Dia tidak harus kecewa menyaksikan apa yang berlaku. Masih diingatnya rambut Mirinda yang basah, wajah yang kelihatan bersih selepas habis mandi. Bibir Mirinda nampak sedikit pucat, tidak disapu dengan lipstik. Bibirnya yang nipis dan comel bentuknya kelihatan tidak dapat bersuara, menentang matanya tika dia mengucapkan perpisahan.
Bukankah dia sudah menduga bahawa Mirinda akan berlaku curang. Selama ini pun Mirinda bukanlah perempuan yang baik. Dia curang terhadap Datuk Rustam. Apa yang dia gundahkan sangat? Tiada apa-apa yang perlu dikesali, perempuan itu bukan miliknya. Sepatutnya dia bersyukur, perhubungan itu sudah berakhir dengan cara begini mudah… Tetapi dia tidak suka melihat muka Harith Rafeeq yang selamba. Senyumannya amat menyakitkan hati Ryean Eiman… Senyuman penuh kemenangan.
Dia membalikkan badan apabila terdengar bunyi pintu diketuk. Dengan malas dia menjawab, memberitahu bahawa pintu tidak berkunci. Lydia masuk membawa segelas susu suam untuknya.
“Susu?” Dia mengerut kening.
“Ya. Untuk memudahkan you tidur. I tahu you penat… Malam ni you nak tidur awal kan?” Kata Lydia lantas meletakkan gelas susu di atas meja kecil di sisi katil. Gadis itu bergerak lambat menuju ke pintu semula. Ryean Eiman bangun, lantas menyambar lengannya.
“Duduklah sekejap di sini.” Pinta Ryean Eiman.
Lydia duduk di hujung katil Ryean Eiman, tidak bersuara apa-apa. Hanya memerhati lelaki itu yang duduk bersila dengan kepala bersandar ke katil. Ryean Eiman senyum, memberi isyarat tangan meminta Lydia datang lebih dekat kepadanya. Lydia mengesutkan punggungnya, datang mendekat hingga lutut mereka saling bersentuhan.
Ryean Eiman memegang tangan Lydia, lantas mendekatkan mukanya ke muka gadis itu dan menciumi dengan lembut di bibir. Bibir Lydia terasa begitu hangat, lembut dan basah.
Ryean Eiman diam lagi beberapa ketika kemudian barulah bertanya dengan lembut; “Apa pendapat you tentang Harith Rafeeq?”
Lydia agak terkilan, rupa-rupanya Ryean Eiman mengajaknya duduk untuk berbicara tentang Harith Rafeeq. Mengapa? Belum lenyap keresahan yang melanda hati Ryean Eiman sejak bertemu dengan Harith Rafeeq tengahari tadi. Mengapa kehadiran lelaki itu bersama Mirinda meninggalkan impak yang amat dalam di hatinya.
“Kenapa you tanya macam tu?” Tanya Lydia, kali ini dia lebih berhati-hati, tidak akan memuji Harith Rafeeq lagi didepan Ryean Eiman. Lelaki itu nyata cemburu dan langsung tidak menyukai Harith Rafeeq walaupun baru pertama kali bertemu.
“You kata dia kacak. You sukakan dia?”
“Ya, I memang kata dia kacak. Salah ke I mengagumi keistimewaan yang dimilikinya? Walaupun I memujinya tapi itu tidak bermakna hati I sudah terpaut.”
“Bagaimana jika perempuan lain memuji I pula? Bagaimana jika ada perempuan lain yang menyintai I. Rasa cintanya lebih kuat dan membara…”
“Dah tentu I cemburu. Sebab I tak mahu orang lain memiliki you. Dan I juga takut jika cinta perempuan itu lebih kuat daripada cinta I terhadap you. Dan you lebih menyintai dia daripada diri I. Siapa yang mahu kehilangan orang yang dikasihi? Betapa sakit hati terluka sehingga orang pernah berkata; luka di tangan nampak berdarah tapi luka di hati tiada siapa yang tahu.”
Ryean Eiman memeluk Lydia, merasa selamat mendengar kata-kata gadis itu. “I yakin pada you Lydia. I percaya pada setiap apa yang you katakan. Rasa cinta dan kasih sayang you pada I sekian lama dapat I rasai, seolah-olah ianya barang yang boleh I pegang dan sentuh.”
“Semoga tuhan akan sentiasa mendekatkan kita. Semoga kasih sayang kita berkekalan, Ryean.”
Ryean Eiman mengangguk. “I juga berdoa perkara yang sama, Diya.”
Lama mereka terdiam, Ryean Eiman masih memeluk Lydia dengan erat dan hangat. Malam itu dia tidak tahu apa lagi yang hendak dibicarakan dengan Lydia. Jika dulu dia suka mengusik dan gembira melihat muka Lydia mulai merah padam dan gementar. Namun kini dia tidak akan berbuat begitu lagi…
Dia melepaskan Lydia keluar dari kamarnya, menghirup susu yang dibawa oleh gadis itu hingga gelas jadi kosong. Kemudian menarik selimut dan sekali cuba untuk melelapkan mata. Sekurang-kurangnya hatinya sudah sedikit tenang, dengan keyakinan yang ditanam oleh Lydia.

SUDAH beberapa hari Basyira menemui jalan buntu untuk menyambung cerita yang sedang dikarang. Kalau dia tiada ilham, dia akan membaca buku, membelek majalah ataupun kamus. Jika menemui sesuatu perkataan dia akan mencatatkannya di dalam diari. Satu lagi cara untuknya menyegarkan semula otak yang kebuntuan ialah dengan mendengar lagu.
Dia gemar mendengar lagu-lagu inggeris yang berirama perlahan. Fikirannya akan melayang menjauh, mengingati kenangan silam. Tiada keindahan dalam setiap kenangan yang pernah tercipta. Dalam hidupnya terlalu banyak kesilapan. Jika dia boleh memutar masa dia ingin kembali ke saat dia belum bertemu Nordin. Tidak. Dia ingin kembali ke saat dia pertama kali menemui Haris.
Haris… Tiba-tiba nama itu melantun dari dua ulas bibirnya. Dan apabila dia teringat pada nama itu, matanya terasa pedih dan dengan tak semena-mena airmatanya gugur perlahan tanpa disedari. Pandangannya jadi kabur dan dia segera menyeka airmatanya itu seolah-olah tidak ingin orang lain melihat dia sedang meratap.
Masih diingat akan wajah Harith Rafeeq. Wajah yang banyak menyalin rupa dan raut wajahnya sendiri. Apakah sekiranya mereka dipertemukan semula, dia akan segera mengenal anak lelakinya itu? Dia tidak tahu. Tetapi hatinya jadi berdebar-debar tidak keruan apabila teringatkan anak yang sudah 23 tahun tidak diketahui akan nasibnya. Dia tidak pernah cuba menghubungi Kak Jun lagi. Lima tahun Basyira tinggal di Singapura dan kemudian pada awal tahun yang ke enam, Nordin mengajaknya balik ke Johor. Mereka membeli rumah sendiri di Perling Jaya.
Sejak itu Nordin menjalankan perniagaan sendiri. Basyira masih ingat lagi pada peringkat awal perniagaan mereka menghadapi masalah kewangan yang teruk. Rumah yang mereka diami hampir-hampir ditarik oleh pihak bank kerana tidak mampu melangsaikan bayaran bulanan yang tertunggak. Semua barang-barang kemas Basyira tergadai untuk menyelamatkan syarikat daripada bankrup kerana tidak cukup modal pusingan. Dua tahun kemudian barulah perniagaan Nordin bertambah baik dan maju. Dia telah menggantikan semua barang-barang kemas Basyira. Kehidupan mereka menjadi semakin baik dan senang.
Kesenangan itulah yang membuat Nordin menjadi lupa diri, kembali liar dan mulai menjalin hubungan dengan ramai perempuan. Jika dulu dia masih merahsiakannya daripada Basyira tetapi kini secara terang-terangan memberitahu Basyira dia ingin bertemu perempuan itu dan perempuan ini, setiap minggu atau bulan silih berganti.
Basyira bagaikan lali dengan itu semua, tiada airmata dan tiada kesedihan apabila mengetahui kecurangan suaminya. Terkadang dia sendiri bertanya Nordin; bila hendak bertemu perempuan itu atau perempuan ini, ke mana hendak pergi makan malam minggu nanti dan filem apa yang akan ditonton. Suaminya menceritakan segalanya tanpa rasa segan ataupun kekok dan sesekali akan turut membawa Basyira pergi ke rumah kawan-kawan perempuannya!
Kawan-kawan perempuan Nordin merasa hairan, mereka memuji Basyira dengan menyatakan begini; “Sportingnya isteri abang!”
“Atau baiknya isteri abang langsung tak cemburu malah mengizinkan abang berkahwin lagi…”
Basyira menelan semua rasa cemburu, marah, hampa dan kecewa. Dia sedar dia pernah melakukan satu dosa dan kesilapan. Dengan menyeksa dirinya sendiri begitu, dia dapat mengurangi rasa bersalah.
“Harith Rafeeq, ibu tahu ibu bersalah. Maafkanlah ibu nak… Semoga anakku bahagia dan gembira walau di mana kau berada.”
Malam itu Basyira menambah dua lagi watak dalam ceritanya iaitu Haris dan Harith Rafeeq. Tiba-tiba dia tersentak, dia tidak mahu lagi menggunakan nama-nama asal mereka. Malam itu dia mulai menukar semua nama-nama yang ada dengan nama lain. Lydia yang rajin membaca novelnya yang belum selesai itu tidak menyangka sama sekali apa yang sedang dibacanya itu adalah kisah hidup sebenar yang pernah dilalui Basyira. Kisah pahit manis menempuh gelombang kehidupan. Ada kalanya dia karam, lemas dan hanyut. Dia sendiri tidak tahu apakah dia akan tiba di pulau impian?
Basyira terkejut tiba-tiba dia terdengar jeritan seorang perempuan. Suara itu seperti suara Lydia. Basyira meluru ke pintu bilik. Jeritan itu terdengar jauh di luar rumah. Benarkah dia mendengar suara Lydia? Basyira berlari ke kamar gadis itu dan dia mendapati memang Lydia tiada di kamarnya.
Basyira meluru turun tangga, terlupa hendak memanggil Ryean Eiman. Dia terus membuka pintu dapur, sambil menyeru nama Lydia berkali-kali namun tiada jawapan. Ryean Eiman juga keluar dari kamarnya. Dia masih belum tidur dan turut terdengar jeritan Lydia.
Lelaki itu mengambil lampu picit kemudian bergerak ke bahagian belakang rumah. Dia berjalan sejauh 5 meter, menghala ke kebun pisang. Ketika menyuluh ke satu arah dia melihat tubuh Lydia terbujur di tanah dengan berlumuran darah.
“Lydia!!” Ryean Eiman meneriak cemas. Saat yang sama Basyira meluru ke arah Lydia yang mengenakan gaun tidur kain kapas berwarna putih. Darah kelihatan mencemari bajunya. Kepala Lydia terkulai ke atas rumput, dia pengsan.
Basyira terjerit. Seluruh tubuhnya longlai. Ryean Eiman pantas mencempung tubuh Lydia yang sudah lembik dan berlumuran dengan darah.
Polis dan ambulans datang tidak lama kemudian. Lydia dibawa ke hospital. Basyira mengikuti ambulans yang membawa Lydia sementara Ryean Eiman tinggal di rumah, menemani Inspektor Jamaludin yang datang membuat pemeriksaan di kawasan sekitaran.
Basha turut datang setelah mendengar kekecohan. Ramai juga orang kampung yang datang menjenguk ingin mengetahui apa yang berlaku. Setelah semuanya reda, mereka beredar pulang. Hanya tinggal Ryean Eiman dan Basha sahaja.
“Pakcik nak ikut saya ke hospital? Saya nak pergi lihat keadaan Lydia.”
Basha diam, dia mengeluh. “Entahlah.” Katanya lemah.
“Saya ingat pakcik gembira kalau berjumpa dengan ibu.” Kata Ryean Eiman sengaja hendak menceriakan wajah Basha yang kelihatan muram.
“Itu dulu… Sekarang emak engkau bencikan pakcik.” Beritahu Basha berterus terang.
“Kenapa?”
“Tak ada apa-apa.” Jawab Basha perlahan. Dia tidak tahu apakah dia sanggup untuk bersemuka lagi dengan Basyira setelah wanita itu menuduhnya pembohong.
“Kirim salam pada Syira. Pakcik doakan semoga Lydia tak apa-apa dan cepat sembuh.”
Ryean Eiman mengangguk walaupun dia sebenarnya tidak mengerti apa yang berlaku antara Basha dan ibunya.

No comments: