Bab 5
SEBUAH buku bertajuk Nikmatilah Kesejahteraan Hidup terletak damai di meja sisi katil. Basyira baru meninggalkan buku itu di situ, untuk menunaikan salat subuh. Dia selalu bangun seawal lima pagi. Dia terus membersihkan diri untuk mendirikan salat tahajud, kemudian menunggu waktu subuh. Selesai salat subuh dia akan mengaji. Jika tidak mengaji dia akan menghabiskan masanya dengan membaca sejenak sebelum turun ke dapur.
Di dapur Basyira menjerang air. Dia mengeluarkan tepung gandum dari dalam kabinet dapur lantas membancuhnya. Pagi itu dia akan menyediakan cucur udang. Dia telah pun mengopek kulit udang dan memasukkannya ke dalam tepung. Dia turut memasukkan sedikit daun bawang serta potongan lada. Bancuhan itu ditinggalkannya sejenak dengan meletakkannya di bawah tudung saji. Pulang dari berjogging nanti dia akan menggorengnya, supaya dapat dimakan panas-panas.
Basyira naik semula ke bilik tidur. Sejenak dia menjenguk ke kamar sebelah, mendapati Lydia masih tidur dengan nyenyak. Dia menutup pintu perlahan-lahan tidak ingin mengejutkan gadis itu. Di bilik bawah, Ryean Eiman juga masih tidur.
Basyira membuka pintu hadapan lantas terus berjalan keluar. Dia membuat regangan badan terlebih dahulu di halaman kemudian barulah berlari-lari anak menuju ke jalan di bawah bukit rumahnya. Mengapa dia bersungguh-sungguh setiap pagi keluar berjogging? Hatinya menyoal sendiri. Apakah dia takut menerima kenyataan menghadapi hari-hari mendatang penuh dengan perubahan.
Sebenarnya dia masih sedih, kehilangan suami. Dia rasa dirinya tidak berguna dan terkadang dia merasakan hidupnya tidak langsung bererti. Setiap malam dia cuba membaca hingga rasa mengantuk menyerangnya. Dia berusaha untuk melupakan Nordin dengan memikirkan pelbagai perkara lain, tetapi akhirnya fikiran Basyira tetap teringat pada lelaki itu.
Apakah dia sedang berdepan dengan gejala-gejala menopaus? Dia tidak boleh tidur nyenyak dan rasa tidak disayangi. Memang Nordin tidak menyayanginya lagi. Tetapi bukankah Ryean Eiman masih tetap menyayangi dan menghormati dirinya? Tidak lama lagi dia akan menerima menantu! Dia sukakan Lydia… Dia agak terhibur apabila teringatkan keakraban Lydia dan Ryean Eiman.
Dia mesti bergembira dengan hidupnya kini. Semalam tidak akan berulang semula. Dia perlu terus mengharungi kehidupan biarpun amat payah dan perit. Salah satu laluan yang perit menuju ke alam tua, adalah menghadapi menopaus. Kemudian datang pula ostereofrosis. Apakah dia takut untuk menghadapinya? Kehidupan tidak seharusnya terganggu dengan kemunculan fasa ini, sekiranya tahu cara mengatasinya.
Basyira sudah tiba di penghujung simpang tanpa disedari. Dia selalu hanyut dalam arus fikirannya sendiri sehingga tidak sedar dia sudah tiba di penghujung jalan. Dia selalunya berhenti sejenak di situ, membuat regangan kemudian berjalan sahaja perlahan-lahan, tidak lagi berlari-lari anak. Itu semua penting untuk membebaskan otot-otot dari menghadapi kekejangan.
Dia berdiri tegak di tepi lereng yang menghala ke arah paya yang terbiar. Paya yang luas, ditumbuhi lalang dan semak. Kalau hujan air akan melimpah ke tebing. Tiada saliran sempurna lagi setelah paya itu tidak lagi dikerjakan orang. Kabus semakin menipis dan langit sudah semakin cerah. Matahari akan muncul tidak lama lagi. Mesti dah dekat pukul tujuh pagi… mesti balik cepat! Basyira mengingatkan dirinya sendiri. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi erangan tidak jauh darinya. Dia terkejut kerana melihat sekujur tubuh yang lemah berlumuran dengan darah, terdampar di lereng menghala ke paya.
Basyira terjerit dengan kuat. “Tolonggg!!!”
Tetapi tiada sesiapa yang lalu di jalan yang sepi itu. Basyira berlari-lari tidak tentu arah sejauh dua meter. Dari jauh dia lihat sebuah motorsikal honda mendekati, lantas ditahannya motorsikal tersebut.
“Tolong! Tolongggg!! Ada orang cedera di tepi jalan tu…” Katanya cemas. Lelaki yang menunggang motorsikal itu mengikut Basyira. Dia menuruni lereng untuk melihat keadaan lelaki itu.
“Pergi panggil orang kampung. Suruh telefon ambulans.” Katanya dengan suara yang cemas. Sekali lagi Basyira berlari ke arah rumah yang terdekat untuk memberitahu orang lain akan kemalangan yang menimpa lelaki yang tidak dikenali itu.
“IBU belum balik dari berjogging?” Tanya Ryean Eiman. Dia mendapati Lydia termenung sahaja menghadapi meja makan yang kosong. Lydia menggelengkan kepalanya.
“You dah mandi?”
Lydia menggeleng juga. “Sejuk.” Jawabnya sepatah sambil memeluk tubuhnya sendiri. “Kalau kat hotel, sejuk boleh mandi air panas…”
“Sini pun boleh… Kat dalam bilik I ada paip air panas.” Kata Ryean Eiman. “Kalau berani marilah masuk bilik tidur I…” Dia mengacah.
“Boleh jalanlah…” Jawab Lydia, sambil menggoyangkan tangannya tanda tidak akan samasekali memasuki kamar tidur Ryean Eiman.
“Kenapa? Takut? I bukannya jahatlah. Kalau I jahat dah lama I kerjakan you…” Bisiknya dengan lembut. “Ibu tak ada di rumah, tinggal kita berdua saja.”
“Bila-bila masa saja ibu akan balik.” Balas Lydia.
“Apadia? I tak dengar tadi…” Kata Ryean Eiman sambil memasang telinganya.
“I kata, bila-bila masa saja ibu akan balik.” Ulang Lydia.
“Heiiii… Sejak bila pula you panggil ibu ni? Tak malu! Dia hanya ibu I seorang tahu?” Ryean Eiman sengaja mahu menyakat Lydia. Dia suka membuat Lydia marah kemudian akan buru-buru memujuk.
Muka Lydia jadi merah padam. Dia tidak sedar, dia sudah terikut-ikut memanggil Basyira sebagai ‘ibu’. Dia malu. Bukannya dia kepingin sangat hendak bernikah dengan Ryean Eiman hingga tidak sabar mahu memanggil Basyira ibu. Tetapi dia memang terasa kemesraan Basyira, tidak ubah bagaikan ibunya sendiri.
“Heee… Kedekut!” Kata Lydia sambil membaling sikat yang kebetulan ada di atas meja. Nasib baik balingannya tidak mengena sasaran.
“Takutnya I nak buat bini! Garang!” Kata Ryean Eiman ketawa lantas menutup pintu bilik tidurnya.
Lydia turut bangun lantas bergerak ke dapur. Entah mengapa hatinya rasa tidak sedap. Dadanya berdebar-debar sahaja. Dia tidak tahu mengapa. Tiba-tiba dia teringat pada Datuk Rustam. Lebih baik telefon papa. Barangkali papa nak tengok pejabat baru di tapak projek. Memang sudah dibina dua pejabat sementara di situ.
Lydia naik ke bilik dan cuba menghubungi Datuk Rustam. Tetapi telefon bimbitnya tidak berjawab. Dia sedikit resah. Agaknya papa dalam bilik air, tak dengar panggilan tersebut. Hmmm… sekejap lagi call. Bisik hatinya sendiri sambil berbaring di atas katil. Namun dadanya yang berdebar-debar tidak dapat ditenteramkan. Sekali lagi dia mendail nombor tetapi ternyata masih tidak berjawab.
Lydia berlari turun, menuju ke kamar tidur Ryean Eiman. Tanpa mengetuk terlebih dahulu dia terus masuk. Ryean Eiman yang baru keluar dari bilik mandi terkejut melihat kemunculan Lydia secara tiba-tiba. Tuala yang membalut tubuh hampir terlepas. Mujur… Bisik hatinya sendiri. Perempuan ini pun satu, ketuklah pintu dulu sebelum masuk.
“Ryean! Hati I rasa tak sedaplah. I cuba hubungi papa tapi telefon bimbitnya tak berjawab. Cuba you call pula…”
“Kalau you call tak berjawab, tentulah sama juga dengan telefon I.”
“I risaulah.” Kata Lydia.
“Apa? Risau… Marilah sini I hilangkan kerisauan you tu. I boleh buat you lupa sejenak segala-galanya.”
“I seriuslah Ryean!” Marah Lydia lantas terus meluru keluar dari bilik itu. Saat itu Basyira tiba di muka pintu. Mukanya kelihatan letih dan bimbang.
“Kenapa lambat balik, makcik?” Tanya Lydia.
“Makcik jumpa orang kat tepi jalan tu… kemalangan.”
“Kemalangan? Dilanggar kereta?”
“Tak tahulah. Samada dilanggar atau dipukul sehingga separuh mati. Tapi lelaki tu dah pun dihantar ke hospital dengan ambulans.” Cerita Basyira. “Sebab tu lambat balik tadi. Kami sempat berbual-bual tentang lelaki yang cedera tu.”
“Orang kampung ni?” Tanya Lydia lebih lanjut.
“Entahlah, mukanya dipenuhi darah. Tak boleh cam.” Kata Basyira ragu-ragu, tetapi kemudian teringat sesuatu; “Nampak macam orang luar… Bukan orang kampung ni!”
Tiba-tiba telefon bimbit di tangan Lydia berbunyi. Dia memerhati di skrin dan terlihat nama Mirinda, ibu tirinya. Ehhh… Mengapa Mirinda menelefonnya di pagi-pagi buta begini; “Ya mama.” Dia menyahut sepatah. Selebihnya dia hanya mendengar. Mata Ryean Eiman dan Basyira tertumpu ke wajah Lydia yang kelihatan tegang, masih tidak bersuara apa-apa. Dia terus tekun mendengar.
Muka Lydia kini berubah lagi. Pucat. Tidak lama kemudian dia terduduk di atas lantai.

No comments:
Post a Comment