Bab 31
RYEAN tertidur di sofa. Tubuhnya bersandar ke kusyen, sementara kepalanya terlentuk. Rambutnya nampak sedikit kusut. Cermin matanya masih belum dibuka. Tali lehernya diikat longgar, sementara kotnya terbiar di atas sofa. Dia kelihatan benar-benar keletihan. Lydia memerhati lelaki itu dari arah katilnya. Kasihan… bisiknya di dalam hati. Dia kagum di atas kesanggupan lelaki itu mengorbankan masa rehat semata-mata untuk menemaninya.
Lydia mencapai jam tangan di atas gobok di sisi katil. Baru pukul lapan malam. Tinggal di hospital ini, suasana dirasakan seperti penjara dan masa terlalu lambat bergerak. Jika boleh memang dia ingin cepat-cepat keluar dan balik ke rumah. Hari esok dirasakan terlalu lama.
Lydia bangun perlahan-lahan turun dari katil lantas mendekati Ryean Eiman. Bahu lelaki itu disentuhnya perlahan. “Ryean!”
Ryean Eiman terjaga dan terus menegakkan badannya. Dia memang keletihan. Dia menguap. Matanya kelihatan berair dan sedikit memerah. Dia membuka cermin mata lantas memasukkannya ke dalam poket baju kemeja putih yang dipakainya.
“Sorry, tertidur…”
“You terlalu letih. Baliklah berehat di rumah.”
“You macamana?”
“Tak apa. I tinggal seorang malam ni I tak kisah. Kat sini ramai orang. I tak takut pun. Kasihan I tengokkan you. Dahlah letih sepanjang hari bekerja lepas tu kena temankan I pula…”
“Betul ni?” Tanya Ryean Eiman. “Karang I balik, you menangis pula…”
“Eeee… I bukan budak kecillah.” Kata Lydia sambil ketawa. “Lagipun esok I dah nak keluar. Jangan bimbang. Kalau apa-apa hal I jeritlah panggil nurse kat luar tu!”
Ryean Eiman mengangguk. “Oklah. I balik dulu. Pagi esok I datang jemput.”
Setelah Ryean Eiman pulang Lydia mencapai buku yang dibawa oleh Basyira pagi tadi. Dia cuba membaca tetapi fikirannya tidak tenteram. Malam itu dia bukan hanya merasa sepi dan takut tetapi dia turut merasa tidak selamat. Menyesal pula dia menyuruh Ryean Eiman pulang. Kehadiran lelaki itu bersamanya sekurang-kurang dapat dijadi teman untuk berbual sebelum mata mengantuk. Tetapi dia kasihan Ryean Eiman yang nampak benar-benar letih.
Lydia melepaskan keluhan sambil memerhati sekeliling biliknya itu. Bilik itu kecil sahaja hanya memuatkan satu katil pesakit, gobok rendah untuk mengisi barang serta sebuah televisyen kecil berukuran 14 inci. Sebuah sofa panjang berwarna hitam terletak di tepi dinding, yang jaraknya lebih kurang 5 meter dari katil.
Lydia menarik selimut cuba untuk tidak terlalu membebankan fikirannya dengan perkara-perkara yang menakutkan dirinya sendiri. Dia harus bertenang dan menganggap bahawa segalanya akan selamat. Pagi pasti menjelma membawa cahaya mentari yang cerah. Dan dia boleh pulang. Dia sudah buat keputusan untuk balik ke KL, esok. Walaupun papa tiada tetapi dia tetap mahu pulang ke rumahnya sendiri.
Dia memejam mata sambil berharap akan segera terlelap. Jururawat menjenguk tidak lama kemudian. Dia memadam lampu tetapi Lydia menegah; “Tolong jangan padam lampu.” Pinta Lydia. Kegelapan suasana di sekeliling menakutkannya, dia merasakan bahawa lelaki yang menyerangnya dahulu ada di mana-mana.
Jururarat itu mengangguk dan mengucapkan selamat malam. Tidak lama selepas jururawat membuat rondaan di setiap bilik di situ, kelihatan sesusuk tubuh menyelinap masuk dari arah tangga. Tangga terletak di hujung bangunan sementara lif terletak berhampiran dengan kaunter jururawat bertugas. Perlahan-lahan lelaki itu bergerak mendekati setiap pintu sambil membaca sekali imbas nama penghuninya. Akhirnya dia berhenti di hadapan bilik Lydia. Dia terus masuk. Langkahnya amat perlahan dan hampir-hampir tidak terdengar.
Dia bergerak mendekati katil. Lydia telah hanyut dibuai mimpi. Dia memerhati sejenak gadis itu yang sedang tidur dengan lena. Dia mengangkat tangannya lantas menepuk perlahan tangan Lydia.
Lydia terjaga dengan cepat. Dia terkejut melihat wajah lelaki itu. Spontan matanya memerhati jam. Waktu malam pelawat tidak dibenarkan masuk. Jelas lelaki itu datang tanpa pengetahuan jururawat bertugas.
“Pakcik Basha? Pakcik buat apa di sini?” Tanya Lydia.
“Shhhh… Perlahan sikit suara tu!”
“Kenapa pakcik?” Tanya Lydia, memperlahankan suaranya.
“Kau mesti keluar dari hospital ni.” Kata Basha. “Kau dalam bahaya. Orang yang serang engkau tu mungkin akan ulangi perbuatannya lagi. Tempat ni tak selamat, boleh dimasuki orang bila-bila masa saja. Kawalan hospital ni walaupun ketat tetapi ada banyak jalan untuk masuk tanpa disedari petugas-petugas di sini.” Kata Basha cuba menyakinkan Lydia.
Lydia diam. Dia meragui tujuan Basha hendak mengajaknya keluar dari hospital itu tanpa pengetahuan doktor. Lagipun dia akan keluar keesokan harinya… Mengapa tidak menunggu esok saja?
“Tapi kenapa saya harus keluar dengan cara begini?”
“Jangan banyak soal Lydia. Engkau dalam bahaya. Ingat lagi tak yang pakcik pernah beritahu, ada orang intip rumah Syira, tapi Syira tak percaya! Dia tuduh pakcik pula yang intai dia… Tengoklah. Dia dah serang engkau kan?”
Lydia termenung. Dia teringat semula kata-kata Basha pada malam itu, tetapi Basyira tidak mahu percaya. Segala yang berlaku kepadanya kembali menghantui. Dia masih ingat bagaimana dia diseret dan ditikam dalam kegelapan yang pekat. Dia ketakutan yang amat sangat. Masih terdengar-dengar suara bisikan lelaki itu yang bergema di telinganya. Lelaki itu berkata dengan suara garau; Saat-saat akhir sudah tiba bagi engkau… Lydia binti Datuk Rustam. Engkau akan mati malam ini.” Lelaki itu memang berniat hendak membunuhnya tetapi umur Lydia masih panjang. Dia tidak mati sebagaimana yang diharapkan. Siapa yang ingin membunuhnya? Mengapa? Soalan itu tergantung di udara.
Tubuh Lydia bergegar dan menggeletar hebat. Dia mencengkam tangan Basha. Ketakutan yang cuba dilupakannya kini kembali menghambat.
“Cepat! Kemas barang-barang engkau. Biar pakcik bawakan. Yang penting, engkau ikut pakcik pergi dari sini malam ni juga.”
Lydia tidak lagi berfikir panjang. Ketakutan yang menguasai diri membuat dia bertindak pantas, mengemas segala barang yang ada. Dia masih trauma, tetapi berpura-pura segalanya baik. Dia memang takut jika harus bersendirian.
Lydia menurut permintaan Basha. Setelah semua barang-barang di dalam gobok di masukkan ke dalam beg pakaian dia mengikut Basha keluar. Basha terhendap-hendap melalui lorong yang sunyi tidak berorang. Di kaunter hanya dua orang jururawat yang bertugas. Kebanyakan pesakit sudah tidur, setelah makan ubat pada jam sembilan malam.
Beberapa minit sahaja mereka sudah berada di ruang tangga yang sepi. Basha turun terlebih dahulu. Mujur juga wad itu berada di tingkat dua sahaja. Lydia pun sudah sihat, cuma lukanya sahaja yang masih belum baik sepenuhnya.
Tiba di tingkat bawah, Basha berjalan melalui lorong belakang bangunan hospital itu. Suasana di situ tidak begitu terang, lampu hanya terpasang di bahagian tengah kaki lima sahaja. Tetapi suasana yang samar-samar itu tidak menyusahkan pergerakan. Mereka terus berjalan perlahan hingga tiba di hujung bangunan. Di situ terdapat sebuah kereta sedang menunggu.
“Masuk Lydia.” Basha mengarah. Lydia masuk tanpa banyak soal ke tempat duduk belakang kereta, sementara Basha duduk di bahagian depan di sebelah pemandu. Seorang lelaki yang menunggu mereka kelihatan memakai pakaian beruniform. Dia bekerja di situ sebagai pengawal keselamatan. Dia adalah kawan Basha.
Mereka terus meninggalkan perkarangan hospital dengan kereta yang dipandu oleh kawan Basha itu. Lydia mengerti kini. Basha masuk ke hospital itu pastilah dengan pertolongan kawannya.
Kereta terus dipandu laju meninggalkan hospital. Lydia memerhati dari tingkap kereta yang sedang bergerak laju. Hatinya tertanya-tanya ke manakah Basha ingin membawanya pergi. Dia tidak tahu apakah rancangan Basha. Cuma hatinya berharap Basha bersikap jujur dengannya. Seluruh hidup dan keselamatannya kini di tangan Basha. Jika Basha berniat jahat… Lydia terpaksa menanggung risiko! Dia berharap dia tidak menghadapi situasi keluar dari harimau masuk pula ke mulut buaya.
Kereta memasuki satu simpang kecil tetapi berturap tar. Di kepala simpang terdapat sebatang tiang lampu bercahaya malap. Lydia tercari-cari papan tanda nama perkampungan itu tetapi tiada tertulis sebarang papan tanda menunjukkan apakah nama kampung yang baru ditempuh kereta itu. Sepanjang jalan di kampung itu langsung tidak dibekalkan dengan lampu. Hanya kereta yang dipandu kawan Basha menyuluh jalan yang gelap gelita. Perjalanan terasa semakin jauh. Lydia memerhati sekeliling, hanya gelap pekat yang mengelilingi. Jalan kecil itu sunyi dan tidak pernah berselisihan dengan kenderaan lain. Dia memerhati ke arah dashboard kereta untuk melihat waktu. Sudah hampir sejam berlalu sejak mereka meninggalkan hospital.
Masih jauhkah lagi destinasi tujuan Basha? Sesekali tubuh Lydia teroleng ke kiri dan ke kanan, mengikut rentak lenggok jalan yang berliku-liku. Akhirnya kereta itu berhenti jua. Cahaya lampu kereta menyuluh ke arah sebuah jambatan gantung. Basha membuka pintu kereta, di tangannya terdapat sebuah lampu picit.
“Kita turun di sini…” Kata Basha kepada Lydia. “Di depan ni jambatan gantung. Kereta tak boleh lalu.”
Lydia tergamam. Dia tidak sangka dia akan menempuhi perjalanan yang amat sukar, setelah melarikan diri dari hospital. Kini dia terpaksa mengikut Basha. Dia terpaksa juga meletakkan kepercayaan pada lelaki itu.
“Jom.” Kata Basha sambil menyuruh Lydia berjalan dahulu. Dia menyuluh jalan di hadapannya. Memang terdapat sebuah jambatan gantung di hadapannya dan di bawah jambatan itu terbentang sebuah sungai. Bunyi air mengalir hampir-hampir tidak terdengar. Suasana begitu senyap dan sunyi.
“Sungai apa ni?” Lydia bertanya semasa mereka berjalan perlahan-lahan melintasi jambatan gantung tersebut. Lydia sebenarnya amat takut tetapi tetap meneruskan perjalanan itu. Selama ini dia memang tidak pernah melalui jambatan gantung yang sentiasa bergegar dan berenjut apabila dipijak. Dia berpegang hanya dengan sebelah tangan kerana sebelah lagi tangannya masih memakai anduh.
“Sungai Semantan.” Kata Basha. “Kampung yang kita lalui mula-mula tadi Kampung Tok Embun. Di seberang sungai ni pula Kampung Sungai Dingin.” Beritahu Basha.
Tidak lama kemudian mereka sudah sampai ke seberang sungai. Suasana malam itu begitu sepi langsung tiada bunyi-bunyian sang cengkerik dan unggas. Basha terus berjalan melalui denai kecil, menghala ke sebuah rumah papan. Dia menyuluh ke arah tangga, meminta Lydia cepat-cepat naik ke berenda.
Dia membuka pintu dengan kunci yang dibawa bersamanya. Setelah masuk ke rumah dia memasang lampu. Barulah hati Lydia sedikit lega melihat suasana terang di dalam rumah itu. Di ruang tamu terdapat kerusi dan meja yang terletak dengan teratur. Di sebelah kiri ruang tamu terdapat sebuah bilik tidur.
“Engkau tidur di bilik tu…” Kata Basha. “Pakcik tidur di kerusi panjang ni pun boleh.”
“Rumah siapa ni?” Tanya Lydia. “Rumah kawan pakcik. Mereka suami isteri tak ada di rumah, pergi ke rumah anak mereka selama seminggu…Dia benarkan kita menumpang sekejap. Dia percayakan pakcik sebab niat pakcik baik. Benar-benar nak tolong kau Lydia…”
“Kenapa pakcik sanggup tolong saya? Saya dengar pakcik tak puas hati dengan apa yang papa tawarkan pada pakcik?”
Basha diam seketika kemudian berkata; “Memanglah mulanya pakcik tak puas hati. Tapi setelah dengar alasan bapa kau dan tahu sebab-sebabnya mengapa pakcik tak dapat tanah tu… tak mengapalah. Itu pun mujur bapa kau nak beri rumah tu…” Kata Basha dengan suara merendah.
Lydia mengangguk. “Walaupun tiada pertalian darah, tapi bila papa kata pakcik sepupunya, Diya tetap rasa pakcik ni bapa saudara Diya.”
“Terima kasih.” Hati Basha senang mendengar kata-kata Lydia, tambahan pula gadis itu tanpa sedar telah membahasa dirinya ‘Diya’ menandakan kemesraan semakin sebati antara mereka.
“Pergilah tidur… Dah pukul sebelas lebih ni! Percayalah di sini lebih selamat berbanding dengan di rumah Syira tu!”
“Esok Diya nak balik ke KL.”
“Jangan!” Kata Basha. “Kau tak boleh ke mana-mana hinggalah penyerang engkau tu ditangkap polis.” Kata Basha. “Engkau rasa kenapa dia serang engkau?”
Lydia menceritakan apa yang dikatakan oleh penyerang itu kepadanya; “Dia memang berniat hendak bunuh Diya.” Kata Lydia, tubuhnya seram sejuk setiap kali mengingat apa yang berlaku di belakang rumah Basyira malam itu.
“Apakah motifnya? Mungkin dia musuh abang Rustam? Abang Rustam pun pernah serang dulu. Hei… Ayah Ryean pun kena serang, masih lagi terkedang di hospital. Dia lebih teruk. Kakinya patah riuk. Sementara tunangnya terus mati…” Kata Basha mengimbas semula apa yang berlaku.
“Semua ni ada kaitan. Pakcik rasa… Ini semua ada kaitannya dengan Syira. Hmmm… Entahlah. Pergilah kau tidur dulu. Tak payah fikir panjang-panjang lagi. Pakcik tak tidur malam ni, jaga engkau…”
Lydia terdiam mendengar kata-kata Basha.
LYDIA terjaga pada awal pagi. Dia memerhati sekeliling bilik itu dalam samar-samar cahaya. Udara di situ begitu dingin. Lydia masih berselimut kerana terasa kulitnya digigit kedinginan yang amat sangat. Matahari masih belum terbit ketika dia membuka tingkap yang paling hampir dengan katil.
Dari tingkap bilik tidur itu dia dapat lihat pepohon menghijau mengelilingi rumah itu. Terdapat banyak pokok buah-buahan, antaranya durian, manggis, rambutan dan ciku. Suasana di dalam rumah amat sunyi. Ke manakah Pakcik Basha? Fikir Lydia sambil terus membuka pintu bilik. Semua tingkap dan pintu hadapan masih belum dibuka. Lydia terus berjalan ke dapur.
Dia mendapati Basha sedang memasak sesuatu.
“Pakcik masak apa?”
Pertanyaan Lydia mengejutkan Basha, lantas dia berpaling ke belakang.
“Ha, dah bangun?” Tegurnya mesra. “Pakcik masak mi segera. Itu sahaja yang ada untuk sarapan pagi ni.”
Lydia tersenyum. “Kalau perut lapar, apa-apa pun boleh pakcik.” Jawab Lydia.
“Kau ni begitu sederhana, walaupun anak orang kaya Lydia.” Kata Basha. “Bertuahlah bapa engkau punya anak macam engkau ni tak banyak kerenah dan tidak banyak meminta.”
Lydia tersenyum dan berkata; “Terima kasih, saya anggap itu satu pujian.”
Basha tertawa lembut.
“Marilah makan. Dah siap pun. Kalau dibiarkan lama tak sedap pula.”
Lydia memang lapar. Udara yang dingin itu membuat dia ingin menikmati makanan dan minuman panas untuk menghangatkan badan. Mereka duduk menghadapi sebuah meja makan kecil berbentuk empat segi dan hanya memuatkan empat buah kerusi.
Rumah itu kecil sahaja, hanya mempunyai dua bilik tidur. Satu lagi bilik tidur terletak bersebelahan dengan dapur. Suasana di dapur itu pula langsung tidak kemas, berselerak. Tetapi itu semua tidak membantutkan selera Lydia. Dia menghabiskan semangkuk besar mi segera.
Basha sendaya dengan kuat. Dia juga kekenyangan. Selepas makan Basha turun ke tanah membawa sebilah sabit. Dia menyabit rumput di hadapan rumah. Dia juga mencantas bunga, menyapu daun-daun kering di sekeliling rumah dan membakar sampah. Lydia pula hanya duduk di berenda memerhati Basha membuat kerja. Matahari sudah muncul, cahayanya semakin terik. Basha kembali ke berenda dengan baju yang lejut dibasahi peluh.
“Panas…” Kata Basha. “Nak mandi sekejap.”
“Mana bilik airnya?” tanya Lydia.
Basha menunjuk ke arah sungai. “Di sini tak tak ada bekalan air paip.” Beritahu Basha. “Nak mandi terpaksa turun ke sungai.”
“Apa?” Lydia terkejut.
RYEAN EIMAN berjalan laju menuju ke bilik Lydia. Pagi itu Lydia sudah boleh keluar dari wad. Dia akan menghantar Lydia balik ke Kuala Lumpur. Dia mengerti, Lydia tidak akan tinggal bersama mereka lagi. Lydia pasti tidak dapat melupakan peristiwa di mana dia hampir-hampir menemui ajal.
Dia mendapati katil Lydia kosong. Ryean Eiman termenung sambil memerhati sekeliling. Barangkali dia ke bilik air untuk mandi dan bersiap-siap untuk keluar dari wad, fikir Ryean Eiman. Dia membuka gobok untuk mengemas pakaian Lydia. Dahinya berkerut melihat gobok itu kosong.
Biar betul! Bisik hati Ryean Eiman sendiri. Ke mana perginya pakaian Lydia? Dia membuka laci atas gobok itu. Di dalamnya terdapat beberapa helai tisu, sikat, dompet dan handphone. Ehhh… Handphone dan dompet dia ada… Kedua-dua barang penting itu masih ada di situ. Ryean Eiman mencapai handphone dan dompet Lydia, lantas menggenggamnya erat. Ke mana dia pergi ni?
Ryean Eiman separuh berlari ke kaunter jururawat, bertanya dengan tergesa-gesa. Jururawat bertugas menggelengkan kepala. Dia tidak tahu apa-apa, kerana pagi itu dia baru masuk bertugas menggantikan rakan yang bekerja shif malam.
“Shit!” Sumpah Ryean Eiman kembali semula ke bilik Lydia. Apa yang berlaku ni? Dia buntu. Apakah Lydia diculik? Tidak. Dia tidak mahu memikirkan kemungkinan itu. Ryean Eiman pergi ke bilik air yang terletak di hujung wad. Dia mendapati tiada sesiapa di dalamnya. Memang Lydia tiada. Dia hilang!
Ryean Eiman menggelabah. Dia menghubungi Basyira, memberitahu tentang ketiadaan Lydia. Setelah duduk menunggu lebih kurang sejam, dia buat keputusan untuk menghubungi Inspektor Jamaludin.
BASHA turun mandi di sungai. Lydia turun ke tanah, berjalan menghala ke tepi tebing. Dia terlihat jambatan gantung yang dilalui malam semalam. Memang rumah itu terletak berhampiran dengan jambatan gantung tersebut. Dia berdiri di pangkal jambatan, memerhati ke arah seberang sungai. Agak jauh juga jaraknya. Dia tidak menyangka bahawa dia telah melalui jambatan gantung itu dalam kepekatan malam dan dibawahnya terbentang sungai yang luas.
Menurut Basha, sungai itu adalah Sungai Semantan. Sungai itu mengalir ke hilir dan bertemu dengan muaranya di bandar Temerloh. Sungai Semantan bertembung dengan Sungai Pahang, sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia.
Lydia gerun melihat sungai yang lebar dan berair deras. Walaupun dia pandai berenang, tetapi keadaan sungai itu samasekali berlainan dengan kolam. Selama ini dia hanya berenang di dalam kolam yang tidak akan menghanyutkan tubuh. Tetapi sungai yang liar, deras dan buas akan menghanyutkan tubuh. Bukan itu sahaja barangkali di dalam sungai itu ada buaya yang sedang mencari mangsa.
Lydia kembali ke rumah. Hatinya tertanya-tanya apakah jambatan gantung itu hanya satu-satunya jalan yang menghubungkan kampung itu dengan kampung di seberang? Apakah ada jalan darat yang lain yang membolehkan penduduk kampung itu keluar ke bandar. Dia tidak langsung nampak jalan yang menghala ke rumah itu. Lydia berjalan ke bahagian belakang rumah. Di situ dia nampak denai kecil yang dikepung hutan. Ke manakah haluan denai itu? Apakah denai itu menghubung ke jalan raya ataupun ke rumah orang lain? Mengapa tidak nampak langsung rumah-rumah orang lain berdekatan? Sekeliling rumah itu walaupun terang, tetapi amat sunyi. Nun jauh terlihat hutan menghijau mengepung dan mengelilingi.
Lydia sedar satu perkara… Rumah itu terpencil dan jauh dari rumah orang lain, amat sesuai sebagai tempat persembunyian. Satu-satunya jalan hanya jambatan gantung.
Basha naik ke darat. Tangannya membawa beberapa ekor ikan yang dicucuk pada sebatang kayu kecil. Dia senyum melihat Lydia yang berjalan di sekitar kawasan itu. Lydia mendekati Basha. Lelaki itu hanya memakai tuala, kelihatan manik-manik air masih melekat di badannya.
“Buat lauk makan tengahari karang…” Kata Basha sambil menunjuk ke arah ikan yang dibawanya.
“Pakcik dapat di sungai tu tadi?”
Basha mengangguk. “Ada jala bawah rumah tu tadi. Pakcik ambillah. Ikan sungai ni sedap walau banyak tulang.”
Lydia tidak berkata apa-apa, kerana dia memang tidak pernah makan ikan sungai. Entah lalu makan ataupun tidak.
“Engkau tak mahu mandi? Pergilah mandi.” Lydia menggeleng. Dia tidak akan mandi di tempat yang terbuka seperti itu. Bagaimana jika ada orang nampak? Dia lihat pelantaran mandi langsung tidak bertutup. Basha mandi dengan terjun ke sungai dan berenang dengan bebas. Dia takut hendak turun mandi dan berenang.
“Kenapa? Takut? Atau malu? Di sini tak ada orang.” Kata Basha. “Rumah orang jauh. Kalau takut tak payah turun ke sungai. Mandi pakai gayung.” Dia menunjuk ke arah baldi dan gayung yang ada di ada pelantaran.
Lydia diam sahaja. Dia belum mahu mandi, badannya pun langsung tidak berpeluh. Lagipun dia memakai anduh. Memang susah untuk membuka baju dan menanggalkan anduh. Luka di bahunya tidak boleh terkena air. Jika tidak ianya akan lambat baik. Tiba-tiba dia teringat sesuatu, bahawa dia langsung tiada bekalan ubat. Sekurang-kurangnya dia harus mendapatkan bekalan antibiotik.
Lydia naik ke rumah lantas membuka beg pakaiannya. Dia mencari dompet dan handphone. Dia terduduk di atas lantai. Baru teringat bahawa handphone dan dompetnya tertinggal di dalam laci gobok hospital.

No comments:
Post a Comment