Bab 7
DENGAN ditemani oleh Ryean Eiman, Lydia masuk ke bilik Doktor Ray untuk mendengar penerangan doktor itu mengenai penyakit yang sedang dihadapi oleh Datuk Rustam. Sudah seminggu dia koma. Koma menyebabkan pesakit tidak sedarkan diri kerana fungsi korteks sereberum di dalam otak terganggu.
“Dalam keadaan koma, pesakit selalu menunjukkan tanda seperti mata bergerak ke kanan apabila kepala di pusing ke kiri dan bergerak ke kiri apabila kepala di pusingkan ke kanan.” Kata Doktor Ray dengan tenang.
“Keadaan ini menunjukkan bahawa pangkal otak masih berfungsi walaupun korteks tidak lagi mampu berfungsi.”
“Dia… Dia akan mati?” Tanya Lydia secara tiba-tiba. Wajahnya benar-benar dicumbui ketakutan dan kebimbangan. Pagi itu wajahnya pucat, langsung tidak disapu sebarang bedak dan lipstik.
“Ya. Koma memang boleh menyebabkan kematian jika melebihi daripada tiga hari. Tapi bergantung pada pesakit dan kekuasaan Tuhan. Kita percaya pada keajaibankan? Berdoalah semoga bapa awak akan sedar…” Jawab Doktor Ray. Dia tidak ingin memberi terlalu banyak harapan kepada waris pesakit. “Bila pesakit sedang koma, kita akan menilai tiga perkara, iaitu pergerakan anggota, tahap pertuturan dan kemampuan pesakit untuk membuka mata. Justeru itu kami akan sentiasa melihat perkembangan-perkembangan pada diri pesakit dari masa ke semasa.”
“Papa tidak pernah menggerakkan anggotanya…” Kata Lydia gusar.
“Memang saya tidak dapat memberikan harapan yang tinggi. Dia memang dalam keadaan kritikal. Kami akan lakukan apa yang termampu.”
“Apakah peluang yang ada?” Ryean Eiman bertanya setelah sekian lama hanya menjadi pendengar.
“Peluang mangsa koma kembali pulih seperti sedia kala bergantung kepada punca koma. Kami masih terus menjalankan pemeriksaan rapi. Jika pesakit bertindak balas dengan cepat dia akan sedar dalam masa tiga hari. Tetapi kini sudah seminggu berlalu. Berdoa sajalah semoga pesakit tidak dijangkiti sebarang virus, memang sukar untuknya sembuh malah boleh membawa maut.”
Lydia diam tidak terkata. Dia tidak berani lagi mengemukakan sebarang pertanyaan. Hatinya hancur apabila mengetahui bahawa bapanya tidak mempunyai sebarang peluang untuk kembali membuka mata dan melihat wajahnya semula. Dia tiba-tiba jadi rindu pada suara dan gurauan bapanya. Dia jadi rindu pada semua kenangan yang pernah diukir bersama Datuk Rustam. Lututnya terasa lemah ketika keluar dari kamar doktor itu. Jika dia tidak dipimpin oleh Ryean Eiman, pastilah dia tidak mampu untuk meneruskan langkah.
“Mari kita duduk di situ…” Ajak Ryean Eiman. Lydia hanya mengikut. Setelah Lydia duduk di salah satu bangku di ruang menunggu, Ryean Eiman bergerak ke arah mesin minuman. Sejurus kemudian dia kembali ke arah kerusi Lydia sambil menghulurkan segelas minuman.
“Bertenanglah Lydia.” Pujuk Ryean Eiman. “You tak boleh berkeadaan lemah seperti ini. Ingat kita datang ke sini untuk merealisasikan impian papa you. Dia mahu membina sebuah taman perumahan di daerah ini. Tugas kita masih banyak.”
“I tak tahu apa nak buat. I pun tak mahu habiskan masa di hospital ni jaga papa. I boleh jadi gila kalau terus duduk di hospital ni sepanjang hari.”
“Cari seorang pembantu.” Cadang Ryean Eiman. “Atau ambil salah seorang pembantu rumah you di KL. Biar dia jaga bapa you sepanjang hari. Kita datang jenguk sesekali. I perlukan you di site, Lydia. You adalah pengurus projek, tanggungjawab you besar. Apa-apa keputusan you mesti bertindak bijak…”
“I mengharap you, membantu I Ryean.”
“Dah tentu, I akan sentiasa di sisi you.”
“Oklah. I nak pergi jenguk papa sekejap sebelum balik.” Kata Lydia sambil bangun dan bergerak ke bilik Datuk Rustam.
Dia berdiri di sisi katil bapanya, merenung wajah lelaki itu yang diam dan kaku tidak bergerak. Matanya terus terpejam rapat. Mesin ventilator memaparkan denyut jantungnya. Dia masih memerlukan bantuan pernafasan. Bilakah papa akan sedar dan beritahu kami apa yang berlaku pada malam itu? Bisik hati Lydia.
Dia menggenggam tangan bapanya yang berselirat dengan wayar. Digenggamnya dengan erat sambil berharap adanya tindak balas daripada bapanya itu. Dia ingin mendengar suara bapanya. Sudah seminggu dia tidak mendengar suara bapanya berkata sesuatu.
“Sedarlah papa…” Rayunya perlahan sambil menyeka airmata. “Diya tak mahu kehilangan papa. Diya terlalu sayangkan papa. Jangan tinggalkan Diya, papa. Diya tidak mahu keseorangan di dunia ni…” Lydia menangis. Titisan airmatanya jatuh menimpa lengan Datuk Rustam. Lydia merenung wajah bapanya yang tenang.
Saat itu dia merasa bagaikan ada gerakan yang amat perlahan. Datuk Rustam cuba menggerakkan hujung jari. Gerakan itu hanya sekejap dan amat perlahan. Namun itu sudah cukup untuk membuat Lydia gembira. Dia mencium tangan bapanya bertalu-talu. Dia tahu Datuk Rustam mendengar suaranya.
Lydia keluar sambil mengesat airmatanya. Dia tersenyum pahit ke arah Ryean Eiman yang menunggu. Namun apa yang berlaku di dalam kamar itu tadi tidak dikhabarkan kepada lelaki itu. Entah mengapa berat lidahnya hendak memberitahu bahawa Datuk Rustam memberikan tindak balas yang tidak diduga. Dalam hatinya tertanam sudah satu keyakinan, bahawa Datuk Rustam akan sedar…
MEREKA bertiga duduk mengelilingi meja bulat di ruang tengah rumah Basyira. Tadi wanita itu datang membawakan secawan kopi dan sepiring biskut. Kopi sudah luak separuh dari teko, sementara biskut langsung tidak terusik. Basyira tidak menyertai perbincangan mereka bertiga. Dia tidak diperlukan. Wanita itu keluar, merawat bunganya di halaman.
“I akan memangku tugas Datuk…” Kata Mirinda. “Datuk berikan I proxy untuk mengendalikan syarikat sekiranya sesuatu berlaku kepadanya. Dalam keadaan sekarang, Datuk tak boleh berbuat apa-apa.”
“Tapi… Tapi apa yang mama tahu tentang syarikat?” Tanya Lydia tidak puas hati. “Selama ini mama hanya bertugas di HR Department. Mengapa sekarang mama sibuk, kononnya nak ambil alih tugas papa?”
“Kalau bukan aku isterinya, siapa lagi yang lebih layak?” tanya Mirinda dengan mata tercegil. “Jangan cuba melawan aku Lydia. Dah lama aku bosan dengan sikap kau tu, kuat sangat menentang aku. Semua yang aku buat tak betul!” Mirinda mulai naik angin.
“Sekarang ni… dengar sini baik-baik. Esok aku akan balik ke KL, uruskan apa yang patut. Datuk akan dipindahkan esok ke hospital yang lebih baik dengan jagaan yang rapi. You dan Lydia teruskan projek di sini sampai selesai. Tapi setiap laporan mesti dihantar kepada I, Ryean. I tak mahu dengar sebarang masalah.”
Ryean Eiman mengangguk dan diam sahaja. Dia tidak akan membantah kata-kata Mirinda. Apa haknya? Dia hanya seorang pekerja. Mirinda dan Lydia punya hak ke atas syarikat itu, biarkan mereka sendiri menentukan hak masing-masing. Ryean Eiman tidak mahu campur dalam urusan keluarga mereka.
Lydia menggigit bibir. Sedikit sebanyak dia rasa senang hati kerana Mirinda akan balik ke Kuala Lumpur esok. Tetapi hatinya sedih apabila mengingatkan dia akan jauh daripada bapanya itu.
BERITA Datuk Rustam telah tersedar dari koma amat menggembirakan hati Lydia. Lydia menangis kegembiraan sambil menyarung pakaiannya untuk balik ke Kuala Lumpur. Dia harus berada di samping bapanya. Dia mahu menyaksikan bapanya tersenyum gembira menyambut kedatangannya.
Pada mulanya Basyira tidak mahu mengikut Ryean Eiman dan Lydia ke Kuala Lumpur. Namun apabila dipujuk oleh Lydia, dia bersetuju untuk bersama mereka.
Sesampainya di hospital, Mirinda menyambut kedatangan mereka. Walaupun Lydia masih belum melupakan kekerasan kata-kata Mirinda, tetapi dia mengambil keputusan untuk melupakannya.
“Bagaimana keadaan papa?” Tanya Lydia. Wajah Mirinda tidak menunjukkan sesuatu yang memberangsangkan. Dia diam sejenak kemudian berkata; “Memang dia dah sedar…”
“Al-hamdulillah.” Seru Lydia perlahan. “Diya dah boleh jumpa dia?”
Mirinda mengangguk. “Pergilah masuk. Jumpa dia… Tapi jangan terkejut.”
“Kenapa?” Sambut Lydia dengan pantas. Cemas. Dadanya sempat berdegup kuat.
“Masuklah dulu!” Mirinda sengaja mahu membiarkan Lydia tenggelam dalam teka teki. Lydia menolak pintu bilik Datuk Rustam. Dia menjengukkan wajah, tersenyum sebaik sahaja matanya memanah ke wajah Datuk Rustam. Lelaki itu sedang bersandar selesa di katil, memandang sahaja ke arahnya tanpa sebarang reaksi.
“Papa!” Seru Lydia, meluru ke arah Datuk Rustam, lantas memeluknya dengan lembut.
Datuk Rustam cuma memandang, tidak memberikan reaksi. Lydia melepaskan pelukan, merenung ke dalam mata Datuk Rustam yang terpinga-pinga merenung.
“Kau siapa?” Pertanyaan itu mengejutkan Lydia.
Lydia terkejut. Dia merenung Datuk Rustam tidak berkelip dan bersuara lambat, menahan sebak yang melanda dada. Apa dah jadi pada bapanya itu? Mengapa dia tidak mengenali anaknya sendiri?
“Ini Lydia… Anak papa!”
“Anak? Aku… Aku tak ingat.” Kata Datuk Rustam sambil memegang kepalanya. Airmata Lydia menitis perlahan. Dia tidak menyangka musibah demi musibah menimpa. Airmatanya kian laju menuruni pipi. Datuk Rustam memandangnya bagaikan memandang orang asing. Dia memejam matanya, kemudian merebahkan badan perlahan-lahan ke atas tilam.
Pintu ditolak dari luar. Mirinda masuk dan terus berjalan ke arah katil.
“Dah tahu keadaannya macamana?” Tanya Mirinda.
Lydia mengangguk. “Dia ingat pada mama?”
“Dia tidak ingat pada sesiapa pun.” Jawab Mirinda. “Sekarang ni kita tak ubah seperti orang asing kepadanya.”
“Apa yang harus kita buat sekarang?” Tanya Lydia bingung.
“Apabila doktor membenarkan, kita akan bawa dia balik ke rumah. Barangkali suasana di rumah akan membantunya mengingati apa yang berlaku. Jadi, jangan kau risau apa-apa. Tahulah aku bagaimana hendak menangani masalah ni. Yang penting sekarang, dia dah sedar…” Kata Mirinda dengan tegas. Kini dia menguasai perbualan antara mereka. Lydia hanya diam dan terpaksa bersetuju.
“Tak ada apa yang perlu kau risaukan Diya. Aku harap kau balik semula ke Mentakab petang ni.” Mirinda seperti menggesanya. Hati Lydia bergalau. Mengapa Mirinda bagaikan tidak mengizinkan dia bersama lebih lama dengan bapanya?
“Jika ada perubahan apa-apa, aku akan maklumkan pada kau.” Mirinda sudah merancang segalanya dengan teliti. Kebajikan Datuk Rustam akan dijaga dengan sebaik mungkin.
“Tapi Diya masih ingin bersama papa. Diya mahu berbual-bual dengannya.”
“Doktor tidak mengizinkan kita mengajak dia berbual. Kepalanya akan cepat menjadi pening jika diajak berbual tentang masa silam. Sebab itulah aku minta kau buat sementara waktu ni menjauhkan diri darinya sehingga keadaan benar-benar mengizinkan.”
Lydia mulai memahami situasi yang dihadapi oleh Datuk Rustam. Dia memandang Mirinda yang lincah membetulkan katil Datuk Rustam.
“Kau siapa?” tanya Datuk Rustam sambil memandang Mirinda.
“I isteri you. Nama you Rustam.” Kata Mirinda mengulangi. “Dan nama I Mirinda.”
“Mirinda.” Rustam menyebut nama itu sepatah tanpa sebarang perasaan.
“Sekarang berehatlah.” Kata Mirinda sambil menyelimuti tubuh Datuk Rustam.
TIGA hari kemudian barulah Lydia datang ke rumah Basyira. Wanita itu memang tidak membenarkan Lydia tinggal di hotel lantas menawarkan rumahnya sendiri. Dia mulai sayangkan Lydia seperti anak sendiri. Lydia terharu di atas layanan Basyira. Malah kini tidak segan silu lagi memanggil Basyira ibu.
Biarpun berada jauh dari sisi bapanya, Lydia tidak pernah melupakan lelaki itu yang kini menghidapi amnesia. Amnesia adalah satu keadaan di mana seseorang kehilangan kebolehan untuk mengingat semua maklumat yang tersimpan di dalam memori. Hati Lydia dilanda duka yang berterusan mengingati apa yang menimpa Datuk Rustam. Walaupun pada hakikatnya dia belum kehilangan bapanya, tetapi dia merasakan Datuk Rustam yang dulu tidak akan kembali lagi.
“Jangan terlalu sedih Diya…” Pujuk Basyira selepas mereka menunaikan salat isyak berjemaah pada malam itu. “Setiap peristiwa yang berlaku mempunyai hikmah… Kita belum melihat apakah hikmah di sebalik kejadian. Tetapi percayalah segalanya akan kembali seperti dulu semula. Kegembiraan kau akan kembali, Diya.
Lydia mengesat airmatanya. “Diya percaya pada kata-kata ibu…” Balas Lydia sambil merebahkan kepalanya di atas ribaan Basyira. Basyira merasa sangat bahagia. Dia kini memiliki seorang lagi anak. Benar-benar dia merasakan hatinya kian dekat dengan Lydia.
Tuhan… Izinkan anak ini menjadi milikku. Berada dekat denganku selalu supaya aku dapat melindunginya.
Mereka masih duduk di atas hamparan sejadah. Basyira membiarkan Lydia berbaring lama, masing-masing masih mengenakan telekung.
Aku kehilangan suami yang sangat kucintai tetapi di masa yang sama aku dapat mencurahkan kasih sayang kepada seorang anak yang ketandusan kasih sayang. Ah! Semoga Tuhan memberikan dia kebahagiaan dan kegembiraan yang hilang suatu hari kelak! Doa Basyira di dalam hati.
Tanpa sedar dari rekahan pintu kamar Basyira, Ryean Eiman melihat kedua-dua wanita itu saling berpelukan. Mereka kelihatan sungguh rapat kebelakangan ini. Hati Ryean Eiman mulai cemburu. Kasih sayang ibunya telah beralih dan terbahagi dua.
Basyira melipat sejadah. Dia memerhati jam yang sudah menunjukkan ke angka sembilan malam. Dia mengajak Lydia turun ke dapur.
“Jom kita sediakan makan malam.” Ajak Basyira lembut.
Lydia mengangguk. Basyira turun terlebih dahulu bagi menyaji makan malam buat mereka bertiga. Apabila semuanya sudah terhidang, dia memanggil Ryean Eiman. Lelaki itu asyik menghadapi komputer di dalam bilik.
“Masih buat kerja?” Basyira menegur.
Ryean Eiman tersenyum. Dia segera menutup komputer riba yang sedang dihadapinya. Dia tidak ingin Basyira tahu apa yang sedang dilakukannya.
“Makan dulu…” Kata Basyira. “Lepas makan bolehlah sambung semula.”
Ryean Eiman mengangguk, lantas bangun menuruti langkah ibunya.
“Ibu ingat nak beli juga sebuah komputer peribadi.” Kata Basyira. “Tidak susah nak belajar kan?”
Dahi Ryean Eiman berkerut. Dia memandang Lydia yang juga mempamerkan wajah kehairanan.
“Komputer peribadi? Nak buat?” Tanya Ryean Eiman.
“Hai, tak bolehkah ibu ingin maju macam kauorang, mendalami ilmu teknologi maklumat. Kan PM menyarankan agar masyarakat Malaysia peka kepada segala bentuk ilmu?”
Ryean Eiman terdiam. “Yalah tapi ibu nak buat apa beli komputer peribadi? Nak layari internet?”
“Tak boleh?”
“Boleh.” Jawab Ryean Eiman. “Agaknya ibu nak berchatting dengan Pakcik Basha di internet.”
“Ke situ pula…” Rungut Basyira.
Lydia ketawa lembut. “Eh, ibu… Pakcik Basha tu handsome juga orangnya. Bujang lagi!”
Ryean Eiman menjeling Lydia. Bibirnya tercebik. Di dalam hatinya dijentik rasa cemburu. Tiba-tiba sahaja Lydia memuji Basha handsome. Apalah handsomenya orang tua tu? Fikir Ryean Eiman. Perut pun dah jauh ke depan, sementara uban pun sudah banyak.
“Jangan kau pun nak usik-usik ibu dengan Basha tu. Sebenarnya ibu ada projek ni…”
“Apa?” Tanya mereka berdua serentak.
“Rahsia.”
Kedua-dua kecewa mendengar jawapan Basyira. Nampaknya memang Basyira ingin membuat mereka tertanya-tanya sendiri.
“Esok kalau tak sibuk, tolong temankan ibu cari komputer. Ibu bukannya pandai. Tak tahu apa-apa. Harap kau boleh ajar ibu, Ryean.” Kata Basyira mengharap.
“Ibu ambil kelas komputer sajalah senang…” Cadang Ryean Eiman.
“Agh! Seganlah. Semua pelajar-pelajar kelas komputer tu budak-budak. Biar ibu belajar dengan engkau saja. Tahu asas-asasnya saja cukuplah. Pandai buka tutup fail, buat surat jadilah!”
“Ibu nak buat surat cinta!” Sakat Ryean Eiman. Basyira hilang sabar lantas dicubitnya paha Ryean Eiman dengan kuat. Anak itu terjerit.
“Aduuhhhh…” Keluhnya dengan muka kelat.
“Baru padan muka.” Kata Lydia sambil mencebirkan bibir ke arah Ryean Eiman. “Tak apa ibu, kalau Ryean banyak cerita, biar Diya temankan ibu. Kita pergi beli komputer esok, tapi sebelah petang. Lepas tu Diya ajar ibu. Senang aje… Tak usah pening kepala, ibu.”
“Terima kasih, Diya.” Balas Basyira sambil tersenyum.
MEMANG sebesar gunung harap Basyira hendak memiliki komputer dan seterusnya belajar mengendalikannya. Idea hendak belajar komputer itu datang semasa dia sedang mengemas bilik hujung di tingkat atas rumahnya itu. Dia menemui sebuah fail lama. Di dalamnya terdapat beberapa buah sajak yang pernah ditulisnya semasa dia di zaman persekolahan.
Leka dia membaca sajak-sajak itu. Takjub dan tidak disangka dia telah menyusun ayat yang begitu indah. Ada sebahagian daripada sajak-sajak itu termuat di dalam majalah sekolahnya dahulu. Memang telah lama timbul minat dalam dirinya untuk menceburi bidang penulisan secara serius. Sejak dulu dia boleh menulis dengan baik. Dia rajin membaca novel. Dia minat menulis sajak. Masih diingatnya ada sebuah manuskrip novel yang tidak pernah siap biarpun bertahun-tahun sudah berlalu. Tahun lepas dia menulis sebuah lagi manuskrip dan dihantar ke penerbitan. Tetapi sehingga kini tiada sebarang jawapan daripada pihak penerbit. Barangkali manuskrip itu dibakulsampah oleh penyunting. Dia sedar kini lambakan buku-buku penulis-penulis baru memenuhi pasaran.
Apakah dia tidak punya peluang langsung? Dia tidak seharusnya berputus asa… Dia seharusnya berusaha dengan lebih gigih. Kegagalan kali pertama itu tidak bermakna dia akan terus mengalami kegagalan. Pun dia tidak pernah memberitahu sesiapa akan niatnya hendak menjadi seorang penulis. Dia takut ditertawakan Ryean Eiman. Justeru itu dia buat segala-galanya dalam diam.

No comments:
Post a Comment