Bab 13
BASYIRA merenung bil yang ada di tangannya. Bil elektrik agak tinggi pada bulan itu berbanding bulan-bulan sebelumnya. Komputernya sentiasa terpasang sepanjang hari. Terkadang dia menulis hingga larut malam. Manuskripnya semakin tebal. Dia akan menulis lebih panjang dari manuskripnya yang pertama dahulu. Biarpun manuskrip itu tiada sebarang jawapan dari pihak penerbit, Basyira tidak akan berputus asa. Dia mesti tekun dan terus berusaha untuk menjadikan impiannya satu kenyataan.
Ketika keluar daripada pejabat pos pagi itu, dia terserempak dengan Basha. Basyira serba salah. Pun dia tidak berniat hendak melarikan diri. Dia tersenyum menghadapi Basha. Lelaki itu juga membalas senyumannya seolah-olah tiada apa-apa berlaku antara mereka. Memang sudah berminggu-minggu lamanya Basha tidak lagi datang mengunjungi Basyira. Sedikit sebanyak dia merasakan satu kehilangan. Dia tidak pernah merasa demikian sebelum ini. Kini dadanya berdebar kencang apabila berhadapan dengan Basha.
“Syira…” Tegur Basha dengan lembut, seperti kebiasaannya. “Buat apa di sini? Pos surat?”
Basyira menggelengkan kepala. “Bayar bil elektrik. Bil bulan ni melonjak! Agaknya sebab komputer sentiasa terpasang.”
“Belum siap lagi novel Syira tu? Syira tulis cerita misteri kan? Kisah pembunuhan?”
Hati Basyira jadi kagum. Tidak sangka Basha ingat segala apa yang diperkatakannya dulu. Dia mengangguk.
“Abang teringin hendak baca cerita Syira. Bagaimanakah Syira membina watak pembunuh dan menghayatinya?”
“Sebenarnya cerita tu belum selesai, masih panjang lagi. Watak pembunuh masih belum berdiri sendiri… Walau macamana pun watak-watak lain sudah semakin kukuh.” Cerita Syira.
“Wow! Hebat!!!” Basha bertepuk tangan.
“Sebenarnya Syira malu nak beritahu orang lain pasal skrip tu. Takut ianya tidak diterima penerbit nanti. Pada Ryean pun Syira tak cerita apa-apa... Mungkin manuskrip itu akan ditolak oleh penerbit, seperti manuskrip pertama Syira dulu. Sehingga sekarang tiada jawapan dari mereka.…” Cerita Basyira merendah diri.
“Tentu tidak. Biar mereka ambil masa untuk menilai. Abang yakin Syira akan berjaya menjadi seorang penulis yang baik. Abang doakan kejayaan Syira.”
“Terima kasih. Buku abang hari tu pun belum sempat Syira baca.”
“Hmmm... Memang dah lama juga Syira pinjam buku tu! Kalau dah lewat pulangkan buku kena denda!” Gurau Basha sambil tergelak. “Dendanya kena pergi minum pagi dengan abang, macamana?”
Basyira tertawa kecil. Dia tidak dapat menolak lagi. Setelah penolakan yang lalu dia merasa perlu untuk menerima pelawaan itu. Dia tidak mahu Basha terus berkecil hati.
“Dah lama abang nak tanya Syira…” Kata Basha memulakan perbualan sebaik sahaja punggungnya mencecah kerusi di gerai yang terletak berdekatan dengan pejabat pos. Suasana di gerai itu agak lengang. Kereta di jalanan juga tidak sesibuk semasa waktu puncak kebanyakan pekerja bergegas untuk masuk ke pejabat masing-masing.
Begitulah suasana lazim di bandar itu, tidak pernah terdesak dalam trafik jam seperti di Kuala Lumpur.
“Apadia abang Basha?”
“Siapa perempuan yang tinggal di rumah Syira itu?”
Basyira merenung Basha tidak berkelip. Dia agak terkejut dengan pertanyaan Basha. Biarpun sudah lama tidak datang ke rumahnya, Basha tetap mengetahui wujud orang lain yang menginap bersamanya.
“Dia Lydia… Anak boss Ryean. Juga bakal menantu Syira.” Beritahu Basyira tenang dan jelas.
“Anak Datuk Rustam?” Tanya Basha lebih lanjut. “Lelaki yang cedera di hujung simpang dekat rumah Syira tempohari adalah Datuk Rustam bukan?”
“Dari mana abang kenal dengan Datuk Rustam?” Tanya Basyira ingin tahu.
Basha tidak menjawab. Dia tidak ingin memberitahu Basyira tentang Datuk Rustam.Dia hanya ingin tahu bagaimanakah keadaan lelaki itu. Datuk Rustam pernah berjanji hendak bertemu dengannya, tetapi janji itu tidak tertunai kerana lelaki itu kemalangan. Setelah dimasukkan ke wad, tiba-tiba pula dia hilang begitu sahaja. Basha tahu Datuk Rustam sudah dibawa pulang ke Kuala Lumpur. Dan dia tidak tahu bagaimanakah hendak menjejaki lelaki itu di sana. Dia tidak pernah mempunyai alamat Datuk Rustam.
“Kenal. Sebab…” Suara Basha tergantung. Dia berfikir sejenak. Wajarkah dia memberitahu siapakah Datuk Rustam di sisinya. “Dia saudara abang…”
Basyira menganggukkan kepala. Tidak berkata apa-apa lagi, mengharap Basha meneruskan perbualan itu tetapi suara Basha tidak kedengaran juga. Dia meneguk minuman. Tangannya mencapai sepotong kuih lantas memamahnya dengan rakus.
“Bagaimana keadaan dia sekarang?” Tanya Basha setelah agak lama diam.
“Menurut Lydia, bapanya koma selama seminggu. Bila sedar dia hilang ingatan… atau amnesia. Dia tidak ingat apa-apa tentang masa lalunya. Dah beberapa bulan macam tu! Sekarang dia hanya duduk di rumah sahaja. Semua urusan perniagaan diserahkan pada isterinya.”
Basha mengangguk perlahan. “Begitu rupanya…” Dia mengeluh.
BASYIRA melihat beberapa keping surat berada di dalam peti surat di depan rumah. Memang dia keluar awal pagi semasa posmen belum tiba. Dua pucuk surat kepunyaan Ryean dan beberapa keping bil datang lagi hari itu. Bil lagi… rungut Basyira sendiri. Bil saluran tv swasta, bil air dan bil telefon itu perlu dilunaskan segera. Dia sedar dia tidak punya pendapatan tetap. Hanya mengharap duit hasil kebun. Hasilnya tidak banyak, hanya sekadar mencukupi. Mujur Ryean tidak lokek memberi Basyira wang bulanan.
Basyira meletakkan surat-surat itu di atas meja, sambil matanya memerhati ke arah telefon. Adakah sesiapa yang menelefon semasa dia tiada di rumah? Dahinya berkerut-kerut sejenak, teringat sesuatu. Dia mendekati telefon mencapai gagang dan mendail nombor setelah membuka buku telefon kecil yang ada di atas meja telefon tersebut.
Ingatannya melayang lantas teringat sesuatu. Memang sejak pulang ke kampung Bukit Penak dia tidak pernah menghubungi wanita itu. Lantas dia terus menekan nombor telefon untuk bercakap dengan Puan Janeta Mansur, editor buku dari JM Media Pustaka. Setelah permintaannya itu tertunai dan suara Puan Janeta Mansur berada di talian, Basyira memperkenalkan dirinya.
“Ya Tuhan! Puan Basyira… Saya memang sudah lama ingin menghubungi puan.” Kata Puan Janeta. “Puas saya menelefon menggunakan nombor telefon yang puan sertakan bersama manuskrip, tetapi ternyata nombor itu sudah ditamatkan perkhidmatannya.”
“Ya. Benar. Saya sudah berpindah pulang ke Pahang.” Kata Basyira, dadanya berdebar-debar. “Saya terlupa hendak menghubungi puan semula dan memberikan nombor telefon yang baru.”
“Tak mengapalah. Nanti berikan saya nombor telefon baru, puan. Sebenarnya novel puan sudah pun siap, minggu hadapan akan mulai berada di pasaran. Bila puan boleh datang ke pejabat untuk menandatangani kontrak serta mengambil pendahuluan royalti puan?”
“Ya. Boleh… Esok saya akan datang.” Kata Basyira dengan nada riang tidak terkata. Dia tidak sangka hari itu merupakan hari bertuah baginya. Rupa-rupanya novel itu sudah pun terbit. Silapnya juga kerana tidak menghubungi penerbit dari masa ke semasa.
Basyira tersenyum sendiri sambil meletakkan gagang telefon. Ryean tentu kehairanan kalau dia pulang melihat ibunya tersenyum sendiri begitu. Sudah begitu lama Basyira tidak mengukir senyum dalam ertikata yang sebenarnya. Dia selalu tersenyum dalam paksa. Kini dia telah boleh tersenyum dengan sepenuh hati. Kejutan yang baru tiba itu benar-benar menyembuhkan luka perasaannya. Dia tidak akan berundur lagi. Dia akan meneruskan perjuangan yang baru bermula itu.
SEBULAN kemudian, kehidupan Basyira semakin mengujakan. Sebuah pesta buku besar-besaran diadakan di ruang legar kedai buku Jasmin. Pihak penerbit telah menganjurkan pameran itu. Basyira tidak langsung menyangka bukunya telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Novel pertamanya itu dengan segera menjadi sebutan, setiap orang ingin memilikinya. Dalam masa seminggu novelnya terjual dengan banyak.
Dalam masa sebulan pula sepuluh ribu cetakan telah habis terjual. Pihak penerbit telah membuat ulangan cetakan sebanyak sepuluh ribu lagi bagi memenuhi permintaan pasaran.
Basyira terkejut apabila Basha tiba-tiba duduk di hadapannya sambil menyuakan novel tulisannya yang baru saja dibeli di kedai buku itu. Basyira tersenyum sambil menurunkan tandatangan.
“Kalau boleh nak jadi pembeli pertama, tapi abang tetap rasa bangga…” Kata Basha. “Abang nak baca hasil tulisan Syira. Kata orang, membaca tulisan seseorang penulis itu seperti membaca isi hatinya. Betulkah?”
Basyira hanya tersenyum. Dia tidak perlu menjawab soalan itu.
Lewat malam baru Basyira pulang ke rumah.
“Wah! Dah pulang pun novelis terkenal kita…” Kata Ryean mengusiknya sambil menyambut kepulangan Basyira. Dia menciumi pipi ibunya, mengucapkan tahniah di atas kejayaan Basyira.
“Kenapa ibu rahsiakan dari saya semua ni…”
“Ibu malu.” Akui Basyira. “Takut tak tercapai segala hasrat dan cita-cita.”
“Sekarang ibu dah pun berjaya dan mulai dikenali. Apalagi ibu… Bayaran royalti pun dah dapat. Bila nak belanja ni?”
“OK.” Basyira menganggukkan kepalanya. “Malam ni kita keluar makan. Biar ibu mandi dan bersiap-siap dulu!”
Basyira buru-buru mengerjakan apa yang ingin dilakukannya.
PESTA buku selama seminggu itu sudah pun berakhir dan Basyira kembali kepada rutin hariannya. Dia kembali menulis semula, menyudahkan buku keduanya dengan penuh bersemangat. Namun seperti katanya pada Basha tempohari bahawa dia selalu bermasalah untuk membangunkan watak pembunuh. Malah sampai sekarang dia gagal memberikan nama kepada watak itu.
Esoknya, Basyira tidak menulis. Malam semalam dia tidur lewat jam empat pagi dan hari itu dia telah kekeringan ilham. Justeru pagi itu dia mengambil salah satu buku yang dipinjamnya dari Basha, lantas membawanya ke bawah pergola. Dia senang membaca di situ, dalam suasana dingin dan redup berteman angin yang bertiup perlahan.
Buku kisah benar tentang kriminal yang berlaku di barat itu kian menambat minatnya setelah membaca muka pertama. Dia tertambat untuk terus menyelak helai demi helai muka surat buku tersebut. Paparan buku itu begitu detail. Bagaimana peristiwa pembunuhan itu berlaku, latarbelakang mangsa ditulis dengan jelas. Bagaimana pula polis menjalankan penyiasatan, hasil autopsi atas diri mangsa, kemudian pemburuan ke atas pembunuh yang berbelit-belit, hingga pegawai penyiasat hampir-hampir putus asa. Namun setiap sesuatu yang dilakukan manusia tetap ada yang tidak sempurna, tetap ada bukti yang ditinggalkan walaupun amat kecil dan agak sukar dikesan pada awalnya.
Apabila pembunuh itu tertangkap, dipaparkan pula riwayat hidupnya yang penuh dengan tekanan dan penderaan, dipaparkan juga keterangan dari doktor pakar jiwa yang menyatakan ketidakstabilan fikiran pembunuh. Lalu proses pengadilan pun dijalankan ke atasnya dengan saksama.
Buku itu menarik minat Basyira. Ternyata pembunuh selalunya terdiri daripada orang yang sakit jiwanya, terdera perasaan akibat tekanan-tekanan hidup. Ataupun boleh juga dikatakan sebagai salah satu sikap bawah sedar yang mendorong dia bertindak tanpa perasaan, kerana dendam, kerana pengaruh wang dan kuasa. Ada juga yang terdorong untuk membunuh kerana rasa takut keselamatannya terancam. Kesimpulannya pembunuh itu selalunya amat berkait rapat dengan jiwa yang tidak tenteram.
Setelah membaca, fikiran Basyira kembali bekerja semula. Mindanya kembali penuh dengan ilham yang menuntut untuk dikeluarkan segera. Basyira terlompat masuk ke dalam rumah lantas menghadapi komputernya sepanjang hari itu. Dia tidak sedar, cuaca pun sudah berubah menjadi gelap. Basyira melihat di tingkap, senja sudah hampir berlabuh. Di luar dia mendengar bunyi kereta menandakan Ryean dan Lydia sudah pun pulang dari kerja.
Basyira merehatkan komputernya sebentar kerana malam itu dia akan menyambung lagi penulisannya yang tergendala. Masa yang berlalu terasa begitu cepat bagi Basyira. Ketika dia melihat di kalendar, rupanya sudah tiga bulan dia menangani cerita yang masih jua belum selesai.
Dahinya berkerut apabila mendapati esok adalah hari lahir Ryean yang ke dua puluh enam tahun. Bermakna esok dia tidak akan menulis bagi merayakan harijadi anaknya itu. Sudah demikian lama dia mengabaikan makan minum Ryean. Jika dulu dia selalu memanjakan Ryean dengan memasak masakan kegemaran anak itu, kini dia selalu membeli masakan yang dibungkus kerana terlalu asyik dengan kerjanya.
Esok… bisik hatinya. Dia berjanji akan memasak sesuatu yang istimewa. Dan dia turut ingin membeli sebuku kek istimewa sempena hari lahir Ryean.
BASYIRA memberhentikan keretanya di hadapan kedai kek Ria. Dari sebalik dinding cermin kedai dia terlihat seorang perempuan berambut panjang berwarna perang sedang berdiri di hadapan kaunter. Kelihatan dia sedang bercakap-cakap dengan pekerja kedai kek itu.
Basyira memerhati dari arah belakang perempuan itu. Dia tahu perempuan itu seorang yang muda, cantik dan seksi. Kulit betisnya nampak halus dan licin. Dia mengenakan skirt yang amat singkat dan sendat berwarna pink. Kasut tumit tingginya kelihatan cantik dan berkilat.
Basyira berjalan masuk dengan langkah perlahan. Tapak kasutnya langsung tidak berbunyi apabila beradu dengan lantai kerana dia memakai kasut bertumit rendah serta leper.
“Kek perkahwinan yang you tempah tu dah siap, Cik Yani!” Kata pembantu kedai itu sambil menunjuk ke arah peti sejuk berpintu cermin yang mempamerkan pelbagai jenis kek.
“Ini dia…” Kata pekedai sambil membuka peti sejuk dan menunjukkan kepada perempuan itu sebuku kek besar berwarna pink. Kek itu besar, cantik berhias krim serta kuntuman bunga di atasnya.
Basyira terkejut mendengar nama itu disebut. Dia memandang ke arah perempuan yang tersenyum riang dan terjerit gembira melihat kek yang cantik itu.
“Yani Azhan?” Tanpa sedar Basyira tersebut nama itu dengan kuat. Basyira terkejut. Pertemuan itu langsung tidak diduganya. Yani juga terkejut lantas berpaling ke arah Basyira. Dia memang tidak pernah bermimpi mereka akan bertemu di kedai itu.
Bibir Yani Azhan tercebik apabila melihat wajah Basyira. Mukanya yang tadi berseri-seri bertukar menjadi masam. Basyira memandang ke arahnya, tersenyum sinis lantas datang mendekati; “Cantik ya kek perkahwinan engkau Yani. Bila kau nak kahwin dengan Nordin?”
“None of your business.” Jawab Yani Azhan dengan nada sombong.
“Memang bukan urusan aku. Tapi kau tu perempuan jahat… perampas laki orang. Kau yang menyebabkan rumahtangga kami yang bahagia jadi berantakan. Tak ada lelaki lain yang hendak kau goda selain daripada Nordin?”
“Hei! Perempuan tua! Kau silap. Bukan aku yang goda, tapi dia yang tergila-gilakan aku! Demi cintanya padaku, dia sanggup buat apa saja yang aku suruh!” Jawab Yani Azhan dengan angkuh.
“Diam!” Jerit Basyira, hatinya tersayat mendengar kata-kata Yani Azhan.
“Kau takkan bahagia dengannya. Satu hari nanti kau juga akan jadi hodoh, tua dan akan ditinggalkan!” Kata Basyira sambil merenung muka Yani Azhan yang cantik bersolek. Dia memang cantik. Kulitnya masih tegang, putih bersih dan mempunyai potongan badan yang menggiurkan. Hati Basyira terus luka memamah kenyataan. Dia memang tidak setanding dengan gadis muda yang seusia dengan anaknya Ryean.
Gadis itu membalas renungannya, bibir menggertap geram. “Tepilah…” Yani Azhan menolak Basyira ke tepi. Dia ingin keluar dari situ, tetapi terhalang oleh tubuh Basyira. Dia tidak ingin terus berhadapan dengan perempuan yang pernah menjadi isteri bakal suaminya. Rasa sakit hatinya mendengar kata-kata Basyira. Kata-kata yang bagaikan satu doa…
Basyira benar-benar sedih, pertemuan itu membuat luka lamanya berdarah semula. Jika dia tahu akan bertemu Yani Azhan di kedai kek itu pastilah dia tidak ingin ke situ. Dia terlupa bahawa Yani Azhan juga berasal dari daerah itu. Meskipun Nordin bukan penduduk asal tempat itu, tetapi pastilah perkahwinannya dan Yani Azhan akan berlangsung di rumah keluarga perempuan. Dia yakin Nordin ada di daerah itu kini… Tetapi Nordin langsung tidak menjenguk mereka. Jika benar Nordin sudah benci kepadanya tetapi sekurang-kurangnya kenanglah anak mereka satu-satunya… Lupakah Nordin hari itu adalah hari lahir Ryean?
Tanpa suara Basyira bergerak ke tepi tetapi di saat yang sama dia menyiku lengan Yani Azhan yang sedang menatang kek perkahwinannya dengan penuh bangga. Yani Azhan terkejut dan Basyira mengambil kesempatan untuk menolak perempuan itu ke depan, menyebabkan kek yang berada di tangannya jatuh menjunam ke lantai.
Yani Azhan terkejut melihat keknya yang bersepai menjadi habuan lantai. Dia menghentak kaki, menangis sedih terhadap peristiwa yang tidak disangka-sangka. Basyira tersenyum puas. Dendamnya rasa berbalas, dia berjalan cepat meninggalkan kedai kek itu. Yani Azhan menjerit-jerit ke arah Basyira.
“Jaga engkau! Jaga!! Aku adukan pada abang Nordinnnnn!!” Jerit Yani Azhan sambil bergerak laju hendak mengejar Basyira keluar dari kedai kek Ria.
Basyira terus masuk ke kereta yang parkir betul-betul di hadapan kedai, lantas menghidupkan enjin kereta. Yani Azhan terus melangkah laju, tetapi kasut tumit tingginya membataskan langkah. Tiba-tiba dia terpijak sesuatu yang licin di lantai dan tubuhnya terjerembab jatuh bagaikan nangka busuk. Basyira tidak dapat menahan geli hati. Sepanjang perjalanan Basyira terus tertawa sendiri.

No comments:
Post a Comment