Bab 19
BASYIRA sedang mengenakan tudung pendek ketika Lydia menjenguk ke kamarnya awal pagi itu. Dia memandang gadis itu yang sudah siap dengan sepasang trek suit. Kelihatan dia mengancing baju treknya hingga ke leher. Cuaca di luar memang dingin, apalagi kini musim basah. Hujan selalu turun di kala petang. Pagi itu alam tampak suram diliputi kabut yang tebal.
Mereka turun bersama ke jalan raya. Amat jarang Lydia dan Basyira dapat berjogging bersama. Selalunya Lydia bangun lewat kemudian tergesa-gesa ke pejabat. Dia senang mengikut Ryean Eiman, lantas keretanya amat jarang sekali digunakan. Ke mana-mana pergipun dia selalu bersama lelaki itu.
Ryean Eiman tidak pernah memberitahu Basyira secara serius, sejauh manakah perhubungannya dengan Lydia. Tetapi dia yakin Lydia seorang gadis yang baik yang tahu membatasi diri. Anak itu rajin bersalat. Dia langsung tidak ragu-ragu pada Lydia, cuma dia bimbang Ryean Eiman yang akan bertindak nakal. Anak itu semasa kecil adalah seorang anak yang degil dan keras kepala. Tetapi kini apabila semakin meningkat dewasa, dia telah bertukar menjadi seorang yang baik dan bertanggungjawab. Begitulah pandangan mata Basyira terhadap anak lelaki tunggalnya itu. Ingatannya terhadap masa lampau masih segar, betapa sukarnya dia membentuk peribadi anaknya. Dia tidak boleh meneruskan anggapan bahawa keperibadian buruk tetap melekat pada diri anaknya selama-lamanya.
Manusia boleh berubah menjadi seorang yang baik jika diasuh dengan cinta dan kasih sayang, bukan dengan penderaan batin dan kekerasan. Justeru itu dia amat jarang menghukum Ryean Eiman semasa anak itu kecil. Semua kenakalannya ditangani dengan nasihat dan kesabaran.
“Diya…” Seru Basyira setelah berhenti berlari-lari anak. Mereka kini berdiri di tubir jalan, menghadapi paya yang kelihatan dipenuhi air.
“Maafkan ibu kerana bertanya sesuatu. Ibu menganggap kau bukannya bakal menantu, tetapi seperti anak sendiri.”
“Tanyalah ibu…” Jawab Lydia, menanti soalan apakah yang bakal ditanya Basyira.
“Kau jangan marah, Diya. Ibu ingin tahu apakah Ryean pernah… pernah…” Dia tidak dapat meneruskan kata-katanya itu. Dia tidak tahu mengapa perkara yang selalu bermain di fikirannya itu tidak dapat disampaikan dengan lancar. Naluri keibuannya merasai sesuatu, bahawa Ryean Eiman bukanlah sebaik yang disangka. Dia selalu mengharap anaknya itu seorang teruna yang berhemah tinggi tetapi ada sesuatu yang menghalangnya dari mempercayai nalurinya sendiri.
Muka Lydia menjadi merah padam, dia menunduk seolah-olah memahami pertanyaan Basyira. Dia menggeleng. “Tidak ibu. Ryean seorang lelaki yang baik. Dia tidak pernah cuba melakukan sesuatu yang tidak baik. Kami tidak pernah melakukannya…”
Basyira memeluk bahu Lydia dengan kemas. “Bersyukurlah. Sebenarnya ibu takut sekali. Kalian kelihatan sangat rapat antara satu sama lain. Ibu takut kalau-kalau ibu menjadi subahah dalam perkara ini. Bukan ibu tidak menyukai kau tinggal bersama. Malah ibulah yang mengajak kau dulu, Diya. Tapi hati ibu akan lebih senang kalau antara kalian ada ikatan…”
Lydia menganggukkan kepalanya, mengerti. “Memang Ryean ada berjanji dengan Diya. Katanya penghujung tahun ni kami akan menikah.”
“Syukurlah.” Kata Basyira sekali lagi. Saat itu dia menciumi pipi Lydia beberapa kali. “Akhirnya ibu benar-benar akan mendapat seorang menantu yang baik yang ibu anggap seperti anak sendiri.”
“Ya… Insya Allah ibu. Diya juga sayangkan ibu. Tapi Diya katakan pada Ryean dulu, kalau kami hendak bernikah sekali pun harus tunggu sehingga papa sembuh.”
Basyira menganggukkan kepala kemudian berkata; “Dia masih belum sihat?”
“Ya. Papa belum sihat sepenuhnya.” Jawab Lydia perlahan. Dia memerhati ke arah jalanraya dan dalam kepekatan kabut yang mengelilingi alam dia bagaikan melihat sesusuk tubuh sedang bergerak ke arah mereka. Matanya terus terpaku ke arah susuk tubuh yang melangkah tenang, semakin lama semakin dekat.
Mata Lydia terbelalak, sedikit terkejut tetapi dia berlari-lari ke arah lelaki itu. Basyira terkejut, memandang sahaja Lydia mendekati lelaki bertubuh sederhana, tidak terlalu kurus dan tidak pula gemuk. Tubuh itu memang sedap mata memandang. Kemas dalam pakaian trek suit biru gelap. Lydia meluru lantas terus memeluknya dan berseru girang; “Papa!”
“Papa?” Dahi Basyira berkerut. Benarkah Datuk Rustam yang muncul dari sebalik kabut yang pekat mengelilingi mereka.
Rambut Datuk Rustam kelihatan basah dijirus embun, namun ianya kelihatan kemas. Lelaki itu masih kacak, berkaca mata dan mempunyai senyuman yang manis.
Lydia kini berjalan beriringan dengan Datuk Rustam mendekati Basyira yang berdiri sahaja di tepi jalan.
“Papa! Bila papa datang? Di mana papa tinggal?” Tanya Lydia bertalu-talu.
“Papa tinggal di rumah saudara papa, Diya. Malam semalam papa sampai.” Beritahu Datuk Rustam.
“Papa sudah sembuh?” Tanya Lydia lagi. “Mengapa tak call Diya beritahu papa ingin ke sini. Ohhh… Papa. Kenalkan inilah ibu Ryean. Namanya Basyira. Ibu! Ibu sudah kenal dengan papa bukan? Ibu yang menolong papa semasa dia kemalangan di sini dulu…” Lydia bercakap tidak henti-henti hingga tiada ruang untuk Datuk Rustam mencelah.
Dahi Datuk Rustam berkerut. Dia nampak terkejut mendengar kata-kata Lydia. Dia terkejut mendengar Lydia memanggil wanita anggun di hadapannya itu dengan panggilan ‘ibu’. Panggilan itu begitu mesra sekali di telinganya. Dan dia juga tidak tahu bahawa Basyiralah wanita yang menemuinya kemalangan dahulu. Mirinda langsung tidak memberitahu hal itu kepadanya.
“Ya… ya.” Datuk Rustam mengangguk lantas menghulur tangannya. “Terima kasih. Tak sempat saya hendak mengucapkannya dulu. Saya tak tahu…” sambungnya kemudian.
Basyira mengangguk. “Tak mengapa.” Jawabnya.
“Papa! Jom lah kita ke rumah ibu. Diya tinggal di sana. Sebenarnya Diya hanya tinggal beberapa hari saja di hotel tapi selebihnya tinggal di rumah ibu.” Cerita Lydia sambil memimpin papanya meninggalkan tempat itu. Basyira mengekori dari belakang. Dia ikut gembira mendengar suara Lydia yang bercerita dengan riang; “Ibu pandai memasak. Pagi ni papa mesti merasa masakan ibu. Hmmm… sekejap lagi Diya akan ke pejabat dengan Ryean. Tapi masih sempat bersarapan dengan papa. Oh! Papa juga boleh ke pejabat bersama kami. Tentu papa nak tengok setakat mana projek tu sudah disiapkan. Beberapa hari lepas, Ryean ada ambil gambar dan telah menyiapkan laporan lengkap untuk tatapan Mirinda… Tapi hari ni papa datang, jadi papa boleh lihat sendiri. Tentu papa nak tengok kan?”
“Ya. Papa memang nak tengok.” Jawab Datuk Rustam. “Eloklah kita berbincang di pejabat nanti. Memang ada perkara mustahak yang hendak papa selesaikan, dengan saudara papa itu.”
Lydia mengangguk. “Haaa… Dah sampai pun kat rumah ibu.” Kata Lydia sambil mendongak ke arah sebuah rumah yang tertegak dalam kabus pagi. Rumah itu terletak di puncak bukit. Ada jalan berturap di hadapan rumah. Tetapi boleh juga menggunakan tangga yang menghala terus ke pintu dapur. Basyira memilih untuk mendaki tangga tersebut. Dia menyuruh Lydia membawa Datuk Rustam masuk melalui pintu hadapan.
Lydia mengangguk. Dia akan membawa Datuk Rustam menemui Ryean Eiman. Malangnya dari kejauhan dia melihat kereta Ryean Eiman bergerak laju menuruni bukit pada awal pagi itu. Tanpa sebarang lambaian dan pesanan lelaki itu hilang dari pandangan.
PULUT kosong, sambal ikan bilis dan ikan kering goreng sudah terhidang di atas meja. Bau ikan kering yang digoreng harum memenuhi rumah. Datuk Rustam yang sedang berbual dengan Lydia di ruang tamu, terhidu bau yang enak serta merta merasa perutnya lapar. Memang sudah lama dia tidak merasai dan menikmati masakan kampung.
Basyira memanggil tetamunya itu ke dapur untuk menikmati sarapan pagi. Kopi O panas sudah dituang ke dalam cawan, asap putih masih mengepul ke udara. Daun pintu dan tingkap dapur terbuka luas, kabus sudah semakin nipis. Tetapi udara tetap dingin dan angin dengan mesra masuk ke dalam rumah mengitari dan mengisi ruang-ruang kosong yang ada.
“Ikan kering goreng dan pulut. Nampak sedap ni…” Kata Datuk Rustam.
“Jemputlah makan.” Ajak Basyira.
“Di rumah ni tiada pantang papa. Apa-apa yang ibu masak semuanya sedap di makan. Boleh makan sebanyak yang papa mahu. Lagipun papa bukannya ada penyakit darah tinggi yang menghalang papa daripada makan ikan masin…”
“Memang tak ada… Tapi doktor Badri kata…” Ah! Dia tidak mahu bercakap tentang doktor Badri. Dia tidak lagi mempercayai kawannya itu. Ternyata dia banyak muslihat… bisik hati Datuk Rustam.
“Dah panggil Ryean?” tanya Basyira sambil matanya memandang ke dalam.
“Ibu tak tahu, Ryean dah keluar awal pagi tadi? Tak tahu ke mana dia pergi. Dia memecut laju meninggalkan rumah…” Beritahu Lydia, mukanya yang tadi ceria kini sudah hilang serinya. Sudah kerap kali Ryean Eiman hilang tanpa pengetahuan Lydia dan Basyira.
MIRINDA menunggu Ryean Eiman di dalam bilik mesyuarat awal pagi ketika kebanyakan staff masih belum datang. Lebih kurang pukul lapan tiga puluh pagi, Ryean Eiman tiba. Dia terus mencari Mirinda, dia tidak mahu wanita itu menunggu lama. Sebaik masuk, pintu bilik mesyuarat itu ditutup rapat dan dikunci dari dalam.
Ryean Eiman meletakkan fail yang dibawa di hadapan Mirinda. Dia turut meletakkan seikat wang kertas. “Kembalikan wang ni…” Kata Ryean Eiman. “Kita tak boleh gunakannya dan letakkan bil-bil palsu bersama laporan ni. Tak selamat untuk berbuat demikian. Jika Datuk tahu… habislah dia tidak akan mempercayai I lagi. I paling takut kehilangan kepercayaan. Selama ini dia percayakan I sepenuh hati. I tak mahu hancurkannya.”
Mirinda menggigit bibir. “Macamana dengan I? Dia mulai mengesyaki I tahu? Dia tak mahu bercakap dengan I lagi. Sikapnya benar-benar berubah. Dia tidak akan beritahu I apa-apa selepas ini…”
“Biarkanlah. Buat sementara waktu kita hentikan semua ini. Ingat! Hanya sementara waktu, you faham? Biar semua ini reda dahulu. I tahu apa yang I lakukan. Dia takkan buat apa-apa pada you! Dia tidak akan ceraikan you tanpa sebarang bukti kecurangan you tu. Kita masih lagi selamat. Kalau dia check dengan bank duit tu masih ada… Hari ni you mesti betulkan balik semuanya. Masukkan laporan yang I bawa ni. Semuanya akan selamat, OK?”
Mirinda mengangguk. Mudahnya Ryean Eiman menyelesaikan masalah itu dalam masa semalaman.
“Boleh…” Mirinda mengalah. “Asalkan you sanggup berjanji satu perkara…”
“Apadia?” Tanya Ryean Eiman yang sudah bangun ingin berlalu ke pintu. Dia mesti balik semula ke Mentakab, secepatnya. Dia tidak mahu bersoal jawab pula dengan Lydia ke mana dia menghilang di awal pagi begitu.
“Jangan kahwin dengan Diya.”
“Kalau I kahwin dengan Diya sekalipun, hubungan kita tetap macam biasa. Mengapa you takut sekiranya I dimiliki Diya? You sendiri milik Datuk Rustam… I tak pernah memiliki you secara total.”
“I tak mahu berkongsi you dengan Diya. You milik I seorang.” Jawab Mirinda. Ryean Eiman menggelengkan kepalanya. “Jangan terlalu pentingkan diri sendiri. Berkorbanlah sedikit demi orang yang you cintai.”
“I tak peduli. Pengorbanan itu menyakitkan.”
Mirinda sudah bangkit, mendekati lelaki itu lantas mendakapnya dengan kemas.
“I tak boleh lama di sini.” Ryean Eiman mengingatkan. “Tujuan I datang hanya untuk hantar laporan serta cek ni. I mesti hantarkan hari ni juga, sebab datuk ada di sana. Jangan-jangan dia sudah menemui Diya …”
“Oklah.” Kata Mirinda terpaksa beralah lagi. “Pergilah. Tapi bukan untuk selama-lamanya. I akan menghubungi you, bila I rindu…”
Ryean Eiman tidak menjawab, dia terus berlalu pergi meninggalkan Mirinda keseorangan di bilik mesyuarat itu. Mirinda merenung fail dan cek yang ada di atas meja. Bibirnya tercebik. Nak lepaskan diri sendiri! Katanya perlahan. Kau memang ada niat hendak kahwin dengan Lydia dan meninggalkan aku Ryean?
Gila! Dia mencapai cek itu, menjentiknya dengan hujung jari. Kemudian tersenyum sendiri. Ok, sekali ini aku akan ikut rancangan kau Ryean! Tapi jangan sesekali kau cuba menipuku, buruk akibatnya!
DIA memecut keretanya laju bagaikan kilat untuk kembali ke Mentakab dan seterusnya masuk ke pejabat tepat pada jam sepuluh setengah pagi.
Matahari baru naik. Pagi itu cuaca cerah. Ryean Eiman sedang berjalan bersama salah seorang pekerjanya untuk memeriksa rumah-rumah yang sudah siap. Rumah-rumah itu kebanyakan sudah disapu plaster luar dan dalam. Pada minggu hadapan kerja-kerja mengecat akan bermula.
Ryean Eiman masuk ke dalam rumah di hadapannya, memeriksa seluruh rumah. Di dalam bilik air, mozek dan jubin separuh siap dipasang. Dia berpuas hati dan mencatatkan laporan di dalam fail lantas memasuki lagi rumah-rumah yang lain.
Semuanya sempurna. Setelah dia keluar dari rumah itu, dia terlihat kereta Mercedes hitam Datuk Rustam tiba di hadapan kabin yang dijadikan pejabat sementara. Ryean Eiman berjalan menuju ke kabin itu untuk menyambut kehadiran bosnya.
“Datuk!” Dia menegur. “Apa khabar? Dah sihat?”
“Al-hamdulillah.” Jawab Datuk Rustam. Menyambut huluran tangan lelaki itu dengan mesra. Lydia di sisinya hanya tersenyum. Kelihatan senyuman Lydia benar-benar manis, membayangkan betapa gembiranya dia melihat kesihatan bapanya yang sudah pulih.
“Datuk nak melihat sekitaran?” Tanya Ryean Eiman.
Datuk Rustam memandang jauh ke arah deretan rumah dua tingkat yang sudah separuh siap dibina. Dia menganggukkan kepalanya. Kagum. Memang dia tidak menyangka kerja-kerja yang sedang dijalankan di kawasan itu amat memberangsangkan. Dia menepuk bahu Ryean Eiman beberapa kali.
“Excellent.” Katanya sepatah. “Memang nak tengok bahagian dalam rumah. Jom.” Mereka beriringan menghala ke sebuah rumah yang paling hampir dengan kabin.
“Pintu dan tingkap masih belum dipasang.” Kata Ryean Eiman. “Masih banyak lagi kerja yang belum selesai datuk. Petang ni saya ada mesyuarat lagi dengan kontraktor.”
Datuk Rustam kelihatan berpuas hati dengan keadaan rumah yang dilihatnya itu. Ianya benar-benar menepati citarasanya. Memang jelas di pandangannya papan tanda besar yang tertulis di pintu masuk ke kawasan itu, tercatat nama syarikatnya serta tertulis juga jurutera perunding serta kontraktor yang terlibat. Lydia dan Ryean Eiman telah menjalankan tugasnya dengan baik di situ. Dia kagum.
Impiannya untuk menjadi sebahagian daripada Kampung Bukit Penak sebagai sebuah taman perumahan bertaraf sederhana telah pun tercapai. Tiada apa yang dimahukannya lagi selain daripada melihat pembangunan pesat terlaksana di kampung yang disayanginya itu.
Dengan Basha dia telah berjanji untuk memberikan habuan sebagai ganti tanah yang sudah dijadikan rumah. Justeru itu Basha berhak mendapatkan sekurang-kurangnya sepuluh buah rumah yang sudah siap. Basha boleh menyewakan rumah itu. Dia berharap Basha berpuas hati dengan apa yang ditawarkannya itu. Tetapi alangkah terkejutnya apabila Basha menolak cadangannya.
Perbincangan tengahari itu yang berlangsung di pejabat semakin hangat. Malah lelaki itu bersuara dengan nada keras, enggan bertolak ansur; “Apa? Sepuluh buah rumah saja? Abang mendapat beratus-ratus rumah dan mengaut keuntungan berjuta-juta, tetapi aku hanya dapat sepuluh buah rumah di atas tapak tanah milik emak aku?”
“Basha… Abang dah bangunkan tanah itu menjadi rumah yang tinggi nilainya Basha. Apa yang hendak kau rungutkan lagi? Setiap rumah bernilai tak kurang daripada RM35,000.00. Cubalah kau kira jika dikali dengan 10 buah rumah. Berapa yang kau dapat? Kau boleh jual rumah tu… Ataupun kau boleh sewakan. Bukan itu saja, aku juga tawarkan kau duit. Tak cukup lagi kah? Kau tu hidup seorang diri, tak perlu menyara anak isteri. Buat apa duit yang banyak?” Kata Datuk Rustam. Sedikit sebanyak dia mulai geram dengan sikap Basha.
Basha menggigit bibir. Dia tidak menafikan keuntungan yang akan didapatinya. Tetapi dia tetap merasa iri melihat kawasan tanah yang diberikan oleh emaknya kepada Datuk Rustam kini sudah menjadi sebuah taman perumahan. Tidak lama lagi pasti taman perumahan itu akan diisi dan dihuni orang.
Dia memang langsung tidak puas hati dengan apa yang diberikan. Jika boleh dia ingin mendapatkan yang lebih daripada itu. Dia punya hak ke atas tanah itu. Dia tidak akan beralah dengan Datuk Rustam. Tidak. Dia mesti menjadi orang yang kaya dan senang seperti Datuk Rustam juga. Sudah puas dia hidup serba susah…
Sejak tidak lagi bekerja… Ya, dia sebenarnya tidak lagi bekerja sebagai anggota polis. Dia telah diberi amaran keras kerana menyelewengkan duit dan memeras ugut. Semasa dia bertugas sebagai sarjan, egonya tinggi melangit. Pantang ada kesalahan dia akan mengenakan saman. Jika tidak mahu disaman haruslah beri dia ‘duit kopi.’ Kegiatannya itu telah dikesan oleh ketuanya. Silap-silap dia akan dikena tindakan undang-undang dan kehilangan pekerjaan. Basha merayu simpati… Ketuanya merasa kasihan lantas menukarkannya ke daerah lain. Tetapi dia enggan bertukar. Dia tidak boleh meninggalkan Kampung Bukit Penak.
Akhirnya di atas kedegilannya itu, dia telah dinasihatkan berhenti. Tetapi dia tetap enggan, masih pergi ke balai setiap hari. Dia berlagak seolah-olah dia masih bekerja di situ. Pada mulanya DSP Tan menghalangnya tetapi dia tetap datang setiap hari. Dia tidak ada pejabat lagi, tetapi dia hanya berkeliaran di kawasan balai, duduk di mana saja yang dia suka. Akhirnya, tiada sesiapa menghiraukannya lagi. Dengan muka selamba dia akan datang, minum pagi di kantin dan bergaul dengan sesiapa saja yang mahu berkawan dengannya. Terkadang dia hanya menghabiskan masa dengan membaca surat khabar di kantin, apabila orang lain sibuk dengan tugas. Begitulah… tiga tahun berlalu penuh pembohongan.
Dia tiada sebarang tanggungjawab, tugas dan kerja tetapi di mata masyarakat kampung dan sekitarnya dia masih lagi meneruskan khidmatnya. “Tak mengapalah!” DSP Tan pernah berkata; “Selagi kau tidak melakukan sebarang kesalahan Kau gembira dengan berbuat begini… suka hatilah. Tetapi jangan sampai kau menipu orang ramai dengan menjalankan kegiatan yang tidak baik. Jangan kau fikir, aku tidak mengawasi gerak laku engkau, Basha!”
Mulai hari ini dia tidak perlu ke balai lagi. Dia akan menuntut setiap sen yang hilang daripada Datuk Rustam.
“Jangan ingat aku bodoh…” Kata Basha. “Tanah emak aku tu tinggi nilainya. Aku mahu tanah tu dinilai menurut pasaran. Abang harus bayar kepadaku… Aku bukan hanya layak mendapat rumah tetapi juga duit jualan tanah tu. Kalau tak bayar… Aku takkan halalkan setiap sen yang abang gunakan hasil daripada tanah pusaka arwah emak aku!”
Datuk Rustam terdiam beberapa ketika. Sebenarnya dia malas hendak melayan Basha lagi. Sudah diberi betis hendakkan paha pula… rungutnya di dalam hati.
“Aku pun tak tahu mengapa emak aku berikan tanah tu kepada abang. Aku kan anak tunggalnya… mengapa dia berikan tanah tu pada anak saudaranya? Mengapa?” Tanya Basha tidak mengerti sambil memandang ke muka Datuk Rustam.
“Kau nak tahu sebabnya? Benar-benarkah kau nak tahu?” Tanya Datuk Rustam. Gigi di dalam mulutnya bergerak-gerak menahan geram.
“Ya.” Kata Basha dengan nada tegas. “Emak aku seolah-olah lebih sayangkan abang daripada aku. Aku kan anaknya?”
“Kau sebenarnya bukan anak kandung mak Usu. Kau adalah anak pungut!” Kata Datuk Rustam. Dia sendiri tidak sedar telah menuturkan kata-kata itu. Dia teringat pada janjinya sebelum ibu saudaranya itu menghembus nafas terakhir. Jangan sesekali memberitahu Basha kenyataan itu. Tetapi telah mengengkari janji itu. Dia tidak tahan melihat sikap Basha yang tamak haloba.
“Apadia?” Basha terperanjat. Dia memandang dengan rupa yang marah ke arah Datuk Rustam.
“Kau jangan bohong! Kau sengaja hendak menipu aku supaya aku diam kan? Kau sengaja cakap begitu supaya aku tak menuntut apa-apa!!!” Jerit Basha lantas terus meluru keluar meninggalkan pejabat. Dia menarik pintu kabin dan menghempas pintu dengan sekuat hatinya. Datuk Rustam tergamam. Dia berlari ke pintu, ingin mengejar Basha tetapi lelaki itu sudah memecut bersama motorsikal honda buruknya meninggalkan kawasan itu.

No comments:
Post a Comment