Bab 10
DATUK RUSTAM duduk di tepi tingkap. Tingkap kamar itu menghala ke halaman rumah banglo dua tingkat yang didiaminya. Hari itu hari Sabtu, tetapi Mirinda tidak ke pejabat. Keretanya kaku di bawah porch.
Datuk Rustam tahu Mirinda tidak ke mana-mana hari itu. Dia menunggu kedatangan seseorang. Awal pagi tadi, dia mendengar Mirinda menerima panggilan. Datuk Rustam pura-pura tidur. Dia mendengar Mirinda berkata, akan menunggu kedatangan tetamunya itu di rumah. Datuk Rustam tertanya-tanya siapakah tetamu Mirinda itu?
Sebulan sudah berlalu selepas peristiwa cubaan bunuh ke atasnya. Pada mulanya dia merasa amat takut. Dia yakin pembunuh itu akan mencuba membunuhnya lagi. Dia memang nekad. Datuk Rustam memang tidak dapat mengecam siapakah penyerangnya pada malam itu. Dia masih ingat segala yang berlaku…
Ryean Eiman pulang tepat jam sebelas malam. Tidak lama kemudian terdengar loceng pintu biliknya ditekan. Datuk Rustam tersentak, tidak jadi hendak menarik selimut. Dia bangun. Siapakah yang datang? Apakah Ryean Eiman terlupa sesuatu? Dia membuka daun pintu tetapi amat terkejut apabila terlihat seraut wajah yang sudah lama tidak dilihatnya. Wajah Basha muncul di hadapan mata setelah beberapa tahun tidak pernah bersua muka.
Dia hairan bagaimana Basha mengetahui dia ada di daerah itu. Memang ada niat di hatinya hendak mengunjungi Basha. Sejak kematian ibu saudaranya, iaitu emak Basha, dia tidak pernah lagi datang ke Kampung Bukit Penak. Kehadiran Basha malam itu agak memeranjatkannya.
“Basha?” Serunya masih lagi terkejut.
“Abang Rustam! Abang dah kaya sekarang…” Kata Basha sambil tersenyum sinis.
Datuk Rustam tidak menjawab. Kata-kata Basha itu bagaikan pedang menikam jantung. Pedih. Dia tiada jawapan untuk kata-kata Basha. Kekayaannya dibina atas titik peluhnya sendiri, bukan meminta-minta hak orang. Persengketaan lalu yang menyebabkan dia enggan pulang lagi ke Kampung Bukit Penak tiba-tiba menerjah mindanya.
Datuk Rustam menelan airliur pahit, kemudian bertanya lembut; “Ada apa Basha? Dah lewat ni… Aku ingat nak masuk tidur.”
“Mengapa? Abang tak suka berjumpa semula dengan aku?” Tanya Basha sinis.
“Bukan macam tu!” Jawab Datuk Rustam tidak senang mendengar sindiran Basha. Dia teringat semula tuduhan-tuduhan liar Basha terhadap dirinya. Hatinya rasa sedih, seolah-olah peristiwa itu baru terjadi semalam.
“Kalau abang tak suka jumpa dengan aku, janganlah balik ke sini lagi. Mengapa abang balik? Bukankah abang dah bersumpah takkan jejak kaki lagi ke sini. Tapi nampaknya abang langgar sumpah!” Jerkah Basha, kelihatannya dia benar-benar dilambung kemarahan.
“Sabarlah dulu Basha… Kita lupakan yang hal yang dah lama berlalu tu. Aku tahu kau marah. Tapi…”
Basha menunggu Datuk Rustam menghabiskan kata-katanya, tetapi lelaki itu hanya menunduk.
“Aku tahu pasal projek yang abang nak buat tu…”
“Ada bahagian untuk engkau Basha, aku tak lupa.” Jawab Datuk Rustam perlahan.
“Baguslah kalau abang tak lupa. Sebab tanah tu memang hak emak aku. Sebenarnya abang tak berhak langsung ke atasnya.” Tengking Basha dengan kuat. “Aku tak tahu kenapa emak serahkan tanah dia pada abang. Aku tak tahu! Tapi aku rasa abang yang menghasut emak supaya buat macam tu. Emak ketepikan aku, anaknya sendiri. Semuanya gara-gara abang.”
Datuk Rustam terdiam. Dia tidak mahu berbalah lagi dengan Basha. Dia harus mengambil jalan tengah. Dia mesti melakukan sesuatu untuk memuaskan hati Basha.
“Apa yang engkau hendak sekarang Basha? Engkau hendak duit? Engkau mahu aku pulangkan semula tanah tu? Cakaplah apa yang engkau mahu…”
Basha diam sejenak. Datuk Rustam menunggu jawapan Basha. Lama Basha terdiam, kemudian berkata dalam nada yang lebih tenang daripada tadi; “Esoklah. Aku beritahu abang apa yang aku hendak.”
Datuk Rustam mengangguk. “Baiklah, jumpa engkau esok.”
Pintu ditutup kembali. Namun lima minit kemudian loceng pintu berbunyi semula. Datuk Rustam mulai rasa marah. Apa hal pula si Basha ni? Dah balik tapi datang semula? Pasti ada sesuatu yang diingininya…
“Basha…” Tidak sempat dia meneruskan kata. Lelaki yang berdiri di hadapannya itu bukan Basha. Susuk tubuhnya langsung tidak menggambarkan ianya adalah susuk tubuh adik sepupunya. Dia merenung tubuh yang berdiri di hadapannya itu amat terkejut melihat wajah yang terselindung di sebalik topeng. Tiba-tiba matanya disembur sesuatu. Matanya rasa amat pedih dan dia spontan menundukkan kepala. Saat itu tengkuknya dipukul dengan kuat. Datuk Rustam tidak berdaya melawan, lantas terus terjerembab ke lantai. Dia pengsan, tidak mengetahui apa yang berlaku seterusnya.
Atas nasihat rakannya dan juga doktor peribadinya Doktor Badri dan dipersetujui pula oleh peguamnya Azman mereka merancang sesuatu. Datuk Rustam pada mulanya tidak begitu bersetuju. Dia takut nyawanya terancam. Tetapi Doktor Badri menyakinkannya. Sekiranya dia ingin memerangkap pembunuh itu, dia haruslah bertindak bijak. Justeru itu Datuk Rustam bersetuju dengan rancangan rakannya. Datuk Rustam mengubah wasiatnya menjadikan Mirinda sebagai proxy sekiranya sesuatu berlaku kepadanya.
Doktor Badri memberitahu Mirinda, bahawa Datuk Rustam mengalami amnesia. Dia tidak ingat pelbagai perkara akibat kemalangan yang berlaku. Kepalanya cedera teruk dan dia telah koma selama seminggu.
Mirinda mempercayai apa yang dikatakan oleh Doktor Badri. Mirinda setuju untuk menerajui syarikat. Datuk Rustam tidak begitu pasti akan keupayaan Mirinda, tetapi peguamnya Azman terus menanam keyakinan bahawa Mirinda bukan bertindak sendirian. Lydia turut diberi kuasa untuk menentukan hala tuju syarikat. Lydia juga punya hak ke atas syarikat perumahan milik Datuk Rustam. Datuk Rustam terpaksa berlagak bodoh, tidak tahu apa-apa. Tetapi amat sukar baginya hendak berpura-pura begitu. Semakin lama duduk di rumah itu, jiwanya semakin tertekan. Dia perlu kembali seperti dahulu, sibuk dengan kerja bukannya duduk termenung dan menanti sahaja.
Dan hari itu sesuatu akan dilakukan oleh Mirinda… Dia mengesyaki sesuatu. Barangkali ini semua ada kaitannya dengan Mirinda. Memang sudah lama dia mengesyaki bahawa Mirinda mempunyai kekasih. Tetapi siapakah kekasih Mirinda itu? Dia tidak pasti! Keadaannya sekarang membuat Mirinda jadi semakin bebas. Malah Mirinda mulai menunjukkan belangnya. Mirinda seperti bencikan dirinya sejak dia berpura-pura sakit. Mirinda memandangnya dengan pandangan penuh dendam, benci dan mengharapkan dia terhapus dari dunia ini.
Itulah telahannya terhadap sikap Mirinda. Wanita itu tidak lagi semesra dahulu. Mereka seperti orang asing. Beberapa kali Mirinda bertanya kepadanya; “You tak ingat langsung pada I? Langsung tidak ingat pada hari perkahwinan kita?”
Datuk Rustam menggeleng. “Kita berkahwin kerana cinta?” Dia bertanya. Mirinda tidak menjawab. Dia memaling muka dan berkata dengan nada mencabar; “Apa yang you tahu tentang cinta? You ingat siapa orangnya yang paling you cintai?” Soal Mirinda.
Datuk Rustam tidak menjawab.
“Tak ingat?” Soal Mirinda lagi tanpa simpati. “Tak ingat tak mengapa. Tak perlu diingat lagi kan? Kadang-kadang lebih baik kita tak usah punya memori kalau memori itu pahit.”
Masakan dia lupa. Dia ingat segalanya. Mirinda gadis muda, baru berusia 20 tahun semasa dia menikahinya. Lydia pula baru sepuluh tahun. Anaknya itu tidak pernah merasai kasih sayang seorang ibu sejak kecil. Disebabkan terlalu sayangkan isterinya, Datuk Rustam tidak bernikah. Sehinggalah usia Lydia sepuluh tahun, hatinya terbuka untuk mengahwini Mirinda, ketika usianya sudah pun 34 tahun.
Mengapakah dia memilih gadis mentah sebagai isterinya. Dilihatnya Mirinda sangat cantik, muda belia dan baik. Mirinda berdarah campuran, bapanya orang Melayu dan ibunya berbangsa Inggeris. Dia sangat cantik, bagaikan bunga yang sedang mekar. Mirinda yang memang bercita-cita hendak mengahwini seorang lelaki kaya raya akhirnya menerima pinangan Datuk Rustam.
Itu dahulu… Mirinda kini tidak sama lagi dengan Mirinda 16 tahun yang lalu. Begitu baik dan manis. Kini dia adalah wanita yang sudah berlainan sama sekali. Perubahan yang tidak dapat dielak dan dibendung. Masa telah merampas segala-galanya. Datuk Rustam sendiri tidak dapat menghalang perubahan pada dirinya. Dia sudah menjadi seorang lelaki tua, usia yang sudah mencapai angka 50 tahun. Sementara Mirinda masih muda, berada di pertengahan 30an. Tubuhnya masih segar bugar dan cantik, apalagi dia tidak pernah mahu melahirkan anak.
Datuk Rustam memandang ke pintu apabila terdengar bunyi ianya ditolak dari luar. Muncul Mirinda yang sudah siap berpakaian cantik. Di belakangnya seorang pembantu rumah mengekori; “Letakkan atas meja di berenda.” Kata Mirinda tegas.
Pembantu rumah menurut tanpa persoalan. Dulang berisi minuman pagi dibawa ke berenda depan. Datuk Rustam tidak bergerak dari kerusi yang mengadap ke tingkap, matanya memerhati sahaja apa yang sedang berlaku.
Mirinda berdiri sahaja di tepi pintu, memerhati pembantu rumah yang bernama Saerah itu menuang kopi ke dalam cawan. Datuk Rustam tertanya-tanya mengapa minuman pagi dibawa ke kamar, bukannya menikmati sarapan di meja makan di tingkat bawah.
“Pagi ni you minum kat atas…” Kata Mirinda tanpa memandang mukanya.
“Mengapa?” Dia bertanya soalan bodoh.
“Sebab dulu you lebih suka minum di atas. I cuma lakukan apa yang you suka dulu, supaya ingatan you cepat kembali. Ni I dah suruh pembantu rumah sediakan sarapan pagi kegemaran you. Makanlah. I turun dulu…” Langkah Mirinda terhenti berpaling kembali kepadanya dan berkata; “Hari ni juga ada jururawat yang akan datang menjaga you, Rustam.”
Rustam tidak mengerti mengapa dia memerlukan jururawat. Dia tidak sakit. Fizikalnya sihat. Cuma pada pandangan Mirinda sahaja dia ‘sakit.’ “Doktor Badri juga akan datang hari ni. Dia akan jalankan pemeriksaan biasa ke atas you. Dah sebulan you tak jalani pemeriksaan BP dan kolesterol.”
“Tak perlulah!” Jawab Datuk Rustam. “I…”
“Jangan degil. You sakit dan you perlu ambil ubat.” Mirinda bergerak ke pintu.
Datuk Rustam berjalan lambat ke arah berenda dan melihat apa yang ada di dalam dulang. Sepinggan nasi lemak, telur goreng dan kopi. Sekurang-kurangnya Mirinda tidak berbohong tentang sesuatu yang jadi kegemarannya. Tapi bukankah makanan itu mengandungi lemak dan kolesterol yang tinggi. Jika benar Mirinda prihatin, tentulah dia hanya menyuruh Saerah menyediakan semangkuk oats dan susu.
Datuk Rustam mendengar daun pintu ditutup kuat. Dia bergerak ke pintu, memulas tombol dan mendapati ianya berkunci. Lelaki itu memukul daun pintu dengan tangannya, menjerit kuat’ “Hei! Kenapa kunci pintu ni! Heii… Buka pintu ni!” Tiada sesiapa yang menyahut panggilannya.
Datuk Rustam bergerak ke berenda, lantas menjenguk keluar. Ruang halaman tidak berorang. Saat itu di luar pagar dilihatnya sebuah kereta berwarna hitam baru tiba. Dia melihat tukang kebun berlari membuka pintu pagar. Dia menjerit ke arah tukang kebun itu; “Hei! Buka pintu bilik saya ni! Heiii!!!” Tetapi Pak Man tidak menghiraukan jeritannya itu, seolah-olah dia tidak mendengar apa-apa.
Datuk Rustam memerhati kereta yang baru tiba itu dengan pandangan tajam. Ketika lelaki itu keluar dari kereta, dia cuba melambai. Namun lelaki itu langsung tidak memandang ke arah berenda di tingkat atas. Tidak lama kemudian pintu di sebelah pemandu pula terbuka. Datuk Rustam terkejut melihat Lydia. Dia ingin menjerit kuat, tetapi tidak jadi. Suaranya tersekat. Bukankah dia sakit dan berpura-pura tidak mengenali sesiapa?
Spontan Lydia memandang ke arah berenda. Dia tersenyum ke arah Datuk Rustam. Lelaki itu membalas senyumannya dan mengangkat tangan. Lydia terus berjalan laju menghala ke pintu utama rumah banglo yang tersergam indah itu.
MIRINDA menanti Ryean Eiman di ruang makan. Sengaja dia makan lewat pagi itu semata-mata menunggu kedatangan Ryean Eiman supaya dapat menikmati sarapan bersama. Namun dia terperanjat melihat Ryean Eiman hadir bersama Lydia. Bukankah Lydia baru sahaja pulang pada minggu lepas? Sepatutnya gadis itu sibuk menghadiri mesyuarat bersama kontraktor, tetapi mengapa dia harus balik setiap minggu ke Kuala Lumpur.
Mirinda senyum, menyambut kedua-duanya dengan mesra. Tetapi di dalam hatinya menyimpan kemarahan. Dia memberikan isyarat pada pembantu rumah supaya membuka pintu kamar Datuk Rustam. Dia tahu, Lydia akan terus menemui bapanya itu. Saerah cepat-cepat naik ke tingkat atas, mendahului Lydia. Mirinda beria-ria mengajak Lydia menikmati sarapan dahulu sebelum menemui Datuk Rustam.
“Tak apalah… Diya dah makan di luar tadi dengan Ryean. Bukankah begitu, Ryean?” Dia berpaling kepada lelaki kacak di sampingnya itu. Ryean Eiman mengangguk.
“Memang kami dah makan…” Akui Ryean Eiman.
“OK. Kalau macam tu minum sajalah. Takkan minum pun tak mahu?”
“OK.” Lydia bersetuju.
Mereka bertiga duduk menghadapi meja makan yang besar. Mirinda duduk di hujung meja, disebelah kirinya Lydia dan di sebelah kanannya Ryean Eiman. Lydia memerhati wajah ibu tirinya. Dia melihat wajah itu ceria, meskipun suaminya sedang sakit. Nampaknya Mirinda langsung tidak susah hati, malah dia tampak lebih bersemangat daripada dahulu. Matanya asyik menjeling Ryean Eiman di sisinya. Lydia rimas melihat tingkah laku Mirinda.
Ryean Eiman pula menunjukkan sikap bersahaja, tekun menikmati kopinya, biarpun baru setengah jam yang lalu mereka menikmati makanan dan minuman.
“Roti?” Tanya Mirinda lunak. “Atau you nak telur separuh masak?”
Ryean Eiman menggelengkan kepala. Ketawa tanpa sebab. Kemudian bersuara tenang tanpa sebarang gesaan; “Ingat kita jumpa di pejabat. I nak ambil barang di sana…”
“Barang apa? Kalau you perlukannya sekarang, kita pergi ambil.”
Ryean Eiman menggeleng. “Tak mengapa. Bukan sesuatu yang penting.”
Mirinda mengangguk. “Nanti kita bincang di librari. Setakat ni ada masalah di site?”
Ryean Eiman menggeleng. “Hanya masalah kewangan…” Katanya sambil ketawa.
“Ah! I dah sediakan cek yang you minta.” Jawab Mirinda sambil menggagau tangan mencapai sekeping roti. Dia makan perlahan-lahan, sambil matanya menjeling manja ke arah Ryean Eiman.
Lydia semakin rimas melihat lagak Mirinda. Dia merengus kasar. Biarpun berat hati hendak membiarkan Ryean Eiman dan Mirinda di situ, tetapi dia harus sedar tujuan sebenar kepulangannya hari itu semata-mata hendak melihat keadaan Datuk Rustam.
Lydia meneruskan langkah mendaki tangga untuk naik ke bilik bapanya. Daun pintu dibuka dari luar. Datuk Rustam memerhati ke arah pintu, dia tahu Lydia yang masuk.
“Lydia kan?…” Serunya perlahan dan tertahan-tahan.
“Ya, papa.” Balas Lydia lembut lantas mendekatinya. Anak itu memeluknya sejenak dengan erat, mencapai tangannya lantas menciuminya dengan lembut.
“Mirinda… Mirinda kunci pintu, tak izinkan papa keluar Lydia.” Adu Datuk Rustam.
“Kunci bilik? Ehh… Taklah. Tadi Diya masuk, langsung tak berkunci pun.” Balas Lydia dengan dahi berkerut. Dia memerhati ke arah meja dan kelihatan makanan langsung tidak berusik.
“Papa belum makan? Dah dekat pukul sepuluh pagi ni… Mengapa papa belum sarapan?” Tanya Lydia lembut.
Datuk Rustam menggeleng. Seleranya sudah hilang. Hatinya rasa tidak keruan. Dia ingin keluar dari rumah itu. Dia mesti mengikut Lydia kembali ke Pahang. Dia dapat merasakan bahawa dia akan terkurung di situ, sekiranya dia tidak pergi.
“Diya temankan papa sarapan…” Kata Lydia dengan mesra, tersenyum ke arahnya. Datuk Rustam merasa jiwanya kian terseksa kerana tidak dapat membalas kemesraan anaknya itu.
“Diya…” Serunya perlahan. “Apakah… Apakah papa selama ini seorang bapa yang baik?”
“Kenapa papa tanya macam tu? Apakah kerana papa tidak ingat masa lalu, maka papa bertanya demikian?” Lydia memulangkan pertanyaan. “Ya, papa seorang bapa yang sangat baik. Papa amat menyintai arwah ibu. Papa selalu bercerita tentang dia… dan papa juga amat sayangkan Diya.”
Datuk Rustam tersenyum. “Apakah keterlaluan kalau papa suruh Diya kahwin saja dengan Ryean? Kau izinkan papa bercakap dengan Ryean soal ini?” tanya Datuk Rustam. Lydia memandang muka bapanya. Pertanyaan itu agak mengejutkannya. Dia merasakan bahawa Datuk Rustam tidak sakit. Malah anggota fizikalnya sihat. Tetapi kata-kata Doktor Badri menghantuinya. Benarkah bapanya menghidapi amnesia? Atau terkadang ingatan bapanya datang tanpa disedari. Bapanya tahu hubungannya dengan Ryean Eiman.
“Sudah lama kau bercinta dengan Ryean kan? Bukankah sebaiknya kalian bernikah?” Tanya Datuk Rustam lagi dengan suara yang penuh keyakinan.
Lydia memandang bapanya, tidak dapat membalas kata-kata itu. Dia merenung bapanya itu dengan pandangan penuh kesal. Dia sendiri tidak pasti perasaan Ryean Eiman terhadapnya.
“Papa… Biarlah dulu. Kan papa tak sihat? Diya nak lihat papa sembuh dan kembali semula macam dulu. Papa, apakah sebenarnya yang berlaku pada malam itu? Papa masih belum ingat apa-apa?”
Pertanyaan itu membuat dahi Datuk Rustam berkerut. Dia menggeleng lembut.
“Betul-betul papa tak ingat langsung?” Duga Lydia lagi. Datuk Rustam terus menggeleng sambil memegang kepalanya.
“Mengapa ada orang yang hendak membunuh papa? Siapakah dia? Mengapa?” Tanya Lydia bertalu-talu. Pertanyaan itu tidak dihiraukan oleh Datuk Rustam. Dia menundukkan kepalanya.
“Papa tak tahu. Tak ingat!” Jawab Datuk Rustam.
Lydia memandang penuh simpati ke arah bapanya. Dia bangun, memeluk bapanya sambil berkata; “Walau apapun Diya tidak akan benarkan apa-apa berlaku pada papa. Diya sayangkan papa.”
Datuk Rustam mengangguk. “Jaga diri kau baik-baik Diya…” Bisiknya perlahan. Airmata Lydia tergenang. Dia tahu bapanya sihat dan sebenarnya tidak langsung mengidapi penyakit. Tetapi mengapa Doktor Badri menyatakan bahawa dia mengidapi amnesia?
“Papa… benarkah papa sakit? Papa tak ingat apa-apa?” Tanya Lydia berulang kali.
Datuk Rustam pura-pura tidak mendengar pertanyaan Lydia. Dia menggagau tangan untuk mengambil cawan. Tetapi cawan itu jatuh ke lantai lantas pecah. Lydia buru-buru membersihkan kaca yang berselerakan di lantai.
MIRINDA dan Ryean Eiman meninggalkan meja makan lantas terus memasuki perpustakaan di rumah itu. Mirinda lebih selesa berbincang di situ, berbanding di tempat yang terbuka. Sebenarnya dia memang ingin berdua-duaan dengan Ryean Eiman tanpa gangguan dari sesiapa. Daun pintu dikuncinya dari dalam. Dia tahu, kalau Lydia menemui bapanya pastilah dalam tempoh masa yang panjang.
“I ingat you datang ke sini seorang. Mengapa Diya ikut?”
“Pada mulanya dia memang tak mahu ikut… Tapi di saat-saat akhir dia nak ikut I balik sebab rindukan papa, katanya.”
Mirinda berjalan mundar mandir di ruang itu, matanya memerhati Ryean Eiman yang duduk tegak di kerusi di hadapan sebuah meja yang besar.
“You tak pernah rindukan I?” Soal Mirinda, berhenti di tepi jendela lantas menguak langsir sheer putih berbunga lembut itu ke tepi. Ruang itu mulai disimbah cahaya matahari dari luar.
Ryean Eiman menjawab hanya dengan tawa, menggelengkan kepalanya. Dia tidak suka pada pertanyaan Mirinda yang berbaur cemburu itu.
“I rindukan you saban malam Ryean. Orang tua tu… Langsung tak berguna! Sejak sakit dia semakin membosankan… Dia lupa segala-galanya tentang diri I.”
Mirinda datang ke sisi Ryean Eiman, melabuhkan punggungnya ke atas ribaan lelaki itu. Ryean Eiman menyambut tubuh itu dengan lembut dan rela, membiarkan jari-jari Mirinda bermain di pipinya, sebelum sebuah kucupan hangat singgah di situ.
“Tolong… jangan mulakannya.” Rayu Ryean Eiman. “You tahu tujuan I datang bukan untuk ini…” Ryean Eiman cuba menolak tetapi Mirinda terus menghujani mukanya dengan kucupan.
“Hentikan Mirinda…” Pinta Ryean Eiman dengan tegas, terkadang dia bosan dengan sikap Mirinda yang hanya mahu orang lain mengikut kehendaknya.
“Katakan dulu, you sebenarnya milik siapa?” Rayu Mirinda. “Milik I atau Lydia?”
Ryean Eiman tidak dapat menjawabnya dengan tepat. Dia sendiri tidak pasti, hatinya milik siapa.
“Kalau you berniat nak kahwin dengan Lydia… I takkan biarkannya Ryean! I akan…” Mirinda bangun dari pangkuan Ryean Eiman, berjalan ke arah meja lantas duduk di hadapan lelaki itu. Mata lelaki itu direnungnya dengan tajam, bibirnya terkatup rapat sejenak kemudian meneruskan kata-kata yang tergantung; “Lakukan apa saja untuk halang perkahwinan itu. I takkan biarkan cinta I kecundang. I sanggup membunuh untuk memiliki you, Ryean!”
Ryean Eiman bangun, mendapatkan Mirinda lantas berkata dengan lembut. Puncak bahu wanita muda itu dipegangnya dengan lembut; “Siapa kata I akan kahwin dengan dia? Siapa kata…” Ryean Eiman menundukkan kepala lantas mengucup pula ubun-ubun Mirinda.
“I love you. Segala apa yang ingin I lakukan, I mahu lakukannya bersama you… sayang. So, bersabarlah sehingga projek ni selesai. Kita akan bersama. Kita tinggalkan segalanya di belakang kita, setelah kita dapat duit banyak.”
“Projek tu akan bawa keuntungan yang besar…” Kata Mirinda ketawa. “Ianya bukanlah satu projek perumahan kos rendah seperti yang diingini orang tua.”
“Yap!” Jawab Ryean Eiman. “Sebahagian tapak projek adalah tanah Datuk Rustam sendiri.”
“Tanah dia? Dia tak pernah cerita pun!”
“Memang dia tak pernah cerita… I pun baru-baru ni dapat tahu. Dia ceritakan sendiri pada I.”
Mirinda tersenyum. “Masih ingat rancangan kita dulu?” Mirinda mendongak memandang Ryean Eiman. “Kita akan pergi belayar. Menaiki yatch yang lengkap segalanya. Kita akan menghabiskan masa bersama, jauh daripada orang lain. Alangkah seronoknya. Entah bilakah masa itu akan tiba… Orang tua tu, entah bila nak mati ya?”
“Sabarlah! Masa tu akan tiba juga…” Kata Ryean Eiman lembut. Mirinda merasakan tangan lelaki itu sudah berada di pinggangnya yang ramping.
Senyuman Mirinda semakin lebar.
TEPAT seperti yang dikatakan Mirinda, Doktor Badri datang sebelum waktu makan tengahari. Doktor itu memasuki biliknya dengan langkah yang senyap, meninggalkan pintu yang tertutup rapat di belakangnya.
Datuk Rustam sedang berbaring sahaja di katil, cuba membaca majalah perniagaan keluaran terbaru. Setelah hampir sejam berbual dengan Lydia, hatinya jadi sedikit tenang. Anak itu mendengar segala kata-katanya dengan penuh asyik, tanpa bantahan dan tanpa sebarang ragu. Rasa hatinya cukup berat untuk melepaskan Lydia kembali ke Mentakab. Dia bagaikan ingin memberikan satu ‘amaran’ supaya Lydia berhati-hati terhadap orang-orang yang didampinginya di sana.
“Apa khabar Rush?” Tanya Doktor Badri sambil tersenyum. Dia meletakkan begnya di atas meja kopi di hujung katil Datuk Rustam, lantas berjalan lambat mendekati rakannya itu.
“Baik.” Jawab Datuk Rustam sepatah.
“Hulurkan tangan engkau, aku nak periksa tekanan darah.” Kata Doktor Badri sambil memegang peralatannya. Alat penyukat tekanan darah diletakkan di meja sisi katil. Dia melakukan kerjanya dengan cekap, tanpa suara beberapa minit. Matanya tertuju pada bacaan tekanan darah.
“Darah engkau naik sikit…” Kata Doktor Badri. “Mengapa? Tension?”
“Mahu tak tension aku duduk terkurung macam ni!” Balas Datuk Rustam sambil menggertapkan bibirnya. Amat sukar untuk berpura-pura sakit apabila dia sebenarnya sihat. Dia bimbang akhirnya dia akan benar-benar jatuh sakit.
“Keluarlah dari bilik ni, ambil angin di luar. Buat senaman ringan.”
“Aku bukan sekadar nak keluar dari bilik ni, tapi aku nak keluar ke pejabat. Nak pergi ke tapak projek baru di Mentakab. Nak lihat semua…”
“Dah… Dah… Buat apa kau bercita-cita nak ke sana lagi? Dah tahu kat sana ada bahaya menunggu, kau nak pergi lagi? Itu namanya tempah maut.” Marah Doktor Badri sambil menyimpan peralatannya. Dia menulis sesuatu di atas buku catatannya sambil berkata; “Aku berikan kau ubat. Kata Mirinda kau gelisah dan tak boleh tidur malam, betul?”
Datuk Rustam mengangguk. Memang dia tidak boleh tidur sejak kebelakangan ini kerana terlalu banyak perkara yang menghantui fikirannya. Sejak beberapa minggu kebelakangan ini dia mulai bimbangkan keselamatan Lydia.
“Ubat apa?”
“Tak ada apa-apa, cuma ubat untuk memberikan kau ketenangan fikiran dan memudahkan kau tidur. Itu saja…” Jawab Doktor Badri sambil tersenyum.
Datuk Rustam mengangguk cuma. Dia tahu setiap ubat itu pasti ada kesan sampingannya. Namun ubat itu dimakan bagi tujuan kebaikan ke atas dirinya jua. Dia percaya pada kawannya itu seratus peratus, tiada yang perlu dia ragui.

No comments:
Post a Comment