Bab 26
EMBUN membasahi rambut, lantas menitis dingin di dahi. Angin dingin berhembus, alam dibungkus sepi. Langit masih gelap. Rumah besar Basyira juga masih gelap. Waktu itu adalah masa tidur paling lena. Jam empat tiga puluh pagi, tepat. Namun lelaki yang duduk di bawah pergola masih belum diserang rasa mengantuk.
Dia menyuluh jam tangannya dengan sebuah lampu picit kecil. Sebentar lagi dia akan pulang ke biliknya setelah semalaman bersama ‘keluarga’nya. Dia bangun, lantas berjalan mengitari rumah, akhirnya berhenti di tepi tingkap kamar Ryean Eiman. Abang… Kita jumpa esok! Jangan marah… Aku akan memiliki kedua-dua wanita yang kau cintai.
Abang… Engkau seorang playboy! Bagaimana engkau mahu memiliki kedua-duanya sekali. Kau cintakan Lydia dan disaat yang sama masih menginginkan Mirinda. Sorry! Kau takkan dapat semuanya… Kau akan kecewa apabila mereka berdua hilang dari matamu.
Harith Rafeeq mengangkat tangannya, ingin menumbuk cermin tingkap bilik Ryean Eiman. Namun tindakan itu terhenti. No mistake. Sekecil-kecil kesalahan akan membuat dia terperangkap. Tidak. Dia tidak boleh melakukan kekerasan.
Dia membalikkan badannya, bersiul perlahan dan berjalan ke arah pintu pagar. Daun pintu pagar dibuka dan ditutup kembali dengan cermat. Dia berjalan dalam kegelapan malam bersama lampu suluh kecil di tangan. Agak jauh dia berjalan, akhirnya masuk ke dalam kebun getah. Berjalan lagi sejauh 20 meter, lantas menemukan jalan tanah merah. Di tepi semak dia mendapatkan keretanya. Dia masuk ke kereta, meninggalkan tempat itu.
Dia balik ke hotel, tidur dan terjaga pukul 12 tengahari esoknya.
Sebaik sahaja terjaga, dia menelefon Mirinda.
“HOW was the board meeting today, Rus?” Dia bertanya lembut. “Sorry I tak dapat hadir. Sebenarnya I dalam perjalanan menemui Ryean. Katanya ada masalah kat site. Tak sempat beritahu you tadi. I akan balik petang ni juga.”
Datuk Rustam tidak segera menjawab. Dia tidak tahu apakah dia harus percaya ataupun tidak kata-kata Mirinda. Mengapa Mirinda beria-ria menyatakan Ryean Eiman ada masalah, padahal lelaki itu langsung tidak berkata apa-apa semasa mereka berbual lewat telefon sejam yang lalu.
“Up to you.” Kata Datuk Rustam. Dalam kepalanya mulai membayangkan tentu sekarang Mirinda bersama Doktor Badri. Tak salah lagi. Jika dia benar-benar ingin membuat kepastian, dia boleh meminta doktor Badri datang atas alasan masalah kesihatan. Tetapi dia tidak ingin bertemu muka lagi dengan kawannya itu. Penipu besar! Bentaknya di dalam hati.
Dia tidak sangka, Doktor Badri yang menyarankan supaya dia berpura-pura menghidapi amnesia supaya dia dapat menyiasat tentang kecurangan Mirinda. Namun sebaliknya terjadi, doktor itu cuba memberikan dia ubat yang akan membuat dia benar-benar hilang ingatan dan nyanyuk. Dan dia bukanlah sebodoh itu! Pada mulanya dia memang tidak menduga langsung, tetapi nasib baik Tuhan memberikan dia kesedaran.
Datuk Rustam melihat jam di tangan hampir pukul satu tengahari. Tidak lama lagi akan masuk waktu zohor. Dia akan menunaikan salat zohor terlebih dahulu kemudian barulah memenuhi janji untuk makan bersama client. Sejak dia memanggil jemaah masjid datang untuk bersalat dan bertahlil di rumahnya tempohari, hatinya terasa damai dan tenang. Salat yang dulu tidak begitu dititikberatkan kini diberi perhatian lebih daripada segala-galanya.
Malah dia telah meminta Zarina membawa seberapa banyak brosur dari agensi travel and tour, yang ada menjalankan kegiatan umrah. Buat permulaan dia berniat hendak menunaikan umrah dalam masa terdekat. Selama ini dia tidak pernah terfikir hendak melakukan umrah walaupun duitnya banyak melimpah ruah. Jelas sekali kemalangan yang menimpa dirinya memberikan dia kesedaran. Seribu rahmat tersembunyi disebalik apa yang berlaku. Sehingga kini dia tidak tahu apakah motif serangan yang menimpa dirinya…
Datuk Rustam menanggal jam tangannya lantas diletakkan di atas meja. Dia bangun. Namun niatnya hendak meninggalkan bilik kerjanya itu terhalang apabila telefon berbunyi. Dia terus mengangkat gagang.
“Hello. Datuk Rustam ke tu? Ini Basyira.”
“Ya. Saya…” Jawab Datuk Rustam dengan nada suara gembira dan mesra.
“Maaf datuk, saya mengganggu.”
“Tak mengapa Basyira. Kenapa? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?”
Basyira diam beberapa ketika kemudian bersuara; “Malu rasanya saya hendak beritahu datuk tentang perkara ini.”
“Cakaplah Basyira, saya sedang mendengar.”
“Pasal anak-anak…”
“Ya, kenapa?” Datuk Rustam tidak mengerti.
“Ryean dan Diya tu… Mereka sangat mesra saling menyukai satu sama lain.”
“Saya tahu dan saya sudah lama merestui perhubungan mereka.”
“Al-hamdulillah.” Balas Basyira dengan hati lega. “Saya berniat hendak datang ke rumah datuk secara beradat.”
“Datanglah.” Kata Datuk Rustam sambil ketawa. “Tapi saya akan menunaikan umrah tidak lama lagi. Saya rasa datanglah bulan depan, sebaik sahaja saya balik dari umrah. Bagaimana?”
“Boleh datuk… Terima kasih. Maaf sekali lagi kerana mengganggu.”
Datuk Rustam tersenyum semasa dia meletakkan gagang telefon. Dia memang menunggu saat-saat Lydia akan diijabkabul dengan lelaki yang dicintainya. Dan lelaki itu tidak lain dan tidak bukan adalah Ryean Eiman. Dia amat mempercayai lelaki itu, sepenuh hati.
Datuk Rustam mencapai gagang telefon dan menghubungi Azman.
“Sediakan dokumen. Saya hendak mengubah wasiat saya sekali lagi…” Katanya. “Petang ni pukul empat, datang di bilik saya.”
RYEAN EIMAN mengangkat mukanya, terkejut melihat Mirinda datang bersama seorang lelaki. Kacak. Dia tidak kenal siapa lelaki itu. Dalam kepalanya tepu dengan pelbagai persoalan. Mata mereka saling berlaga, spontan bibir lelaki itu menguntum senyum.
Ryean Eiman membalas senyuman itu.
“Hai…” Tegur Mirinda sambil duduk di kerusi di hadapan meja Ryean Eiman.
“Kenalkan ini Harith Rafeeq. Feeq, ini Ryean Eiman, orang yang I katakan pada you tu. Dia juga bakal menantu datuk.”
“Hello.” Harith Rafeeq menegur, mereka bersalaman.
“Mana Diya?” Tanya Mirinda memerhati ke arah kabin yang memuatkan dua buah meja, serta sederet kabinet menyimpan fail. Ryean Eiman menunjuk ke arah kabin sebelah dengan ibu jarinya.
Mirinda mengangguk.
“You dari mana?” Tanya Ryean Eiman acuh tak acuh, pura-pura meneruskan kerjanya. Padahal hatinya rasa serba tidak kena melihat Mirinda bersama Harith Rafeeq. Mengapa dia rasa tergugat? Apakah perhubungan mereka? Sejauh manakah pula kemesraan dan keintiman mereka? Ohhh… Dia gelisah, tangannya berpeluh.
“I dari KL nak ke Kuantan.” Mirinda berbohong. “Tapi sengaja singgah, nak tengok perkembangan projek.”
Ryean Eiman mengangguk.
“Lupa nak beritahu you. Rafeeq akan bekerja dengan kita tak lama lagi. Dia juga seorang arkitek. Bukan begitu Feeq?”
Harith Rafeeq mengiyakan. Katanya dia baru habis belajar di salah sebuah universiti luar negara. “Tapi tak sehebat encik Ryean. You yang lukis pelan rumah di sini kan? Hebat! Cantik reka bentuknya. Tadi kami dah pusing sekeliling, tengok rumah-rumah yang ada.”
“Hebat? Tidaklah. I biasa saja. I pun masih baru dalam bidang ni. Masih merangkak kata orang.” Ryean Eiman merendah diri.
“I dengar rumah ibu you juga cantik. Reka bentuk lama tetapi punya keistimewaan. Ada ciri-ciri moden dan klasik.”
Ryean Eiman memandang Mirinda. Wanita itu ketawa lembut, berkata; “I bawa dia round kat kampung you tadi. I tunjuk dia, rumah ibu you. Katanya rumah ibu you paling cantik dan besar. Kebanyakan rumah orang di sini kecil, langsung tiada nilai-nilai artistik. Dalam erti kata lain, tidak pernah guna khidmat arkitek.” Mirinda ketawa lagi, meremehkan penghidupan dan kesusahan hidup orang lain.
Ryean Eiman tidak berkata apa-apa. Dia membuang pen ke atas meja, menyapu muka dan matanya yang letih. Saat itu pintu kabin terbuka dan Lydia melangkah masuk. Dia terkejut melihat Mirinda bersama seorang lelaki.
“Mama?”
“Hai…” Seru Mirinda. “Baguslah kau masuk ke sini, Diya! Mama ingat nak pergi jumpa kau tadi. Kita semua keluar pergi makan. Dah pukul satu lebih ni…”
“Hmm… boleh juga.” Jawab Ryean Eiman. Dia tidak mahu melepaskan peluang itu, ingin melihat dan menilai sejauh mana sebenarnya hubungan antara Harith Rafeeq dan Mirinda.
Mirinda dan Harith Rafeeq bergerak dahulu. Ryean Eiman memerhati mereka berjalan beriringan menuju ke kereta. Dia nampak Harith Rafeeq membukakan pintu kereta untuk Mirinda. Bibirnya tercebik. Gentleman konon! Kutuknya di dalam hati. Ryean Eiman memandu perlahan, mengekori kereta yang dipandu Harith Rafeeq menuju ke bandar.
“Siapa lelaki bersama mama tu?” Tanya Lydia curiga.
Ryean Eiman mengangkat bahu. “Tak tahu.” Dia malas hendak menerangkan pada Lydia siapa Harith Rafeeq. Lelaki itu juga seorang arkitek, bakal diambil bekerja di syarikat Datuk Rustam. Mentang-mentanglah Mirinda pengurus HR, ambil sesiapa saja yang dia suka! Kutuk Ryean Eiman di dalam hati.
“Kacak ya…” Pujian itu tiba-tiba meluncur dari bibir Lydia.
“I sebenarnya pelik. I tak faham apa sebenarnya takrif kacak bagi seorang lelaki di pandangan mata seorang perempuan. Bagi I dia tu biasa je… Lebih kelihatan seperti seorang model daripada seorang arkitek.”
Lydia ketawa. “You cemburu! Baru I puji dia kacak, you dah cemburu…” Lydia terus mentertawakan Ryean Eiman. Lelaki itu diam dan menggigit bibir. Sebenarnya dia risau memikirkan Mirinda dan Harith Rafeeq. Dia tahu siapa sebenarnya Mirinda. Dia telah lebih dahulu menempuhi pengalaman bersama wanita yang sungguh menawan dan jelita itu.
Tengahari itu Ryean Eiman tidak begitu berselera hendak menjamah makanan. Perutnya terasa sebu, hanya dipenuhi air berbanding beef stik yang hanya luak separuh sahaja. Dia mencampak napkin ke atas meja lantas bangun.
“Toilet.” Katanya sepatah ke arah Lydia.
Lydia tercengang melihat perubahan mood Ryean Eiman. Mirinda dan Harith Rafeeq saling berpandangan dan tersenyum antara satu sama lain.

No comments:
Post a Comment