Bab 25
DI LUAR hujan renyai. Langit kelam walaupun waktu masih awal, lebih kurang pukul empat petang. Petang itu agak membosankan, tidak ramai yang datang mengunjungi hotel itu. Jika ada jamuan, atau pun seminar barulah agak sibuk dan seronok. Duduk di kaunter pada hari-hari lembab seperti petang itu, amat menguji kesabaran. Mata rasa amat mengantuk. Dia memerhati dari kaunter penyambut tetamu, beberapa orang lelaki tergesa-gesa masuk. Dua orang lelaki separuh umur berlalu menuju ke coffee house yang terletak di sebelah kiri lobi. Seorang lagi berjalan laju menghala ke lif. Sementara yang terakhir kelihatan berjalan ke arah kaunter.
Dia terpegun, tidak pernah melihat seorang lelaki yang sungguh hebat. Dia benar-benar seorang lelaki; kacak, bijak, liar, semulajadi. Benar. Pemikirannya sukar diramal, dirinya tidak mudah ditawan dan cintanya penuh dengan keghairahan. Dan senyumannya membangkitkan asmara…
Lelaki itu mengenakan sepasang lounge-suit hitam, membimbit sebuah briefcase serta sebuah beg pakaian kecil. Dia mengenakan kaca mata hitam, rambutnya panjang tetapi disikat rapi ke belakang, kelihatan masih berkilat seakan-akan basah. Di dahinya langsung tiada keringat. Bersih dan berseri. Tika dia membuka cermin mata hitamnya, sepasang mata hitam yang menawan lagi jernih memanah tajam ke wajah Mimi. Senyumannya berbunga, mesra dan hangat.
Mimi menatap lelaki itu penuh asyik, hilang dalam khayalan yang panjang. Siapakah dia? Apakah dia seorang bintang filem atau seorang model? Tidak. Dia bukan seorang lelaki biasa. Dia memang lain daripada lelaki lain…
“Helloo… Good evening!” Seru lelaki itu.
“Ya.” Jawabnya sepatah, selebihnya dia kelu. Ahhh… Minta-minta dia akan menginap di hotel itu dan mereka akan selalu dipertemukan.
“I nak sewa bilik untuk tiga malam.”
“Errr… bilik? Ya… bilik nombor berapa?” Katanya tergagap-gagap. Ya Tuhan! Apa dah jadi dengan aku ni? Keluhnya sendiri sambil menepuk dahi.
“Oooo bilik? Ya, masih ada bilik kosong.” Dia seperti baru tersedar dari mimpi. Lelaki di hadapannya tersenyum mesra dan berkata dalam nada bergurau; “Dik, you khayalkan apa tadi?”
“Errr… Khayalkan you… Eh, you pulak. Maafkan saya… Maafkan saya!” Mimi tersalah pegang, hendak ambil buku terambil kertas pesanan di dalam kotak kecil di hadapannya. Setelah menyedari kesilapannya dia buru-buru mengambil buku daftar, membuka buku lantas menghulurkannya ke arah lelaki itu. Lelaki itu tersenyum menggelengkan kepala beberapa kali.
Dia menulis namanya lantas menyerahkan kembali kepada Mimi. Dia menunggu Mimi menyerahkan kunci bilik. Mimi berharap lelaki itu akan berada di hadapannya lebih lama, tetapi sebaik sahaja kunci itu bertukar tangan dia terus membalikkan badannya menghala ke lif.
Tiada lagi senyuman yang hangat dan memberangsang. Mimi menghenyakkan punggungnya ke kerusi. Matanya memandang ke arah buku daftar yang tertulis nama lelaki itu. Harith Rafeeq.
HARITH RAFEEQ meletakkan briefcase di atas meja dan beg pakaiannya pula diletakkan dihujung katil. Dia terus membenamkan tubuhnya ke atas tilam, berbaring telentang beberapa ketika. Matanya memandang siling.
“Ibu… Afeeq datang lagi.” Serunya perlahan, seolah-olah wanita itu ada di hadapannya. “Afeeq janji kali ini Afeeq akan datang menemui ibu, bercakap dengan ibu dan ayah.” Harith Rafeeq tersenyum sendiri, bangkit lantas bergerak ke meja. Dia membuka briefcase yang baru ditinggalkan di situ. Dari dalam briefcase itu diambilnya beberapa keping gambar lantas dibawanya ke atas katil.
Dia duduk, menyusun foto-foto yang telah diambil secara curi selama beberapa minggu dia berada di daerah itu dahulu. Dia senyum sambil memerhati gambar Basyira, Nordin, Ryean Eiman, Lydia dan Datuk Rustam.
“Ibu, Afeeq balik ke KL sekejap, kerana kakak iparku yang tersayang Diya balik ke KL. Hari ni dia dah balik semula ke sini, untuk bertemu dengan abangku Ryean Eiman. Dengar ni… Ibu! Afeeq akan hancurkan kebahagiaan ibu sebagai ganti kebahagiaanku yang telah kau hancurkan…”
Harith Rafeeq senyum lagi seorang diri kemudian mulai tertawa. Dia mengambil pen lantas memangkah gambar Nordin. “Ayah! Malam ni kita jumpa! Aku tahu ayah dah lama menginap di hotel ni. Kebetulan sekali ayah… Kita tinggal bersebelahan bilik. Ayah gembira tak?”
Harith Rafeeq menyimpan semula gambar-gambar tersebut di dalam beg. Hatinya rusuh. Di luar hujan turun semakin lebat. Dia tidak suka hujan, kerana malam yang lembab dan basah, menyukarkan pergerakan. Dia berharap hujan akan segera teduh sebelum menjelang senja.
“JANJI nak balik cepat tapi tiga hari baru nampak muka…” Kata Ryean Eiman pura-pura marah. Namun sebenarnya dia merasa cukup lega. Kepulangan Lydia juga dinanti Basyira. Bila Lydia tiada, rumah itu terasa hilang serinya.
“Don’t tell me. Dah pandai merindu tapi tak mahu mengaku.”
“Yes. Siapa kata tak mengaku. I miss you Diya. Very much.” Lantas tanpa malu Ryean Eiman memeluk Lydia kemas, melupakan kehadiran Basyira yang memerhati dari arah pintu.
“Ehemmmm…” Basyira berdehem. “Belum dapat lesen lagi jangan lebih-lebih sangat. Nanti datang pula orang kampung bawa tok imam dan tok kadhi!”
Ryean Eiman ketawa. “Saya setuju ibu.” Jawabnya masih terus memeluk gadis itu. Lydia melepaskan diri daripada pelukan Ryean Eiman. Dia malu pada Basyira. Basyira cepat-cepat mencubit lengan anaknya. Biarpun dia menunjukkan wajah marah tetapi dalam hatinya dia amat senang dan gembira. Jika boleh, dia mahu mereka bernikah segera.
Tetapi apakah yang menghalang Ryean Eiman dari menghantar lamaran? Bukankah mereka saling menyintai? Sudah sepatutnya perkara yang baik itu dipercepatkan.
“Diya, macamana… You setuju tak?”
“You kena tanya papa!”
“Laaa… Yang nak kahwin you kan? Kenapa mesti tanya papa you pula…”
“Macam ni lah… Biar ibu yang tanya papa Diya.” Kata Basyira.
Ryean Eiman memandang ibunya, tersenyum dan mengenyitkan mata. “Cepat-cepat ya ibu!” Ryean Eiman bersuara tanpa rasa malu. Dia sebenarnya begitu teruja sekali hendak segera mengahwini Lydia. Perasaan itu datang secara mendadak.
“Yalah.” Jawab Basyira. “Jom masuk. Ibu dah sediakan minum di dapur. Ada kuih kegemaran kamu, Diya.”
“Inilah Diya suka kalau balik ke sini. Ada-ada saja kuih kegemaran Diya yang ibu buat. Hmmm… Itu yang buat Diya makin sayang pada ibu.” Kata Lydia bergerak mengikut Basyira sambil memeluk bahu wanita itu. Basyira membiarkan sahaja Lydia memaut bahunya mereka sama-sama beriringan ke dapur.
“Ini yang I jealouse ni!” Kata Ryean Eiman mengekori mereka berdua ke dapur. “Sayangkan ibu je… I ni tak sayang ke?”
“Itulah masalahnya. Dua-dua pun I sayang.” Jawab Lydia.
Kata-kata Lydia itu, membuat ingatan Ryean Eiman melayang teringatkan Mirinda. Dia mengeluh. Sudah berapa lama mereka tidak bertemu? Dia cuba menghitung. Sebelum Lydia pulang dia telah pergi ke Kuala Lumpur menemui Mirinda. Masih baru rupanya… bisik hatinya. Tetapi mengapa dia terasa pertemuan itu sudah lama?
Dia mendapati dalam dirinya timbul satu kekuatan, keinginan yang membakar jiwa. Satu kebenaran bahawa dia mengharapkan Mirinda ada di situ bersamanya. Gila. Dia menggelengkan kepala, tidak berdaya melawan gelora perasaan.
SEMASA dia berjalan keluar daripada biliknya kira-kira pukul tujuh malam, Nordin baru kembali. Mereka bertembung di lorong menghala ke lif. Nordin memandang lelaki itu yang melempar senyum ke arahnya. Nordin mengangguk, senyum penuh keterpaksaan.
Ayah! Kita bertemu lagi… Seru Harith Rafeeq di dalam hatinya. Dia berjalan lambat menuju ke lif, sambil kepalanya tertoleh ke belakang memerhati jejak Nordin yang sudah pun berada di hadapan pintu kamarnya. Nordin langsung tidak perasan atau peduli sama sekali pada lelaki asing yang berselisihan dengannya tadi.
Harith Rafeeq berdiri di hadapan lif, memerhati ke arah nombor yang menunjukkan di mana lif itu sedang bergerak. Lif berada di tingkat paling atas. Dia terpaksa menunggu, namun dia tidak suka menunggu lama. Dia berpaling kembali semula ke dalam biliknya. Dia memerhati jam.
Baru lima minit ayah balik. Sekarang pasti ayah sedang mandi… Bisiknya sendiri. Setengah jam lagi pasti ayah akan keluar. Ke mana malam ni ayah? Aku tahu, ayah balik untuk mandi dan membersihkan diri. Apakah ayah akan bertemu dengan ibu lagi malam ini seperti kelmarin? Atau ayah akan keluar bersama gadis manis yang akan habis bertugas pada jam sebelas nanti?
Tiba-tiba dia teringat gadis manis itu. Mimi Ainina. Dia telah menghafal nama itu walaupun hanya sekilas memandang ke arah tag nama yang tersemat di dada. Dia tersenyum. Gadis itu merenungnya seperti tidak pernah melihat lelaki. Jelas gadis itu seorang yang lincah dan bebas. Tiada cabaran lagi pada gadis-gadis serupa itu. Ada beribu-ribu gadis sepertinya di bumi ini!
Harith Rafeeq sekali lagi memerhati jam. Kini ayah pasti sedang bersiap-siap… bisiknya sendiri. Dia bingkas terus bergerak ke pintu. Berjalan laju ke lif. Dia mesti berada di basement dan melihat apakah firasatnya benar.
Ketika menyerahkan kunci dia melihat Mimi masih bertugas.
“Hai…” Tegurnya mesra. “Dah makan?”
Mimi menggeleng. “Belum. Kenapa? Nak belanja?” Kali ini Mimi tidak lagi tergagap seperti tadi. Nampak dia sudah semakin bijak menguasai keadaan.
“Boleh. Kalau sudi…”
“Sorry. Saya masih bertugas.”
“Sampai pukul berapa bertugas malam ni?” Dia sengaja bertanya. Senyum terus menguntum mesra, hangat dan memberangsangkan. Dia tahu kelemahan gadis itu, tertawan pada pandangan pertama. Dan dia sudah ‘terbiasa’ melayan orang yang baru dikenali bagaikan sudah lama berkawan dan bermesra.
“OK. Pukul sebelas… I tunggu!” Dia mengenyit mata, meninggalkan Mimi dan terus berjalan laju menuju ke lif untuk turun ke bahagian basement.
Harith Rafeeq masuk ke keretanya, menunggu ‘ayah’nya datang! Dua jam dia menunggu. Dari jam lapan hingga sepuluh malam Nordin tidak turun ke basement.
Kenapa ayah tak keluar malam ni? Rungut Harith Rafeeq. Rasa hatinya agak marah. Segala yang dirancang tidak menjadi. Dia memerhati sekeliling. Keadaan amat baik, tenang dan sunyi. Tidak banyak kereta di ruang itu. Kereta Nordin ada di situ, hanya lima meter sahaja jaraknya dengan keretanya sendiri.
Ayah… jangan macam ni! Turunlah ayah… Dia memejam mata. Kerusi sebelah pemandu diturunkan, tiada sesiapa pun yang akan perasan dia berada di situ. Sudah lama dia bersedia. Sarung tangan sudah dipakai, topeng muka juga dikenakan dengan rapi. Pistol tersisip dipinggang, sementara pisau diselitkan dicelah kasut butnya. Biarpun suasana di situ agak panas, tetapi dia buat tidak tahu sahaja. Dia tidak peduli! Yang penting hatinya mendapat kepuasan apabila dendamnya berbalas.
Matanya terus memandang ke arah lif. Tiba-tiba pintu lif terbuka dan Nordin benar-benar keluar dari dalamnya. Seorang diri. Dia berjalan laju ke kereta. Harith Rafeeq bingkas, keluar dari kereta dan terus meluru ke arah Nordin. Tangan Nordin yang sedang membuka pintu terus dipukul dengan kayu sebesar lengan. Nordin terkejut, kuncinya jatuh ke lantai.
“Hei! Engkau nak apa?” Dia bertanya cemas.
Dengan pantas, rusuknya pula dipukul bertubi-tubi. Kemudian perutnya pula dihentak bertubi-tubi. Dia terus lemah, tubuhnya terbongkok ke hadapan, tengkuknya pula menjadi sasaran. Dia terus rebah tidak sempat melawan. Harith Rafeeq memerhati tubuh yang terdampar lemah. Darah kelihatan keluar dari hidung lelaki itu.
Apakah aku akan ‘habis’kan dia di sini? Tangannya yang memegang kayu padu itu terhenti di udara. Tidak… Kepalanya tergeleng. Dia mencangkung lantas memegang rambut lelaki itu dengan kuat. Kepala Nordin terdongak. Dia merintih perlahan.
“Aapaaa kau nak?” Dia bertanya lemah.
Pertanyaan itu tidak berjawab. Harith Rafeeq mengeluarkan pisau yang terselit di celah butnya. Mata Nordin menjadi liar, ketakutan. Dia akan mati. Dia akan mati dibunuh seperti Yani Azhan.
“Tidak…” Dia menjerit. Jeritan itu agak kuat. Harith Rafeeq menghentak sikunya ke tengkuk Nordin sekali lagi. Kemudian dengan pantas dia memotong beberapa helai rambut Nordin. Rambut itu diambil dan diletakkannya ke dalam plastik kecil yang ada di dalam poket seluar. Dia meninggalkan Nordin terkapar di situ. Dia senyum puas. Dia bergerak ke keretanya, meletakkan semula kayu itu dibawah tempat duduk kereta, kemudian berjalan laju menuju ke tangga. Dia tidak akan menggunakan lif. Dia berjalan ke bilik dengan tenang. Sepanjang perjalanan dia tidak bertembung dengan sesiapa.
Dia masuk, merebahkan tubuh ke atas tilam dan menjeling jam. Empat puluh lima minit lagi pukul sebelas malam. Hanya lima minit kerjanya selesai biarpun terpaksa menunggu dua jam. Namun segalanya berakhir dengan kepuasan. Dia mengeluarkan plastik berisi beberapa helai rambut Nordin. Dia akan ke makmal esok untuk membuat ujian DNA. Dia harus memastikan bahawa lelaki itu benar-benar bapa kandungnya, barulah dia akan melakukan tindakan selanjutnya…
Tiba-tiba dia terasa lapar. Hmmm… lambatnya pukul sebelas. Dia ada janji dengan Mimi Ainina. Di manakah dia akan membawa Mimi makan nanti? Tanya hatinya. Dia masuk ke bilik air untuk mandi kerana badannya terasa melekit. Dua jam duduk di basement yang panas dan pengap. Namun itu semua berbaloi.
TEPAT pukul sebelas dia turun. Di bahagian hadapan hotel nampak sibuk. Ada van ambulans dan kereta polis. Kelihatan ramai orang keluar dan berdiri di hadapan hotel. Van ambulans telah pun bergerak pergi, bersama jeritan siren yang membingitkan telinga.
“Kenapa? Apa yang terjadi?” Harith Rafeeq pura-pura bertanya, dahinya berkerut. Mimi menahan nafas, kelihatan dia masih terkejut. Namun dia cuba juga menjawab pertanyaan lelaki itu.
“Ada orang kena serang.”
“Kena serang? Kat mana?” Dia bertanya, cemas. Hatinya menggelegak. Cepatnya Nordin ditemui. Harapan masih ada untuk terus hidup. Nyata umur orang tua itu panjang… bisiknya di dalam hati.
“Kat basement. Eeee… Takutnya.”
“Itulah jangan amalkan jalan sorang-sorang.” Dia menasihati. “Tak apa, malam ni you tak usah takut. I akan temankan you makan lepas tu hantar you balik, OK?”
Mimi mengangguk. Senang hatinya tidak terkira. Namun dia masih teringat-ingatkan Nordin yang cedera parah. Beberapa malam lalu dia keluar dengan Nordin. Nasib baik tiada apa-apa berlaku. Kalaulah Nordin diserang dan dia ada bersama lelaki itu, pastilah dia juga akan kena!
Mimi berjalan mengekori Harith Rafeeq menuju ke lif. Mereka turun ke basement. Tiba di basement, Mimi tidak lagi mengekori sebaliknya berjalan beriringan. Harith Rafeeq ketawa. Dia tahu, Mimi ketakutan. Dipegangnya tangan Mimi. Gadis itu langsung tidak membantah.
“Jangan takutlah! I ada…” Katanya meneruskan tawa.
Mereka makan, berbual, bergurau seperti dua orang kekasih yang sudah lama bercinta. Jam satu, Harith Rafeeq menghantar Mimi pulang. Kemudian dia meneruskan ‘tugas’nya malam itu. Tugas yang tidak kurang mencabar dan hanya dia sahaja yang tahu keseronokan melakukannya.
“DIYA! Diya!!!” Seru Basyira perlahan sekali. Tubuh gadis itu digoncangnya lembut. Lelap sekali Lydia tidur, sudah beberapa kali dipanggil dia masih belum terjaga. Lydia mengeluh perlahan, menggerakkan tangannya yang berada di bawah selimut sebelum membuka mata.
Suasana di dalam bilik itu kelam tetapi dia dapat melihat bayang-bayang Basyira dan terhidu bau bedak yang selalu melekat di tubuh wanita itu.
“Ibu… Ada apa ibu?” Tanya Lydia masih dikuasai rasa mengantuk.
“Ada orang…” Kata Basyira tertahan-tahan. “Ada orang intip rumah kita. Ibu takut dia berniat hendak masuk ke rumah.”
“Haa?” Lydia terperanjat terus terjaga sepenuhnya. Dia duduk di atas katil.
“Dah kejutkan Ryean?”
“Ibu tak berani turun…”
“Call handphone dia.”
“Ibu dah call. Dia tutup.”
“Pukul berapa ni? Dia dah tidur agaknya.”
“Pukul satu setengah pagi. Tadi ibu mengadap komputer. Tapi macam terdengar bunyi orang di bawah. Bunyi macam orang nak buka pintu.” Kata Basyira perlahan.
“Betul ke ibu. Mungkin kucing…”
Basyira termenung. Apakah dia dikuasai rasa takut. Apa yang sedang ditulisnya di dalam novel terbaru itu seperti benar-benar terjadi pula. Bukankah dia sedang menangani sebuah cerita pembunuhan. Dan pembunuh itu sedang memburu watak utamanya! Pembunuh yang langsung tidak bernama. Aduh! Kepala Basyira rasa pening seperti hendak pitam.
Lydia memegang tangannya, berkata dengan lembut; “Ibu jangan takut. Mari kita turun, kejutkan Ryean.”
Setelah bersama Lydia turun ke tingkat bawah, ketakutan Basyira semakin hilang. Mungkin benar apa yang dikatakan oleh Lydia. Apa yang didengarinya itu hanya khayalan. Mungkin benar kucing yang menggaru-garu pintu, untuk mengasah kuku.
“Lydia… Tak payahlah, kejutkan Ryean.” Kata Basyira. “Nanti marah pula mengacau dia tidur.”
Lydia mengangguk. Rasa mengantuknya sudah benar-benar hilang. Dia memandang Basyira, bertanya; “Setakat mana dah novel ibu? Dah beberapa hari Diya tak baca. Hmmm… Dah hilang rasa mengantuk bolehlah Diya baca malam ni.”
Basyira mengangguk. “Biar ibu jerang air, buat kopi.”
“Bagus juga.” Balas Lydia. “Puding laici petang tadi pun masih ada di dalam peti sejuk. Biar Diya ambil.” Katanya sambil bergerak ke arah peti sejuk.
Semasa mereka sedang minum, sekali lagi terdengar bunyi di pintu. Mereka berdua berpandangan serentak. Spontan pula menegakkan badan dan memandang ke arah pintu dapur.
“Shhh…” Kata Lydia. Mereka menanti. Bunyi itu tergema lagi kemudian diikuti dengan bunyi kucing mengiau. Lydia tersenyum. “Memang kucing ibu! Agaknya Comot nak masuk tu, sejuk kat luar…” Kata Lydia sambil berjalan ke pintu untuk membuka dan membiarkan kucing peliharaan Basyira yang bernama Comot masuk ke dalam rumah.
Namun sebaik pintu terbuka, Lydia terjerit kerana dia benar-benar terlihat kelibat orang. Lelaki itu juga terkejut kerana pintu terbuka secara tiba-tiba dan cahaya lampu yang cerah menyuluh dirinya membuat dia tidak dapat lari ke mana-mana lagi.
“Pakcik Basha?” Kata Lydia dengan kuat.
Basha berdiri tegak, tidak bersuara apa-apa. Dia rasa bersalah sekali.
“Abang Basha?” Basyira juga terkejut. “Apa abang buat kat sini?”
Basha meneguk air liur beberapa kali, lantas berjalan lebih dekat ke muka pintu dapur Basyira yang terbuka luas.
“Syira… abang sebenarnya…” Basha tidak dapat menerangkan apakah tujuannya sering berada di kawasan rumah Basyira setiap malam. Dia bimbang Basyira meragui niatnya. Dia takut Basyira hilang kepercayaan pada dirinya.
“Abang sebenarnya sedang menyiasat…”
“Menyiasat? Apa yang abang siasat? Apa yang abang intip? Kes apa pula yang sedang abang tangani sekarang?” Pertanyaan Basyira bernada sinis. Dia kelihatan marah. Dia tidak sangka Basha sanggup melakukan perbuatan tidak bermaruah. Berapa lamakah sudah Basha mengintip setiap pergerakannya? Berapa lamakah sudah Basha mendengar setiap tutur kata dan perbualan antara mereka bertiga di rumah itu?
“Syira, tolong jangan salah faham. Abang rasa, Syira dalam bahaya! Ada orang…”
“Dahlah bang… Baliklah. Syira tak mahu dengar pembohongan ini!” Basyira tersinggung dan marah. Lelaki yang disangkanya baik rupa-rupanya adalah musang berbulu ayam.
“Anggaplah apa saja Syira. Abang pembohong ataupun bukan, abang tidak kisah. Abang tak peduli. Tapi niat abang baik… Untuk pastikan keselamatan Syira, kerana abang sangat sayangkan Syira. Sejak dulu sehingga sekarang, perasaan abang tidak berubah. Syira bayangkan, abang tunggu Syira selama 27 tahun.”
Basyira diam membatu, mengunyah kebenaran kata-kata Basha. Dia langsung tidak tahu akan keunggulan cinta yang dikatakan oleh Basha itu.
“Abang percaya suatu hari nanti pasti Syira balik juga ke kampung ni. Syira tahu, kenapa abang tidak pernah mahu bertukar ke daerah lain? Kenapa abang tidak mahu meninggalkan Kampung Bukit Penak? Kerana abang percaya Syira akan balik suatu hari nanti. Dan abang tidak mahu masa Syira balik, abang tak ada di sini…”
Lydia hanya diam mendengar luahan hati Basha. Basyira juga diam seperti memberi peluang kepada lelaki itu untuk membela diri.
“Abang tahu, siapa abang Syira. Tidak setaraf dengan Syira. Syira tahu tak, abang ni bukannya anak kandung Mak Limah. Abang anak pungut. Abang tak tahu asal usul abang. Abang baru tahu hal ini daripada ayah Lydia, iaitu Datuk Rustam. Dia tu sepupu abang… Sekurang-kurangnya selama ini abang sangka dia sepupu abang, tapi sebenarnya kami tidak ada pertalian darah pun…” Muka Basha benar-benar dibendung kesedihan.
Basyira menyembunyikan rasa terkejut. Dia cuba meraba dan meneka perasaan Basha. Dia cuba sedaya upaya memahami kesedihan hati Basha. Tiba-tiba dia teringat pada seseorang. Harith Rafeeq. Anak itu sudah dewasa… Itu satu kepastian yang tidak dapat disangkal.
“Ibu! Berilah peluang pada Pakcik Basha.” Kata Lydia separuh memujuk. “Maafkanlah dia…”
Basyira diam. Amat sukar untuknya mempercayai Basha lagi.

No comments:
Post a Comment