Thursday, June 26, 2008

Antara Dua Hati - Bab 40#

Bab 40

ENAM bulan kemudian.
Kelihatan seorang lelaki dan wanita sedang duduk di bawah pergola, menikmati teh dan goreng pisang. Keceriaan bertamu di wajah masing-masing. Mereka kelihatan rancak berbual disulami tawa dan usik mengusik Di hujung jari wanita itu masih terlihat inai yang memerah. Lelaki itu memegang tangan isterinya, mengucupnya perlahan dan berbisik; “Tak sangka akhirnya kita kahwin juga…”
Isterinya mengangguk. “Kali ini perkahwinan saya yang terakhir… Untuk selama-lamanya.”
Tidak lama kemudian kelihatan seorang lelaki keluar dari rumah besar itu, sambil diperhati oleh lelaki dan wanita yang ada di bawah pergola.
“Dia hendak ke mana pula?” Tanya wanita itu kepada suaminya.
“Barangkali ke taman Bukit Indah… Dia berjalan kaki sahaja tu! Dia memang suka bersiar-siar di situ setiap petang, agaknya dia puas melihat hasil kerjanya.”
“Bukan sebab itu… sebenarnya dia belum dapat melupakan Lydia.” Jawab isterinya kemudian menyambung lagi; “Saya harap dia tak apa-apa…”
“Bagaimana agaknya keadaan Nordin?” Tanya suaminya pula.
“Dah pulih. Tidak lagi bertongkat. Dia dah pindah ke Kuala Lumpur. Tak mahu duduk di JB lagi.” Jawab Basyira.
Basha mengangguk. Tersenyum lagi ke arah Basyira yang dilihatnya semakin ceria. Malah wajah isterinya kelihatan sedikit tembam. “Syira nampak sihat…” Kata Basha.
“Memang sihat.” Balas Syira sambil tertawa.
“Maksud abang Syira makin gemuk. Pipi dah tembam!”
“Ooh!” Basyira meraba-raba pipinya. “Bang… ada sesuatu yang buat saya sedikit khuatir.”
“Apadia?”
“Dah beberapa bulan saya… saya tidak didatangi haid.”
“Ha? Apakah… Apakah Syira mengandung?”
“Tak mungkin. Saya kan dah 45 tahun? Barangkali nak menopause…” Wajah Basyira menjadi sedikit muram.
“Tak mengapa Syira. Setiap wanita mengalaminya apabila tiba masanya. Abang tak kisah. Abang bersyukur memiliki Syira sebagai isteri. Abang harap abang boleh hidup tiga puluh tahun atau empat puluh tahun lagi sekiranya diizinkan Allah SWT.”
Basyira mengangguk. Dia mencapai sekeping goreng pisang lantas menyuapkannya ke mulut suaminya. Basha tertawa. Kemudian dia pula makan goreng pisang tersebut, tetapi tiba-tiba perutnya rasa memual. Ehhh… Kenapa ni? Bisik hatinya tidak keruan. Dia meletakkan goreng pisang kembali di piring dan berlari-lari masuk ke rumah lantas menuju ke bilik air.
Dia muntah. Apakah dia mengandung pada usia 45 tahun? Sudah terlalu tua untuk punya anak lagi. Tetapi anugerah Allah itu akan diterimanya dengan senang hati. Dia lantas mengajak Basha ke klinik untuk mengesahkan perkara itu. Benar! Dia hamil. Basha amat gembira. Berita itu diterima penuh dengan kesyukuran.

RYEAN EIMAN berjalan-jalan sendirian, mengitari kawasan perumahan yang telah siap terbina. Dua ratus lima puluh buah unit rumah yang dibina, sudah habis terjual. Dia memerhati bersama hati yang puas. Rumah yang cantik dan indah, hasil lakaran kreativitinya. Dia terus berjalan lagi bersendirian. Melintasi rumah demi rumah. Ada rumah-rumah yang sudah berpenghuni, ada juga yang masih kosong.
Kawasan itu kini semakin meriah. Ada pelbagai kemudahan di situ. Ada taman bunga yang cantik, padang dan juga taman permainan kanak-kanak terletak di bahagian tengah kawasan itu, dikelilingi oleh blok-blok rumah. Jika berjalan kaki memang tidak akan terlarat, mengitari kawasan yang luas itu.
Dia ada terdengar, kerajaan akan membina sekolah rendah dan sekolah menengah berdekatan kawasan perumahan itu. Kawasan itu akan menjadi sebuah taman perumahan yang strategi, lengkap dengan segala kemudahan.
Semuanya sempurna… Yang tidak sempurna adalah hidupku! Bisik Ryean Eiman sendiri.
Setelah projek selesai, dia mengambil keputusan berhenti kerja. Dia telah membuka syarikat sendiri dua bulan lepas. Wang komisyen yang diberi Datuk Rustam hasil projek taman perumahan itu, dijadikannya modal untuk memulakan syarikat. Datuk Rustam tidak melarangnya dari berhenti, malah mengalu-alukan keputusannya itu. Terkadang Ryean Eiman merasakan bahawa lelaki itu sudah tahu hubungan sulitnya dengan Mirinda, walaupun perhubungan itu telah ditamatkannya.
Tak mengapalah! Sekurang-kurangnya hatinya senang. Dia berada begitu dekat dengan keluarganya. Kini dia menetap bersama ibu dan bapa tirinya, Basha. Bapa kandungnya juga setiap minggu akan datang menemuinya.
Lydia terus menyepi diri. Biarpun mereka bersua muka beberapa kali, tetapi gadis itu berlagak tidak mengenalinya langsung. Apabila dia menegur atau memanggil namanya, Lydia langsung tidak memberikan sebarang reaksi. Dia benar-benar marah. Aku yang bersalah kerana mempermainkan perasaannya! Keluh Ryean Eiman sambil berjalan ke arah taman, lantas melabuhkan punggungnya di salah satu bangku yang ada di situ.
Aku seorang lelaki yang tidak setia… Inilah balasannya! Ditinggalkan oleh wanita yang benar-benar aku cintai. Dia bersandar malas, matanya merenung langit. Langit gelap seperti hendak hujan. Tadi cuaca amat cerah kini bertukar mendung. Ingatannya mengembara ke peristiwa dua bulan lalu, kata-kata Datuk Rustam kembali terimbas; “Ada sebuah rumah saya nak hadiahkan kepada kamu, Ryean…”
“Rumah?” Tanya Ryean Eiman, tidak percaya apa yang didengarinya.
“Ya. Salah sebuah rumah baru di taman Bukit Indah. Saya ingin hadiahkannya kepada kamu. Ini kuncinya. Ambillah. Memang saya berniat hendak buat begitu…”
Ryean Eiman tidak percaya, matanya memandang sahaja ke arah kunci yang diletakkannya di situ. “Rumah itu adalah hadiah perkahwinan dari saya…”
Perkahwinan… Bisik Ryean Eiman perlahan. Sehingga kini dia tidak berkahwin dengan Lydia. Apalah ertinya hadiah itu? Apa gunanya? Dia tidak pernah teringin pergi ke rumah itu untuk melihatnya. Tiada sesiapa yang akan menghias dan menyerikan rumahnya itu. Lydia sudah pergi. Menurut Datuk Rustam yang menghubunginya semalam, Lydia telah pun berangkat ke luar negara, menyambung pelajaran.
“Kamu pergilah ke rumah tu esok. Tengok dan buat apa yang patut. Kalau rasa tak mahu tinggal di situ, jual saja. Saya tak marah. Memang rumah tu hak kamu… Buatlah apa yang kamu suka. Pergi tengok rumah tu petang esok, OK?”
Rintik-rintik hujan mulai turun menimpa mukanya. Dia bingkas bangun, berlari-lari anak ke jalan raya. Dia terus berjalan pantas ke rumah yang letaknya tidak jauh dari taman itu.
Ryean Eiman meraba-raba poket seluarnya. Memang dia ada membawa kunci. Apa salahnya dia pergi berlindung di rumah itu. Rumah yang dihadiahkan kepadanya bernombor; 15 Jalan 9/20. Inilah rumahnya… Bisik hati Ryean Eiman sambil memerhati ke arah rumah yang kosong dan sepi itu. Dia terus berlari masuk dan berteduh di bawah porch. Hujan kian lebat. Dia sempat memandang ke rumah di sebelah kanannya sudah terisi, sementara rumah di sebelah kiri juga begitu… Kelihatan ada sebuah kereta di situ.
“No. 15… Jalan 9/20.” Katanya sendiri apabila terpandang nombor yang terletak di atas pintu. “Macam tarikh pertemuan antara aku dan Lydia. Kami bertemu pada 15 hb September 2000. satu kebetulan…” Dia terus memasukkan anak kunci dalam lubang pintu. Daun pintu ditolak perlahan.
Rumah itu agak gelap, kerana alam di luar kian muram dan suram ditimpa hujan. Pantas dia mencari suis lampu. Dia tahu di mana kedudukan suis tersebut. Lampu menyala terang. Dia benar-benar terkejut kerana ruang tamu sudah terisi dengan sofa kulit berwarna krim. Dinding dicat kuning dan merah samar, dihiasi kertas sempadan berbunga-bunga di bahagian tengahnya. Dia tercengang. Dia memandang ke arah meja makan sudah tersedia hidangan.
Apakah dia tersalah masuk ke rumah orang? Tapi kunci ni… Dia berlari ke dapur.
Lydia! Pasti ini semua kerja Lydia! Patutlah datuk Rustam beria-ria menyuruh dia datang pada petang ini.
“Lydia!” Serunya apabila tiba di dapur. Tetapi tiada sesiapa di situ. Dia menepuk dahi. Di manakah Lydia? Matanya memandang ke arah tangga yang menghala ke tingkat atas. Dilihatnya ada taburan kelopak bunga mawar merah. Dia tersenyum. Taburan kelopak mawar merah itu menghala ke tingkat atas. Dia mengikuti jejaknya. Dia terus masuk ke kamar tidur utama. Kamar tidur itu sudah dihias indah, bagaikan kamar pengantin.
Di sana Lydia menantinya.
“Lydia!” Serunya sambil mendekati, hendak memeluknya. Lydia terundur ke belakang dan berkata dengan pantas; “Haaa… Nanti dulu!!”
Ryean Eiman ketawa. “OK.OK… Sorry!”
“Tapi… Kenapa kau lakukan ini semua dalam diam, Lydia?”
“Hari ini perayaan apa, Ryean?”
“Perayaan apa?” Dahi Ryean Eiman berkerut. “Hari pertama kita bertemu! Ya! Hari ini 15 September 2005!”
“Ya… Genap lima tahun. Hari ni I buat keputusan untuk memaafkan you, Ryean.”
“Terima kasih. Kita mulakan sekali lagi? Kita padamkan memori yang lepas-lepas. Hari ni hari pertama kita saling mengetahui kewujudan masing-masing!”
“OK.” Lydia mengangguk.
“Nama I Ryean Eiman… And you?”
“Lydia Datuk Rustam.” Jawab Lydia sambil menghulurkan tangannya.
“Lydia Datuk Rustam. Sudikah you menjadi isteri Ryean Eiman Nordin?”
Lydia terperanjat, melihat Ryean Eiman sudah berlutut, tangannya yang terhulur masih tidak dilepaskan. “Genap lima tahun perkenalan kita, sudikah you mengahwini I. I berjanji akan setia pada you, selagi ada hayat ini. Maafkan apa jua kesalahan I, kekhilafan I. Diya. I menyintai you selamanya. You adalah wanita terakhir dalam hidup I… Dan takkan ada wanita lain selepas you Diya.”
Lydia menyambutnya dengan berkata; “I juga begitu Ryean. I amat menyintai you.”
Mereka saling merenung, namun tidak pernah ada lagi sentuhan-sentuhan yang akan mendekatkan diri mereka ke pintu neraka. Ryean Eiman mengingatkan dirinya bahawa mereka akan bernikah secepatnya. Sesungguhnya dia tidak sabar untuk memiliki Lydia buat selamanya.
Ketika mereka menikmati hidangan pada awal maghrib itu, tiba-tiba handphonenya berbunyi. Ianya adalah panggilan daripada Basyira. Basyira dan Basha baru pulang dari klinik; “Ryean! Kau percaya tak yang kau akan mendapat pengganti, insan yang hilang?”
“Bagaimana ibu tahu?” Tanya Ryean Eiman. “Memang saya sedang bersamanya sekarang…”
“Ha… Apa maksud kau, Ryean?” Tanya Basyira.
“Saya akan bernikah dengan Lydia secepatnya.”
“Al-hamdulillah. Sebenarnya ibu juga hendak memberitahu kau satu berita gembira. Kau akan mendapat adik…”
“Ibu! Tahniah ibu.”
“Dan adikmu ini akan ibu namakan Harith Rafeeq.”


SELESAI [END]
Jumaat 2 Disember 2005

Antara Dua Hati - Bab 39

Bab 39

“DIA tetap anak saya, biar bagaimana jahat sekali pun…” Kata Basyira sambil menyeka airmatanya. “Biar saya bersamanya. Biar saya tunggu sehingga dia sedar. Saya hendak beritahu dia betapa saya menyayanginya sama seperti saya menyayangi Ryean.”
Nordin mengangguk. Dia tidak akan membantah apa yang ingin dilakukan oleh Basyira. Sejak mendapat tahu Harith Rafeeq kemalangan malam semalam, Basyira terus ke hospital. Kini pagi sudah pun menjelang, lelaki itu belum jua sedar selepas menjalani pembedahan.
Basyira duduk di tepi katil terus menunggu. Dia tidak akan melepaskan peluang ini! Insan pertama yang dilihat oleh Harith Rafeeq adalah dirinya, ibu yang telah mengandungkannya selama sembilan bulan sepuluh hari. Kandungan yang amat menguji kesabaran dan kewarasannya. Saat itu dia terus mengutip sisa-sisa kenangan yang ada di dalam kotak ingatannya.
Dia mengusap lembut rambut Harith Rafeeq yang hitam berkilat. Rambut yang benar-benar menyerupai rambutnya. Malah mata, hidung, bibirnya adalah seiras dengan Basyira. Hatinya hancur lebur, apabila mengetahui akan satu kebenaran. Anaknya yang telah menjadi seorang penjenayah! Dia telah membuang anak itu dari sisinya. Jikalau dia dapat memutar semula masa yang diberikan, tentu dia dapat mengubah masa depan anaknya ini.
Tuhan… ampunilah aku. Aku sebenarnya tidak sanggup untuk terus menghadapi ujianmu yang berat ini. Kau berilah aku kekuatan ya Allah. Ampuni dosa-dosaku yang lalu. Ampunilah juga dosa anakku ini. Dia sememangnya tidak menginginkan ini semua berlaku pada dirinya. Akulah yang bersalah. Akulah yang sepatutnya menerima hukuman ini!
Basyira menangis semahu hatinya. Dia menggenggam erat tangan Harith Rafeeq, berdoa dan terus berdoa semoga anak itu akan membuka matanya.
Doanya dimakbulkan Tuhan, beberapa detik kemudian Harith Rafeeq membuka mata. Matanya menangkap wajah Basyira yang basah. Bibirnya yang kering cuba tersenyum.
“Anakku…” Seru Basyira sayu. “Maafkan ibu, nak…”
Harith Rafeeq mengangkat tangannya lantas menyentuh pipi Basyira. Dia menggelengkan kepalanya dengan lembut. “Bukan salah ibu.” Balasnya perlahan.
“Memang salah ibu nak… Memang salah ibu. Ibu tidak menginginkan engkau kerana engkau bukan anak kandung Nordin. Engkau anak ibu dan kekasih ibu…” Airmata Basyira terus lebat membuktikan kekesalan hatinya yang tidak terkira.
Harith Rafeeq menggelengkan kepalanya lagi. “Saya anak ayah. Apa yang perlu ibu lakukan hanyalah membuat ujian DNA untuk menentukan saya ni anak siapa. Mengapa ibu tidak lakukannya?” Tanya Harith Rafeeq perlahan, dia terbatuk-batuk.
Basyira cepat-cepat mengambil air dan menuangkannya ke bibir Harith Rafeeq. Basyira diam. Waktu itu dia buntu… dan dia juga bodoh! Bisik hatinya. Dia amat takut dikejar dosa! Dia fikir dengan membuang anak itu jauh dari sisinya, dosa-dosa itu tidak akan menghambatnya lagi. Dan dia tidak akan teringat pada anak yang telah diberikan kepada orang. Tetapi rupa-rupanya dia tersilap!
Harith Rafeeq menggagau tangan hendak membuka laci gobok tetapi tidak kesampaian.
“Apa yang hendak kau cari nak?” Tanya Basyira.
“Dompet saya…” Katanya lemah.
Basyira mencari dompet Harith Rafeeq yang ada di dalam laci. Dia menyerahkannya kepada anak itu. Harith Rafeeq membuka dan tercari-cari dicelah dompetnya. Kertas yang sudah berlipat kecil itu diserahkan kepada Basyira. Basyira membuka lipatan kertas itu lantas membaca apa yang tertulis. Airmatanya menitis semula.
“Ya… Saya anak ayah.” Kata Harith Rafeeq perlahan. Dan matanya terpejam.
Basyira terus menangis. Dia memandang anak yang terbaring lesu yang masih menanggung kesakitan itu. Dia tidak tahu apa lagi yang harus diucapkannya selain daripada ungkapan maaf yang tidak terhitung lagi untuk ke sekian kalinya.

SETELAH sihat, Harith Rafeeq didakwa dan dihadapkan ke mahkamah. Dia menerima segalanya dengan tabah. Malah mengakui semua jenayah yang dilakukannya. Pengakuan itu turut membabitkan Mirinda. Sehingga kini pihak polis masih gagal mencari Mirinda.
Harith Rafeeq mengakui dia mulai melakukan jenayah paling kecil ketika berusia sepuluh tahun lagi. Dia mencuri wang bapa angkatnya sebanyak RM5.00 untuk membeli rokok. Akibatnya dia telah dipukul sehingga separuh mati.
Sejak itu dia berikrar tidak akan berbuat kebaikan lagi kerana setiap kebaikan yang dilakukannya tidak pernah mendapat pujian. Dia terus dihujani dengan kata nista. Dia telah menyimpan dendam yang begitu kuat. Keazaman yang kental itulah yang menemukannya dengan pewaris-pewarisnya… Tetapi dia bukan datang itu menemui dan mendapatkan kasih sayang mereka. Dia datang dengan dendam dan marah!
Namun kasih sayang Basyira dengan cepat telah meleburkan hatinya. Dia ingin mati dengan hormat dan kasih. Sepanjang perbicaraan ke atasnya, Ryean Eiman, Basyira dan Nordin sentiasa hadir ke mahkamah untuk mengikuti perbicaraan sehinggalah dia dijatuhi hukuman mati.
Setiap hari pula sepanjang dia menjalani hukuman dan menunggu hari-hari terakhirnya dia dikunjungi oleh orang-orang yang menyayanginya setiap hari. Disebabkan setiap banduan hanya boleh menerima pelawat sekali sahaja dalam sehari maka mereka terpaksa bergilir-gilir untuk menemui dan bercakap dengan Harith Rafeeq.
Isnin yang cerah itu dia datangi gadis itu. Senyumannya selalu mengingatkan Harith Rafeeq pada hari pertama mereka bertemu.
Tetapi hari itu dia kelihatan semakin menawan, biarpun wajahnya amat suram tika menentang mata Harith Rafeeq yang murah senyuman; “Rambut you cantik…” Puji Harith Rafeeq. “Lain kali jangan berambut panjang lagi, kepala you nampak besar… Macam allien.”
“Ya, I akan selalu ingat.” Kata Mimi Ainina. “You masih ingat pada baju ni?” Mimi Ainina bertanya sambil memegang bajunya.
“Dah tentu. Baju murah yang I beli untuk you… Supaya you dapat mandi sungai bersama I. Oh! Itulah kenangan yang terindah. Kenangan yang akan I bawa hingga ke mati. You tahu I tak pernah rasa begitu gembira, bahagia. I merasakan I telah kembali ke zaman kanak-kanak yang riang.”
“Ya. I tahu hari itu you langsung tak berpura-pura. Itulah diri you yang sebenarnya…” Kata Mimi Ainina. “Kalaulah I tak membaca akhbar hari itu I takkan tahu siapa you.”
Harith Rafeeq tertunduk. “Jadi… You bencikan I sekarang, setelah tahu siapa diri I?”
Mimi Ainina diam, kepalanya menggeleng. “Tak. Langsung tak…” Balasnya lambat-lambat sambil menggigit bibir. “Pada petang itu sebenarnya, I ingin katakan sesuatu pada you… Tapi I malu. I ni seorang perempuan.” Kata Mimi Ainina sambil menyeka airmatanya. “Tapi hari ni I ingin juga beritahu you Rafeeq. I mahu you bawa dan ingat kata-kata ini hingga ke saat-saat akhir. I cintakan you. Cinta pandang pertama. Memang memalukan sungguh, kerana I terlebih dahulu terpaksa mengakuinya!”
Harith Rafeeq diam, merenung Mimi Ainina tidak berkelip. Dia tidak sangka gadis itu jatuh cinta padanya, seorang lelaki yang langsung tidak layak untuk dicintai.
“I cintakan you dengan sepenuh hati. I selalu mengharap you muncul di hadapan I. Tetapi itu semua tidak pernah terjadi. You hilang begitu saja…”
“Maaf.” Kata Harith Rafeeq sepatah.
“Tak… Tak perlu minta maaf. Tidak salah jatuh cintakan?”
Harith Rafeeq mengangguk.
“Terima kasih. Hati I sudah tenang kerana dapat meluahkan isi hati I pada you. I sentiasa doakan you, Rafeeq.” Kata Mimi Ainina sebelum meninggalkan lelaki itu.
Pada hari dia dikunjungi Ryean Eiman, tidak banyak yang mereka bualkan. Lelaki itu masih tetap dengan sikapnya yang dulu. Dingin dan serius. Dia tidak pernah menyukai diriku, walaupun tahu kini aku adalah adik kandungnya… bisik Harith Rafeeq. Memang aku insan yang tidak layak untuk dikasihi sesiapa!
Ryean Eiman hanya duduk dan merenung Harith Rafeeq dari seberang meja, di dalam bilik yang tertutup. Dia tidak tahu apa yang hendak dibualkan. Lelaki itu adiknya… Dia tahu mereka lahir dari rahim yang sama. Mereka sepatutnya berkongsi segala-galanya tetapi apa yang ada di hadapan adalah jalan pemisah buat selama-lamanya. Dia tidak sanggup untuk meluahkan perasaannya. Dia gembira punya seorang adik, tetapi bukan adik seperti Harith Rafeeq. Namun apakah pilihan yang dia ada… Adik tetap adik, walau seorang penjenayah dan seorang pembunuh.
Ryean Eiman tiba-tiba menyapu matanya yang sudah merah. Dia menggigit bibir. Pandangannya pun menjadi kabur, dipenuhi airmata. Harith Rafeeq memerhati sahaja, turut merasakan getar yang sama. Dia amat ingin memanggil Ryean Eiman ‘abang’ tetapi itu semua tidak mungkin dapat diungkapkannya.
Airmata Ryean Eiman terus mengalir, biarpun tiada patah kata yang dapat diluahkannya. Betapa sukarnya seorang lelaki untuk mengucapkan ungkapan itu terhadap seorang lelaki yang baru dikenali, namun rasa kasih sayang itu telah hadir di dalam hati sebaik sahaja mengetahui siapakah Harith Rafeeq.
Dia tidak tahu apa yang harus diucapkan. Dia benar-benar tidak tahu…
Ryean Eiman bangun. Masa lawatan sudah hampir tamat, tinggal hanya lima minit. Lima minit terakhir…
Lelaki itu menghulur tangannya. Harith Rafeeq menyambut, namun terperanjat sungguh kerana Ryean Eiman meraihnya ke dalam pelukan. Pelukan itu amat erat sekali. Dan titisan airmatanya terus gugur.
“Semoga Tuhan mengampuni kau, dik…” Bisik Ryean Eiman di telinga Harith Rafeeq, sebelum pelukan terurai dan dia pun berlalu meninggalkan bilik itu.
Basyira orang terakhir yang datang sebelum hari penghukuman ke atasnya tiba.
Hari itu Basyira tidak menangis. Dia kelihatan cukup tenang, tersenyum lantas memegang tangan anaknya. Pegangan itu begitu hangat, meresapi hingga ke dalam jiwa Harith Rafeeq. Alangkah seronoknya punya ibu… bisik Harith Rafeeq. Kalau aku boleh lahir dan hidup semula, biarlah aku menjadi anaknya lagi. Tetapi itu tidak mungkin terjadi. Dia akan mati dan diadili Tuhan. Dan tempatnya sudah tentu tiada di dalam syurga ciptaanNya. Dia telah pun menempah jalan hidupnya sendiri… Jalan yang penuh dengan kekejaman, ranjau duri dan akhirnya menjadi bakaran api neraka.
“Ibu tidak ada apa-apa untuk dititipkan Rafeeq. Hanya doa… Doa yang tidak akan putus-putus sehinggalah ibu pula mengikutmu ke sana. Pergilah dahulu anakku. Pergilah terlebih dahulu menemui Tuhan. Insya Allah ibu akan ke sana juga bila tiba masanya. Kita akan berjumpa lagi. Tetapi pertemuan itu nanti adalah pertemuan yang abadi, yang takkan terpisah lagi.”
Harith Rafeeq tidak bersuara, hanya senyuman penuh ketenangan yang bermain di bibir.
Dan di saat perpisahan antara mereka semakin hampir, Basyira memeluk dan menciuminya bertalu-talu. “Ini adalah perpisahan kali kedua antara kita…”Bisik Basyira. “Saat pertama kali dulu, ini juga yang ibu lakukan. Mencium dan memelukmu seolah-olah takkan ibu lepaskan kau kepada orang lain. Tapi kali ini ibu rela melepaskanmu kerana ianya adalah kehendak Tuhan.”
Airmata Harith Rafeeq bertitisan. Tubuhnya roboh dalam dakapan Basyira. Saat itu dia merasakan tidak mahu mati. Dia ingin terus berada di dalam pelukan ibunya.

DI TENGAH laut kelihatan sebuah yacht berwarna putih sedang belayar di perairan. Dia duduk sendirian, sambil tangannya memegang gelas. Matanya tertumpu ke arah laut yang tenang, tiada gelora langsung.
Dia membuang pandang ke arah pemandu kapal itu, seorang lelaki yang baru dikenalinya. Lelaki itu tersenyum dan mengangkat tangan. Mirinda ikut tersenyum penuh paksaan. Di matanya mulai basah oleh airmata apabila teringat seseorang… Dia pernah mengangan-angankan untuk belayar dan bersantai di kapal seperti ini di tengah lautan bersama Ryean Eiman. Namun impian itu tidak kesampaian.
Dia tidak punya hati untuk meneruskan hidup ini lagi setelah kehilangan semuanya. Datuk Rustam telah menceraikannya tanpa mendapat sesen pun daripada lelaki itu. Dia terpaksa mencari seorang lelaki kaya untuk meneruskan hidup yang dirasakan semakin pincang.
Dia terus menuang minuman ke dalam mulutnya. Pandangannya kabur oleh airmata yang semakin lebat. Dia memerhati lagi ke arah laut yang tenang, setenang ombak waktu subuh. Namun hidupnya tidak pernah tenang lagi. Dia tidak ingin hidup… Dia tidak ingin mengenang masa lalu dan masa depan yang semakin gelap.
Mirinda berdiri. Memandang langit dan laut yang luas. Kaki langit kelihatan bersatu. Sesekali kapal itu bergoyang dilanda ombak. Mirinda terus memandang jauh, kemudian tanpa sebarang amaran dia terus terjun ke dalam laut. Sekelip mata tubuhnya tenggelam, ditelan lautan yang dalam dan tidak bertepi.

Antara Dua Hati - Bab 38

Bab 38

“I LOVE YOU.” Bisik Mirinda, matanya semakin layu. Dan dia seperti tidak berdaya lagi untuk terus berada di situ. “Mari kita ke bilik…” Katanya separuh merayu. Ryean Eiman tahu wanita itu semakin mabuk. Dia sengaja membuat Mirinda mabuk, kerana tidak mahu melayani kehendaknya. Dia sudah berjanji tidak akan tergelincir lagi kali ini.
“OK. Mari I pimpin you naik ke tingkat atas.” Kata Ryean Eiman sambil memimpin Mirinda menuju ke lif. Mirinda masih bercakap merepek-repek sehinggalah mereka berada di bilik yang sudah disewanya. Sesekali Ryean Eiman melayannya, untuk mengetahui rahsia yang tersirat. Terkadang orang yang mabuk berkata benar, sebab dia tidak sedar apa yang diucapkannya.
“Mana Lydia?” Tanya Ryean Eiman sambil membaringkan tubuh Mirinda di atas katil. Mirinda memaut tengkuknya, meminta dia bersama di atas katil. Ryean Eiman menolak, perlahan-lahan tangan Mirinda dileraikannya.
“I nak mandi dulu…” Dia memberikan alasan.
“Lydia? You masih ingatkan Lydia bila bersama I?” Kata Mirinda antara mabuk dan tidak. Matanya terbuka luas, kemudian ketawa lepas. “Jangan tipu I Ryean!”
“Taklah… I tak tipu you.” Balas Ryean Eiman. “I mandi dulu OK?” Katanya bergerak menjauhi katil. Dia membuka pintu, ingin meninggalkan bilik Mirinda. Saat itu dia mendengar Mirinda berkata dalam keadaan separuh sedar; “Lydia dah mati! I suruh Rafeeq bunuh dia! Puas hati I...” Mirinda tergelak hingga bergegar seluruh badannya. Matanya terus terpejam, tertidur lelah. Ryean Eiman terkejut, airmukanya berubah. Dadanya berdebar mendengar kata-kata itu… Benarkah apa yang dikatakan oleh Mirinda? Tidak! Jeritnya di dalam hati. Dia tidak boleh percaya semua yang dikatakan oleh Mirinda. Saat itu dia terdengar suara Lydia yang baru keluar dari lif memanggil namanya. Ryean Eiman benar-benar terkejut mendengar suara gadis itu. Dia tergamam, tidak percaya. Apalagi melihat gadis itu berlari ke arahnya.
“Diya?”
Lydia meluru ke arahnya lantas tubuh lelaki itu dipeluk kemas. Namun pelukan itu segera terlerai apabila matanya memanah ke dalam bilik melalui pintu yang masih terus terbuka luas.
Dada Lydia berdebar, dia terus menerobos masuk dan terlihat Mirinda yang terbongkang tidur di atas katil.
“You… bersama Mirinda? Jadi benarlah apa yang dikatakan oleh Harith Rafeeq?”
“Errr…” Ryean Eiman gugup.
Lydia merenung muka Ryean Eiman. Dia menggigit bibir menahan marah.
“Tak… Tak! Jangan salah sangka! I cuma hantar dia ke bilik, sebab dia mabuk.” Kata Ryean Eiman. “Tolonglah percaya!”
Lydia menggeleng-gelengkan kepala.
“I tak sangka!”
Airmatanya berjuraian perlahan. Rupa-rupanya memang selama ini Ryean Eiman curang. Dia punya hubungan sulit dengan ibu tirinya! Selama ini dia hanya curiga… Tetapi kecurigaan itu kini telah menjadi nyata! Lydia berpaling sambil menyeka airmatanya. Laju dia berlari ke arah bilik papanya, sambil menahan sebak yang meruntun dada.
“Diya! Diya!!!” Ryean Eiman terus memanggil dan mengejarnya hingga ke depan pintu. Namun pintu ditutup kuat di hadapan mukanya.

HARITH RAFEEQ meracau-racau tidak menentu kemudian terjaga. Dia benar-benar terkejut kerana Lydia tiada di dalam bilik itu. Dia terlompat. Aduh! Gila… Serunya sambil memegang kepalanya sendiri. Dia telah terlalai. Mengapa dia harus mabuk? Namun nasib baik dia cepat pulih dan siuman kembali.
Harith Rafeeq berlari ke pintu depan yang terbuka luas. Lydia dah lari! Ke mana dia lari? Ke mana? Dia berpusing-pusing tidak menentu di bawah cahaya lampu di tepi jalan. Mesti dia menuju ke jalan utama. Harith Rafeeq buru-buru lari mendapatkan keretanya yang diparkir di tepi bangunan yang agak tersorok. Dia amat bijak menyembunyikan keretanya. Dia sudah pun menukar cat kereta beberapa hari yang lalu. Kini keretanya berwarna merah menyala. Dia turut menukar nombor plet kereta. Dia kembali menggunakan nombor plet asal kereta itu. Kereta itupun dibeli bukan atas namanya. Dia amat berhati-hati!
Dia memandu tidak menentu mencari. Tetapi tidak menemui apa yang dicari. Dia berpusing lagi beberapa kali di kawasan yang lain. Lantas berhenti di hadapan Reno’s Pub. Malam sudah semakin larut dan pub itu sudah pun tutup kerana tidak ramai pelanggan. Saat itu dia terpandang beberapa buah kereta peronda polis menghala ke jalan menuju ke rumah yang disewanya. Dia terkejut. Bunyi siren kereta peronda itu membingit memecah suasana sepi kawasan itu.
Celaka! Bisiknya. Rupa-rupanya Lydia sudah pun melaporkan segalanya ke balai polis. Dia tidak selamat lagi di situ. Harith Rafeeq memecut laju menghala ke jalan highway. Dia mesti meninggalkan daerah itu secepat mungkin. Dia tidak boleh berada di situ. Dia mesti lari sebelum segalanya terlambat. Nampaknya identiti dirinya sudah terdedah. Dia tidak mahu tertangkap! Namun malang nasibnya… kira-kira 2 kilometer dari taman industri terdapat sekatan jalanraya yang dijalankan oleh polis daerah itu.
Harith Rafeeq tidak dapat mengelakkan diri. Dia terpaksa memberhentikan keretanya. Dadanya berdebar tetapi dia pura-pura tenang. Apabila kad pengenalan dan lesennya diminta dia terpaksa menghulurkannya. Anggota polis itu menyuluh kad pengenalan dan kad lesennya. Dia menganggukkan kepalanya beberapa kali.
“Encik… Tolong ke tepi.” Katanya menunjuk ke arah tepi jalan.
Harith Rafeeq menekan minyak, melepaskan cluth dan menukar gear. Dia terus memecut selaju yang mungkin. Tindakannya itu mengejutkan polis yang sedang bertugas. Dia segera menghubungi rakan setugas meminta kereta Harith Rafeeq segera dikejar.
“Suspek melarikan diri dengan sebuah BMW merah, plet nombor…”
Siren kereta peronda itu terus berbunyi kuat. Beberapa buah kereta peronda di belakang terus mengejar. Harith Rafeeq sedar keretanya dikejar. Dia terus memecut tidak peduli lagi pada keselamatan diri. Perkara terpenting adalah melarikan diri daripada kereta peronda yang mengejarnya. Namun tiba di satu selekoh dia gagal mengawal kenderaannya. Keretanya terbabas, terbalik beberapa kali sebelum melanggar pokok di tepi jalan. Dia tidak tahu apa yang berlaku seterusnya.

Antara Dua Hati - Bab 37

Bab 37

MIRINDA merenung ke arah lelaki itu, sukar untuk mempercayai apa yang baru diucapkan. Pada mulanya dia fikir, Azman cuba memperdaya dirinya di atas tujuan tertentu. Tetapi apabila melihat wajah lelaki itu benar-benar serius, kedua-dua matanya bagaikan hendak terjojol.
“I tak faham.” Kata Mirinda. “Kenapa? Kenapa?”
“I tak tahu kenapa.” Jawab Azman. “Tapi memang dia telah pun meminta I menukarkan wasiatnya sekali. Dokumen tu pun dah ditandatanganinya semalam, sebaik sahaja balik dari Mentakab. Lepas tu, dia pergi semula ke sana. Dengar khabar, Lydia hilang…”
“Orang tua tu dah gila…”
“Dia datang dengan siapa?”
“Dengan siapa lagi, kalau bukan bakal menantu kesayangannya!”
“Hah!” Mirinda tercebik.
“Tapi Ryean tahu nama dia termasuk dalam wasiat tu?”
“Itu I tak tahu, semasa datuk tandatangan, dia di luar. I bersama datuk saja di dalam biliknya. I tak tahu samada datuk beritahu dia ataupun tidak.” Kata Azman lagi. “Tapi memang benar dia akan menyerahkan sebahagian hartanya kepada rumah kebajikan, sekira sesuatu berlaku kepadanya. Sebahagian lagi terbahagi antara you, Ryean, Lydia… dan satu lagi nama baru masuk..”
“Siapa?” Sambut Mirinda dengan cepat.
“Basharudin.”
“Lelaki tu mesti sepupunya…” Kata Mirinda dengan yakin. Memang dia tidak kenal Basha. Dia langsung tidak punya hati untuk mengenali bagaimanakah orangnya. Dia tidak peduli. Apa yang dia rungsingkan sekarang adalah haknya yang sudah menjadi semakin kurang dan kecil. Memang tak guna! Bisik hatinya lagi. Jalan yang paling baik yang dia boleh lakukan adalah berbaik-baik semula dengan Ryean Eiman. Samada lelaki itu suka ataupun tidak, dia akan terus mencuba.
Dia tidak boleh hilang keyakinan. Impiannya tidak akan menjadi nyata jika dia tidak berhati-hati mulai dari sekarang.

NORDIN terkejut dan mendiamkan dirinya beberapa lama. Dia amat sukar menerima cerita yang baru disampaikan oleh Basyira. Lidahnya kelu. Dia memandang kosong ke muka Basyira. Hatinya benar-benar hampa. Basyira isterinya yang baik, yang setia dan yang selalu menerima sahaja segala perbuatannya. Dia tidak percaya jika cerita itu didengarinya dari mulut orang lain.
Tetapi cerita itu datangnya dari mulut Basyira sendiri. Tangisan dan sendu Basyira saat itu bukan satu kepura-puraan. Nordin terus diam tidak dapat bersuara apa-apa.
“Saya semakin yakin sekarang bang, dia datang ke sini nak balas dendam. Dia marah pada saya, kerana buang dia dahulu. Dia datang nak buat kacau…”
“Ini bukan perkara main-main lagi Syira.” Kata Nordin. “Kita mesti buat sesuatu sehingga lelaki ni ditangkap. Dia dah kerjakan saya sampai abang patah riuk, sebulan terlantar di hospital. Sekarang berjalan pun terpaksa bertongkat. Lelaki ni memang menakutkan, memang bukan darah daging saya. Keturunan saya adalah orang yang baik-baik”
Basyira tersinggung tetapi terpaksa mengakuinya. Dia mengangguk. “Malam tu dia datang, saya memang terkejut. Dia benar-benar marah dan menyimpan dendam yang sangat dalam. Sayangnya saya tak dapat bercakap panjang dengannya, dia hilang begitu saja!”
Nordin mengeluh. “Call Ryean. Suruh dia balik.”

TELEFON BIMBIT Ryean Eiman berbunyi sebaik sahaja dia selesai berdoa. Dia mencapai telefon melihat nombor telefon rumah ibunya. Buru-buru dia menjawab panggilan itu. Suara Basyira biarpun tenang tetapi bernada menggesa; “Baliklah sebab ibu dan ayah kamu nak cakap sesuatu... Hal keluarga.”
Ryean Eiman meminta diri. “Saya balik sekejap. Nampaknya ibu hendak berbincang sesuatu yang penting.”
Datuk Rustam menganggukkan kepala sahaja. “Kalau kau lewat selesai, tak perlulah ke sini lagi. Saya rasa saya boleh hadapi apa-apa seorang diri.”
Ryean Eiman pulang penuh persoalan, tidak tahu apa yang ingin diperkatakan oleh ibunya.
“Ryean…” Kata Basyira dengan tenang. “Memang susah ibu nak beritahu engkau hal ini. Amat sukar juga untuk ibu terangkan satu persatu kenapa dan mengapa. Ibu hanya ingin engkau tahu satu perkara…”
“Apadia ibu?”
“Engkau ada seorang adik lelaki…”
“Adik lelaki?” Ryean Eiman terkejut. Perkara itu langsung tidak diduganya. Apa yang pernah dia impikan tiba-tiba menjadi satu kenyataan. Memang dia selalu menginginkan seorang adik. Rasa hatinya melonjak ingin tahu… Bagaimanakah rupa saudara lelakinya itu? Apakah mereka punya persamaan? Atau apakah mereka akan saling menyukai sekira bertemu? Dan ke manakah adik lelakinya itu?
“Ya. Tapi adik engkau tu ibu berikan kepada orang…” Kata Basyira sambil memandang Nordin. Mereka sepakat untuk tidak memberitahu Ryean tentang kesilapan Basyira pada masa lalu. Basyira juga tidak mahu dia kehilangan sesuatu yang amat berharga; iaitu maruah. Dia tidak sanggup lagi menggadai maruahnya. Dia tidak sanggup hidup dalam kehinaan, walapun di mata anaknya sendiri.
“Kenapa?” Tanya Ryean Eiman. “Kenapa adik saya tu diberikan kepada orang…”
“Sebab ibu kau tak mampu nak jaga… Ibu engkau sakit masa tu!” Kata Nordin memberikan alasan paling logik.
“Di mana pula dia sekarang?”
“Ada di sini… Ada di mana-mana, di antara kita semua.”
“Jangan bergurau ibu!” Jawab Ryean Eiman.
“Benar, Ryean. Dia ada di sini, selalu memerhati dan mengintip ibu. Dia yang menyerang ayah kau, membunuh Yani… Ibu yakin dia juga yang menculik Lydia. Ibu yakin Ryean…Ohhhhh…” Basyira mulai menangis tersedu-sedu.
“Maksudnya… Harith Rafeeq tu adik saya???” Tanya Ryean Eiman. Dia tambah terkejut. Hari itu dia menerima terlalu banyak kejutan demi kejutan.
Basyira mengangguk. “Ya, dia adik kamu. Dia sengaja hendak menyusahkan kita semua. Dia mahu menghancurkan kebahagiaan kita. Dia dendam pada ibu…”
Ryean Eiman mengangguk. Segalanya sudah tampak semakin jelas kini. Motif Harith Rafeeq bukan hanya dendam tetapi dia juga ingin hidup kaya. Ryean Eiman mulai pasti tentang satu perkara bahawa Mirinda turut terlibat.
“Ibu… Saya rasa Mirinda juga terlibat sama…”
“Kenapa kau cakap begitu Ryean?”
“Entahlah, memang segalanya belum dapat dibuktikan tetapi saya yakin Mirinda terlibat sama dalam soal ini. Rafeeq bukan bertindak sendirian. Mirinda tu takkan benarkan saya kahwin dengan Lydia. Sebab itulah dia lakukan ini semua. Saya rasa dia upah Rafeeq…”
Basyira menepuk dahinya.
“Dia pernah kata, sanggup membunuh demi untuk mencapai cita-citanya. Jika saya kahwini Lydia, dia akan lakukan apa saja untuk pisahkan kami. Dia terlalu cemburu…”
“Apa sebenarnya hubungan kau dengan Mirinda, Ryean? Berterus teranglah dengan ibu. Jangan lakukan kesilapan yang besar dalam hidup kau nak… Jangan ulang apa yang telah ibu lalui.”
“Saya memang pernah ada hubungan dengan dia ibu. Semuanya berlaku tanpa pengetahuan Lydia. Tapi saya menyesalinya setiap saat dan waktu. Sebenarnya amat sukar untuk saya lepaskan diri darinya. Kami bekerja di bawah satu bumbung. Dia sentiasa memburu saya…” Kata Ryean Eiman berterus terang. Memang pedih untuk dia mengakui kenyataan itu. Dia juga telah mengkhianati Datuk Rustam, sehingga kini lelaki itu tidak tahu apa-apa.
Sanggupkah dia berterus terang, mengakui dosanya itu. Tidak. Dia tidak sanggup. Semasa dia bersalat jemaah bersama Datuk Rustam tadi, dia benar-benar rasa bersalah. Dia hampir-hampir menangis di dalam salatnya itu. Mengapa dia harus terjebak bersama dengan perempuan yang rendah moral dan akhlaknya seperti Mirinda? Mengapa dia tidak menentang Mirinda dan menolak godaan-godaannya tanpa sebarang rasa kesal?
Dia sebenarnya tidak teguh iman dan takwa. Itulah sebabnya dia hanyut dalam arus maksiat. Hati dan dadanya kosong, tidak diisi dengan ilmu agama yang cukup kuat untuk dijadikan benteng. Diam-diam dia berjanji pada dirinya sendiri akan taat kepada perintah agama. Semoga akan datang pertolongan dari Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Penyayang.
Baru sekejap tadi dia memikirkan tentang Mirinda, tiba-tiba dia mendapat panggilan daripada wanita itu. Selepas meninggalkan rumah Basyira dia kembali ke hotel, tetapi tidak naik ke bilik. Dia pergi minum dahulu di coffee house, sambil melihat persembahan penyanyi yang diundang oleh pihak hotel itu. Di situ ingatannya mengembara, mengingati kembali perhubungan masa lalunya dengan Mirinda.
“Hello Ryean! Apa khabar? Sungguh lama kita tidak bertemu ataupun berbual di telefon.”
“Ya.” Jawab Ryean Eiman, cuba bertenang. Dia tidak boleh gopoh. Dia mesti memerangkap Mirinda supaya datang ke Mentakab.
“You di mana?” Tanya Ryean Eiman bodoh.
“Adalah…” Mirinda tak mahu menjawab. “Dah jumpa Lydia?”
“Belum. I di coffee house ni… Boringlah tak tahu apa nak buat malam ni sebab tu keluar cari hiburan. Kalau you ada… bagus juga.”
Mirinda tergelak kecil. “Hai, cepatnya hati berubah! Baru seminggu lebih Lydia hilang.” Kata Mirinda meneruskan gelak manjanya.
“Entahlah. I dah tak yakin samada dia akan kembali atau tidak.” Kata Ryean Eiman. Tetapi di dalam hatinya berkata; Ya Tuhan jauhkan dia segala bencana, semoga dia selamat dan akan kembali ke pangkuanku tidak lama lagi.
Mirinda tertawa lagi. “Macam frust aje…” Kata Mirinda.
“You rasa macamana? Bagus kalau you ada di sisi I sekarang…”
Mirinda tertawa lagi mendengar kata-kata Ryean Eiman.
“You mahu I bersama you?”
“Kalau you sudi…”
“You aje yang datang ke sini.” Cabar Mirinda.
“Tak boleh. Projek belum siap. Esok hari kerja.”
“OK.” Jawab Mirinda. “Kalau I rajin nanti, I akan cari you.”
“Jangan macam tu sayang… I boring sungguh ni. Pukul berapa you nak datang, I sanggup tunggu.”
“Hei… Jangan main-mainlah.”
“Sungguh. I ada kat Green Valley Coffee House.” Kata Ryean Eiman. “Macamana? Datang ya?”
“Ok, kalau you nak tunggu dua jam lagi…”
“Boleh. I tak buat apa-apa malam ni. I tunggu you di sini sampai coffee house ni tutup!” Mirinda tergelak, mematikan handphonenya.
Ryean Eiman tersenyum sendiri. Siapa kata aku tak mampu menggodanya? Bisik hatinya. Aku juga pandai untuk menundukkan kau kali ini Mirinda!
Jam satu pagi, Mirinda muncul. Ryean Eiman memang belum putus asa. Suasana di coffee house kian rancak, orang semakin ramai datang memenuhi tempat itu. Biasanya coffee house tutup antara pukul 3 atau 4 pagi. Bagi mereka yang belum mahu pulang boleh pergi ke disko ataupun kelab dangdut. Mereka yang berminat bermain snuker, boleh lepak di kelab snuker hingga ke pagi. Ada yang tidak sedar datangnya pagi kalau sudah ralit bermain snuker.
“Hai!” Tegur Mirinda. “I ingat you dah pergi.”
“Kan I janji nak tunggu you. Pukul berapa pun I mesti tunggu…” Kata Ryean Eiman tersenyum. Mirinda sudah lama tidak melihat senyuman lelaki itu. Hatinya benar-benar teruja. Dia melepaskan sekilas ciuman di bibir lelaki itu. Dadanya bergetar. Sentuhan bibir lelaki itu umpama magik yang membuat dia menginginkan yang lebih dari itu. Dia tidak peduli lagi pada alam sekeliling. Mereka berkucupan lagi kali ini lebih lama. Tangan Mirinda sudah berada di tengkuk Ryean Eiman.
Saat itu seorang lelaki lain sedang memerhati dari jauh, di celah-celah orang yang memenuhi coffee house itu. Rasa hatinya sungguh marah melihat kemesraan antara kedua-dua insan itu. Jika diikutkan hatinya dia ingin pergi mendapatkan Ryean Eiman dan Mirinda, tetapi dia tahu terlalu bahaya untuknya berbuat begitu. Dia keluar dari coffee house itu. Rasa hatinya sungguh bergelora dengan rasa marah dan benci.
“Mana Harith Rafeeq? I ingat you masih berkawan dengannya.”
“Tolonglah sayang. Jangan sebut namanya OK? Bila hanya kita berdua sahaja, nama itu sudah menjadi sejarah.”
“Hmmm… dah putus rupanya!” Kata Ryean Eiman.
Mirinda mengangguk. “Jom kita naik ke bilik.” Ajaknya.
“Sekejap lagi.” Balas Ryean Eiman. “Kita tengok orang menyanyi dan minum-minum dulu.” Dia melambai ke arah pelayan untuk memesan minuman buat Mirinda.

HARITH RAFEEQ balik ke rumah dengan hati yang panas. Tidak jadi dia hendak minum dan membuang masa di coffee house. Dia terpaksa pulang ke rumah yang langsung tidak menjanjikan keselesaan. Hendak menyewa hotel dia sudah tidak berani lagi. Dia tahu polis sedang memburunya. Menyesal rasa hatinya kerana menunjukkan muka dan diri di hadapan Basyira. Dia yakin Basyiralah yang membuka rahsia siapa dirinya…
Harith Rafeeq membeli beberapa botol arak murah. Dia membawanya pulang. Sepanjang jalan diteguknya sebotol demi sebotol. Setiap botol yang telah kosong dibalingnya ke merata-rata tempat. Botol itu pecah berderai. Dia berjalan terhuyung hayang akhirnya tiba juga di rumah. Dia sudah semakin tenggelam di dalam lautan mabuk. Dia lupa pada segalanya-galanya. Ketika masuk ke rumah dia langsung tidak mengunci pintu seperti biasa. Arak yang terlalu banyak dituang ke dalam perut membuat dia alpa.
Dia berjalan ke bilik Lydia. Lydia hanya berbaring lemah, memandangnya dengan pandangan sayu. Melihat Harith Rafeeq masuk, Lydia terus duduk memeluk tubuhnya sendiri.
“Engkau tahu, aku jumpa siapa di coffee house tadi?” Tanya Harith Rafeeq. “Aku jumpa boyfriend engkau dengan mak tiri engkau…” Katanya lagi. Tubuhnya terhuyung hayang seperti hendak rebah. Tangannya diangkat dan digoyang-goyangkan dengan bersungguh-sungguh. “Mereka tu tak malu… Benar-benar tak tahu malu. Bercium depan orang… Perangai mereka buruk, macam sampah!” Kata Harith Rafeeq lagi, dia benar-benar telah mabuk.
“Engkau bohong! Aku langsung tak percaya!”
“Aku cakap betul! Percayalah! Kalau tak percaya, engkau pergi tengok sendiri kat Green Valley Coffee House… Pergilah! Pergilah…” Dia menyuruh sebelum tubuhnya rebah dan tersembam ke lantai. Dia terus tidak sedarkan diri.
Lydia bangun perlahan-lahan. Benarkah dia dah pengsan? Kata Lydia. Disepaknya kaki Harith Rafeeq perlahan. Kakinya tidak memberikan tindak balas. Lydia bergerak ke pintu bilik yang terbuka luas. Matanya mengawasi Harith Rafeeq yang terbongkang sudah tidak tahu apa-apa lagi.
Lydia terus berlari ke pintu. Pintu tidak berkunci. Dia terus berlari menuruni tangga. Langkah kakinya besar dan laju, akhirnya dia tiba di tingkat bawah. Dia terus lari dan lari tidak menoleh lagi ke belakang. Dia amat takut sekiranya Harith Rafeeq sedar dia telah melarikan diri. Dia tidak tahu ke mana arah yang hendak dituju. Apa yang dia tahu dia harus lari ke tempat yang lebih terang dan jalan yang dilalui ramai orang.
Dia akhirnya tiba di jalan besar. Hatinya teramat lega apalagi dari jauh dia terlihat sebuah kereta peronda polis yang bergerak perlahan menghala ke arahnya. Dia melambai. Kereta peronda polis itu berhenti. Polis yang ada di dalamnya terus dapat mengecam wajahnya. Dia dibawa ke IPD terdekat.
Datuk Rustam buru-buru ke balai apabila dihubungi oleh Inspektor Jamaludin.
Soalan pertama yang ditanya oleh Lydia pada Datuk Rustam setelah mereka saling berpelukan; “Papa! Mana Ryean? Dia tiada bersama papa?”
“Entah.” Kata Datuk Rustam. “Tadi dia balik ke rumah ibunya. Barangkali dia tidur di sana malam ni. Tak kisahlah, kalau dia tidak bersama papa lagi. Malam ni papa dah dapat semula anak papa. Jom kita balik ke hotel.” Ajak Datuk Rustam.
“Tuan Inspektor ni pun pasti ada tugas nak diselesaikan malam ni…” Sambung Datuk Rustam sambil tersenyum puas hati kerana telah mendapat kembali anaknya yang sangat dirindui.
“Ya. Melalui maklumat yang diberikan oleh Lydia tu, kami nak pergi tangkap Harith Rafeeq. Baguslah jika dia dalam keadaan mabuk dan tak sedarkan diri. Makin senanglah kerja kami.” Kata Inspektor Jamaludin.
Tiba di hotel Green Valley, Datuk Rustam disuruh Lydia naik ke bilik terlebih dahulu. Dia berjalan masuk seorang ke coffee house yang masih dibuka. Dia ingin melihat kebenaran kata-kata Harith Rafeeq. Apabila dia menjengah masuk, dia menyelit dan mencari kelibat Mirinda dan Ryean Eiman. Tetapi lelaki itu dan ibu tirinya tidak kelihatan.
Bodohnya aku… Bisik hati Lydia. Percaya sangat pada Harith Rafeeq!
Lydia menaiki lif untuk naik ke bilik. Dia tidak sabar hendak membersihkan diri setelah berhari-hari lamanya dia tidak mandi dan menukar baju.
Ryean! Kita jumpa esok saja… Bisiknya sendiri. Dia mahu kelihatan cantik dan bersih untuk bertemu dengan buah hatinya.

Antara Dua Hati - Bab 36

Bab 36

PAGI itu Basha dibebaskan. Dalam gembira mendapat semula kebebasan dirinya, Basha tetap merasa sedih. Kehilangan Lydia masih menjadi tandatanya. Tiada sesiapa pun tahu. Takkanlah tiada sesiapa pun yang pernah nampak Lydia di mana-mana pada malam dia hilang, fikir Basha sambil berjalan keluar dari pintu pagar IPD Mentakab. Setelah bebas, Basha pergi menemui Datuk Rustam.
Mereka bertiga duduk berbincang sambil minum pagi di coffee house hotel tempat Datuk Rustam menginap.
“Aku percaya malam tu, Lydia melarikan diri…” Kata Basha.
“Mengapa?” Tanya Ryean Eiman. Biarpun Basha dapat mengagak sebab-sebab Lydia melarikan diri tetapi dia tidak akan memberitahu lelaki itu. Dia bimbang akan disalah anggap. Sudahlah dirinya dipandang tidak jujur oleh Basyira akibat perbuatannya mengintip wanita itu, walaupun dia tidak pernah berniat jahat.
“Dia hilang kepercayaan pada aku, seperti ibu engkau…” Kata Basha. “Sebab aku yakin pembunuh tu takkan tahu rumah kawan aku tu. Memang susah sesiapa saja hendak ke sana. Barangkali lelaki itu memang berkeliaran mencari mangsanya…”
“Aku percaya satu sahaja… Lelaki itu adalah orang yang kita kenal.” Kata Ryean Eiman.
“Mungkin. Aku juga percaya begitu.” Jawab Basha.
“Boleh jadi siapa saja, Basha… Ryean. Sebab memang ramai orang yang kita kenal di sini! Kita takkan tahu siapakah dia.”
“Macamana kalau kita pergi setiap pub, kelab, supermarket dan pusat karaoke. Tunjukkan gambar Lydia. Apakah mereka ada melihat Lydia pada malam itu. Manalah tahu jikalau bernasib baik ada orang ternampak di mana-mana.”
Mereka mencapai kata sepakat. Idea itu kedengaran baik dan boleh dikerjakan secepatnya. Sehari suntuk mereka menjelajah setiap sudut di bandar itu tetapi tiada sebarang perkembangan langsung. Semua orang tidak tahu dan tidak pernah melihat Lydia pada malam dia hilang.
Akhirnya Basha teringat sesuatu. Dia sudah lama tidak ke pub itu yang terletak di taman industri. Satu-satunya pub yang ada yang amat jarang dikunjungi orang. Hanya mereka-mereka yang inginkan privasi sahaja yang pergi ke situ. Mereka akhirnya pergi ke sana. Pub itu baru sahaja dibuka pada jam 5 petang. Kelihatan beberapa orang pekerja sedang membersihkan meja dan carpet, terkejut menerima pelanggan yang datang terlalu awal.
“Belum buka encik.” Kata pelayan yang sedang mengelap meja.
“Kami hanya ingin tumpang bertanya…”
Remaja yang bekerja sebagai pelayan di situ mengangguk. Ryean Eiman menunjukkan gambar Lydia ke penatapannya. “Ada Pernah tak tengok tak perempuan ni dua malam lepas?”
Remaja itu menggelengkan kepala, sambil meneliti gambar Lydia. Ryean Eiman kecewa melihat riak muka anak remaja itu. Dia tidak tahu apa lagi yang harus dilakukan. Dia bergerak ke pintu tetapi langkahnya terhenti apabila mendengar remaja itu berkata; “Bang! Sekejap bang!” Katanya pantas.
Ryean Eiman berpaling semula ke arahnya. Remaja itu melihat sekali lagi gambar Lydia lantas berkata; “Ya… Ya! Saya ingat. Dia pernah datang bersama seorang lelaki pada malam selasa lalu. Saya ingat mukanya sebab dia datang hendak pinjam telefon… Ya, dia pinjam telefon tetapi tidak dapat bercakap dengan orang yang cuba dihubunginya.”
“Apa?” Ryean Eiman terperanjat besar. Dia terus mencapai handphone di dalam poket seluarnya dan terus membuka kotak panggilan tidak berjawab.
“Inikah nombor pub ni?”
“Ya.”
“Ya Tuhan… Rupa-rupanya Diya yang call malam tu.” Kata Ryean Eiman sambil menepuk dahi. Semasa panggilan itu diterima dia sedang memandu. Jadi dia tidak menghiraukan panggilan itu. Apabila dia berhenti, dia melihat satu nombor asing. Dia tidak menghiraukan nombor itu kerana mengira ianya tidak penting. Selalunya dia memang mengabaikan panggilan sekiranya datang dari nombor yang tidak direkodkan di dalam handphone.
“Jadi, dia ada datang ke sini?” Kata Soal Basha.
“Dia datang bersama seorang lelaki kacak. Lelaki tu pun kerap datang ke sini… Kadang-kadang seorang dan kadang-kadang berteman. Selalu dia datang bersama seorang perempuan yang nampak lebih tua berumur sikit dari dia nya…”
Kepala Ryean Eiman mulai pening kerana tidak dapat menggagau dalam ingatannya siapakah lelaki bersama Lydia. Siapa? Siapa? Dan siapa? Soal hatinya bertalu-talu.
“Macamana rupa orang tu?” Tanya Datuk Rustam pula.
“Tinggi dan tegap serta dan kacak. Lebih kacak dari abang ni…” Kata remaja itu sambil tersenyum.
Ryean Eiman tidak berkata apa-apa, dia merenung Basha. Basha mengangguk.
“Itulah orangnya! Orang yang aku nampak lihat mengintai rumah Syira sekian lama. Tetapi ibu engkau tak percaya…”
“Mengapa pakcik tak beritahu saya? Ibu pun tak cerita apa-apa…”
“Orang tak percayakan kita, nak buat macamana.” Kata Basha.
“OK…OK…” Sampuk Datuk Rustam sambil bertanya lagi pada remaja itu; “Apa yang mereka buat di sini malam tu?”
“Mereka makan dan minum. Nampak macam dua orang kawan… Berbual. Lepas tu perempuan ni datang nak guna telefon.” Remaja itu perlahan mengingat semula segala yang berlaku kerana malam itu tidak ramai pelanggan. Hanya tiga meja sahaja yang ada pelanggan dan kedua-dua orang manusia yang sedang diperkatakannya itu menarik minatnya. Pasangan yang sama cantik dan sama kacak.
“Tak lama lepas tu, perempuan tu tiba-tiba nampak macam sakit. Saya tengok kepalanya terlentuk lentok ke meja. Lelaki itu cepat-cepat bayar bil.. dan terus memimpin perempuan tu keluar dan naik kereta. Mereka pun terus pergi…”
“Dia diberi dadah. Celaka!!!” Ryean Eiman menggenggam penumbuk.
Datuk Rustam mengeluh.
Kini Ryean Eiman semakin yakin, Lydia bersama orang yang dikenali. Tapi siapa? Lelaki yang kacak… Bisik hati Ryean Eiman. Lebih kacak daripada abang… Kata remaja itu. Hai, siapa pula yang lebih kacak dari aku yang menarik perhatian Lydia hingga sanggup mengikutnya pergi? Siapa? Aduhhhh… pening kepalanya memikirkan semua ini. Lelaki bersama Lydia itu bukan sembarangan orang pula… Seorang pembunuh.

PETANG ITU Basyira bersama Nordin berbual di ruang tamu ketika Ryean Eiman pulang. Bersamanya ada Datuk Rustam dan Basha. Mereka bertemu dan bersalam-salaman.
“Ayah dah keluar dari wad? Bila?” Tanya Ryean Eiman.
“Pagi tadi.” Beritahu Nordin. Dia senyum ke arah Basha. Dia juga sudah tahu apa yang berlaku terhadap lelaki itu. Cuma Basyira yang tidak berani senyum ataupun menegur Basha. Dia rasa malu dan bersalah kerana menuduh Basha dengan pelbagai tuduhan.
“Baguslah!” Jawab Ryean Eiman.
“Macamana pencarian kau?” tanya Nordin ingin tahu.
“Kami pergi ke merata-rata tempat. Memang ada orang nampak Lydia pada malam tu, di sebuah pub terpencil kat taman industri. Tapi orang yang nampak dia tu tak tahu ke mana dia dibawa pergi selepas tu…”
Nordin mengangguk. “Dia dengan siapa ke situ? Buat apa?”
“Kami rasa dia dah diperdaya oleh pembunuh tu… Kami yakin benar pembunuh itu adalah orang yang Lydia kenal.”
“Ya Allah!” Basyira menyeru kuat nama Tuhan sambil mengurut dadanya. “Siapalah agaknya?”
Sekonyong-konyong dia teringat pada Harith Rafeeq. Mengapa ingatannya harus tertumpah ke sana. Apakah kaitannya? Apakah ini semua perbuatan Harith Rafeeq? Dia tidak mengerti. Tangannya menggeletar. Dia terlalu ingin memberitahu Ryean Eiman tentang kedatangan lelaki itu ke biliknya. Tapi bagaimana dia harus memberitahu Ryean Eiman dan bekas suaminya itu? Dia terpaksa membongkar semula sejarah silam yang mahu dikuburkannya.
“Itulah yang kami tengah pening memikirkannya.” Kata Basha.
“Setahu saya, Lydia tak pernah berkawan rapat dengan lelaki selain daripada Ryean. Dia memang amat setia dalam soal ini…” Sampuk Datuk Rustam.
Ryean Eiman mengiyakan. Hanya dia yang tidak setia dan pernah berlaku curang pada Lydia. Kini jika dia ditawarkan seribu perempuan cantik sekalipun, dia tetap akan memilih Lydia.

MALAM itu perutnya terasa sangat lapar. Tubuhnya lemah dan tidak bertenaga langsung. Hendak berdiri pun terasa tidak larat. Dia hanya meneguk air mineral yang ditinggalkan oleh Harith Rafeeq. Tengahari tadi Harith Rafeeq datang, membawakan makanan dan minuman. Langsung dia tidak menyentuhnya. Dia tidak pun memandang ke muka lelaki itu. Dia amat bencikan Harith Rafeeq kini. Dia tidak sudi memandang muka lelaki itu… Lelaki yang dipuji-pujinya sangat kacak, lebih kacak daripada kekasihnya sendiri. Sehingga Ryean Eiman cemburu dan hilang mood. Lelaki itu merajuk apabila dia memuji Harith Rafeeq. Airmatanya mengalir apabila teringatkan peristiwa itu.
Sudah berapa lama dia tidak bertemu Ryean Eiman. Rindu usah dikata, tidak terhitung rasanya. Hatinya setiap saat mahu kembali ke pangkuan lelaki itu. Tetapi kini apakah daya, dia terkurung di bilik yang langsung tidak mempunyai tingkap. Sudah dua hari dia tidak mandi. Bilik itu sangat panas. Tiada kipas di siling. Mujur juga ada lampu jika tidak dia akan bergelap dan bertemankan nyamuk sepanjang malam.
Lydia menarik bekas nasi yang ditinggalkan tidak berusik di dalam beg plastik berwarna merah. Dikeluarkannya bekas nasi itu. Dibukanya perlahan-lahan dengan tangan yang menggigil. Dia kelaparan. Dia harus makan untuk memastikan dia terus hidup. Dia harus punya tenaga untuk melindungi dirinya sendiri.
Dia menghidu nasi yang mengeluarkan bau yang kurang enak. Nasi itu sudah basi dan sedikit berlendir kerana bercampur baur dengan sayur dan kuah. Dia mencapai pula ayam goreng. Masih elok. Dia makan perlahan-lahan tanpa selera. Dia memamah makanan itu untuk terus bernafas malam ini… sekurang-kurangnya!

MALAM itu Ryean Eiman terus bersama Datuk Rustam kembali ke hotel. Namun sebelum ke hotel mereka pergi menemui Inspektor Jamaludin untuk menyampaikan cerita yang mereka dapatkan daripada remaja yang bekerja di pub tersebut.
Sementara Basha pula mengambil keputusan untuk balik ke rumahnya sendiri. “Dah lama tinggalkan rumah…” Kata Basha sambil bangun dan bersalam dengan Nordin.
Basyira menghantar Basha ke pintu. “Abang Basha… saya minta maaf.” Kata Basyira perlahan, namun tetap sampai juga ke telinga Nordin yang masih duduk di ruang tamu. “Saya tak percayakan abang…Saya curiga pada abang.”
Basha mengangguk. “Tak mengapa Syira.” Jawab Basha. “Yang penting sekarang kita cari lelaki yang bertanggungjawab tu sampai jumpa.”
Basyira mengangguk. Dia kembali duduk bersama Nordin di ruang tamu. Nordin meminta diri hendak balik, tetapi Basyira menahannya. “Abang…” Katanya perlahan. “Sebenarnya ada satu rahsia yang saya simpan sekian lama daripada abang. Semasa kita masih lagi suami isteri, saya takkan berani berterus terang dengan abang begini. Tetapi sekarang ikatan antara kita sudah pun terlerai. Tiada apa lagi yang hendak saya takutkan. Sebelum saya ceritakan apa-apa pada abang saya minta maaf dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki…”
Dahi Nordin berkerut, dia tidak tahu apakah maksud Basyira.
“Abang ingat tak lagi semasa abang pergi kursus selama setahun setengah ke Jepun…” Basyira memulakan ceritanya sambil memandang tepat ke muka Nordin.
Nordin mengangguk, tetapi masih tidak faham apa yang ingin disampaikan oleh Basyira.

“SEJAK kebelakangan ini, memang ada seorang lelaki misteri yang selalu ada di bandar ini…” Kata Inspektor Jamaludin. “Saya telah meminta orang bawahan saya meninjau dan mereka menyatakan bahawa memang ada seorang lelaki yang baru datang ke bandar ni. Dia kerap kali bertukar-tukar hotel. Sikapnya mencurigakan. Dia tidak pernah menginap lama di suatu tempat. Di hotel sini seminggu, di sana seminggu dan… merata-rata. Dia ni memang mencurigakan kerana tak tahu apa yang dia buat, bisness apa yang dijalankannya. Dia memakai kereta mewah, BMW hitam.”
“BMW hitam?”
“Ya. Saya juga dapat laporan daripada orang awam, lelaki ni selalu berada di kawasan taman industri. Malam dia lepak di Pub Reno. Dan dia juga selalu masuk ke Kampung Bukit Penak tetapi bukan melalui jalan biasa. Keretanya selalu dilihat mengikuti jalan rentas dekat pejabat kaji cuaca tu, lepas tu tembus ke jalan tanah merah di dalam kebun getah… Lepas tu kereta tu hilang begitu saja.”
“Pelik…” Kata Ryean Eiman.
“Memang mencurigakan. Orang saya pun dah siasat dan kami dah jumpa tempat dia simpan keretanya tu. Awak tahu, tempat dia simpan kereta, dekat dengan rumah ibu awak! Kami buat rumusan dia yang serang Lydia. Dia juga mungkin serang bapa awak. Kami dah check tarikh bapa awak diserang. Dia menginap seminggu di situ, biliknya bersebelahan dengan bilik bapa awak.”
“Apa?”
“Dia simpan kereta dalam semak dekat dengan kebun getah milik emak awak. Lepas tu berjalan kaki ke rumah awak. Tak jauh. Lebih kurang 20 meter sahaja.”
“Oooo… Begitu!”
“Ya.” Jawab Inspektor Jamaludin. “Malam ni kami dah pun buat satu rancangan. Jangan bimbang. Kalau malam ni dia datang ke kampung tu, dia pasti akan tertangkap. Saya akan periksa identitinya berdasarkan plet keretanya tu. Kita akan check dengan JPJ. Tapi tak pasti lagi kalau-kalau plet tu adalah nombor palsu…” Inspektor Jamaludin mengeluh. “Dia menggunakan pelbagai nama di setiap hotel yang disewanya. Antara nama-nama yang digunakan ialah; Mungo, Rufus, Damian, Harith…”
“Apa? Harith Rafeeq?”
“Ya, Harith Rafeeq… You kenal?”
Ryean Eiman bagaikan hendak pengsan mendengarkan nama Harith Rafeeq. Kini dia tahu sudah angkara siapakah semua petaka yang berlaku. Patutlah dia tidak langsung menyukai lelaki itu.
“Siapa Harith Rafeeq?” Tanya Datuk Rustam tidak mengerti.
Ryean Eiman mengangguk. “Saya bukanlah kenal secara peribadi, cuma pernah berjumpa dengannya sekali sahaja.”
Dia lantas menceritakan pertemuan antaranya dengan Harith Rafeeq tidak lama dulu yang diperkenalkan oleh Mirinda. Datuk Rustam terkejut apabila mengetahui Mirinda berkawan dengan Harith Rafeeq lelaki yang berusia sepuluh tahun lebih muda darinya. Jadi, lelaki itulah kekasih rahsianya selama ini… bukannya doktor Badri, bisik Datuk Rustam sendiri di dalam hati.
“Kalau begitu, kita akan cuba hubungi isteri datuk, Datin Mirinda untuk membantu siasatan. Di manakah dia berada sekarang?” Tanya Inspektor Jamaludin.
“Saya tak tahu. Benar-benar tak tahu dia di mana.” Kata Datuk Rustam sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
Malam itu, hati kedua-dua lelaki itu bertambah bimbang setelah mengetahui siapakah musuh mereka. Mereka mengerjakan bersalat Isyak berjemaah, kemudian sama-sama mendoakan keselamatan Lydia walau di mana dia berada.

LEWAT malam itu Lydia mendengar pintu hadapan dibuka dan ditutup. Dia tahu Harith Rafeeq datang untuk menghantar makanan. Dia berbaring mengerekot di atas surat khabar yang dibawa Harith Rafeeq pagi tadi. Lelaki itu tidak mempedulikan dirinya. Dia datang dan pergi tanpa sepatah kata.
Lydia pun tidak berani berkata apa-apa. Lelaki tu gila… Memang sah gila! Kutuk Lydia sendiri. Harith Rafeeq masuk dan meletakkan bungkusan nasi dan air.
“Malam ni kau baik…” Katanya sambil tersenyum. “Jangan menjerit-jerit lagi macam semalam OK? Buat apa nak jerit-jerit, buat penat aje. Bukannya orang dengar…”
“Aku di mana?” Lydia bertanya perlahan, masih terus berbaring.
“Masih di daerah yang sama, bukan di mana-mana.”
“Mengapa kau lakukan ni semua Rafeeq? Sebab duit? Lepaskanlah aku… papa akan bayar kau duit, walau berapa pun yang kau minta.”
“Aku bukannya nak duit saja…” Kata Harith Rafeeq. “Duit tak pernah cukupkan?”
“Yalah… tapi mengapa kau kurung aku? Apa salah aku pada engkau?”
Harith Rafeeq diam. Dia teringat semula rancangan Mirinda yang ingin membunuh Lydia supaya dapat memiliki Ryean Eiman. Mirinda juga mahu Datuk Rustam mati supaya semua harta jatuh ke tangannya.
Bagi Harith Rafeeq kematian Lydia akan merugikannya. Dia akan kehilangan Mirinda, seorang wanita dan kekasih yang hebat. Bila Lydia dan Datuk Rustam tiada lagi, Mirinda akan kembali mencari Ryean Eiman. Dia akan memburu dan menggoda lelaki yang pernah menjadi kekasihnya itu. Dan dia juga tahu, sisa-sisa rasa cinta dan kasih sayang Ryean Eiman masih ada buat Mirinda. Sekiranya Mirinda merayu dan menggoda semula, dia pasti akan menerimanya! Itulah yang membuat dia belum menghabiskan riwayat Lydia.
Keadaan di luar sana, agak mengganggu sekarang. Polis berkeliaran di mana-mana. Kegiatan malamnya terganggu. Dia tahu polis kini ada berkawal di setiap persimpangan di kampung Bukit Penak. Dari jam sebelas hingga lima pagi mereka akan berkawal bersama rukun tetangga dan RELA. Sebab itulah dia tidak ke sana pada malam itu, sebaliknya mengunjungi Lydia. Dia tidak tahu apakah dia akan ke hotel ataupun tidak? Dia juga tidak berani hendak memandu keretanya lagi. Petang tadi dia menghantar keretanya ke workshop untuk diservis.
Dia belum mengambil keretanya itu. Dia menaiki teksi dan turun di hadapan Reno’s Pub. Kemudian berjalan kaki merentasi dua blok bangunan kedai yang kosong, barulah dia tiba di rumah itu. Malam ini dia tidak akan ke mana-mana. Sebenarnya dia takut hendak ke mana-mana, kerana dia tahu polis sudah pun datang ke pub itu. Dia akan ‘menemani’ Lydia dan bercerita apa saja dengannya.
“Engkau memang dah buat salah…” Kata Harith Rafeeq ketawa. “Engkau silap kerana bercinta dengan Ryean Eiman.”
“Agh!” Lydia memaling muka.
“Engkau tak percaya? Engkau tahu Ryean Eiman tu kekasih siapa?”
Lydia memandang muka Harith Rafeeq.
“Dia kekasih emak tiri engkau… Mirinda. Dah lama mereka bercinta.”
“Bohong!!!” Tengking Lydia. “Engkau sengaja hendak memburuk-burukkan dia supaya aku benci. Bukan aku tak tahu tujuan jahat engkau! Aku tak percaya walaupun sepatah kata-kata engkau…”
“Tak percaya? Engkau hendakkan buktinya?” Tanya Harith Rafeeq.
Muka Lydia masam mencuka. Dia tidak sudi memandang Harith Rafeeq yang ketawa terus menerus.
“Mirinda seorang wanita yang menawan, tetapi tidak pernah setia. Tidak pernah setia pada satu lelaki. Dia jalin hubungan dengan Ryean Eiman, dia juga jalin hubungan dengan aku. Tak percaya? Nah! Baca mesej yang dia hantar kepada aku petang tadi.. Ambik! Baca!!” Tengking Harith Rafeeq sambil menyuakan handphonenya.
Dia membaca mesej yang terpapar di permukaan skrin handphone Harith Rafeeq. Memang itu adalah nombor telefon Mirinda.
Mesej itu berbunyi; SELESAIKAN KERJA ENGKAU CEPAT. BUNUH MEREKA BERDUA. AKU SUDAH TERLALU RINDUKAN RYEAN, INGIN SEGERA BERSAMANYA!
Lydia membuang handphone Harith Rafeeq ke tepi. Dia menangis semahu hatinya. Saat itu dia merasakan lebih rela mati daripada terus hidup.

Antara Dua Hati - Bab 35

Bab 35

TELINGANYA menangkap bunyi orang membuka pintu walaupun amat jauh. Dia terus berdiri di tepi pintu, cuba untuk mengintip daripada celah-celah ensil tetapi tidak dapat melihat apa-apa. Dia tidak mendengar suara orang bercakap. Dia hanya mendengar pintu dibuka dan ditutup diikuti bunyi derap kasut mendekati pintu bilik itu. Pintu biliknya terbuka perlahan.
Lydia terus menerkam ke arah Harith Rafeeq memukul lelaki itu dengan sekuat tenaga dan menjerit-jerit. Lelaki itu berdiri tenang sahaja, memandang dengan wajah selamba. Langsung tidak meninggalkan sebarang kesan akibat pukulan bertubi-tubi di dadanya.
Akhirnya Lydia kepenatan. Dia memang tidak mempunyai tenaga yang cukup. Badannya lemah ditambah pula dengan kesusahan yang menimpa dirinya. Harith Rafeeq menolaknya dengan hanya sebelah tangan, dia terus jatuh terjerembab ke lantai, tidak dapat bangun lagi. Punggungnya terasa sakit akibat terhentak kuat ke lantai.
Lydia menjerit-jerit lagi kali ini tidak sekuat tadi. Segala kata nista dan maki hamun terlontar dari bibir. Harith Rafeeq terus selamba meletakkan makanan dan minuman di hadapannya. Lydia memerhati sahaja dan tidak lama kemudian dia menendang makanan dan minuman itu jauh darinya.
“Apa yang engkau hendak? Mengapa engkau kurung aku di sini? Mengapa? Siapa yang suruh engkau bunuh aku?uu…”
Harith Rafeeq memandangnya tenang sambil kepalanya tergeleng-geleng. “Bertenang.”
“Bertenang? Kau gila nak suruh aku bertenang? Aku tak sangka semua ni ianya adalah perbuatan engkau! Siapa yang upah engkau… siapaaaaaaaa???”
“Diammmmm!” Tengking Harith Rafeeq dengan kuat. “Engkau sengaja buat aku marah. Kalau aku hilang sabar, sekarang juga aku tembak kepala engkau hingga berkecai.”
Lydia terdiam mendengar kata-kata Harith Rafeeq. Dia mulai takut. Lelaki itu memang bukan sembarangan. Dia tahu siapa lelaki itu kini… seorang pembunuh upahan, tetapi siapakah yang mengupahnya?
“Kau nak tahu segala-galanya ya?” tanya Harith Rafeeq. “Baiklah aku akan cerita. Tapi apa yang aku dapat??” Dia bertanya sambil matanya memerhati ke arah tubuh Lydia yang terlindung di sebalik seluar dan baju yang melekat di badan.
Lydia memeluk tubuh, dia takut dengan apa yang bersarang di dalam tempurung kepala Harith Rafeeq sama dengan apa yang difikirkannya saat itu.
Harith Rafeeq datang mendekat, dia memegang pipi Lydia dengan sebelah tangannya. Muka Wajah gadis itu terdongak. Matanya memandang tajam ke dalam mata Harith Rafeeq, tiba-tiba dia meludah ke arah muka lelaki itu.
Harith Rafeeq terkejut. Dia menyapu mukanya yang dipaliti airliur Lydia. Dia merasa marah dan tercabar. Ditamparnya muka Lydia kiri dan kanan, kemudian ditolaknya tubuh gadis itu ke lantai. Tubuh Lydia menggigil. Harith Rafeq berdiri, membuka tali pinggang dan butang seluarnya. Namun tindakannya itu terhenti kerana handphonenya berbunyi. Harith Rafeeq lantas menyeluk poket seluar.
“Engkau bernasib baik!” Katanya dengan muka yang membendung kemarahan.
Dia tersenyum semasa melihat nama yang terpapar di skrin. “Boss aku dah call. Tapi jangan ingat aku takkan teruskan niat aku. Bodoh!!!” Dia menengking lantas berjalan ke pintu dan menutupnya dengan pantas. Pintu dikunci semula dari luar.
Lydia memerhati dengan hati pilu dan sedih. Airmatanya berjuraian ke pipi dibiarkan sahaja. Dia terus menangis… Tangisan pilu yang hanya didengari telinganya sendiri. Menangisi nasibnya yang malang. Dia tidak tahu apakah dia akan bertemu semula dengan papanya, Basyira dan Ryean Eiman.
Perlahan-lahan dia kembali mengingati pertemuan pertama antaranya dengan Harith Rafeeq. Mirinda yang membawa lelaki itu ke site, memperkenalkan dia sebagai seorang arkitek yang akan berkhidmat di syarikat Datuk Rustam. Apakah Mirinda punya kaitan dengan ini semua… Atau hanya satu kebetulan lelaki itu adalah teman Mirinda?

“BAGAIMANA MACAMANA keadaan dia?” Tanya Mirinda.
“Dah sedar. Dia marah-marah, meludah muka I. Nasib you call tadi, kalau tidak I dah ratah-ratah tubuhnya.” Kata Harith Rafeeq masih lagi geram.
Mirinda ketawa sahaja. “You ke mana semalam? I tiba lebih kurang jam 12 tengahmalam. Telefon call you tapi dah tutup.”
“Oh! I tertidur. Letih sangat, langsung terlupa janji nak jumpa you malam semalam.”
“OK. Kita boleh jumpa sekarang. I tunggu you kat bilik.”
“OK… I pun belum mandi. Elok balik relaks dan fikirkan langkah seterusnya.”
Talian diputuskan dan Harith Rafeeq meninggalkan rumah itu tanpa menoleh ke belakang.

“KAMI akan ke IPD Mentakab, tapi sebelum tu hantar ibu balik dulu.” Kata Ryean Eiman. “Mungkin lama di balai tu nanti, jadi ibu tak adalah penat menunggu.”
Basyira mengangguk. “Hantarlah ibu balik tapi kalau ada sebarang perkembangan terbaru tentang Lydia, cepat-cepat call ibu.”
Ryean Eiman mengangguk.
Basyira masuk ke dalam rumah melalui pintu hadapan. Seperti biasa dia akan terus ke dapur. Itulah tempat pertama yang akan dituju setiap kali balik dari berjalan. Banyak kerja di dapur. Pakaian yang dicuci semalam belum dijemur, terperuk di dalam mesin basuh. Jam Hari pun sudah petang, jadi pakaian itu tidak akan sempat kering. Esok sajalah dia membereskannya… Bisik hati Basyira.
Tiba di dapur dia terkejut melihat keadaan yang berselerak. Tin-tin susu, biskut dan sardin ada di atas kabinet. Tin biskut di atas meja terbiar langsung tidak ditutup dan semut umpama soldadu kecil berbaris masuk ke dalam tin. Dia menggelengkan kepalanya tidak percaya. Bukankah pada hari dia meninggalkan rumah itu, dia telah mengemasnya? Tidak mungkin Ryean Eiman yang melakukan ini semua kerana dia dan anaknya itu bersama-sama pergi ke Kuala Lumpur, bermalam di rumah Datuk Rustam. Kemudian pagi itu menunggu kepulangan Datuk Rustam yang baru tiba dari Makkah. Seterusnya petang baru kembali ke rumah.
Aneh… keluhnya seorang diri, dadanya berdebar-debar. Dulu dia fikir Basha yang masuk ke dalam rumah, menceroboh bilik tidurnya dan mencuri manuskripnya yang belum siap… Tetapi sekarang Basha berada di dalam lokap polis. Sudah sehari semalam ditahan! Ada orang lain yang masuk ke rumahnya… Itulah kesimpulan yang dibuatnya. Kesimpulan yang begitu mendadak. Tetapi siapa?
Dia membuka tudung saji dan terlihat sepinggan kuih talam ubi kayu. Siapa yang hantar kuih ni? Milah? Zainon atau Lina? Tak mungkin! Dia menggelengkan kepalanya. Memang ada orang di rumahnya semalam… tetapi siapakah di antara mereka yang telah pun menemuinya?
Dia berlari ke rumah Milah. Termengah-mengah dia berlari meredah kebun pisang di belakang rumah. Dia merentas pula kebun sayur kepunyaan Milah, barulah tiba di perkarangan dapur jirannya itu. Puas dia meneriakkan nama Milah tetapi tiada sahutan. Rumah Milah tidak berorang, menandakan keluarga Milah tiada di rumah.
Dia berlari pula ke rumah Zainon. Zainon ada di rumah sedang memasak goreng pisang di dapur.
“Apa hal?” Tanya Zainon hairan melihat Basyira yang termengah-mengah.
“Engkau ada datang ke rumah aku pagi tadi, hantar kuih?”
Zainon menggeleng. “Tak ada. Dah lama tak ke rumah engkau.” Jawabnya.
“Hmmm… Tak apalah.” Basyira terus meninggalkan rumah Zainon. Dia pergi pula ke rumah Lina. Lina juga menafikan ada datang ke rumahnya.
Siapa lagi? Siapa yang rajin menghantar kuih ke rumahnya? Sejak pulang, tidak pernah orang menghantar apa-apa kepadanya. Mengapa pada hari dia tiada di rumah, ada pula orang yang rajin menghantar kuih. Dan mengapa pula orang itu tidak datang lagi setelah dia pulang?

“BASHA, abang mohon kepada engkau tolong ceritakan perkara sebenarnya, Basha…” Kata Datuk Rustam, merayu. Wajah Basha direnungnya. “Kalau selama ini kau marah pada abang… Maafkanlah abang. Abang akan tunaikan apa saja permintaan engkau. Pasal tanah dan rumah tu… Kita berunding semula dengan baik. Abang dah tak kisahkan harta dan duit. Yang penting abang mahu Lydia selamat.”
“Abang, demi Allah bang. Saya aku bersumpah! Abang percayalah pada aku saya. Saya Aku bawa dia lari dari hospital bukan bertujuan untuk menculiknya. Tidak. Demi tuhan. Saya ingin menyelamatkannya. Memang ada orang yang hendak membunuhnya, membunuh abang ataupun Syira. Orang itu selalu mengintip rumah Syira. Itulah yang saya katakan pada dia dan pihak polis tetapi tiada siapa pun percaya…”
“Pada malam tu, saya keluar nak carikan Lydia ubat. Manalah saya tahu, dia akan hilang. Jika saya tahu saya takkan tinggalkan dia walaupun seminit. Saya hanya menunggu kepulangan abang, saya berniat nak telefon abang sebaik sahaja abang tiba… Tetapi lain pula yang terjadi.”
Datuk Rustam termenung. Dia percaya pada kata-kata Basha. Malah Basha telah bersumpah dengan nama Allah. Datuk Rustam mengangguk.
“Jika benarlah ada orang lain yang diupah supaya memburu kami anak beranak, memang kami dalam bahaya.” Kata Datuk Rustam teringat semula peristiwa yang menimpa dirinya. “Tapi siapakah orang itu tidak dapat dipastikan lagi. Saya yakin orang itu tentu ada kaitannya dengan keluarga saya…”
“Mirinda…” Kata Ryean Eiman. “Mana Mirinda? Dah lama tak nampak dan tak dengar apa-apa berita tentang dia darinya.”
Datuk Rustam mengangguk. “Dia sibuk. Entah apa yang disibukkannya!”
“Basha, abang akan usaha supaya engkau dibebaskan.” Kata Datuk Rustam sebelum meninggalkan lokap. Basha mengangguk.
“Saya rasa sepupu saya tu bercakap benar.” Kata Datuk Rustam kepada Inspektor Jamaludin. “Memang ada pihak lain dalam hal ini. Basha tu takkan bertindak ganas macam ni. Jauh sekali hendak menyerang dan membunuh orang. Walaupun kata-katanya kadang-kadang agak kasar tetapi hatinya baik.”
Inspektor Jamaludin mengangguk. “Baiklah. Kita boleh bebaskan dia tetapi dibawah pengawasan. Lagipun dia pernah berkhidmat di sini…”
Datuk Rustam mengangguk. Dia tidak tahu ke mana lagi hendak dituju. Dia benar-benar buntu. Saat itu terdengar suara azan daripada masjid berhampiran IPD tersebut. Dia memandang Ryean Eiman, mengajak lelaki itu menunaikan salat asar di masjid. Ryean Eiman bersetuju. Selepas menunaikan salat, mereka mencari hotel untuk Datuk Rustam menginap.
Ryean Eiman membuat keputusan untuk menemani Datuk Rustam. “Biar saya temankan datuk tidur di sini. Saya bimbang sekiranya terjadi apa-apa pada datuk. Dahlah Lydia hilang tanpa berita… Kadang-kadang saya terasa saya turut bersalah. Kalau saya tunggu Lydia malam tu di hospital, takadalah dia mengikut Pakcik Basha pergi dan tidaklah terjadi hal ini kepadanya.”
“Jangan menysalahkan diri sendiri Ryean. Perkara dah nak berlaku bagaimana kita elakpun pasti akan berlaku juga.” K atanya sambil menepuk bahu Ryean Eiman.
“Saya setuju kamu bersama saya di sini, sekurang-kurangnya malam ni kita boleh fikirkan apa yang akan kita buat esok. Di mana dan siapa yang hendak dihubungi.” Kata Datuk Rustam dengan suara yang tenang biarpun sebenarnya dadanya cukup sebak mengenang anak gadisnya yang hilang.
“Betul juga. Mengapa tidak datuk cuba Datuk hubungi Mirinda…”
Datuk Rustam seperti baru teringat pada isterinya itu lantas dia mencapai telefon dan mendail nombor telefon Mirinda. Dia mendapati panggilannya tidak berjawab. Dia meletakkan telefon sambil mengeluh berat. Ke mana sebenarnya Mirinda pergi dan apa yang sedang dilakukannya?

MIRINDA menolak pinggannya ke tepi, setelah isi di dalamnya habis. Dia memandang Harith Rafeeq yang masih makan dengan penuh berselera. Dia berhasrat hendak ke rumah tempat Lydia ditahan dan bersemuka dengan gadis itu tetapi Harith Rafeeq menghalangnya.
“Jangan jadi bodoh!” Kata Harith Rafeeq.
“Apasalahnya? Dia pasti akan mati kan? I nak tunjukkan kepadanya dia bahawa yang dia akan gagal memiliki Ryean Eiman. Dia juga tidak akan mewarisi sebarang harta dari bapanya. Apa yang sedang dihadapinya sekarang… adalah malaikat maut.”
Harith Rafeeq diam, dia terus makan.
“Bila ini semua selesai, I dah dapat duit banyak dan syarikat tu dah jadi milik I. Bukan hanya syarikat, Ryean Eiman juga akan kembali kepada I bila Lydia dah tak ada tiada…”
Rupa-rupanya itulah tujuan Mirinda… Ingin mendapatkan semula cinta Ryean Eiman. Apakah istimewanya lelaki itu? Bisik hati Harith Rafeeq geram. Dia mencucuk daging di pinggan dengan penuh geram lantas memasukkannya ke dalam mulut. Dikunyah dengan rakus.
Mirinda ketawa. “Lelaki tu akan jadi milik I buat selama-lamanya.”
Harith Rafeeq pura-pura tidak peduli, dia terus menghabiskan minuman dan memanggil pelayan untuk menyelesaikan bil.
“Lebih baik you balik ke KL. Mungkin datuk dah balik dari umrah.” Katanya. “Lebih baik you sambut hubby you daripada fikirkan tentang lelaki lain…”
“Hei… sayang. Mengapa tak boleh pula I fikirkan lelaki lain? Satu-satunya lelaki yang bertakhta di hati I hanya Ryean Eiman.”
“Jadi… I ni apa? Kan kita dah pernah tidur bersama.”
Mirinda hanya gelak. Dia bangun berjalan mendahului Harith Rafeeq menuju ke pintu.

“IBU! Malam ni saya tak balik ke rumah. Saya tidur di hotel menemani datuk. Tak apa-apakah ibu tinggal seorang?”
Basyira diam mendengar kata-kata Ryean Eiman. Walau bagaimana pun dia tidak akan mempamerkan rasa takut. Dia tidak sepatutnya gentar. Selama ini dia memang tinggal sendiri di rumah itu, tiada apa-apa pun berlaku. Tetapi setelah dia menyedari ada orang yang masuk ke rumah dengan bebas, dan tiada pula berlaku pecah pintu ataupun tingkap, dia harus merasa takut.
Namun dia tiada tempat hendak pergi, selain daripada terus tinggal di rumahnya itu. Dia bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Kalau sudah ajal, tiada sesiapa pun yang dapat mengelak darinya. Apa yang harus dilakukannya sendiri malam ini?
Dia kembali menghadapi komputer selepas salat isyak. Pertama kali dia makan malam di dalam bilik. Dia membawa dulang berisi nasi, sup sayur dan ikan goreng lantas meletakkannya di atas meja kerjanya yang terletak menghadapi tingkap. Dia juga membawa flash kecil berisi air panas berserta dengan susu. Dia tidak akan turun lagi ke tingkat bawah. Namun lampu dapur sengaja dipasang. Dia menyendal bahagian bawah tombol pintu dengan kerusi dan di atas kerusi itu diletakkannya pula sebiji tin biskut yang sudah kosong. Sekiranya orang masuk, dia akan terdengar bunyi kerusi dan tin terjatuh ke lantai. Tetapi dia terlupa menyendal pintu hadapan.
Basyira menulis sehingga pukul 1 pagi. Dia cuba menyudahkan novel keduanya itu. Sudah lama juga dia tidak menyambung penulisannya. Kali ini dia mulai bercerita tentang sejarah ‘kecurangan’nya terhadap suaminya. Dia kembali mengalirkan airmata di saat dia menulis semula peristiwa dia menyerahkan anaknya kepada jiran Kak Jun di kampung wanita itu.
Ceritanya akan berakhir tidak lama lagi. Dia hanya akan menulis dua atau tiga bab terakhir sebelum menamatkannya. Bagaimanakah penghujung kisah ini? Bisiknya sendiri. Apakah dia akan mencari anaknya itu dan Nordin menerima anak itu dengan rela. Ryean Eiman juga harus menerima kenyataan bahawa dia bukanlah anak tunggal tetapi mempunyai seorang adik lelaki!
Basyira tidur setelah meminum susu. Semoga susu itu akan memberikan dia tidur yang lena. Dia tidak mahu mengingati apa-apa lagi. Dia mahu tidur dengan nyenyak tanpa sebarang gangguan.

TEPAT pukul empat pagi, kelihatan sesusuk tubuh menghampiri rumah Basyira lantas bergerak ke pintu dapur. Dia mengeluarkan kunci, cuba membuka pintu tetapi tidak berjaya. Pintu itu terasa ketat dan tidak dapat ditolak. Dia terus mengelilingi rumah akhirnya tiba pula di pintu hadapan. Dia cuba pula membuka pintu hadapan. Berjaya! Akhirnya dia dapat masuk.
Dia tahu Ryean Eiman tiada di rumah. Dia tahu segala yang berlaku! Datuk Rustam bersama Ryean Eiman tidur di hotel, sementara Basyira tinggal seorang diri. Dia telah mengintip Basyira sejak jam 12 malam tadi lagi. Setelah keadaan tenang barulah dia menghampiri rumah itu.
Dia berjalan ke dapur dan melihat pintu dapur yang disendal dengan kerusi dan ada tin biskut kosong di atasnya. Ibu… Dia menggelengkan kepalanya. Ibu memang pandai! Ibu tahu aku akan datang! Tapi aku lebih bijak daripada ibu…
Dia terus berjalan naik ke tingkat atas, menuju ke kamar Basyira. Dia masuk perlahan-lahan. Dilihatnya Basyira sedang tidur, selimut menutup seluruh tubuh. Kelihatan Basyira tidur tidak begitu nyenyak, tubuhnya bergerak-gerak dan mulutnya terkumat kamit.
Kenapa ibu? Ibu bermimpi ngeri ke?… Kata Ujar Harith Rafeeq sambil terus merenung wajah Basyira dalam cahaya yang samar-samar di dalam bilik itu. Tiba-tiba Basyira terjaga. Dia menggosok-gosok matanya beberapa kali. Dia terlihat bebayang orang yang berdiri di hujung katil. Spontan tangannya mencapai suis lampu tidur di tepi katil. Lampu menyala dengan cepat. Lelaki yang berdiri di hujung katilnya hanya berdiri tegak, menanti cahaya menyimbah mukanya yang memakai topeng seperti batman.
“Siapa kauuu…?” Suara Basyira bergetar, diselubungi ketakutan. Seluruh tubuhnya rasa dingin dan dadanya terus berdebar-debar dengan pantas laju.
“Aku?” Jawab lelaki itu dengan nada suara yang tenang.
“Kau lupa siapa aku?”
“Aku tak kenal engkau. Mengapa kau masuk ke rumah aku? Apa yang engkau nak?” Tanya Basyira.
“Hanya untuk berjumpa dengan engkau…” Jawab lelaki itu lagi.
“Mengapa? Aku tak kenal engkau. Aku tak pernah berhutang apa-apa dengan engkau. Pergi dari sini sebelum aku menjerit.”
“Jeritlah. Aku tahu kau tinggal seorang…”
Lelaki itu memang tahu segala-gala tentang dirinya dan apa yang berlaku di sekelilingnya. Basyira mengerti kini, bahawa lelaki itu memang menyimpan dendam padanya lantas melibatkan orang-orang yang disayanginya. Dia sengaja hendak menyusahkan Basyira. Basyira merasakan peluh dingin sudahpun merenek di dahinya.
Siapakah dia? Mengapa dia hendak menyusahkan hidupku? Tanya hati Basyira bertalu-talu.
Lelaki itu ketawa. “Kau lupa? Kau lupa pada aku yang engkau buang dan berikan kepada orang lain? Kau humban aku ke neraka dunia supaya engkau terus hidup senang lenang…” Katanya dengan suara yang garau dan keras.
“Ya Allah!” Basyira terkejut.
Harith Rafeeq membuka topeng yang membalut muka.
“Macamana ibu?” Katanya sambil tertawa. “Gembira tak berjumpa semula dengan anak yang kau buang dulu?”
“Harith…. Harith Rafeeq?” Basyira merasa kepalanya berpusing-pusing tidak menentu. Dia seperti hendak pitam. Basyira memejamkan matanya, air hangat membuak perlahan daripada kelopak matanya yang tertutup rapat.
Apabila dia membuka mata semula dia mendapati Harith Rafeeq telah tiada lagi di bilik itu.

Antara Dua Hati - Bab 34

Bab 34

MEREKA tidak bercakap dalam tempoh yang agak lama, Lydia cuba menyakinkan dirinya apa yang dilakukannya adalah betul. Mengapa dia tidak pulang sahaja ke rumah Basyira, menemui Ryean Eiman dan meminta kekasihnya itu menghantar dia kembali ke Kuala Lumpur. Mengapa kini dia terus bersama Harith Rafeeq ke destinasi yang terasa asing sekali. Memang dia tidak pernah pergi ke kawasan itu sebelum ini. Bandar industri itu terletak di satu bahagian di sebelah timur, memang ianya terasing daripada kawasan bandar Mentakab. Walaupun bagaimana pun ianya berdekatan pula dengan jalan highway menuju ke Kuala Lumpur-Kuantan.
Matanya memerhati sekeliling, dia tidak pernah menempuhi jalan itu dan memasuki satu kawasan industri yang luas. Jalan-jalannya nampak lengang biarpun di kelilingi oleh pelbagai kilang yang besar, tersergam. Di jalan yang baru dilintasi oleh Harith Rafeef terdapat beberapa blok kedai yang kelihatan tidak berpenghuni. Kedai-kedai itu kelihatan terbiar, tiada sesiapa yang menjalankan bisness di kawasan itu.
Dihujung bangunan kelihatan cahaya terang menyimbah ke jalan, di situ terdapat sebuah pub.
“Kita minum dulu sekejap di sini…” Kata Harith Rafeeq mengajak setelah lama mendiamkan diri. Lydia mengangguk. Dia terpaksa menurut. Apa yang diperlukan kini adalah telefon untuk menghubungi Ryean Eiman.
“Sunyinya kawasan ni… padahal banyak kilang tetapi bangunan kedai ni terbiar.”
“Ya.” Jawab Harith Rafeeq sepatah cuma, tersenyum sambil membukakan pintu pub supaya Lydia masuk terlebih dahulu.
Mereka memilih meja kosong yang terletak di sudut berdekatan pintu. Pub itu kosong, hanya dua atau tiga meja yang terisi. Suasana di dalamnya kelihatan tidak sibuk langsung. Gema lagu dari stereo yang berkumandang sekurang-kurangnya menghangatkan suasana yang kelihatan langsung tidak bermaya.
Pelayan datang mengambil pesanan kemudian kembali dengan membawa dua gelas coke dan sepiring kacang goreng. Kacang itu diberi percuma kepada pelanggan. Harith Rafeeq memesan fried chicken wing. “Fried chicken wing di sini sedap, you harus cuba!” Katanya tersenyum.
“Di sini ada telefon?”
“Nak call Ryean? Guna saja handphone I…” Kata Harith Rafeeq sambil menyeluk poket jaketnya. Dia merenung handphonenya sejenak kemudian berkata; “Alamak, tak ada bateri, lupa nak cas.” Mukanya mempamerkan kekesalan. “Cuba you tanya kat bar tender tu kalau-kalau dia benarkan pelanggan menggunakan telefon mereka. Telefon awam ada, di kat hujung bangunan ni…”
Lydia bangkit lantas berjalan ke arah pelayan bar tender. Saat itu Harith Rafeeq dengan cepat memasukkan sedikit serbuk ke dalam minuman Lydia, dikacaunya perlahan dengan straw. Matanya menjeling ke arah kaunter dan kelihatan Lydia sedang menggunakan telefon. Tidak lama kemudian dia kembali dengan wajah muram.
“Handphonenya tidak berjawab.” Kata Lydia. Wajahnya nampak bertambah muram.
“Minumlah dulu…” Kata Harith Rafeeq. “Kalau you nak ke rumahnya, I akan hantarkan.”
Lydia tidak menjawab. Dia menyedut minumannya dengan cepat. Harith Rafeeq memerhati sahaja meneruskan dengan senyuman yang tidak putus-putus.
Lydia menolak minuman yang sudah habis ke tepi, kepalanya terasa berat dan berpusing-pusing. Tangannya mencengkam kepala, dahinya berkerut dan tidak lama kemudian kepalanya yang bertambah berat terus rebah ke atas meja. Harith Rafeeq cepat-cepat pergi ke kaunter, menyelesaikan bil dan terus memimpin Lydia yang telah pengsan menghala ke kereta.
Kali ini kau tidak akan terlepas… Bisik Harith Rafeeq sambil membaringkan Lydia di tempat duduk belakang. Dia bersiul girang masuk ke dalam kereta dan memandu pergi.
Nasibnya sungguh baik! Fikirnya sendiri sambil terus memandu memasuki jalan yang paling hujung, masih dalam kawasan perindustrian. Di situ terdapat banyak kedai-kedai kosong yang tidak disewakan. Memang ianya satu kerugian yang jelas apabila bangunan kedai tidak berpenghuni, tiada orang yang mahu berniaga di situ. Kawasan itu banyak terdapat pelbagai kilang tetapi kebanyakan pekerja lebih suka makan di kafeteria yang disediakan. Jika ingin membeli belah lebih baik mereka ke bandar Mentakab.
Namun ada juga kelebihannya kawasan sunyi itu, fikir Harith Rafeeq lagi. Dia telah menyewa rumah yang terdapat di bahagian atas kedai. Rumah itu amat sunyi dan sesuai sekali untuk dijadikan tempat persembunyian. Sebetulnya dia tidak berniat hendak tinggal di situ langsung, dia masih menyewa hotel dan pulang untuk membersihkan diri dan tidur. Dia pun tidak punya hati hendak tidur di rumah yang langsung tiada sebarang perabot itu.
Setiap hari dia meninjau dan mencari tempat yang strategi akhirnya menemui tempat itu. Ada juga sesetengah rumah di tingkat itu dihuni oleh para pekerja kontraktor yang datang dari Indonesia dan Bangladesh. Kehadiran mereka tidak pernah dihiraukannya dan mereka pun tidak mengambil tahu perihal dirinya.
Sebenarnya sepanjang hari itu dia memandu tidak menentu, mencari dan terus mencari. Pencariannya berakhir dengan penemuan yang tidak disangka-sangka. Burung telah masuk ke dalam sangkar dengan sendiri. Lydia sendiri yang datang menyerah diri kepadanya! Harith Rafeeq tertawa sendiri sambil mencempung tubuh Lydia yang telah pengsan naik ke tingkat satu bangunan kedai itu, di mana sudah tiga hari dia menyewa rumah itu.
Ruang tamu rumah itu kosong melompong, tiada sebarang perabot melainkan hanya kekotoran dan tompokan debu di lantai simen. Dia terus membawa Lydia ke salah satu bilik membaringkannya di atas lantai yang kotor itu lantas mengunci pintu dari luar. Dia akan terus berada di situ, sehingga Lydia sedar dari pengsan. Malam itu Lydia akan berhadapan dengan orang yang selama ini menjadi misteri, yang akan menghuruharakan lagi hidupnya. Dia akan menjadi malaikat maut yang datang untuk mencabut nyawanya! Harith Rafeeq tertawa sendiri.

“MIRINDA!” Seru Harith Rafeeq melalui telefon. “I dah dapat dia! Sekarang ni dia dalam tawanan I.”
“Bagus.” Jawab Mirinda dengan cepat. “I akan ke sana sekarang.”
“Bila you sampai nanti, call I OK?” Kata Harith Rafeeq.
“Baiklah. I akan ke Hotel Green Valley.”
“Hmmm…OK. okey” Jawab Harith Rafeeq sebelum menutup telefon bimbit handphonenya. Dia bergerak ke bilik di mana dia meletakkan Lydia. Gadis itu masih pengsan. Biarlah dia tidur hingga ke pagi… Bisik hatinya. Sementara itu dia ingin pergi ke rumah ‘ibunya’. Dengan cepat dia menukar rancangan, ingin ke rumah Basyira kerana sudah rindukan wanita itu.
Seperti biasa dia akan menghendap dahulu di belakang rumah untuk memastikan apakah penghuni rumah itu ada. Dia mendapati rumah Basyira gelap gelita menandakan penghuninya tiada berpergian. Ke manakah Ryean Eiman dan Basyira pergi? Bisik hatinya.
Dia terus berjalan ke arah pintu dapur. Seperti biasa menggunakan kunci pendua untuk master key masuk. Dengan pantas dia cepat langsung menutup pintu. Dia menghidupkan lampu dapur, memerhati sekeliling ruang yang kemas. Dia berjalan ke peti ais, mendapati ada kek carrot karot yang tinggal separuh. Hmmmm…. Seleranya memuncak melihat kek tersebut. Dia mengambilnya sedikit, memasukkan ke dalam mulut dan dengan rakus mengunyahnya. Kemudian daun pintu peti sejuk ditutup, dia berjalan pula ke arah kabinet lantas membukanya. Kembali Dia dia menyelerakkan tin-tin yang ada di dalamnya sehingga hatinya puas.
Dia teringat ibubapa angkatnya sangat marah jika barang-barang di rumah berselerak dan dia akan menjadi mangsa mereka melepaskan geram dan marah. Ibubapanya bencikan suasana yang tidak teratur. Setiap barang perhiasan tidak boleh disentuh. Jika ada barangan yang dipecahkannya (walaupun secara tidak sengaja) dia akan dihukum dan dipukul dengan rotan.
Apakah sekarang ibu marah tak kalau aku mulai menysepahkan barang-barang ni ibu di dapur… bisiknya seolah-olah Basyira ada di situ. Setelah puas hati duduk di dapur dan melihat barang-barang yang sudah diselerakkan, dia naik ke tingkat atas. Tempat yang ditujuinya adalah kamar tidur Basyira. Dia menghenyakkan badannya ke atas tilam Basyira yang kelihatan kemas, sambil mata memandang sekeliling. Matanya singgah ke arah jam dinding yang menunjukkan ke pukul sebelas malam. Cepatnya masa berlalu, dia merasa mengantuk. Dia tidak sedar dia telah tertidur di atas katil Basyira…

LYDIA terjaga dan terpinga-pinga melihat sekeliling yang gelap dan sunyi. Dia meraba-raba dalam kegelapan. Apa yang disentuh oleh tangannya adalah dinding batu yang sejuk dan dingin. Spontan dia menjerit dan jeritannya cuma bergema dalam ruang yang sempit itu sahaja. Dia terus bergerak meraba-raba di dalam kegelapan. Airmatanya menitis laju. Dia bingung dan ketakutan tidak tahu di mana dia berada. Tangannya tersentuh daun pintu lantas dengan cepat memulas tombolnya. Pintu itu berkunci dari luar. Dia tidak tahu di mana dia berada. Dia menjerit lagi memukul pintu dengan sekuat tenaga, namun tiada sebarang sahutan.
Tangannya meraba-raba suis lampu. Pantas suis itu ditekan dan dalam masa beberapa saat bilik itu jadi terang. Lydia terjerit lagi apabila mengetahui di mana dia berada, di dalam sebuah bilik kosong yang berdebu. Tiada apa-apa di dalam bilik itu. Ianya benar-benar kosong. Bilik itu amat kotor, debu menyaluti lantai simen. Kesan tapak kasutnya ada di sudut tempat dia terbaring tadi. Dia memerhati bajunya yang sudah dipaliti debu.
“Jahanam!” Jeritnya seorang diri apabila teringat Harith Rafeeq. Kini barulah dia perasan akan suara itu. Suara yang berbisik ke telinganya pada waktu malam kejadian dia hampir-hampir dibunuh. Suara itu adalah suara Harith Rafeeq. Dia tidak menyangka sangka… Benar-benar tidak sangka lelaki kacak itu adalah seorang… Dia takut, amat takut untuk menyebut perkataan itu! Apa yang dia mengerti kini bahawa dia akan mati di tangan Harith Rafeeq! Lelaki itu akan menyelesaikan tugasnya yang tidak dapat diselesaikan dulu!
Dia menyesal! Dia benar-benar menyesal kerana tidak mempercayai Basha! Kini dia harus menunggu ‘maut’ yang semakin hampir. Seluruh tubuhnya lemah longlai, dia tidak dapat berbuat apa-apa selain daripada menunggu sahaja…

HARITH RAFEEQ terjaga pada awal pagi. Sungguh lelap dia tertidur di atas katil ibunya sendiri. Dia tidak menyangka dia akan tertidur di situ. Mujur Basyira tidak pulang. Jika wanita itu pulang malam tadi, pastilah dia akan terus terperangkap. Apa yang hendak dikatakan pada Basyira? Memperkenalkan siapa dirinya sebagai Harith Rafeeq bin Nordin? Atau apa? Dia tidak tahu dan belum merancang untuk berhadapan dengan Basyira. Save the best for last! Bisik hatinya. Dia akan menemui Basyira dan mengakui siapa dirinya kemudian, sebelum dia melarikan diri ke luar negara setelah semua rancangannya berjaya dan dia mendapat duit yang banyak daripada Mirinda.
Dia tahu Nordin masih di hospital. Memang teruk ‘hadiah’ yang diberikannya kepada lelaki itu. Patah riuk anggota penting badannya kena pukul. Mungkin Nordin tidak akan dapat berjalan dengan betul lagi selepas ini. Mungkin tidak akan menjadi ‘kegilaan’ wanita lagi.
Sudah hampir sebulan dia berada di hospital masih belum jua keluar. Dia tidak tahu apa yang akan dilakukannya terhadap Nordin. Tetapi yang pasti dia tidak mudah untuk memberikan kemaafan kepada ibubapa yang tidak bertanggungjawab, yang membuangnya jauh dari pandangan mereka. Mereka telah membenci dirinya sebelum kebencian itu sendiri wujud. Dan kini kebencian itu akan menjahanamkan hidup mereka pula.
Harith Rafeeq mengemas katil Basyira, membetulkan cadar yang kusut kemudian bergerak ke cermin. Dia menyikat rambutnya supaya kemas kemudian terus turun ke dapur. Tiba di hadapan sinki dia berhenti, membuka paip dan mencuci mukanya. Dia melihat di cermin sekali lagi, kemudian bergerak ke pintu dapur lantas membukanya. Dia terperanjat. Terasa luruh jantungnya apabila melihat di hadapan pintu seorang wanita sedang berdiri di situ. Dahinya wanita itu berkerut melihat Harith Rafeeq, mujur juga pinggan yang sedang dipegangnya tidak terlepas.
“Siapa ni?” Dia terus bertanya.
“Nak jumpa ibu ke? Dia tak ada.” Jawab Harith Rafeeq selamba.
“Haaa… Nak hantar kuih ni..” Kata wanita itu sambil menunjuk ke arah pinggan yang terisi dengan kuih talam ubi kayu.
“Hmmm… bagus! Nampak sedap.” Kata Harith Rafeeq menyambut pinggan dari tangan wanita itu lantas mengambilnya sepotong. Dia terus makan.
“Biar saya letak simpan di atas meja.” Katanya sambil bergerak ke meja makan, meletakkan pinggan lantas menutupnya dengan tudung saji.
“Ibu tak ada, barangkali dia ke Kuala Lumpur dengan Abang Ryean.”
“Oh!” Wanita itu nampak terkejut kemudian bertanya; “Awak ni bukan Ryean?” Dia bertanya, memang dia tidak begitu mengenali Ryean Eiman. Amat jarang dia dapat bertemu dengan anak Basyira itu. Ryean Eiman selalu sibuk. Wanita itu meneliti wajah Harith Rafeeq, dia langsung tidak rasa ragu, wajah itu sedikit sebanyak menyalin wajah Basyira sendiri.
“Ohhh… Saya adik Ryean. Harith Rafeeq.”
Wanita itu mengangguk. “Makcik tak tahu pula dia ada dua orang anak. Yalah, dia pun baru aje balik ke kampung ni.” Kata wanita itu lagi dengan ramah. “Lagipun dia tu jarang hendak bercerita hal-hal peribadi. Memang dia tidak suka bercerita dan tidak juga suka mengambil tahu hal orang…”
Makcik memang ramah… Bisik hati Harith Rafeeq. Tapi aku takkan melayan engkau walaupun seminit lagi!
“Maaflah makcik. Saya nak keluar ni, nak cepat pergi kerja.”
“Yalah.” Kata wanita itu lantas berpaling pergi. Dia memerhati Harith Rafeeq mengunci pintu. Harith Rafeeq berharap wanita itu segera pulang. Harapannya terpenuh, wanita itu berlenggang pulang tanpa sebarang kecurigaan di hati.
Huh! Dia menyapu dahi. Lega… Semua ‘lakonan’nya menjadi sempurna. Dia terus berjalan laju ke bahagian belakang rumah. Seperti biasa menuju ke tempat dia menyimpan kereta kemudian terus ke rumah sewaannya untuk melihat keadaan Lydia. Tetapi sebelum itu dia harus singgah untuk membelikan sedikit makanan dan minuman buat gadis yang terkurung itu.


KEPULANGAN Datuk Rustam dari umrah hanya ditunggu oleh pemandunya Pak Man. Tiada Lydia dan Mirinda. Tiada sesiapa melainkan lelaki itu yang menyambut troli begnya ketika dia tiba di ruang legar Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang. Datuk Rustam tertanya-tanya kenapakah tiada siapa yang menantinya. Apakah Lydia tidak tahu kepulangannya hari itu?
Wajah Pak Man nampak muram semasa mereka bertemu tadi. Lelaki itu terus menolak troli menghala ke lif. Langkah diteruskan menuju ke medan lapangan letak kereta di bahagian bawah bangunan itu.
“Semuanya sihat?” Datuk Rustam bertanya.
“Al-hamdulillah.” Jawab Pak Man.
“Lydia tak tahu saya balik hari ni?” Tanya Datuk Rustam tenang. Dadanya mulai berdebar-debar sedikit apabila pertanyaan itu tidak mendapat jawapan segera daripada Pak Man.
“Ada berita… berita tak baik datuk.” Kata Pak Man. “Saya rasa elok disampaikan berita tu di rumah saja. Ryean Eiman dengan emaknya ada di rumah datuk. Mereka tunggu datuk balik…”
Dada Datuk Rustam terus berdebar. Dia dapat merasakan sesuatu berlaku kepada Lydia. Rasa hatinya tidak keruan. Perjalanan terasa begitu lambat. Menyesal kerana tidak menaiki ERL LRT tentu sekejap sahaja sudah tiba di rumah. Rasa ingin tahu terus menghambat dirinya sehingga tiba di rumah sejam kemudian.
Ryean Eiman dan Basyira sudah lama menanti di rumah. Mirinda tidak kelihatan. Menurut Pak Man sudah beberapa hari pula dia tidak balik ke rumah itu. Dia juga tidak ke pejabat. Barangkali dia pergi bercuti… Dia tidak pernah memberitahu sesiapa setiap kali keluar dari rumah.
“Assalamualaikum! Apa khabar semua…” Tegur Datuk Rustam sebaik sahaja menjengah masuk.
“Waalaikumsalam.” Jawab Basyira dan Ryean Eiman serentak.
Ryean Eiman bangun menghulurkan tangannya ke arah Datuk Rustam. Basyira hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya ketika bertemu pandang dengan Datuk Rustam.
Datuk Rustam terus duduk di sofa berhadapan dengan Ryean Eiman. Dipandangnya muka lelaki itu yang kelihatan jelas menunjukkan tiada keceriaan langsung.
“Apa yang berlaku?” Dia terus bertanya, tidak dapat membendung resah yang sejak tiba di airport tadi melanda dirinya. Dia tidak tahu apakah yang berlaku. Cuma dia berharap tiada kematian berlaku sepanjang ketiadaannya. Saat-saat seperti ini dia tidak bersanggup kehilangan sesiapa lebih-lebih lagi anak tunggalnya… Satu-satunya zuriat yang dia ada di dunia ini.
Ryean Eiman menarik nafas, dengan nada yang perlahan menceritakan satu demi satu peristiwa yang berlaku kepada Lydia dari awal hingga ke akhir. Datuk Rustam tekun mendengar. Wajahnya berubah-ubah, muram, sedih dan akhirnya beberapa titis airmatanya mengalir jua di pipi.
Basyira memandang penuh pengertian. Memang sukar bagi Datuk Rustam menerima ini semua. Dia juga amat merasai kehilangan Lydia.
“Apa kata pihak polis?” Dia bertanya.
“Pihak polis masih menahan Pakcik Basha. Setakat ini Pakcik Basha memang mengakui yang dia telah membawa Lydia ke rumah di seberang sungai berdekatan jambatan gantung tu dengan tujuan untuk meny nak selamatkan Lydia nya… Tetapi Lydia tak ada di rumah ditemui di si tu.”
Datuk Rustam menggelengkan kepalanya seolah-olah hampir-hampir tidak percaya segala apa yang telah berlaku.
“Kita ke Mentakab sekarang juga… saya nak jumpa Basha.”
Ryean Eiman mengangguk. Mereka bertiga terus bergerak menuju ke pintu.