KALI ini aku mesti lebih berhati-hati dalam setiap langkah dan gerakku. Aku tak boleh tersilap lagi ketika menghadapi lelaki yang merbahaya ini! Berkali-kali Hamid mengingatkan dirinya. Dia menunggu Bahtiar datang di gudang besar lagi sepi yang menjadi tempat pertemuan mereka untuk ke sekian kalinya.
Bahtiar memang manusia yang tidak suka menepati waktu. Dia selalu datang lambat, membiarkan Hamid menunggu hampir sejam. Kali ini Bahtiar datang seorang diri. Tetapi Hamid merasakan bahawa orang-orang suruhannya ada di situ, tapi menyembunyikan diri mereka.
“Mid! Dah lama kau datang?” Tanya Bahtiar.
Pertemuan kali ini lebih mesra. Bahtiar mempelawa Hamid pergi ke tempat lain.
“Kita pergi tempat lainlah. Aku nak dengar rancangan kau tu betul-betul di tempat yang aman dan selesa. Aku nak dengar maklumat yang tepat dan betul. Selama tiga minggu aku biarkan kau cari maklumat tu… Aku harap kau bawa berita gembira.” Ujar Bahtiar lagi lalu mengajak Hamid menaiki keretanya meninggalkan gudang beras.
Bahtiar memandu keretanya menghala ke Jalan Triang. Jalan itu agak sempit dan berliku, tetapi lelaki itu cekap mengendalikan keretanya. Akhirnya mereka tiba di satu simpang, lalu Bahtiar memandu memasuki jalan kecil tersebut. Dia terus memandu lagi, merentas hutan-hutan kecil. Semakin jauh ke dalam rumah semakin jauh jaraknya antara satu sama lain. Kemudian mereka menemui kebun getah dan hutan kecil. Bahtiar terus memandu, tiada tanda-tanda dia akan berhenti.
Hamid memerhati sahaja. Dia tidak tahu Bahtiar mahu membawanya ke mana. Tiba-tiba dia jadi bimbang pada kejujuran Bahtiar. Perjalanan mengambil masa hampir sejam. Akhirnya mereka tiba jua. Bahtiar memperlahankan keretanya memasuki kawasan kampung. Di tepi jalan tadi tertulis nama tempat tersebut; Kampung Belengu.
Sejurus kemudian Bahtiar berhenti di hadapan sebuah rumah papan kecil fesyen lama dengan atap yang tajam seperti atap minangkabau. Namun binaan rumah itu kemas, masih cantik walaupun terbiar. Hamid yakin ia terbina dari kayu yang baik mutunya. Tidak mudah lapuk dimamah zaman. Halaman rumah itu ditutupi dedaun yang gugur dari sebatang pokok nangka yang besar. Dari kejauhan kelihatan bagaikan sebuah permaidani coklat yang besar.
Hamid memerhati sekeliling rumah yang dikepung pokok buah-buahan yang besar dan tinggi. Rumah itu agak jauh daripada rumah-rumah yang lain di kampung itu.
Bahtiar keluar lebih dahulu, memanjat tangga lalu naik ke rumah. Dia membuka pintu depan rumah dengan kunci yang dibawanya.
“Ni rumah pusaka… Rumah datuk aku dulu.” Beritahu Bahtiar tanpa dipinta.
“Di sini sunyi, tak ada orang. Memang sesuai untuk kita berbincang. Aku tak mahu sesiapa pun tahu tentang perbincangan kita. Aku tak mahu Zaiton tahu…”
“Aku faham…” Balas Hamid.
Mereka duduk di dalam rumah. Ruang rumah papan itu kosong. Tiada tikar, jauh sekali kerusi. Lantainya tidak begitu kotor tetapi Bahtiar membentang juga suratkhabar yang diambilnya dari dalam kereta.
“Sekarang… Aku nak dengar maklumat yang kau dah dapat. Kita hancurkan lelaki tak guna tu!”
Hamid diam sejenak. Selama tiga minggu ini dia tidaklah benar-benar mencari. Sebahagian daripada masanya dihabiskan di ladang tembikai Salim. Dia berniat hendak membohongi Bahtiar sahaja, sesuai dengan rancangan yang dicadangkan oleh Salim. Salim mahu dia membawa Bahtiar keluar daripada rumahnya semasa lelaki itu merompak peti besi. Bahtiar tidak akan perasan peti besinya sudah diceroboh orang. Mengingati idea itu Hamid jadi teruja sekali. Dia tersenyum.
Hamid akan mengikut Bahtiar pergi menjejaki Jasman. Justeru itu penglibatan Hamid dengan rancangan Salim tidak akan diketahui oleh sesiapa. Kononnya Hamid sudah tahu tempat persembunyian Jasman selama ini. Di Perak. Salim yakin… Firasatnya menyatakan bahawa Jasman memang berada di Perak. Salim mencadangkan Hamid membawa Bahtiar ke tempat di mana dia ditemui sesat dahulu.
“Tapi aku dah lupa tempat tu…” Hamid memang tidak ingat langsung tempat itu.
“Tak apa… Aku akan lakarkan peta. Kau ikut saja… Aku biasa pergi ke tepi sungai tempat perkhemahan tu… Aku juga biasa masuk ke hutan di sekitar kawasan tu. Percayalah. Bahtiar akan terpedaya. Kau ajak dia berburu sekarang… jadi kau dan dia takkan cepat-cepat balik. Senanglah kerja aku!”
Hamid mengeluarkan kertas bersaiz A4 yang dilipat-lipat kecil, tersimpan di dalam poket baju kemejanya.
“Ni peta tempat yang akan kita tuju…” Kata Hamid. “Kau dan aku akan pergi menjejaki lelaki itu dan menamatkan riwayatnya!”
“Kita? Kau gila ke? Bukankah itu kerja engkau? Mengapa pula kau nak ajak aku pergi? Kau bekerja dengan aku… Aku yang bayar engkau!” Sergah Bahtiar.
Hamid mulai menggelabah. Dia mesti cuba menyakinkan Bahtiar untuk pergi bersamanya. “Biarlah aku mengaku saja…” Kata Hamid.
“Mengaku apa?”
“Aku takut nak berhadapan dengan lelaki tu. Aku pernah ditanam hidup-hidup! Cubalah kau bayangkan! Kalau aku pergi sorang, manalah tahu kalau-kalau aku terperangkap, sekurang-kurangnya kau ada untuk membantu aku. Lagipun kau lebih berani… Kau kena ada masa Sheila ditemui nanti!”
Bahtiar termenung.
“Lagipun kita kena intip dia dulu. Lelaki ni bijak. Aku dah kena perangkap dia, aku tak nak kena lagi!”
“Jadi kau nak libatkan aku?”
“Bahtiar… Walaupun aku kerja dengan kau, tapi lebih baik sekiranya kau ikut cara aku. Kita pergi sana ada dua tujuan. Satu untuk buru Jasman, kedua kita boleh memburu rusa. Masa aku sesat tu, berapa kali aku nampak kelibat rusa… Huh! Kalau aku ada senapang, dah tentu aku buru rusa tu!” Kata Hamid pura-pura bersemangat.
“Ya tak ya juga…” Kata Bahtiar. Dia memang sudah lama tidak berburu, sudah lupa betapa enaknya daging rusa.
“Rumah tempat aku dikurung tu dekat dengan kawasan hutan…” Cerita Hamid. “Dua hari aku dikurung dalam sebuah perpustakaan yang besar. Sesekali aku ada dengar juga suara orang perempuan. Tapi aku tak boleh jerit minta tolong. Mulut kena sumbat, kaki tangan terikat. Memang kejam Jasman tu!” Cerita Hamid sambil menggelengkan kepalanya.
“Jadi kau betul-betul tahu lokasi rumah tu di tepi hutan tu?”
“Tahu …Kan semuanya dah terlukis dalam peta ni…” Kata Hamid dengan penuh yakin. Tidak mudah untuk berbohong. Wajahnya sudah berpeluh-peluh. Dia mengesat peluhnya dengan sehelai sapu tangan yang sudah lunyai.
Hamid teringat kembali pada kata-kata Salim; “Bila dah masuk hutan tu nanti, kau pura-pura sesat. Biar ambil masa yang lama sikit…”
“Kau ni kalau aku betul-betul sesat… Macamana? Bahtiar bawa senapang… Buatnya dia hala muncung senapang kat kepala aku, mati aku!”
“Percaya cakap akulah bang! Dia takkan bunuh abang! Kalau dia bunuh… Dia akan tinggal sorang dalam hutan tu! Nanti kau jangan lupa bawa kompas. Kalau kau bernasib baik, siapa tahu kau akan jumpa rumah lelaki tu….”
Bahtiar termenung, berfikir dalam.
“Aku harap kau takkan lepaskan peluang ni! Aku yakin usaha kita akan berhasil. Kita akan dapat memburu lelaki tak guna tu dan menghancurkan hidupnya…”
“Aku fikir dulu lah!” Jawab Bahtiar tidak puas hati.
“Jangan fikir-fikir lagi ini demi keselamatan anak saudara kau… Kalau dia sanggup tanam aku hidup-hidup, tak mustahil dia akan bunuh orang lain. Dia tu pembunuh kejam… Merbahaya!” Hamid mengingatkan, sambil berharap Bahtiar segera membuat keputusan.
“Okey.” Bahtiar akhirnya bersetuju. “Kita pergi Sabtu ni… Esok aku uruskan beberapa perkara sebelum kita pergi.”
“Kita berdua saja… Tak perlu kau bawa dua orang bodyguard kau tu!” Hamid mengingatkan.
Bahtiar mengangguk. Dia percaya pada Hamid.
“KAU NI tenggelam, timbul… tenggelam timbul!” Kata Inspektor Razif apabila melihat Jasman muncul di hadapan pintu bilik kerjanya tengahari itu.
“Tenggelam timbul tak apa. Jangan terus tenggelam…” Jawab Jasman sambil tergelak kecil. “Aku sibuklah, uruskan bisness… Sekarang baru ada masa datang jumpa kau.”
Jasman sambil memerhati sekeliling. Ruang pejabat itu kelihatan tidak begitu sibuk. Meja Inspektor Razif tidak ditimbunan fail seperti kebiasaannya. Hanya ada satu fail yang sedang terbentang di hadapannya. Tadi dia sedang mencatat sesuatu.
Seperti Jasman datang ke situ untuk melihat sebarang perkembangan baru. Namun kelihatannya tiada apa-apa yang berubah. Segalanya masih terkawal. Sehari semalam berlalu dengan aman. Tiada siapa pun perasan, seorang lagi manusia telah berpindah dari alam fana ke alam baqa.
“Aku pun sibuk juga…” Jawab Inspektor Razif. “Tapi sentiasa di sini… Tapi kau tu, sekejap di Muar, sekejap di KL… lepas tu entah ke mana pula!”
“Ha… Apa pula kes baru?” Tanya Jasman segera memotong kata-kata kawannya itu.
“Macam-macam. Tapi tak adalah yang gempar sangat.” Katanya dengan suara merendah. “Kau ada apa-apa info nak beritahu ke datang jumpa aku ni?”
“Tak ada apa-apalah. Nak belanja kau makan je…”
“Bertuahnya aku! Memang aku belum makan tengahari ni. Nak makan di mana?”
“Di tempat istimewa. Coffee house Hotel Reinnesance”
“Amboi! Baru lepas jual kerbau ke jual tanah?”
“Ehhh… Kau ingat aku kampung sangat ke? Banyak duit bila jual tanah atau jual kerbau. Lepas tu pokai semula…Walau pun berasal dari Muar tapi aku…” Dia tak jadi menghabiskan kata-katanya. Ejekan Inspektor Razif buat dia rasa rendah diri. Dia memang tak suka pada ejekan begitu. Darahnya mendadak naik marah dan kepalanya mulai rasa ringan dan berangin.
“Bisness aku sedang berkembang.” Katanya sambil mengawal diri.
Inspektor Razif tersenyum. Dia bangun meninggalkan meja.
“Jomlah. Aku lapar betul ni… Kalau kau nak belanja, aku akan hentam betul-betul.”
“Ok… Jom!”
Kedua-duanya beriringan keluar. Kegembiraan Jasman begitu ketara. Dia asyik ketawa dan tersenyum pada sesiapa sahaja yang ditemuinya semasa mereka keluar dari bangunan itu. Walaupun tadi dia rasa geram dengan ejekan Inspektor Razif tetapi apabila teringat bahawa dialah yang menguasai segala-galanya, perasaan marah itu lenyap segera.
Semasa sedang makan, tiba-tiba Jasman teringat pada lelaki yang pernah ditanam hidup-hidup di hutan belakang rumahnya di Ladang Bukit Kundang. Dia yakin lelaki itu adalah salah seorang tali barut Inspektor Razif. Tapi mengapa Inspektor Razif masih bersikap biasa bila berhadapan dengannya? Dia mulai rasa ragu-ragu apakah benar lelaki itu orang bawahan Inspektor Razif. Sekurang-kurangnya pasti Inspektor Razif akan menyebut tentang ‘kehilangan’ orang yang bawahannya. Namun lelaki itu tidak pernah berkata apa-apa. Kes GRO yang dulu ditanganinya dengan bersungguh-sungguh kini juga sudah lenyap seperti sudah dilupakan.
Dia telah menghentikan perbuatan itu buat sementara waktu! Biarkan kekusutan itu reda. Biar Inspektor Razif tidak lagi sibuk menyiasat dan mencari siapa dalangnya, sedangkan dia sentiasa berada di hadapan mata! Bodoh! Aku ingat kau cerdik… Tapi sebenarnya akulah yang lebih cerdik! Bisik hati Jasman.
“Apa khabar adik ipar aku?”
Jasman tersentak. Sudah lama dia tidak pulang ke Ladang Bukit Kundang. Dia sendiri tidak tahu apakah perkembangan isterinya itu. Jangan-jangan dia sudah lari? Agh! Tak mungkin. Jamil terlalu setia dan menjalankan tugasnya dengan baik. Sudah tentu Jamil tidak ingin kehilangan pekerjaan yang mudah dengan gaji yang amat lumayan.
“Sihat… Sihat.” Jawabnya sambil tersenyum.
“Bila la aku boleh jumpa dia agaknya?”
“Bila-bila aje… Tapi lebih senang kalau kau call aje kan? Lagipun kau tu sibuk. Sheila tak suka keluar rumah sejak mengandung ni, dia cepat letih.” Beritahu Jasman memberikan alasan yang munasabah.
“Boleh la bagi aku nombor telefon dia.” Kata Inspektor Razif.
Jasman mengangguk. Sampai kiamatlah kau tak kan dapat bercakap dengan dia. Handphone dia, aku dah buang dalam lombong… Bisik hati Jasman sambil terus tertawa sendiri di dalam hati.
Esok dia akan balik ke Ladang Bukit Kundang. Sudah lama dia meninggalkan rumah keduanya… Sudah tiba masanya dia balik untuk melihat keadaan Sheila.

Bab 22
KUNCI! Itulah yang selalu difikirkan oleh Sheila, setiap masa. Dia memikirkan hal itu tidak putus-putus. Baik semasa sedang mandi, makan, minum, menidurkan Nurul Farhana dan juga ketika berbaring untuk merehatkan badannya yang kepenatan. Kunci itu lebih berharga daripada segumpal duit, seketul emas. Walaupun dia dilemparkan dengan intan berlian, dia tetap menginginkan kunci yang sentiasa ada di dalam poket seluar Jamil.
Bagaimanakah caranya dia harus mendapatkan kunci itu? Bagaimana? Sudah puas dia memikirkannya. Tak mungkin dia akan berjaya memujuk Jamil. Tak mungkin! Jamil terlalu berhati-hati tidak pernah meninggalkan kunci tersebut di mana-mana. Sejak Jasman tidak pulang, Jamil tidur di situ. Sudah lama dia tidak balik ke rumahnya sendiri. Sedikit sebanyak Sheila senang hati, Jasman tiada. Dia bebas di dalam rumah walaupun tidak dapat keluar dari tembok yang mengelilinginya.
Nurul Farhana masih terlalu kecil untuk dibawa keluar dari rumah itu. Tapi dia tidak boleh menangguhkan rancangan untuk melarikan diri. Keadaan akan menjadi sulit sekiranya Jasman ada di situ. Mustahil dia dapat melarikan diri buat selama-lamanya.
Sebaik sahaja dia mendapat kunci itu, dia tetap akan keluar membawa Nurul Farhana bersamanya. Dia sudah berkira-kira untuk membawa Nurul Farhana melalui jalan hutan. Dia yakin hutan itu tidaklah setebal mana… Lebih selamat melalui jalan hutan berbanding jalan raya. Jasman selalu pulang tanpa memberitahu sesiapa. Jika terserempak dengannya di tengah jalan, pastilah tiada ampun dan maaf yang dapat dipohon. Dia yakin tubuh badannya akan menjadi mangsa lelaki itu.
Hari demi hari tubuh Sheila semakin kuat. Jamu dan ubat akar kayu Mak Timah yang diminumnya setiap hari dapat memulihkan tenaganya dengan cepat. Setiap kali memandang wajah Nurul Farhana hatinya sedikit sedih. Dia lahir tanpa sebarang persediaan. Malah Sheila langsung tidak menyediakan sebarang pakaian bayi yang baru untuknya. Jamil bermurah hati membawakan baju-baju lama milik anaknya Bob. Hanya baju-baju itu yang menjadi pakaian Nurul Farhana.
Ibu janji akan membelikan pakaian yang sempurna untukmu apabila kita berjaya lari dari sini Hana. Ibu janji sayang… Kita berdua akan hidup gembira di luar sana. Kita harus pergi secepat mungkin, sebelum ayahmu balik. Barangkali dia tidak tahu kau sudah pun lahir ke dunia ini. Sheila merenung anaknya yang sedang tidur nyenyak di atas katil. Perlahan-lahan dia bangun lalu berdiri di tepi jendela yang menghadap ke hutan.
Hutan kelihatan menghijau, tebal dan dingin. Sheila tidak tahu apakah dia akan berjaya menembusi hutan itu… lari sejauh mungkin tanpa mencederakan anaknya. Apakah dia akan berjaya? Dia melepaskan keluhan. Oh! Tuhan semoga aku berjaya menempuh ujian ini.
Sheila keluar dari kamar. Suasana dalam rumah begitu sepi. Tidak terdengar suara Jamil bercakap-cakap dengan Yop dan Dolah. Sebagai tukang kebun, Dolah selalu berada di kebun belakang rumah. Ataupun membersihkan halaman dan padang rumput yang luas itu. Yop selalunya di dapur, membantu Jamil. Namun sejak kebelakangan ini Jamil lebih suka bersendirian di dalam bilik tidur tingkat bawah. Entah apa yang dibuatnya di bilik itu.
Sheila berdiri di tengah-tengah ruang memerhati ke arah deretan bilik-bilik yang bertutup rapat. Akhirnya mata Sheila tertuju ke arah bilik hujung yang menjadi rahsia sekian lama. Beberapa ketika dia hampir-hampir lupa pada bilik itu, kerana kesibukannya menjaga dan melayani Nurul Farhana, kini keinginan itu datang semula. Apakah yang ada di dalam bilik itu? Hatinya kuat menyatakan ada sesuatu di situ… Satu petunjuk atau panduan yang akan membawa dia keluar dari rumah besar yang terpencil ini. Rumah yang tidak ubah seperti penjara dan dia banduan yang tidak bersalah.
Aku mesti mencari jalan, tidak kira macamana caranya untuk masuk ke bilik tu… Aku mesti cuba! Bisik hati Sheila dengan penuh semangat. Dia berjalan laju menghala ke bilik itu, lalu memegang tombol pintu. Dia memulas tombol pintu dengan sekuat hati namun tidak berjaya membukanya. Tombol pintu tidak berjaya dipulas, ianya memang terkunci ketat dan sudah lama tidak dibuka oleh sesiapapun. Sheila tidak pernah sekali pun melihat Jasman memasuki bilik itu. Begitu juga Jamil.
Aku mesti masuk! Tuhan… Tolonglah aku… Aku tahu ada sesuatu di dalam bilik tu… Tapi apa? Sheila berjalan mundar mandir di hadapan pintu bilik tersebut. Kemudian dia berlari ke biliknya sendiri. Dia menarik laci lalu mencari sesuatu di dalamnya. Dia terlihat sebatang pin baju yang agak besar. Dia memegang pin itu, sambil berfikir sejenak. Baik aku cuba gunakan pin ni… Macam dalam filem tu! Dengan pin saja boleh membuka pintu! Tapi aku tahu itu hanya dalam filem… Dia mencuba mencucuk hujung pin itu ke dalam lubang pintu. Puas dia menggoyang-goyang pin itu yang telah disumbatkan ke dalam lubang kunci. Tubuhnya mulai berpeluh, kepanasan. Usaha itu tidak berjaya langsung. Dia membuang pin itu ke lantai, sambil merengus marah.
Memang tak berjaya! Itu semua tipu. Katanya sendiri dengan nada marah. Lebih baik aku tendang saja pintu ni… tapi nanti didengari pula oleh Jamil. Mesti dia nak tahu apa yang berlaku. Bahaya. Lebih baik cuba sekali lagi. Dia mengutip pin itu kembali memasukkannya ke dalam lubang kunci. Sebelum itu dia membaca ‘Bismillahhirahma nirrahhim.’ dengan sesungguh hati sambil berdoa wujudnya keajaiban tuhan.
Terdengar bunyi ‘klik’ diikuti dengan daun pintu menjadi renggang. Sheila tidak percaya. Pintu itu telah pun renggang, dia dapat melihat membukanya dengan keizinan Tuhan. Sheila berdiri di tengah-tengah pintu yang telah dikuaknya seluas mungkin.
Matanya memerhati ke dalam bilik itu yang dipenuhi dengan sawang dan jelaga. Lama dia merenung segala yang ada di dalam bilik itu. Ada sebuah katil besi fesyen lama. Katil itu tinggi, ada tetapak berupa tangga terletak di tepi tiang besi. Katil beralas cadar kain cotton putih bersulam itu dicemari debu. Tompokan debu juga terdapat di lantai. Sheila memandang ke belakang, terlihat kesan tapak kakinya dengan jelas.
Tengkuknya tiba-tiba meremang… Seram semacam aje lah bilik ni! Bisik hatinya sambil meraba-raba tengkuknya sendiri. Tak ada apa-apalah! Bisiknya memberanikan diri untuk terus melangkah masuk ke dalam bilik yang agak terang, yang mempunyai banyak tingkap cermin, tetapi tidak berlangsir. Sebuah almari besar terletak bersebelahan dengan katil. Di tepi almari terdapat meja solek. Dan di atas meja solek yang berdebu kelihatan beberapa keping gambar di dalam bingkai kecil yang disusun dengan rapi, tidak terusik.
Sheila mendekati meja solek itu, memegang salah satu dari gambar itu. Dia menyapu gambar yang berdebu itu dengan tangannya. Gambar hitam putih wajah seorang gadis tionghua yang masih muda, tersenyum manis. Dia mengenakan gaun kembang separas lutut. Latar belakang sebuah taman dan tasik. Siapakah dia? Hati Sheila tertanya-tanya.
Dia mengambil sekeping lagi gambar. Menggosok-gosok dengan jarinya supaya gambar itu terang. Gambar kedua yang dipegangnya adalah gambar potret gadis yang sama dengan seorang lelaki Inggeris yang sudah berumur.
“Tuan David… mungkin!” Dia teringat semua cerita Mak Timah.
“Gadis ni pastinya Kelly.” Teka Sheila sendiri. “Tak syak lagi… Memang Kelly. Tapi di manakah dia sekarang?” bisiknya sendiri.
Sheila menarik laci meja solek. Dia terkejut sendiri. Kunci? Matanya terbeliak terlihat ada segugus kunci di situ. Dia menggenggam kunci itu. Apakah kunci ini masih boleh digunakan? Apakah ini kunci rumah dan kunci pintu pagar belakang rumah? Dia tidak tahu. Gugusan kunci itu terlalu banyak, dia harus mencubanya satu persatu.
Sheila memegang kunci itu dalam genggamannya. Hatinya berbunga harapan. Dia telah mendapat kunci tersebut. Tiba-tiba ada satu keinginan untuk mengetahui apakah yang ada di dalam almari itu. Barangkali baju-baju lama ataupun barang-barang berharga, siapa tahu? Dia memegang pintu almari. Berkunci. Ahhh… Apa yang dia bimbangkan? Semua kunci sudah ada dalam tangannya. Dia mencuba setiap kunci yang ada, akhirnya menemui kunci yang sesuai.
Almari itu dibuka perlahan-lahan dengan dada yang berdebar-debar. Pintu almari terbuka luas. Ada banyak baju-baju lama tergantung di dalamnya. Sheila tertanya-tanya sendiri mengapa baju-baju itu tersimpan di situ. Tiba-tiba dia terdengar bunyi sesuatu di tepi tingkap. Mata Sheila terbeliak. Dia terlihat bebayang orang di situ, berdiri memandang tepat ke wajahnya. Suaranya tersekat di kerongkong. Wajah yang samar-samar itu menyerupai wajah yang baru dilihatnya di dalam gambar tadi.
“Subhanallah!” Jeritnya sekuat hati. “La ilahaillah Muhammadan rasulullah!”
Bayangan itu lenyap, hilang begitu saja bagaikan angin yang berlalu. Sheila mencapai kunci, dengan sisa-sisa kekuatan yang ada berlari keluar dari bilik itu. Dia terus berlari turun tangga sambil menjerit-jerit memanggil nama Jamil.
Jamil ada di dalam bilik tidur tingkat bawah. Dia sedang berdiri di hadapan peti besi yang terbuka luas. Dia baru sahaja selesai mengira wang yang banyak. Wang itu amat menguja hati dan perasaannya. Sejak Jasman tidak lagi balik ke situ, dia merasakan wang itu lambat laun akan menjadi miliknya. Jamil menutup peti besi, lalu menguncinya. Dia kehairanan. Mengapa perempuan tu terjerit-jerit cemas panggil aku? Soalnya dalam hati.
Jamil keluar dari bilik tidur. Dia melihat wajah pucat Sheila, rambutnya menggerbang sedang berlari laju menuruni tangga. Tanpa sedar, Sheila memeluk Jamil. Pelukannya begitu kemas, seolah-olah tidak mahu dilepaskan. Tubuhnya menggigil hebat. Jamil terpaku, tidak tahu apa yang berlaku pada Sheila.
Tubuh Sheila terus menggigil. Badannya berpeluh dingin. Matanya masih terbelalak. Dia gagal bersuara. Hanya tangannya sahaja tertuding ke tingkat atas.
“Kenapa?” Tanya Jamil tidak mengerti, cuba meleraikan pelukan Sheila. Tapi Sheila tidak mahu melepaskan lingkaran tangannya di pinggang Jamil. Dia masih ketakutan yang amat sangat.
“Kenapa?” Sergah Jamil, sambil menolak Sheila perlahan-lahan. Lemas juga rasa dadanya dipeluk begitu kuat.
“Aaadaaa… hantuuuu kat bilik hujunggg tuuuu…” Kata Sheila, suaranya begitu payah untuk keluar.
Sebaliknya Jamil tenang saja. “Siapa suruh kau masuk ke sana? Siapa suruh?” Dia tergelak kecil.
“Aku… Aku cari kunci rumah…”
“Nak buat apa? Kau nak lari ya…” Balas Jamil, sambil terus mentertawakan Sheila. Sheila masih memegang lengan Jamil, dia tidak mahu berenggang dari lelaki itu.
“Tahu takut! Orang dah beri amaran jangan masuk ke bilik tu… Kau yang degil. Padanlah dengan muka kau!” Jamil mengejeknya tanpa simpati.
Dia menarik tubuh Sheila yang terus menggigil ke arah kerusi tidak jauh dari situ.
“Jangan takutlah siang-siang buta macam ni!” Sergah Jamil. “Kalau malam karang baru kau patut rasa takut.”
Wajah Sheila masih pucat lesi, tubuhnya terus menggigil sehingga dia memegang kerusi dengan kuat agar dia tidak jauh terjelepuk di atas lantai. Sheila tidak akan menunggu untuk terus berada di situ hingga ke malam. Jika selama dia tidak mengetahui apa-apa, namun selepas kejadian ini dia tidak berani lagi naik ke tingkat atas bersendirian.
“Abang Jamil… Tolonglah. Tolong lepaskan aku pergi dari sini. Benarkan aku dan anakku tinggalkan rumah ni. Tolonglah Abang Jamil. Aku rayu… Aku mohon. Kasihanilah kami…” Rayu Sheila. Melihat keadaan Sheila yang begitu takut, membuat Jamil termenung dan berfikir dalam-dalam.
“Bertenang. Kau duduk tenang-tenang dulu di sini. Biar aku naik ke atas sekejap.”
“Abang Jamil! Tolong bawa Hana turun. Aku takkan naik lagi ke tingkat atas. Aku memang tak berani naik lagi…”
Jamil hanya tertawa. Lelaki itu naik ke tingkat atas. Sebentar kemudian dia turun semula sambil memangku Nurul Farhana yang masih tidur. Sheila memang tidak akan naik lagi ke tingkat atas. Biar dia terus berada di situ hingga petang.
Wajah Jamil tenang sahaja seolah-olah tiada apa-apa berlaku. Dia telah pergi ke bilik Kelly, mengambil kunci yang ditemui oleh Sheila di bilik itu. Dia menutup pintu, menguncinya semula lalu turun. Seberkas kunci dihulur pada Sheila.
“Kalau kau nak lari, lari malam karang. Kau ambil kunci ni, kau buka pintu pagar belakang. Aku akan tunjukkan kau jalan, supaya tak sesat. Kau cari anak sungai, ikut menghilir anak sungai. Kau akan jumpa kampung. Berdoa saja Jasman takkan balik hari ni…”
“Oh! Abang Jamil. Terima kasih Abang Jamil.” Kata Sheila sambil memeluk Jamil tanpa disedari. Jamil membalas pelukan Sheila menepuk belakangnya perlahan-lahan. Sheila mulai menangis teresak-esak. Ketakutannya sudah hilang diganti dengan rasa terharu.
“Sudah… Sudah! Jangan menangis. Kau ni pandai buat orang sedih.”
“Kalau saya lari nanti, macamana dengan abang Jamil?”
“Pandai-pandailah aku nak hidup.” Jawab Jamil.
Apabila Jasman pulang nanti, dia akan menceritakan hal yang sebenar bahawa Sheila berjaya memasuki bilik Kelly. Kemudian menemui kunci di dalam bilik itu. Dia lari tanpa pengetahuan Jamil pada waktu tengah malam. Jamil akan memberitahu Jasman, kemungkinan Sheila lari melalui pintu belakang.
Jamil memang mengetahui semua rahsia itu. Kelly telah dibunuh kejam dan disembunyikan di bilik itu. Kelly dibunuh oleh Jasman selepas mereka bertengkar tentang harta dan wasiat wanita itu. Kelly berhasrat hendak menyerahkan sebahagian harta-harta, rumah dan ladang kepada anak-anak tirinya… Anak David yang kini berada di luar negara. Hal itu tidak dipersetujui oleh Jasman.
Selain daripada Jamil dan Jasman, tiada sesiapa pun tahu ke mana Kelly menghilang diri. Pada orang yang pernah bertanya tentang Kelly, Jasman hanya memberitahu wanita itu keluar negara, menemui anak-anak tirinya. Kelly mengamanahkan harta-harta ke tangannya untuk diuruskan dengan sebaik mungkin. Tapi sebenarnya semua harta milik Kelly tidak pernah berpindah milik, masih di atas nama perempuan malang itu. Dan Jasman hanya menumpang. Wasiat Kelly tidak pernah dibaca oleh peguamnya. Malah Jasman tidak pernah berani untuk menghubungi peguam Kelly.
Tiga tahun sudah berlalu. Alasan Kelly ke luar negara dan terus bermastautin di sana tidak pernah dipertikaikan oleh sesiapa.
JASMAN dalam perjalanan pulang ke Ladang Bukit Kundang. Dia memandu laju melalui jalan highway dari KL menuju utara. Hari itu dia seperti tidak sabar-sabar ingin pulang menemui Sheila. Ada juga sekelumit rindu buat wanita itu. Sudah lama wanita itu diabaikannya. Dia sedar, dia bukanlah benci atau pun marah pada Sheila. Sheila wanita yang baik. Dia tidak bohong jika dia menyatakan ada jua secuit rasa sayangnya pada Sheila. Lebih-lebih lagi sejak Sheila hamil… Dia teringin juga untuk melihat wajah anaknya.
Antara dua tiga bulan ini dia sibuk mengatur strategi untuk menawan hati Doktor Erleta. Usahanya itu tidak sia-sia, dia berjaya memiliki hati wanita itu dalam masa yang singkat. Dia berjaya membawa wanita itu hingga ke kamar tidurnya!
Selepas makan malam yang sungguh romantis ditemani cahaya lilin, Jasman tidak putus-putus menabur janji dan melafazkan cintanya. Doktor Erleta benar-benar terbuai dan tertipu dengan manisnya mulut bak madu. Hakikatnya kemanisan itu hanya satu kepura-puraan. Wanita itu semakin mendekati pintu perangkap yang telah dipasangnya. Dan akhirnya terjebak.
Jasman tersenyum sendiri saat dia teringatkan peristiwa yang berlaku pada malam itu.
“Tolonglah Jasman…” Rayu Doktor Erleta. “I tak mahu teruskannya. Berdosa…”
“Baru ingat dosa? I takkan lepaskan you Erleta.”
“Jasman, you love me. Kasihanilah I, Jasman!”
“Love you? I tak pernah mencintai you Erleta. Selama ni I berpura-pura aje. I sebenarnya dah kahwin. I dah ada isteri… jauh lebih cantik dari you.”
“Apaaa?”
“You terkejut?” Jasman ketawa.
“You tahu siapa isteri I? Sheila. Sheila bekas kekasih suami you. You tahu, kenapa I buat macam ni? You tahu I sengaja memikat you… I nak hancurkan seluruh keluarga Farhan.”
“Apa salah mereka, Jasman?” Tanya Doktor Erleta.
“You tak perlu tahu lah!” Jawab Jasman kasar, sambil mencekak rambut Doktor Erleta sekuat hatinya. “I akan kerjakan you malam ni. You akan tahu siapa I. I akan hapuskan you…”
“Tak.. Tolong! Tolong… Jangan sakiti I.”
Doktor Erleta cuba melarikan diri dari dalam kamar itu. Dia berjaya keluar, berlari menuruni tangga menuju ke tingkat bawah. Wanita itu bergerak pantas, menutup suis utama. Seluruh rumah gelap gelita. Tapi Jasman lebih pantas, sedari awal dia telah mengunci pintu hadapan dan pintu belakang. Walaupun berada dalam kegelapan tapi dia tahu selok belok di dalam rumahnya sendiri.
Jasman tertawa di dalam gelap. Dia rasa seronok, memburu mangsa dalam kegelapan dan ruang yang dia benar-benar mahir.
Dia memasang telinga. Pergerakan dan langkahnya perlahan. Dia menggunakan hanya lampu dari handphonenya.
“Ellyyyy… Where are youuuuuu…” Serunya sambil tertawa lepas.
Doktor Erleta tidak berani bergerak. Dia berada di satu sudut yang dia sendiri tidak tahu di mana. Dia menyandarkan badannya di dinding, sambil bergerak perlahan selari dengan dinding. Tiba-tiba badannya terlanggar sesuatu. Dia meraba-raba dalam kegelapan dan terpegang telefon yang ada di atas meja. Perlahan-lahan gagang diangkat lalu dia teraba-raba menekan nombor telefon Andy Farhan. Lama dia menunggu barulah panggilannya diangkat.
Dia menyeru perlahan; “Tolong I…Farhan.”
Suaranya meskipun perlahan, tetap didengari oleh Jasman. Lelaki itu terus menerkam ke arahnya, menghempas gagang dan mengheretnya naik ke bilik. Dia diikat pada sebuah kerusi. Kemudian Jasman kembali memasang suis utama. Dia kembali ke bilik tempat dia mengikat dan mengurung Doktor Erleta.
“Kau minta tolong dengan Farhan? Kau ni memang nak kena… Celaka!” Jasman menampar pipinya tanpa belas kasihan. Dia tertawa puas melihat wajah wanita itu tidak lagi cantik. Darah ada di mana-mana bahagian wajahnya. Bibirnya bengkak, mata sembab dan pipinya lebam.
Jasman terus menyeksa Doktor Erleta. Dia ada rancangan yang lebih baik selepas itu. Jasad dan nama Doktor Erleta akan dilenyapkan terus dari muka bumi ini. Dialah yang menguasai diri wanita itu sekarang. Rayuan simpati tidak akan dihiraukannya. Sudah terlambat untuk sebarang pengampunan! Bisik hatinya. Dia akan ‘menyimpan’ wanita itu sama seperti dia menyembunyikan Hasna, Kelly dan beberapa orang lagi mangsanya. Kehebatannya sukar ditandingi…
Tiba-tiba kelajuan keretanya mendadak menurun ke angka nol. Jasman terkejut. Apa sudah jadi pada keretanya yang semakin perlahan lalu terhenti di tubir jalan. Dia memandang ke arah meter di hadapannya. Terlihat jarum meter menunjukkan minyak sudah menunjuk ke huruf E. Minyak kereta sudah kering kontang. Dia terlupa hendak singgah mengisi minyak sebelum bertolak tadi. Cepat dia memukul setering kereta. Kesal! Inilah pertama kali dia cuai. Selama ini dia amat berhati-hati.
Aduh! Dia mengeluh berat. Matahari petang kian condong. Tidak lama lagi senja akan menjelang. Waktu senja berlalu dengan cepat diganti malam yang kelam lagi gelap. Dia pula berada di tengah-tengah jalan highway. Kebanyakan kereta bergerak laju. Tidak mungkin ada yang simpati menghulurkan pertolongan. Ke mana dia hendak pergi? Di manakah stesen minyak terdekat? Mahu tidak mahu dia terpaksa berjalan kaki mencari stesen minyak…
Jasman keluar dari kereta. Dia termenung panjang. Kakinya menendang tayar kereta melepaskan rasa marah tidak terhingga. Dia memandang jauh ke arah jalan yang terbentang luas dan panjang. Kereta di sepanjang jalan berdesup laju dan tidak ada satu pun yang akan berhenti di tengah jalan di waktu senja-senja pula.
Ahhh… Dia bukanlah lemah. Dia tidak akan mudah lemah semangat. Dia akan menunggu sebentar, tidak sanggup untuk berjalan kaki. Mungkin dia boleh cuba menahan mana-mana kereta. Dia harus cekal, meminta pertolongan dari kereta yang lalu lalang. Dia berdiri di sisi kereta, sambil memegang handphone. Dia cuba mendail nombor Inspektor Razif. Lelaki itu tidak menjawab panggilannya.
Pasti lelaki itu sibuk… Agh! Tak guna mengharapkan lelaki tu! Marahnya sambil menyepak lagi tayar kereta dengan sekuat hati. Dia cuba menahan beberapa buah kereta tapi satu pun tidak mahu berhenti. Jasman menyumpah seranah dan meludah-ludah.
Setelah penat menahan kereta yang enggan berhenti, dia masuk ke dalam kereta. Tempat duduk diturunkan, dia membaringkan badannya yang terasa penat dan mulai disimbah peluh. Lebih baik aku tidur sekejap… bisik hatinya. Kepenatan dan kekecewaan, akhirnya dia terlelap.

Bab 23
AKU memperolehi ketenangan di sini… Sejak datang, kakinya terasa berat hendak melangkah pergi. Sejak dua hari lepas dia tidak balik ke rumah. Rumah itu terasa kosong, hampa dan mengecewakan. Berada di sini hatinya terisi, jiwanya yang dahaga terasa damai. Biarpun para jemaah sudah lama berlalu meninggalkan saf dan masjid, tetapi dia masih duduk di situ menghadapi kiblat
Ya Allah… serunya perlahan. Mengapa terlambat aku menemui jalan kembali? Mengapa setelah aku ditimpa pelbagai musibah, barulah aku dapat cahaya petunjukMu untuk melalui jalan yang benar. Selama ini aku sesat dalam cahaya yang terang. Selangkah demi selangkah, Engkau membuka jalanMu untukku turuti. Dan sejak dua malam yang lalu ketenangan itu Kau hembuskan ke dalam jiwaku yang tandus.
Kuserahkan diriku hanya kepadaMu, Tuhan… Kasihi aku seperti Engkau mengasihi para Anbia’, sahabat-sahabat baginda, wali-wali dan sufi. Jika Kau menginginkannya tidak mustahil suatu masa aku akan menjadi sufi, yang menjauhkan diri dari kesenangan dunia yang melalaikan serta menjeratku mengikut hawa nafsu dan syaitan.
Aku rela memilih derita seandainya kasih sufi dapat aku raih. Ampunilah aku wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segalanya yang di langit dan di bumi. Aku berjanji jalan yang sudah kupilih, tidak akan aku ubah lagi dan berpaling dariMu. Baru kusedari kini Engkaulah yang menguasai lautan dan daratan. Sekian lama hal itu bagaikan tersembunyi daripada pemikiranku. Alangkah tololnya aku kerana tidak menyedari semua ini hanyalah satu dugaan yang harus aku tempuh sebagai hambaMu yang hina…
Selama ini aku menyangka dunia ini adalah syurga untuk mencari kekayaan dan kemewahan. Padahal dunia ini sekadar persinggahan untuk mencari bekalan buat kehidupan yang lebih abadi, di akhirat.
Wahai Tuhan, aku bersyukur aku telah tersedar sebelum terlewat. Pintu taubat masih terbuka.
Airmatanya mengalir lebat. Penuh penyesalan. Dia tahu dirinya fana, akan binasa pada bila-bila masa sedangkan Allah itu kekal, selama-lamanya. Bahunya terhinggut-hinggut perlahan menahan tangisan. Airmatanya luruh dan gugur membasahi pipi, jatuh di ribaan. Betapa kerdil dirinya di hadapan Tuhan.
Sebuah tangan lembut menyentuh bahunya tidak disedari. Dia hanya menoleh apabila terdengar sapaan lembut, suara seorang lelaki; “Nak, dah dua hari pakcik tengok kau berada di masjid ni… Pulanglah nak. Pakcik tengok anak ni tak balik-balik.”
Dia memanggung kepala, memandang wajah jernih lelaki seusia bapanya. Lelaki itu berkupiah putih, memakai baju melayu putih dan berkain pelekat. Dia memang cam pada lelaki itu yang menjadi imam masjid. Lelaki itu telah mengimamkan setiap sembahyangnya selama dua hari di masjid itu.
Dia menyapu airmata yang mengalir. Segera dihulurnya tangan untuk bersalam. Diciumnya tangan lelaki itu. Baginya lelaki itu telah berjasa kepadanya, yang menjadi imam dalam sembahyang yang sudah lama tidak dikerjakannya. Ada sesetengah bacaan yang dia telah lupa sama sekali. Dia telah menjadi lalai kerana terlalu taksub pada dunia fana yang tidak kekal.
“Maafkan saya pakcik… Saya tak ada hati nak balik. Saya rasa tenang duduk di masjid ni…”
“Bukan tak boleh duduk di masjid ni nak. Boleh. Masjid rumah Allah, sesiapa pun boleh datang, menumpang di sini. Tapi pakcik hairan, mengapa anak tak balik ke rumah? Pakcik tengok anak masih memakai baju yang sama sejak dua hari yang lalu… Apa dah jadi nak?” Tanya lelaki itu lagi dengan penuh prihatin. “Siapa nama anak? Tinggal di mana?”
“Nama saya Andy Farhan.” Beritahunya perlahan-lahan.
“Saya tinggal jauh dari sini. Hari tu mulanya saya nak singgah je dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Tapi…Entahlah sejak berada di masjid ni saya rasa lain…”
“Anak ni ada masalah?” Tanya lelaki itu sambil merenung wajah Andy Farhan. “Kalau tak keberatan marilah ke rumah pakcik. Tak jauh dari sini… Bolehlah anak bersihkan diri, menjamah makanan apa yang patut. Kalau tak keberatan, ceritakanlah masalah anak tu, sama-sama kita selesaikan. Kalau tak boleh diselesai, kita serahkan pada Allah s.w.t.”
Andy Farhan terdiam. Dia termenung panjang.
Memang dia tidak makan dengan betul selama dua hari ini. Dia hanya makan roti yang kebetulan ada di dalam keretanya. Dia juga hanya meneguk air mineral. Dia tidak selera untuk menjamah makanan, tapi dia tidak pula rasa lemah ataupun letih. Andy Farhan mengangguk. Dia ingin mendekati dan mengenali manusia yang telah menjadi imamnya di dalam solat sejak dua hari yang lalu. Dia yakin lelaki itu seorang yang baik hati dan pemurah.
IMAM YUNUS telah menjadi imam di Kampung Ketari sejak dua puluh tahun yang lalu. Kampung itu agak ramai penduduknya lebih kurang dua ratus buah rumah. Namun kebanyakan yang tinggal di kampung hanya orang-orang tua. Kebanyakan anak-anak muda dan anak-anak dara kampung semuanya berhijrah ke Kuala Lumpur.
“Memanglah sunyi kampung ni…”Cerita Imam Yunus semasa isterinya menghidang makan tengahari di ruang tengah rumah. “Yang rajin ke masjid cuma orang tua. Walaupun masih ada juga anak-anak muda kampung, tapi semuanya tak suka ke masjid. Dia orang lebih suka melepak, berlumba motor haram… Entahlah, apa nak jadi dengan anak muda sekarang.”
Andy Farhan hanya menggangguk. Matanya memerhati ke arah hidangan yang tersaji di hadapan mata. Tiba-tiba terasa kecur airliurnya. Sudah dua hari tidak menjamah nasi. Hidangan tengahari itu terasa istimewa walaupun bagi Imam Yunus dan keluarga makanan itu biasa sahaja. Di hadapan Andy Farhan terhidang semangkuk gulai lemak cili padi pucuk ubi bercampur ikan kering. Terdapat ulam kacang botol, sambal belacan, pekasam ikan sepat yang goreng garing ditabur dengan bawang dan cili padi.
Beberapa kali dia meneguk airliur. Tidak sedar ada sepasang mata yang memandangnya. Andy Farhan hanya menoleh apabila Imam Yunus bersuara; “Mak kau tadi mana? Dia tak makan sekali di sini?”
“Mak makan di dapur aje dengan Meera.”
Andy Farhan tersentap demi matanya memandang gadis yang baru tiba dari dapur, membawa sebuah mangkuk kaca besar berisi nasi putih.
“Yalah, kalau macam tu!” Balas Imam Yunus sambil memandang Andy Farhan. Lelaki itu terus memerhati anak gadis Imam Yunus yang melangkah pantas menghala ke dapur.
“Anak saya tu… Syameera Khaleeda namanya. Masih belajar tingkatan lima tahun ni… Hujung tahun ni ambil periksa SPM.”
“Oh… ya ke? Berapa orang anak-anak Pak Imam?” Balas Andy Farhan terasa malu kerana dia memandang gadis itu hingga hilang di sebalik pintu.
“Tiga orang. Dua orang dah pun berumahtangga. Sorang duduk di Kuala Lumpur, sorang lagi di Sarawak.”
Andy Farhan menganguk.
“Jemputlah makan…” Pelawa Imam Yunus.
Andy Farhan tersenyum. Dia mengangguk. Apakah Imam Yunus perasan bahawa dia sedang memandang Samira? Dia memandangnya tanpa sengaja. Gadis itu amat sederhana, biarpun di rumah tetapi dia memakai tudung menutupi rambutnya. Dia hanya mengenakan sehelai baju kurung kain cotton berbunga kecil dipadankan dengan kain batik. Namun keayuannya tetap terserlah.
Andy Farhan tidak dapat menahan seleranya. Dia makan bertambah sebanyak dua pinggan. Dia benar-benar tidak sangka dia akan makan sebanyak itu. Bukan kerana dia telah dua hari tidak makan dengan betul, tetapi ada sebab-sebab lain. Dia bagaikan terlupa segala masalah ketika berada di rumah itu, bersama Imam Yunus dan keluarganya. Dia lupa tujuannya ke Kuala Lumpur untuk menjejaki Doktor Erleta yang sudah tiga hari tidak pulang-pulang.
Setelah berada di situ selama tiga hari pula, barulah dia meneruskan perjalanannya ke Kuala Lumpur. Namun dia tiada semangat untuk terus mencari, tanpa panduan yang pasti. Berkali-kali dia cuba menghubungi nombor telefon Doktor Erleta yang tidak aktif. Dia tidak tahu harus ke mana. Dia sedar, tidak ramai kawan-kawan Doktor Erleta yang dikenalinya selain daripada Doktor Jufri. Doktor Jufri memberitahu Andy Farhan, isterinya tidak pernah datang ke rumah atau pun ke hospital tempat kerjanya, juga tidak pernah menghubunginya. Kali terakhir mereka bertemu saat Doktor Erleta menginap semalaman di rumahnya. Dia mengadakan majlis ulangtahun perkahwinan, kemudian esok harinya wanita itu pulang.
Andy Farhan kecewa, dia tidak tahu ke mana Doktor Erleta menghilang. Dia mengesyaki Doktor Erleta melarikan diri mengikut kekasihnya. Biarpun selama ini Doktor Erleta menafikan dia punya kekasih tetapi Andy Farhan tahu itu hanyalah satu pembohongan. Semasa dalam perjalanan pulang sekali lagi Andy Farhan singgah di rumah Imam Yunus.
“TAK jumpa dia di KL?” Tanya Zaiton, apabila melihat Andy Farhan pulang sendirian. Wajah wanita itu berkerut seribu, tidak mengerti apa yang berlaku antara anak dan menantunya. Doktor Erleta tiba-tiba hilang dari rumah, tidak dapat dihubungi. Andy Farhan pergi mencarinya ke KL tapi balik seminggu kemudian. Dari raut wajah Andy Farhan yang keruh Zaiton yakin dia telah menemui jalan buntu.
Andy Farhan menggeleng sahaja.
“Mungkin dia pergi tempat lain, Singapura, Jakarta ataupun Manila. Enjoy! Mungkin dia pergi lebih jauh lagi dari tu! Ke Eropah, siapa tahu?” Jawab Andy Farhan.
“Masa dia pergi hari tu, dia tak beritahu Han ke?”
Andy menggeleng. “Kalau beritahu pun, takkan dia bercakap benar umi!”
“Apa maksud kau?” Tanya Zaiton curiga.
“Han rasa dia ada orang lain. Dia sedang enjoy dengan kekasihnya.”
“Ya Allah! Apa nak jadi dengan engkau orang ni umi tak tahulah!” Keluh Zaiton sambil menepuk dahinya. “Suami ke utara isteri ke selatan. Baru je kahwin dah jadi macam-macam.”
Andy Farhan mengeluh. “Entahlah. Han rasa rumahtangga kami retak menunggu belah.”
“Han… Han! Umi kasihan tengok nasib Han macam ni! Dulu dengan Mazlina, rumahtangga kau orang ribut tak tentu hala. Tak apalah, umi faham sebab dia tu pilihan umi. Sekarang Elly, pilihan abah kau. Kau pun nampak sukakan dia. Mengapa jadi macam ni, Han?”
“Sebab umi tak pernah mahu terima orang yang Han pilih! Hanya dia yang sesuai dengan Han. Hanya dia yang boleh membahagiakan Han.”
“Sudahlah Han! Dia dah jadi isteri orang…”
“Kalau dia dah janda dengan anak sepuluh sekalipun Han akan tetap terima dia umi! Walaupun Han terpaksa tunggu dua puluh tahun atau tiga puluh tahun, Han sanggup!”
Zaiton diam tidak terkata. Bagaimana dia harus suka pada anak musuh dan saingannya sendiri? Bagaimana dia harus menerima anak kepada bekas kekasih suaminya?
Andy Farhan menapak naik menuju ke bilik tidur. Dia berbaring sebentar di atas katil, merenung siling. Tiba-tiba dia bingkas. Dia tidak ingin berada lebih lama di rumah itu. Dia harus pergi ke sana. Dia ingin belajar mengenali dirinya sendiri dan Tuhan. Dia tidak peduli apa akan jadi pada Doktor Erleta. Terpulang pada dia untuk berbuat apa saja…
Dia telah menemui cahaya. Dia tidak akan lepaskan cahaya itu yang mulai menerangi lorong hidupnya yang kelam. Dia harus pergi. Andy Farhan bergerak ke almari mengambil baju-bajunya. Dia memasukkannya ke dalam sebuah beg sederhana besar. Dia menarik laci meja solek mencari sikat dan alat-alat bercukur. Dia terpandang pasport berkulit merah yang mengeram di dalam laci. Dadanya tersentap. Pasport itu dibukanya. Jelas pasport itu milik Doktor Erleta.
Jadi, dia bukanlah ke luar negara. Dia masih ada di Malaysia… tapi di mana? Agh! Andy Farhan menyimpan semula pasport Doktor Erleta di dalam laci. Dia akan balik sendiri nanti. Tak perlu risau. Bila dia balik nanti, sekiranya perpisahan yang diminta, Andy Farhan akan melepaskannya tanpa rasa kesal ataupun marah. Malah dia bersyukur jika Doktor Erleta menemui kebahagiaan yang dicari-cari.

Bab 24
SEPANJANG petang itu hujan renyai-renyai turun menimpa bumi. Zaiton bersendirian di ruang tamu, meneguk kopinya. Suasana petang yang basah, dingin dan sepi semakin terasa apabila dia bersendirian. Bahtiar menghubunginya melalui telefon pagi tadi, menyatakan dia out-station selama beberapa hari. Dia pergi ke Perak bersama temannya. Bahtiar tidak memberitahu apakah tujuannya pergi ke sana. Zaiton tidak kisah, bukan sekali dua Bahtiar keluar daerah.
Andy Farhan juga sudah pergi sejak semalam. Dia membawa sebuah beg sederhana besar. Ketika Zaiton bertanya ke mana langkah lelaki itu, Andy Farhan enggan memberitahunya apa-apa. Hanya satu jawapan singkat; “Mencari diri sendiri.”
Zaiton termenung panjang memikirkan kemelut yang tidak habis-habis melanda keluarganya sejak dulu. Dia sebenarnya lelah memikirkan ini semua…
Zaiton melangkah lambat menghala ke biliknya, meninggalkan cawan dan piring untuk dikutip oleh pembantu rumah. Malam ini dia ingin sekali tidur awal. Di pejabat tadi pun dia agak sibuk tanpa kehadiran suami dan anak lelaki tunggalnya. Dia juga letih memikirkan soal perniagaan. Jika boleh dia ingin bersara sahaja. Sudah sampai masanya dia berehat dan menghabiskan hari-hari yang tersisa dengan tenang.
Zaiton masuk tidur awal. Lebih kurang pukul sembilan malam dia telah memadamkan lampu tidur dan menarik selimut. Di luar hujan masih terus menyiram bumi tetapi tidaklah lebat. Sekadar renyai-renyai, dengan tiupan yang dingin lagi perlahan, membuat matanya rasa mengantuk. Dia tertidur tidak sampai sepuluh minit mencecahkan kepala ke atas bantal.
SALIM mengarahkan pembantunya Deris terus memandu perlahan. Hujan renyai itu membuat jalan raya agak licin. Hujan yang turun sejak petang tadi membangkitkan rasa malas untuk bergerak ke mana-mana. Namun rancangan itu tidak boleh ditangguhkan. Beberapa hari yang lalu dia mengarahkan Deris menjalankan tugasnya mengintip rumah itu. Dia tahu malam itu adalah malam yang paling baik. Penghuni rumah itu hanya tinggal seorang… Hanya Zaiton dan dua orang pembantu rumah.
Di hadapan mereka di sebelah kanan terdapat selekoh dan selepas selekoh itu tersergam sebuah rumah besar terletak di atas bukit. Salim mengarahkan Deris berhenti tepi selekoh itu, menantinya di situ sehingga dia kembali. Masa yang diambil lebih kurang dua puluh minit hingga setengah jam.
Salim turun dari kereta, menapak perlahan sambil membawa sebuah guni yang dilipat-lipat kecil. Dia memakai jaket kulit berwarna hitam. Seluarnya juga berwarna hitam supaya dia tidak mudah dilihat. Jaket kulitnya mampu melindungi dia daripada kedinginan dan hujan renyai. Salim berlari meredah belukar kecil lalu memintas ke bahagian belakang rumah. Dia tahu pagar hadapan rumah berkunci. Dia mengeluarkan gunting besar yang mampu memotong besi pagar. Bahagian belakang tidak dibina tembok batu, hanya pagar tinggi yang tidak kurang kukuhnya. Namun dengan menggunakan gunting di tangan, ianya jadi mudah untuk memboloskan pagar besi tersebut. Dia melempar gunting besar yang berat itu ke dalam belukar berhampiran setelah dapat meloloskan diri.
Dia dapat masuk melalui pintu belakang rumah dengan mudah. Dia amat bernasib baik kerana pembantu rumah itu terlupa mengunci pintu belakang. Rumah itu sepi dan gelap, menandakan semua orang sudah tidur. Sekarang sudah hampir tengah malam.
Salim berjalan naik perlahan-lahan melalui tangga menuju ke tingkat atas. Dia terus menuju ke perpustakaan. Sengaja dia tidak memasang lampu. Dia takut akan mengejutkan Zaiton. Dengan sebuah lampu picit dia menyuluh ke arah setiap empat sudut dinding. Matanya menangkap sebuah lukisan tergantung di salah satu dinding yang kosong. Salim tersenyum bergerak ke arah lukisan itu lalu menurunkannya.
Memang terdapat peti besi di situ. Tidak perlu dia bersusah payah untuk memikirkan tentang nombor kombinasi peti besi. Memang dia tahu dan maklum nombor tersebut dengan mudah setelah meletakkan satu alat untuk mengesan nombor terbabit.
Sekejap sahaja alat pengesan yang dilekapkan di peti besi itu menunjukkan nombor-nombor siri yang harus ditekan. Dia menekannya dengan pantas, tidak sampai sesaat pintu besi terbuka. Matanya terbeliak apabila melihat duit yang bersusun dengan rapi, terdapat sijil-sijil dan bon. Terdapat juga sebuah kotak barangan kemas serta empat buah buku yang terikat kemas. Buku apa ni? Dia berfikir-fikir sendiri, buku apakah yang tersimpan di situ. Buku itu sama pentingnya dengan duit yang banyak. Tanpa berfikir panjang, Salim memasukkannnya kedalam guni yang dibawanya bersama.
Guni itu terasa agak berat tetapi dia punya tenaga yang cukup untuk membawanya keluar dari rumah itu. Dia menutup pintu peti besi, merosakkan kombinasi nombor peti besi itu sehingga ianya tak dapat dibuka oleh sesiapa. Padan muka! Bisik hatinya tertawa puas. Dia terus melangkah perlahan seperti tadi. Tepat pada masanya, dua puluh minit kemudian dia sudah berada di dalam kereta. Guni berisi barang berharga dilempar ke tempat duduk belakang. Dia duduk di sebelah Deris lalu mengarahkan anak muda itu bergerak pergi.
“Ada kereta lalu sepanjang masa aku di rumah tu tadi?” Tanya Salim ingin tahu.
Deris menggelengkan kepalanya.
“Selamat.” Ujar Salim sambil tertawa kecil. Hatinya benar-benar lega. Rancangannya berjalan dengan lancar. Dia akan berjaya mendapatkan kembali duitnya yang hilang. Dia rasa puas yang amat sangat. Lebih-lebih lagi Hamid telah menceritakan bahawa kebakaran yang berlaku adalah angkara Bahtiar.
“Bahtiar bencikan kau…” Kata Hamid.
Salim tidak tahu apakah sebabnya Bahtiar benci padanya sedangkan dia kerap kali membantu lelaki itu suatu masa dulu.
“Ini semua ada kaitannya dengan Sheila.” Beritahu Hamid lagi.
“Agh! Aku dah tak gilakan perempuan tu lagi! Dah jadi bini orang!” Kata Salim tanpa sedar. Deris menoleh padanya sambil bertanya; “Abang cakap apa tadi?”
“Tak ada apa-apalah! Laju sikit boleh tak?” Kata Salim agak keras.
Deris tidak bersuara apa-apa, dia menekan minyak memecut kereta itu lebih laju dari tadi. Salim tidak sabar untuk melihat hasil barang-barang yang telah dicurinya. Memang berbaloi merompak di rumah Bahtiar, fikirnya. Lagipun aku bukannya mengambil hak orang lain. Aku mendapat kembali hakku yang dirampas oleh Bahtiar. Sanggup Bahtiar menyuruh orang-orangnya membakar pejabat baru Salim. Salim baru hendak memulakan hidup baru di atas landasan kebenaran dan kebaikan, tetapi Bahtiar mengajarnya supaya membuat kejahatan kembali.
Salim tersenyum lebar. Akhirnya dia ketawa kuat. Deris hanya menjeling, dia tidak berani menegur perbuatan Salim.
“Kita akan hidup senang lepas ni Deris… Jangan bimbang ada bahagian untuk kau!”
“Berapa persen bang?” Tanya Deris.
“Sepuluh persen. Tapi kau harus tutup mulut. Biar pecah di perut…” Kata Salim sambil terus ketawa.
“Jangan pecah di mulut.” Sambung Deris.
“Ya… Kau dah bijak sekarang Deris. Kau akan terus jadi pembantu aku sampai bila-bila. Kita akan jadi orang kaya, mungkin akan jadi lebih kaya daripada Bahtiar.”
Deris mengangguk, mengiyakan kata-kata Salim.
“Rezeki bang… Rezeki, jangan ditolak.” Sambung Deris ikut ketawa.
Begitulah manusia yang tiada iman dan takwa. Wang curi, duit haram dianggap rezeki. Dan mereka tidak pernah tahu setiap perbuatan itu ada hukum karmanya. Tiba masanya mereka tetap menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan yang telah dilakukan.
MALAM itu juga wang yang diperolehi oleh Salim dibahagi-bahagikan antara Deris dan Hamid. Walaupun Hamid tiada bersama kala itu, namun Salim tidak pernah melupakan lelaki itu yang telah dianggapnya sebagai sahabat. Dia tidak lupa pada jasa-jasa Hamid yang telah memberitahu banyak perkara yang dia tidak tahu tentang Bahtiar.
Salim tidak akan membelanjakan wang itu dalam tempoh terdekat. Dia telah mengingatkan Deris supaya tidak menggunakan wang itu sekurang-kurangnya dalam masa setahun. Dia tidak mahu orang sekeliling rasa curiga, tiba-tiba mereka hidup mewah. Jika ingin membeli sesuatu pun biarlah dalam jumlah yang sedikit, perlahan-lahan.
Deris mengikut sahaja apa yang diarahkan oleh Salim. Dia sedar Salim memang bijak dalam soal itu. Bukankah dia bekas seorang peguam? Salim tidak menyimpan duit hasil curi itu di dalam bank. Dia tidak mahu menimbulkan kecurigaan pihak berkuasa suatu masa kelak. Dia lebih rela menyimpan wang itu di dalam peti yang ditanam di dalam rumahnya di Rumpun Makmur.
Wang itu lebih selamat di situ. Dia hanya akan menggunakannya dalam jumlah yang kecil, bagi memenuhi keperluan di ladang. Dia akan memulai semula penanaman tembikai yang baru menggantikan pokok-pokok lama. Kerja-kerja itu memerlukan wang dan tenaga. Tetapi dia sudah menyediakan segala-galanya untuk memulakan kerja. Setelah setahun barulah dia akan menuai hasil.
Setelah semua wang dan barangan kemas itu disimpan dengan selamat, hanya tertinggal seikat buku sederhana tebal. Salim merenung buku-buku itu, tidak tahu apakah kepentingannya kepada Bahtiar. Mengapa buku-buku itu disimpan di dalam peti besi? Salim membuka ikatan pada buku-buku tersebut. Ternyata setiap buku diberikan jilid nombor. Dia memilih buku yang bertulis nombor satu. Jilid pertama.
Dia membuka halaman hadapan dan terlihat nama Bahtiar. Tulisan itu adalah tulisan tangan Bahtiar sendiri. Ianya adalah jurnal kehidupan Bahtiar sejak lelaki itu lahir ke dunia ini.
Jurnal? Bisik hati Salim tidak keruan. Jurnal itu menyimpan rahsia hidup Bahtiar selama bertahun-tahun, yang ditulis dengan teliti peristiwa demi peristiwa… Tiada satu peristiwa pun yang tidak ditulis.
“Oh! Ini dah cukup baik!” Bisik hati Salim sambil mencapai jurnal pertama yang ditulis oleh Bahtiar.
Salim mulai membaca jurnal itu.
1950- Kampung Belengu
Ibuku, Salamiah namanya adalah gadis yang paling cantik dan pintar di kampung. Ibu hanya mempunyai dua adik beradik. Nenek sudah lama pergi. Datuk membesarkan kedua-dua orang anak perempuannya dengan penuh kasih sayang.
Awal hidupnya, datuk amat menitik beratkan pendidikan agama walaupun ibu lebih cenderung untuk belajar di sekolah Inggeris. Ibuku berkeras untuk bersekolah Inggeris walaupun datuk tidak mampu untuk menghantarnya belajar. Sementara adik ibu, Salbiah tidak suka belajar, lebih suka enjoy. Pada usia 10 tahun Salbiah sudah malas untuk pergi mengaji apalagi ke sekolah.
Datukku hanya menoreh getah, menjadi kuli di ladang orang. Namun ibuku tidak peduli pada kesusahan hidup yang membelenggunya. Ibuku tetap ingin bersekolah di bandar. Akhirnya datuk kalah pada pujukan ibu. Lalu datuk pergi ke rumah majikannya untuk memohon bantuan. Majikan datuk bersetuju untuk memberikan pinjaman sepanjang masa ibu belajar sehingga tamat.
Kepintaran ibuku telah melayakkannya memasuki Sultan Ibrahim Girl’s School, Johor Bahru. Sejak berjaya melebarkan sayapnya keluar dari kampung ibuku tidak pernah memandang ke belakang lagi. Apa lagi selepas itu ibu berjaya memasuki universiti di Singapura.
Semakin ibu jauh dari pandangan mata datuk, ibu semakin bebas. Datuk tidak pernah menyangka sama sekali, suatu hari ibu pulang ke kampung dalam keadaan sedih bukan kepalang. Ibu menangis sepanjang hari. Ibu tidak lalu makan dan minum. Setelah didesak oleh datuk, ibu memberitahu bahawa dia telah ditinggalkan oleh kekasihnya. Ibu patah semangat, tidak ingin belajar lagi. Ibu telah berubah seratus peratus kerana putus cinta.
Kehidupan ibu sudah tidak sama lagi selepas dia pulang dari Singapura. Disebabkan datuk tidak mahu dia terus bersedih, datuk telah mengahwinkan ibu dengan anak kawan baiknya. Ayah dan ibu berkahwin dalam serba sederhana. Maskahwinnya hanya sebuah al-quran.
Tidak lama kemudian aku lahir ke dunia ini, tepat pada waktu subuh. Ayahku tidak pernah menyambut kelahiranku. Malah semasa aku lahir, ayahku baru balik dari minum dan bermain judi di rumah taukenya di bandar.
Ibu benar-benar kecewa dengan sikap ayahku. Kekecewaan yang tidak putus-putus dalam hidupnya, membuat ibu tidak punya semangat untuk meneruskan hidup. Menurut datuk, ibu tidak lalu makan tiga hari tiga malam. Ibu tidak mempedulikan aku yang baru lahir ke dunia ini. Ibu meninggal dunia seminggu kemudian…
Saat datuk menceritakan kematian ibu yang tragis itu disebabkan sikap suami yang tidak bertanggungjawab, aku benar-benar membenci ayahku. Dia lelaki yang tidak bertanggungjawab, kejam dan tidak langsung menyayangiku. Selepas ibu meninggal, ayahku turut menghilangkan diri. Dia tidak pernah pulang. Datuklah yang membesarkan aku dengan tangannya sendiri. Datuk memberikanku sepenuh kasih sayang. Bagiku dialah ibu dan dialah ayah…
1960
Aku telah pun berusia sepuluh tahun. Setiap hari aku melihat betapa gigihnya datuk bekerja untuk membesarkanku walaupun umurnya sudah tua. Aku seringkali membantu datuk di ladang getah, setiap kali cuti sekolah. Datukku menoreh di ladang getah kepunyaan orang kaya daerah itu yang dipanggil Tuan Muluk dan isterinya Wan Selamah.
Aku kerap kali mengikut datuk ke ladang dan setiap hari gaji, Tuan Muluk datang ke ladang untuk memberi wang kepada semua kuli-kulinya. Aku tidak pernah pergi ke rumah Tuan Muluk. Kata orang, rumah Tuan Muluk besar dan cantik, tetapi tiada sesiapa pun yang pernah dijemput ke rumah itu setiap kali ada sebarang majlis ataupun keraian. Tuan Muluk baik dengan kebanyakan orang-orang penting di daerah itu. Dia orang yang berpengaruh, kaya dan hampir kebanyakan tanah di daerah itu milik Tuan Muluk.
Tiba-tiba adik ibuku pulang ke kampung dengan membawa anaknya yang masih kecil. Emak saudaraku bekerja di Kuala Lumpur. Dia baru sahaja diceraikan oleh suaminya. Menurut emak saudaraku itu suaminya lari bersama perempuan lain.
Aku tidak tahu apakah pekerjaan emak saudaraku itu. Tapi semasa dia pulang ke kampung, dia dihantar oleh seorang lelaki. Datuk langsung tidak mengajak lelaki itu masuk. Makcikku pun tidak pernah berniat hendak tinggal lama, dia cuma singgah menghantar Ashikin pulang ke rumah ayahnya.
“Abah! Tolong jaga Shikin. Sal tak dapat jaga dia. Sal nak kerja…” Kata Salbiah pada datuk. Datuk tidak bersuara, hanya memandang saja ke wajah cucu perempuannya yang baru berusia 6 tahun.
“Kalau abah sanggup jaga anak Miah, takkan abah tak sanggup jaga anak Sal? Shikin cucu abah juga.”
“Kau tu… balik aje kampung tak payah kerja di bandar lagi.” Kata datuk.
“Agh! Abah! Sal nak kerja apa? Sal tak mahu menoreh getah abah! Kotor.”
“Habis kerja kau tu tak ‘kotor’? Suci sangat? Kerja kau lebih kotor tahu…” Balas datuk. Aku tahu datuk marah sangat pada makcik Salbiah. Aku tak faham mengapa datuk kata kerja makcik Salbiah kotor.
Makcik Salbiah merengus. Dia terus keluar dari rumah tanpa bersalaman dengan datuk. Sebelum turun dari rumah Makcik Salbiah bersuara; “Nanti Sal kirim duit pada abah tiap-tiap bulan.” Makcik Salbiah terus pergi meninggalkan rumah datuk.
Sejak itu, rumah Datuk dihuni oleh kami bertiga. Aku sangat menyenangi kehadiran Ashikin. Akulah yang melayaninya bermain jika tidak ke sekolah. Tidak lama kemudian apabila dia mulai bersekolah, akulah yang menjadi temannya, melindunginya apabila dia diganggu oleh budak-budak nakal. Sejak kecil dia memang selalu kelihatan cantik dan ramai budak lelaki yang sukakannya. Aku akan marah dan cemburu. Ashikin tidak boleh berkawan dengan orang lain selain daripadaku. Justeru itu kanak-kanak lain memang tidak berpeluang untuk bergaul dengan Shikin.
Walaupun hidup serba sukar, tetapi hatiku cekal memamah kesusahan. Bersama datuk dan Ashikin di sisi, aku rasa hidupku sudah cukup bahagia.
1967
Buat pertama kali aku terpaksa berpisah dengan Shikin dan datuk kerana melanjutkan pelajaran. Masa itu aku sudah berusia tujuh belas tahun dan Shikin tiga belas tahun. Aku meminta Shikin menjaga datuk yang sudah semakin tua. Datuk selalu sakit dada, kadang-kadang dua tiga hari datuk tidak ke ladang.
Hanya sebulan sahaja aku bersekolah di bandar. Aku balik kampung. Aku tak tahan rindukan datuk dan Shikin. Aku ambil keputusan untuk berhenti belajar buat sementara waktu walaupun datuk tidak setuju.
“Sudah tiba masanya saya tolong atuk. Atuk banyak berjasa pada saya… Atuk adalah ibarat emak dan ayah saya.” Kataku pada datuk.
Datuk amat terharu. “Tapi Aar kena fikirkan masa depan Aar. Atuk dah tua.. Bila-bila masa aje atuk akan pergi.” Kata Datuk.
Aku tidak suka datuk berfikir tentang hari mati yang tidak pasti bila. Ada orang orang boleh hidup sampai seratus tahun. Mengapa datukku tidak boleh? Umurnya sudah lapan puluh tahun. Aku berdoa dia akan hidup bersamaku dua puluh tahun lagi…
“Atuk, biar saya ambil alih kerja di ladang… Atuk duduk berehat di rumah saja.”
Sejak itu aku mengambil alih semua kerja datuk di ladang. Tubuhku kuat, semangatku kental. Aku mampu menoreh getah berekar-ekar luasnya. Semuanya demi untuk kesenangan kami bertiga. Tapi waktu itu harga getah amat rendah. Hidup kami tetap tidak mewah. Walaupun barang-barang murah tetapi duit sukar diperolehi.
Suatu hari aku ditegur oleh Tuan Muluk. Tidak pernah lelaki itu menegurku; “Awak dah ambil alih kerja datuk awak di ladang? Awak tak bersekolah?”
Aku menggelengkan kepalaku. “Datuk tak berapa sihat, selalu saja sakit.” Beritahuku.
“Rugi besar awak tak belajar lagi…Saya tahu awak pandai. Awak boleh dapat pekerjaan yang lebih baik, bukannya kerja di ladang jadi buruh kasar. Awak boleh berbahasa Inggeris?”
“Apa boleh buat, kami orang miskin. Walaupun saya bersekolah Inggeris dan boleh berbahasa Inggeris dengan baik, tapi saya susah nak dapat peluang kerja.”
“Macam nilah… Kalau awak mahu, awak boleh datang ke rumah saya. Boleh mengajar anak perempuan saya bahasa Inggeris.”
“Boleh tuan… boleh!” Jawabku dengan senang hati.
“Awak tak payah bekerja di ladang ni lagi. Lebih baik awak jadi guru anak saya. Saya beri awak gaji dua ratus ringgit sebulan.”
Berita gembira itu aku sampaikan pada datuk dan Ashikin.
Esoknya buat pertama kali aku menjejakkan kaki di rumah Tuan Muluk dan Wan Selamah. Rumah besar tersergam di atas bukit itu tidak pernah aku jengah. Aku dibawa ke sebuah bilik, berupa perpustakaan. Di situ aku menanti kedatangan anak perempuan Tuan Muluk yang belum aku ketahui namanya.
Tidak lama kemudian muncul seorang budak perempuan berumur hampir sebaya dengan Ashikin, lebih kurang lapan tahun. Masihku ingat rambutnya yang panjang kerinting kasar, diikat dua dengan reben merah jambu. Dia memakai gaun kembang bertanah putih berbunga merah jambu juga. Wajahnya masam sahaja semasa dia masuk ke perpustakaan. Jelas dia dipaksa untuk belajar.
“Siapa nama awak? Nama saya Bahtiar. Saya akan ajar awak bahasa Inggeris.”
“Tak payahlah awak cakap. Saya tahu nama awak Bahtiar, datuk awak bekerja dengan ayah saya. Datuk awak kuli ayah saya… Awak pun sama!”
Aku terkejut mendengar kata-kata kesat anak perempuan Tuan Muluk. Sungguh pun Tuan Muluk orang yang baik hati dan lemah lembut tetapi mengapa anaknya tidak langsung bersikap demikian?
Aku terdiam beberapa ketika. Tak sangka budak yang baru berusia lapan tahun itu sangat celupar. Bagaimanakah agaknya kalau dia sudah berusia lapan belas tahun? Apakah ada jejaka yang akan mendekatinya?
“Eh, kalau awak pandai cakap orang putih, mengapa awak tak cakap nama awak dalam bahasa Inggeris?” Tanya anak itu lagi sambil memandang tepat ke wajahku yang tegang, menahan marah. Aku cuba tersenyum memujuk hati bahawa dia masih tidak berakal. Mungkin lambat laun dia akan berubah jika aku melayaninya dengan baik.
Aku tidak mahu kehilangan pekerjaan yang baru aku sandang. Aku tidak mahu kembali ke ladang yang penuh dengan agas dan nyamuk. Aku tidak ingin lagi memakai baju yang berbau busuk dan hapak setiap hari.
Aku tersenyum. “Okey. Let’s start our first lesson today. My name is Bahtiar. From now on I’m your teacher. What is your name?”
“Saya tak faham apa awak cakap! Ayah saya bayar awak mahal-mahal untuk ajar saya. Mengapa awak bodoh sangat, tak tahu yang saya tak faham langsung bahasa Inggeris? Lagipun saya tak suka bahasa Inggeris… susah! Saya lebih suka bermain-main saja.” Sergah budak perempuan itu, buat aku mulai hilang sabar.
Aku mendekatinya sambil meletakkan tanganku di pinggang. Aku paksa dia membuka buku yang ada di hadapannya.
“Buka buku tu… Saya akan ajar awak membaca. Awak ni nampak saja comel tapi tak tahu apa-apa. Garang tak tentu pasal. Saya dan awak takkan keluar dari bilik ni sehingga awak dapat membaca buku di depan awak tu! Jangan harap saya akan takut jika sekiranya awak nak mengadu pada ayah awak. Saya tak takut pada sesiapa pun! Dah lima belas tahun umur saya. Saya dah jumpa macam-macam orang, saya juga pernah nampak hantu di ladang. Tapi saya tak takut. Saya berani hadapi apa saja.” Kataku dengan agak kuat, membuat anak perempuan itu terdiam.
Saat aku bertanya sekali lagi namanya, dia menjawab perlahan; “Mmmy nnname isss… Zaiton.”
Itulah perkenalan pertama antara aku dan Zaiton.
Salim langsung tidak rasa mengantuk. Dia semakin tertarik untuk membaca jurnal tulisan Bahtiar. Dia tidak sedar pada ayam yang sudah berkokok dan dinihari telah merangkak hingga ke subuh. Jurnal itu masih tebal. Tidak akan habis dia membacanya sepanjang malam itu. Dia harus tidur sejenak. Esok dia akan menyambung membaca jurnal itu sehingga segala rahsia hidup Bahtiar tersingkap sedikit demi sedikit.
Agh! Baca sikit lagi… bisik hati Salim sambil terus membaca lagi kisah hidup Bahtiar.
1970
England
Aku kian yakin dan percaya pada diriku sendiri. Perjalanan jauh yang tidak pernah aku tempuh, akhirnya menjadi satu kenyataan. Dengan kegigihan dan hasil usaha yang tidak kenal jemu, aku akhirnya mendapat bantuan daripada Tuan Muluk untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada setiap musim cuti aku merancang untuk merentas kawasan desa yang terindah di England. Tempat yang aku maksudkan adalah West Country.
Aku telah meminjam sebuah buku daripada perpustakaan di universiti. Aku tertarik pada buku berjudul The Wonders of England. Setelah membaca buku itu aku tertarik hendak menjelajahi bersendirian untuk mencari pengalaman-pengalaman baru untuk kubawa balik ke negaraku kelak. Mungkin ada idea-idea yang akan timbul di sepanjang masa aku melihat tempat orang lain yang tidak pernah aku bayangkan dapat kujejaki.
Aku menginap di sebuah rumah tumpangan di Kota Salisbury. Rumah tumpangan ini milik keluarga penduduk tempatan. Aku terasa seperti ‘menumpang’ di rumah orang kerana ahli keluarga itu tetap turut tinggal di situ. Tetapi rumah itu amat besar, mempunyai bilik-bilik yang banyak dan menyediakan pelbagai kemudahan, termasuk minuman dan makanan untuk para tetamu. Malam tadi tidak begitu ramai tetamu. Sewaktu aku masuk petang itu tidak ramai orang yang dapat aku lihat di bilik makan rumah tumpangan itu. Aku mengagak sendiri hanya dua atau tiga bilik sahaja yang disewakan kepada tetamu.
Awal pagi rasa penatku hilang, setelah berehat dan tidur. Sepanjang pagi aku menyusuri jalan-jalan di kota Salisbury. Orang-orang asing kutemui di jalanan memandangku dengan pandangan yang kurang mesra. Barangkali bangsa Inggeris itu masih memandang rendah pada orang Asia, negara bekas jajahan mereka. Negaraku baru mencapai kemerdekaan. Aku tidak kisah apa yang mereka fikirkan tentang diriku. Apa yang penting aku bergembira dengan perjalanan yang aku buat. Aku lebih suka bersendirian daripada berteman. Aku tidak mempercayai sesiapa selain daripada diriku sendiri.
Kota ini bersih dan berudara segar, matahari bersinar dengan lembut hingga tidak terasa aku telah berjalan begitu jauh dari rumah tumpangan tempat aku menginap. Ada banyak gereja-gereja yang besar dan cantik senibinanya. Aku tidak tertarik langsung untuk memasuki gereja tersebut. Bukan kerana aku beragama Islam. Sebenarnya soal agama aku tidak kisah sangat tentang agama-agama lain. Cukup bagiku kepercayaanku hanya kepada Tuhan yang satu.
Aku berhenti di atas sebuah jambatan kecil, di bawahnya terdapat anak sungai yang mengalir jernih. Amat cantik pemandangan di situ. Saat itu aku terkenang pada Ashikin. Aku tiba-tiba jadi rindu kepadanya.
Saat aku ingin berangkat pergi ke luar negara, kedua-dua gadis manis yang rapat denganku, (maksudku Ashikin dan Zaiton) mereka menangis, seolah-olah berat untuk melepaskan aku pergi jauh. Aku dan Zaiton telah menjadi rapat walaupun pada pertemuan pertama kali lima tahun yang lalu dia merupakan anak yang cerewet, kasar dan tidak berhemah langsung. Tapi kini dia telah berubah menjadi anak manis yang begitu baik, mesra dan manja denganku, tak ubah seperti adikku sendiri. Malah Zaiton tidak menunggu lama untuk memanggilku abang. Hanya beberapa minggu selepas aku mengajarnya mata pelajaran bahasa Inggeris yang pertama dia mulai memanggilku ‘Abang Bahtiar’ dengan mesra.
Walaupun aku tidaklah sedih sangat untuk meninggalkan Zaiton. Aku lebih sedih untuk meninggalkan Ashikin bersama datukku yang telah semakin uzur. Malah datukku sudah lama tidak boleh bergerak dari tempat tidurnya. Ashikinlah yang menjaga makan minum datuk. Sehari sebelum berangkat datukku berkata; “Kau pergi lah Aar. Jangan risaukan kami yang tinggal. Kalau Tuan Muluk dah sanggup nak biaya pelajaran kau, pergi sajalah. Kami di sini tidak akan mati kebuluran. Tuan Muluk dah janji nak beri Ashikin kerja di rumahnya.”
“Kalau Ashikin bekerja di rumah Tuan Muluk nanti, macamana keadaan atuk tinggal seorang di rumah?”
“Tak apa. Atuk masih boleh mengesot ke bilik air. Kau pergilah. Makan minum atuk boleh minta tolong orang dekat rumah kalau Shikin pergi kerja.”
Hatiku berat untuk melepaskan Shikin bekerja di rumah Tuan Muluk. Aku bimbang sekali, Shikin tidak pandai bergaul dengan orang-orang di rumah itu. Lebih-lebih aku tahu, Amran anak lelaki Tuan Muluk baru saja balik mengaji di Kedah. Aku harap Ashikin dapat menyesuaikan dirinya dengan baik sepanjang ketiadaanku.
Mata Salim semakin berat. Dia rasa mengantuk. Kokok ayam semakin galak. Dia tersengguk-sengguk. Agh! Esok masih ada. Aku boleh sambung membaca jurnal ni esok… bisik hati Salim sambil menutup Jurnal Bahtiar, lalu membawanya masuk ke dalam bilik. Dia menyimpannya sebaik mungkin di dalam almari.

Bab 25
DALAM KEHENINGAN dan kedinginan udara subuh Andy Farhan terjaga dari tidur. Dia menolak selimutnya ke tepi, bangun perlahan-lahan lalu mencapai tuala. Kemudian dia terus mandi. Setelah mandi dia mengenakan pakaian bersih, sehelai baju Melayu dan memakai pelekat serta songkok. Belum sempat dia keluar dari bilik, terdengar suara Imam Yunus memanggil, menyangka dia masih tidur. Sudah tiga hari Andy Farhan menginap di rumah Imam Yunus. Setiap kali mahu bangun subuh, Imam Yunus memanggilnya. Tapi pagi ini dia terjaga dengan sendiri.
Andy Farhan membuka pintu.
“Dah jaga?”
“Dah Pak Imam.”
“Al-hamdulillah. Moh lah kita ke masjid.”
Mereka berjalan kaki sahaja ke masjid yang letaknya tidak jauh dari rumah Imam Yunus. Sambil melangkah sempat mereka berbual-bual tentang kehidupan orang-orang mukmin sebenar.
“Orang mukmin sebenar, diterima iman dan kebaikannya oleh Allah taala.” Kata Imam Yunus. “Kamu tahu apakah sifat-sifat orang mukmin tu?”
“Tak tahu, pak Imam.” Jawab Andy Farhan jujur.
“Mereka adalah orang yang mempunyai iman yang tinggi, amalan yang sempurna, ibadah yang khusyuk dan akhlak yang mulia.”
Andy Farhan mengangguk. Sekarang dia mulai mengerti apakah maksud Imam Yunus tentang orang-orang yang beriman.
“Memang ramai orang-orang Islam di dunia ini, tapi berapa ramaikah orang yang beriman?” Tanya Imam Yunus. Iman yang sempurna adalah keyakinan yang kuat terhadap Allah, mengenal Alah dalam erti sebenar, terasa kebesaran dan kehebatanNya.
Ya Allah… Betapa kerdilnya aku selama ini tidak terasa kebesaran dan kehebatanMu. Keluh Andy Farhan sendiri. Kakinya terus melangkah. Dadanya terasa sebak. Sesungguhnya setiap anggota di badannya dapat digerakkan adalah dengan izin dan kuasa Allah s.w.t.
“Mari kita mengangkat wuduk…” Ajak Imam Yunus. “Janganlah lalai dalam mengerjakan solat. Kerana neraka Wail bagi orang yang lalai, tidak khusyuk dalam solat.”
“Macamanakah kita hendak khusyuk dalam solat imam?” Tanya Andy Farhan.
“Supaya kita khusyuk dalam solat, kita haruslah tahu maksud setiap bacaan dalam solat. Kita hayati apa yang dibaca dengan sepenuh hati, Insya Allah khusyuklah kita. Janganlah kita mengingati hal-hal lain dalam solat…”
Mereka sama-sama mengangkat wuduk di paip yang terdapat di hadapan masjid. Tidak ramai jemaah yang datang ke masjid dalam udara pagi yang amat sejuk mencucuk tulang. Subuh itu separuh daripada saf di masjid itu terisi dengan para jemaah. Namun Andy Farhan bersyukur, kini dia adalah salah seorang dari manusia yang melupakan dunia lantas mengabdikan diri kepada Tuhan.
“Menjadi orang mukmin bukan perkara mudah. Banyak ujian dan dugaan yang harus ditempuh supaya seseorang itu tidak tergelincir. Minta dijauhkan kita dari menjadi orang-orang fasik dan munafik.” Kata Imam Yunus setelah mereka selesai bersolat subuh. Selepas solat, Imam Yunus memberikan kuliah subuh pada para jemaah yang ada di dalam masjid.
Imam Yunus membacakan Surah Yusuf, ayat 53 tentang musuh-musuh orang Mukmin. Salah satu daripada musuh Orang-orang Mukmin adalah nafsu.
“Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Nafsu itu bukanlah membunuh jasad tetapi membunuh jiwa. Jiwa yang beriman kepada Allah s.w.t. Pujukan dan desakan nafsu lebih kuat daripada pengaruh manusia. Bila manusia sudah menjadi tunggangan nafsu, hilanglah kewibawaan, kehormatan dan rasa malu manusia tersebut. Jadilah dia sama seperti binatang.
“Masya Allah…” Keluh Andy Farhan sambil menundukkan kepalanya. Ada kepiluan yang meramas-ramas tangkai hatinya. Dadanya berdenyut pedih. Ya Tuhan! Aku bertaubat kepadaMu.
Rohani yang derhaka kepada Allah tidak akan kenal pada Tuhan yang telah menciptanya. Rohani jadi liar dan tidak cinta kepada Allah. Ia membenci kebenaran dan kebaikan. Bila musuh batin yang bernama rohaniah ini berada di hati manusia, tidak akan merasai betapa lazat dan seronoknya menjadi orang mukmin.
Kenapakah Tuhan menjadikan manusia? Tuhan menjadi manusia semata-mata adalah untuk menyembahNya, mengesakan Dia.
Pagi itu hati Andy Farhan semakin pasrah kepada Tuhan yang selama ini telah dia lupakan. Semasa berjalan pulang ke rumah Imam Yunus pagi itu, dadanya lebih lapang dan tenang. Betapa dia merasa semakin terhutang budi pada lelaki itu.
Andy Farhan berhasrat untuk terus menetap di kampung itu. Selama tiga hari dia masih tetamu di rumah Imam Yunus. Dia merasa segan untuk tinggal lebih daripada tiga hari. Lalu pada waktu sarapan di berenda rumah imam tersebut, dia menyatakan hasratnya hendak mencari rumah sewa di kampung itu, berdekatan dengan masjid.
“Apalah yang nak digaduhkan, tinggallah di rumah ni…” Kata Puan Halijah, isteri Imam Yunus.
Andy Farhan tersenyum. Dia menghargai kebaikan pasangan suami isteri itu. Tapi dia tetap rasa tidak selesa berada di rumah itu lebih lama. Walaupun rumah itu besar, tetapi dia merasakan tiada tempat di situ. Tentu Syameera Khaleeda juga rasa tidak selesa dengan kehadiran orang lain di rumahnya. Dia mendapati gadis itu amat jarang keluar ke ruang depan. Selain sibuk di dapur, dia akan terus memerap di kamar tidurnya.
“Terima kasih makcik. Saya hargai kebaikan makcik. Sungguh… Ikhlas saya katakan saya amat selesa di sini. Tapi saya tak mahu menyusahkan makcik sekeluarga.”
“Tak ada susahnya…”
“Pak Imam… Ada tak rumah sewa di sini?” Kata Andy Farhan sambil memandang tepat ke wajah Imam Yunus. Sesungguhnya Imam Yunus mengerti perasaan Andy Farhan. Dia tersenyum.
“Ada. Depan rumah saya ni, kebetulan ada kosong. Tu rumah sewa saya sebenarnya. Baru je penyewanya keluar dua minggu lalu.”
“Boleh lah saya menyewa di situ. Berapa sewanya sebulan…”
“Tak payahlah bayar sewanya…”
“Jangan macam tu Pak Imam. Kalau dua ratus sebulan saya rasa boleh?”
“Lima puluh cukuplah.” Jawab Imam Yunus sambil memandang isterinya. Puan Halijah mengangguk. Dia bersetuju Andy Farhan pindah ke rumah sewa di hadapan rumahnya. Dekat untuk dia menjenguk-jenguk dan memenuhi keperluan anak muda itu.
Puan Halijah bangun lalu bergerak ke bilik tidur anaknya.
“Meera! Kau buat apa? Marilah tolong mak sekejap.” Panggil Puan Halijah.
“Kenapa mak?” Tanya Syameera Khaleeda setelah dia membuka pintu.
“Farhan nak pindah ke rumah sewa kita depan rumah tu. Marilah kau tolong mak bersihkan rumah. Pergi ambil penyapu lidi dan baldi di dapur.”
Syameera Khaleeda diam sahaja. Wajahnya masam. Dia terasa diganggu oleh permintaan emaknya. Namun dia terus bergerak ke dapur. Andy Farhan memerhati sahaja gelagat ibu dan anak gadisnya itu. Dia rasa terkilan kerana menyusahkan Puan Halijah dan anak gadisnya. Tapi dia tidak berani bersuara, menyatakan dia boleh membersihkan rumah itu sendiri. Dia tahu Puan Halijah yang baik hati itu akan menghalang niatnya.
Andy Farhan memerhati kedua-dua beranak itu bergerak menghala ke rumah papan sederhana besar di seberang jalan. Imam Yunus turut memandang anak dan isterinya namun dia tidak berkata apa-apa.
Walaupun rumah itu sekadar rumah papan yang kecil, mempunyai hanya satu bilik tidur, namun Andy Farhan rasa selesa. Dapur rumah itu kecil sahaja, dilengkapi dengan dapur gas satu tungku. Ada cerek, periuk dan kuali serba lengkap. Ada juga meja kecil empat segi dengan dua buah kerusi kopitiam. Meja itu ditutupi dengan alas meja kekotak kecil warna merah. Semuanya dibawa oleh Puan Halijah dari rumahnya.
Andy Farhan tersenyum. Tidak sangka dia telah bertemu dengan orang-orang yang mulia dan baik hatinya. Subuh esok dia berhasrat hendak pergi ke masjid lebih awal daripada Imam Yunus. Besar harapannya dialah orang pertama yang datang, membersihkan masjid dan membentang sejadah. Semoga hasrat murninya itu akan mendapat restu dari Ilahi.
Pulang daripada masjid selepas Isyak, dia melihat di atas meja kecil di dapur terdapat mangkuk tingkat. Saat dia membuka mangkuk tingkat itu, dia terhidu gulai lemak pedas ayam kampung yang enak. Ada juga sayur bayam goreng serta ulam raja dan sambal belacan. Nasi pun masih terasa panas. Dia menggelengkan kepala. Ini mesti kerja Puan Halijah yang amat bimbang dia akan kelaparan. Padahal dia boleh memandu keretanya menghala ke Bentong. Jaraknya tidak jauh, hanya lima belas minit sahaja jika berkereta.
Namun dia bersyukur di atas rezeki yang begitu murah yang dilemparkan Tuhan kepadanya.
DARI celah-celah dinding bahagian dapur yang tidak begitu rapat, sepasang mata sedang mengawasi tingkah laku Andy Farhan. Lelaki itu sedang meletakkan nasi ke dalam pinggan. Dia makan perlahan-lahan. Nampak berselera sekali dia makan. Habis semua lauk pauk yang dibekalkan kepadanya. Dia juga telah menghabiskan nasi di dalam bekas.
Kemudian dia sendawa agak kuat. Andy Farhan memerhati sekeliling, seolah-olah terasa ada orang yang mendengar bunyi dia sendawa. Kemudian dia bergerak ke sinki. Mencuci pinggan dan mangkuk tingkat. Dia menjerak air. Sebelum tidur, dia ingin menikmati kopi. Lagipun suratkhabar hari ini belum habis dibaca. Dia akan membaca sekejap sebelum tidur. Esok dia ingin bangun awal.
Sepasang mata itu terus mengawasi apa saja yang dilakukan oleh Andy Farhan. Dia memang suka melihat wajah tampan itu, tetapi rasa segan untuk memandangnya lebih lama. Lagipun dia perasan, Andy Farhan pun tidak memandang padanya lagi seperti pada hari pertama dia datang ke rumah itu.
Syameera Khaleeda tahu perbuatannya mengintip lelaki itu adalah satu perbuatan yang tidak bermaruah. Memalukan. Tapi sebagai anak gadis dia semakin tertarik pada wajah itu. Dia bukan tertarik pada kemewahan yang ada pada Andy Farhan. Dia tahu Andy Farhan orang senang, kaya raya. Keretanya menunjukkan betapa mewahnya dia. Belum lagi pakaian, jam tangan dan telefon bimbitnya. Dia yakin lelaki itu bukan calang-calang orang.
Tadi dia tidak sangka Andy Farhan dan bapanya pulang cepat dari masjid. Dia baru sahaja meletakkan mangkuk tingkat di atas meja dapur ketika mendengar pintu depan dibuka. Syameera Khaleeda cepat-cepat menutup lampu, lalu bergerak ke pintu dapur. Dia terus keluar. Namun langkahnya terhenti. Timbul hasrat nakal dalam hatinya untuk melihat wajah itu. Pagi tadi selepas dia membersihkan rumah, Andy Farhan terus berpindah. Waktu makan tengahari Andy Farhan tidak datang ke rumahnya. Lelaki itu keluar ke Bentong selepas waktu zohor.
Dia yakin Andy Farhan makan tengahari di kedai. Baru beberapa jam lelaki itu pergi meninggalkan rumahnya dia sudah rasa kehilangan. Dia tidak dapat melihat lagi lelaki itu makan bersama bapanya di bahagian tengah rumah.
Tiba-tiba sesuatu yang lembik dan sejuk menimpa kakinya yang hanya berselipar jepun. Dia terjerit. Terkejut yang amat. Rupa-rupanya seekor katak puru melompat di atas kakinya. Andy Farhan turut terkejut mendengar jeritannya yang agak kuat. Lelaki itu membuka pintu dapur. Dalam samar-samar cahaya yang tumpah ke luar rumah, Andy Farhan lihat Syameera Khaleeda terduduk di atas tanah di tepi dapur.
“Ehhh… Awak! Awak buat apa tu?”
Syameera Khaleeda rasa malu yang amat sangat. Dia terus bangkit lalu bergerak pergi. Pertanyaan Andy Farhan langsung tidak berjawab. Dia terus berlari-lari menyeberangi jalan dalam kesamaran malam, lalu hilang begitu saja. Andy Farhan melihat lampu picitnya tergolek tidak jauh dari pintu dapur. Dia mengambil lampu picit itu lalu meletakkannya di dapur.
Andy Farhan tertanya-tanya sendiri. Pertanyaan yang tergantung di udara begitu saja. Semasa membaringkan tubuhnya malam itu, Andy Farhan masih lagi berfikir tentang Syameera Khaleeda. Apa yang dia buat di situ? Dia mengintip aku ke? Tapi kenapa?

Bab 26
PERJALANAN ini telah menemukannya dengan sejuta harapan dan impian. Dia telah lama memendam rindu yang amat jauh… Rindu pada hari-hari silam, di mana kebebasan itu menjadi miliknya. Kini kebebasan yang dia idamkan menjadi satu kenyataan.
Cuaca kian gelap, apalagi bila berada di pinggir hutan. Dia memandang buat kali terakhir ke arah rumah dua tingkat, tempat dia bernaung selama ini. Rumah itu tersergam sepi dalam suram cahaya senja yang telah jatuh ke kaki langit. Rumah itu menakutkannya biarpun selama hampir sepuluh bulan di situ, dia tidak mengalami kejadian yang aneh. Hanya sekali bermimpi ngeri sebelum kejadian tengahari tadi.
Dia berharap hutan ini tidak menjanjikan satu lagi kengerian yang tidak mampu dia tempuh. Menurut Jamil perjalanannya singkat dan cepat. Setengah jam berjalan kaki, dia akan memasuki kawasan kebun getah. Dari kebun getah itu hanya lebih kurang setengah jam dia akan tiba di kampung.
Agh! Mengapalah dia bodoh sangat? Mengapa tidak dia merayu Jamil supaya menghantarnya ke kampung. Dia boleh bersembunyi di mana-mana… Tapi dia bimbang juga sekiranya Jasman pulang, tentulah dia tidak selamat bersembunyi di kampung. Pastilah Jasman akan menemuinya kerana di kampung itu kebanyakan orang menoreh getah dan bergantung hidup pada ladang-ladang getah milik lelaki itu.
Desir angin terdengar menggerunkan. Kegelapan mulai ada di mana-mana. Cahaya menutup langit yang tadi cerah dan gemilang. Kian lama kian hitam dan gelap. Sheila terus melangkah sambil tangannya sibuk menghalau unggas dan nyamuk. Anak digendung di dalam kain batik. Nurul Farhana tidur dengan selesa, tidak tahu langsung ketakutan dan kesusahan yang bakal dihadapi oleh ibunya.
Sebuah beg galas ada di bahu kiri. Beg itu dilengkapi dengan makanan dan minuman. Semakin jauh dia melangkah, beg itu terasa kian berat. Tetapi dia tidak boleh meninggalkan beg itu kerana di dalamnya adalah bekalan makanan untuk mengisi perut dan menjana tenaga. Biarpun berat dia harus terus membawanya bersama. Di tangannya terdapat sebuah lampu suluh. Dia mulai menghidupkan lampu suluh tersebut dan cahayanya yang terang memudahkan perjalanan.
Sheila memilih jalannya sendiri, menelusuri denai. Tempat itu bagaikan pernah dilalui orang. Dia hanya mengikut sahaja. Setelah jauh berjalan hari betul-betul telah menjelang malam. Suara-suara asing di dalam hutan terdengar begitu menyeramkan. Dia memandang ke belakang, semua gelap pekat.
“Sayang… Kita cari tempat untuk tidur malam ni. Ibu rasa kita dah sesat. Ibu tak nampak pun ladang getah yang dikatakan oleh Pakcik Jamil.” Kata Sheila pada bayinya yang tidur nyenyak.
Jangan-jangan Jamil membohonginya. Jamil bersekongkol dengan Jasman sekian lama. Jamil tidak pernah mesra dan memandangnya secara tidak adil. Sebagai pekerja sepatutnya lelaki itu menghormati Sheila. Tapi Jamil bersikap kepala angin, kadang-kadang baik, kadang-kadang tidak peduli sama sekali.
Dia rasa lega, sekurang-kurangnya dia tidak perlu melihat wajah Jamil lagi. Dia juga tidak ingin memandang Jasman buat selama-lamanya. Akan dia bawa pergi pengalaman semalam yang amat pahit ini jauh-jauh. Dia tidak perlu menoleh ke belakang untuk mengingati lelaki yang pernah dia cintai. Dia mengakui pernah jatuh cinta sebanyak dua kali.
Cintanya yang pertama terhadap Andy Farhan tidak pernah pudar. Namun cintanya pada Jasman sudah lama musnah dan hancur… Tidak pernah dapat bertahan lama! Dan dia rasa kesal, marah, pilu dan kecewa di atas sikapnya yang tidak matang dalam membuat keputusan. Sepatutnya dia menolak kehadiran Jasman dan menerima Andy Farhan semula. Tetapi banyak hati yang akan terluka, terutama sekali Zaiton yang begitu membencinya. Lalu dia memilih Jasman sebagai jalan keluar daripada melukai Zaiton. Namun dia telah menghancurkan hidupnya sendiri…
Setiap kali berdiri di hadapan cermin, dia sentiasa melihat bayangan hiba wajahnya sendiri. Dia tidak pernah ketawa dalam tempuh yang lama. Dia terkadang sudah lupa bagaimana untuk mengorak bibirnya supaya tersenyum. Di wajahnya semacam ada cebikan yang buruk… menghodohkan wajahnya yang dulu begitu cantik dan manis.
“Sayang… bertenang.” Dia terdengar suara rengekan anaknya. Barangkali anaknya kelaparan. Dia harus berhenti untuk menyusukan bayinya. Dia menyuluh sekeliling, akhirnya terlihat sebatang pokok yang besar. Dia mengambil keputusan untuk berehat di situ. Dia sudah terlalu letih. Tekaknya kering dan perutnya rasa pedih.
“Kita duduk berehat di sini ya sayang. Ibu letih sangat. Janganlah bimbang, tak lama lagi kita akan jumpa ladang getah tu yang akan bawa ke kampung.” Sheila duduk di perdu pokok, membiarkan lampu suluhnya menyala. Sekurang-kurang cahaya itu membuat binatang buas rasa takut dan mengelakkan dirinya didekati oleh ular dan kala jengking. Dia berdoa di dalam hati semoga dia dan anak kecilnya dilindungi Tuhan.
Setelah menyusu Nurul Farhana tidur semula. Dia tidak meragam langsung, seolah-olah tahu ibunya dalam kesusahan. Akibat keletihan berjalan, Sheila turut tertidur. Entah pukul berapa dia terjaga. Dia terkejut mendengar suara unggas yang sentiasa berterbangan di tepi telinga. Dia memerhati suasana sekeliling yang gelap gelita. Lampu suluhnya masih terpasang, menghala ke suatu arah. Dia memegang lampu suluh menyuluh sekeliling perdu pokok itu. Tempat itu selamat.
Pokok besar itu mampu melindungi dia dari hujan. Dia berharap hujan tidak akan turun malam itu. Harapannya terpenuh, tidak lama kemudian kelihatan bulan mengambang penuh, muncul dari celah-celah daun. Sheila tahu waktu itu telah benar-benar jauh malam. Dia memejamkan matanya. Moga-moga dia akan tidur, lalu melupakan di mana dia berada.
Sheila terdengar suara riuh rendah dan bunyi muzik yang merdu. Dia melangkah cepat menghala ke sana. Dia lihat sebuah rumah yang mewah. Ada ramai orang di situ sedang berpesta. Dia masuk bersama seseorang. Orang itu sangat dikenalinya. Ada banyak makanan terhidang. Seronoknya! Dia tidak pernah merasa begitu seronok. Dia sudah lama tidak bergembira.
“Kau tak pernah datang ke sini?” Tanya lelaki di sampingnya. Aneh dia kenal lelaki itu. Dia tersenyum mesra sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Oh! Ini pertama kali ya?”
“Ya…” Jawabnya dengan lembut.
“Hei!” Ada satu suara lain menegurnya dengan lembut. “Kau salah tempatlah. Kau tak boleh masuk ke sini.”
Dia menoleh lembut ke arah datangnya suara yang menyapa tadi. Dia menggelabah demi terpandang wajah itu. Dia kenal wanita yang menegurnya.
“Pergi! Pergi!!! Kau tak wujud. Kau dah mati…”
“Hei… Aku nak tolong kau. Kau tak boleh masuk ke sini… Kau salah jalan. Nanti lebih jauh kau akan sesat.”
“Pergilah! Pergiiii…” Jerit Sheila. Kegembiraannya hilang diganti dengan ketakutan.
“Nanti kau ikut arah sana ya…” Tunjuk perempuan itu ke satu arah sambil tersenyum mesra.
“Ingat tu!” Pesannya lagi.
Sheila terjaga dari mimpi. Dia tercengang. Suasana sudah cerah. Dia tertidur dan bermimpi aneh. Benarkah mimpinya itu? Mengapa Kelly hadir dalam mimpinya? Dia menunjukkan aku jalan? Apakah aku dah gila, percaya pada mimpi? Mimpi di hutan pula tu…
Sheila bangun perlahan-lahan. Tubuhnya lenguh. Dia mengintai wajah Nurul Farhana di dalam gendungan kain batik. Anaknya masih tidur.
“Dah hampir siang sayang. Dah nampak langit cerah…” Katanya gembira. “Kita teruskan saja perjalanan kita sayang. Hari dah siang… Ibu tak takut lagi.”
Sheila terus melangkah. Dia teringat suatu masa dulu dia pernah sesat di Hutan Taman Negara. Dia ketakutan. Jasman telah menemuinya. Bila dia teringat pada saat-saat itu, ketakutannya datang semula. Bagaimana jika Jasman menemuinya sekali lagi? Apakah Jasman sudah pulang dan mengetahui bahawa dia telah melarikan diri bersama anak mereka? Pemikiran itu benar-benar menakutkan Sheila. Dia mempercepatkan langkah. Dia meredah sahaja berdasarkan nalurinya. Dia memang tidak tahu dan tidak lagi berpandu pada apa yang dikatakan oleh Jamil.
“Bukan ikut situ Sheila…” Dia mendengar suara yang begitu dekat, seolah-olah di belakangnya. Tengkuknya meremang. Dia menoleh ke belakang tetapi tiada sesiapa.
“Ikut sini! Kau salah jalan.”
Apakah aku dah gila terdengar-dengar suara orang bercakap. Padahal di sini hanya aku dan anak kecilku yang tidak tahu bercakap. Agh! Apabila tubuh menjadi terlalu letih dan fikiran dikuasai rasa takut, bermacam perkara yang nampak di mata dan terdengar di telinga.
Fikiran dan akalnya yang rasional tidak mampu menolong mengatasi rasa takut. Dia harus cekal dan tabah. Sheila mulai membaca ayat-ayat suci yang diingatnya sambil terus membuka langkah. Dia benar-benar bimbang. Namun nama Allah sentiasa bermain di bibirnya.
“Allahula ila hailla huwall hayyul qayyum…” Dia membaca ayat kursi sehingga tamat. Semoga dia tidak diganggu iblis dan syaitan. Bukankah syaitan telah berjanji akan menyesatkan manusia?
“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang sangat nyata.”
Surah Yusuf ayat 5
Bersikap gopoh dan gelojoh adalah atas dorongan Syaitan. Sheila melangkah perlahan dan tenang, yakin pada naluri hatinya dan firasat yang diberikan oleh Allah s.w.t.
DUA HARI sudah Bahtiar dan Hamid berada di dalam hutan. Setiap kali malam tiba, mereka mendirikan khemah, memasak bekalan makanan. Malam dihabiskan dengan berehat untuk menempuh perjalanan seterusnya.
Bahtiar meninggalkan keretanya di suatu tempat di hujung kampung. Setelah itu mereka meredah hutan. Kompas dan peta sentiasa ada di dalam tangan Hamid. Hamidlah yang menjadi jurupandunya. Petang tadi mereka tiba di tempat di mana Salim membuat khemah dan menemui Hamid yang hampir buntang di tepi jalan kecil yang menjadi laluan lori balak.
Jalan itu terletak tidak jauh di seberang sungai tempat mereka berkhemah. Esok pagi mereka akan pergi ke jalan tersebut. Hamid sebenarnya buntu tetapi tidak akan memberitahu Bahtiar apa-apa. Dari arah jalan kecil itu dia sebenarnya tidak tahu di manakah arah sebenar rumah milik Jasman. Apa yang dia tahu, rumah itu rumah yang besar, mempunyai perpustakaan yang luas terletak di pinggir hutan. Dia terkurung di perpustakaan itu, selama dua hari dengan tidak diberi makan dan minum. Dia juga tidak tahu apakah Sheila berada di situ.
Jika Sheila tiada di situ, dia tahu dia akan menjadi mangsa Bahtiar. Barangkali Bahtiar yang kecewa kerana rasa tertipu akan menghalakan muncul senapang ke kepalanya. Habislah dia kali ini! Dia tidak berani menyatakan rancangan Salim tidak masuk akal. Dia berharap ada petunjuk pada pagi esok…
Di hadapan unggun api mereka makan nasi dan berlaukkan ikan sardin mentah yang dicampur dengan bawang dan lada. Seharian berjalan kaki membuat mereka kebuluran. Ikan sardin mentah dan nasi panas itu menjulang selera mereka berdua. Setelah kekenyangan, Hamid membancuh kopi. Bahtiar berhasrat hendak tidur dahulu selepas minum kopi. Dia akan berjaga tengah malam nanti, lalu Hamid pula mengambil giliran untuk tidur.
“Kau tahu mengapa aku beria-ria sangat nak cari Sheila?” Tanya Bahtiar.
Hamid memandang wajah Bahtiar, di sebalik cahaya api dari unggun yang sedang marak.
“Kenapa?” Tanya Hamid.
“Sebab dia anak aku.”
“Bukan anak saudara?”
“Bukan. Tapi tak ada sesiapa pun tahu. Itu adalah rahsia. Memang malu kalau orang tahu. Walau macamana pun dia tetap anak aku. Aku sayangkan dia… Aku rasa menyesal melepaskan dia pada lelaki tu…” Kata Bahtiar berterus terang.
“Kalau apa-apa terjadi pada dia, aku takkan maafkan diri aku.”
Hamid diam sahaja. Dia mengerti perasaan Bahtiar. Dia pun punya anak dan isteri. Alasan Bahtiar memang wajar, untuk mencari dan membawa Sheila kembali ke pangkuannya setelah tiada khabar berita daripada anak itu selama hampir setahun.
“Okeylah. Aku tidur dulu.” Kata Bahtiar lalu bergerak masuk ke dalam khemah.
LEWAT dinihari, Jamil terdengar bunyi kereta Jasman di hadapan rumah. Jamil tidak bergerak ataupun bangun dari katilnya di dalam bilik di tingkat bawah. Dia memasang telinga, mendengar setiap gerakan yang dilakukan oleh Jasman.
Jasman masuk ke rumah, meletakkan kunci kereta di tempat biasa kemudian naik ke tingkat atas. Dia terus masuk ke dalam bilik tidurnya, merebahkan badannya yang terlalu penat.
Dia menunggu hampir tengah malam, tiada sesiapa pun yang sudi menghulur bantuan kepadanya. Dia tidak tahan lagi berada di dalam kereta di pinggir jalan. Dia cuba menahan lori-lori yang lalu setelah kereta yang ditahannya langsung tidak memberikan sebarang perhatian. Lalu sebuah tanker simen berhenti, memberikan dia pertolongan dengan menumpangkannya hingga ke satu kawasan rehat. Di situ terdapat stesen minyak. Dia telah membeli minyak, memohon pada pekerja stesen minyak itu agar menolongnya mendapatkan kereta yang tersadai di tengah jalan.
Salah seorang pekerja di stesen minyak itu sanggup menghantarnya dengan motorsikal. Namun Jasman harus mengeluarkan sedikit upah. Jasman tidak kisah, apabila harus memberikan wang sebanyak RM50 ringgit kepada pekerja tersebut. Jaraknya agak jauh juga. Akhirnya dia dapat kembali ke kereta, menuang minyak yang secukupnya dan memandu kereta itu hingga tiba di stesen tersebut sekali lagi. Kali ini dia menuang hingga penuh tangki kereta. Selepas itu dia memecut laju. Dia tiba di rumah lebih kurang pukul 3 pagi.
Jasman terlalu mengantuk dan letih. Dia terus masuk tidur.
Jamil bangun seperti biasa. Jam enam pagi dia sudah ada di dapur, memasak air dan menyediakan sarapan untuk Jasman. Dia selalunya turut menyediakan sarapan untuk Dolah dan Yop yang datang pada pukul tujuh pagi. Biasanya pukul enam empat puluh lima pagi, pengawal bertugas di tepi pagar akan datang minum pagi sebelum pulang. Tempatnya akan diganti oleh orang lain. Jadi memang tidak sia-sia dia memasak. Ada beberapa orang yang akan menghabiskan makanan termasuk dirinya sendiri.
Segalanya berjalan seperti biasa. Jasman bangun lewat. Pukul sepuluh pagi dia baru turun sarapan.
“Letih nampaknya tuan…” Tegur Jamil sambil menuang kopi ke dalam cawan.
“Aku letih atau tak, apa yang kau sibuk sangat?” Balas Jasman, tidak suka pada teguran Jamil. Jamil diam. Dia meletakkan meehon goreng ke dalam pinggan Jasman.
“Kenapa sunyi je? Sheila belum bangun? Kau dah hantar sarapan dia?”
“Hmmm… Biasanya dia turun sarapan. Sejak tuan tak ada dia makan di bawah.” Beritahu Jamil teragak-agak.
“Amboi! Berani betul. Kau sekarang ni baik sangat dengan dia…”
Jamil tidak menjawab. Dia terus ke dapur. Badannya mulai berpeluh dingin. Dia pura-pura sibuk.
Entah mengapa Jasman jadi tak senang duduk. Dia tidak jadi makan, lalu terus naik ke atas, menuju ke kamar tidur Sheila. Dia menolak daun pintu yang tidak berkunci. Terkejut dia mendapati katil itu kosong. Dia terus bergerak ke bilik air, juga kosong. Dia kembali ke bilik tidur Sheila, sambil memerhati sekeliling. Almari empat pintu yang ada di bilik itu dibuka satu persatu, semuanya masih utuh. Pakaian Sheila masih ada. Tiba-tiba dia terpandang sehelai stoking bayi yang comel berwarna biru ada di tepi katil.
Dahinya berkerut.
Dia menjerit memanggil Jamil. Jamil tergesa-gesa naik ke tingkat atas. Wajahnya pucat lesi apabila melihat wajah Jasman yang berang. Di tangan Jasman terdapat sebelah daripada stoking bayi keciciran di bilik itu.
“Apa ertinya ni? Mana Sheila?”
Jamil terdiam, wajahnya terus pucat dan bibirnya menggeletar.
“Mana Sheila? Apa yang berlaku semasa aku tak ada?”
“Sheila… Sheila… Dia dah bersalin.”
“Dah bersalin? Bukankah belum cukup bulan?”
“Dia… Dia bersalin awal.”
“Mana isteri aku? Mana anak aku?” Jerit Jasman dengan kuat.
“Mereka dah pergi?”
“Pergi? Apa maksud engkau dah pergi? Kau lepaskan dia?” Kata Jasman sambil menerkam ke arah Jamil seolah-olah hendak dicekiknya leher lelaki itu.
“Bukan… bukan. Saya tak lepaskan dia…”
Jamil mereka cerita untuk menyakinkan Jasman. Cerita yang sudah terakam dalam kepalanya sejak Sheila pergi senja semalam. Dia harus benar-benar menyakinkan lelaki itu bahawa bukan dia yang melepaskan Sheila. Sheila pergi sendiri tanpa pengetahuannya di tengah malam tadi, di saat dia sedang tidur.
“Kau ni tak guna. Tidur mati!” Sergah Jasman.
“Pergi ambil senapang aku! Aku akan buru mereka… Aku rasa mereka takkan dapat keluar melalui pintu depan. Mesti ikut belakang, menghala ke hutan.”
“Saya rasa pun macam tu juga…” Balas Jamil, mulai rasa lega. Dia berharap Sheila telah menemui jalan yang ditunjukkannya. Sheila telah tiba di tempat yang selamat. Dia yakin. Jasman tidak akan menemui Sheila di dalam hutan itu. Lagipun sudah lebih daripada lima belas jam Sheila meninggalkan rumah. Pasti sudah jauh perjalanannya…
SHEILA terdengar dari jauh bunyi deruan air. Dia tersenyum tanpa sedar. Tidak lama lagi mereka akan dapat keluar dari hutan itu. Dia mulai berjalan sebaik sahaja hari cerah. Kini matahari bersinar dengan lembut dari sebalik daun. Dia mengagak sendiri, barangkali sekarang pukul sembilan pagi atau lebih sedikit.
Suara air menandakan ada anak sungai. Anak sungai biasanya menghilir menghala ke luar hutan. Selalunya ia menuju ke sungai yang lebih besar atau pun laut. Sheila mempercepatkan langkahnya. Dia tidak sabar untuk menemui jalan pulang. Sambil mengendung anaknya dia separuh berlari. Akhirnya dia tiba jua di tebing sungai yang cetek, bertebing landai. Terlihat batu-batu besar di tebing sungai.
“Sayang, kita ikut haluan sungai, menuju ke hilir. Jangan takut sayang, kita akan selamat.” Beritahu Shiela pada anaknya. Dia turun, membasuhkan wajahnya dengan air yang dingin. Air sungai itu begitu jernih. Damai dan tenang sekali suasana di tepi sungai itu. Langit membiru. Walaupun malam tadi dia mendengar suara yang bermacam-macam tapi di waktu siang segalanya tampak damai dan menyenangkan. Sheila mulai membiasakan dirinya dengan suasana di situ.
Tidak perlu takut, setiap yang ada di hutan ini makluk Allah. Pokok-pokok, sungai dan alam semesta ini hanya milik Dia. Aku hanya menumpang lalu… bisiknya sambil meneruskan perjalanan. Di dalam hatinya dia tetap membaca surah-surah pendek yang diingatnya.
Sejam kemudian dia berhenti, menyusukan Nurul Farhana serta memamah roti dan minum air. Dia perlu kuat dan bertenaga untuk meneruskan perjalanan yang masih jauh. Dia tidak tahu berapa lama lagi dia harus terus berjalan sebelum menemui perkampungan atau pun jalanraya.
Dia yakin dia sudah jauh meninggalkan rumah ladang itu. Dia tidak perlu menoleh ke belakang lagi.
Namun dia terpaksa menoleh beberapa kali apabila terdengar bunyi senapang. Senapang siapakah yang bergema di dalam hutan jauh di belakangnya? Ada pemburukah di hutan ini? Maknanya hutan ini bukanlah tidak berorang…
Sheila terus berjalan lagi. Dia terdengar pula bunyi orang menebang pokok. Bunyi itu terdengar dekat dan agak bising. Dia mendengar suara orang bercakap. Dari arah tepi tebing dia melihat kepulan asap di celah-celah pokok. Asap memutih naik ke udara. Dia terus berjalan lagi lebih laju. Akhirnya dia terlihat dari sebalik pokok-pokok dua buah khemah. Sheila melonjak kegembiraan. Dia tidak sangka ada orang berkhemah di dalam hutan itu. Sheila menuruni tebing. Tebing di situ agak curam tapi tebing diseberang sungai lebih landai dan dipenuhi dengan batu-batu kecil dan besar. Memang di situ sesuai dijadikan tempat mandi manda.
Sheila menoleh ke belakang apabila terasa bunyi senapang semakin dekat. Dia bagaikan dapat merasakan yang senapang itu bukan datangnya dari pemburu. Entah-entah Jasman sudah pun dapat menjejak dan memburunya.
Sheila mempercepatkan langkah. Dia tergelincir. Nurul Farhana dipeluknya erat. Dia takut anaknya jatuh ke dalam sungai lalu hanyut dan tenggelam.
Air sungai rupa-rupanya agak dalam separas pinggangnya. Dia terus mengharungi sungai itu. Dia terasa kakinya memijak batu-batu yang tajam. Terasa perit dan pedih sekali telapak kakinya. Sandal yang dipakai habis tercabut dan hilang entah ke mana semasa dia tergelincir ke sungai tadi. Dia terus mengharungi air. Anaknya diangkat tinggi. Akhirnya dia tiba di tempat yang lebih cetek.
“Tolong!!!” Dia menjerit ke arah dua orang lelaki yang duduk menghadap unggun api. Mereka duduk membelakangi sungai.
“Tolongggg!!!” Jerit Sheila lagi lebih kuat. Kedua-dua lelaki itu berpaling. Salah seorang lelaki itu berdiri, memandang dengan rasa hairan ke arahnya.
Dari belakang Sheila terdengar suara yang amat dikenalinya. Suara Jasman memecah kuat.
“Sheila! Jangan bergerak! Kalau kau engkar, aku tembak!”
Sheila tidak peduli. Dia lebih takut pada Jasman daripada peluru yang akan berlari dan menembusi tubuhnya. Sheila terus meranduk air menghala ke tebing sungai di hadapannya. Kedua-dua lelaki yang berada di seberang sungai kini sedang menuju ke arahnya juga. Sementara seorang lagi lelaki yang memakai topi yang lebar menutupi kepalanya, membawa selaras senapang panjang. Letupannya bergema ke arah seberang sungai. Gema bunyi senapang menakutkan penduduk hutan.
Jasman melepaskan tembakan membalas serangan lelaki itu. Tiba-tiba Sheila tersungkur. Lengannya sakit. Pegangannya terlepas. Namun dua orang lelaki yang berada di tebing itu telah berada begitu dekat dengannya. Anaknya yang jatuh ke sungai segera di selamatkan.
Jasman terpaku di atas tebing. Dilihatnya muncung senapang lelaki itu menghala tepat kepadanya. Dia tidak bergerak, hanya memerhati sahaja tubuh Sheila yang terkulai berlumuran darah dibawa naik ke tebing di seberang sana. Dia tidak akan mengejar lagi.
Sheila… jeritnya di dalam hati. Aku tak ada niat nak cederakan kau… Aku cintakan kau, Sheila!

Bab 27
SEJAK kembali dari hutan, Jasman mengurung dirinya di dalam kamar. Jamil tidak tahu apa yang berlaku. Jasman pulang dua jam lalu, melempar senapangnya ke lantai, lalu naik ke bilik. Lelaki itu terus mengunci pintu bilik tidur, tidak mahu diganggu sesiapa.
Jamil sudah menyediakan makanan tengahari tetapi majikannya tidak ingin menikmati hidangan. Kebanyakan lauk pauk sudah pun sejuk. Jamil masih memerhati ke arah pintu bilik yang bertutup rapat. Dia benar-benar ingin tahu apa yang berlaku. Senapang yang digunakan oleh Jasman sudah disimpannya di dalam almari. Di ruang tamu memang ada sebuah almari dengan beberapa laras senapang tersimpan dengan baik. Jamil mendapati senapang itu telah digunakan. Dari kejauhan tadi dia memang mendengar bunyi letupan dari senapang memecah beberapa kali.
Apakah Jasman berjaya menemui Sheila? Tapi mengapa dia pulang sendirian dalam keadaan marah dan kecewa? Jamil memerhati lagi ke arah bilik tidur Jasman yang bertutup rapat. Apa yang sedang berlaku? Hati terus bertanya tidak putus-putus diselubungi rasa ingin tahu. Hari ini dia tidak membuka peti besi untuk mengira wang yang banyak di dalamnya. Sejak kebelakangan ini dia cenderung mengira wang yang ada… Dia terasa wang itu seperti telah menjadi haknya.
Namun hari ini dia tidak boleh berbuat begitu lagi. Jasman ada di rumah, walaupun lelaki itu sedang mengurung diri di dalam kamar. Dia tidak akan menganggunya. Jamil masuk ke dapur, namun fikirannya tetap tidak tenteram. Dia merasakan ada sesuatu yang akan berlaku. Sekian lama bekerja di rumah itu dia tahu pasti bagaimana sikap Jasman. Lelaki itu kalau sudah dikuasai rasa marah akan bertindak melulu tanpa berfikir panjang. Jamil masuk perlahan-lahan ke dalam bilik tidur. Dia membuka peti besi. Diambilnya seikat duit lalu dimasukkan ke dalam baju. Dia berjalan perlahan-lahan menuju ke dapur. Pintu dapur dibukanya perlahan-lahan sambil matanya liar mencari kelibat rakan sekerja. Dia melihat Yop dan Dolah ada di kebun sayur berdekatan dapur. Jamil bergerak pantas ke arah motorsikal. Dia mengheret motorsikal menghala ke pintu pagar utama. Dia tidak akan menghidupkan enjin berdekatan dengan rumah. Dia tidak mahu mengejutkan Jasman. Barangkali lelaki itu sedang tidur setelah keletihan meredah hutan.
Pada pengawal dia memberitahu. Jasman memintanya keluar ke bandar membeli barang. Pengawal membuka pintu pagar. Jamil menghidupkan motorsikalnya di luar pagar, lalu terus memecut laju menghala ke kampung. Dia akan meminta isterinya bersiap-siap dengan cepat. Mereka harus bergerak segera meninggalkan kampung untuk beberapa waktu…
PEREMPUAN itu tidak berhak hidup sendiri, jauh darinya. Perempuan itu miliknya. Dia tidak boleh pergi ke mana-mana. Sebagai isteri sepatutnya Sheila setia di rumah ini menunggu kepulangannya. Mengapa hari ini Sheila harus lari bersama anak mereka? Mengapa? Soal Jasman di dalam hatinya sambil berbaring menghadapi siling di dalam kamar yang pengap.
Dia begitu marah tadi. Teramat marah apabila melihat kelibat Sheila jauh di hadapannya. Dia terus mengejar dan mendapati Sheila telah pun turun ke sungai lalu menyeberangi sungai dengan penuh berani. Hanya sekali wanita itu menoleh padanya. Dan dia melihat ada dua orang lelaki berada di tepi tebing sungai itu. Mereka menerkam ke arah Sheila, memberikan pertolongan. Malah salah seorang daripada lelaki itu melepaskan tembakan ke arahnya. Mujur tembakan itu meleset dan tidak mengena batang tubuhnya.
Dia membalas tembakan. Tidak sangka bidikannya tersasar lalu mengena tubuh Sheila. Sheila tersungkur ke dalam sungai. Darah membuak, bersama air sungai yang mengalir deras. Jasman memejamkan matanya rapat-rapat. Apakah Sheila sudah mati? Apakah anaknya juga tidak selamat? Di manakah Sheila sekarang? Siapa pula dua orang lelaki yang berada di tepi sungai itu? Lelaki itu bagaikan sudah tahu kedatangan Sheila dan sedang menunggunya datang.
Apakah Sheila memang sudah lama merancang untuk melarikan diri? Tapi bagaimana dia dapat berhubung dengan sesiapa? Di rumah ini tiada telefon. Telefon bimbitnya juga sudah dia rampas dari pegangan Sheila. Lagipun di kawasan terpencil itu tiada liputan langsung. Telefon bimbit hanya sebagai hiasan sahaja.
Apakah Jamil telah membantu Sheila selama ini? Bukankah dua bulan dia tidak balik ke situ? Barangkali mereka sudah menjadi kawan rapat. Dia yakin Jamil terlibat sama. Dia tidak boleh membiarkan Jamil begitu sahaja. Perbuatan Jamil harus dihukum. Selama ini Jamil setia padanya. Tapi kini Jamil telah berpaling tadah dan mengasihani Sheila.
Jasman bingkas membuka pintu bilik. Dia menjerit-jerit memanggil nama Jamil. Namun tiada jawapan daripada Jamil. Sebaliknya terdengar suara Yop yang menyahut dari arah dapur.
“Ada apa tuan? Jamil dah keluar, baru sekejap tadi.”
“Dia ke mana?”
“Tak tahu tuan. Mungkin ke kedai. Saya di belakang tadi, menolong Pak Dolah membersihkan kebun.” Beritahu Yop lurus.
Jasman diam. Barangkali Jamil keluar membeli barang. Memang Jamil bebas keluar masuk. Dia akan menunggu Jamil balik dari kedai untuk mendesak lelaki itu bercakap benar.
SELAMA beberapa hari akhbar harian memaparkan satu berita pembunuhan misteri. Sebuah kereta dan mayat wanita ditemui oleh pemancing ikan di kawasan empagan Ulu Yam. Semua orang tidak terlepas daripada memperkatakan tentang pembunuhan tersebut. Inspektor Razif kembali sibuk menangani kes baru itu.
Setakat ini tiada sebarang maklumat siapakah wanita misteri itu. Di dalam keretanya tiada sebarang pengenalan diri. Keretanya yang tenggelam di dalam empangan telah pun dibawa naik ke darat. Pihak JPJ sedang mencari maklumat berdasarkan nombor pendaftaran plet kereta wanita misteri itu.
Inspektor Razif menunggu panggilan pada pagi itu. Ramai pemberita di luar ingin bertemu dengannya. Dia meminta pemberita menunggu sebentar sebelum dia mendapat maklumat daripada JPJ. Tidak lama kemudian telefon di mejanya berdering. Panggilan itu dijawab segera. Inspektor Razif mencatat maklumat yang baru diperolehi.
Pemberita yang dahagakan maklumat terus diberitahu. Dia berharap dengan maklumat baru itu, keluarga wanita misteri itu akan muncul untuk menuntut mayat wanita terbabit. Dia juga berharap kes itu dapat diselesaikan dengan cepat. Di atas mejanya terdapat barang-barang yang ditemui di dalam kereta mangsa. Antara bahan bukti yang menarik minatnya adalah seutas rantai berlian yang cantik terletak di dalam plastik. Dia berharap dengan bukti itu, pembunuh wanita misteri itu akan dapat ditangkap secepat mungkin.
Inspektor Razif keluar dari pejabatnya. Dia bergerak masuk ke kereta dengan membawa rantai berlian itu bersamanya. Dia bertindak pantas, mengunjungi beberapa buah kedai emas terkemuka di ibu kota. Dia yakin rantai berlian itu dibeli di salah sebuah kedai barang kemas yang terkenal. Rantai itu nampak mahal dan hanya kedai-kedai terpilih sahaja yang menjualnya.
Akhirnya dia menemui penjual rantai berlian itu. Penjual rantai berlian itu mengakui rantai itu dibeli di kedainya kira-kira dua bulan yang lalu.
“You ada rekod pembeli?”
“Ya… ya… ada.” Jawab penjual rantai berlian itu lalu membuka buku resit yang tersimpan. Dia membeleknya satu persatu berdasarkan tarikh lalu menyerahkan kepada Inspektor Razif.
“Memang ada lelaki muda… kacak dan bergaya. Katanya, dia beli rantai ni untuk isteri sebagai hadiah ulangan perkahwinan.” Kata penjual rantai itu.
Inspektor Razif membaca nama yang tertulis di situ. Jasman? Jasman Hashim? Mustahil! Dia tergeleng-geleng. Takkanlah Jasman itu? Jasman sahabatnya. Ada berapa orang Jasman Hashim di ibukota ini?
“You ada CCTV bukan?”
“Ya… Ada. Memang bahaya kalau kedai jewel macam kami tak ada CCTV. Nanti saya akan cari pita dua bulan dulu. Tuan tunggu sekejap.” Inspektor Razif senang hati mendapat kerja sama yang baik daripada pekedai tersebut.
Balik ke pejabat dia mulai menonton pita yang diberikan oleh pekedai barang kemas itu. Memang Jasman datang ke situ untuk membeli rantai terbabit. Wajahnya jelas terakam di dalam pita itu. Inspektor Razif menepuk dahinya beberapa kali. Dia masih tidak percaya. Mengapa harus Jasman? Jasman kawan baiknya…
Di mana Jasman sekarang? Di Muar? Dia bingkas keluar, memanggil dua orang pembantunya supaya mengikut dia pergi ke Muar.
“Mungkin kita akan dapat selesaikan kes wanita misteri yang dibunuh tu dengan cepat, sarjan. Sebab saya kenal dengan suspek. Sekarang dia jadi suspek utama.” Kata Inspektor Razif pada Sarjan Musa.
Sarjan Musa mengangguk sahaja. Mereka dalam perjalanan menuju ke Muar, tempat kelahiran Jasman.
Tiba di kampung Jasman, Inspektor Razif bertanya pada penduduk kampung di manakah rumah keluarga Jasman. Inspektor Razif mendapati ibu Jasman sendirian di rumahnya. Wanita itu memberitahu Jasman sudah lama tidak balik ke situ. Dia pun tidak pernah mendengar sebarang khabar berita dari anak lelakinya itu.
Inspektor Razif yakin, selama ini dia sudah tertipu oleh kawan baiknya sendiri. Bagaimana dia boleh khilaf, tidak sedar yang Jasman sentiasa datang ke situ untuk menyiasat setiap kegiatan yang dilakukannya. Di manakah Jasman? Siapakah yang tahu tentang lelaki itu?
Dalam mesyuarat tertutup petang itu, Inspektor Razif mengarahkan pembantunya mencari maklumat tentang Jasman. Gambarnya dicetak di akhbar dan di mana-mana papan kenyataan. Lelaki itu dikehendaki dan dicari oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan.
Tiga hari kemudian, pihak kuasa mendapat maklumat daripada orang ramai. Kisah hidup Jasman mulai terbongkar perlahan-lahan. Dia pernah mengahwini dua orang wanita yang sudah berumur, yang kaya dan memiliki banyak harta. Isteri pertama bernama Hasna dan isteri kedua seorang perempuan Cina yang telah memeluk Islam semasa mengahwininya. Perempuan Cina itu mewarisi ladang daripada suami pertamanya seorang lelaki berketurunan Inggeris. Tidak lama kemudian Inspektor Razif mendapat maklumat di manakah ladang wanita Cina tersebut.
Inspektor Razif bersama pembantunya mengunjungi Ladang Bukit Kundang.
CAHAYA matahari yang lembut menyinari alam. Suasana sunyi sepi namun tidak dapat mendamaikan perasaannya. Jiwanya bergolak, jauh dari ketenangan. Jasman duduk sendirian di halaman sisi rumah banglo. Di situ terdapat kerusi besi tempawan putih dengan sebuah meja bulat. Dia atas meja terdapat teko teh yang hanya luak sedikit. Ada juga beberapa potong kek gulung yang belum berusik di dalam piring.
Jasman memandang kosong ke arah langit yang membiru. Hatinya rusuh, gelisah dan kosong sejak ketiadaan Sheila di rumah itu. Dia terkilan tidak dapat melihat rupa wajah anaknya. Dia meneguk minumannya yang sudah lama terbiar di dalam cawan. Teh itu terasa amat pahit melalui tekaknya. Memerhati sahaja ke arah bekas gula dan krimer yang ada di sisi teko. Rupa-rupanya dia terlupa meletakkan gula ke dalam minumannya.
Dua hari dia mengurung dirinya di kamar, enggan menjamah apa-apa. Dia hanya minum air untuk mengisi perut. Dia merasakan semangat dan keinginan hidup sudah tiada lagi.
Dia hilang arah dan tujuan hidup ibarat kapal yang tiada kemudi, hanyut di lautan yang luas. Dia memandang lagi langit yang membiru cerah. Sudah tiga hari Sheila dan anaknya pergi… Dia harus memulakan usaha untuk mencari mereka. Otaknya sedang berfikir apakah hari ini dia akan memulakan pencarian itu? Barangkali Sheila sudah pulang ke pangkuan Bahtiar dan Andy Farhan. Kenyataan itu buat hatinya tambah rusuh, lalu dia membaling cawan teh yang pahit itu ke dalam longkang.
Tapi siapakah kedua-dua lelaki itu? Dia memang tidak dapat mengecam mereka kerana jarak yang agak jauh di seberang sungai. Ke manakah mereka membawa Sheila pergi? Barangkali mereka sudah jauh meninggalkan kawasan itu. Dia pasti. Tiada gunanya dia mengejar Sheila, tapi dia harus mendapatkan anaknya. Anak itu harus bersamanya. Anak itu tidak boleh dibiarkan bersama Sheila. Dia membiarkan Sheila, membenarkan wanita itu bergerak di kawasan rumah ini adalah semata-mata kerana anak itu. Malangnya, anak itu tidak dapat dilihat langsung wajahnya. Dia tidak tahu apakah jantina anaknya… Lelaki atau perempuan.
Siapa pula namanya. Dia memang tidak tahu. Kejam! Mengapa Sheila harus membawa lari anaknya jauh dari sini?
Jasman sedang asyik dengan fikirannya sendiri apabila terdengar suara Yop berkata; “Tuan! Ada orang nak jumpa tuan!”
Jasman tersentak. Dia memandang wajah Yop. Sejak Jamil menghilang diri, Yoplah yang menjalankan kerja-kerja di rumah itu. Jasman maklum benar, Jamil takut dan melarikan diri. Jamil memang bersalah. Dia bersubahat dengan Sheila sehingga menyebabkan Sheila dapat melarikan diri dari rumah itu. Setelah dia punya kekuatan kelak dia akan mencari Jamil sampai ketemu. Ke mana Jamil mahu lari? Jamil bukannya orang senang yang memiliki duit yang banyak.
“Siapa?” Tanya Jasman sepatah.
“Polis. Katanya dia kawan Tuan. Inspektor Razif.”
“Razif? Mengapa dia datang ke sini?”
Jasman bangkit. Dia kehairanan bagaimana Inspektor Razif boleh menjejakinya hingga ke Ladang Bukit Kundang. Hatinya rasa tidak sedap tetapi dia tetap bangun, masuk ke dalam rumah. Inspektor Razif dan dua orang pembantunya sedang menunggu di ruang tamu.
“Razif! Apa kau buat di sini?” Tegur Jasman apabila melihat lelaki itu sedang duduk di ruang tamu menunggu kedatangannya.
“Jasman! Puas aku cari kau… Sampai ke Muar, tak jumpa-jumpa! Rupa-rupanya kau di sini….” Balas Inspektor Razif.
Dia bangun. Tiada lagi senyuman mesra dan huluran salam seperti biasa. Inspektor Razif dengan wajah serius terus sahaja bertanya; “Di mana engkau berada pada malam 18 September, sebulan lalu?”
“Aku… Aku ada di Muar.” Jawabnya sedikit teragak-agak.
“Muar? Kau pasti kau ada balik ke Muar? Dapat ke kau buktikannya di mahkamah?”
“Kenapa pula? Apa yang berlaku?” Tanya Jasman pura-pura tidak mengerti.
“Aku ada bukti untuk menahan kau dan mengaitkan kau dengan pembunuhan Doktor Erleta Baha, sebulan lalu di rumah kau di Jalan 14/60, PJ. Segala kata-kata dan keterangan yang kau berikan akan dijadikan bukti untuk menentang kau di mahkamah. Lebih baik kau upah seorang peguam yang hebat untuk bela engkau, Jasman!”
Inspektor Razif mengisyaratkan pembantunya agar menggari Jasman dengan serta-merta.
Jasman tidak bergerak, tubuhnya kaku. Dia membiarkan tangannya digari. Kemudian dia dibawa keluar dari rumah itu. Sebelum memasuki kereta polis yang menunggu Jasman berkata pada Inspektor Razif; “Kau silap Zif… Aku tak bersalah. Kau silap! Ini fitnah!” Dia meronta-ronta.
“Bersalah atau tidak, kau akan dibawa ke balai dan ditahan untuk siasatan lanjut.”
Tubuhnya terus disumbat masuk ke dalam kereta polis lalu bergerak pergi meninggalkan rumah itu. Yop hanya memerhati dari jauh. Dia hanya menggeleng kepala melihat Jasman dibawa pergi.

[Sila teruskan menyokong karya saya^^]
[Lihat apakah yang akan terjadi seterusnya????]
[Siapakah mastermind disebalik segala peristiwa yang terjadi???]
Siapa yang berjaya meneka siapakah mastermind di sebalik peristiwa yang berlaku akan memperolehi satu buku percuma megalomania III disertakan dengan tandatangan penulisnya-
Nama:
Alamat:
Jawapannya:
No comments:
Post a Comment