SETIAP insan yang hidup di dunia ini pasti punya impian. Impian itu membangkitkan keinginan untuk meneruskan hidup selagi ianya tidak tercapai. Kini impian dan ilusinya bagai sudah pun menjadi nyata. Berdiri di hadapan cermin dengan gaun putih yang tersarung di tubuhnya, beberapa saat dia memejamkan mata. Perkahwinan! Bisik hatinya girang. Dia buka matanya, dan riak-riak bahagia terlukis jelas di wajah.
Dia akan berkahwin dalam masa seminggu. Dia akan menghabiskan sepanjang hidup bersama lelaki yang dicintainya sepenuh hati sehinggalah ajal dan maut memisahkan mereka. Kala itu di dalam kepalanya sudah terbayang seraut wajah penuh senyuman milik Andy Farhan. Dia memutar-mutar badannya di hadapan cermin. Puas melihat veil dari kain organza putih yang melerek ke lantai serta jambangan bunga ros merah yang mekar di tangan tersusun indah.
“Wow! Memang cantik kan?” Muncul suara Kak Murni pemilik butik. “Tak perlu cuba yang lain lagi. Yang ini memang sesuai sekali dengan Cik Sheila.” Katanya lunak sambil berdiri di samping Sheila, menghadapi cermin besar di hadapan mereka.
“Ya.” Akui Sheila sambil tersenyum manis. “Saya memang puas hati dengan gaun ini.” Beritahunya sambil memusing badannya sekali lagi. Dia memang berpuas hati dengan fesyen gaun itu yang tidak terlalu mendedahkan bahagian dada, walaupun ianya tidak berlengan. Tetapi veil yang panjang itu mampu menutup sebahagian daripada lengannya. Dia memang kagum dengan hasil rekaan gaun daripada fabrik satin dan organza itu. Manik-manik dan labuci bergemerlapan apabila disuluh cahaya lampu kalimantang yang memancar terang di dalam butik itu.
“Sekarang keluarlah. Tunjuk dekat tunang you tu, Cik Sheila! Pasti dia terpegun melihat kecantikan you!” Gesa Kak Murni sambil memegang hujung veil yang dipakai Sheila. Sheila melangkah lambat, menyelak langsir yang memisahkan antara bahagian dalam dan luar butik. Andy Farhan sedang duduk di sofa di ruang menunggu, tekun membaca akhbar.
“Abang!” Panggil Sheila.
“Macamana, ok tak?” Serunya lagi terus berjalan ke arah lelaki yang terus asyik membaca akhbar itu. Panggilannya langsung tidak bersahut. Andy Farhan mengangkat mukanya. Sheila mengharapkan satu pujian yang melambung tinggi, tetapi harapan itu berkecai apabila melihat muka Andy Farhan yang keruh. Bibirnya tidak berkata apa-apa. Tiada senyuman langsung yang terukir. Hanya pandangan matanya tertakluk ke wajah Sheila yang tersenyum.
“Macamana? OK tak?” Ulang Sheila tidak puas hati apabila Andy Farhan hanya memandang tanpa kata. Sudah hilangkah segala pujian manis dan indah? Kenapa? Kenapa wajah itu kelihatan begitu tegang serta marah?
“Hmmm…” Andy Farhan sekadar mengangguk beberapa kali. Matanya kembali ke arah akhbar yang terbentang, menekur ke barisan ayat-ayat di dada akhbar itu, menyambung bacaan yang tadi dihenti. Sheila merengus kasar. Nampaknya akhbar itu lebih menarik minat daripada melihat bakal isterinya mengenakan pakaian pengantin.
Sheila masuk ke bahagian dalam semula, membuka gaun itu dengan dibantu oleh Kak Murni tanpa sepatah kata. Kak Murni cuba berbual-bual dengannya biarpun perbualan itu kedengaran begitu hambar. Hatinya sedikit terbakar. Tiada pujian yang meluncur daripada bibir Andy Farhan. Hanya satu aksi biasa, seolah-olah dia memakai pakaian biasa dan bukannya baju pengantin di hari perkahwinan mereka. Sheila mengenakan bajunya semula, mencapai beg tangan dan bergerak ke luar. Dia memandang ke sofa dan mendapati Andy Farhan tiada di situ.
Ke mana pula dia? Hatinya merungut geram. Setelah meminta permisi daripada Kak Murni dia melangkah keluar dari butik itu. Di hadapan kedai dia melihat Andy Farhan sudah berada di dalam kereta, masih dengan surat khabar yang terkembang di tangannya.
“What wrong? Apa yang tak kena hingga muka abang masam mencuka?” Tanya Sheila geram bersama satu rengusan halus dia memandang wajah lelaki yang dicintainya itu. Dia sedikit gelisah duduk di dalam kereta di samping lelaki yang terus membungkam sepi tanpa suara. “Tak ada sepatah pun komen ataupun pujian daripada mulut abang pasal gaun yang saya pakai. Abang tak suka? Saya ambil masa terlalu lama memilih gaun tadi dan abang dah mulai bosan?”
Andy Farhan memandang muka Sheila yang mulai merah padam. Dia tahu gadis itu tersinggung. Cepat-cepat dia melipat akhbar lantas mencampakkannya ke kusyen belakang.
“Tak…Tak… Bukan soal masa sayang. Langsung tak ada kena mengena. Ambillah berapa lama masa pun untuk membuat pilihan, abang tak kisah. Abang sedang membaca satu berita penting dan abang tak dapat nak tumpukan pada apa yang abang lihat di hadapan mata sekarang. You are lovely, darling… Cantik! Terlalu cantik. Gaun itu memang sesuai dengan tubuh Sheila. Dan abang tak sabar nak lihat tubuh Sheila di bawah cahaya lampu tanpa gaun itu… dan…” Andy Farhan mengenyitkan matanya dan terus tertawa untuk membuang segala rasa resah di hatinya. Kata-kata itu juga mampu menghilangkan bibit-bibit amarah yang terlukis di wajah Sheila.
“Ahhh! Dah mulalah tu!” Pantas jari Sheila mencubit paha Andy Farhan. Kedua-duanya tertawa sejenak. Tawa bahagia dua orang insan yang akan menghadapi hari pernikahan mereka yang semakin hampir. Cinta mereka akan bersatu dan menjadi momen abadi untuk dikenang oleh generasi seterusnya dalam keturunan mereka kelak.
“Kita balik ke rumah kita?” Ajak Andy Farhan sambil menghidupkan enjin kereta.
“Kita belum pun hidup serumah lagi bang…” Kata Sheila seolah-olah mengingatkan. Dia tersenyum dan menjeling bakal suaminya itu. Hatinya berbunga riang. Dia meletakkan kepalanya di bahu Andy Farhan yang tegap itu. Dan sememangnya dia rasa selesa apabila berada dekat dengan lelaki itu sepanjang masa.
“Anggap sajalah kita sudah hidup bersama.” Balas Andy Farhan. “Kita baru pulang dari kerja dan anak-anak sedang menunggu di rumah. Agaknya berapa orang anak yang akan kita punya? Abang rasa cukuplah sekadar dua orang. Sepasang…”
Sheila mengangguk. Dia tidak bersetuju sekiranya Andy Farhan mahu anak yang ramai. Rupa-rupanya mereka memang sehati sejiwa.
“Inilah saat-saat paling bahagia dalam hidup saya bang...” Luah Sheila sambil mengangkat kepala dan menegakkan badannya. Dia memandang Andy Farhan yang tekun memandu. Langit kelihatan semakin kelam, petang kian larut menghampiri senja. Kiranya sudah sempurna kitaran hidup hari itu, malam melengkapkan perjalanan masa.
“Terima kasih.”
“Orang yang saling menyintai tidak akan mengucapkan perkataan ‘terima kasih’ antara satu sama lain, sayang. Pelik rasanya bila Sheila sebut perkataan itu pada abang.”
“Tiada yang pelik. Salah jika saya berterima kasih? Setelah sekian banyak dugaan yang kita tempuh akhirnya kita bersama.”
“Sepatutnya kita bersyukur pada Tuhan.” Balas Andy Farhan tidak mahu kalah. “Bersyukur kerana kita berjaya menempuh dugaan besar ini. Ada satu lagi dugaan besar yang menanti di hadapan kita Sheila.”
“Apa maksud abang?” Sheila cemas sendiri mendengar kata-kata Andy Farhan.
“Salim akan bebas…”
“Bebas?”
“Ya. Itulah berita yang abang baca di akhbar hari ini. Dia akan bebas dalam masa terdekat ini. Tuduhan pakatan membunuh itu akan digugurkan… Pihak berkuasa gagal mensabitkan dia dengan pembunuhan-pembunuhan yang telah berlaku. Lebih tepat lagi tidak cukup bukti pembabitannya. Nampaknya dia memang licik memutar belitkan segala bukti yang menentangnya. Dia memang bijak, mendapat seorang peguam bela seperti Taufik Siraj tu!!”
“Mungkin itu hanya spekulasi saja?”
“Tak… Tak. Bukan spekulasi. Dia akan bebas. Dia akan bebas kerana dia mendapat back-up daripada seseorang. Perbicaraan selama berbulan-bulan yang diikuti oleh masyarakat dalam paper itu hanya… Agh! Karut!! Hanya untuk mengelabui mata!” Andy Farhan melepaskan keluhan berat. Dia memukul setering beberapa kali. Kegelisahan dan kemuramannya tidak dapat disembunyikan lagi.
Sheila terdiam. Rasa hatinya mulai kecut. Takutkah dia menghadapi pembebasan Salim? Apakah lelaki itu akan datang untuk membalas dendam? Salim telah kehilangan segalanya sebaik sahaja disumbatkan ke penjara. Harga diri, maruah dan kerjayanya sebagai seorang peguam berkeliber telah musnah sama sekali. Firma guamannya menempuhi satu rombakan besar. Datuk Murthi balik dari luar negara dan kembali mengetuai firma yang telah dimulakannya puluhan tahun dahulu. Dia terpaksa kembali bagi membersihkan nama firma itu akibat perbuatan Salim. Selama ini Salim adalah orang yang amat dipercayainya!
Rombakan besar yang dibuat adalah untuk membersihkan nama firma itu di mata masyarakat. Ada beberapa orang peguam yang dinasihatkan meletak jawatan, walaupun Sheila samasekali tidak terbabit. Dia masih bekerja di firma itu. Tiga hari lepas, firma menerima dua orang peguam baru dari Kuala Lumpur. Memang banyak wajah-wajah baru di pejabat. Tetapi dia tetap sayangkan firma tempat dia bekerja itu biarpun tanpa lelaki yang pernah menjadi sahabat serta bekas ‘tunangannya’ pula.
Sedikit sebanyak dia turut terlibat dalam ‘memusnahkan’ nama baik Salim. Bukankah lelaki itu melakukannya kerana cinta. Tetapi kalau cinta sekali pun, kenapa sanggup membinasakan jiwa manusia lain? Bukankah cinta itu sifatnya terlalu suci dan murni, seperti cinta antara Tuhan dan hambaNya. Cinta antara Adam dan Hawa. Sheila mengeluh berat. Ahhh… Itulah hati manusia. Hati… sepotong daging yang lembut dan menganjal tetapi akan menjadi keras, sekerasnya apabila tidak disuburi dengan iman dan takwa.
Andy Farhan memberhentikan keretanya di hadapan pagar rumah Sheila. Tangannya terus memegang stering dengan wajah tegang. Kini Sheila mengerti mengapa Andy Farhan tidak dapat memberikan pujian ikhlas terhadapnya apabila dia mengenakan gaun pengantinnya tadi. Rupa-rupanya hati Andy Farhan bergalau resah dan kecewa.
Sheila mencium sekilas pipi tunangannya itu. Bibir Andy Farhan terukir secebis senyum menerima ciuman itu.
“Do it again… please!” Katanya separuh merayu terus tersenyum nakal.
Sheila mengeluh perlahan kemudian berkata; “Lain kali. Lebih-lebih nanti berdosa tau!”
Andy Farhan ketawa, kemudian berkata separuh mencabar. “Tadi tu bukannya dosa?”
Sheila tertawa kecil. “Ya! Dosa tetap dosa… Akan cepat-cepat saya hapuskan dengan sembahyang maghrib dan sembahyang taubat. Agh! Lambatnya masa beredar, ya bang?” Kata Sheila perlahan. Hatinya juga tidak sabar. Jika boleh dia tidak mahu berpisah lagi dengan lelaki di sampingnya itu. Perpisahan sejenak ini pun sudah terasa amat menyakitkan dan dia akan merindu sepanjang malam. Inikan pula sekiranya mereka harus terpisah lama dan tidak berjumpa lagi. Aduhai! Mengapa fikirannya harus melayang ke arah sesuatu yang buruk seperti itu? Andy Farhan tidak akan ke mana-mana. Lelaki itu akan datang awal pagi esok untuk menjemputnya ke pejabat. Kemudian mereka akan bersarapan bersama. Begitu rutin hidupnya sejak tiga bulan lepas. Keretanya sendiri sudah lama tidak digerakkan ke mana-mana. Kadang-kadang dia hanya memanaskan enjin sahaja!
Dia belum jua melangkah turun. Andy Farhan mencapai tangan Sheila lantas digenggam dengan erat. Tanpa suara, matanya memandang jauh ke hadapan.
“Saya sayangkan abang lebih daripada segalanya di dunia ini. Abang tahu, saya tak punya sesiapa lagi, selain daripada abang.”
“Abang tahu sayang. Sekiranya abang boleh berjanji… Dengarlah sumpah dan ikrar abang ni Sheila. Sheila akan sentiasa di dalam hati abang walau di mana abang berada. Dan tiada sesiapa pun yang dapat memisahkan kita melainkan jika abang mati dalam waktu terdekat ini!”
“Shhhh…” Sheila pantas meletakkan jari telunjuknya di antara dua ulas bibir Andy Farhan. “Saya tak suka abang sebut tentang ajal dan maut. Saya tak suka, benar-benar tak suka! Oh! Semoga Tuhan menjauhkan saya daripada perkara yang saya takut, bang! Saya tak mahu perkara itu berlaku. Saya tak mahu kehilangan abang… Bukan dalam saat-saat begini. Saat kita sedang berada di ambang perkahwinan.” Beberapa titis airmatanya mulai berguguran. Dan bahunya bergerak-gerak menahan tangis.
Andy Farhan kesal kerana kata-katanya telah menumpahkan airmata Sheila. Cepat tubuh itu dirangkulnya erat. Sejenak dia membiarkan tubuh itu berada dalam dakapannya kemudian direnggangkannya perlahan-lahan. Dilihatnya wajah Sheila masih basah.
“Pergilah masuk!” Kata Andy Farhan lembut. Tidak ingin dia melihat airmata gadis itu terus mengalir. “Tengok! Azizah dah tunggu kat muka pintu. Nanti dia risau pula tengok kenapa muka Sheila penuh dengan airmata. Nanti dia ingat abang sakitkan hati Sheila pula.” Andy Farhan cuba ketawa.
“Maafkan abang. Abang buat Sheila mengalirkan airmata. Maafkan abang sayang.”
“Saya minta, abang jangan ulang kata-kata itu lagi!”
Andy Farhan menggelengkan kepalanya. Dia tersenyum lagi. Dia tahu hati kecil gadis itu. Terlalu menyayangi dirinya. Dia juga sayangkan Sheila lebih daripada segalanya. Jika dia harus berkongsi nyawa sekali pun, akan dilakukannya dengan rela.
Sheila menyeka airmatanya. Dia mencapai beg tangan dan bersedia untuk keluar dari kereta itu. Sekilas dipandangnya Andy Farhan dan melemparkan senyuman sayu dengan airmata yang masih bersisa.
Sheila berdiri di tepi pagar memerhati kereta Andy Farhan meluncur pergi. Kemudian barulah dia berpaling untuk masuk ke dalam rumah. Tetapi langkahnya terhenti apabila terdengar sapaan dari arah rumah sebelah. Dia memandang ke arah pagar berjeriji besi dan bercat hitam itu. Terlihat sesusuk tubuh lelaki berdiri di sana. Dia sedikit terperanjat apabila terpandang wajah itu yang jelas terlihat di bawah lampu porch yang terang.
Jasman Hashim? Pengurus pentadbiran yang baru tiga hari bertugas di firmanya itu menyewa bersebelahan dengan rumahnya. Kerutannya masih lagi terlukis hingga dia tidak menjawab sapaan lelaki itu. Lebih-lebih lagi apabila melihat lelaki itu hanya memakai seluar bermuda dan singlet. Jelas terserlah dadanya yang bidang dan lengannya yang tegap. Jasman berkulit putih kuning, punya wajah yang tampan. Matanya bulat dan agak besar serta bersinar ceria. Dia kelihatan seorang yang periang dan mudah bergaul mesra dengan siapa sahaja. Dia memiliki satu pakej yang akan menarik minat kebanyakan wanita.
“Baru balik Sheila?” Itu tegurannya yang kedua, yang masih dipandang sepi.
“Err… Ya. Ya… You menyewa di sebelah rumah I?” Tanya Sheila inginkan kepastian. Dia benar-benar tidak menduga. Memang sudah beberapa minggu tuan rumah meletakkan iklannya di hadapan rumah tetapi tidak langsung menyangka rumah itu akan dihuni oleh seseorang yang dikenalinya! Satu pejabat pula… Satu kebetulan yang menarik ataupun sebaliknya? Fikir Sheila tidak keruan.
“Ya. Baru pindah! Semalam I tengok you balik lewat, so malaslah nak tegur. Takut mengganggu…” Kata Jasman dengan suara yang jelas. “Tadi tu siapa? Boyfriend?”
Dahi Sheila terus berkerut. Hatinya tidak begitu menyukai pertanyaan itu. Tapi dia terus melemparkan senyuman menyembunyikan rasa tidak senang di hati cuma.
“Hmmm… Kami akan berkahwin seminggu lagi.” Beritahu Sheila.
Jasman mengangguk. Tersenyum lantas berkata; “Tahniah.”
Sheila tersenyum menerima ucapan itu. Matanya sempat memerhati ke ruang dalam rumah Jasman melalui pintu gelongsor yang terdedah. Cahaya lampu memang terpasang terang. Tambahan pula langsir masih belum digantung. Kelihatan kotak-kotak besar masih memenuhi ruang tamu rumahnya.
“I masih belum siap mengemas…” Beritahu Jasman. “Maklumlah kat ofis banyak kerja. Balik dah rasa malas pula.” Katanya bersama rasa malu kerana Sheila telah melihat ruang tamunya yang berselerak seperti tongkang pecah. Sheila teringat sesuatu. Pertama kali dia pindah dahulu, Salim banyak membantunya. Entah mengapa seraut wajah Salim bermain-main di ruang mata. Dia mengeluh. Mengapa persahabatan yang baik dan intim antaranya dengan Salim berakhir dengan persengketaan. Dia kini merasa takut untuk berhadapan dengan Salim. Dia takut Salim hadir untuk menghancurkan kebahagiaan yang baru dimilikinya.
“I faham.” Balas Sheila. “You tinggal seorang?”
Jasman menganggukkan kepalanya. “I lebih suka tinggal seorang diri. I tak sukakan suasana bising. Apalagi jika rakan serumah membawa masalah. Lagilah pening kepala I…”
Sheila mengangguk. Dia turut merasakan apa yang dikatakan oleh Jasman itu satu kebenaran. Lebih ramai kawan, akan bertambah banyak masalah. Bukannya dia tidak suka berkawan. Setelah apa yang terjadi terhadap dirinya, dia akan lebih berhati-hati memilih kawan. Kawan yang baik akan menjadi permata yang menyinari hidup di kala kegelapan, tetapi kawan yang buruk adalah racun yang tiada penawarnya.
“I nak masuk dulu. Lain kali kalau ada masa kita akan saling berkunjung.” Kata Sheila ingin memutuskan perbualan itu.
“Itulah yang I tunggu-tunggu. Dapatlah I merasakan masakan you…” Sambung Jasman terus tersenyum kemudian ketawa mesra.
“Mungkin tak sempat. I akan berkahwin tak lama lagi. Sepanjang minggu ni adalah masa-masa yang paling sibuk!”
“Oh!” Jasman menepuk dahi. Di wajahnya terpancar sedikit kekesalan tetapi segera pula perasaan itu terhapus. Jari-jarinya yang tegap memegang jeriji besi sambil berkata; “Patutlah muka you kelihatan sungguh berseri-seri serta cantik daripada kebanyakan gadis-gadis di pejabat tu! Rupa-rupanya you sedang di ambang bahagia. Seri pengantin itu semakin terpancar. Hati-hatilah. Jangan terlalu membebankan diri! Bahaya. Nanti tiba hari langsungnya, you letih tak bermaya.” Tidak mudah untuk dia melepaskan Sheila masuk ke rumah. Inilah kesempatan untuk berbual. Di pejabat mereka semua sibuk menyelesaikan kerja.
“Kalau ikut kepercayaan sesetengah orang, tidak boleh bertemu muka dengan pasangan sekurang-kurangnya sebulan sebelum perkahwinan. Entah mengapa? Agaknya nak biarkan hati menjeruk rasa rindu kut!” Jasman ketawa lagi mesra. “Atau nak bagi peluang pada lelaki lain menggoda?”
“Ini nasihat ke atau amaran?” Tanya Sheila sambil tertawa pendek. Dadanya berdebar-debar. Dilihatnya Jasman mendekatkan tubuhnya ke arah jeriji besi yang memisahkan antara ruang halaman rumahnya dengan rumah Jasman. Angin senja yang bertiup sempat menyebarkan aroma bedak yang terbit dari tubuh Jasman. Sheila tersentak, dan seakan-akan tersedar bahawa masa sudah jauh bergerak. Maghrib sudah semakin tiba ke penghujungnya dan dia belum jua masuk ke rumah untuk membersihkan diri.
Jasman tidak menjawab pertanyaan itu sebaliknya berkata; “I rasakan, kalaulah you ni belum lagi bertunang dan nak kahwin pula… I dah berkali-kali jatuh cinta pada you.”
Sheila tidak ingin melayan lagi kata-kata yang penuh dengan kekarutan itu. Dia tidak menyangka seseorang yang baru dikenali, akan mengucapkan kata-kata itu tanpa sebarang keraguan. Dia sedar, Jasman cuba menggunakan ‘kepakarannya’ dalam soal menggoda wanita. Tetapi bila berhadapan dengan Sheila, dia harus menerima kegagalan demi kegagalan. Sungguh kasihan!
“Mudahnya you jatuh cinta. Berkali-kali dalam setahun agaknya? Bagi I sepuluh tahun masa yang diambil dari hidup I untuk membolehkan I bersama abang Farhan. Cukup sekali, I jatuh cinta. Dia yang pertama dan terakhir. Oklah. I masuk dulu!” Pinta Sheila sambil melangkah pergi, meninggalkan Jasman. Jasman hanya memandang. Kepalanya tergeleng-geleng perlahan. Tidak, Sheila! Aku akan ubah kenyataan itu! Kau akan jatuh cinta lagi… Dan cintamu terhadap lelaki itu akan berakhir!
Bab 2

“APALAH yang kakak bualkan dengan orang sebelah rumah kita ni… Tengok jam tu dah pukul lapan malam kak!” Leter Azizah sebaik sahaja dia masuk ke ruang tamu. Gadis itu sedang duduk mengadap televisyen. Kelihatan rancangan berita sedang ke udara.
“Nanti tak sempat sembahyang maghrib!”
“Bukan ‘orang sebelah’ Zah! Dia cukup sifat sebagai manusia, malah handsome sekali orangnya. Jika kau setuju, boleh akak runding-rundingkan…” Kata Sheila sekaligus meremeh-remehkan kata-kata Azizah walaupun dia merasakan bahawa tidak kena lagi pada waktunya untuk bergurau. Bergegas dia naik ke tingkat atas. Hanya sempat dilihatnya mulut Azizah ingin bersuara lagi tetapi terhenti begitu saja apabila Sheila hilang dari pandangan.
Memang dia tidak boleh melayani gadis itu lagi. Nanti bertambah lambat pula dia langsung terlepas waktu solat maghrib yang sudah tiba ke penghujung. Dia terus masuk ke bilik mandi bersama hasrat dan niat akan menyambung perbualan dengan Azizah apabila urusannya dengan Tuhan telah tertunai.
Sejam kemudian mereka sedang menghadapi makan malam. Azizah menyenduk nasi ke dalam pinggan dan meletakkannya di hadapan Sheila. Kemudian menghulur pula segelas air sirap.
“Air suam saja.” Kata Sheila, menolak untuk minum sesuatu yang manis. Azizah tersenyum. Senyuman yang mengandungi sindiran nakal.
“Amboi! Jaga badan. Sampai minum air manis pun dah tak mahu lagi…”
“Hmm…” Sheila tercebik mendengar ucapan itu. Tetapi dia tidak membantah apabila Azizah menyatakan dia ingin menjaga badan. Dia amat bimbang sekiranya baju yang ditempahnya tidak muat kelak. Hatinya tepu dengan rasa gembira. Selera makannya baik dan tidurnya enak sahaja sejak akhir-akhir ini.
Ketika dia hendak menyuap nasi, terdengar bunyi ketukan di muka pintu depan. Azizah pantas bangun, kerana dia belum lagi menyentuh makanannya. “Biar Zah tengok!” Pintanya sambil bangun. “Kakak teruskan saja makan…”
Pintu dikuak perlahan. Azizah sedikit terkejut melihat tetamu yang tidak terduga berdiri di hadapan pintu.
“Errr… Maaf. Mengganggu.” Seru lelaki itu teragak-agak.
“I… I nak jumpa Sheila sekejap…”
“Kak! Ada orang nak jumpa ni!” Laung Azizah dari luar lantas terus masuk ke ruang dapur semula. Tanpa sempat membersihkan tangannya Sheila bangun, terus ke ruang hadapan. Dahinya berkerut melihat wajah Jasman.
“Sorry… Mengganggu. You tengah makan?”
“Hmmm… Macam tu lah.” Jawab Sheila seraya matanya tidak lepas dari merenung ke wajah Jasman.
“Errr… I … I ingat nak pinjam…”
“Nak pinjam apa?” Sheila tidak mengerti mengapa Jasman kelihatan teragak-agak hendak menyatakan keinginannya. Kelihatan lelaki itu serba salah serta malu hendak meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Tetapi dia benar-benar terdesak.
“Nak masak air.” Jawab Jasman. “Tapi I terlupa nak beli cerek. Niat di hati nak masak mee segera aje malam ni…”
“Ya Allah…” Sheila benar-benar bersimpati. Patutlah dia kelihatan teragak-agak. Kasihan! Mesti dia sedang kelaparan! Bisik hatinya.
“Masuklah. Dah tentu you belum makan ni. Marilah makan sekali. Kebetulan kita orang baru nak makan. Masuk, jangan segan-segan.” Pelawa Sheila.
Jasman hampir-hampir tidak percaya pada pendengarannya sendiri. Nampaknya segala rancangannya menjadi. Tanpa perlu bersusah payah untuk mereka cerita yang lebih sedih daripada itu dia sudah pun dipelawa masuk lantas menikmati makanan yang sudah terhidang.
Azizah panik melihat Jasman masuk hingga ke dapur. Lebih-lebih lagi apabila Sheila meminta agar Azizah mengambil pinggan dan menyendukkan nasi untuk Jasman. Ini sudah lebih… bisik hati Azizah sendiri tetapi tidak berani dia hendak bersuara membantah kata-kata Sheila. Dia sedar Sheila adalah tuan rumah dan selama ini hanya dia menumpang…
“Wow! Sedapnya masakan anak-anak dara ni…” Puji Jasman sambil menjeling Azizah dan Sheila yang duduk bertentangan dengannya. Selera Azizah terus hilang apabila mendengar pujian Jasman serta senyuman yang sentiasa bermain di bibir lelaki itu. Hatinya terus diburu rasa meluat.
Memang dasar pembodek… Gerutu hatinya geram. Serba tidak kena dia hendak menyuap nasi ke mulut. Dia terasa bahawa mata lelaki itu mengawasinya. Sheila berlagak biasa saja, seolah-olah dia sudah kenal lama dengan Jasman.
“Bukan I yang masak.” Beritahu Sheila berterus-terang, sambil matanya mengisyaratkan ke arah Azizah. “I tak tahu masak. Bila dah kahwin nanti I rasa nak tapau aje makanan.”
Jasman ketawa.“Tak takut nanti cik abang awak tu lari?” Usiknya, kemudian menyambung kata; “Asam pedas ni sebiji rasa macam asam pedas mak I.” kata Jasman sambil terus mengunyah nasi. Asam pedas ikan tenggiri itu memang menjulang seleranya. Ditambah pula dengan ulam pegaga dan sambal belacan.
“Hmm… Ulam pegaga. You tahu pegaga ni adalah tumbuhan herba yang banyak khasiatnya selepas tongkat ali.” Kata Jasman sambil mengambil pucuk pegaga di dalam piring, lantas terus memasukkannya ke dalam mulut. Dikunyahnya perlahan-lahan hingga habis kemudian menyambung. “Pegaga ni mengandungi banyak vitamin B dan C. Mengamalkan memakan pegaga juga dipercayai boleh menjadikan seseorang tu awet muda serta boleh mengatasi darah gemuruh.”
Sheila hanya mengangkat kening. Dia terus makan namun sempat memerhati ke arah Azizah yang kelihatan serba tidak kena. Apakah Azizah terasa Jasman seperti sedang menyindir dirinya sahaja?
“Bagi kanak-kanak yang mengalami kecacatan akal, dilaporkan bahawa pegaga boleh meningkatkan kebaikan prestasi mental mereka. Entahlah. I pun tak tahu kebenarannya. I suka makan kerana ianya membangkitkan selera, selain daripada sedap…”
“Kadang-kadang kita lupa pada kepentingan makanan herba.” Balas Sheila, tidak mahu kalah. “Padahal mengambil pemakanan herba amat baik untuk kesihatan. I setuju bila you kata pegaga mengandung banyak vitamin. I ada terbaca bahawa ekstrak pegaga yang sebahagian besarnya mengandungi tritepena digunakan untuk merawat penyakit, luka dan ulser. Ia juga berupaya untuk menyembuhkan luka kerana terbakar atau terkena panas matahari. Selain daripada itu ia juga boleh meningkatkan peredaran darah, mengurangkan demam, batuk, asma dan mengurangkan tekanan darah tinggi.”
“Hebat!” Sampuk Azizah. “Sungguh-sungguh hebat.”
“Apanya?” Tanya Jasman. “Pengetahuan am I atau pun Sheila? Sesekali terdengar macam professor, gitu?”
“Bukan. Khasiat daun pegaga tu lah. Padahal kat rumah Zah dulu pokok tu terbiar merayap hingga ke tepi tangga. Kalau kami tak ada apa-apa sayuran yang hendak dimasak, pegaga itulah akan Zah petik untuk buat kerabu.”
“Kerabu?” Jasman pula yang kehairanan.
“Tak pernah makan kerabu pegaga?” Tanya Azizah pula. “Nanti Zah buat dan hantar ke rumah encik… encik…” Azizah teragak-agak, menyedari bahawa lelaki itu benar-benar asing kepadanya walaupun tidak bagi Sheila.
“Jasman. Nama I Jasman Hashim. I sepejabat dengan Sheila. Sheila tak cerita pasal I pada you ke?”
“Hmmm… Belum ada kesempatan pun!” Kata Sheila ketawa rendah. “Lagipun tak tahu nak cerita apa. I pun baru kenal you kan?”
Jasman angguk. “Tapi I rasa macam dah lama kenal dengan you ni, entah mengapa? Malam ini adalah malam permulaan bagi sebuah ikatan persahabatan yang erat, bukankah begitu?” Tanya Jasman sambil merenung kedua-dua gadis di hadapannya itu silih berganti. Tiada sesiapa pun yang menjawab. Sebaliknya telefon pula yang berdering. Azizah segera membasuh tangan dan berlari ke ruang tamu. Lega rasanya dia dapat lari daripada menghadapi muka Jasman yang kacak itu. Dia rasa semacam apabila berhadapan dengan lelaki asing yang cuba berlagak seolah-olah mereka sudah lama kenal antara satu sama lain.
Sheila bangun dan membawa pinggan ke sinki. Jasman ikut bangun lantas menolongnya mengemas biarpun Sheila menegahnya. Dari luar terdengar suara Azizah memanggil Sheila.
“Abang Farhan ni!” Laung Azizah dengan kuat sengaja supaya Jasman mengetahui bahawa Sheila sudah berpunya dan dia tidak akan ada peluang untuk mendekati kakak angkatnya itu lagi. Azizah sendiri pun tidak pernah membuka pintu hatinya kepada sesiapa. Selepas itu dia cepat-cepat naik ke tingkat atas, meninggalkan gagang telefon ternganga di atas meja.
Jasman membontoti Sheila yang tergesa-gesa ke ruang tamu. Sebelum sempat Sheila mengambil gagang telefon yang ditinggalkan oleh Azizah, Jasman bersuara agak kuat. “Thanks for the dinner. Hidangan yang amat sedap sekali! Walaupun ini adalah ajakan pertama, I harap ianya bukan yang terakhir.”
“Ya. Sama-sama. Seharusnya you berterima kasih pada Azizah. Dia yang masak dan sememangnya dia mahir!”
Jasman ketawa mesra. “Malam esok, makan di rumah I OK? Biar I pula tunjukkan kepakaran I memasak, macamana?”
Sheila teragak-agak hendak menjawab. Tangannya sudah memegang gagang telefon tetapi Jasman masih ingin terus berbual.
“I akan fikirkan. Tak boleh janji. Tapi Azizah, mungkin dia free. You ask her, ok?”
Jasman mengangguk lemah. Dia melangkah ke pintu sambil berkata lagi; “I balik dulu. Kalau you dah selesai bercakap dengan tunang you dan belum mahu tidur lagi… I ada di luar. Kita berborak lagi boleh?”
“Tengoklah dulu. I rasa penatlah…” Balas Sheila. “Sorry…” Dia terus mendekatkan gagang telefon ke telinga.
“Hello!” Serunya lembut dengan bibir penuh senyuman.
“Siapa tu? Abang dengar suara lelaki dalam rumah Sheila. Siapa yang Sheila jemput makan malam di rumah?” Suara Andy Farhan tegas, kedengaran dia sedang membendung marah. Dia merasakan terlalu lama menunggu panggilan itu bersambut. Suara lelaki yang didengari itu membuat rasa cemburunya tiba-tiba meledak. Masih sempat Sheila melayani mesra lelaki lain biarpun mereka sedang di ambang perkahwinan?
“Err… Sebenarnya… Dia staff baru di pejabat. Kebetulan pula baru berpindah di sebelah rumah saya dan… dia…” Sheila teragak-agak hendak menerangkan situasi sebenar. Andy Farhan segera memotong kata-katanya itu dengan nada sinis;
“Amboi! Beruntungnya dia! Macam sengaja direncana pula. Satu pejabat dan duduk pula di sebelah rumah. Lepas tu bolehlah selalu makan di rumah Sheila kan?”
“Abang! Abang cemburu ya? Tak ada sebab nak cemburulah bang. Saya akan jadi milik abang. Selama-lamanya akan kekal begitu. Tiada sesiapa di hati saya selain daripada abang seorang.”
“Abang tetap merasakan bahawa itu adalah satu ancaman!”
“Abang! Abang dah mula bersikap paranoid!”
“Hah! Tadi Sheila kata abang cemburu, sekarang Sheila kata abang bersikap paranoid pula. Jadi abang ni terlalu teruk, semuanya dah tak kena di mata Sheila.”
“Abang!” Seru Sheila lembut cuba menghapuskan kekacauan yang merasuk fikiran Andy Farhan. “Saya tak maksudkannya, bang. Oklah. Mungkin saya bersalah. Saya ajak dia makan bersama kerana kasihankan dia. Dia baru pindah dan belum mempunyai kelengkapan memasak.”
Andy Farhan ketawa sinis. “Lelaki dan kelengkapan memasak? Mengarut! Dia sengaja hendak datang ke rumah Sheila. Bukannya dia tak boleh keluar makan, di mana-mana. Apa dah kurang tempat makan di Mentakab ni?”
“Dia tak ada kereta bang… Mungkin dia belum mampu beli kereta kerana baru saja memulakan tugas di firma tu…” Sheila terus membela tindakannya mengajak Jasman makan bersama sebagai bukan satu kesalahan.
Andy Farhan ketawa lagi, tetap dengan kesinisannya. “Esok Sheila pinjamkan kereta padanya… Atau jika susah sangat, angkut dia hari-hari ke pejabat. Tak perlu lagi abang datang jemput!”
Gagang telefon tiba-tiba kedengaran dihentak kuat. Sheila benar-benar terperanjat apabila talian itu terputus begitu sahaja. Dia tahu Andy Farhan benar-benar sedang diamuk kemarahan yang tidak berkesudahan. Apa dah jadi? Kenapa dia jadi begitu cemburu? Bisik hati Sheila sambil merenung telefon yang baru diletakkannya.
Sheila teragak-agak samaada hendak menghubungi Andy Farhan semula ataupun tidak. Agh! Biarkan saja! Cetus hatinya, mulai terasa geram dengan sikap panas baran Andy Farhan. Dia fikir, perasaannya saja yang perlu dijaga? Bagaimana pula dengan hati dan perasaannya yang terluka kerana dituduh melayani lelaki lain dengan mesra serta mengabaikan tunangan sendiri.
Ah! Abang… Mengapa abang tidak ingin mengerti, biarpun tika bersama lelaki lain saya tetap mengingati dan merindui abang? Sheila menghulur tangannya hendak mencapai gagang tetapi ianya berbunyi terlebih dahulu.
“Sorry, sayang…Abang terlalu emotional. I love you so much.” Seru Andy Farhan. “Kita keluar. Sepuluh minit lagi abang datang…” Talian terus diletakkan semula.
Gila! Dia memang benar-benar dah gila agaknya! Seru Sheila kemudian tertawa sendirian sebelum bangun untuk masuk ke biliknya.
“KITA nak ke mana ni bang? Dah pukul sepuluh malam…”
“Kita duduk aje dalam kereta, merenung bulan dan sungai. Sheila tak rasakan bahawa alam yang sepi ini sumber ketenangan?” Kata Andy Farhan. Baru beberapa saat kereta itu berhenti di bawah sepohon pokok Jati yang rendang di pinggir tebing Kuala Semantan. Di hadapan mereka terbentang Sungai Pahang yang beriak tenang. Malam ini jeti Kuala Semantan sepi dan kaku. Tika siangnya agak meriah. Ada gerai makan kecil. Ada bot-bot yang mengangkut penumpang, biarpun tidak semeriah sepuluh tahun lalu. Bot penambang semakin berkurangan.
“Di sini hanya kita berdua… Tak takut akan wujud orang ketiga?”
“Orang ketiga? Siapa? Dalam kepala Sheila ada lelaki lain?” Hati Andy Farhan mulai merasa tidak keruan. Orang ketiga? Lelaki di sebelah rumah Sheila sudah mulai menghantuinya malam ini!
“Abang…” Sheila lantas mencubit paha Andy Farhan. “Maksud Sheila yang ketiga tu adalah syaitan.”
Andy Farhan ketawa. Apabila tawanya mulai hilang dibawa angin, dia bersuara lagi; “Entah mengapa abang merasa takut untuk menempuhi hari-hari mendatang. Abang takut kebahagiaan kita ini tak kekal lama. Abang rasakan ada sesuatu yang bakal terjadi pada perhubungan kita Sheila…”
“Apa abang ni. Jangan fikir yang bukan-bukan. Saya tak mahu memikirkan sesuatu yang buruk bang. Perkara-perkara buruk itu timbul daripada fikiran yang jahat. Jangan dilayani fikiran yang mahu menjuruskan kita ke arah kemusnahan bang…”
“Tapi abang punyai naluri sayang… Abang…” Andy Farhan mengeluh.
“Ceritakan pada abang tentang jiran baru dan juga officemate Sheila tu. Macamana orangnya?”
“Abang kenapa ni? Abang menyoal saya seolah-olah saya ni adalah orang yang tidak mempunyai integriti terhadap perhubungan kita ini. Bagaimana abang boleh menyoal saya begitu? Abang tidak yakin pada cinta, pada kasih sayang saya selama ini?”
Andy Farhan diam. Dia membuka cermin kereta. Angin dingin menyerbu mukanya. Terasa damai seketika, biarpun hatinya tidaklah sedamai yang diharap-harapkan.
“Abang! Jom kita keluar, meranduk air sungai? Mesti seronokkan? Air sungai sedang surut. Tengoklah! Ada pasir di tengah-tengah tu… Sekarang ni musim panas terik. Tentu ada remis di celah-celah pasir. Mari kita cari remis, macam masa kita kecil-kecil dulu.”
Sheila sudah membuka pintu kereta, melonjak keluar dan terus berlari ke arah jeti. Tanpa menunggu dia terus menuruni anak tangga. Cahaya bulan yang bersinar terang memudahkan pergerakannya. Dia sudah tiba di gigi air, sementara Andy Farhan mengekorinya dari belakang. Dengan girang kedua-duanya meranduk air cetek setelah menyingsing seluar jeans masing-masing hingga ke paras lutut. Tidak lama kemudian mereka sudah tiba di pulau pasir yang luas yang terletak di tengah-tengah sungai.
Cahaya bulan penuh mengambang di dada langit, menyuluh kedua-dua insan yang sedang berada di puncak bahagia. Buat seketika Sheila mendongak ke atas, merenung bulan dan merasakan bahawa cahaya bulan tersebut hanya menyuluh mereka berdua… Dua insan yang sedang asyik dilambung asmara. Mereka saling merenung ke dalam mata masing-masing. Cahaya bulan yang indah menari-nari dalam mata Sheila. Andy Farhan mahu merenung mata itu untuk selama yang mungkin. Di sana dia temui kebahagiaan yang selama ini tidak pernah dikecapinya. Bibirnya perlahan-lahan singgah di atas kelopak mata Sheila yang kini tertutup rapat. Sheila pasrah dalam penantian… menyerah pada cinta dan keikhlasan seorang lelaki yang dicintainya.
BARANG-BARANG miliknya dikembalikan. Satu-satunya barang paling berharga adalah seutas jam tangan Rolex. Dia menggagau dompet yang ada di atas meja. Dompetnya kelihatan masih utuh, selama dalam simpanan pihak berkuasa.
Hatinya girang, tetapi kegembiraan itu disembunyikannya dengan baik. Bibirnya terus terkatup rapat. Dia memerhati sekeliling sebelum melangkah keluar dari ruang itu. Langkah demi langkah dia semakin menjauhi bangunan itu. Dia tidak berani menoleh ke belakang.
Aku dah kembali! Bisik hatinya. Aku kembali untuk menebus maruah. Aku pulang untuk membuat perhitungan baru. Tiada sesiapa yang dapat menghalangnya kini. Dia mesti mendapatkan kembali haknya yang telah dirampas. Kakinya sudah pun tiba di tepi jalan. Pintu pagar tinggi yang baru ditinggalkannya tadi, terdengar ditutup rapat. Dia memerhati jalanraya yang sibuk. Puas. Dia telah bebas!
Hari ini dia akan mendapatkan haknya semula. Hak untuk menikmati cinta dan kebahagiaan. Tiada sesiapa pun yang dapat menghalang. Dia tersenyum. Dari kejauhan dilihatnya sebuah teksi berwarna merah putih sedang meluncur perlahan di celah-celah kenderaan yang berderetan itu. Tangannya diangkat, melambai teksi. Teksi itu berhenti. Dia melangkah masuk dan terus mengarahkan teksi membawanya ke destinasi yang diinginya.

Bab 3
SAAT-SAAT yang dinantikan Rosnah tiba jua akhirnya. Dia bagaikan tidak percaya kata-kata yang didengarinya meluncur keluar daripada bibir tebal suaminya. Direnungnya wajah lelaki itu tidak berkelip. Rambutnya yang keriting, telah mulai botak dan sudah banyak yang bertukar warna putih itu kelihatan basah kerana dia baru sahaja selesai mandi. Malah bau colognenya sempat mencuri-curi hidungnya saat itu.
“Betulkah apa yang Ros dengar ni? Dah siap rumah impian Ros tu?”
“Benar.” Balas suaminya sambil tersenyum mesra dan memaut bahunya. “Rumah tu dah pun siap. Reka bentuk binaan serta hiasannya menurut seratus peratus sebagaimana yang Ros mahukan. Tapi abang hairan, kenapa Ros berminat dengan rekaan rumah sedemikian rupa, terletak di tempat terpencil pula tu. Untuk keluar ke bandar terdekat mengambil masa hampir sejam.”
“Ros bukannya hendak menetap terus di situ. Rumah itu hanya tempat berehat untuk menenangkan fikiran. Ros sukakan kedamaian dan kehijauan hutan. Ingin lari barang sebentar dari kesibukan kotaraya.”
“Tak takut?” Duga suaminya sambil tersenyum.
“Tempat tu tak jauh dengan Taman Negara. Lagipun ada kampung terdekat, Kampung Kuala Tahan. Kat situ ramai orang. Apa nak takut? Kalau Ros jadikan rumah tu sebagai rest house pun boleh juga kan?” Jawab Rosnah dengan nada tidak sabar.
Suaminya mengangguk. “Suka hatilah. Walau bagaimana pun rumah itu adalah milik Ros sepenuhnya. Rumah serta tanah yang mengandungi kebun kelapa sawit seluas 3.2 hektar itu telah abang tukarkan atas nama Ros. Tapi semua itu mesti dirahsiakan daripada isteri pertama abang, ok? Macamana, puas hati dengan hadiah perkahwinan daripada abang tu?”
Rosnah hanya mengangguk dengan bibir menguntum senyum. Suaminya bangun lantas bergerak ke arah almari untuk mengambil baju. Dia pantas bersiap-siap. Hari itu dia akan bertolak ke luar negara. Rosnah memerhati sahaja suaminya meninggalkan kamar tidur itu setelah memberikan dia secebis ciuman di pipi. Rosnah bangkit lantas duduk pula di hadapan cermin solek yang besar. Cermin itu memantulkan seraut wajahnya yang tidak diselapisi sebarang solekan. Sebenarnya dia baru terbangun dari tidur, dikejutkan suaminya yang hendak berpergian.
Dalam kepalanya sudah tergambar pelbagai perkara yang akan dilakukan sepanjang ketiadaan suaminya kelak. Lelaki itu adalah suaminya yang ketiga… Dan dia sudah tahu benar akan kelemahan-kelemahan lelaki yang belum pun genap setahun menjadi suaminya itu.
Beberapa saat dia merenung ke dalam dirinya sendiri. Usianya tahun ini sudah mencecah empat puluh lima tahun. Usia yang amat menakutkan bagi seorang wanita. Di mana segala yang menjadi kebanggaan kian lupus, meninggalkan diri. Kulit wajah dan tubuh mulai hilang keanjalannya. Sekitar kawasan-kawasan sensitif mulai dimesrai oleh kekedutan, terutama sekali di bahagian bawah mata, serta bawah bibir. Rosnah amat takut hal itu terjadi pada dirinya. Justeru itu dia memerlukan seorang suami yang berduit, yang membolehkan dia mengunjungi mana-mana salon kecantikan yang ada kelasnya yang tersendiri, setiap bulan untuk menutup semua kesan hasil daripada proses penuaan tersebut.
Dia sedikit bangga kerana semua lelaki yang pernah dinikahi memang kaya raya. Lelaki pertama dalam hidupnya, Herman walaupun tidak sekaya suaminya sekarang, telah menganugerahkan dia sesuatu yang amat berharga. Zuriat… Biarpun perceraian tetap terjadi dia tidak kesal. Sama sekali tidak kesal biarpun hanya lima tahun sahaja usia perkahwinannya dengan Herman. Malah anak perempuannya tidak sempat pun merasai kasih seorang ayah kandung.
Pun dia beruntung kerana berkahwin pula dengan Bahtiar. Bersama Bahtiar hidupnya agak bahagia. Sesekali dia rasa terganggu dengan kehadiran anak Bahtiar bersama Zaiton. Memang dia membenci Andy Farhan sepenuh hati. Anak lelaki Bahtiar bakal mewarisi harta-harta Bahtiar, sedangkan anak perempuannya hanya menumpang kasih lelaki itu. Namun perkahwinannya turut terlerai jua. Bahtiar! Jeritnya sendiri. Jikalau Bahtiar tidak kembali gilakan Zaiton, dan ingin merujuk kepada wanita itu, pastilah dia tidak akan jatuh ke tangan suaminya sekarang. Lelaki yang berduit tetapi langsung tidak mempunyai wajah yang tampan. Suaminya itu selain berperut boroi, kulitnya pula hitam. Itulah saja pilihan yang dia ada. Lelaki itu gilakan dirinya, sanggup mengikut telunjuknya sepanjang masa.
Dia tidak pernah mengimpikan untuk bersuamikan lelaki itu. Tetapi dia terpaksa… Demi mencapai hasratnya yang terpendam. Demi anak perempuan yang amat disayanginya.
Tiba-tiba Rosnah memekup mukanya tidak sanggup untuk mengingati seraut wajah anaknya yang pucat lesi. Seraut wajah yang kaku yang tidak akan tersenyum dan tertawa lagi buat selama-lamanya. Rosnah menghamburkan tangisan sepuas-puasnya. Airmatanya berjatuhan menimpa pipi, langsung jatuh ke atas ribaan. Dia terus meratap-ratap hiba. Dia terlalu rindukan anak perempuannya. Mawarni! Batinnya menjerit. Mawar!!
Dia tidak akan berehat dan merasa damai selagi dia tidak dapat membalas dendam!
“Aku mesti ke sana! Aku mesti ke sana hari ni juga!” Dia bercakap sendirian setelah tangisannya mulai reda semula. Dia terus bangun menuju ke pintu. Langkah diatur pantas bagaikan lipas kudung ke tingkat bawah. Dia menerobos keluar melalui pintu hadapan yang tidak berkunci.
“Alwi! Tolong siapkan kereta. Saya hendak ke Pahang hari ni… Kita akan bertolak dalam masa setengah jam.” Dia memberitahu drivernya, Alwi yang sedang membersihkan kereta BMW hitam yang tersadai di bawah porch. Tanpa menunggu sahutan dia terus masuk semula ke dalam rumah untuk bersiap-siap.
Alwi mengangguk sahaja biarpun Rosnah tiada lagi di situ. Memang dia sentiasa bersedia untuk membawa majikannya itu ke mana sahaja yang diarahkan.
HUJAN renyai baru teduh. Hujan yang hanya sejenak itu, sekadar mampu membasahkan sedikit sahaja jalan yang hangat dan berdebu. Setiap kali jalan itu dirempuh tayar kereta, haba hangat kelihatan membahang naik bersama percikan manik-manik halus air hujan yang baru teduh. Sheila memerhati sahaja ke arah jalanraya yang mulai sibuk. Maklum waktu sudah menunjukkan ke pukul lima suku petang, menandakan bahawa pejabat-pejabat swasta di bandar itu baru sahaja menutup premis masing-masing.
Jasman menuruni tangga dan terus berdiri di kaki lima. Dilihatnya Sheila masih tercegat di tepi tiang besar di situ. Dia senyum sendiri sebelum datang mendekati gadis itu.
“Tunggu siapa?” Dia bertanya lembut. Sebenarnya dia tidak perlu bertanya. Dia sudah tahu bahawa Sheila pastilah sedang menunggu kedatangan Andy Farhan. Tetapi dia sengaja untuk menghampiri selagi masih ada ruang buatnya.
“Hmmm…” Sheila angguk. “Tunggu tunang.” Beritahunya lancar, tersenyum.
“Baguslah. Ada juga orang yang hendak ditunggu. I ni ajelah yang malang, menunggu orang yang tidak akan kunjung datang. Malam ni macamana? Setuju untuk makan malam di rumah I? I dah buat preparation… Makan malam yang istimewa sebagai membalas budi dua orang gadis yang baik hati.”
“You tanya Azizah, I tak boleh janji apa-apa. Kalau I balik cepat nanti… I datang.”
“Jadi, lepas habis kerja ni, you bukannya nak terus balik ke rumah?”
Sheila geleng. “You mesti faham… Orang nak jumpa tunang!”
“Yalah! Orang ada tunang. I ni apalah yang ada.”
Sheila hanya ketawa, lebih-lebih lagi apabila terlihat kereta perdana perak milik tunangannya sedang menghampiri lantas berhenti di hadapan bangunan firma itu. Sheila meminta diri daripada Jasman, terus berlari ke kereta. Dia masuk ke kereta lantas tali pinggang keledar ditarik dan dikenakan ke tubuh. Jasman hanya memerhati dari arah kaki lima itu dengan mata tidak berkelip.
“Siapa tu?” Tanya Andy Farhan, terus memandu meninggalkan tempat itu.
“Sebelum saya cakap, janji dulu abang jangan marah dan cemburu tak tentu pasal.”
“OK.” Andy Farhan mengangguk, menahan debar.
“Dia adalah Jasman, officemate dan jiran baru saya.”
Andy Farhan diam. Keningnya terangkat. Melihat penampilan Jasman petang itu dia harus rasa tergugat. Lelaki itu handsome serta segak. Tiada sesiapa yang dapat menafikannya. Jika sesama lelaki sendiri harus mengakui akan kebenaran itu, apalagi jika dari kacamata seorang wanita. Pastilah dia menjadi lelaki yang direbut oleh ramai wanita dan dicemburui oleh ramai lelaki.
Andy Farhan melarikan keretanya dengan laju. Petang itu dia mahu membawa Sheila pergi jauh daripada pekan itu. Perkara paling penting adalah membawanya sejauh mungkin daripada lelaki sekacak dan setampan Jasman. Dapatkah dia melakukannya, apabila dia sedar bahawa Jasman dan Sheila seperti ditakdirkan untuk berdekatan? Sama satu pejabat dan duduk pula di rumah sebelah menyebelah. Hai… Dia tidak sabar menunggu hari Ahad akan datang. Sheila akan menjadi haknya yang mutlak dan wanita itu akan dibawa tinggal di rumah banglo yang sudah pun dibeli beberapa bulan lalu. Tetapi dia tiba-tiba membrek dan memperlahankan kelajuan keretanya secara mendadak.
“Kenapa?” Sheila bertanya lembut sambil menoleh ke arah Andy Farhan.
“Abang terlupa, umi suruh abang bawa Sheila ke rumah petang ni. Katanya ada perkara yang hendak dibincangkannya dengan Sheila.”
Dadanya berdegup kuat mendengar kata-kata Andy Farhan. Sheila mengangguk sahaja. Lagipun inilah kesempatan untuk melihat persiapan yang dilakukan oleh Zaiton. Di rumah sewaannya sendiri, tidak banyak persiapan yang akan dibuat. Ibu Khadijah, pengetua rumah anak-anak yatim Darul Hayati bersetuju hendak datang memeriahkan majlis perkahwinannya. Sejak mengenali wanita itu, Sheila sudah menganggap wanita itu sebagai ibu. Memandangkan dia tidak punya sesiapa, hanya wanita itu sahaja yang diharap-harapkan untuk sama-sama meraikan hari bahagianya kelak. Ibu Khadijah berjanji akan datang pada hari Jumaat. Mereka akan sama-sama melakukan persiapan terakhir bagi upacara pernikahan yang akan dijalankan pada hari Sabtu terdekat.
Dalam debar, Sheila sempat menjeling Andy Farhan yang kini membelokkan keretanya memasuki kawasan kampung.
“Agaknya, bagaimanakah persiapan maklong di rumah?” Dia bertanya lambat dan teragak-agak.
“Hmmm… Mestilah umi sibuk, hendak melakukan yang terbaik bagi majlis kita nanti. Maklumlah dia hendak menjemput menantunya yang istimewa dan cantik pula…”
Sheila mengeluh. “Entahlah. Saya risau… Maklong bukannya begitu sukakan saya, sebagaimana anaknya menyintai saya bukan?”
“Ahhh… Cubalah buangkan perasaan itu jauh-jauh Sheila. Umi sudah pun menerima Sheila seadanya. Umi dah pun berubah, apalagi sejak dia berkahwin semula dengan abah.”
Sheila mengangguk. Terkadang dia masih terperangkap dalam jaringan ketakutan dan rasa rendah diri apabila berhadapan dengan Zaiton. Dia bimbang dirinya tidak diterima dan dibenci seperti dahulu.
“Kadang-kadang saya tak tahu nak buat apa. Akhirnya semua barang-barang hantaran itu saya minta Kak Murni tolong gubahkan. Di rumah pun saya belum menggantung langsir baru.” Beritahu Sheila.
“Tak mengapa. Sebab majlis pernikahan akan diadakan di masjid Sultan Abu Bakar. Kemudian…” Kata-kata Andy Farhan terputus. Dia terus memandu, mendaki bukit dan berhenti di halaman rumah. Sheila menanti Andy Farhan menyudahkan kata-katanya, tetapi lelaki itu terus keluar dari kereta dan berjalan ke pintu masuk utama yang kelihatan terkuak. Sheila turut turun dan mengekori lelaki itu masuk ke rumah setelah pintu utama rumah besar itu dibuka oleh Mak Cik Semah.
“Dah sampai?” Tegur Zaiton sebaik sahaja melihat calon menantunya berada di belakang Andy Farhan. Sheila datang ke arah Zaiton, menghulur tangannya. Sebaliknya Zaiton memeluk dan mencium pipinya kiri dan kanan.
“Marilah duduk…” Katanya lembut lantas menarik Sheila ke arah sofa. Andy Farhan mengangkat kening tersenyum ke arah kedua-dua wanita itu, kemudian dia meminta permisi untuk ke kamar tidurnya sendiri.
“Kak Semah… Bawakan air dan kuih ke mari!” Panggil Zaiton. Mak Cik Semah menyahut dari arah dapur. Tidak lama kemudian dia datang bersama dulang minuman dan sepiring kuih cucur udang.
“Majlis perkahwinan kau dan Farhan tinggal beberapa hari saja lagi Sheila…” Kata Zaiton memulakan bicaranya. “Disebabkan kau tiada sesiapa lagi yang boleh diharapkan, jadi maklong amat berharap pada hari Jumaat ini kau akan terus berpindah ke sini. Bilik pengantin telah pun maklong siapkan. Anggap saja rumah ini adalah rumah pangantin perempuan. Walaupun kad undangan yang sudah maklong diedarkan majlis persandingan dan jamuan akan diadakan di hotel, tetapi jamuan juga akan dibuat di rumah ini…”
Sheila kedengaran sedikit terkejut. Dia tidak menyangka samasekali Zaiton akan membuat rancangan sebegitu. Dia lebih suka terus berada di rumah sewaannya itu. Biar hanya ditemani rakan-rakan rapat serta Ibu Khadijah. Itu sudah memadai. Biar saja dia dijemput setelah menjadi menantu Zaiton dan Bahtiar. Dia tidak menyangka samasekali harus menginap di rumah itu sebelum pernikahannya.
“Macamana dengan abang Farhan?”
“Dia tentulah tidak akan tinggal di sini. Hari Jumaat sebelum kedatangan Sheila nanti, dia akan menginap dahulu di rumah barunya di Taman Bukit Bendera. Bukankah selepas berkahwin nanti, kalian akan tinggal di sana?”
Sheila terdiam. Entah mengapa dia terkenang pada rumah teres yang telah sekian tahun dihuninya bersama Azizah. Dia amat sayangkan rumah itu biarpun ia hanya rumah sewaan. Tetapi banyak kenangan terukir di situ. Dia terkenang persahabatannya dengan Salim, tali persaudaraan yang terbina antaranya dengan Azizah… Apakah perkahwinannya kelak akan menjarakkan dia dengan insan yang begitu hampir padanya, selama ini menjadi sahabat dan saudara. Azizah… Dia tidak akan sanggup meninggalkan Azizah keseorangan di rumah itu.
KETUKAN terdengar kuat bertalu-talu. Azizah baru selesai menanggal telekung. Tidak sempat dia hendak melipatnya dengan sempurna. Berlari-lari anak dia ke muka pintu tapi sempat mencapai tudung bagi menutup kepala dan rambutnya.
Daun pintu dibuka rakus. Dia tidak tahu siapakah yang telah mengetuk pintu hingga terasa bagaikan hendak roboh.
“Hai!” Seru Jasman diiringi senyuman.
Azizah menggigit bibir, kemudian dengan sengit dia memberikan salam.
“Assalamualaikum!”
“Waalaikumsalam.” Balas Jasman, hatinya terasa sebal melihat sikap Azizah yang dirasakan sinis.
“Lambat buka pintu. Dah tidur ke?”
“Saya kat atas, baru selesai sembahyang isyak.”
“Ooo… Maaflah mengganggu. Ada tak Sheila beritahu sesuatu pasal malam ni?”
Dahi Azizah berkerut. Dia menggeleng.
“Sheila belum balik?”
Azizah geleng lagi.
“Saya buat majlis kecil. Makan malam. Jemputlah ke rumah.”
“Errr…” Azizah teragak-agak. Dia tidak tahu apa yang hendak dijawab. Dia teringat di atas mejanya tidak tersaji apa-apa. Sheila pun tidak memberitahu pukul berapakah dia akan pulang. Azizah tidak berhasrat hendak memasak apa-apa. Jika terlalu lapar nanti dia akan makan roti sahaja. Lagipun malam itu dia rasa malas hendak memasak apa-apa, lebih-lebih lagi jika Sheila pulang lewat.
“Siapa lagi yang dijemput?” Tanya Azizah kemudian setelah agak lama terdiam. Dia tidak mahu menjadi satu-satunya tetamu yang dijemput Jasman. Diyakininya dengan pasti bahawa dia akan kehilangan tingkah dan serba salah nanti apabila harus berdua-duaan sahaja dengan lelaki asing itu.
Jasman diam. Haruskah berbohong? Jemputan itu khas untuk Azizah dan Sheila sahaja. Dia memang tidak berhajat hendak menjemput rakan-rakan sepejabat yang lain biarpun dia memasak dalam jumlah yang agak banyak. Tetapi sekiranya dia berterus terang pastilah Azizah tidak akan sudi menjejakkan kaki ke rumahnya. Kelihatan gadis itu agak kolot… bisik hati kecilnya. Gadis yang belum terdedah pada ancaman luar. Dia bagaikan hutan dara yang belum pernah diterokai. Memasuki, menjelajahi dan menaklukinya bukanlah satu perkara enteng. Tetapi dia punya dia kepakaran yang tidak perlu dipertikaikan lagi!
“Ada beberapa orang lagi rakan-rakan lain…” Bohong Jasman. “Mereka belum sampai. Agaknya sekejap lagi. Macamana, you nak datang?”
Azizah tidak menjawab. Dia masih berfikir akan kewajarannya. Perutnya tiba-tiba berceriau kelaparan.
“You takkan pergi tanpa Sheila kan? Sampai bilalah you nak bergantung pada Sheila. Dia dah nak kahwin pun. Mahu tak mahu, you terpaksa ditinggalkannya juga nanti.” Jasman seperti mencabar. “You patut fikirkan tentang diri you, Azizah! Setiap orang berhak untuk bergembira, menikmati hidup ini dengan sesungguhnya. Buangkan jauh-jauh segala segala prasangka. I hanya mengharapkan satu persahabatan ikhlas. Datanglah!” Dia separuh merayu. “Sekejap lagi kawan-kawan pejabat I akan datang. Jangan takut, ada kawan-kawan perempuan. Bukan you sorang… percayalah. Lagipun I bukannya orang jahat.”
“Tengoklah dulu…” Balas Azizah.
“Jangan tengok-tengok! Buatlah keputusan…”
“Hmmm… Oklah. Sekejap lagi saya datang.”
“Aha, macam tu lah. Biar I balik dulu.” Kata Jasman girang, sambil melangkah ke pintu pagar dan terus memasuki kawasan rumahnya semula. Dia bersiul-siul kemudian sempat melambai pada Azizah yang masih tercegat di muka pintu. Azizah tergelak kecil.
Ketika Azizah tiba sejurus kemudian, kawan-kawan Jasman belum jua muncul. Resah gelisah Azizah dibuatnya. Jasman seperti biasa sibuk bercerita tentang pelbagai perkara. Azizah sekadar mengangguk kerana dia bukanlah seperti Sheila yang boleh memberikan pendapat ataupun berdebat dengan Jasman. Dia hanya menjadi pendengar setia sahaja. Sempat hatinya berbisik, kenapalah nasib tidak langsung menyebelahinya? Dia tidak dapat menyudahkan persekolahan dan kini dia menghadapi masalah komunikasi yang teruk.
Jasman melihat jam. “Dah hampir sembilan setengah. Tentu dah lapar kan? Mari kita makan! Nampaknya mereka tu tak jadi datang. Begitu juga dengan Sheila, tak reti-reti nak balik kan? Mentang-mentanglah jumpa buah hati!” Jasman seperti marah dan tersinggung, namun bibirnya tetap terukir senyum. Dia bergerak ke meja makan berbentuk bulat yang hanya memuatkan empat biji kerusi.
Mata Azizah bagaikan terpukau melihat set hidangan lengkap di atas meja. Meja itu beralas kain berwarna merah jambu. Sungguh teratur. Dia hampir-hampir tidak percaya itu semua dilakukan oleh seorang lelaki. Dia tidak berani memandang muka Jasman. Cuma dia tahu lelaki itu berada begitu dekat dengannya.
Jasman membuka pinggan yang tertelangkup di atas meja. Hanya terdapat tiga biji pinggan yang tertelangkup di situ. Jasman mencapai napkin yang berlipat cantik lantas mengembangkannya di atas riba Azizah yang baru sahaja duduk di kerusi. Terkejut Azizah dek perbuatan selamba Jasman. Kemudian dia duduk di sebelah gadis itu. Dada Azizah mulai berdegup-degup dengan kuat. Kaki dan tangannya terasa semakin sejuk. Dia duduk kaku, menanti sahaja Jasman yang kelihatan sedang menyenduk nasi.
Pinggan diisi dengan nasi tomato. Azizah memerhati susun atur pinggan dan gelas di atas meja. Semuanya hanya disediakan untuk tiga orang sahaja. Fahamlah dia! Dia sudah diperdaya oleh Jasman. Kini dia tidak boleh lagi berganjak dari situ. Hidangan di hadapannya pula memikat selera. Dia sudah tidak kisah sekiranya harus berdua-duaan sahaja dengan Jasman. Hanya seketika. Terlanjur kaki sudah pun melangkah ke rumah itu, tidak baik jika ditolak rezeki di hadapan mata.
Jasman melayaninya dengan mesra, mengambilkan sepotong ayam madu serta acar timun. Juga dalca sayuran. Azizah tidak sempat hendak menolaknya. Pinggannya sudah penuh diisi oleh Jasman.
“Cukup! Cukup!” Larang Azizah apabila Jasman hendak meletakkan sepotong daging rendang pula.
“Kenapa? Takut nak makan banyak? Jangan bimbang semua makanan ni rendah lemak. Dalca ni I tak gunakan santan, sebaliknya susu rendah lemak. Rasanya tak kurang enak jika dibandingkan dengan dalca yang menggunakan santan.” Terang Jasman.
“Bukan macam tu… Saya suka makan sikit-sikit dulu. Lagipun tak biasa makan lauk banyak. Maklumlah… Saya ni orang susah.”
Jasman membelalakkan matanya, tidak percaya. “Susah?” Tanya Jasman dengan dahi berkerut.
“Tapi bukanlah sesusah dan sesukar hidup tika zaman Jepun kan?” Dia ketawa kecil. Barangkali dia tidak percaya pada kesusahan yang pernah ditempuhi oleh Azizah pada zaman kecil hinggalah dewasa. Sejak dia kenal Sheila, hidupnya berubah…
“Nenek I cerita, masa zaman jepun semua orang makan nasi bercampur ubi kayu. Kalau nasi tu dah sejuk, nak termuntah dibuatnya. Memang tak termakan. Kata nenek I lagi, dia pernah makan nasi beras keling. Punyalah busuk. Tapi apa boleh buat… Nak hidup terpaksa ditelan juga.”
Azizah mengangguk lemah. Dia tidak suka mengenang kesusahan masa lampau. Tetapi silapnya juga, dia yang menyebut tentang kesusahan di hadapan Jasman tadi! Ahhh… Aku ni memang selalu tersalah tingkah. Macam orang yang tak pandai menari, dikatakan lantai pula yang jongkang jongkit.
Dia mulai merasa nasi tomato hasil tangan Jasman. Sedap! Pujinya di dalam hati.
“Macamana rasa masakan I, sedap tak?”
“Bolehlah!” Jawab Azizah, enggan hendak memuji. Cukuplah jika segalanya hanya di dalam hati agar tidak timbul rasa riak pula nanti! Bisik hatinya lagi.
“Katakan saja awak memang tak jemput orang lain kan?” Kata Azizah setelah menghabiskan nasi tomato dan minumannya. Dia seboleh mungkin ingin meminta diri. Tetapi Jasman menghidangkan buah-buahan dan teh panas pula sebaik sahaja selesai makan. Sungguh pandai dia melayani tetamu.
Jasman ketawa cuma. Dia mengangguk lambat. “Semua itu tidak penting lagi sekarang. Yang penting makanan yang I masak berjaya dihabiskan. Tahniah untuk kita berdua.” Katanya ketawa lagi.
Muka Azizah menjadi merah padam. Dia tidak tahu apakah Jasman bermaksud ingin menyatakan bahawa dia makan dengan banyak dan penuh berselera? Malu! Memang dia tidak dapat mengawal seleranya tadi. Ah! Buruknya perangai. Bisik hati Azizah. Tetapi masakannya memang harus mendapat pujian!
“Awak pandai masak… Dari mana belajar?” Tanya Azizah ingin tahu.
“Kenapa? Ini mesti you berminat nak tahu resepi masakan I tadi kan? Oklah. Nanti I akan tuliskan resepinya supaya you boleh mencuba. Tapi ada syaratnya.” Katanya Jasman bersungguh-sungguh.
“Apadia?”
“Kenalah jemput I merasainya!”
Azizah tersenyum kemudian tergelak kecil.
“Boleh… Apa salahnya.” Balas Azizah senang.
Mata Azizah memerhati sekeliling ruang yang kelihatan kemas, walaupun tidak diisi dengan begitu banyak perabot. Di ruang tamu, tiada sebarang sofa. Hanya sebidang carpet tebal terbentang di tengah-tengah ruang dengan beberapa biji bantal besar, kelihatan cukup selesa buat Jasman berehat sambil menonton televisyen.
“Saya minta diri dulu. Terima kasih!” Kata Azizah setelah diam beberapa ketika. Dia terus bangun dari kerusi. Azizah tergesa-gesa berjalan ke pintu depan tanpa sempat ditahan-tahan lagi oleh Jasman. Pintu depan sememangnya dibiarkan terbuka. Azizah menerpa keluar, tidak sabar hendak balik ke rumah. Tiba-tiba hatinya tercuit rasa malu untuk berada lebih lama duduk di rumah itu. Jika boleh dia tidak mahu Sheila tahu dia telah bertandang ke rumah Jasman tanpa gadis itu bersamanya. Dia tidak boleh membayangkan sekiranya Sheila tahu hal itu daripada Jasman.
Dia berpaling ke arah Jasman. Kelihatan lelaki itu sudah berdiri di muka pintu, di belakangnya.
“Kalau boleh… Jangan beritahu Kak Sheila saya ke sini, malam ni…” Kata Azizah tiba-tiba, mengharap pengertian.
Dahi Jasman berkerut. Dia kehairanan.
“Kenapa?”
“Tak ada apa-apa. Cuma tak seronok aje kalau dia tahu saya ke rumah awak tanpa dia bersama. Tolong jangan beritahu dia apa-apa, boleh?”
Jasman hanya diam. Dia tidak mengerti, benar-benar tidak faham apa yang bergolak dalam kepala Azizah saat itu.
SHEILA menghulurkan tangannya ke arah Zaiton. “Maafkan saya maklong…” Serunya perlahan. “Saya terpaksa menolak rancangan maklong tu. Maafkan saya sekali lagi. Biar saya datang dan tinggal di rumah ini selepas bernikah dengan abang Farhan. Sebelum pernikahan ini terjadi, saya tak akan ke sini apalagi tinggal di sini. Bukan saya hendak menolak mentah-mentah cadangan maklong. Saya menghargai apa yang maklong lakukan…”
Zaiton sedikit terkejut mendengar kata-kata Sheila. Langsung tidak diduganya Sheila tegas dan teguh menegakkan pendiriannya. Dia mengeluh. Keras kepala rupanya! Bisik hatinya. Orang mahu buat yang terbaik! Dia tidak mahu nanti dikatakan oleh kampung sebagai orang yang tidak tahu menghargai anak buah. Semua orang sudah tahu bahawa Sheila adalah anak abangnya Amran. Dan perkahwinan antara Sheila dan Andy Farhan diharapkan dapat merapatkan perhubungan yang pernah retak.
Hati Sheila disentuh pilu. Dia pernah dihalau oleh Zaiton bagaikan kucing kurap dari rumah itu. Kenangan itu masih menghantui fikirannya, terkadang tetap mengganggu ketenangannya. Dia ingin kembali ke situ, disambut dengan penuh meriah. Ditabur beras kunyit dan paluan kompang. Di saat itu sudah tertanamnya satu keyakinan dalam dirinya akan hak dan tempatnya di rumah itu tidak akan tergugat lagi oleh sesiapa. Biar dia hadir sebagai menantu!
Zaiton tidak berkata apa-apa lagi. Dia hanya memandang kosong ke ruang tamu yang lengang itu. Petang tadi, semasa dia memberitahu akan rancangannya itu, Sheila hanya diam. Langsung tidak disangkanya, selepas menikmati makan malam tadi Sheila tiba-tiba datang kepadanya dengan pernyataan maaf. Maaf yang dirasakannya amat sukar untuk diterima!
“Suka hati kaulah!” Akhirnya dia menyahut jua, dengan hati yang berat. Sedikit rasa marah dan tersinggung singgah di hatinya. Dia menyambut tangan yang terhulur itu dan dengan cepat melepaskannya, sambil mengeluh perlahan. Hati Sheila kembali merasa tidak keruan. Dia tahu kemarahan yang baru wujud. Salahkan dia menolak permintaan itu?
Andy Farhan muncul dari tingkat atas. Lelaki itu kelihatan berpakaian ringkas sekali, hanya t.shirt tanpa kolar dan jeans. Sebentar lagi dia akan menghantar Sheila pulang.
“Saya balik dulu, maklong.”
Zaiton tidak menjawab. Dia terus duduk di sofa, langsung tidak dihantar kepulangan bakal menantunya hingga ke muka pintu.
Di dalam kereta, Sheila mendiamkan diri. Tiada sepatah kata yang meluncur keluar daripada bibirnya. Andy Farhan yang tekun memandu hairan melihat tingkahnya itu.
“Panjang perbualan dengan umi tadi, sejak sampai ke rumah hinggalah pada waktu dah nak balik, abang tengok Sheila masih terus bercakap-cakap dengan umi. Baguslah macam tu kan? Tandanya sudah ada persefahaman antara Sheila dan umi!”
“Bagus?” Kata Sheila seraya berpaling ke arah Andy Farhan. “Abang tahu rancangan maklong supaya saya berpindah lebih awal ke rumah abang?”
Andy Farhan angguk. “Sheila setuju kan? Biar rumah umi jadi rumah pengantin perempuan dan abang keluar dari situ. Pagi itu kita akan bertemu di masjid semasa upacara akad nikah lepas terus ke rumah. Sebab umi nak buat jamuan di rumah terlebih dahulu. Sebelah malamnya barulah dibuat majlis di hotel pula…”
Sheila terdiam mendengar kata-kata Andy Farhan. Dia tidak sangka, Andy Farhan juga menyukai rancangan itu. Tetapi mengapa dia tidak ingin memaklumkan kepadanya terlebih dahulu dan membiarkan Zaiton menyampaikannya?
“Tapi saya dah tolak rancangan maklong tu. Saya lebih suka bertolak daripada rumah saya sendiri dan terus ke masjid. Kemudian barulah kita ke rumah maklong.”
“Apa?” Andy Farhan terkejut.
“Itulah rancangan saya. Biar saya bersama dengan kawan-kawan dan Ibu Khadijah di rumah tu. Saya takkan ke mana-mana. Saya tak ada tempat di rumah tu selagi saya belum menjadi isteri abang!”
“Sheila! Abang tak sangka… Rancangan umi memang bagus… sempurna! Tapi Sheila ni benar-benar keras hati!”
“Tak adil abang kata saya macam tu! Kalaulah saya keras hati dan jahat, bagaimana dengan maklong? Dia terlalu baik? Dia tak pernah hina dan merendah-rendahkan saya? Apakah dia sayangkan saya? Saya rasa tidak. Dia terima saya kerana terpaksa!” Suara Sheila mulai dibaur dengan rasa terharu. Dia belum melupakan segala penghinaan yang pernah dilemparkan.
“Tiada sesiapa yang paksa dia, ok? Sheila tak nampak selama ni umi dah bersikap ikhlas dan menerima Sheila seadanya? Mengapa Sheila sengaja mengundang sengketa? Umi mengharapkan kebahagiaan kita berdua Sheila. Itu saja yang dimahukannya. Abang kesal Sheila terus meragui umi sampai macam tu sekali. Kenapa??” Tengking Andy Farhan. Kereta yang sedang dipandu, tersasar ke tengah garisan, kemudian terbabas pula ke tubir jalan. Kelam kabut Andy Farhan mengendalikan keretanya. Kepalanya mulai berserabut. Rasa marah kerana Sheila bagaikan menghina ibunya. Dia tidak hendak berbahagi rasa dengan kedua-dua wanita itu. Kedua-duanya disayangi. Tetapi mengapa mereka berdua tidak mencapai kata sepakat?
Sheila terkejut kerana ditengking begitu kuat. Dadanya sebak. Dia seperti mahu menangis tetapi airmatanya tidak mahu keluar. Dia duduk diam, matanya memandang ke luar tingkap cermin kereta yang kembali lancar bergerak di atas aspal. Kedua-duanya membisu sehinggalah kereta Andy Farhan berhenti di hadapan pagar rumah Sheila.
Sheila menolak daun pintu kereta. Andy Farhan pantas mencapai tangannya.
“I’m sorry.” Serunya. Sejak akhir-akhir ini dia merasakan sudah terlalu banyak kata-kata maaf yang diucapkannya dan permintaan maaf daripadanya itu hanya akan lebih meninggikan lagi rasa ego dalam diri Sheila.
“Tak apa.” Balas Sheila. “Tapi jangan minta saya ubah apa-apa…” Sheila terus keluar dari kereta, tetapi tangannya disentap kuat oleh Andy Farhan.
“Selama ini abang terlalu banyak meminta daripada Sheila?” Soalnya. Suaranya kaku dan dingin, menyatakan bahawa dia semakin tersinggung. Sheila menoleh, tidak tahu apakah jawapan yang tepat yang harus diberikan. Dia memandang sahaja wajah lelaki yang sedang merenung jauh ke hadapan.
“Mungkin inilah pengorbanan, kerana terlalu sedikit yang dapat saya berikan pada abang.” Balas Sheila lantas keluar dari kereta Andy Farhan. Dia berjalan tenang menuju ke pintu pagar. Tangannya menolak pintu pagar perlahan-lahan. Kereta Andy Farhan meluncur pergi dengan lajunya. Sheila tidak sempat menoleh untuk melihat kereta itu hilang dalam gelap malam.
Sheila melangkah lambat, memikirkan kembali kata-katanya sebentar tadi. Matanya memandang ke arah rumah Jasman. Dia terlihat kepulan asap rokok yang menari-nari lembut ke udara, datangnya dari arah ruang porch yang terbuka. Bayang tubuh Jasman terlihat di situ. Dia sedang duduk bersendirian.
Sheila masuk dengan cepat ke dalam rumah. Dia tidak ingin menambahkan beban di kepalanya. Di saat itu dia hanya ingin meletakkan kepalanya di atas bantal dan menangis sepuas-puasnya.

Bab 4
AKU fikir, masalah tidak akan muncul lagi… Segalanya akan berjalan dengan baik. Tetapi lain yang diharap, lain pula yang terjadi! Keluh Andy Farhan sendiri sambil menghirup minumannya. Matanya merayap ke segenap ruang Marigene Café. Malam ini suasana tidak begitu sesak. Banyak meja-meja yang kosong. Tetapi fikirannya terus berserabut. Hari itu dia tidak bertemu dengan Sheila. Dia menyepikan diri. Sheila juga begitu. Tiada panggilan, tiada SMS yang diterima.
Dia merenung telefon bimbit yang terbiar di atas meja. Terkadang dia berharap alat itu berbunyi dan dipermukaan skrinnya terpapar nama ‘Sheila’. Tapi itu cuma harapan kosong semata-mata. Dia menghitung hari. Hari itu hari Khamis… Hari Khamis yang menyeksakan seluruh jiwa raganya. Hari yang sepi tanpa tunangannya!
Mata Andy Farhan tertuju ke arah pintu masuk. Dia lihat seorang wanita melangkah masuk dengan segala keangkuhan. Dia mencerun mata. Agak terkejut melihat kehadiran wanita yang amat dikenalinya. Kelihatan penampilan wanita itu berubah samasekali. Lebih cantik dan bergaya. Malah rambutnya juga sudah berubah, diwarnakan perang. Gaya pakaiannya elegent, mengalahkan peragawati. Entah bila nak insaf, bisik hati Andy Farhan. Umur dah tua, tetapi berlagak seksi macam perempuan muda.
Wanita itu serta merta terpandang Andy Farhan yang sedang duduk bersendirian. Dia tersenyum sinis dari jauh. Dia terus berjalan ke meja Andy Farhan, berdiri gagah di situ dengan sebelah tangan diletakkan di pinggang sementara sebelah lagi menggelek beg tangan kecil yang kelihatan berkilat.
“Hmmm… Betul-betul tak sangka berjumpa di sini, Farhan! Tengoklah! Kau ni nampak sihat dan bahagia. Apakah aku salah teka? Kau sedang bergembira… sayangnya tiada sesiapa yang sudi berkongsi kegembiraan itu kan?” Dia tersenyum sinis, sambil menjeling pandang ke arah dua lelaki yang mengekorinya sejak dia masuk tadi. Andy Farhan tertanya-tanya siapa lelaki yang mengiringi bekas emak tirinya itu.
Andy Farhan tidak menjawab walaupun sepatah. Dia terus meneguk minumannya dan ingin berlalu pergi. Biarkan sahaja ‘anjing’ itu menyalak sendirian, bisik hati Andy Farhan sambil bangun lantas melambai pelayan. Dompet duitnya dikorek, lantas mengeluarkan sekeping not ungu dan mencampakkannya ke atas meja.
“Keep the change.” Kata Andy Farhan kepada pelayan yang datang bersama dulang bil di tangan.
Rosnah merengus apabila kata-kata sinisnya tidak langsung berjawab. Dia memerhati sahaja langkah Andy Farhan yang laju menuju ke pintu. Tetapi puas juga hatinya kerana dapat menyakitkan hati anak muda itu. Dia memberi isyarat pada kedua-dua orang bodyguardnya itu agar turut keluar daripada Marigene Café. Seleranya sudah hilang untuk menikmati makanan disebabkan pertemuan tidak terduga dengan Andy Farhan di situ.
Andy Farhan menjeling jam di dashboard kereta. Hampir sebelas malam. Dia berhasrat hendak pulang sahaja. Dia tidak tahu ke mana lagi harus dituju. Saat itu dia merasakan dirinya begitu malang, sendirian. Tanpa teman, sahabat dan kekasih. Rasa hatinya kembali tersentuh. Teringat pada kata-kata Rosnah yang baru dilemparkan kepadanya; sayangnya tiada sesiapa yang sudi berkongsi kegembiraan itu. Benar. Tiada sesiapa yang dia ada untuk berkongsi kegembiraan dan kedukaan.
Andy Farhan memandu tidak menentu, kemudian dia membrek secara mengejut kerana tersedar, ada seorang perempuan sedang melambai-lambai tangan di tepi jalan. Jalan itu agak sunyi, tetapi lampu jalan yang terang membuat dia dapat melihat dengan jelas wajah perempuan itu. Kelihatan dia masih muda, memakai jean dan t.shirt berwarna putih. Andy Farhan memberhentikan keretanya di tubir jalan. Perempuan itu terus menggawang-gawangkan tangannya, menunjuk ke arah semak.
“Kenapa?” tanya Andy Farhan, sambil menurunkan cermin keretanya.
“Tolong! Abang saya… dia cedera…cedera…dilanggar orang!” Gadis itu teragak-agak hendak bersuara. Mukanya tampak sangat cemas.
Andy Farhan membuka pintu kereta, teragak-agak hendak mengikut gadis itu yang menunjuk-nunjuk ke arah semak. Setelah berjalan beberapa langkah, mata Andy Farhan terpandang sebuah motorsikal tergolek di tepi semak tetapi tidak terlihat ‘abangnya’ sebagaimana yang dikatakan oleh perempuan itu.
Andy Farhan tertinjau-tinjau dan terus mengikut perempuan itu masuk beberapa langkah ke dalam semak. Suasana di situ tidak begitu terang lagi kerana jauh daripada lampu jalan. Andy Farhan tidak tahu kenapa dia harus mengikut perempuan itu masuk ke dalam semak. Entah mengapa dalam kepalanya saat itu hanya wujud rasa ingin tahu yang membuak-buak apakah yang sebenarnya berlaku? Tidak langsung terlintas di fikirannya bahawa bahaya sedang menunggu, bagaikan rahang singa ganas yang sedang ternganga bersedia hendak menelan mangsanya.
SHEILA berbaring dengan membawa airmata kesedihan. Sudah dua hari Andy Farhan tidak menghubunginya langsung. Merebahkan dirinya ke atas tilam pada malam itu, dia sendiri tidak tahu apakah dia akan terbangun awal pagi esok dengan hati yang gembira. Esok hari Sabtu yang menjanjikan satu episod baru. Apakah mereka akan bertemu di masjid bagi melangsungkan akad nikah kemudian meneruskan langkah ke rumah besar milik Zaiton? Dia tidak tahu. Benar-benar tidak tahu! Masihkah ada pertemuan?
Di rumah itu sendiri, dia tidak terasa sebarang kemeriahan, biarpun suara tawa dan perbualan sesekali terdengar di tingkat bawah. Ada rakan taulannya yang datang lantas bermalam di rumah itu. Ibu Khadijah dan Azizah masih sibuk di ruang tamu, ada-ada saja kerja yang hendak disudahkan. Bagi Sheila tiada apa-apa jamuan ataupun majlis di rumah itu. Semuanya akan tertumpu di rumah Zaiton sahaja.
Pun dia tidak samasekali menyesali mengapa dia enggan menurut kemahuan Zaiton. Dia punya harga diri dan maruah. Tunduk pada kehendak wanita itu tidak akan membawa kebaikan bagi dirinya. Dan dia tidak ingin kehidupan rumahtangganya kelak sentiasa bertemankan airmata.
Irama lagu winter sonata tiba-tiba berkumandang syahdu daripada telefon bimbitnya. Sheila tersentak, sambil memerhati ke arah telefon bimbit yang bergetar di atas meja solek. Dia bangkit dan terus mencapainya. Saat itu dalam fikirannya hanya terisi dengan nama Andy Farhan seorang. Tiada sesiapa lagi yang wujud! Tetapi dia agak kecewa apabila mendapati panggilan itu datangnya dari rumah Zaiton.
“Hello!” Seru Sheila perlahan, dalam getar suara yang sebak masih diburu tangis.
“Sheila! Maklong ni!” Suara Zaiton kedengaran jelas dan terburu-buru.
“Farhan ada di sana? Apa dah jadi? Tak sabar-sabar nak bersama nampaknya?” Tiba-tiba tuduhan itu menyentap-nyentap naluri Sheila. Cepat kepalanya menimbang maksud kata-kata Zaiton itu. Hatinya yang dingin sebak mendadak menjadi hangat.
“Apa maksud maklong? Saya masih lagi seorang gadis timur yang mengamalkan prinsip beragama dan mempunyai adat. Jangan nak menuduh sebarangan mak long… Abang Farhan tak ada di sini.”
“Tak ada?” Suara Zaiton mengendur sedikit.
“Ya! Dah dua hari saya tak jumpa dia!”
Suara Zaiton terus hilang. Beberapa saat Sheila menanti wanita itu menyambut kata-katanya, tetapi yang terdengar hanya dengusan nafasnya sahaja.
“Maaflah!” Lemah suaranya yang tercetus dari corong telefon.
“Maklong! Apakah semuanya ok?” Tanya Sheila dengan berhati-hati. Dia ingin melupakan sejenak rasa hatinya yang sakit dek kata-kata Zaiton sebentar tadi. Kata-kata yang dirasakannya agak keterlaluan.
“Hmmm…Ok.. Ok, agaknya!” Zaiton meletakkan gagang kemudian tanpa sempat Sheila bertanya lagi. Sheila mengeluh. Dia masih menggenggam telefon bimbitnya. Fikirannya ligat berfikir. Dia harus melupakan egonya demi cinta… Hujung jarinya mulai menekan nombor telefon Andy Farhan. Telefon bimbitnya berdering panjang tetapi tiada sebarang jawapan. Oh! Jawablah bang! Serunya sendirian, separuh mengharap dan merayu.
Sheila berbaring semula tetapi telefon bimbitnya terus digenggam. Tidak sampai lima minit telefonnya berbunyi semula. Ternyata panggilan itu datangnya dari rumah Zaiton lagi.
“Ya, maklong!” sahut Sheila.
“Betulkah Farhan tak ada datang jumpa Sheila lepas malam dia hantar Sheila balik?” Tanya Zaiton, lembut sedikit.
“Betul maklong. Kenapa?”
“Malam tu dia juga tidak balik ke rumah. Sebab tulah maklong fikir dia ada di rumah kamu. Maafkan maklong.”
Sheila diam. Dia tahu Zaiton kesal dengan kata-katanya tadi.
“Tak apalah, maklong.” Jawabnya lambat. “Mungkin dia ke rumah baru di Taman Bukit Bendera?”
“Tak ada di sana. Petang tadi paklong kau sudah pun meninjau ke sana. Memang Farhan tiada di situ.”
Sheila tersentak. Rupa-rupanya keluarga itu mulai mencari Andy Farhan sejak petang tadi lagi tetapi malam itu barulah Zaiton menghubunginya. Apakah yang berlaku? Sudah dua hari Andy tidak balik ke rumah. Ke mana dia pergi? Tidak menghairankan jika dia langsung tidak menghubungi Sheila. Merajuk panjangkah abang Farhan ni? Tanya hati Sheila mulai rasa tidak tenteram.
“Dia juga tidak ke pejabat.” Beritahu Zaiton lagi. “Kami sangkakan dia bersama kau, Sheila.” Ulangnya lagi, seolah-olah kata-kata itu belum pernah diucapkannya sebelum ini. Dia cuba menyakinkan dirinya bahawa kata-katanya itu mengandungi kebenaran.
Sheila tambah terkejut. Ke mana Abang Farhan pergi? Tanya hatinya bertalu-talu.
“Sama-samalah kita berdoa, semoga dia muncul di masjid pukul sepuluh pagi esok untuk upacara pernikahan kau, Sheila.” Kata Zaiton sebelum mengakhiri perbualan dan memutuskan talian.
HUJAN GERIMIS menitis senyap, beradu dengan kabut pagi lantas mengaburkan pandangan. Sheila membuka tingkap kamarnya, merasai tempiasnya yang mesra menampar muka. Dia kembali menutup tingkap dan terus berdiri semula di hadapan cermin. Dia sudah lengkap berpakaian. Sepasang kurung putih bersulam tersarung di badan. Rambutnya bersanggul rapi, dengan mahkota kecil berada di puncak kepalanya. Dia tersenyum sendiri. Mahkota itu kelihatan berkilau indah. Dari kejauhan dia mendengar suara Geetha memanggil-manggil namanya, menyatakan ada seseorang datang ke rumah itu.
Sheila keluar dari kamar tidurnya, bagaikan seekor kupu-kupu yang bebas dia hampir-hampir terbang ke muka pintu yang ternganga. Di situ ayahnya berdiri kaku, tersenyum memandang. Penampilan ayahnya amat berlainan kali ini. Dia memakai sehelai jubah putih. Kepalanya berserban kemas. Sheila separuh berlari memeluk ayahnya.
“Ayah! Ayah balik pada hari pernikahan saya? Syukur al-hamdulillah. Jadi, ayah boleh mewalikan pernikahan saya dengan abang Farhan pagi ni?” katanya dengan girang dan tidak sempat mendapat jawapan daripada Amran, Sheila menyambung lagi; “Tapi pagi ni hujan gerimis turun pula. Tak tahu bagaimana hendak ke masjid.”
Dia memandang keluar dengan perasaan gusar. Memang tiada sebiji kenderaan pun di hadapan rumah. Mana keretanya? Bisik hatinya. Mana kereta Geetha dan Ibu Khadijah? Bukankah semalam sekurang-kurangnya ada empat biji kereta di hadapan rumahnya. Dua buah di bawah porch dan dua biji lagi berada di tepi jalan. Aneh! Kenapa semuanya hilang begitu sahaja.
“Sabarlah…” Seru Amran. “Kau tentu boleh ke masjid juga. Tunggulah Farhan datang jemput.”
“Ya, ayah! Pastilah dia akan datang. Bukankah kami akan bernikah pagi ni?”
Tiba-tiba airmatanya perlahan-lahan menuruni pipi. Dia tidak tahu Andy Farhan di mana. Sudah pulangkah dia? Dia cuba menekan telefon bimbitnya, tetapi tidak menemui telefonnya. Entah di mana telefonnya berada. Tiba-tiba dia terlihat Andy Farhan berada di seberang jalan, di dalam hujan gerimis itu. Dia lihat lelaki itu berdiri, sambil tersenyum dan melambai-lambaikan tangannya.
“Abang Farhan!” Serunya.
“Abang Farhan!!!”
Tiba-tiba dia tersedar, bila terasa bahunya disentuh.
“Kak! Kenapa ni? Akak menjerit-jerit panggil Abang Farhan!” Seru Azizah. “Terkejut kami bila terdengar panggilan akak dari tingkat atas tadi.”
Sheila menyapu mukanya, tidak percaya segalanya hanya mimpi. Tetapi segalanya begitu jelas. Ayahnya pulang untuk mewalikannya! Astaghafirullah! Serunya perlahan. Dia tidak pernah mendapat sebarang surat ataupun berita daripada Amran selepas pemergian ayahnya itu ke tanah suci. Keputusan Amran untuk terus menetap dan meninggal dunia di sana sedikit dikesalinya kini. Tiba-tiba dia teresak-esak sendiri. Dia perlukan ahli keluarganya… di saat dia sedang menghadapi detik-detik sukar ini! Tetapi mengapa semua ahli keluarganya meninggalkannya di saat-saat dia memerlukan mereka?
“Zah! Akak sedih… Tiba-tiba akak rasa, akak tak punya sesiapa!”
Azizah pantas memeluknya dengan erat. “Sabar kak! Zah ada! Zah ada di sini, kak! Zah adik kakak dunia akhirat. Menangislah kak. Lepaskan segala kesedihan kakak di bahu Zah ni. Menangislah!” Kata Azizah lagi sambil memeluk dan menggosok belakang Sheila dengan lembut.
Sejurus kemudian tangisannya mulai reda. Sheila memandang Azizah lantas bertanya; “Pukul berapa ni?”
“Dekat pukul satu pagi.”
“Kau orang belum tidur lagi?”
“Belum. Kerja-kerja yang ada tu pun dah siap. Tadi kami hanya berbual sahaja, sebab belum mengantuk.” Beritahu Azizah.
“Hmmm, oklah. Masuk tidurlah Zah. Beritahu Ibu Khadijah, kakak tak apa-apa. Janganlah risau.”
Azizah mengangguk. Dia bergerak ke luar dari bilik Sheila setelah menutup lampu dan pintu kamar. Sheila berbaring semula. Matanya terkebil-kebil enggan terlelap semula. Sungguhpun dia memberitahu Azizah supaya tidak perlu merasa risau, tetapi dia sendiri resah gelisah sepanjang malam. Hinggalah kokok ayam pertama, dia masih belum dapat tidur.
KERETAPI tiba jam empat pagi di bandar Mentakab. Dia terjaga dari tidur. Suara penumpang yang hendak turun juga terdengar hingar bingar, ditingkah suara penjual surat khabar. Dia bergegas bangun. Jika suara-suara bising tadi tidak mengejutkannya, pastilah dia sudah terlepas stesen tersebut. Beg pakaiannya dicapai lantas langkah terus dibuka ke arah pintu gerabak.
Dia melompat turun. Cuaca pagi itu amat dingin. Langit masih gelap. Hanya bahagian hadapan stesen sahaja yang kelihatan cerah oleh cahaya lampu. Kawasan sekelilingnya masih gelap gelita. Sebaik sahaja kakinya menjejak lantai stesen, dia ditegur seseorang; “Nak teksi bang?” tegur lelaki itu dengan ramah.
Dia memerhati sekeliling sebelum menjawab. Kebanyakan penumpang memilih untuk mencari tempat duduk di bangku yang disediakan. Ada juga yang sedang berunding dengan para pemandu teksi yang menunggu di situ. Dia sendiri tidak dapat membuat keputusan. Matanya masih terasa berat dan fikirannya berkecamuk.
“Abang nak ke mana?” Pemandu teksi melanjutkan pertanyaannya.
“Kerdau.” Jawabnya sepatah.
“Hmmm… Kerdau.” Kata pemandu teksi sambil mengurut-urut dagunya. Wajah pemandu teksi itu tidak begitu jelas, tetapi dia yakin lelaki itu lebih tua darinya. Pemandu teksi memandang ke wajahnya sekali lagi. Dia merasa kurang senang direnung-renung begitu. Dia bimbang dirinya dikenali. Tetapi dia yakin, dengan jambang yang penuh dimukanya, tidak mudah orang dapat mengenali penampilannya kini.
“Lima belas ringgit boleh bang?”
Dia terkejut mendengar permintaan pemandu teksi. Gila! Gerutu hatinya. Kalau siang hari teksi akan mengenakan sekurang-kurangnya lapan ringgit sahaja. Tetapi mengapa harus tambang naik dua kali ganda?
“Macamana, boleh? Kira patutlah tu…” Pujuk pemandu teksi. “Kalau abang nak balik ke kampung sekarang, bolehlah saya hantarkan. Kalau nak tunggu siang, dua tiga jam lagi berteman nyamuk di stesen ni!” Kata pemandu teksi itu cuba menyakinkan dirinya.
“Bolehlah.” Akhirnya dia bersetuju. Dia tidak punya banyak pilihan. Lebih selamat baginya balik ke rumah keluarganya dalam keadaan hari yang masih gelap. Dia tidak ingin jadi perhatian orang-orang kampung. Paling dia takut, kepulangannya itu akan membuat orang-orang kampung merekacipta cerita yang bukan-bukan yang akan memburukkan lagi hubungan dengan ibubapanya yang telah retak.

Bab 5
SUASANA di perkarangan masjid Sultan Abu Bakar kelihatan tenang. Banyak kereta membanjiri kawasan itu. Sheila turun dari kereta yang dipandu oleh Rajiv, suami Geetha. Temannya itu berjalan beriringan dengannya, diikuti Azizah serta Ibu Khadijah. Jasman serta rakan-rakan sepejabatnya berada di dalam kereta yang lain, turut menyertai mereka memasuki kawasan masjid yang tersergam megah.
Sheila terlihat Bahtiar terburu-buru turun dari tangga masjid dengan diikuti oleh Zaiton. Sheila terpaku memerhati ke arah pasangan suami isteri itu. Mereka juga terpegun sejenak melihat kedatangannya. Sheila menyakini kedua-duanya bukan terpesona pada penampilannya di pagi itu. Tetapi ada sesuatu yang mengacau fikiran mereka berdua.
“Naiklah dulu, Sheila.” Kata Zaiton. “Tuan kadhi baru tiba. Sebaiknya kau naik dan duduk menunggu di dalam masjid.”
Hati Sheila tidak dapat menahan keinginan untuk bertanya apabila melihat wajah Bahtiar yang kelihatan keruh. Lelaki itu enggan memandang ke arahnya, dia tergesa-gesa berlalu meninggalkan Zaiton.
“Abang Farhan ada di dalam?”
Zaiton tidak menjawab. Dia menggigit bibirnya dengan kuat.
“Dia belum sampai.” Jawabnya dengan suara tertahan-tahan. “Tapi dia akan datang.”
“Maklong dengan paklong nak ke mana?”
“Kami ada hal. Sekejap aje. Naiklah dulu. Ada ramai saudara mara kita di dalam masjid. Naiklah…” Serunya lagi lantas terus mengekori Bahtiar yang sudah pun berada di kawasan letak kereta. Dahi Sheila berkerut, tetapi dia terus jua memijak anak tangga satu demi satu hingga tiba di dalam masjid.
“TON beritahu Sheila tadi?” Tanya Bahtiar sambil terus memecut keretanya dengan laju. Dia telah mendapat panggilan telefon daripada orangnya, menyatakan bahawa mereka telah pun menemui kereta Andy Farhan di pinggir jalan. Sejak petang semalam dia telah mengerahkan orang-orangnya mencari Andy Farhan di merata-rata tempat. Baru sebentar tadi, ketika punggungnya baru sahaja mencecah lantai masjid dia mendapat panggilan bahawa kereta Andy Farhan telah ditemui.
Zaiton menggeleng. Tidak sanggup dia hendak memberitahu bahawa mereka hanya menemui keretanya sahaja sedangkan anak lelakinya hilang begitu saja. Sekurang-kurangnya biarlah mereka mendapatkan kepastian terlebih dahulu. Dia masih lagi berharap Andy Farhan akan datang sendiri untuk mengambil keretanya di situ.
Setengah jam kemudian kereta yang dipandu Bahtiar tiba di tempat itu. Kelihatan Usin, Chot dan Awang sedang berada di sisi kereta perdana perak milik Andy Farhan yang sempurna letaknya di pinggir semak. Jalan itu agak sunyi, tidak banyak kenderaan yang lalu lalang. Di kiri kanan jalan adalah hutan kecil. Sementara beberapa meter di hadapan adalah ladang getah yang agak luas, yang kelihatan terjaga rapi.
Bahtiar memberhentikan keretanya dan terus keluar, separuh berlari dia mendekati kereta perdana perak yang kelihatan ditinggalkan dalam keadaan baik. Kereta itu berkunci. Bahtiar meninjau-ninjau melalui cermin tingkap dan terlihat telefon bimbit Andy Farhan ada di atas dashboard.
“Siapa yang jumpa kereta ni, Chot?” Bahtiar bertanya sambil memandang Chot yang kelihatan termenung sahaja. Chot menoleh dan menjawab; “Kami yang jumpa. Sebenarnya kami tak berniat pun nak lalu di jalan ni, sebab jalan ni sunyi dan menghala pula ke hutan simpan di hulu tu…” Beritahu Chot.
Bahtiar menggeleng-gelengkan kepalanya. “Ke mana Farhan ni? Apa dia buat di kawasan hutan ni?” Tanya Bahtiar sambil memerhati sekitar kawasan itu.
“Tadi saya dengan Awang pergi redah belukar di sekeliling kawasan ni… Tapi tak ada kesan apa-apa pun. Tak ada rumah orang di sebelah dalam sana. Hanya kebun getah.” Beritahu Usin sambil memandang ke arah Awang. Awang mengangguk.
Bahtiar memerhati keadaan rerumput yang ada di situ, dan kelihatan daun rumput itu menunduk kerana dipijak-pijak. Terlalu banyak kesan tayar kereta yang tercetak di tanah sehingga sukar untuknya mengagak sudah berapa lamakah kereta itu tersadai di situ. Lagipun mereka hanya menyedari bahawa sesuatu yang tidak kena berlaku pada lewat petang semalam.
Bahtiar mengeluh berat. Kerutan jelas di dahinya. Zaiton juga tidak dapat bersuara apa-apa. Sebak dadanya kerana menemui kereta kaku yang tidak boleh menerangkan apa-apa.
“Ke mana Farhan ni bang? Apa dah jadi?” Dia bertanya dan beberapa titis airmatanya gugur jua. Kenapa dia menghilang diri di hari pernikahannya dengan Sheila?
SETENGAH jam lagi waktu zohor akan masuk. Suasana di dalam masjid mulai hingar bingar. Ramai yang bangun dan turun daripada masjid. Untuk apa mereka menunggu majlis yang tidak akan berlangsung. Yang tinggal hanya Sheila dan kawan-kawannya sahaja. Tuan kadhi sendiri sudah lama melangkah pergi. Dia terpaksa beredar setelah hampir dua jam menunggu pengantin lelaki yang tidak kunjung tiba. Dia terpaksa memenuhi janjinya untuk melaksanakan tugasnya di tempat lain pula. Bukan hanya satu dua pasangan yang akan bernikah pada hari tersebut. Menurutnya jadualnya penuh hingga ke malam hari.
Zaiton sejak tadi duduk di suatu sudut, tidak tertangiskan dirinya. Dia malu. Kehilangan Andy Farhan secara tiba-tiba membuat dia hilang keyakinan diri dan maruah. Tidak sanggup dia membuang muka ke arah Sheila. Selendang lace putih milik Sheila sudah lencun dibasahi airmata.
Ibu Khadijah sudah puas membujuk, mengajaknya pulang. Tetapi Sheila tetap mahu menunggu di situ.
“Biar saya tunggu abang Farhan hingga ke petang…” Kata Sheila dalam sedu sedan. “Saya akan tunggu biar berapa lama sekalipun!”
“Tak boleh Sheila. Ini masjid. Sekejap lagi bilal akan melaungkan azan. Para jemaah akan naik mendirikan solat zohor. Kita mesti beredar. Kita mesti meninggalkan masjid ini.” Tidak sudah-sudah Ibu Khadijah memujuk.
“Ya, Sheila… Kita balik dulu.” Sampuk Jasman yang ada bersama-sama mereka sejak tadi. “I akan minta bantuan kawan I untuk cari Andy Farhan. Sesuatu berlaku padanya, I yakin. Dia bukannya mungkir janji. Dia tidak datang, kerana terhalang oleh sesuatu…” Kata-kata Jasman mengembalikan sedikit keyakinan dalam diri Sheila. Dipandangnya Jasman dengan mata berkaca, digenangi air jernih yang bila-bila masa sahaja jatuh ke pipi.
“Dia tak mungkir janji…” Ulang Sheila perlahan. “Memang dia takkan mungkir janji untuk bernikah dengan I hari ini.”
“I yakin tidak… Bangunlah. Kita balik dulu.”
Sheila cuba untuk bangun. Tetapi dia merasakan tubuhnya amat lemah. Lututnya terasa bergoyang apabila dia cuba berdiri. Pandangannya kelam. Orang-orang yang mengelilingi dirinya dipandang dengan pandangan berlapis-lapis. Semangatnya terasa terbang tinggi. Dia rebah. Dia tidak berupaya untuk hidup walau sehari lagi tanpa Andy Farhan di sisi.
Pantas tangan Jasman memangku tubuh Sheila yang tiba-tiba menjadi lembut tidak bermaya. Semua yang ada di situ gempar sejenak menyaksikan apa yang berlaku pada Sheila. Azizah mulai menangis semula. Hatinya turut hancur luluh melihat kekecewaan yang menempa Sheila.. Ibu Khadijah tergesa-gesa mencari air untuk membasahkan muka Sheila.
“Dia kepanasan… Lemas dan terlalu sedih.” Kata Ibu Khadijah. “Lagipun pagi tadi dia tak makan apa-apa. Rasanya air pun dia tak sentuh langsung.”
Sheila sedar semula setelah disapu air ke mukanya. Dia akhirnya dipimpin Ibu Khadijah dan Azizah menuju ke kereta.
Zaiton dan Bahtiar orang terakhir meninggalkan masjid.
Segala yang berlaku di masjid sepanjang pagi itu, disaksikan oleh seseorang dari suatu sudut yang tersembunyi. Malah dia sempat merakamkan detik-detik yang berlaku melalui kamera yang dibawanya bersama. Kamera yang mempunyai lensa zoom itu dapat merakamkan gambar dari jarak yang jauh. Dia senyum sendiri. Puas hatinya, melihat seluruh keluarga Bahtiar dan Zaiton menghadapi peristiwa malang serta memalukan itu. Bukan itu sahaja mereka juga akan kerugian beribu-ribu ringgit. Jamuan di hotel yang telah ditempah terpaksa dibatalkan, dan kos penyelenggaraannya ditanggung oleh keluarga terbabit. Begitu juga jamuan besar di rumah Zaiton. Perkahwinan tidak terlaksana, lauk pauk yang sudah siap dimasak yang hanya menunggu kedatangan tetamu terpaksa di curah ke tanah.
Padan muka mereka semua! Itulah harga yang harus dibayar di atas penderitaan yang telah ditanggung olehnya.
“CIK SHEILA…” Panggilan itu mengejutkan Sheila. Dia tidak jadi hendak masuk ke kereta. Matanya memandang lemah ke arah seorang perempuan muda yang datang mendekatinya. Perempuan itu berwajah comel, rambutnya perang dan tubuhnya tinggi lampai. Sheila memandangnya tidak berkelip. Senyuman yang dilempar dibalasnya dalam paksa. Saat itu dia tidak berminat hendak tersenyum kepada sesiapapun, hatinya benar-benar sedang dilanda duka yang bukan sedikit. Sebahagian daripada hidupnya terasa sudah musnah.
Gadis itu mempunyai suara yang lembut dan lunak. “Maafkan saya kerana menganggu cik Sheila.” Katanya sambil terus mendekati dan berdiri di sisi Sheila. Jasman yang belum masuk ke kereta turut memandang ke arah perempuan itu. Dia datang ke sisi Sheila, seolah-olah bersedia hendak melindungi gadis itu.
“Ada apa ni?” Jasman pantas bertanya. Dia tidak suka pada perempuan yang baru datang itu. Dia tidak ingin fikiran Sheila yang terganggu kerana peristiwa yang tidak terduga itu semakin tergugat dengan kehadiran perempuan yang tidak dikenali itu.
“Nama saya Maisarah. Saya nak beritahu Cik Sheila sesuatu yang agak penting!”
“Oh! Come on! Kami nak cepat ni cik Maisarah… ataupun sesiapa pun awak ni, apa saya peduli. Tolong jangan ganggu Sheila, di saat-saat seperti ini!” Tegas suara Jasman. Sheila memandang Jasman, seolah-olah tidak merestui kata-kata lelaki itu. Dia tidak pernah memberikan keizinan kepada Jasman untuk bercakap bagi pihaknya. Dia bukanlah kanak-kanak yang baru mengenali hidup. Dia hanya sedikit lemah dan kesedihan akibat peristiwa tidak terduga yang menimpanya hari itu. Dia harus menerima hakikat bahawa jodohnya dengan Andy Farhan masih jauh… Dia tidak berani menyatakan bahawa memang sudah tiada pertemuan antara mereka.
“Biar…” Balas Sheila. “I nak dengar apa yang dia nak katakan…”
“Cik Sheila, saya tahu apa yang berlaku di dalam masjid itu. Cik tidak jadi bernikah kerana pengantin lelaki tidak hadir kan? Saya boleh tolong cari dia, sebab…”
“Agh! Hentikanlah mengarut! Dia keletihan sekarang dan tak ada masa untuk mendengar cerita karut awak!” Marah Jasman semakin menjadi-jadi pula. Sheila sekali lagi memandang ke arahnya kemudian menoleh pada Maisarah.
“Awak tahu sesuatu?”
“Ya… Saya kenal Andy Farhan. Saya pernah tengok dia… Di Marigene Café.”
Sheila menyambar tangan Maisarah dan terus memegangnya erat. Tanpa sedar tangan itu digoncangnya agak kuat. Matanya yang tadi lemah, kini bersinar. Bibirnya terus bergerak, mengajukan soalan dengan rasa tidak sabar; “Bila? Pukul berapa?”
“Hmmm… Malam Jumaat. Kira-kira pukul sebelas malam. Saya ada di café itu, kebetulan sedang makan bersama kawan. Saya lihat dia minum seorang diri, sebelum dia didatangi oleh seorang perempuan…”
“Malam Jumaat…” Bisik Sheila perlahan. “Teruskan cerita awak tu!” Pinta Sheila tidak sabar.
Jasman pantas bergerak ke arah Sheila dan hampir-hampir menolak Maisarah ke tepi. “Sudahlah. Janganlah nak reka cerita mengarut di sini. Awak nak apa sebenarnya?”
“Saya… Saya hanya hendak menolong.” Balas Maisarah membela diri. Dia kelihatan tidak senang melihat kekasaran Jasman. Jasman terus mendorong Sheila supaya masuk ke kereta.
“Jangan dengar kata-kata perempuan ni Sheila. Kita buat saja laporan ke balai. Biar pihak berkuasa jalankan siasatan dan usaha mencari Andy Farhan. I kasihankan you. You letih, tidak tenang dan dalam kesedihan. Lebih you balik berehat. Biar I bantu you… Lepas ni I sendiri akan pergi ke balai.” Jasman menutup pintu kereta. Sheila tidak dapat membantah lagi. Dia mengangkat tangan pada Rajiv, mengisyaratkan agar lelaki itu bergerak pergi.
Jasman berpaling pada Maisarah. Matanya memandang tajam. Namun jauh di sudut hati dia merasa lega melihat kereta Rajiv yang membawa Sheila di dalamya telah pun beransur pergi meninggalkan kawasan itu.
“Jangan ganggu dia!” Marah Jasman. Dia benar-benar tidak suka melihat Maisarah. Gadis itu turut memerhati kereta yang baru bergerak pergi. Pertanyaan Jasman dibiarkan tidak berjawab. Hanya jelingan matanya yang tajam memanah ke dalam mata Jasman. Tanpa suara, dia berlalu pergi. Yang pasti dia tidak mahu kehilangan jejak kereta yang dinaiki Sheila sebentar tadi.

Bab 6
TEKSI meluncur deras menuju destinasi. Dia memilih untuk duduk di kusyen belakang. Beg pakaian diletakkannya ke sisi. Dia duduk bersandar dan memejamkan matanya. Dia sedar pemandu teksi beberapa kali menjeling ke belakang melalui cermin hadapan keretanya. Tetapi dia tidak peduli. Dia tidak ingin memulakan perbualan. Dia tahu pemandu teksi selalu mempunyai modal untuk bercerita apa sahaja… Jadi, dia lebih senang berpura-pura letih dan mahu tidur sahaja.
Teksi memasuki simpang seperti yang diarahkannya. Akhirnya teksi berhenti di hadapan pintu pagar rendah, yang tidak sempurna lagi kedudukannya. Hampir-hampir pagar itu rebah menyembah bumi. Hampir setahun dia tidak pulang, bapanya seolah-olah tidak peduli lagi pada suasana sekeliling rumah itu. Dia memandang ke arah rumah yang gelap gelita. Lampu teksi menyuluh halaman. Dia terpandang motorsikal honda bapanya ada di bawah rumah yang bertiang besar dan tinggi. Dia menarik nafas dalam-dalam. Bagaimanakah penerimaan keluargannya akan kepulangannya pagi itu.
Dia memberikan duit tambang kepada pemandu teksi. Setelah itu dia menapak perlahan menuju ke tangga. Jalan di hadapan rumah sudah kembali gelap. Bunyi enjin teksi yang kuat telah lama lenyap, bersama lenyapnya cahaya lampunya yang menyuluh halaman sebentar tadi. Kini dia duduk sendirian di atas tangga, di dalam gelap. Bunyi dengung nyamuk sesekali mengusik telinganya. Dia memanjat tangga naik ke beranda. Beg pakaiannya diletakkan di atas kerusi rotan tunggal yang ada di berenda kecil itu. Tangannya teragak-agak hendak mengetuk pintu yang terkatup rapat.
Perlukah dia mengejutkan mereka yang sedang nyenyak tidur? Patutkah dia pulang ke situ, setelah emak dan ayahnya tidak lagi mengakuinya anak setelah dia dipenjarakan dan dilemparkan dengan pelbagai tuduhan berat. Jika dia tidak berjaya menyelamatkan dirinya, sudah pastilah tali gantung menjadi jawapannya. Tetapi dia berjaya menyelamatkan diri dari perangkap maut. Dia berjaya! Tuduhan-tuduhan itu telah gugur dengan wujudnya testimonial daripada orang yang tidak disangka-sangka!
Dia benar-benar terkejut dan samasekali tidak menduganya langsung. Testimoni yang dibuat itu telah menyelamatkan nyawanya. Dia tidak tahu mengapa akhirnya lelaki itu sanggup untuk memberikan testimoni tersebut!
Persoalannya sekarang, apakah dia akan memberitahu semua orang akan perkara itu. Mahukah keluarganya serta penduduk kampung percaya bahawa dia tidak melakukan pembunuhan itu? Mahukah mereka menerima dirinya yang sudah bergelar banduan, merengkok di penjara selama hampir setahun?
Dia tidak sanggup lagi menerima tohmahan dan hinaan. Dia tidak seharusnya balik ke kampung itu. Tidak. Dia sepatutnya pergi ke suatu tempat yang jauh, memulakan hidup baru serta melupakan segala-galanya. Ahhh! Dia mengeluh. Terlalu sukar baginya hendak melupakan segalanya, terutama sekali Sheila. Tidak! Dia tidak boleh melangkah lebih jauh untuk meninggalkan satu-satunya wanita yang paling disayangi dan dicintai, biarpun dia sedar untuk mendapatkan kembali kepercayaan wanita itu teramat sukar. Tetapi tiada yang mustahil… Selagi dia mempunyai azam dan tekad!
Dia melompat turun dan terus berlari ke jalan semula, sambil berharap teksi yang baru ditumpanginya masih ada. Tetapi malang baginya kerana jejak kereta itu sudah hilang. Dia membuka langkah menyusuri jalan kecil dan gelap itu. Satu-satunya panduan yang ada cuma langit yang ditaburi bintang. Setengah jam dia melangkah, akhirnya dia tiba jua di jalan besar. Di pangkal simpang cahaya lampu melimpah ke jalan raya. Sudah terlihat kereta serta lori yang melalui jalan besar yang menghala ke Jerantut. Dia boleh menahan mana-mana lori untuk membawanya pergi meninggalkan kampung itu. Tiba-tiba muncul dalam kepalanya satu idea… Dia akan ke sana. Dia akan tinggal di rumah terpencil itu. Tiada sesiapa pun yang akan tahu sekiranya dia tinggal di situ. Rumah itu terletak di hujung kampung. Kini yang menjadi masalah, tiada kenderaan yang akan membawanya ke sana.
Tiba-tiba sebuah teksi menyuluh ke arahnya. Teksi itu bergerak perlahan. Dia segera mengangkat tangannya menahan teksi tersebut. Dia sedikit terkejut apabila mendapati teksi itu adalah teksi yang mula-mula ditumpanginya tadi.
“Kenapa abang berpatah balik?” Tanya pemandu teksi itu.
Dia tidak segera menjawab sebaliknya memulangkan pertanyaan; “Saya juga nak bertanya soalan yang sama, kenapa awak berpatah ke sini semula?”
“Mulanya tadi saya nak balik ke rumah, tetapi tak jadi…Daripada tidur lebih baik cari rezeki.”
“Nampaknya antara kita ada persamaan. Tidak boleh pulang tanpa rezeki di dalam tangan. Lebih-lebih lagi di waktu pagi-pagi begini, kata orang pintu rezeki terbuka luas. Sekarang, tolong hantarkan saya ke Kampung Rumpun Makmur..” Katanya sambil bersandar kemas. Kali ini dia duduk di kusyen hadapan di sebelah pemandu teksi.
“Jauh ke pedalaman kampung tu… Dekat dengan Gunung Senyum.” Kata pemandu teksi itu dengan dahi berkerut.
“Kenapa? Awak tak sanggup hantar saya ke sana?” Pertanyaannya mengandungi sedikit cabaran. “Apakah duit menjadi masalah? Saya akan membayar berapa saja yang diminta, asal saja awak boleh bawa saya ke sana.”
Pemandu teksi menjawab hanya dengan anggukan sahaja. Kali ini dia duduk di kusyen hadapan. Untuk menghilangkan bosan dia mulai melayani pemandu teksi yang ramah berbual. Tetapi dia lebih suka mendengar daripada membuka cerita. Dalam relung otaknya mulai berfikir bermacam perkara. Apakah dia akan meminta pemandu teksi membawanya hingga ke rumah itu? Tentu tidak! Dia lebih rela berjalan kaki sahaja ke rumah itu. Biarkan sahaja dia berhenti di pertengahan jalan. Lagipun hari masih awal. Sekiranya dia berhenti di pertengahan jalan, dia akan tiba di rumah itu menjelang subuh. Justeru itu tiada sesiapa pun yang akan tahu kehadirannya di situ.
PELUH memercik di seluruh badannya. Meskipun udara pagi itu sejuk tetapi dia telah memerah segenap tenaga yang ada, untuk tiba di situ. Dia mengarahkan pemandu teksi berhenti di pertengahan jalan. Pemandu teksi menurut sahaja biarpun mukanya menggambarkan persoalan. Memang dia agak terkejut apabila disuruh berhenti di tepi jalan berdekatan dengan ladang getah. Tiada rumah sesiapa di situ. Dia tidak dapat menahan rasa geli hati, hendak mentertawakan pemandu teksi itu yang mulai kelihatan takut.
“Berapa tambangnya bang?” Dia bertanya, memulangkan perkataan ‘abang’. Biarpun pemandu teksi beria-ria memanggilnya dengan panggilan ‘abang’ tetapi dia yakin benar pemandu teksi itu lebih tua daripadanya. Justeru itu dia rasa semakin kuat dan berani untuk menghentam pemandu teksi sekiranya pemandu teksi itu cuba memeras duitnya yang sememangnya hanya tinggal amat sedikit sekali.
“Lima ringgit sudahlah!” Jawab pemandu teksi.
Dia mengangguk, menyerahkan duit dan menutup pintu teksi. Teksi itu meluncur pergi meninggalkannya di tepi kebun getah itu. Dia terus memasuki kawasan kebun getah. Suasana di dalam kebun lebih getah daripada kawasan di tepian jalan. Tetapi itu semua tidak menjadi masalah baginya. Dia masih dapat melihat dalam samar-samar cahaya pepohon getah yang berbaris tegak bagaikan murid-murid sekolah sedang setia beratur menghadapi tiang bendera. Dia tahu selok belok perjalanan yang akan ditempuhinya itu biarpun dalam suasana yang agak gelap. Dia tahu di mana letaknya rumah itu. Ianya memang agak jauh ke dalam, terpaksa meredah kebun getah. Tetapi dia tidak perlu bimbang kerana langit semakin cerah dan tidak lama lagi matahari akan mengoyak langit yang gelap itu dengan sinar gemilangnya.
Kini dia duduk berlunjur di atas tangga hadapan rumah yang sunyi sepi, dikepung semak ilalang hampir setinggi budak. Dia mengira-ngira sendiri. Hampir setahun juga rumah itu tidak dijengah. Tiada sesiapa lagi yang ingin ke situ. Dulu mereka bertiga selalu ke sini. Dia, Mawarni dan Azizul. Dia tahu, Azizul juga kerapkali membawa Mazlina ke situ untuk berasmara! Hadir ke situ membuat ingatan kembali berputar mengingati segala-galanya, di saat dan ketika rakan-rakan subahatnya masih ada bersama. Biarpun dia bukanlah perancang dan pelaksana segala rancangan-rancangan itu, tetapi dia tetap jua terbabit. Dia telahpun terhukum di atas kesalahan itu!
Dia kehilangan sahabat dan kekasih. Kini terpaksa menjalani hidup sendirian, jauh daripada masyarakat. Apa yang hendak dia lakukan kelak? Dia memandang langit. Kerjaya yang dipertahankannya sudah pun hancur lebur. Tiada apa lagi yang tertinggal, seperti langit subuh yang kosong itu begitulah kosong hidupnya kini. Tiada lagi kerlipan bintang. Entah ke mana hilangnya bintang-bintang yang tadi wujud menghiasi malam. Dan sebentar lagi cahaya mentari akan muncul. Hari baru akan bermula. Dia menolak pintu hadapan rumah yang tidak berkunci. Suasana di dalam rumah begitu kelam dan gelap. Dan suatu bau yang kurang menyenangkan mencecah hidungnya.
Dia melangkah masuk. Tingkap yang paling hampir dengan pintu ditolaknya dengan kuat, supaya rumah itu menjadi terang. Dia bergerak masuk lebih jauh ke dalam rumah setelah membuka semua tingkap-tingkap yang ada. Dilihatnya suasana sekeliling begitu berselerak sekali. Lantai yang tidak bertikar, dicemari dedaun kering dan debu. Dia menjengah pula ke dalam bilik tidur. Satu-satunya bilik tidur yang ada di rumah itu. Bilik tidur juga tidak jauh bezanya dengan di bahagian ruang tamu. Lantainya berdebu serta kotor. Tetapi dia tetap juga masuk meletakkan begnya di atas katil yang beralas cadar yang berdebu dan membaringkan tubuhnya sebentar di situ. Namun akhirnya dia terlelap.
“KAU pukul tengkuknya terlalu kuat…” Kata Salim dengan suara yang sedikit menggeletar. “Kau dah bunuh dia, Mawar?” Dia membongkok sambil meraba-raba pergelangan tangan Azizul. Ternyata nadinya masih berdenyut dengan lemah. Tubuh yang terkedang di tengah-tengah pintu itu ditariknya masuk ke tengah rumah.
Mawarni hanya tergelak kecil. “Kau dah mula takut? Cuba fikirkan tentang wang yang akan kita perolehi. Wang itu nanti tak perlu dibahagi tiga lagi kalau dia dah mampus!”
Salim tidak menjawab. Dia hanya merenung ke arah tubuh Azizul yang nampak diam dan kaku. Matanya terpejam rapat.
“Sekarang tolong aku angkat dia ke keretanya di luar sana tu!” Arahan Mawarni itu mengejutkan Salim. Dia memandang ke muka Mawarni sekali lagi. Dilihatnya muka itu kelihatan selamba sahaja. Tiada langsung ketakutan yang bermukim di hatinya.
“Kita masukkan dia ke dalam kereta, kemudian tolak keretanya ke tepi gaung. Buat seolah-olah dia menghadapi kemalangan dan pihak berkuasa tidak akan mempersoalkan apa-apa.”
“Hopefully…” Balas Salim dengan suara yang lemah.
Salim tiba-tiba terjaga. Dia bagaikan terdengar-dengar suaranya menuturkan kata-kata itu kembali. Kini yang dia punya hanyalah sepotong harapan. Dia memandang ke arah siling rumah yang kelihatan penuh dengan jelaga dan sawang. Kekotoran ada di mana-mana, persis hidupnya yang tercemar. Langkah yang harus dilakukannya adalah membersihkan segala kecemaran dan kekotoran yang wujud supaya dia dapat meneruskan hidupnya. Kali ini dia akan memastikan setiap langkahnya haruslah diiringi dengan kebenaran.
DIA tidak dapat menahan airmatanya daripada terus gugur. Telekungnya sudah habis basah lencun. Dia terus menadahkan tangannya ke hadrat Ilahi, biarpun diiringi sedu sedan panjang, hatinya terus jua bermunajat. Tiga hari yang penuh kegetiran sudah pun berlalu pergi. Apakah hari itu adalah hari terakhir dia menangisi pelamin angannya yang telah hancur musnah.
Ketukan kuat dipintu mengejutkannya. Lambat-lambat dia bangkit setelah membuka telekung. Daun pintu ditarik dengan hati gundah. Dia lihat Azizah tercegat di hadapan pintu bilik tidurnya.
“Kakak tidur?” Tanya Azizah perlahan sambil memerhati muka dan matanya yang sembab.
Sheila menggeleng. Dia merengus halus kemudian mencapai sejadah hijau tua yang masih terbentang. Sejadah itu dilipat-lipat dan disimpan di dalam almari. Azizah memerhati. Dia sembahyang rupanya… Bisik hati Azizah. Barangkali dia langsung tidak boleh tidur sejak kebelakangan ini. Azizah bergerak ke arah katil, lantas duduk di situ.
“Jasman ada kat bawah, nak jumpa kakak katanya.”
Sheila tidak menjawab. Dia mendekati meja solek, duduk dengan tenang sambil menyikat rambutnya yang terurai ke bahu.
“Kakak tak mahu jumpa sesiapa buat masa ni, Zah!” Jawab Sheila perlahan, berpaling ke arah Azizah sejenak kemudian kembali mengadap cermin. Memerhati mukanya yang sembab. Dia sedar matanya bengkak sudah. Pipinya merah bagaikan terbakar. Wajahnya kelihatan hodoh! Buruk sekali… Dia tidak sanggup hendak berdepan dengan sesiapa.
“Tapi sampai bila kakak nak berkurung macam ni? Dah dua hari tak pergi kerja.”
“Kau lupa kakak dah ambil cuti kahwin selama dua minggu… Biarkan kakak hanya ‘berbulan madu’ seorang di sini!” Jawab Sheila sambil meletakkan sikat di atas meja.
Azizah terdiam. Dia mengeluh kemudian melanjutkan kata. “Hmmm… Tapi sampai bila nak macam ni. Berfikiran positiflah sikit. Kan itu yang selalu kakak cakapkan pada Zah? Sekarang, giliran Zah pula nak ingatkan kakak. Sekurang-kurangnya keluar dari bilik ni!”
“Lupa? Akak takkan lupakan peristiwa ini seumur hidup Zah. Abang Farhan hilang entah ke mana. Entah hidup entahkan mati. Zah mahu kakak lupakannya? Tidak! Kakak takkan lupakannya. Apa yang kakak nak buat tanpa dia? Apa??” Sheila mulai menangis kembali. Dia bersuara agak kuat, hingga raungannya itu sampai ke telinga Jasman. Gusar hati lelaki itu mendengar suara tangisan pilu Sheila. Bergegas dia naik ke tingkat atas tanpa segan silu. Dia menerobos masuk melalui pintu bilik yang sememangnya terbuka luas.
Terkejut Azizah melihat kehadiran Jasman. Liar matanya memandang Jasman yang sudah pun menghampiri Sheila yang sedang memekup mukanya dengan kedua-dua tapak tangan.
“Sheila! Are you ok, Sheila?”
Tangan Sheila yang menggigil dipegangnya lembut. Dia tahu bagaimana mahu menangani seorang perempuan! Dia mengutip kata-kata Nepoleon Bonaparte; Rugilah seorang lelaki yang hanya merasai kelembutan kulit seorang perempuan tetapi tidak dapat merasai hatinya yang lebih halus, yang amat mudah tersentuh.
Perlahan-lahan tangan itu ditariknya agar muka Sheila yang basah terpamer. Mata Sheila merah serta bengkak.
“Sheila…” Serunya lembut.
“Bersabar, adalah perkara terakhir yang akan I pinta dari you. Sekarang I mahu you kenang satu hakikat. Hidup you masih panjang dan berliku-liku. Kehilangan Farhan adalah salah satu liku-liku yang terpaksa you tempuh untuk tiba di destinasi impian you, Sheila. I mahu bangkit daripada mimpi. Ini bukan masanya untuk you terus menyalahkan diri sendiri ataupun takdir. Mari kita sama-sama mencari jalan keluar daripada kemelut ini, bukannya terus terperangkap di dalamnya.”
Sheila terus menangis. Dia tidak berdaya. Dia sedar, jika dia terus membiarkan dirinya tenggelam dalam lubuk kesedihan ini, dia akan menjadi semakin lemah dan akhirnya dia akan menolak satu kehidupan. Peluang masih ada… hatinya berbisik. Jasman menarik wanita itu ke dalam pelukannya. Kepala Sheila diletakkan di dadanya. Sheila memejamkan matanya, membayangkan kehadiran Andy Farhan. Airmatanya membasahi baju kemeja Jasman. Lelaki itu membiarkan sahaja. Degup jantung lelaki itu terdengar bergema kuat di telinga di telinga Sheila. Matanya memejam dan airmata terus menghujani pipi.
“Abang… Saya terlalu rindukan abang…” Seru Sheila dalam sendu. Tangannya dilengkarkan di belakang lelaki itu, membalas pelukannya. Dia terasa bagaikan berada di dalam pelukan tunangannya itu. Lembut, hangat dan syahdu.
Jasman mengeratkan pelukan. Mereka sama-sama terduduk di atas lantai, saling berpelukan.
“Menangislah puas-puas Sheila, sebab hari ini adalah hari terakhir you menangisi kehilangan Farhan. Percayalah. Selepas ini hari-hari baru yang menanti penuh dengan janji-janji tentang bahagia. Tiada lagi duka.” Bisik Jasman sambil mengucup ubun-ubunnya.
Sheila seperti tersedar dari mimpi. Dia bukannya di dalam dakapan kekasih hati. Jasman…. Seorang lelaki asing, yang dia tidak kenal hati budi. Dia menolak Jasman perlahan-lahan. Matanya memanah tajam ke muka Jasman, walaupun masih ditabiri airmata. Mereka saling berpandangan. Sheila cepat-cepat menundukkan mukanya. Syaitan telah berjaya menggodanya dan dia hampir-hampir terjebak. Tiada kata-kata yang terbit dari bibir Sheila ataupun Jasman. Hati Sheila menyatakan tindakan Jasman sebentar tadi keterlaluan. Mengapa lelaki itu harus mendakapnya bagaikan dia adalah Andy Farhan? Kucupan itu masih terasa hangat, memberangsangkan dan menghilangkan sedikit kedukaan yang berladung di dalam dadanya.
“I’m sorry. I hanya nak buat you rasa tenang…”
Sheila mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Dia memandang ke arah katil. Azizah sudah tiada di tempatnya lagi. Entah bila gadis itu pergi meninggalkan mereka berdua di kamar itu. Sheila segera bergerak ke pintu dan turun ke tingkat bawah. Dia masih terasa bahawa tindakan Jasman tadi benar-benar tidak kena pada tempatnya. Seluruh badannya terasa seram sejuk. Mengapa? Bisik hatinya. Mengapa ini yang harus terjadi kepadanya? Dia rasa malu kerana telah meluahkan perasaannya di dada Jasman.
Jasman mengekori jejak Sheila hingga ke ruang dapur. Sheila pura-pura membuka peti sejuk dan mengambil sebotol air mineral. Dia meletakkannya di atas meja bulat yang terdapat di dapur. Meja itu dikelilingi hanya empat buah kerusi dan salah satu daripada kerusi itu diduduki oleh Jasman tanpa disuruh. Sheila letak air mineral di hadapan lelaki itu. Kemudian diambilnya sebotol lagi air mineral di dalam peti sejuk, buat dirinya sendiri.
Mereka sama-sama minum tanpa suara. Akhirnya Jasman memecahkan kebisuan itu dengan berkata; “I baru balik dari balai. Jumpa ibubapa Farhan di sana.”
Sheila memandang lelaki itu, tetapi tidak mengajukan sebarang pertanyaan. Jasman melanjutkan; “Sudah tiga hari berlalu tetapi tiada panggilan daripada pihak penculik. Polis tidak boleh mengatakan bahawa ini adalah kes penculikan. Ianya adalah satu kes misteri yang tidak terungkai.”
“Jadi, apa sebenarnya? Dia hilang begitu saja… Macam ditelan bumi?”
Jasman mengeluh berat. “Kita akan cuba cari petunjuk yang lain, Sheila. Memang ini satu kes misteri. Tiada sesiapa pun dapat meneka apa yang berlaku.”
Sheila membisu.
“You harus yakin Sheila. Suatu hari nanti pasti you akan bertemu dengan Farhan. You tak boleh hilang keyakinan dan kekuatan untuk mencari dan menemuinya. Percayalah. I akan bersama you untuk mencari kebenaran itu. Apabila kebenaran itu sudah dapat disingkap, I sendiri yang akan menghantar you ke rumah Andy Farhan. Percayalah. Saat itu akan tiba…” Jasman menghulur tangannya ke arah Sheila. Sheila memerhati tangan Jasman yang berada di atas tangannya. Tangan itu terasa hangat sekali tika bersentuhan dengan kulitnya. Kali ini dia tidak membantah. Dia bagaikan mendapat satu kekuatan.
Bibir Sheila terukir sekuntum senyum. Senyuman yang begitu sukar untuk menguntum akhirnya terukir jua. Senyuman itu dibalas oleh Jasman dengan setulusnya.
Dari kejauhan Azizah memerhati. Entah mengapa dia tidak langsung tidak menyukai perkembangan terbaru itu.

Bab 7
SALIM menyusuri jalan perlahan-lahan. Gerisik angin pagi yang mengusik dedaunan dari pepohon rimbun di sepanjang jalan sesekali singgah di telinganya. Jalan itu panjang, lurus serta lengang. Sepuluh minit sudah dia berjalan tetapi belum pun bertemu dengan sesiapa. Rumah-rumah orang juga tidak kelihatan, hanya pepohon sahaja yang merimbun di sana sini. Sebatang pokok bunga yang agak besar tertegak di tepi jalan yang baru dilaluinya. Dia berhenti sejenak di bawah pokok bungar yang teduh itu, mendongak dan terlihat bunganya yang berwarna merah paru serta ungu pucat keluar berjambak-jambak di hujung dahan. Matahari semakin terik membakar kulit dan dia berdiri beberapa minit lagi mengumpul kekuatan untuk bergerak semula.
Matanya menangkap sebuah motorsikal yang bergerak perlahan dan derunya terdengar jelas dari arah belakangnya. Motorsikal itu baru sahaja keluar dari satu simpang yang dikepung semak. Amat diyakininya di situ wujud rumah orang ataupun kebun. Sungguhpun dia kerap datang ke Kampung Rumpun Makmur ini, tetapi kekerapan itu langsung tidak menjalin apa-apa erti kepada penduduk di situ. Ini kerana kehadirannya tidak pernah diketahui orang. Dia selalu mengunjungi Azizul tika alam sudahpun menjadi gelap pekat dan dia tidak pernah singgah di mana-mana. Pun dia tahu di mana letak satu-satunya kedai runcit di kampung itu. Kedai yang menjadi arah tujunya sekarang.
Motorsikal itu semakin mendekat. Salim pura-pura tidak melihatnya, dia membetulkan topinya dan terus melangkah. Pemuda yang menunggang motorsikal itu juga langsung tidak menghiraukannya, seolah-olah dia tidak wujud di situ. Celaka! Sumpah Salim sendiri dengan rasa marah kerana dia harus menyedut asap motorsikal yang baru ditinggalkan. Asap yang boleh mendatangkan bahaya itu memang mahu dielakkannya. Dia benci pada keadaan yang boleh mencemarkan udara bersih. Fikirnya udara di kota sahaja yang selalu tercemar tetapi di desa terpencil ini tentu keadaannya samasekali berlainan. Dia tahu, zarah asap yang disedut ke dalam paru-paru boleh merosakkan tisu yang lembut. Asap boleh menyebabkan penyakit bronkitis dan amat berbahaya kepada pengidap asma. Kebanyakan pesakit asma boleh mati dalam kedaan yang mengejut! Dan dia belum mahu menghadapi kematian sedemikian. Selagi niat dan hajatnya tidak tercapai dia tidak mahu mati! Bisik hatinya lagi penuh keazaman.
Ingatannya terus diburu oleh seraut wajah. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Wajah itu pernah menghadiahkan sekuntum senyuman paling manis, kini yang tertinggal hanya kerlingan yang penuh kebencian.
Janganlah aku dibenci! Rayu hatinya pilu. Kebencianmu boleh membunuh hatiku berkali-kali. Hingga aku tidak dapat bangun lagi untuk menghirup dan bernafas. Aku perlukan cintamu sebagai perlunya manusia kepada udara. Biar aku hidup dengan menghirup nikmat cinta dan bukannya benci.
Dia tidak sedar sudah jauh dia melangkah meninggalkan pohon bungor tempat dia berhenti tadi. Kini kakinya sudah pun tiba di hadapan sebuah kedai runcit yang kelihatan usang sekali. Atap zinknya sudah berkarat dan berlubang-lubang, cahaya matahari tembus ke lantai kedai yang simennya sudah hitam serta kotor. Seorang lelaki tua yang berkupiah kumal kelihatan amat selesa duduk di sebuah kerusi plastik menghadapi meja kecil sambil mengira kepingan wang kertas bernilai seringgit dengan penuh asyik. Salim berdehem-dehem kuat, menyatakan kehadirannya. Apabila terlihat sahaja Salim yang berdiri di hadapan kedai, dia cepat-cepat memasukkan duitnya ke dalam laci. Matanya memandang tajam penuh pengawasan. Denyut nadi dan jantung agak kuat. Siapa lelaki ni? Orang gila? Fikirnya lagi sambil memandang penuh pengamatan. Bukankah sejak akhir-akhir ini banyak perkara yang aneh-aneh berlaku? Kampung itu sudah semakin kurang penghuninya. Yang tua kembali mengadap tuhan, sementara yang muda belia semuanya meninggalkan kampung halaman untuk mencari kehidupan di bandar besar. Inilah nasib tinggal di kampung yang jauh di pedalaman. Barang-barang jajaan tidak laku, tinggal berhabuk menunggu pelanggan yang amat susah untuk ditemui.
“Assalamualaikum.” Sapa Salim sambil mengangkat tangannya. Begitulah kelazimannya jika di kampung. Salam yang diucapkan akan segera membuat orang memberi reaksi yang menakjubkan! Lelaki berkupiah kumal menghadiahkan senyumannya dan dengan nada lega dia menjawab salam itu.
“Waalaikumsalam warahmatullah… Masuklah.” Dia bangun lantas berdiri.
“Nak beli apa nak?” Tegurnya mesra.
Salim tidak segera menjawab. Mata Salim memerhati ke dalam kedai. Tidak banyak barang-barang di dalam kedai itu. Hanya terdapat makanan keperluan asas seperti gula, tepung dan mee segera. Salim meminta sekampit gula dan tepung, serta sebotol kecil minyak masak. Dia juga mengambil beberapa bungkus mee segera dan keropok. Ketika itu dia terpandang bungkusan kacang. Segera ingatannya kembali pada masa lampau. Tidak jadi tangannya hendak menggagau bungkusan kacang itu itu. Tidak sanggup dia hendak mengulangi kenangan. Memamah kekacang itu tanpa teman-teman! Mereka sudah hilang… Mawarni sudah tiada lagi di dunia ini, sementara Azizul yang disangkanya sudah tiada rupa-rupanya sedang menanti hukuman pula.
Salim termenung jauh. Ada kenangan yang mahu dilupakan tetapi entah mengapa ingatan itu terus memburunya. Dia tidak punya tempat untuk melarikan diri daripada diburu ingatan dan kenangan itu. Dia terpaksa menempuhinya jua…
“Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut.” Kata Mawarni sambil memerhati kereta Wolkwagen kuning Azizul yang menjunam ke dalam gaung. “Biar dia mati bersama dengan rancangan yang menemui kegagalan. Sekarang hanya tinggal kita berdua…” Wanita cantik itu menoleh memandangnya. “Kita berjaya melakukannya!”
Salim tidak bersuara. Dia terus melangkah ke arah kereta, meninggalkan tempat itu dengan secepatnya. Dia tidak ingin kejadian itu dilihat oleh sesiapa pun jua. Sudah cukup dia bermain dengan permainan maut itu. Mawarni menjejakinya dengan pantas, lantas masuk ke kereta dan duduk di sebelahnya. Salim memandu pergi.
“Sekarang kau harus hilangkan diri…” Kata Salim. “Kehadiran kau di sini terlalu merbahaya.”
Mawarni akur. “Baik.” Mawarni menganggukkan kepalanya. “Aku akan balik ke Kuala Lumpur, untuk bertemu dengan mamaku. Tetapi aku tidak tahu sampai bila. Mungkin aku akan kembali ke sini semula, menuntut hakku!”
“Hak apa lagi?” Tanya Salim tanpa menoleh ke muka Mawarni lagi.
“Takkan kau tak faham. Hak untuk menikmati kebahagiaan dan cinta. Abang Farhan akan jadi milikku dan kau akan memiliki Sheila.”
“Sheila.” Suara hati Salim tercetus perlahan melalui bibirnya.
Lelaki berkupiah kumal merenung mukanya dan bertanya; “Apadia nak?” Soalnya agak kuat. Memang dia kurang jelas pada kata-kata yang baru terucap.
“Err… Tak … Tak ada apa-apa. Kiralah pakcik berapa harganya.”
Lelaki itu mengiranya dengan teragak-agak. Akhirnya dia mencatat satu harga lantas menunjukkannya kepada Salim.
“Dah murahlah gelarnya tu!” Katanya mengharap persetujuan Salim. Salim tidak banyak soal. Biarpun sebenarnya dia tidak punya wang yang banyak di dalam tangan. Wang di dalam akaunnya masih dibekukan. Dia tidak tahu apakah dia akan dapat mengeluarkan wangnya itu. Mungkin ianya akan mengambil masa, tetapi dia yakin pada haknya yang masih ada.
Salim mengorek poket seluarnya dan mengeluarkan segumpal duit yang tidak tersusun dengan baik. Sehelai note berwarna merah bertukar tangan. Dengan barang yang tidak seberat mana, Salim melangkah pergi meninggalkan kedai runcit sambil diperhati oleh tuan punya kedai dengan hati penuh tanda tanya.
Namun tiba-tiba Salim berpaling ke belakang dan bertanya dengan nada agak tinggi; “Pakcik! Di sini ada jual suratkhabar?”
Lelaki itu menggeleng. “Surat khabar tak ada. Kalau mahu juga terpaksa ke Jengka.” Katanya sambil berjalan mendekati Salim. “Simpang ke Jengka tak jauh dari sini. Jalan di sana tu, boleh tembus ke Jengka 22. Haa… Di sana ada kedai jual suratkhabar.” Dia menjelaskan dengan panjang lebar. “Kalau nak pergi ke sana, seelok-eloknya ada motorsikal atau kereta. Kalau berjalan kaki… letihlah, jauh. Anak ni tinggal di mana?”
Salim merenung muka lelaki berkupiah itu dengan rasa tidak senang. Lama dia tidak menjawab soalan itu.
“Maaflah pakcik bertanya. Pakcik yakin anak ni bukan orang sini…”
“Benar, pakcik.” Jawab Salim perlahan.
“Yalah. Kalau anak nak beli suratkhabar boleh kirim dengan anak pakcik. Dia nak keluar sekejap lagi tu. Tapi tak tahulah surat khabar masih ada ataupun tidak sebab dah dekat pukul sebelas pagi ni.” Katanya sambil memandang ke langit yang memancarkan cahaya mentari yang semakin terik.
“Deris! Ooo Deris!” Dia meneriak dengan agak kuat.
Tidak lama kemudian keluar seorang anak muda dari dalam bahagian kedai. Salim memerhati sahaja pemuda kurus tinggi yang berkulit sawo matang itu dengan mata tidak berkelip. Mereka saling bertatapan seketika. Salim sedar pemuda itulah tadi yang melintasi bersama motorsikalnya yang mengeluarkan asap yang pekat dan tebal.
“Ada apa ayah?”
“Kau nak ke Jengka? Abang ni nak kirim beli suratkhabar. Boleh?” Dia bertanya lembut sambil memandang Salim dan anaknya Deris silih berganti. Deris mengangguk.
“Karang bolehlah Deris hantarkan ke rumah anak. Tinggal di mana?” Tanya lelaki tua itu lagi. Soalan itu amat tidak menyenangkan hati Salim. Tetapi dia terpaksa juga menjelaskan pada kedua-dua beranak itu di mana dia tinggal. Dia sedar di kampung terpencil yang tidak mempunyai ramai penduduk itu amat penting sekali untuk mereka saling mengenali dan tidak mengamalkan sikap sombong tidak menentu.
“Saya… saya tinggal di hujung kampung ni… Di tanah dan rumah milik Doktor Azizul. Agaknya pakcik kenal kawan saya itu?”
Muka lelaki serta anaknya itu kelihatan pucat. Mereka saling berpandangan kemudian bersuara lambat; “Rumah tu?” Katanya separuh berbisik. “Bukankah dia dah mati… Kemalangan ngeri tahun lepas?”
“Itulah yang dilaporkan dalam suratkhabar.” Kata Salim dengan suara yang jelas. “Tetapi sebenarnya bukan itu yang terjadi. Ada cerita di sebalik kejadian itu. Dia belum mati. Jangan percaya semuanya… Seperti kata kebanyakan orang, percaya apabila semuanya sudah terbukti dan dilihat dengan mata kepala sendiri.”
Lelaki itu mengerutkan keningnya dan dahinya.
“Saya telah membeli rumah serta tanah itu daripada doktor Azizul. Sekarang saya adalah pemiliknya yang mutlak. Saya akan usahakan tanah dan kebun getah itu, kerana hanya itu sahaja yang saya miliki… satu-satunya usaha yang boleh saya lakukan untuk menyambung hidup.” Lancar Salim membohongi kedua-dua beranak itu. Biarpun tanah dan rumah belum lagi menjadi haknya, tetapi Azizul sudah memberikan keizinan.
“Ya… Ya…” Lelaki itu mengangguk sambil mengurut dagunya. “Jika dia belum mati, di mana dia sekarang?”
Salim tidak menjawab. Terlanjur dia bercakap tanpa berfikir sebentar tadi, kini dia pula terjerat dengan persoalan. Perlukah dia menjelaskan segala yang tidak diketahui orang. Perlukah dia memberitahu semua orang bahawa dia orang yang baik lagi jujur, sehingga Azizul sanggup memberikan sepina membebaskan dia daripada tali maut. Sebaliknya Azizul pula yang sedang menunggu hukumannya?
Salim tidak ingin memberikan jawapan, sebaliknya memulangkan pertanyaan; “Tidak penting dia di mana pakcik, lebih-lebih apabila kita tidak punya sebarang urusan lagi dengannya. Atau pakcik punya apa-apa pertalian dengan kawan saya tu?”
Biarpun kata-kata Salim itu pahit didengari telinga, lelaki itu terpaksa mengakuinya, dia menggeleng. “Tidak.” Jawabnya lemah. “Dia juga orang luar. Dia beli tanah tu daripada orang kampung ni. Tak tahu kenapa dia suka tinggal di situ di hujung minggu. Tetapi sekarang rumah itu sudah ditinggalkan. Tapi baguslah sekiranya anak pula yang tinggal di situ. Sekurang-kurangnya penghuni kampung ni bertambah…” Lanjutnya kemudian, tanpa mahu mengulas apa-apa lagi. “Karang, Deris akan hantarkan suratkhabar, itupun kalau ianya belum habis lagi. Kalau tidak mungkin pagi esok saja?” Katanya meminta persetujuan. Salim mengangguk. Biarpun dia kini hidup terpencil tetapi dia tetap mahu mengetahui perkembangan dunia luar. Dia tidak ingin keluar menonjolkan dirinya selagi dia belum mendapat satu kekuatan.
DERIS tidak datang membawakan dia suratkhabar, hinggalah tiga hari kemudian. Salim sedang membersihkan halaman. Lalang yang tinggi menutup halaman sudah ditebas. Peluh meleleh laju di dahi dan bahagian belakang badannya. Salim bersandar ke tangga batu berwarna merah mata sambil mendongak ke langit yang terang. Mentari garing membakar bumi. Tekaknya benar-benar terasa haus, tetapi tenaganya hilang untuk bangun meskipun sekadar mengambil air kosong di dapur.
“Sayang… bawakan abang air!” Serunya perlahan, dengan mata terpejam. Dia meneruskan angan-angannya. Rumah ini semakin kemas dan bersih, bisik hatinya. Akan didirikan semula segala impiannya yang telah ranap. Di sudut halaman itu akan dibina rumah hijau… Bisik hati Salim sambil memandang jauh. Sheila sukakan bunga tasbih. Di sana kita tanam bunga tasbih pelbagai warna. Kuning, merah serta ungu. Kita juga tanam bunga alamanda, bunga kertas dan mawar.
Pasti cantik Sheila… Aku akan carikan orkid. Orkid hutan… Waduh! Kau gantungkannya di mana-mana, sesuka hatimu. Biarpun rumah ini bukanlah mahligai tetapi ianya akan cukup membahagiakan kita! Percayalah. Rasa cintaku padamu sudah lebih daripada mencukupi untuk membuat kau bahagia. Kau pasti akan lebih bahagia di sampingku jika dibandingkan berada di sisi Andy Farhan. Aku tahu dia boleh membelikan kau apa sahaja, tetapi tidak akan dapat menandingi rasa cinta, rindu dan asmaraku yang panas meledak bagaikan api…
Deruan motorsikal membingitkan telinga Salim, sekaligus mematikan khayalannya. Dilihatnya Deris bersama motorsikal hondanya semakin mendekat lantas berbenti beberapa meter di hadapan tangga. Salim bangun sambil menanggal topinya. Dia cuba memberikan senyuman biarpun jauh daripada keikhlasan. Dia tidak gemarkan kunjungan itu, lebih-lebih lagi apabila janji yang pernah diberikan tidak tertunai.
“Maaf bang…” Pinta Deris sambil mengangkat tangan. “Hari ni baru dapat hantarkan suratkhabar.” Katanya sambil mengambil senaskhah suratkhabar dari dalam raga motorsikalnya.
“Dua hari suratkhabar habis sebab saya datang lewat. Pagi tadi saya keluar pukul tujuh pagi, barulah dapat senaskhah.”
“Tak apa. Terima kasih banyak.” Salim menyambut suratkhabar yang terhulur. Hatinya berharap Deris akan segera beredar. Dia lebih senang sendirian. Harapannya tidak terpenuh. Deris mengambil tempat duduk tidak jauh dari tangga. Kebetulan terdapat tunggul kayu, di situlah dia bertenggek. Salim tidak menghiraukannya, dia membelek-belek akhbar mencari ruang yang menambat minat.
“Hanya berita politik…” Bisiknya pada diri sendiri.
Deris bersiul sambil matanya merayap ke sekeliling. Suasana sekitar tempat itu amat memberangsangkan. Sebatang pokok putat yang tinggi lebih kurang 7 meter terletak tidak jauh dari rumah itu. Dahan dan daunnya rimbun mampu meneduhkan. Salim memang tidak berhasrat hendak menebangnya. Pokok itu akan dibiarkan merimbun kerana bunga dan buahnya sungguh pun tidak memberikan apa-apa faedah tetapi ianya akan tetap mendamaikan perasaannya.
“Dah bersih dan terang kawasan rumah ni. Taklah menakutkan lagi, terutama sekali waktu malam…” Kata Deris dengan agak kuat untuk menarik perhatian Salim. “Dulu, orang kata rumah ni berhantu. Semua orang takut lalu jalan ni. Tapi apalah pilihan yang ada. Jalan ni satu-satunya jalan kampung yang ada. Kalau terpaksa lalu waktu malam, memang alamatnya tak berani langsung pandang ke rumah ni…” Cerita Deris tanpa dipinta. “Kalau hari siang tu… lainlah. Agak ramai juga orang lalu di sini. Ikut musim. Kalau musim cuti sekolah ramai juga orang datang ke Gunung Senyum ataupun pergi ke Taman Negara melalui jalan ni. Saya pun fikir dua tiga kali nak datang tadi… Tetapi abang nampak senang dan selesa tinggal di sini seorang diri.” Dia memerhati lagi ke sekeliling. Tiada apa-apa rasa yang menggentarkan jiwanya lagi seperti dulu apabila melalui jalan di hadapan rumah itu. Hanya rasa nyaman dan tenteram. Angin yang mengitari kawasan itu lembut dan mendamaikan. Pepohon getah di belakang rumah juga nampak terang, dengan dahannya yang kelihatan togel dan daunnya yang telah gugur ke tanah. Pokok getah itu sudah terlalu tua untuk ditoreh. Dia percaya, pokok getah itu tidak akan mendatangkan hasil yang baik.
Salim mengangkat muka daripada akhbar yang sedang ditatapnya. Dia tertawa pendek. “Ketakutan itu sebenarnya hanya mainan perasaan yang wujud dalam diri kita, dalam fikiran kita. Kalau kita berjaya melawan ketakutan itu, sebenarnya tiada apa-apa yang perlu kita gentarkan.”
Deris mengangguk.
“Pokok getah tu ada orang menoreh?” Tanya Deris dengan berhati-hati.
“Aku yang akan menorehnya kelak.” Kata Salim.
“Pokok itu sudah terlalu tua.”
“Aku tahu.” Balas Salim sambil memerhati ke arah pokok-pokok getah itu. Dalam kepalanya sudah mememikirkan pelbagai rancangan. Pokok-pokok getah tua itu akan ditoreh esok. Dia sudah mengasah pisau getah itu beberapa kali. Pisau itu kemudian akan dibenamkan ke dalam buah nenas yang sedang masak ranum sepanjang malam, dengan tujuan untuk lebih menajamkan matanya. Kemudian dia akan menorehnya pada pohon-pohon getah tua itu. Susunya akan mengalir dengan banyak, kemudian akan meluruhkan daun yang lebih rancak hingga akhirnya ia benar-benar togel lalu mati. Lantas pokok-pokok itu akan ditebang. Hasil batang kayu getah itu akan dijual kepada orang-orang yang boleh dipercayai. Hasil dari jualan kayu getah itu akan membolehkan dia memperolehi wang. Kebun getah itu luasnya lebih kurang sepuluh ekar bermakna jika hasil kayu getahnya dikumpulkan pulangannya yang akan didapatinya tidak kurang daripada RM20 ribu.
Apabila dia telah berjaya memiliki wang itu, dia akan memulakan misi seterusnya!
“Pokok-pokok itu boleh ditebang dan kayunya boleh dijual.” Kata Deris lagi.
Salim menentang mata Deris, langsung tidak menyukai kata-kata pemuda itu. Pemuda yang disangkanya pemuda kampung yang dungu dan tidak berpelajaran, tetapi rupa-rupanya punya akal. Dia tidak menyukai cara Deris bercakap, bagaikan mahu menyibuk sahaja, gerutu hatinya marah.
“Saya boleh tolong abang…”
Dia ingin memekik dan menjerit di hadapan muka Deris, menyatakan bahawa dia tidak perlukan pertolongan. Dia boleh melakukannya sendiri tanpa pertolongan sesiapa. Dia masih mampu dan berupaya melakukan semuanya bersendirian, tetapi sebaliknya dia tersenyum mesra lantas bertanya lembut; “Pertolongan apa yang kau maksudkan?”
“Saya boleh carikan tauke Cina yang sanggup membeli kayu-kayu getah tu… Tak perlu abang bersusah payah. Tauke tu mempunyai peralatan jentolak dan sebagainya untuk membersihkan semuanya. Abang hanya tahu mendapat duit… Tetapi…”
“Apa?” Sambut Salim pantas.
“Harus ada komisen untuk saya… Macamana, abang setuju?”
Salim sudah meneka akan niat yang bermain dalam kepala Deris. Dia diam sejenak kemudian mengangguk lambat-lambat. Itulah satu-satunya jalan termudah baginya untuk memperolehi wang dengan cepat. Sedikit komisen pasti tidak akan menjejaskan apa-apa!
“Baik, kau uruskanlah.”

Bab 8

Bab 9
AKHIRNYA setelah sekian banyak doa yang dihimpunkannya, dia dapat merasakan wujudnya seberkas cahaya. Kelopak matanya diangkat perlahan-lahan dan fikirannya mulai dapat membaca dengan jelas situasi yang dihadapinya. Dia terbaring di atas simen yang dingin dan keras. Tubuhnya yang layu tidak bermaya, membuat dia tidak pantas untuk bergerak, hanya hujung jarinya sahaja yang mampu berkuit walaupun dengan amat lemah.
Dia mendongak memandang sekelumit cahaya itu dan terpandang sebuah mentol lampu berkabut 40watt yang begitu malap sedang menebarkan cahayanya. Dan beberapa ketika kemudian dia mendengar daun pintu ditolak kuat dan bunyi tapak kaki seseorang menjenguk masuk ke ruang bilik kurungan kecil sebesar petak gelanggang badminton itu. Dia mengangkat mukanya mencari wajah orang yang baru masuk. Dan yang dapat dilihat hanya sesusuk tubuh dengan wajah memakai topeng.
“Makan!” Seru suatu suara yang garau dan keras sambil meletakkan sepinggan nasi bercampur seekor ikan goreng yang telah dingin. Dia juga meletakkan air kopi pekat yang diisi di dalam gelas plastik yang diragui kebersihannya. Beberapa saat kemudian lelaki itu kembali ke pintu lantas menutupnya semula dengan kasar.
Digagahi tubuhnya agar bangun untuk menjamah nasi yang diberikan. Walaupun tiada seleranya saat itu tetapi dia harus jua untuk makan supaya tubuhnya yang lemah akan kembali bertenaga.
Setelah perutnya sedikit kenyang, dia sudah mampu bersandar di dinding keras lagi sejuk itu. Ingatannya cuba dikerah agar kembali bekerja, kembali mengingat apa yang sebenarnya berlaku hingga akhirnya terlantar dan terkurung di tempat itu. Dia tidak tahu mengapa dia harus terkurung di situ. Segalanya membuat dia kembali teringat pada saat dia di penjara dahulu, tetapi kali ini pengalamannya jauh lebih menyakitkan dan membuat fikirannya yang dahulu tajam kini menjadi tumpul serta lemah. Dia tidak berdaya untuk mengingati apa-apa lagi. Dia menghantuk-hantukkan kepalanya ke dinding yang keras itu. Dia hilang tumpuan dan keupayaan untuk mengingati dan dirinya kembali tenggelam dalam lubuk yang gelap dan hitam, tidak bertepi.
BAHTIAR mengerut kening menyambut kedatangan tetamu yang tidak pernah diundang. Namun dia tetap melebarkan bukaan daun pintu rumahnya. Walaupun begitu, senyumannya tidak langsung terkembang melihat seraut wajah yang dirasakannya semakin cantik dan bergaya itu. Dia tertanya-tanya apakah tujuan wanita itu hadir ke situ hari itu.
“Rosnah!”
“Apa khabar Bahtiar?” Sapa Rosnah sambil terus tersenyum.
Bahtiar malas hendak membalas pertanyaan itu kerana tahu bahawa pertanyaan itu bukanlah benar-benar ikhlas. Bukan sehari dua dia kenal wanita yang pernah menjadi isterinya itu. Tiada sebab lain yang membawa kaki wanita itu hadir ke rumah gedungnya, selain daripada dengan tujuan yang buruk dan menyakitkan.
Tanpa dipelawa Rosnah masuk dan melabuhkan punggung di sofa empuk itu, sambil matanya liar memerhati sekeliling. Hiasan dalaman yang dilihatnya tidak kalah dengan hiasan di dalam rumahnya sendiri, fikir Rosnah dengan bibir tercebik. Bahtiar dan Zaiton masih kekal hidup dalam kekayaan… bisik hatinya. Tetapi pasangan itu kini kehilangan anak, rumah itu sunyi seperti sebuah gua yang kosong melompong. Tiada hilai tawa menantu yang cantik manis dan bakal tiada juga zuriat menyambung warisan. Pasangan itu akan menjadi tua dan akhirnya mati beragan. Bibirnya terus tersungging senyum. Satu kepuasan bertamu di hatinya.
Zaiton datang dari dalam, ingin mengetahui siapakah tetamunya di hari minggu yang sepi itu. Dia terkejut melihat wanita yang pernah menjadi saingannya dalam merebut cinta seorang lelaki hadir di ruang tamu rumah, duduk gagah sambil menyilang kaki.
“Rosnah! Berani kau datang ke mari… Berani kau jejak kaki di rumah aku ni!”
Rosnah hanya tersenyum sinis. “Aku datang dengan tujuan yang baik Zaiton…” Katanya dengan nada lembut. “Bukannya aku datang nak bermusuh dan bergaduh dengan kau. Hanya hendak bertanya khabar berita tentang kehilangan Andy Farhan, macam yang aku baca di akhbar. Apakah dia sudah ditemui?”
Zaiton merengus kasar. “Aku tak senang nak menjawab pertanyaan kau tu. Aku rasa kau pasti senang hati kerana aku kehilangan anak. Hati kau puas bukan?”
“Jangan kau lupa di saat-saat aku kehilangan anakku juga. Anak kau yang membunuhnya! Sayangnya orang lain yang tertuduh. Tapi dia sudah terlepas… Itulah hukum alam. Andy Farhan telah menghancurkan hidup Mawarni…!” Kata Rosnah dengan suara yang garang dan keras. Dia bangun, berdiri tegak dengan muka bengis.
“Kalau tak kerana Andy Farhan, anak aku masih lagi hidup. Sekarang ni adalah saat-saat kau menghadapi kematian anak kau pula!”
“Farhan belum mati. Aku tahu dia masih hidup! Hanya Tuhan yang tahu di mana dia berada. Berambus keluar dari rumah aku ini! Keluar!!!” Seru Zaiton dengan suara marah yang tidak terbendung. Bahtiar yang tadi hanya diam, turut meminta Rosnah beredar supaya pergaduhan tidak meletus antara mereka berdua.
“Kematian anak kau akan tiba…” Seru Rosnah kuat biarpun dia sudah berada di luar. Namun jeritannya terus jua memecah. “Kau akan turut merasai bagaimana pedih, pilu dan sedihnya aku ketika menerima berita kematian anakku. Kau akan melaluinya juga Zaiton! Kau akan melaluinya nanti!” Rosnah tidak dapat bersuara lebih jauh lagi kerana dadanya mulai terasa sakit dan sebak. Airmatanya merembes keluar dan dia berlari-lari ke arah kereta yang menunggu di luar pagar. Rosnah menyapu airmatanya dengan tisu yang tergenggam di tangan lantas mengarahkan pemandunya beredar pergi dari situ.
Zaiton turut teresak-esak di dalam dakapan Bahtiar. Kata-kata Rosnah begitu menghiris kalbunya. Kehilangan Andy Farhan terus menjadi igauannya siang dan malam. Hingga kini polis gagal mencari dan menjejakinya. Dia benar-benar hilang begitu sahaja seolah-olah lelaki bernama Andy Farhan langsung tidak pernah wujud di dunia fana ini.
“KE MANA kita selepas ni, puan?” Tanya drebar kereta itu dengan berhati-hati. Dia menjeling melalui cermin dan mendapati tangisan Rosnah pun reda. Wanita itu termenung panjang, memerhati keluar tingkap kereta yang sedang bergerak laju.
“Balik sajalah Alwi…” Katanya perlahan dan hampir tidak terdengar. Alwi mengangguk.
Rosnah terus meluru masuk ke rumah banglo indah yang tersergam di atas bukit yang dikelilingi oleh ladang kelapa sawit. Rumpun-rumpun kelapa sawit yang menghijau berlatarkan langit yang membiru jernih, dapat menenangkan sedikit jiwanya yang bergelora, tika dia menebarkan pandangannya sejenak di tepi jendela kamar, melihat panoroma sekitaran. Jalan kecil di bawah bukit kelihatan kecil lagi berliku. Dia dapat melihat hanya sebuah dua kenderaan yang berada di jalanan, jaraknya pula jauh di antara satu sama lain. Kebanyakan kereta yang melalui jalan itu selalunya menuju ke Kuala Tahan. Di situ terdapatnya chalet tempat persinggahan pelancong yang ingin ke Taman Negara. Rosnah tidak pernah ke sana, walaupun jarak rumahnya dengan pangkalan jeti Kuala Tahan tidaklah begitu jauh, hanya setengah jam perjalanan.
Di suatu sudut halaman dia terlihat penjaga rumah banglo itu sedang mencantas pokok bunga kertas yang merimbun. Ranting-ranting yang tidak diperlukan dikumpul di suatu tempat untuk dibuang. Memang banyak terdapat pokok bunga yang mengelilingi rumah itu. Semuanya terjaga dengan baik. Penjaga rumah itu seorang yang amat rajin.
“Kudus!” Rosnah meneriak dari arah tingkap bilik tidurnya di tingkat atas. Lelaki yang dipanggilnya Kudus itu berhenti mencantas pokok, memandang ke arah majikannya.
“Ya puan!”
“Anjing-anjing tu sudah diberi makan?” Dia melaung kuat.
Kudus mengangguk. Memang tugas rutinnya memberi makan binatang peliharaan Rosnah. Anjing-anjing peliharaannya adalah dari jenis baka yang baik seperti Welsh Collie yang dibelinya terus dari Eropah. Anjing-anjing itu jinak serta bijak dan pandai mengawal dan menjaga rumah daripada ancaman luar. Seringkali kalau Rosnah kepingin melawat ladang, Kudus akan melepaskan anjing-anjing peliharaannya itu untuk mengiringi mereka berpergian. Anjing-anjing itu akan mengiringi tuannya dengan setia dan akan menyalak serta memberi amaran sekiranya hadirnya orang asing di kawasan itu. Tinggal di kawasan yang jauh daripada penempatan orang lain seperti kawasan rumah banglo itu, memang soal keselamatan menjadi keutamaan. Kudus amat takut sekiranya keselamatan penghuni rumah itu terancam dan dia akan dipersalahkan sekiranya terjadi sesuatu. Dia tidak pernah mengabaikan tugasnya sejak hari pertama bertugas di situ.
Rosnah tersenyum sendiri. Dia berhasrat hendak keluar melihat ladang, serta pergi ke kilang sawit yang terletak jauh di tengah-tengah ladang. Sudah agak lama juga dia tidak menjengah ke sana, dan menemui pengurus ladang sawit itu. Tetapi sebelum itu dia hendak membersihkan dirinya terlebih dahulu. Dia masuk ke dalam bath-tub yang sudah diisi air serta shower gel. Dia melabuhkan badannya yang di dalam bath-tub bersama rasa senang dan selesa. Kepalanya bersandar pada dinding bath-tub, sehelai tuala yang dilipat-lipat menjadi bantal. Dia memejamkan mata dan membayangkan sesuatu yang indah. Tetapi keindahan itu bagaikan tidak mahu wujud lagi. Dia terbayang-bayang seraut wajah pucat anaknya ketika dia membuka kain penutup mayat Mawarni yang terbujur kaku. Selama ini dia membuka dan menyaksikan mayat orang lain, kali ini dia harus menyaksikan wajah pucat anaknya sendiri. Satu-satunya darah dagingnya, yang lahir dari rahimnya.
Saat itu perasaannya tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Tiada kata-kata yang dapat meredakan rasa sedih pilunya. Dia tidak sanggup lagi untuk terus menatap wajah itu. Airmatanya tidak henti-henti mengalir. Saat itu tiada sesiapa pula yang ada di sisinya melainkan seorang anggota polis wanita. Dia tanpa sedar telah merebahkan kepalanya di bahu polis wanita itu bersama esak tangis panjang.
Rosnah menyeka airmatanya yang tiba-tiba mengalir lagi. Dia bingkas bangun. Tidak jadi dia hendak berendam lama-lama di dalam bath-tub. Dia harus berdandan secantik mungkin untuk menemui si pengurus ladang.
Rosnah langsung tidak merasa geli ataupun rimas melihat anjing-anjing itu berjalan mengelilinginya sambil menjelirkan lidah. Telinga anjing itu yang kelihatan panjang dan menggeleber, bergerak-gerak apabila kepalanya tergoyang-goyang. Anjing-anjing itu melompat-lompat girang sambil menggoyangkan ekor dengan rancak melihat kedatangan tuannya. Apalagi selepas itu mereka dilepaskan keluar dari kandang. Rosnah masuk ke dalam pajero, begitu juga dengan anjing-anjing itu. Semua duduk dengan tenang di kerusi belakang pajero dengan tingkapnya yang sengaja dibuka supaya anjing itu dapat menjulurkan kepalanya lantas membiarkan angin mencuri-curi masuk.
Rosnah mengarahkan Kudus supaya menghantarnya ke rumah pengurus. Dia tahu hari itu hari minggu, pengurus ladang tidak akan pergi ke pejabat. Pasti si pengurus muda itu sedang berehat sendirian di rumahnya. Tepat sangkaannya, pajero biru gelap milik si pengurus ada di hadapan rumah. Rosnah keluar dari pajero itu sambil diikuti oleh ‘para pengiring’nya.
“Stay!” Kata Rosnah mengarahkan anjing-anjingnya agar tidak mengikuti hingga ke tangga rumah pengurus muda yang tertutup rapat. Sejurus kemudian pintu hadapan terbuka dan pengurus muda menjenguk dengan tubuh yang tidak berbaju, hanya disaluti sehelai seluar bermuda berwarna coklat yang sudah pudar.
“Sorry, I tak tahu you nak datang. I tertidur…” Kata pengurus muda sambil menggosok-gosok matanya.
“I memang sengaja nak surprisekan you, Richard. Ada sesiapa di dalam?”
“Tak ada… I memang seorang.” Jawab Richard sambil tersenyum bererti.
Rosnah memberi isyarat dengan tangannya agar Kudus pulang terlebih dahulu. Anjing-anjing Rosnah menggoyang-goyangkan ekornya, menyatakan mereka lebih gembira untuk terus bersama tuannya, supaya dapat menjelajahi kawasan sekitar tempat itu. Rosnah mengangkat tangannya memberikan isyarat yang amat difahami oleh anjing-anjing bijak itu.
“OK. Boys… You can stay. Pergilah. Berjalan-jalan…” Katanya sambil menepuk-nepuk badan salah seekor anjing itu dengan mesra, bagaikan anjing-anjing itu adalah anak-anaknya.
Anjing-anjing itu menyalak-nyalak kemudian berlari-lari mengitari kawasan rumah pengurus muda. Ketiga-tiga ekor anjing itu sebaya dan warnanya bulu juga hampir-hampir sama. Rosnah senang melihat anjing-anjing itu berlarian bebas mengejar pajero Kudus yang sudah bergerak meninggalkan perkarangan rumah pengurus muda.
“Apalagi… Masuklah.” Pelawa Richard.
“Biarlah dulu. I nak duduk di luar ni sekejap. Tengoklah anjing-anjing tu dah berpatah balik ke sini semula. Hanya separuh jalan sahaja dia mengiringi pajero Kudus. Ia terlalu setia pada I, pula.”
“Anjing memang binatang peliharaan yang setia. Lebih setia daripada seorang anak kan? Suatu masa anak-anak akan tetap meninggalkan ibubapanya, tetapi anjing peliharaan akan terus bersama tuannya sehinggalah ia mati.” Balas Richard, turut lantas duduk di kerusi yang terdapat di ruang berenda rendah yang mempunyai dua anak mata tangga itu. Berenda itu bercat putih bersih, dihiasi dengan pasu-pasu gantung terdiri daripada pelbagai spesies bunga.
Kata-kata Richard kembali membuat hati Rosnah berdarah. Dia hanya punya seorang anak yang kini telah meninggalkannya buat selama-lamanya. Usianya yang sudah menjangkau empat puluhan tidak memungkinkan dia mengandung lagi. Wajah Rosnah bertukar mendung dan Richard dapat mengesan sesuatu; “Sorry… I terlupa!” Ucap lelaki itu dengan cepat, mengerti mengapa wajah Rosnah bertukar murung.
“Mudah bagi orang lain untuk melupakannya Richard, tapi bagi I selagi I masih hidup dan bernafas I tak pernah lupa bahawa I punya anak, satu-satunya yang tercantik…” Kata Rosnah dengan suara lirih. Lama dia termenung. Richard melepaskan keluhan kesal, mengapa dia harus bercakap tanpa berfikir. Beberapa ketika baru Rosnah mengerling anak muda di sebelahnya itu. Richard, anak kacukan Melayu dan Cina itu punya yang begitu kacak. Suatu masa dia pernah menginginkan anak muda itu sebagai menantu! Tetapi Mawarni telah menolak lelaki itu mentah-mentah, malah dia tergila-gilakan Andy Farhan. Itulah yang membuat hati Rosnah terbakar. Rasa bencinya terhadap Andy Farhan kian meluap-luap. Dia tahu Zaiton tidak akan menerima anaknya sebagai menantu. Malah sekiranya Andy Farhan dan Mawarni bercinta sekalipun, pastilah hubungan mereka tidak akan berjaya.
Malang juga yang menimpa… Andy Farhan tidak pernah menyintai Mawarni! Mawarni tahu sendiri hakikat itu. Tetapi entah mengapa anaknya itu tidak pernah kenal putus asa, sentiasa mahu mencuba malah sanggup melakukan apa saja.
“OK. I memang akuinya. Dia cantik, tetapi…” Suara Richard tergantung. Bukan dia tidak kenal Mawarni semasa hayatnya. Gadis itu terlalu bebas dan sikapnya sukar diramal. Selalunya segala tindakan mengikut moodnya dan bukannya fikiran yang rasional. Gadis seperti itu memang tidak sesuai dengannya. Malah dia lebih menyenangi ibunya, berbanding si anak gadis. Rosnah, walaupun bersikap tegas dan terkadang kelihatan garang, tetapi sebenarnya dia juga adalah seorang wanita yang perasa, sensitif, manja dan selalu gemar dipujuk. Dia ingin dirinya jadi tumpuan ramai dengan sentiasa bergaya dan berpenampilan menarik.
“I dah tak tahan menanggung beban ni. I mesti balas dendam.” Ucap Rosnah sambil menggigit bibirnya dengan kuat. “Kematian dibalas kematian.” Ucapan itu tidak mengejutkan Richard. Sudah acap kali dia mendengarkannya. Malah dia amat mengerti apa yang wanita itu alami.
“Tapi you pastikah Andy Farhan yang membunuhnya?”
“Siapa lagi? Dia sakit hati kerana Mawarni merampas syarikatnya. Mawar dah ceritakan segalanya.”
“Tapi akhirnya Mawar telah menyerahkan syarikat itu semula pada Andy Farhan. Dia cintakan lelaki tu!” Balas Richard. “Bagaimana dengan Salim? Salim telah dituduh dan ditangkap tetapi telah dibebaskan. Bermakna dia juga tidak bersalah. Andy Farhan telah ditahan dan dibebaskan lebih awal daripada itu.” Balas Richard.
“Habis, siapa yang melakukannya?” Rosnah memandang tepat ke muka Richard.
“Ada orang ketiga. Pasti ada orang lain!” Kata Richard dengan penuh keyakinan.
“Siapa lagi?” Soal Rosnah tidak percaya. “Siapa lagi kalau bukan si Farhan celaka itu. Dia bijak. Dia bijak menyembunyikan segala kejahatannya hingga langsung tidak terlihat oleh sesiapa pun. Semua orang percaya dia seorang lelaki yang baik dan budiman. Tetapi aku… aku tahu. Aku emak tiri dia. Aku turut melihat dia membesar di hadapan mataku sendiri.”
Rosnah bangkit lantas berjalan mundar-mandir di ruang berenda itu. Kemudian berhenti, memandang Richard yang tidak lepas-lepas menatap susuk tubuhnya berbalut blouse kuning polos dipadankan dengan seluar hitam yang sendat.
“Apa hal pula dengan Doktor Azizul? I ada dengar dia sebenarnya terselamat dalam kemalangan itu. Dia masih hidup, tetapi tak tahu di mana dia sekarang…” Tiba-tiba Richard teringat pada khabar angin yang didengarinya tidak lama dulu, tetapi perkara itu lenyap begitu sahaja.
“I hampir-hampir gila memikirkan bahawa I kehilangan anak… Dan Andy Farhan hidup bahagia di samping kekasihnya. Tapi sekurang-kurangnya sekarang ni jiwa I tenang sedikit apabila mengetahui yang Zaiton juga seperti I… menderita kerana Andy Farhan hilang. Hilang begitu sahaja bagaikan angin lalu. I puas! I rasa dia dah mati, mungkin dibunuh oleh musuh-musuhnya yang lain. Keluarga tu kan ramai musuh?” Tawa Rosnah meledak tiba-tiba. Richard ikut tersenyum.
“Kebarangkalian tu ada….” Akui Richard. “Selalunya orang yang berpengaruh dan kaya, mereka mempunyai kawan dan musuh hampir sama banyak!”
“Atau itu semua hanya satu helah sahaja. Entah-entah sekarang ni dia berada di luar negara. Cuba you fikir, Salim bebas dan Andy Farhan hilang. Apakah ini satu kebetulan atau rancangan yang sudah diatur?”
Richard mengerut kening, berfikir kemudian mengangguk. “Ya tak ya. Atau Salim ada kaitannya dengan kehilangan Farhan?”
Rosnah memandang Richard, kemudian berkata; “Apa kata, kita cari Salim?”
Richard senyum dan mengangguk beberapa kali, lantas ditariknya tangan Rosnah supaya duduk di sampingnya. “Ada baiknya bergabung dengan Salim untuk balas dendam? Mereka berdua tu bukan lagi sahabat, malah sudah menjadi musuh kerana berebutkan cinta seorang wanita!” Richard ketawa bagaikan mentertawakan kebodohan lelaki-lelaki itu berebutkan cinta. Dia sendiri tidak pernah benar-benar jatuh cinta. Dia tidak peduli sama sekali.
Rosnah mengangguk dan ketawa lagi. “I gembira dengar you dah boleh ketawa macam ni. So… Kita dah tahu apa nak buat sekarang? Hubby you di mana?”
“Masih di Switzerland.”
Kening Richard terangkat, bibirnya tersenyum dan matanya bersinar-sinar. Mereka menyambung tawa beberapa ketika dan kemudian Richard bersuara lembut, seakan-akan merayu; “Jom, masuk!”
Rosnah menggelengkan kepalanya. “Malas.” Jawabnya sepatah, matanya masih terus memerhati ke arah pohon kepala sawit yang berbaris di bawah bukit.
“Kita cari Salim!” Katanya tiba-tiba sambil menepuk paha Richard. Lelaki itu mengerut kening, diam sejenak kemudian mengangguk lambat.
“AKU mahu kau pergi ke alamat ni!” Katanya dengan tegas, sambil menghulurkan secebis kertas. Di situ tercatat sebaris alamat. Anak muda itu membacanya sekali lalu, kemudian mendongak memandang muka lelaki yang memberinya arahan itu.
“Kau tahu tempat ni?”
“Tentu aku tahu bang… Aku bukannya tak biasa dengan bandar, walaupun aku duduk di kampung yang jauh di pedalaman, tapi setiap ceruk bandar Mentakab tu aku tahu…”
“Yalah… Yalah. Tak usahlah banyak cakap, Deris!” Marah Salim, menyampah melihat perangai Deris yang banyak cakap itu. Jika dia punya pilihan dia tidak ingin menjadikan Deris sebagai pembantunya. Tetapi tiada lagi pemuda yang lebih bijak daripada Deris di kampung itu. Jika ada pun pemuda, mereka tidak menyenanginya pula. Lagipun dia harus berhati-hati memilih teman dan sahabat. Dia takut hendak mempercayai sesiapa lagi. Dia hanya perlu percaya pada diri sendiri. Dia terpaksa mengambil Deris dengan upah yang paling minima. Deris pun tidak banyak meminta. Selera pemuda kampung itu tidaklah begitu tinggi. Pemuda itu akan cepat berpuas hati walaupun hanya dibayar dengan makanan yang enak serta menonton filem-filem baru dari VCD yang baru dibeli Salim.
“Sekarang pergilah…” Gesa Salim. “Aku mahu kau pastikan yang perempuan itu masih tinggal di situ. Dan dengan siapa dia tinggal. Cukuplah sekadar kau perhatikan dia dari jauh sahaja.”
Deris mengangguk lambat. Sebenarnya dia begitu berat hendak keluar dari rumah itu. Tadi dia amat selesa berbaring di ruang tengah rumah Salim, sambil menonton VCD. Dia memandang tepat ke muka Salim mengharap lelaki itu akan segera mengerti. Dia tidak akan ke mana-mana tanpa sedikit habuan sebelum memulakan tugasan baru itu. Salim mengerti. Dia menyeluk poket seluar dan mengeluar sekeping note RM50.00 ringgit.
“Ni, duit minyak motor dan duit makan. Balik sebelum malam!”
“Baiklah bang!” Kata Deris sambil terus mencium wang yang baru diterimanya. “Aku akan balik sebelum malam dan terus ke mari, buat laporan panjang lebar pada abang.”
Salim merasakan Deris sedang menyindirnya. Rasa marahnya tiba-tiba naik ke kepala. Dia menggenggam penumbuk tetapi mukanya terus tenang sahaja. Dia harus pandai mengawal kemarahan. Jika diikutkan hati mahu dia meninju muka Deris. Dia paling benci pada ‘anjing’ yang melawan tuannya.
“Sekarang pergilah!” Katanya agak kuat. “Apa yang kau tunggu lagi?”
“Baiklah, bang…” Balas Deris sambil berjalan ke pintu. Dia terus menuruni tangga dan menyarung selipar.
“Nanti kejap!” Salim menahan Deris sebelum pemuda itu beredar.
“Pastikan tiada sesiapa yang tahu kau mengintipnya, faham?”
“Faham bang! Serahkan segalanya pada aku!”
Deris mengangguk cuma. Dia berjalan ke arah motorsikalnya dan terus menghidupkan enjin setelah memakai topi keledar.
Setiap kali Salim meminta dia melakukan sesuatu kerja, Deris tidak pernah bertanya kenapa dan mengapa. Selalunya dia terus melakukan apa yang disuruh. Kali ini fikirannya benar-benar kacau. Dia tidak mengerti mengapa Salim meminta dia mengintip wanita cantik itu. Apakah hubungan antara mereka. Pelik. Salim memang seorang manusia yang pelik… Bisik hati Deris. Mengapa tidak Salim sendiri yang pergi menemui wanita itu? Mengapa dia harus disuruh mengintip dan menyaksikan apa yang dilakukan oleh wanita itu. Masih diingatnya tika Salim menunjukkan gambar wanita itu. Memang dia cantik. Apabila dia bertanyakan nama wanita itu, mata Salim kelihatan terbelalak seakan-akan hendak menelannya hidup-hidup.
“Aku tak suka kau banyak bertanya, Deris. Kau mahu jadi pembantu aku kan? Kau mahu bekerja untuk aku? Jadi jangan mempersoalkan apa yang aku buat dan bertanya mengapa aku meminta kau melakukannya. Jika kau banyak soal, kau boleh nyah dari sini sekarang juga!”
“Tidak.. bang… Aku mahu bekerja untuk abang. Aku memang tak ada kerja. Jadi bekerja dengan abang memang lumayan… Tolong jangan singkirkan aku!” Pinta Deris bersungguh-sungguh. Dia tidak ingin dihalau begitu sahaja oleh Salim. Dia tahu Salim memiliki duit banyak hasil jualan kayu getah yang hampir mencecah RM20 ribu. Wang itu tidak akan habis, sebab Salim bukan jenis lelaki yang suka berpoya-poya. Dia tahu Salim menyimpan wang itu di suatu tempat yang amat sulit. Hingga kini dia belum tahu di manakah tempat simpanan wang Salim. Dia yakin Salim tidak pernah menyimpannya di dalam bank. Salim amat jarang pergi ke bandar. Salim bagaikan pelarian yang tidak ingin melihat dan menemui orang-orang luar. Siapakah sebenarnya Salim? Deris benar-benar ingin tahu.

Bab 10
“KALAU kita kahwin, I tak mahu kita bertunang. I mahu kita kahwin sahaja terus di pejabat kadhi.” Kata Jasman dengan nada bersungguh-sungguh. Dia tersengeh. Giginya yang rapi tersusun serta putih pula, terlihat sungguh menarik. Senyuman yang memikat hati. Hati Sheila cepat tersentuh. Dia bukannya tidak menyukai melihat senyuman itu serta gurau-gurauannya yang mesra walaupun terkadang keterlaluan.
“Lecehlah kalau bertunang ni, I takut tak jadi kahwin. You dah dua kali bertunang. Pertama dengan Salim, lepas tu dengan Farhan… Sebab itulah I tak suka bertunang.”
“You nampak tak ni?” Kata Sheila sambil menunjukkan pencakar sampah yang sedang dipegangnya. Pagi itu dia cuba untuk berkebun tetapi Jasman galak mengganggunya. Biarpun itu lelaki itu hanya berdiri di tepi tembok yang memisahkan antara rumahnya dengan rumah Jasman, namun dia tetap rasa terganggu. Kerja-kerjanya tidak begitu menjadi. Dia berhasrat hendak menyemai dan menanam bunga. Sudah agak lama dia tidak membelai bunga-bunga di laman kecil itu. Dulu semua bunga-bunga itu terjaga rapi, disiram setiap hari. Kini dia hanya seminggu sekali sahaja dia dapat mengerjakan taman kecilnya itu.
“Nampak! Tapi takkanlah you sanggup cakar muka bakal suami you yang handsome ni!”
“Siapa kata you handsome? Dan siapa kata you ni bakal suami I?” Balas Sheila acuh tak acuh. Geram hatinya kerana Jasman bagaikan tidak mahu mengerti. Hatinya terusik dan sedih mengenangkan bahawa cintanya telah kecundang. Pelamin angannya telah musnah sama sekali. Dan dia pasti bahawa hubungannya Jasman tidak akan ke mana. Terkadang dia rimas dengan layanan Jasman terhadap dirinya dan orang-orang di sekeliling mereka. Jasman terlalu baik dan mesra dengan sesiapa sahaja, terutamanya insan bernama wanita. Apakah dia jenis buaya, yang pantang melihat perempuan berdahi licin? Atau memang sikapnya begitu, pandai melayani hingga mudah didekati sesiapa sahaja?
“Hei! Ramai yang kata muka I sikit lagi seiras dengan pelakon Korea, Bae Yong Jing.”
“Jangan nak perasanlah! Lagipun I tak minat pelakon Korea tu! Lebih ramai lagi pelakon yang handsome dan berbakat di Malaysia.”
Sheila mencebikkan bibirnya. “Dahlah! Pergi masuk. Dari tadi asyik kacau I saja. Pergilah buat air ataupun masak ke… Boleh juga I tumpang makan.” Kata Sheila sambil bergerak ke arah paip. Dia membuka paip lantas menghulur salur getah bagi menyiram bunga-bunga yang terdapat di dalam pasu yang bersusun di suatu sudut di tepi tembok itu.
“Ehhh… I dah masak dah. Mee goreng. Jom kita makan sayang!”
Sheila tidak mempedulikan ajakan Jasman. Dia berharap Jasman sedar apa yang diucapkannya. Terkadang dia bosan dengan lagak dan aksi Jasman. Mereka bukanlah benar-benar pasangan kekasih.
“Terima kasih aje. Kak Sheila sedang diet. Makanan yang berminyak dan tinggi kalori seperti itu hanya merosakkan diet.” Balas Azizah dari arah pintu yang terbuka. Sheila tidak sedar entah bila Azizah berdiri di situ, tetapi dia rasa lega kerana Jasman hanya tersenyum sahaja, tanpa kata. Dia yakin, Jasman akan segera masuk jika Azizah sudah keluar ke muka pintu.
Benar dugaannya, Jasman segera meminta diri dengan alasan sudah lapar.
“Kadang-kadang Jasman tu melampau… Suka cakap yang lebih-lebih dengan kakak. Tak faham-faham ke dia, bahawa cinta dan hati kakak untuk siapa?” Kata Azizah setelah mereka berdua masuk dan duduk menghadapi minuman pagi. Hanya roti bakar yang terhidang pagi itu. Memang Azizah tidak menyediakan apa-apa. Sejak dia baik demam, seleranya masih lagi belum pulih. Sheila juga tidak kisah, dia akan makan apa saja tanpa sebarang rungutan.
“Mungkin dia hanya ingin menghiburkan hati kakak.” Balas Sheila acuh tak acuh.
“Jadi, kakak pun terhibur dengan gurauan dia tu?” Tanya Azizah terus merasa kurang senang apabila Sheila seakan-akan membela tindakan Jasman itu.
Sheila diam. “Dahlah…” Balas Sheila seraya bangkit. “Kakak nak mandi. Badan ni rasa lekit aje. Walaupun masih pagi tapi matahari terik semacam.” Sheila bangun dari kerusinya dan terus berjalan ke tangga. Ketika itu didengarinya ketukan di muka pintu. Sheila membiarkan Azizah membuka pintu sementara dia meneruskan langkahnya naik ke bilik tidur untuk membersihkan diri.
Ketika dia keluar dari bilik tidur, didengarinya suara Azizah yang berbual dengan seseorang. Dengan rasa tidak sabar, Sheila menuruni tangga untuk melihat dengan siapa Azizah berbual-bual. Tadi dia menyangka Jasman yang datang, tetapi rupa-rupanya Azizah bersama seorang gadis manis di ruang tamu rumah. Dahi Sheila berkerut, seakan-akan dia pernah melihat gadis itu.
Kehadiran Sheila memang dinanti-nantikan. Sebaik sahaja dia muncul gadis itu segera bangun, menghulurkan tangannya sambil berkata; “Ingat saya? Saya Maisarah.”
“Maisarah?” Dahi Sheila berkerut lagi. Dia sememangnya tidak ingat apa-apa. Matanya memerhati sahaja ke wajah bersih perempuan itu. Rambutnya dipotong pendek seperti lelaki. Dia tidak mengenakan make-up langsung. Tetapi mukanya tampak bersih berseri. Pakaiannya begitu ringkas, jean dipadankan bersama sehelai t.shirt tanpa kolar.
“Kita pernah bertemu di hadapan masjid hari tu…” Kata Maisarah teragak-agak, kesal kerana dia harus mengulangi semula peristiwa yang mahu dilupakan oleh Sheila. Akhirnya Sheila menganggukkan kepalanya, mana mungkin dia lupa pada peristiwa paling pahit dalam hidupnya itu. Cuma dia rasa sedikit hairan mengapa baru sekarang Maisarah muncul semula.
“Apa yang mendorong awak datang ke sini hari ni, Maisarah?” Tanya Sheila rasa sedikit hairan. Dipandangnya wajah Maisarah yang berbentuk bujur sirih itu dengan pandangan lembut, mengakui bahawa wajah itu walaupun tanpa make-up masih jua menarik. Tetapi apakah wujud kejujuran dan keikhlasan di sebalik wajah itu?
“Hanya ingin menyampaikan rasa simpati… Dan sedikit pertolongan yang mungkin dapat membantu you mencari tunangan you tu! Satu bentuk pertolongan yang mungkin you tidak pernah terfikir sebelum ini.” Kata Maisarah perlahan tetapi tegas.
“Kenapa baru sekarang? Dah tiga bulan berlalu…” Sampuk Azizah.
“Baru sekarang saya punya masa untuk datang mencari you ke sini, Sheila. Saya percaya, you belum berhenti mencari dan melupakan tunang you tu, apakah kata-kata saya ni benar?”
Sheila mengangguk. “Benar. Sekarang ni segalanya saya serahkan kepada pihak berkuasa. Apakah keupayaan yang saya ada? Cuma doa yang panjatkan kepada Ilahi agar suatu masa kami akan bertemu semula.”
“Cukupkah hanya doa? Tak mahukah you mencuba pelbagai cara lain untuk mencarinya?”
“Bagaimana?” Tanya Sheila dengan dahi berkerut.
“Bomoh!”
“Mengarut!” Bantah Azizah. “Kami bukan jenis orang yang percaya pada benda tahyul dan karut-marut. Bomoh? Bukankah bomoh tu banyak tipu helahnya?”
“Bukan semua bomoh tu penipu.” Balas Maisarah sengit. “Ada juga bomoh yang jujur, memohon pertolongan daripada Allah untuk menunjukkan perkara yang benar. Bomoh yang melakukan sembahyang hajat dan jampi menggunakan ayat-ayat suci al-Quran, dapatkah dikatakan berbohong? Dia melakukan tanpa mengharapkan wang daripada orang lain… semuanya kerana Allah!”
“Wujud lagikah bomoh seperti itu zaman sekarang?” Tanya Sheila tidak yakin.
“Ada.” Maisarah menganggukkan kepalanya. “Jika you setuju, saya akan bawa you bertemu dengannya.”
Azizah memandang tepat ke muka Sheila, sambil menggelengkan kepalanya tanpa dilihat oleh Maisarah. Diam-diam dia berharap Sheila akan menolaknya mentah-mentah. Sejak pertama kali bertemu dia sudah tidak percaya pada perempuan misteri yang entah datang dari mana itu, tiba-tiba sahaja muncul lagi buat kali kedua dengan idea yang tidak masuk akal.
Sheila diam sejenak berfikir kemudian memandang ke dua-dua orang gadis di hadapannya itu. Azizah masih lagi memberi isyarat agar dia menolak pelawaan Maisarah untuk bertemu dengan bomoh yang dimaksudkan. Tetapi Sheila seakan-akan tidak mempedulikan isyarat itu. Pandangan dan pendapat Azizah dipandang sepi.
“Baiklah. Di mana bomoh tu berada?” Tanya Sheila dengan sabar, menunggu Maisarah melanjutkan ceritanya.
“Jadi, you setuju untuk pergi menemui bomoh tu?”
Sheila mengangguk lambat. Dia memandang Azizah. Bibir gadis itu tercebik, cukup untuk menyatakan bahawa dia sama sekali tidak bersetuju. Azizah menggoyangkan tangannya, masih mengharap Sheila menolak ajakan Maisarah.
“Bila kita boleh pergi?” Tanya Sheila lagi lebih lanjut. Azizah merengus mendengar pertanyaan Sheila. Mukanya kelihatan sedikit masam.
“Hari Selasa.” Jawab Maisarah. “Petang. Lebih kurang pukul 4 petang saya akan datang ke sini untuk menjemput you.”
“Selasa?” Seru Azizah. Dia rasa kurang senang, kerana sudah tentu dia tidak berpeluang untuk mengikut mereka pergi. Walaupun dia langsung tidak mempercayai keupayaan seseorang bomoh itu, tetapi dia merasakan perlu bersama Sheila untuk melihat sejauh mana pembohongan Maisarah. Pasti Maisarah sedang merancang sesuatu untuk melakukan satu penipuan dan dia tidak dapat bersama Sheila untuk menyaksikannya. Itulah yang dia kesalkan.
“Zah tak perlu ikut kakak…” Kata Sheila. “Hari tu hari bekerja. Takkan Zah nak ambil cuti semata-mata kerana hal ini. Jangan bimbang. Kita boleh pergi berdua sahaja Maisarah.”
“Tapi kak…” Azizah ingin membantah.
“Jangan risau.” Balas Maisarah. “Tempat tu bukanlah jauh dari sini. Jangan fikir yang bukan-bukan. Saya bukannya nak culik Sheila! Saya hanya ingin menolong…”
Sheila tersenyum panjang. Dia yakin Maisarah seorang gadis yang baik dan boleh dipercayai.
“Itulah kakak ni cepat sangat menaruh kepercayaan pada orang asing…” Marah Azizah setelah Maisarah pulang. Dia masih tidak bersetuju dengan idea Maisarah untuk membawa Sheila bertemu dengan seorang bomoh. Entah apa-apa! Bisik hatinya. Di zaman moden ini orang tidak lagi percaya pada bomoh dan perkara-perkara mistik.
“Pertama kakak percaya sangat dengan si Jasman tu. Entah-entah dia tu seorang penipu. Tetapi kalau Zah cakap apa-apa yang buruk pasal dia mulalah kakak bela dia… Sekarang kakak mulai letak kepercayaan pada Maisarah pula. Kalau apa-apa berlaku nanti jangan kata Zah tak ingatkan kakak. Dah berkali-kali Zah cuba mengingatkan kakak supaya berhati-hati dengan orang yang baru dikenali.” Azizah meleterinya bagaikan seorang ibu mengajar si anak. Sheila cuma diam. Terkadang kata-kata Azizah dirasakannya keterlaluan tetapi dia membiarkan sahaja gadis itu dengan sikapnya itu. Dia tahu Azizah menyayanginya. Kasih sayang itu tidak perlu dia ragui lagi.
TEPAT pukul 4 petang selasa itu, Maisarah muncul. Sheila hanya bekerja separuh hari sahaja. Semasa waktu rehat, dia meninggalkan pejabat untuk pulang ke rumah dan bersiap sedia menunggu kedatangan Maisarah. Jasman beria-ria bertanya mengapa Sheila harus mengambil cuti pada sebelah petang itu, dan ke manakah dia hendak pergi. Sheila tidak memberitahunya apa-apa melainkan menyatakan bahawa dia punya urusan peribadi.
“Sampai hati tak mahu beritahu I apa sebenarnya rancangan you?” Desak Jasman, benar-benar ingin tahu ke mana Sheila hendak pergi pada petang itu. Dia masuk ke kamar Sheila dan melihat gadis itu sedang mengemas meja yang berselerak. Sheila ingin meninggalkan biliknya dalam keadaan kemas untuk kembali bekerja pada keesokan harinya.
“Haruskah hal peribadi, I beritahu you semuanya, sedangkan you banyak sekali berahsia dengan I? You siapa?” Tanya Sheila acuh tak acuh, dia tidak peduli sekiranya Jasman akan tersinggung. “I tak pernah tanya pun ke mana you pergi setiap hari Sabtu minggu pertama dan ketiga. I tak mahu tahu!” Balas Sheila dengan sengit. Dia jadi marah tidak menentu. Entah mengapa dia harus menyebut perkara yang sudah lama bermain dalam kepalanya. Ketika sedang marah dan meradang begitu, entah mengapa hal itu harus terluah.
“You tak pernah tanya ke mana I pergi! I tak sangka you akan sebut perkara tu!” Tempelak Jasman. “Benarkah you tak mahu tahu ke mana I menghilang. Atau you sebenarnya sedang dilanda cemburu, seperti I yang rasa sekarang. Cemburu kerana tak tahu ke mana you hendak pergi dan bersama siapa…”
“Berhentilah mengarut!” Tiba-tiba Sheila jadi bosan dengan kata-kata Jasman. Sesungguhnya dia tidak ingin menaruh harapan pada kata-kata yang penuh dengan kekosongan. Mereka tidak pernah menjalin apa-apa hubungan akrab hanya sebagai rakan sepejabat. Perhubungan itu tidak akan berubah menjadi lebih jauh. Hati dan perasaannya masih lagi melekat pada kenangan lama itu. Pada kenangan cintanya yang pertama dan terakhir…
“I dah bosan dengan sesuatu yang penuh dengan kekarutan. Mengapa tidak you biarkan I sendiri menghadapi kenyataan? Mengapa tidak you biarkan I tanpa mengganggu I dengan kata-kata you yang penuh dengan pembohongan, jauh sekali akan menjadi kenyataan. Mengapa tidak you simpan kata-kata itu untuk seseorang yang lain, yang benar-benar you dapat beri hati dan diri you kepadanya dengan sepenuh hati?” Sheila menggertap gigi penuh geram. Dia memandang tajam ke muka Jasman yang sedang duduk tenang di hujung mejanya yang luas itu. Jasman memeluk tubuh, terdiam beberapa ketika mendengar luahan hatinya itu dengan penuh khusyuk.
“Sheila… Sheila…” Jasman mengeluh dengan kepala tergeleng-geleng. Beberapa helai rambutnya jatuh di dahi, dibiarkan sahaja. Matanya memerhati Sheila yang terus sibuk mengemas meja. Dia dengan pantas bangun apabila Sheila menarik sehelai kertas yang terletak berhampiran dengan tempat dia bertenggek. Tindakan kasar itu membuat kertas itu terkoyak. Sheila rasa meradang, lantas tanpa memeriksa dahulu isi kertas itu samada penting ataupun tidak, dia terus merenyukkannya dan melemparkannya ke dalam bakul sampah. Malangnya, kertas itu tidak mengena tepat sasarannya, ia tergolek keluar daripada bakul sampah tersebut.
Jasman bangun dan mengutip kertas itu lantas memasukkannya ke dalam bakul sampah. Sheila terus tidak mempedulikan Jasman, dia menarik laci memeriksa sesuatu sebelum menguncinya dengan pantas.
“Sheila… I fikir you seorang yang bijak dan penuh pengertian. Sayangnya sangkaan I tu meleset sama sekali.”
Sheila tidak memberikan sebarang reaksi biarpun dia mendengar kata-kata Jasman. “I takkan ucapkan kata-kata, yang I sendiri tidak memahami dan mengerti maksudnya. Kata-kata yang sering I ucapkan terhadap you, adalah lahir dari lubuk hati I. You fikir, I akan ucapkan kata-kata itu pada semua gadis-gadis yang I temui?”
Sheila berpaling, mengangkat bahu kemudian bersuara; “I sebenarnya belum begitu kenal siapa you, Jasman.”
Jasman mengeluh kesal. “Sebab you tidak pernah membuka ruang untuk orang lain. Dalam hati you cuma ada Farhan. Tapi ke mana Farhan sekarang? Adakah dia bersama you? Bukankah dia mengecewa dan menghampakan you sekarang? Entah ke mana dia pergi. Entah hidup atau mati.”
“I percaya dia masih hidup.” Balas Sheila sambil menentang muka Jasman. “Dan kepercayaan itu kian terpahat kukuh dalam hati I. Tak lama lagi I akan menemuinya.”
Jasman mengangguk. “I harap you akan berjaya. OK, I takkan ganggu you lagi. Maaf jika selama ini sikap I keterlaluan, menyakitkan hati you aje. Maaf sekali lagi.” Katanya dengan suara yang lemah sebelum beredar dari kamar kerja Sheila. Sheila memerhati langkah lelaki itu bergerak keluar. Ke mana perginya semua janji-janji Jasman yang kononnya hendak sama-sama membantu mencari Andy Farhan? Masih diingatnya Jasman pernah berkata; bahawa dia akan membawa Sheila ke rumah Andy Farhan sekiranya lelaki itu ditemui kelak. Kata-kata itu memang terlalu jauh daripada kebenaran.
Selama ini janji itu hanya satu mainan. Kata-katanya yang penuh godaan, untuk memikat dan memperdaya hati Sheila semata-mata. Semakin lama, Sheila semakin sedar dari mimpi-mimpinya. Dia tidak boleh mengharapkan Jasman!
Bunyi hon kereta mengejutkan Sheila dari lamunan. Dia menjenguk ke pintu yang sedia terbuka dan terlihat kereta Maisarah ada di hadapan pagar. Sheila tergesa-gesa menutup pintu, menyarung kasut dan berlari-lari anak ke pintu pagar. Dia senyum sekilas ke arah Maisarah yang menantinya di dalam kereta. Pintu pagar ditutup pantas dan dia terus masuk ke kereta yang sudah sedia menanti. Maisarah memandu tenang meninggalkan kawasan perumahan itu.
Di saat yang sama kelihatan sebuah motorsikal turut bergerak meninggalkan kawasan taman perumahan itu. Motorsikal itu kelihatan dipandu oleh seorang anak muda yang memaki topi keledar serta cermin mata hitam. Motorsikal itu terus mengekori kereta Maisarah tanpa disedari oleh kedua-duanya.

Bab 11
DIA tidak akan memberitahu segala-galanya. Sedikit rahsia akan disimpan untuk dirinya sendiri. Jika dia mencurahkan semuanya, dan tiada suatu apa pun yang tertinggal… Dia juga akan kerugian kelak. Sesuatu rahsia itu harus diberitahu sedikit demi sedikit, supaya masih ada sesuatu yang berharga untuk ditawarkan apabila dia dalam keadaan terdesak. Lagipun masih banyak yang belum diketahuinya tentang lelaki itu.
Dia pulang lewat senja. Dilihatnya rumah itu sudah terang benderang dilimpahi cahaya. Salim ada di hadapan rumah masih setia dengan tajak dan cangkulnya. Melihat kepulangannya, Salim bangun berdiri dan seakan-akan menyambutnya dengan penuh gembira.
“Macamana? Apa perkembangan terbaru yang kau lihat?”
Deris tidak segera menjawab. Kebisuannya akan menaikkan semangat Salim yang sedang membara. Dia hanya senyum dan mengangkat ibujarinya, menunjukkan tanda ‘bagus’.
“Aku dah tahu banyak perkara tentang gadis tu bang…” Beritahu Deris sambil tersenyum, duduk di sebelah Salim di atas tangga batu. Matanya memandang langit yang semakin gelap. Bunyi unggas bernyanyi di hujung telinga dan kakinya yang telanjang tidak berkasut terasa pedih digigit nyamuk. Dia menampar kakinya tidak menentu, tidak mengizinkan nyamuk-nyamuk itu terus galak menghisap darahnya. Biarpun kawasan itu sudah terang benderang, pokok-pokok getah sudah ditebang tetapi nyamuk tetap ada berkeliaran.
“Banyak nyamuk pulak…” Rungut Deris sambil terus menampar-nampar kakinya.
“Biar aku bakar sampah untuk halau nyamuk.” Kata Salim. “Kau naiklah dulu. Nanti sambung cerita tentang mereka, OK.”
Deris mengangguk terus memanjat naik tangga. Salim datang menyertainya di ruang tamu itu tidak lama kemudian.
“Gadis tu…” Cerita Deris lambat-lambat sambil memerhati reaksi dan muka Salim yang kelihatan tidak sabar. Matanya memandang tepat ke muka Deris. Deris senyum. “Masih tinggal di situ bersama seorang gadis lain yang lebih muda darinya.”
“Dia pastilah Azizah.” Balas Salim. Di matanya mulai terbayang wajah Azizah yang berambut panjang dan kerinting kasar, tubuhnya yang sederhana, tidak terlalu tinggi atapun rendah. Wajahnya terkadang tampak girang dan sedih sering tindih menindih. Anehnya, Salim memang tidak menyukai gadis itu langsung. Dia yakin mereka memiliki rasa yang sama, saling tidak menyukai satu sama lain.
“Jadi, Sheila masih belum berpindah dari rumah tu? Ada kau nampak dia bersama lelaki tak?” Dia masih jua belum berkahwin dengan Farhan? Bisik hati Salim. Apa yang terjadi? Agh! Dia merengus berat. Memang dia ketinggalan banyak cerita dan berita. Memang sial! Jaring besi itu membuat dia ketinggalan perkara-perkara penting, sebahagian daripada masanya terbuang begitu sahaja.
Deris diam sejenak kemudian menjawab dengan hanya gelengan. “Kelihatan tiada sesiapa pun yang datang ke rumah itu selama seminggu saya mengintipnya. Dia hanya sentiasa ada di rumah setelah pulang dari kerja. Kadang-kadang aku melihatnya bersama dengan jiran sebelah rumahnya… Mereka kelihatan sungguh mesra.”
“Jiran? Siapa?”
“Seorang lelaki yang kacak, rakan sepejabatnya!”
Cerita itu agak mengejutkan Salim. Jadi, Farhan tiada bersama Sheila. Ke mana Farhan pergi. Dan siapakah pula lelaki yang menjadi jiran Sheila.
“Lagi?”
Deris tidak meneruskan ceritanya lagi. “Hanya itu yang aku tahu bang…” Jawab Deris sambil merebahkan badannya yang keletihan. Terkadang dia terasa agak jemu duduk memerhati gelagat orang. Esok dia berhasrat hendak mendekati Sheila, mencari jalan untuk berkenalan dengannya. Tetapi hasratnya itu tidak akan diberitahu sama sekali kepada Salim. Dia dapat merasakan bahawa Salim punya niat tidak baik terhadap gadis cantik itu. Semakin lama dia mengintip pergerakan mereka, entah mengapa dia merasakan bahawa dia menyukai kedua-dua gadis itu. Dapat dia rasakan bahawa kedua-duanya adalah orang yang baik dan berbudi pekerti. Dan hari itu telah muncul seorang lagi gadis di hadapan matanya. Pun begitu dia tidak berhasrat hendak memberitahu Salim bahawa dia telah mengekori mereka berdua hingga membawanya pergi jauh ke rumah seorang bomoh kampung yang dikenalinya sebagai Mak Biah.
MAK BIAH menyambut kedatangan tetamunya itu dengan penuh mesra. Memang dia telah diberitahu akan tujuan kedatangan kedua-dua gadis itu. Dia telah dimaklumi oleh anak saudaranya petang semalam bahawa pertolongannya diperlukan. Tetapi Mak Biah tidak tahu apakah dia mampu hendak menolong mereka berdua.
“Masuklah nak ke rumah mak yang buruk ni…” Dia memang sudah terbiasa menggelarkan dirinya ‘emak’ kepada sesiapa sahaja. Tetapi bagi orang yang pertama kali mendengarkannya agak terkejut sedikit. Itulah yang dirasakan oleh Sheila saat pertama kali mendengarkannya. Ketika salam dihulur ke arah Mak Biah, wanita tua itu pantas menyambutnya, dengan ucapan; Allahumasolli ala saidina Muhammad…
Lega hati Sheila. Saat itu dia sedar bahawa wanita itu bukan bomoh seperti mana bomoh-bomoh yang lain yang pernah diketahuinya. Mak Biah membentang sehelai tikar mengkuang sebagai alas duduk. Kedua-duanya duduk bersimpuh di situ dan menunggu Mak Biah yang meminta diri ke dalam rumah. Dia datang semula dengan mengenakan pakaian yang bersih. Sehelai baju kurung berbunga-bunga dipadankan dengan kain batik, kelihatan begitu cocok dengan tubuhnya yang kurus dan kerdil. Wajahnya berseri-seri meskipun tidak dapat lagi menyembunyikan kedut-kedutan yang memenuhi hampir setiap sudut muka tuanya.
“Anak saudara mak ada beritahu kedatangan anak-anak berdua ni semalam…” Kata Mak Biah memulakan bicaranya dengan lembut.
Maisarah mengangguk lembut. “Ni kawan saya, mak…” Terang Maisarah dengan penuh hemah. “Sheila namanya. Dia ni dalam kesusahan sekarang.”
Mak Biah mengangguk. “Apa pun kesusahan itu semua adalah ujian dari Tuhan, nak.” Kata Mak Biah. “Kita sebagai hambaNya, perlulah banyak-banyak bersabar. Kematian, kehilangan ahli keluarga adalah sebesar-besar dugaan. Tabah dan bersabar…”
Maisarah dan Sheila mengangguk serentak. “Saya memang tidak mempersoalkan kenapa dan mengapa tuhan menjatuhkan ujian sebegini terhadap saya…” Balas Sheila perlahan. “Selain daripada hidup sendiri sekian lama, apalagi yang saya ada selain daripada seorang lelaki, lelaki yang benar-benar saya cintai. Kini dia juga tiada di sisi saya lagi, hilang entah ke mana…”
Mak Biah diam sejenak kemudian bersuara perlahan tetapi jelas; “Serahkan segalanya pada Allah dan kita hanya berusaha. Marilah kita solat asar dulu bersama-sama. Dengar tu, dah pun masuk waktunya…”
Kedua-dua gadis itu saling berpandangan. Maisarah cepat-cepat berkata; “Saya tak bawa telekung, sebab saya tak boleh sembahyang.” Katanya pada Sheila. Sheila hanya mengangguk kesal kerana dia juga tidak membuat sebarang persediaan.
Selesai solat asar, Mak Biah meneruskan sembahyangnya. Sheila melipat telekung yang dipinjamnya dari Mak Biah. Dia dapat mendengar suara Mak Biah sedang membaca ayat suci al-quran dalam sembahyangnya.
“Mak Biah sembahyang hajat…” Bisik Maisarah. “Dia mohon petunjuk sebelum memulakan sesuatu…”
Sheila mengangguk cuma. Dadanya berdebar-debar kencang. Dia ingin tahu apakah usaha kecil itu akan membuahkan hasil? Beberapa bulan berlalu pergi begitu sahaja, pihak polis tidak dapat menyelesaikan kes kehilangan misteri itu. Apakah seorang wanita kerdil seperti Mak Biah mampu merungkai misteri yang membeliti mereka?
Mak Biah memanggil Sheila dan Maisarah masuk ke kamarnya. Tingkap kamar itu tidak dibuka. Suasana di dalam bilik itu agak gelap tetapi tidaklah panas. Cuaca petang itu damai sekali, mentari sudah hilang cahayanya.
Sheila terpegun melihat dua batang colok yang terletak bersilang di atas sebiji mangkuk yang berisi air. Asap colok menjulang perlahan dan halus ke udara. Bau setanggi menyengat hidungnya tetapi dia menahannya sebaik mungkin. Dia terasa benar-benar memual dan dadanya terus berombak.
Mak Biah masih bertelekung, duduk sahaja mengadap kiblat di atas sejadahnya.
“Berselawatlah dulu sebelum melihat ke dalam mangkuk…” Kata Mak Biah perlahan. Sheila dan Maisarah melakukan apa yang disuruh sambil matanya memandang ke arah mangkuk berisi air. Langsung tidak terlihat apa-apa. Saat itu dalam kepala Sheila mulai dihantui pelbagai rasa, apakah ini satu lagi pembohongan yang jelas dan nyata? Menggunakan nama Tuhan dan Nabi… Tetapi untuk apa?
“Nampak?” Tanya Mak Biah.
Kedua-duanya menggelengkan kepala.
“Memang dia masih hidup…” Kata Mak Biah perlahan. “Dari sini mak boleh nampak dengan jelas. Dia sedang menderita. Terkurung dalam tempat yang gelap. Dia masih hidup dan semangatnya masih kuat. Hanya kerana untuk bertemu semula dengan awak, Sheila.” Kata Mak Biah.
“Mak nampak?” Tanya Sheila dengan rasa tidak percaya. Dia mahu menyatakan bahawa itu semua hanya satu pembohongan. Apa yang disaksikannya hanya sebiji mangkuk berisi air kosong. Tiada apa-apa. Bagaimana wanita tua itu boleh menyatakan sebaliknya?
“Hmmm… Mak nampak bilik kurungannya yang gelap. Dia terbaring di situ, dalam kegelapan dan kedinginan. Dia masih hidup, nak… Percayalah. Dia masih hidup tetapi menderita. Kasihan…”
“Di mana dia mak? Di manakah dia?”
Mak Biah tidak menjawab. Akhirnya dia menggelengkan kepalanya. “Mak tak tahu!” Akuinya lambat-lambat. “Mak tak tahu. Hanya tuhan yang tahu dia di mana.” Ujar Mak Biah dan beberapa titis airmatanya gugur. “Mak benar-benar kasihan melihat keadaannya.” Mak Biah menangis tersedu-sedu hingga telekungnya jadi basah.
“Tak bolehkah mak berikan sedikit panduan di manakah dia?”
“Mak tak tahu. Itu semua kuasa Tuhan. Dia belum mengizinkan kita mengetahui di mana lelaki tu berada.”
Sheila memerhati sahaja muka Mak Biah yang basah, antara percaya dan tidak. Dia saling bertukar pandang dengan Maisarah. Dia benar-benar menangis, bisik hati Sheila. Apakah dia benar-benar melihat Andy Farhan?
“Kalau mak benar-benar melihatnya, dapatkah mak gambarkan rupa tunang saya tu, mak?” Tanya Sheila, separuh daripada pertanyaan itu benar-benar hendak menguji kebenaran kata-kata Mak Biah.
“Dia seorang lelaki yang tampan…” Mak Biah tersenyum dalam sendu. “Tubuhnya yang tinggi dan tegap, sudah semakin menyusut. Malah matanya yang bersinar itu sudah tiada lagi melainkan redup dan lemah, penuh sendu.”
Dia tak bohong… Bisik hati Sheila. Beberapa titis airmatanya ikut gugur. Dalam dirinya kini tertanam semula satu hasrat. Dia akan berusaha terus untuk mencari Andy Farhan biar apa pun yang akan terjadi kelak.
DENGAN tidak disangka-sangka, pintu bilik kurungannya terbuka luas dengan agak lama. Dia mengangkat sedikit kepalanya yang lemah. Matanya menangkap sepasang kaki berkasut berdiri di tengah-tengah pintu. Tetapi kakinya itu tidaklah begitu besar. Tiada juga suara garau yang selalu hadir menghantar makanan untuknya.
Di manakah dia kini? Mengapa dia harus diperlakukan begini kejam. Dia sudah tidak ingat berapa lamakah dia terkurung di situ. Sudah terlalu lama rasanya. Mengapakah harus di perlakukan begini? Mengapa tiada sesiapa pun yang datang untuk menyelamatkannya daripada terus berada di dalam lubang neraka ini? Hatinya menjerit marah dan geram, tetapi dia tidak berdaya untuk mengeluarkan suara. Hanya dengusan halus. Dia cuba lagi mengangkat kepalanya. Dan beberapa detik kemudian dia dapat menghidu bau yang agak menyenangkan, bukan lagi bau pengap dan hamis di dalam bilik gelap itu.
Dia merasa bahunya disentuh lembut. Dan tubuhnya diangkat dan didorong supaya bangun. Dan tidak lama kemudian dia merasakan bahawa tubuhnya diangkat keluar daripada bilik kurungan itu. Dia telah diletakkan di atas tilam empuk. Begitu dia tidak dapat melupakan keenakan tilam yang menyambut tubuhnya. Dia terus melelapkan matanya, ingin berehat dan tidur sepuasnya. Alangkah baiknya sekiranya dia terbangun nanti, dia sudah pun berada di dalam kamar tidurnya sendiri.
“Umi!” Serunya perlahan. Dia melihat bayang-bayang tubuh seseorang. Lama kelamaan bayangan tubuh itu bertambah jelas. Wajah seorang wanita tampak tersenyum manis sambil tangannya melekap di dahinya. Sentuhan itu terasa menyamankan seluruh tubuhnya. Dia mendekatkan pipinya ke lengan uminya. Kemudian tangan uminya dengan dipegangnya dengan lembut.
“Saya fikir saya takkan bertemu lagi dengan umi…” Serunya perlahan. Dia mendapati wanita itu bukanlah uminya tetapi dia tetap mahu menggelarnya dengan panggilan istimewa itu. Wanita itu tersenyum lagi. Tiada suara yang termuntah keluar dari bibirnya. Hanya senyuman yang tidak pernah lekang.
Andy Farhan mengerdipkan kelopak matanya beberapa kali, berharap wajah wanita penuh keibuan itu tidak akan lenyap lagi. Tetapi malangnya wajah itu kini telah hilang entah ke mana. Dia tiba-tiba bingkas, bangun semacam ada suatu kekuatan yang baru muncul. Dia memerhati sekeliling ruang itu. Masih gelap dan sepi seperti sebelumnya. Dia memukul kepalanya beberapa kali, cuba untuk bangun dan berdiri tetapi dia benar-benar tidak bertenaga. Dia duduk bersandar lemah ke dinding batu yang sejuk. Bermimpi? Keluhnya sendiri sambil mengusap mukanya yang lekit. Entah berapa lama dia tidak membersihkan diri. Entah berapa lama dia terkurung di situ. Dia tidak kuasa hendak mengiranya lagi. Dia merasakan bahawa saat itu sudah terlalu lama. Dia meraba-raba mukanya yang terasa kesat. Bersama sisa-sisa kekuatan yang ada dia menjerit sekuat hatinya.
Suara jeritannya hanya memecah di dalam bilik kurungan kecil di bawah tanah itu. Jeritannya tidak mungkin dapat menerjah keluar daripada ruang yang terpencil dari pendengaran manusia.
“HEI! Ada sesiapa yang berminat hendak pergi ke Taman Negara?” Pertanyaan itu tiba-tiba meletus ke udara. Semua yang sedang sibuk dengan tugas masing-masing mengangkat muka, memandang lelaki itu yang sedang menggoyang-goyangkan sehelai brouser.
“Taman Negara?” Sheila yang kebetulan baru masuk ke ruang itu terdengar pertanyaan Jasman. Dia memang tidak pernah pergi ke Taman Negara yang telah diasaskan dalam tahun 1938 yang meliputi negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu. Sebelum merdeka, Taman Negeri diberi nama lain iaitu Taman Negara King George V. Keistimewaan Taman Negara yang memiliki hutan hujan berusia 130 juta tahun menawarkan kecantikan semulajadi kepada para pengunjung untuk diterokai.
“Ya. Nak ikut?”
“I tak pernah pergi.” Sahut Kak Wan sambil mengangkat tangannya. “Boleh bawa budak-budak?” Dia merujuk kepada tiga orang anak-anaknya yang sedang membesar.
“No problem. Asalkan mereka tanah lasak!” Jawab Jasman, seolah-olah dia amat pakar dengan keadaan di situ. Dia pernah ke Taman Negara pada tahun lalu dan keindahan serta keunikannya sentiasa memikat hatinya untuk hadir lagi ke sana.
“I pun tak pernah pergi.” Akui Sheila sambil berdiri di hadapan meja Kak Wan.
“Kalau ramai yang ikut, tentu lebih meriah dan seronok.”
Ada beberapa orang staff lain yang berminat. Angela, Marina serta Lydia sepakat hendak mengajak boyfriend masing-masing. Kak Wan masih berbelah bahagi, harus berbincang dulu dengan suami dan anak-anak katanya. Jasman memandang Sheila, dengan isyarat mata bertanya. Tetapi Sheila cuma mengangkat bahu.
“Tengoklah dulu, kalau I pergi tentu bersama Azizah.”
“Tak ruggedlah Kak Sheila ajak adik pula…” Kata Marina sambil mengenyitkan mata ke arah Angela dan Lydia. “Pergi dengan boyfriendlah!”
Mereka tertawa serentak. Sheila tercebik. Mukanya yang tenang bertukar mendung. Dia terlihat Jasman pura-pura meneliti brouser yang ada di tangannya. Mulutnya kelihatan terkumat kamit membaca sesuatu. Kini lelaki itu lebih berhati-hati apabila berhadapan dengan Sheila. Kata-kata yang penuh gurauan kosong itu tidak terdengar lagi.
“Sesiapa yang berminat nak tengok hidupan liar, boleh berjalan di atas titian canopy. Boleh nampak gajah, harimau, seladang…” Beritahu Jasman. Kata-kata itu mematikan tawa ketiga-tiga gadis yang menjadi kerani di pejabat guaman itu.
“Eh, betul ke abang Jas?” Tanya Lydia inginkan kepastian.
“Begitulah yang tertulis dalam brouser ni… Puncak tertinggi adalah Gunung Tahan.” Kata Jasman lagi matanya belum beralih dari brouser yang terpegang ditangannya. “Tapi kalau tak tahan, boleh panjat bukit aje lah. Bukit Teresek. Taklah tinggi sangat!”
Semua yang ada di situ ketawa. Sheila hanya menggigit bibir, menahan geli hati.
“Suami I suka memancing.” Beritahu Kak Wan. “Ada tempat memancing?”
“Banyak. Boleh memancing kat Sungai Tahan ataupun Sungai Tembeling. Sungai tu mengandungi lebih kurang 53 spesies ikan, Kak Wan. Ikan kelah, kejor, sebarau, jelawat, kerai dan banyak lagilah. Tapi kena dapatkan permit dulu sebelum memancing. Nanti tak pasal-pasal kena denda!” Jasman mengingatkan.
Diam-diam Sheila meninggalkan ruang itu untuk masuk ke biliknya. Dia tidak tahu apakah dia akan menyertai rakan-rakan pejabatnya yang lain untuk pergi ke Taman Negara. Dia mendengar Angela, Marina dan Lydia masih bercerita tentang rancangan untuk ke Taman Negara, dan Jasman pula masih terus menyakinkan Kak Wan betapa seronoknya jika membawa suami dan anak-anaknya bercuti di sana. Sheila mendapati Kak Wan telah menelefon suaminya dan bersetuju untuk turut serta di dalam rancangan yang dibuat oleh Jasman.
Jasman langsung tidak bertanya padanya lagi selepas itu, tetapi dia sentiasa terdengar mereka tidak henti-henti bercerita tentang Taman Negara pada hari-hari berikutnya. Tidak lama kemudian mereka telah menetapkan satu tarikh untuk pergi bercuti. Sheila mendapati ramai rakan-rakan pejabatnya yang berminat untuk turut serta dan akhirnya dia ikut terpengaruh.
“Zah nak pergi?” Dia bertanya Azizah pada suatu petang. Azizah menggeleng. Dia tidak langsung berminat untuk menjelajah hutan.
“Jadi, kakak nak ajak siapa sebagai teman?” Keluh Sheila. Azizah memuncungkan bibirnya ke arah rumah sebelah. Sheila merengus kasar dan mengangkat bahu. Dia tidak rela bertemankan Jasman sepanjang masa.
“Jangan cuba-cuba nak kaitkan kakak dengan dia…” kata Sheila dengan tegas. Saat itu telefon bimbitnya berbunyi dan dia dengan pantas menyambar telefon yang ada di atas meja. Terlihat nama Maisarah tertera di sana.
“Ya, Sarah.” Seru Sheila dengan lembut. Meskipun baru kenal tetapi hubungan mereka cepat mesra. Semuanya kerana kekerapan mereka mengunjungi Mak Biah. Sudah tiga dia dan Maisarah pergi ke rumah Mak Biah tetapi masih tiada perkembangan positif tentang diri Andy Farhan. Sheila tidak sesekali berputus asa… Dia yakin dan percaya pada kata-kata yang ditanam oleh Mak Biah, Andy Farhan masih hidup. Dia harus kuatkan semangat untuk percaya dan menyakininya dengan sepenuh hati. Walaupun sehingga kini dia belum tahu di manakah Andy Farhan berada, tetapi menemui Mak Biah bagaikan menyuntik semangat baru untuk terus mengekalkan kepercayaan bahawa tunangannya itu pasti akan ditemui jua akhirnya.
“Nak ke rumah Mak Biah petang esok?” Tanya Maisarah.
Sheila diam sejenak kemudian menjawab; “Kenapa? Ada cerita terbaru yang disampaikan Mak Biah?” Kata Sheila lambat-lambat.
“Ada…” Sahut Maisarah cepat. “Kata Mak Biah, malam jumaat lepas dia bermimpikan tunang you!”
“Mimpi?” Sheila terperanjat. Dadanya berdebar-debar.
“Ya.” Sahut Maisarah dengan penuh semangat. “Macamana? Nak jumpa petang esok?”
Akhirnya Sheila bersetuju untuk menemui Mak Biah.
“MEMANG mak mimpikan tunang Sheila…” Kata Mak Biah. “Memang mak tak kenal dia. Tapi mak rasakan yang mak telah pergi ke tempat kurungannya itu. Mak telah menemuinya dan dia telah bercakap-cakap dengan mak.”
“Apa yang dicakapkannya…”
Mak Biah diam sejenak kemudian bersuara; “Dia telah memanggil mak… umi!”
“Ya Tuhan!” Sheila meletakkan tangannya ke mulut. Terkejut. Memang Farhan memanggil Zaiton dengan panggilan umi. Jadi, mimpi itu bukanlah satu pembohongan. Mimpi itu hampir-hampir menjadi nyata.
Semasa mereka dalam perjalanan pulang, Sheila tidak banyak bercakap. Dia hanyut dalam arus fikirannya sendiri. Maisarah tidak langsung mengganggunya berkhayal, seolah-olah dia amat mengerti. Apabila sahaja tiba di hadapan pagar rumahnya, barulah dia menegur, mengejutkan Sheila daripada lamunan panjangnya.
“Dah sampai pun Sheila…” Seru Maisarah perlahan.
Sheila tersentak dan menoleh ke arahnya. Dia tersenyum. “Tak nak singgah?”
Maisarah memerhati ke arah dashboard kereta. Waktu maghrib sudah pun tiba. Tidak manis pulang ke rumah pada waktu-waktu maghrib begini. Dia menganggukkan kepalanya. Azizah ada di ruang depan, menunggu kepulangan Sheila. Melihat Sheila masuk bersama Maisarah, senyuman manis Azizah terus menghilang. Dia bagaikan tidak senang melihat kehadiran Maisarah. Namun dia tetap turun ke dapur menyediakan minuman.
Maisarah meminta diri sebentar menghilang ke bilik air, kemudian barulah sama-sama menyertai mereka di ruang tamu.
“Apa kata kau makan malam di sini dahulu sebelum pulang…” Pelawa Sheila. Azizah menjeling Sheila. Dia malas hendak menyediakan makan malam itu. Hasratnya hendak menjamah roti sahaja tetapi jika Sheila sudah mempelawa Maisarah terpaksalah dia mengeluarkan ikan dan sayur dari peti sejuk. Dia amat berharap Maisarah menolak pelawaan itu.
Maisarah mengangguk lambat. “Hmmm… Boleh juga. Balik nanti saya boleh terus tidur saja.” Katanya. “Selalunya saya bungkus makanan bawa ke bilik.”
“Di rumah tu tak ada dapur?” Tanya Sheila lebih lanjut.
“Ada. Kepunyaan tuan rumah. Saya hanya menyewa bilik belakang. Memang kurang selesa sekiranya pulang lewat malam. Terpaksa melalui ruang tamu rumah tu terlebih dahulu. Masa tu mereka suami isteri sedang berehat sambil menonton tv. Saya memang tak suka menganggu orang, sebab itulah saya mengelak untuk pulang lewat malam… tapi malam ini… tak apalah lewat sikit…” Kata Maisarah panjang lebar sambil ketawa kecil.
“Susah juga ya menyewa bilik di rumah orang yang dah berkeluarga seperti itu…”
“Apa nak buat. Sewanya murah. Lagipun saya baik dengan isterinya sejak dulu. Isterinya yang beria-ria tak benarkan saya pindah… walaupun saya tak menyenangi suaminya tu….”
“Kenapa?” Sheila ingin tahu.
“Hmmm… Biasalah. Lelaki kalau dah berusia empat puluhan tu, gatal semacam. Suka mengarut, cakap yang bukan-bukan… dan berani pula menyentuh tangan saya setiap kali saya membayar duit sewa bilik. Itulah yang saya tak suka.”
Sheila mengerut kening. “Mengapa tak serahkan pada isterinya saja duit tu?”
“Kalau serah pada Kak Ana, pastilah dia tak mahu menerimanya…” Beritahu Maisarah lagi. “Saya tak sampai hati tinggal di bilik tu secara percuma.”
“Hah! Kalau tak selesa tinggal saja di sini… Ada satu lagi bilik kosong di rumah ni.”
Azizah benar-benar terperanjat mendengar pelawaan Sheila itu. Gadis itu terlalu murah hati! Bisik hatinya. Apakah semua orang yang berada dalam kedaan kurang selesa dan kesusahan harus diajak tinggal bersama?
“Betulkah? Saya tak mengganggu kalian berdua kalau tinggal di sini?” tanya Maisarah tidak percaya.
Sheila menggelengkan kepalanya. “Mengganggu? Tidaklah. Saya lebih suka jika rumah ini ramai orang, tidaklah sunyi sangat.”
“Nantilah… Saya fikir dulu Sheila.” Maisarah tidak dapat memberikan keputusannya. Dia memandang Sheila dan Azizah silih berganti kemudian tersenyum. Senyuman penuh makna yang hanya dia seorang yang mengerti. Tidak disangka-sangka dia mendapat suatu yang amat baik pada hari itu!

Bab 12
DERIS memacu motorsikalnya dengan laju. Dia tertidur dan terlewat bangun. Sepatutnya dia sudah datang ke rumah Salim. Tetapi pagi itu dia terbabas tidur hingga ke pukul sepuluh pagi. Setelah mandi dan bersarapan, matahari sudah setinggi galah. Marahkah Salim nanti? Bisik hatinya. Semalam Salim meminta dia membantu membersihkan tanah di sebelah rumahnya. Salim punya projek yang hendak dilaksanakan. Projek yang masih dirahsiakannya sehingga kini.
Malangnya apabila dia tiba di pekarangan rumah Salim, pintu depan kelihatan tertutup rapat. Dahi Deris berkerut seribu. Ke mana pula jantan ni pergi? Rungutnya di dalam hati. Selama ini tidak pernah Salim pergi ke mana-mana. Lelaki itu bagaikan pelarian yang takut hendak berdepan dengan masyarakat. Dan pagi itu dia hilang dari rumah yang telah dijadikan tempat berteduh selama beberapa bulan lalu.
Dicelah pintu Deris ternampak secebis kertas yang terselit kukuh. Deris mendekati pintu dan menarik cebisan kertas itu. Ada sepotong nota yang ditinggalkan oleh Salim. Deris mengamati tulisan tangan Salim yang tampak begitu kemas dan cantik. Segera fikirannya mengagak… Salim bukanlah seorang yang buta huruf lagi bodoh. Tulisan itu sendiri amat cantik dan mempunyai nilai artistik.
Aku ke Kuala Lumpur selama tiga hari. Teruskan kerja kau walaupun aku tak ada. Pastikan aku melihat hasilnya kelak.
SALIM
Deris merenyuk kertas itu lantas mencampakkannya ke bawah rumah. Dia menghenyakkan punggungnya ke atas tangga batu, duduk termenung seorang diri. Matanya memerhati sekeliling. Angin berhembus damai. Gerisik angin yang mengusik dedaun seakan-akan berbisik. Deris kembali memerhati sekeliling. Sunyi. Tiada kehidupan dan manusia, melainkan dia seorang. Dia hairan bagaimana Salim boleh hidup seorang diri di situ. Deris bingkas bergerak ke arah motorsikalnya. Dia tidak berani untuk duduk lebih lama di kawasan rumah itu. Dengan motorsikalnya dia memecut pergi meninggalkan tempat itu.
PENJARA SUNGAI BULOH. Salim mendongak memandang bangunan penjara itu sebelum mendekati pintu gerbangnya yang tinggi menjulang. Setelah menunggu beberapa ketika di ruang yang disediakan, akhirnya dia dibenarkan menemui orang yang dihajati. Salim mendekati tingkap yang diperkemaskan dengan jejaring, menangkap seraut wajah yang tenang. Lelaki itu memakai kupiah putih. Tampak ketara perubahan pada wajahnya. Raut wajah itu tenang dan pasrah.
“Apa khabar? Akhirnya kau sudi datang…” Seru lelaki itu dengan tenang sebaik sahaja alat komunikasi itu dilekapkan ke telinganya.
Salim mengangguk. “Kau apa khabar? Aku kira kau baik-baik sahaja…”
“Aku sedang menanti saat-saat terakhirku, Lim.”
Salim diam. Sejenak dia mencari kata-kata yang tidak akan membuat Azizul merasa sedih. “Aku sudah lakukan apa yang kau pinta, Azizul. Tanah getah sudah ditebang dan kayu-kayu getah sudah terjual. Duitnya aku simpan dengan baik, hanya aku ambil dan gunakan sedikit sahaja. Rumah kau juga telah aku jaga dengan baik, malah aku upah seorang budak untuk membantuku…”
Azizul menganggukkan kepalanya. “Baguslah…” Katanya lambat-lambat. “Aku memang hendak menyerahkan segalanya itu pada kau Lim. Kau usahakan dan bangunkan tanah aku tu. Kau punya cita-cita yang tinggi. Kau mesti berupaya untuk bangkit semula Lim. Kau harus bangun untuk menjulang kejayaan. Bukan seperti aku… Kau memang bukan seperti aku!” Dia tunduk.
“Sebenarnya royalti buku perubatan yang aku tulis tu juga masih ada banyak. Aku juga telah meletakkan kau sebagai pewarisku.”
“Tapi kau… kau masih punya waris bukan? Bagaimana dengan adik kau? Dia akan menuntut bahagiannya kelak. Bagaimana dengan emak kau sendiri? Kau nak ketepikan kedua-dua waris kau tu?”
Azizul diam, menunduk dan berkata; “Emakku sudah lama tidak mengakui aku anak. Adikku dan emakku tu sudah berbelas-belas tahun tidakku temui. Mereka sudah lama melupakan kewujudanku.”
“Kau tak cuba mencari mereka? Atau mahu aku tolong carikan mereka?”
Azizul menggeleng. “Tak payahlah. Masa bagiku sudah terlalu suntuk. Bukankah aku dah katakan mereka tak langsung mengakui kewujudanku? Pernah aku menulis sepucuk surat kepada adikku tetapi tidak mendapat sebarang balasan darinya. Apalagi bila mereka tahu betapa aku ni seorang penjenayah…”
Kedua-duanya hilang kata-kata beberapa ketika kemudian suara Azizul memecah. “Berbaloi bukan? Aku telah menjadi seorang pembunuh dan hukuman sedang menantiku. Aku kira aku akan mati dengan penuh berani. Berani mengakui kesalahanku sendiri dan berani pula menghadapi hukumannya.”
Salim mengangguk. “Tiada orang yang seberani kau Az. Aku sendiri takut mati.” Akui Salim tanpa segan silu. “Semasa di dalam penjara aku langsung tak dapat tidur walaupun satu malam. Aku ketakutan dan merasakan bahawa tali gantung sentiasa menantiku. Walaupun peguamku sentiasa menasihati agar aku bersabar, bertawakkal, yakin serta percaya pertolongan akan datang…”
“Kau takut menghadapi kematian, kerana kau masih punya cita-cita. Cita-cita untuk hidup bersama dengan perempuan yang kau cintai dan menjadi seorang yang berpengaruh. Suatu masa hasrat kau itu akan tercapai. Aku mendoakan kejayaan kau walau di mana aku berada, barangkali dari dalam neraka…” Ucap Azizul cuba ketawa namun amat pahit.
“Hari Selasa depan, akan tamat dan berakhir riwayat seorang lagi insan di dunia ini. Aku rasa ini adalah ucapan selamat tinggal yang terakhir dari seorang kawan, satu-satunya kawan yang kau miliki Lim. Maafkan aku…”
Salim menganggukkan kepalanya. Saat itu dia terfikir bahawa kematian adalah suatu rahsia Tuhan dan hanya Dia yang tahu bagaimana seseorang hambaNya itu menemui ajalnya. Salim menelan airliur pahit.
“Ada satu soalan yang aku terlalu ingin tanyakan pada kau, Az.” Ujar Salim perlahan. “Kau telah pun memberikan testimonial untuk membebaskanku, tapi siapakah yang menjadi dalangnya? Semua rancangan yang kita atur bersama Mawarni untuk rampas syarikat Farhan, gagal. Aku turut kecundang dalam mempertahankan perhubunganku dengan Sheila. Aku dapat rasakan bahawa ada Mr. X yang telah mengarahkan kau agar membunuh Mazlina, Darus dan akhirnya Mawarni. Beritahu aku siapakah dia?”
Azizul tertawa pendek. “Kau bukan seorang detektif, kau tak akan tahu. Dulu, kau adalah seorang peguam yang baik.”
“Itu cerita lama! Aku dah pun menguburkan semua sijil yang aku miliki. Semuanya sudah tidak bererti…”
Pertemuan itu lantas disudahi dengan segera, setelah Azizul hilang keinginan untuk berkata apa-apa lagi biarpun Salim memujuk dan mendesak untuk mengetahui rahsia yang masih tersembunyi. Dia yakin dan percaya bahawa Azizul ingin membawa segalanya menghadapi Tuhan, sebagai satu balasan dosa-dosanya. Dan satu-satunya jasa yang dibuat adalah dengan memberikan surat akuan itu kepada Hakim lantas kebebasan yang dimiliki serta merta terjerat.
“Jika kau temui adik dan emakku, hanya ucapan ampun dan maaf… Hanya maaf sahaja yang sesuai, suatu perkataan yang aku paling benci suatu masa dahulu. Tetapi itulah kata-kata terakhir yang harus aku ucapkan pada sekian banyak orang yang pernah aku kenali.”
Salim melangkah keluar dengan langkah yang lemah. Menoleh sejenak ke arah bangunan itu sebelum benar-benar menjauhinya dengan azam yang kental untuk mencapai cita-cita. Dia akan berjaya menggenggam trofi kejayaan juga akhirnya, bukan sekadar menebarkan angan-angan di dunia yang penuh dengan fantasi semata-mata.
TANPA pengetahuan Azizah, mereka berdua telah mengatur rancangan. Gadis itu memandang kosong ke arah Maisarah yang mengangkat beg pakaian ke muka pintu bersedia untuk pergi bercuti bersama Sheila. Maisarah baru dua hari tinggal bersama mereka di rumah itu. Hubungannya dengan Sheila kelihatan begitu mesra, seolah-olah mereka dudah lama kenal antara satu sama lain. Sejak akhir-akhir ini Azizah merasakan dirinya kian tersisih.
Sheila begitu gembira, mengucapkan selamat tinggal pada Azizah dan berpesan tentang pelbagai perkara, terutama sekali yang berkait rapat dengan soal keselamatan. Pintu haruslah dikunci kemas. Pintu pagar juga mesti dikunci sebelum menjelangnya malam. Jangan menjawab sebarang panggilan yang mencurigakan terutama pada sebelah malam. Dan lekas-lekas menelefon balai polis sekiranya terdengar bunyi yang aneh berhampiran dengan rumah, begitulah pesanan-pesanan yang dilemparkannya pada Azizah.
Azizah sekadar mengangguk dan tidak bertanya ke manakah destinasi percutian kedua-dua gadis itu.
“Nampaknya kita yang paling lewat…” Kata Sheila sebaik sahaja keluar dari perut teksi. Sebuah bas sedang menunggu kedatangan mereka di hadapan pejabat. Sheila terburu-buru berjalan ke arah bas tersebut diikuti oleh Maisarah sambil menjinjit beg yang agak berat.
“Cepat!” Laung Jasman yang berdiri di muka tangga bas itu. Dia mengerut kening melihat Maisarah ada bersama Sheila saat itu. Hancur musnah harapannya untuk menemani Sheila sepanjang percutian ke Taman Negara. Kehadiran Maisarah pasti akan menghalang niat yang tertanam di hatinya.
Bas tiba di Jerantut setelah menempuh perjalanan selama satu jam dari Mentakab. Dari Kuala Tembeling mereka menaiki bot ke Kuala Tahan. Sebenarnya perjalanan itu boleh juga diteruskan melalui jalan darat, tetapi keseronokannya mungkin akan berkurangan. Kebanyakan pelancong luar juga memilih untuk menaiki bot, mudik ke Kuala Tahan.
Meskipun pertama kali menaiki bot, bagi Sheila ianya adalah satu pengalaman yang sangat menyeronokkan. Biarpun dia takut menghadapi sungai yang terbentang luas dan pastinya berair dalam tetapi bot yang meluncur laju dan angin yang membelai muka mampu membuat dia lupa sejenak pada segala-galanya.
Jasman duduk di buritan, memerhati gelagat gadis-gadis itu yang seronok menghulur tangan bermain air di bibir bot tertawa sendiri sekali sekala. Menjeling Sheila yang juga begitu seronok, membuat hatinya kembang. Sangkanya Sheila tidak ingin menyertai rombongan itu tetapi keputusan yang dibuat gadis itu di saat-saat akhir agak mengejutkan. Lebih mengejutkan apabila adanya Maisarah bersama mereka di dalam bot itu kini. Dia lihat Maisarah dan Sheila langsung tidak berenggang. Entah bila masanya mereka berdua menjadi begitu rapat dan akrab.
Matahari masih terik ketika mereka tiba di pengakalan jeti Kuala Tahan. Masing-masing sibuk mengangkat beg untuk naik ke jeti. Tangga untuk naik ke tebing begitu tinggi. Termengah-mengah dan sendat dada mereka menarik nafas untuk tiba ke darat. Mereka sudah pun menempah chalet. Mutiara Resort Taman Negara sentiasa mengalu-alukan kedatangan tetamunya. Resort yang dibina daripada kayu dan bercat coklat gelap itu begitu memukau dan mereka tidak sabar untuk masuk dan membaringkan tubuh yang kepenatan.
Sheila dan Maisarah memang berhasrat untuk tinggal bersama di dalam satu chalet dan hasrat itu terpenuh. Chalet yang mereka diami berhampiran dengan jalan, tidak terlalu jauh ke dalam dan dikelilingi oleh pepohon bunga kertas dan orkid. Sheila dan Maisarah melangkah masuk dan meletakkan beg di tepi katil. Dia tidak sempat untuk melihat siapakah penghuni sebelah chalet mereka tetapi Sheila berharap penghuninya bukanlah Jasman. Dia tidak ingin berada berdekatan dengan anak muda itu.
Setelah berehat sejenak, barulah Sheila dan Maisarah keluar untuk menikmati makan malam di Mutiara Café. Maisarah menghela tangan Sheila, mencari tempat duduk yang tersorok dan menemui meja yang benar-benar mengadap ke Sungai Tembeling. Ketika sedang menikmati makanan, dia terlihat Jasman masuk ke café, keseorangan. Dia kelihatan tercari-cari. Pemuda itu terlihat Kak Wan serta suami dan anak-anaknya sedang makan di bahagian dalam café tersebut. Tidak mungkin dia mahu mengganggu keluarga Kak Wan. Akhirnya dia memilih untuk bersendirian.
“Tengok! Kasihan pula si Jasman tu…” Kata Sheila. “Dia makan seorang. Agaknya dia memang tak nampak kita di sini. Memang tersorok sedikit meja ni, dilindungi dek pokok-pokok bunga tu!”
“Biarlah!” Balas Maisarah. “Lebih baik dia keseorangan. Baru padan dengan mukanya!”
Sejurus kemudian tiga sekawan, Angela, Marina dan Lydia muncul bersama pasangan masing-masing. Begitu romantik sekali bagaikan mereka datang ke situ untuk berbulan madu. Sheila memerhati dari jauh. Setiap kali dia melihat pasangan kekasih saling bergandingan, tiba-tiba dia merasakan satu kekurangan pada dirinya. Rasa kehilangan kian terasa menyentuh hatinya… Saat itu dia bagaikan mahu menangis sekuat hati. Dia hanya mampu menggigit bibirnya dengan kuat. Maisarah menghulur tangannya ke arah Sheila lantas menggenggamnya dengan erat tangan gadis itu.
Dia mengerti apa yang mengusik hati Sheila daripada pandangan gadis itu yang asyik melihat pasangan kekasih saling bergurau senda.
“Kita balik ke chalet… Saya rasa mengantuk. Perut pun dah kenyang, apalagi tidur ajelah.”
Sheila mengangguk. Itu sahaja pilihan yang mereka ada. Terasa hati kurang enak hendak bersiar-siar di tempat yang dikelilingi hutan itu. Jalan raya yang diturap menghalakan ke chalet terang disimbahi cahaya lampu. Pelbagai spesies bunga menghiasi sepanjang jalan itu kelihatan indah dan terjaga. Sheila sempat membayangkan, kalaulah dia bersama Andy Farhan, saat ini tentulah dia tidak akan masuk tidur begitu awal! Pastilah mereka akan duduk di berenda chalet, menikmati malam yang dingin itu diselangi oleh nyanyian cengkerik.
Setelah berbaring di atas katil masing-masing, mata Sheila enggan tertidur. Malam masih terlalu awal untuk melelapkan mata. Suasana sekeliling sunyi sepi, seolah-olah semua makhluk yang hidup sudah pun tidur nyenyak. Chalet itu langsung tidak dibekalkan dengan televisyen. Kemudahan asas agak terbatas. Mujur juga masih ada tenaga elektrik dan air. Cuma untuk beberapa malam ini mereka akan merindui kehadiran televisyen dalam hidup mereka. Mujur juga Sheila sempat membawa buku dan majalah.
Dia menjeling ke arah katil Maisarah dan mendapati perempuan itu sudah pun tertidur. Sheila memerhati sekeliling ruang yang sepi itu. Sofa kaku dengan lampu berterendak di atas meja kecil yang dibiarkan terpasang. Dia cepat-cepat menarik selimut, tiba-tiba merasa takut pada kesunyian dan kesepian. Di kejauhan bagaikan terdengar pelbagai bunyi yang aneh. Apakah itu hanya perasaannya sahaja.
Menjelang tengah malam dia terjaga. Lampu sengajakan tidak dipadamkan. Dia tidak ingin tidur dalam kegelapan di tempat yang asing itu. Sheila memerhati Maisarah yang berbaring di katil sebelah. Tubuh gadis itu bergerak-gerak, dia bangun dari katilnya dan terhuyung-hayang berjalan ke arah katil Sheila.
“Sheila…” Serunya perlahan dan lembut.
“Saya sejuk…” Dia terus merebahkan tubuhnya di sisi Sheila. Gadis itu terpaksa bergerak ke tepi dinding untuk memberi ruang kepada Maisarah. Katil itu terlalu kecil jika harus dikongsi berdua.
“Nak I tutup air-cond tu?…” Tanya Sheila perlahan, tetapi dia tidak mendapat jawapan. Hanya dengkur halus Maisarah terdengar dan tangan perempuan itu sudah berlingkar di pinggangnya. Sheila mematikan diri, membiarkan sahaja Maisarah memeluknya. Dia sebenarnya juga ketakutan dan kedinginan.
Sheila terjaga di awal pagi. Maisarah masih terus tidur di sebelahnya. Sheila bangun perlahan-lahan agar tidak mengejutkan gadis itu. Dia masuk ke bilik air untuk berwuduk dan bersolat biarpun dia tahu waktu subuh sudah tiba di penghujungnya. Sebaik sahaja selesai bersolat, dibukanya jendela berbingkai kayu yang terletak berdekatan dengan sofa. Kebetulan di waktu yang sama, tingkap chalet sebelah juga terbuka dan dia terus terpandangkan wajah itu.
“Hai! Selamat pagi…” Sapa Jasman ramah.
Sheila cuma tersenyum tetapi tidak berusaha untuk meninggalkan jendela itu. Tidak mungkin dia akan berbuat demikian kerana panorama di luar yang menghijau, udara yang nyaman serta bunyi kicau burung-burung yang merdu sekali. Ada pohon geronggang berdekatan dengan chalet dan di situlah burung murai sedang bernyanyi girang menyambut sinar mentari. Sheila asyik memerhati burung di atas dahan pokok itu, kerana dia tidak ingin memandang muka Jasman yang terus tersenyum ke arahnya. Pokok kayu geronggang biasanya banyak terdapat di Sabah, Sheila cuba mengingat artikel yang pernah dibacanya. Kayu tersebut selalu digunakan untuk menghasilkan papan panel, venir dan papan lapis. Itulah antara keistimewaan Taman Negara. Semua pokok-pokok di situ dilekatkan dengan tanda nama. Sebenarnya Sheila pun pertama kali melihat pokok geronggang tersebut.
“Dah sarapan?” Tanya Jasman tidak putus asa biarpun Sheila mulai menunjukkan sikap dinginnya.
“Masih awal lagi. Baru pukul tujuh…”
“Kalau cuti-cuti macam ni I cepat lapar. Jom sarapan!” Ajak Jasman beria-ria biarkan Sheila bersikap tidak peduli.
“Tak apalah! You pergi dulu. I tunggu Sarah. Dia belum bangun lagi…”
Jasman tersengeh. “Oklah. You tunggulah dia. Tapi pukul sembilan pagi nanti kita semua berkumpul untuk sama-sama pergi ke titian canopy dan Bukit Teresek.” Beritahu Jasman.
Sheila hanya mengangguk.
Tepat seperti yang dijanjikan mereka berkumpul dan memulakan perjalanan ke titian kanopi. Meredah hutan yang berdenai kecil itu memang satu pengalaman baru bagi Sheila. Untuk tiba di pintu masuk titian kanopi mereka harus berjalan sejauh 1-5 kilometer. Jalan denai itu yang selebar tapak kaki, terkadang berbukit, memaksa mereka mendaki dan menuruni cenuram, namun ada disediakan tali untuk tempat berpaut. Sheila tidak menyangka perjalanan itu bukanlah mudah. Baru setengah jam perjalanan peluh sudah meleleh membasahi wajah. Bajunya sudah basah lejut. Tetapi semua yang ada di situ tetap gembira dan berbual di sepanjang perjalanan.
Sesekali Sheila menoleh dan terlihat Jasman masih ada mengikut dengan setia di belakangnya, sementara Maisarah berjalan di hadapan dengan lincah dan cergas. Sesekali dia menoleh ke belakang bertanya pada Sheila; “Penat?”
Sheila mengangguk sahaja.
“Masih jauh ke untuk ke sampai ke titian kanopi, abang Jas?” Tanya Marina yang berjalan di hadapan Maisarah, menoleh mencari muka Jasman yang berjalan di belakang sekali.
“Tak jauh…Kat depan ni ada tempat rehat. Kalau penat duduklah sekejap.” Beritahu Jasman, bagaikan seorang pemandu pelancong lagaknya. Disebabkan dia sudah pernah pergi ke situ, maka bila timbul masalah atau kemusykilan semua orang akan merujuk kepadanya.
Tidak lama kemudian mereka tiba di tempat rehat pertama. Di situ terlihat dua persimpangan. Salah satunya menuju ke Bukit Teresek dan satu lagi menghala ke titian kanopi. Semua yang ada di situ mengambil kesempatan untuk duduk sebentar, bagi merehatkan kaki yang lenguh. Sepuluh minit kemudian mereka meneruskan perjalanan ke titian kanopi.
“You takut Sheila?” Tanya Jasman apabila Sheila teragak-agak untuk melalui titian gantung tersebut. Rasa hatinya kecut, melihat pucuk-pucuk pokok yang tinggi menjulang berada di bawah kakinya. Setiap kali melangkah titian itu akan berenjut-enjut dan bergoyang bagaikan buaian. Rasa badannya seperti mahu demam setiap kali hendak melangkah. Dia benar-benar takut untuk meneruskan perjalanan di atas titian tersebut.
Agh! Ini baru sahaja titian yang dibuat manusia bisik hatinya. Titian kanopi tersebut adalah ilham daripada orang Amerika, begitu menurut cerita renjer yang bertugas. Kemudian tugas itu disambung oleh perhilitan Sabah dan Taman Negara sendiri sehingga ianya mempunyai jarak sejauh 230 meter.
Bagaimana pula dengan titian silaturmustaqim kelak? Dapatkah dia hendak melintasinya? Titian yang sehalus rambut di belah tujuh. Dengan kekuatan dan kudrat apa yang dia ada, jika bukan iman dan takwa?
“Sheila!… Jangan pandang bawah!” Kata Jasman yang terus setia di belakangnya. Sheila mencari kelibat teman-temannya yang telah jauh berada di hadapannya. Dia juga nampak Maisarah sudah berada di pondok perhentian yang terletak benar-benar di tengah hutan yang menghijau. Gadis itu melambai-lambai tangan ke arahnya dengan girang. Suara riuh memecah di sepanjang titian itu, tapak kaki mereka juga terdengar. Cuma Sheila sahaja yang masih belum mampu menggerakkan kakinya.
“I takut…” Seru Sheila perlahan. Mukanya pucat memandang Jasman yang berada lima meter di belakangnya. Sheila terpaksa meneruskan perjalanan dengan berjalan perlahan-lahan, tangannya memegang kuat kedua-dua selusur yang dibuat daripada tali itu. Akhirnya dia tiba juga ke pondok perhentian yang pertama dengan susah payah. Peluh terus memercik ke seluruh mukanya. Jasman kini sudah berdekatan dengannya. Dia mengurut dada kelegaan akhirnya dia dapat menyudahkan satu perjalanan. Pun masih banyak lagi titian yang harus ditempuhi.
“Masih panjang lagi ni…” Kata Jasman. “Tengok mereka tu dah sampai ke perhentian seterusnya dan kita masih lagi di sini. Jom! Lekas…”
“Jasman! I takut! I sebenarnya gayat.” Akui Sheila perlahan, rasa malu yang amat sangat. Dia memandang Jasman, ingin mencari perlindungan. Jika yang berhadapan dengannya kini adalah Andy Farhan, pasti dia sudah melepaskan ketakutan di dada lelaki itu. Tetapi Jasman masih terlalu asing, biarpun hatinya menyatakan dia tidak sanggup untuk meneruskan keterasingan itu. Dia rasa amat terseksa, menahan perasaan.
“Hmmm… Kalau boleh I nak dukung you…” Kata Jasman tersenyum. “Walau apa pun I percaya, you can do it Sheila! Mari kita teruskan. I akan sentiasa ada di belakang you, OK?”
Benar seperti kata Jasman, akhirnya dia dapat menyudahkan perjalanan sejauh 230 meter. Jasman dan Sheila orang terakhir yang turun daripada titian silara. Mereka terus ke tempat perhentian di mana semua teman-teman menanti.
“Kenapa lambat sangat?” Tanya Maisarah apabila melihat Sheila muncul dari arah denai dengan muka yang berpeluh lebat. Sementara Jasman berada di belakangnya hanya tersenyum panjang apabila semua orang menyoal di atas kelewatan mereka berdua.
“Terus ke Bukit Teresek?” Sheila tidak mempedulikan pertanyaan Maisarah sebaliknya bertanya pula. Kak Wan menjawab bagi pihak semua; “Rehat dulu. Penat gila…”
Masing-masing sibuk membuka botol minuman dan meneguknya dengan penuh nikmat. Ketika mereka sedang berehat, ada sekumpulan terdiri daripada pelancong luar negara yang baru turun daripada Bukit Teresek. Mereka diketuai oleh seorang pemandu pelancong tempatan. Mereka sempat berbalas senyum sebelum meneruskan perjalanan. Di wajah pelancong itu terlihat satu kepuasan walaupun dalam keadaan keletihan.
Jasman duduk di sebelah Sheila, menawarkan botol berisi air mineral kepadanya. Kali ini Sheila tidak membantah malah membiarkan bahu mereka bersentuhan. Air botol mineral itu diambil dari tangan Jasman lantas terus diteguknya. Memang tekaknya terasa amat kering. Maisarah memerhati dari jauh dan tidak semena-mana datang ke sisinya.
“Eh, saya ada bawa oren jus ni Sheila…”
“Tak apalah, I tak nak minuman yang manis.” Penolakan itu membuat Maisarah terdiam.
Suami Kak Wan, Abang Dahlan bangun lebih dahulu daripada yang lain-lain. “Jom kita panjat Bukit Teresek pula…” Ajaknya. Mereka semua mulai menyapu punggung dan bangun daripada pangkin kayu. Tetapi Sheila tidak bergerak dari tempat dia duduk.
“You tak nak pergi?” Jasman bertanya.
“I dah tak larat….” Akui Sheila perlahan. “You tak tengok betapa letihnya I semasa berjalan di atas titian kanopi tu tadi. Letih dan gayat pula. Hmmm… Taubat. I tak ingin nak naik lagi. Orang lain seronok melihat panorama sekeliling tetapi I tutup mata. Apalah ertinya. Lebih baik I balik…”
“You nak balik? Berani ke?” Tanya Jasman tidak percaya.
“Kenapa pula takut. I rasa I berani… Lagipun kumpulan mat salih tadi tu baru aje berlepas. Tentu mereka tak jauh dari sini kalau I cepat-cepat menjejaki mereka.”
“OK. Take care. Hati-hati. Di sini ada harimau tau!” Jasman menyakat.
“Harimau?”
“Renjer tadi tu cakap memang ada harimau tetapi ia tak usik orang. Jinak. Kalau harimau jantan mungkinlah dia akan cuba mengorat you!”
“Karut!” Rungut Sheila, ketawa pendek.
Jasman terus memanjat denai menghala ke Bukit Teresek. Kumpulan kawan-kawannya sudah hilang di sebalik denai yang tinggi berbelit-belit itu.
Sheila memerhati sekeliling alam yang menghijau. Hanya pokok-pokok pelbagai jenis yang mengelilinginya kini. Sheila sempat membacanya satu demi satu, di setiap langkah yang diatur menuruni cenuram itu. Antaranya, pokok tembusu hutan, putat, merbau, meransi, medang teja, tualang serta banyak lagi. Dia senyum sendiri ketika terbaca label yang terpamer di sebatang pokok. “Pokok Gigi buntal.” Katanya seorang diri. Dia memerhati sekeliling, baru menyedari bahawa dia keseorangan di tengah-tengah hutan itu.
Tiada suara manusia lagi melainkan unggas… Dia segera mempercepatkan langkahnya melalui denai yang tadi ditempuh oleh kumpulan mat salih itu untuk kembali ke Mutiara Resort. Dia bagaikan masih terdengar-dengar suara perbualan mereka yang sayup-sayup. Sheila pantas melangkah. Dia memerhati ke belakang ke arah denai yang baru ditinggalkan. Suasana terasa kosong, tiada berorang langsung. Di hadapannya terdapat dua persimpangan dengan tanda anak panah. Dia mengikuti jalan di sebelah kiri, yakin jalan denai itu akan membawa dia kembali ke Mutiara Resort.
Semakin jauh dia berjalan, dia merasakan jalan itu kian gelap. Pokok-pokok di kiri kanannya tambah besar dan merimbun. Setiap pokok-pokok itu pula sudah tiada lagi dilabelkan dengan sebarang nama. Dia memerhati sahaja ke arah pokok-pokok yang besar dengan perasaan gerun. Namun dia tetap meneruskan langkahnya dengan yakin. Ke mana menghilangnya kumpulan mat salih tadi? Bisik hatinya. Takkanlah begitu cepatnya mereka itu bergerak. Tadi dia yakin benar masih mendengar suara mereka walaupun sayup. Sheila mempercepatkan langkahnya. Sesekali dia menoleh ke belakang. Jalan yang ditinggalkannya tetap kosong. Betulkah jalan yang dipilihnya ini? Hatinya berbisik. Seingatnya sudah dua kali dia memasuki simpang…Apakah dia sudah sesat? Jalan itu terasa kian sempit dan pokok-pokok yang mengelilinginya terasa kian padat serta matahari langsung tidak menembusi daun-daun di atas kepalanya. Sesat? Bisik hatinya lagi tidak pasti. Serta merta langkahnya terhenti. Dia mesti berpatah balik semula ke belakang.

Bab 13
“MEMANG pernah ada orang sesat…” Kata pegawai yang bertugas di kaunter maklumat jabatan perhilitan. “Beberapa tahun lepas. Ada seorang mat salih tu sesat sampai sekarang tak jumpa. Kat chaletnya tersimpan duit berpuluh ribu US tidak terusik. Hingga sekarang kehilangannya masih satu misteri. Tak tahulah samaada dia sudah dapat keluar melalui negeri Terengganu atau mati di dalam hutan tebal itu dibaham binatang.”
“Apakah mungkin kawan saya ni dah sesat?” Tanya Jasman dengan wajah membayangkan kerisauan. “Sepatutnya dia balik lebih awal dari kami. Tapi dah pukul dua petang ni tapi masih juga belum balik-balik lagi…”
Pegawai itu terdiam sejenak kemudian bersuara; “Nanti saya akan hubungi renjer yang bertugas. Mungkin dia sesat. Mereka boleh cari. Mesti dia masih berada di kawasan berhampiran titian kanopi. Jangan risau.”
Pegawai itu menghubungi rakan-rakan renjer yang bertugas melalui walkie-talkie. Selesai bercakap dia berpaling pada Jasman dan berkata; “Mereka akan cari dia… Jangan bimbang. Cuma saya harap dia tidak akan pergi jauh. Sebab kalau dia dah masuk ke sempadan Terengganu memang susah nak jumpa…Tapi mustahillah! Sekurangnya berjalan dua hari baru sampai ke sempadan.”
Kata-kata itu membuat Jasman bertambah risau. Dia menoleh ke arah Maisarah di sisinya yang sejak tadi mendiamkan diri sahaja. Dengan isyarat mata dia mengajak Maisarah beredar dari situ. Mereka berjalan kembali ke chalet tanpa sepatah kata. Tiba di hadapan chalet Jasman bersuara; “I nak pergi cari dia…”
“Untuk apa? Biar renjer tu buat kerja diaorang. Kita tunggu sahaja hasilnya…” Kata Maisarah sambil memandang tepat ke muka Jasman. “Tak payah you nak jadi hero!”
“I bukannya nak jadi hero, OK? Kenapa you marah bila I nak cari Sheila?”
“I bukannya marah…”
“Habis, apa hak you nak larang?”
“Yalah. Suka hati you lah. Jangan nanti orang dah jumpa Sheila, you pula yang hilang!”
“Nonsense!”
Jasman terus berjalan laju melalui jalan berturap tar yang menghala ke arah hutan. Penghujung jalan berturap tar sudah pun terputus, dan di hadapannya kini dikepung hutan. Jasman berjalan memasuki denai dengan langkah berhati-hati. Dia tidak kisah harus bersendirian tetapi yang paling penting dia mesti menemui Sheila. Jasman meraba-raba telefon bimbitnya dan mengeluarkan alat komunikasi itu daripada dalam poket seluarnya. Sial! Telefon bimbit langsung tidak boleh digunakan di tempat terpencil ini… Marahnya di dalam hati. Bawa telefon pun tak ada gunanya!
Setelah berjalan lebih kurang sejam masuk ke dalam hutan, dia mulai meneriakkan nama Sheila. Gema suaranya memecah jauh dan jauh… Namun tiada sebarang sahutan. Hanya suara unggas dan nyamuk yang bernyanyi di hujung telinganya. Peluh sudah memercik ke seluruh badan dan mukanya sudah berminyak. Dia kepenatan. Baru teringat bahawa dia tidak membawa sebarang bekalan. Di sebalik selekoh muncul susuk tubuh dua orang lelaki serta suara mereka bercakap terdengar jelas. Melihat pakaian mereka yang berwarna biru gelap serta bertopi yang bertulis perhilitan Taman Negera dia yakin mereka itu adalah renjer bertugas.
“Saya cari kawan saya…” Beritahu Jasman tanpa dipinta. Renjer itu menganggukkan kepalanya. “Tadi awaklah yang menjerit-jerit memanggil nama perempuan tu?” Kata salah seorang renjer itu sambil tersenyum-senyum.
“Risau sangat nampaknya! Girlfriend awak ke?” Tanya salah seorang renjer yang bertubuh agak rendah serta gemuk sedikit daripada rakannya sambil terus ketawa lembut.
Jasman mengangguk sahaja.
“Kami dah cari di sebelah sana…” Beritahu renjer itu lagi sambil menunjuk ke satu arah. “Tak jumpa. Tapi belum cuba lagi di sebelah barat. Jalan rintis hutan ni terus ke Jenut Muda…” Beritahu renjer itu sambil menunjuk ke arah satu simpang tidak jauh di hadapan mereka.
“Yang sebelah utara itu jalan ke Bukit Teresek. Dari Bukit Teresek juga ada rintis hutan yang menghala ke Bumbun Tabing.”
“Biar saya terus mencarinya ke utara…” Kata Jasman.
“Janganlah pergi berseorangan. Jalan ni memang boleh sampai terus ke Lata Berkoh. Tetapi saya tak fikir dia menghala ke utara. Saya rasa dia telah pergi ke kawasan timur…”
“Barangkali sempadan Terengganu!” Balas salah seorang renjer. Mereka saling berpandangan seketika. “Awak balik dulu ke resort. Kami akan aturkan satu kumpulan yang lebih besar untuk mencarinya.” Janji renjer itu lagi sambil menepuk bahu Jasman.
Jasman terpaksa akur. Dia terus berpatah ke belakang melalui jalan yang ditempuhinya tadi. Sheila! Di mana kau Sheila? Bisik hati Jasman di sepanjang jalan. Pada mulanya Jasman memang ingin pulang ke resort. Tetapi tika dia terlihat satu simpang yang tidak bernama, dia mengambil keputusan untuk mengikut jalan rintis itu dengan satu harapan. Manalah tahu kalau-kalau dia akan bertemu dengan Sheila.
SHEILA benar-benar lelah. Seingatnya telah dua jam dia berjalan tanpa henti. Akhirnya dia tidak mampu untuk berjalan lagi. Kakinya terasa amat letih. Dia memegang botol air mineral yang diberikan oleh Jasman sebelum mereka berpisah beberapa jam tadi. Air minuman itu tinggal sedikit sahaja lagi. Dia tidak boleh menghabiskan minuman itu. Dia harus menyimpannya sedikit.
Dia memerhati jam di tangan kirinya. Sudah hampir pukul tiga petang. Bermakna sudah empat jam dia berseorangan di dalam hutan itu. Sheila terasa seperti ingin menjerit tetapi dia benar-benar tidak berdaya. Dia terduduk di atas akar kayu yang besar. Meskipun dia masih mengikut denai yang dirintis oleh renjer perhilitan, tetapi tiada tanda-tanda bahawa jalan itu selalu dilalui orang. Sheila terduduk mengenangkan nasib diri. Dia menangis sendirian di situ. Saat itu dia terkenang pada Andy Farhan. Hatinya tambah sayu dan pilu…
Bunyi gerisik angin serta ranting-ranting pokok mengejutkannya. Segera dia berpaling. Apa yang dibayangkannya saat itu adalah seekor harimau ganas yang akan menerkam ke arahnya. Tetapi dia lebih terperanjat apabila melihat sesusuk tubuh manusia. Serta merta Sheila bangun dan berdiri tegak. Orang itu tidaklah begitu tinggi, tetapi wajahnya yang buruk serta berjambang lebat amat menakutkan Sheila jika dibandingkan dengan seekor harimau. Matanya yang kecil terperosok ke dalam umpama tengkorak itu memandang tajam ke arah Sheila. Jarak mereka tidak begitu jauh hingga Sheila dapat melihat dengan jelas pakaiannya yang kusam dan selekeh.
Lelaki itu tidak bersuara apa-apa, hanya matanya sahaja yang memandang tajam ke arah Sheila. Saat itu Sheila terdengar suara bergema memecah kesepian hutan. Suara itu melaungkan namanya dengan kuat dan semakin jelas. Sheila terlonjak kerana suara itu terasa amat dekat. Dia kenal suara Jasman yang tidak putus-putus memanggil namanya.
“Jasman!” Balas Sheila dengan suara yang kuat, lantas terus mengejutkan lelaki yang berdiri di tengah-tengah denai. Sebaik sahaja Jasman muncul di belakang Sheila, lelaki itu menghilangkan diri di celah-celah pokok yang rimbun.
Sheila meluru ke arah Jasman penuh rasa syukur. Dia terus memeluk Jasman tanpa sedar, merasakan lelaki itu adalah penyelamat yang akan membawa dia keluar daripada hutan yang menakutkan. Beberapa ketika dia hilang suara, hanya nafasnya yang tadi mengah kini kian teratur di dalam dakapan hangat lelaki itu.
“Jom, kita balik…” Kata Jasman, mengejutkan Sheila bahawa dia masih memeluk tubuh lelaki itu tanpa rasa malu. Sheila tersipu-sipu, pantas menarik tangannya yang berlingkar di pinggang Jasman. Dia mengorak langkah terlebih dahulu sementara Jasman mengekorinya dari belakang. Jasman langsung tidak bertanya tentang lelaki yang dilihatnya di dalam hutan tadi. Sheila yakin Jasman juga ternampak lelaki itu sebelum dia menghilangkan diri.
Maisarah menyambutnya di muka pintu, memeluk dengan erat sambil berkata bahawa dia belum jua menjamah makanan tengahari. Perutnya terus lapar apabila terlihat wajah Sheila. Sheila tersenyum dalam keharuan melihat semua kawan-kawan berkumpul di hadapan chalet apabila mengetahui dia telah pulang bersama Jasman. Lain kali dia berjanji tidak akan berpisah dengan teman-teman sekiranya mereka masuk lagi ke dalam hutan. Tetapi Sheila memang tidak punya hati lagi untuk memasuki hutan biarpun keesokan hari masih ada rancangan yang akan dilaksanakan oleh rakan-rakannya.
Marina dan kawannya berhasrat hendak menaiki bot laju merentas Sungai Tahan. Sungai itu bermula daripada puncak Gunung Tahan dan bersambung dengan Sungai Tembeling di Kuala Tahan. Melalui jeram yang cetek dan berbatu memang menyeronokkan bagi mereka yang sukakan cabaran. Maisarah pula ambil keputusan untuk mengikut Kak Wan dan keluarganya memasuki gua. Banyak terdapat gua di Kuala Tahan antaranya adalah Gua Telinga, Gua Kepayang, Gua Daun Menari dan Gua Luas. Mereka punya pelbagai rancangan yang menarik tetapi bagi Sheila dia lebih rela duduk berehat di dalam chalet sahaja.
“OK, nanti apa cerita yang akan you sampaikan pada Azizah?” Tanya Maisarah sambil bersiap-siap pada pagi itu. Sheila yang masih berbaring di bawah selimut hanya mengangkat kening.
“Agaknya cerita you sesat dan telah diselamatkan oleh hero yang bernama Jasman.” Biarpun kata-kata penuh sindiran itu mengandungi kebenaran tetapi dia tidak akan sesekali menceritakannya pada Azizah. Pasti gadis itu tidak akan menyukainya sama sekali. Bukankah Azizah terlalu obesess terhadap kisah percintaannya dengan Andy Farhan.
“Sekurang-kuranglah ikutlah kami ke Lata Berkoh untuk mandi manda dan berkelah pada hari esok… Masih ada dua hari lagi kita di sini, takkanlah you sekadar nak duduk di chalet membaca majalah.”
“Betul… I takkan ke mana-mana melainkan di sini sahaja sepanjang hari. Pergilah bergembira.” Kata Sheila. Dia tidak ingin Maisarah membatalkan rancangan semata-mata kerana dia tidak ingin mengikutnya bepergian.
“OK.” Maisarah memandang padanya dengan rasa terkilan. Dia berharap Jasman tidak akan membatal niat untuk menjelajah hutan, pergi memasuki gua serta melihat rumah orang asli. Maisarah terus menyarung kasut di muka pintu. Saat itu Jasman pula muncul di hadapannya.
“Sheila mana?”
“Dia masih di atas katil. Tak mahu keluar ke mana-mana. Katanya hendak memerap sahaja di chalet.”
Jasman kelihatan mengeluh hampa. Dia mengambil tempat duduk di berenda chalet, memerhati sahaja Maisarah yang sudah siap mengenakan kasut snikersnya.
“Hmmm… You pun dah hilang mood hendak mengikut kami?” Tanya Maisarah.
“You pergilah dulu. Lagipun I dah pergi ke gua tu pada tahun lepas. Semua tempat I dah jelajah…”
“Yalah. Baguslah you lebih rela temankan Sheila daripada menikmati alam flora dan fauna di Taman Negara ni. Sia-sia ajelah datang ke sini…” Maisarah terus menyindir.
“Jangan menyibuklah!”
Dengan berat hati Maisarah terpaksa meninggalkan Jasman di berenda chalet. Dia tidak ingin melepaskan peluang yang ada untuk melihat gua-gua tersebut kemudian berkelah dan mandi mandi di Lata Berkoh. Mungkin peluang itu hanya sekali sahaja di dalam hidupnya.
Sheila terkejut melihat Jasman duduk di berenda chaletnya sedangkan kawan-kawan yang lain semuanya sudah keluar. Namun hatinya senang kerana dia tidaklah keseorangan seperti yang disangkanya tadi… Tiba-tiba dia benar-benar takut apabila harus ditinggalkan keseorangan walaupun dia tahu di kawasan chalet itu terdapat ramai orang. Bagaimana jika lelaki misteri yang dilihatnya di hutan semalam tiba-tiba muncul di saat-saat dia keseorangan di chalet?
Di matanya masih terbayang-bayang wajah lelaki yang menakutkan di dalam hutan semalam. Apakah Jasman turut melihat lelaki itu?
“Jasman, apakah you nampak seorang lelaki yang berdiri tidak jauh di hadapan I semalam?” Sheila bertanya lembut.
“Lelaki? Tak I tak nampak sesiapa pun!” Jawab Jasman pantas dan penuh yakin.
Muka Sheila pucat. Kini dia tidak yakin lagi pada matanya sendiri. Apakah yang dilihatnya semalam adalah orang atau… Dia tidak berani memikirkan kemungkinan itu. Tiba-tiba sahaja dia bagaikan terlompat dan terus duduk berhimpitan dengan Jasman di atas berenda itu.
“Kenapa?” Jasman bertanya kehairanan, tetapi hatinya senang kerana Sheila benar-benar dekat dengannya kini. Perubahan itu tidak pernah diharapkannya.
“Tak ada apa-apa…” Jawab Sheila perlahan dengan suara yang menggeleter. Lama dia terdiam kemudian berkata; “Maaf. Selama ini I bersikap kasar terhadap you.”
Jasman tersenyum. “You sebenarnya seorang yang baik hati. You amat takut melukakan hati orang lain. Sebenarnya you tak langsung menyakitkan hati I, Sheila.”
“Tapi sikap I memang teruk. You baik terhadap I tetapi I selalu buat tak tahu sahaja. I menyesal. I rasakan I seorang kawan yang jahat dan kejam.”
“Tak Sheila… Apa jua sikap dan tindakan you terhadap I memang patut. I selalu ganggu you dengan gurauan yang buat you serba salah. I takkan buat you serba salah lagi, OK?”
Sheila diam. Dia mengangguk lambat. “Execuse me… I nak pergi sarapan. You nak ikut?” Jasman sudah bangun, menjauhi Sheila yang masih lagi menghimpitnya.
Sheila mengangguk. “Beri I masa sepuluh minit untuk mandi dan bersiap.”
Jasman mengangguk. “I tunggu you di jeti. Kita naik bot pergi makan di restoran atas rakit di seberang Kuala Tahan.” Katanya sambil terus melompat turun dari berenda.
Sheila memerhati sahaja langkah Jasman yang sudah berada di atas jalan. Lelaki itu bersiul perlahan sambil terus melangkah. Sheila asyik memerhati tubuhnya yang tinggi lampai itu. Hmmm… Jasman! Keluhnya sendirian. Dia sudah mulai menyukai anak muda itu.

Bab 14
“AKU sebenarnya tidak pernah jatuh cinta. Aku tidak pernah menyintai seorang gadis pun, sebagaimana rasa cintaku pada gadis ini…” Beritahunya dengan suara yang lirih sambil menunjuk ke arah sekeping gambar. Gambar yang sentiasa dibawanya ke mana-mana.
“Dia adalah cinta pertama abang?” Tanya Deris mulai mengerti. Semakin lama bersama Salim dia semakin selesa, memahami situasi lelaki itu yang terperangkap dalam seribu dilemma.
“Ya, Sheila adalah gadis pertama yang aku cintai. Yang pertama dan terakhir. Malah kami telahpun bertunang dan hampir-hampir akan berkahwin, sebelum lelaki itu muncul dalam hidup Sheila. Dia yang suatu masa pernah menjadi sahabat akhirnya menjadi seteru…” Salim diam beberapa ketika, mencari kata-kata yang sesuai. Adalah kurang pintar baginya mengungkap kesalahannya sendiri. Dia tidak ingin Deris memandang serong terhadap dirinya. Biar dari kacamata Deris dia adalah insan kamil… mulia hati dan budi.
“Apa yang berlaku?” Tanya Deris ingin tahu.
“Terlalu panjang untuk aku bercerita, Deris. Lebih baik kita tumpukan sahaja pada kerja-kerja yang akan aku lakukan kelak. OK. Aku akan terangkan apa yang harus kau lakukan. Aku telah buat keputusan untuk jadikan kau mandur. Kau cari lebih kurang dua puluh tenaga kerja untuk membantu menyemai dan menanam tembikai di tanah getah yang telah bersih itu.” Beritahu Salim dengan penuh wibawa.
“Aku telah pun mendapatkan benih tembikai yang baik dan kita akan mulai menyemainya dengan secepat mungkin. Sekarang cuaca baik dan tidak begitu panas ataupun hujan. Jadi benih-benih tembikai itu akan cepat naik dan hidup subur.”
Deris menganggukan kepalanya. Dia sanggup melakukan kerja yang disuruh. Dia akan mencari pekerja yang diperlukan.
“Apakah wanita juga boleh diambil bekerja?” Tanya Deris ingin tahu.
Salim menganggukkan kepalanya. “Boleh.” Kata Salim. “Asal mereka tidak banyak kerenah dan rajin. Para pekerja itu nanti akan diberi gaji setiap hari. Tujuh ringgit sehari aku rasa sudah memadai.”
Deris mengangguk. Dia akan segera pergi ke kampung berdekatan untuk mencari tenaga kerja. Dia akan pergi hingga ke Kampung Pulau Pasir Mandi dan Kampung Sentang untuk mendapatkan dua orang pekerja yang diperlukan oleh Salim secepat mungkin.
DIA terkejut dan terus membuka kelopak matanya. Setelah beberapa lama dia merasakan suasana sekeliling terlalu sepi dan sunyi, tiba-tiba dia terdengar gema suara. Suara yang menyeru dengan kuat, memanggil nama seseorang. Nama itu, amat dikenalinya dengan penuh mesra. Dahinya berkerut. Mengapa harus nama itu yang diseru. Mengapa? Apakah dia masih lagi bermimpi dan akan terus bermimpi mendengar nama Sheila diseru-seru dengan galaknya.
Sheila… Bisik hatinya bersama getaran yang hebat dalam dadanya. Dia mesti kuatkan semangat untuk terus hidup, semata-mata kerana ingin kembali bertemu dengan Sheilanya. Dia percaya suatu masa dia akan dapat melihat lagi sinar matahari. Terlalu ingin dia merasakan kembali kehangatan sinarnya. Dia cuba menghitung sudah sekian lama dia terkurung di situ.
Maafkan aku Sheilaku sayang… Bukan niatku hendak meninggalkanmu, tapi itu semua bukanlah di atas kehendakku! Segalanya berlaku tanpa aku duga langsung. Aku tidak pernah menginginkan ini semua terjadi. Apakah semua ini berlaku demi cintaku padamu? Aku tidak sanggup melihat kau menderita. Pastilah kau sedang kecewa dan merana menanti aku pulang ke pangkuanmu, sayang. Tapi aku sendiri tidak pasti apakah aku akan dapat pulang. Dapatkah aku pulang untuk melaksanakan janji dan melafazkan ikrar perkahwinan?
Hanya Tuhan sahaja yang tahu keadaanku sekarang… Hanya Tuhan sahaja yang punya kuasa untuk membebaskan aku kurungan ini. Siapakah yang terlalu kejam melakukan penganiayaan ini? Perlahan-lahan airmatanya menitis ke pipi.
Malam itu adalah malam yang paling kejam… Malam yang sangat menakutkan. Malam yang hadir umpama mimpi. Syukur Tuhan masih sayang padanya. Dia tidak mati. Sangkanya dia sudah mati setelah dikurung dan tidak diberi makan selama beberapa hari. Dan kini dia hanya makan untuk meneruskan hidup…
Nasib memang tidak menyebelahi cinta kita Sheila… Bisik hatinya. Apakah dia akhirnya akan mati di dalam bilik kurungan ini tanpa diketahui sesiapa? Hanya satu-satunya orang yang mengetahuinya… Orang yang telah melakukan penganiayaan dan penculikan ini. Oh! Tuhan… Keluhnya sendiri. Apakah salah dan dosanya hingga dia harus menempuh ini semua? Apakah erti lagi hidup jika hanya terkurung di ruang yang sempit dan gelap. Tiadakah jalan keluar daripada kurungan ini? Jika ada, tunjukkanlah jalannya wahai Tuhanku Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
“RANGKAIAN Rimbajati masih mendapat tempat teratas dalam senarai pembekal kayu balak dan peralatan besi dan keluli di Pahang ni…” kata Datuk Mustafa. “Nampaknya syarikat itu masih lagi kukuh dan teguh berdiri meskipun terlalu banyak masalah yang menimpa keluarga Bahtiar. Apakah Andy Farhan sudah ditemui?” Katanya sambil memandang ke arah pembantunya, Simon.
“Masih belum ada khabar berita datuk…” Balas Simon.
“OK. Esok saya akan pergi menemui Bahtiar dan kita akan cuba memujuknya lagi untuk menjual sebahagian shernya di dalam Rimbajati. Syarikat tu punya potensi dan saya takkan lepaskan peluang itu. Lagipun saya yakin bahawa Bahtiar tidak akan mampu mengendalikannya dengan baik. Saya dengar dia juga tidak begitu sihat selepas kehilangan anak tunggalnya itu.”
Simon mengangguk. “I akan telefon Encik Bahtiar dan aturkan pertemuan antara datuk dengannya. Esok pukul berapa datuk senang?”
“Pukul sebelas pagi.” Beritahu Datuk Mustafa dengan tenang. Simon mengangguk dan terus melangkah keluar daripada bilik Datuk Mustafa.
Tidak lama kemudian Datuk Mustafa menekan punat telefon dan menghubungi seseorang. “Ada awak pergi tengok-tengok keadaan lelaki tu, Manaf?” Dia menyoal pantas.
Manaf menjawab pantas. “Ada. Semalam. Dia memang gila sikit… Sekarang ni suka keluar dari rumah tu, merayau-rayau hingga ke dalam hutan. Hutan itu bersambung dengan Taman Negara, datuk.”
“Beritahu dia supaya jalankan kerjanya dengan betul…” Kata Datuk Mustafa. “Jangan sampai budak tu terlepas pula.”
“Tak mungkin dia akan terlepas.” Manaf cuba menyakinkan. “Saya tak bimbang tentang itu. Saya lebih bimbangkan si Azlan… Silaplah kita ambil dia buat kerja tu. Nampaknya dia memang tak begitu cekap dan sikap gilanya tu menakutkan saya pula.”
“Gila tu… gila juga. Tapi jangan sampai dia bunuh pula budak tu sudahlah… Saya tak mahu itu semua berlaku!” Tegas Datuk Mustafa sebelum melepaskan gagang telefon.
AZLAN meletakkan parang pendek serta topinya di atas meja. Dia menarik kerusi kayu lantas melabuhkan punggungnya. Matanya yang tajam dan hitam serta pipinya yang cengkung itu diusap beberapa kali. Dia masih lagi tidak percaya pada matanya. Dia… Bisik hatinya tidak keruan. Mengapa dia harus ada di dalam hutan itu?
Hatinya rasa tidak keruan, antara marah dan benci semuanya saling tindih menindih. Mengapa peguam itu harus ada ada di situ? Apakah dia sesat? Azlan yakin bahawa perempuan itu telah sesat. Masa untuknya berhadapan dengan Sheila terlalu singkat. Dia masih tidak dapat melupakan wajah itu. Dia tidak akan dapat melupakannya seumur hidup. Ada dendam yang tersemai dalam hatinya. Kerana Sheila dia terhumban selama lima tahun di dalam penjara. Hidupnya musnah. Disebabkan Sheila juga dia telah kehilangan keluarga, kehilangan sebuah kehidupan! Dia tidak menginginkan sebarang percampuran dan bergaulan lagi dengan masyarakat. Dia benci berada di dalam kelompok mereka.
Saat itu dia juga terbayang seraut wajah. Wajah adik kandungnya… Segala peristiwa lama itu kembali terakam di dalam mindanya. Dia menggenggam penumbuk. Penumbuk itu dihentak kuat ke permukaan meja. Di saat itu juga dia terdengar enjin kereta memasuki kawasan rumah yang terpencil di tepi hutan itu. Dia melihat ke tingkap. Pajero putih milik Manaf baru tiba. Kelihatan lelaki itu keluar sambil membawa bekalan makanan untuknya. Dia merengus kasar, bergerak membuka pintu.
“Kau ke mana semalam?” Tanya Manaf. “Aku datang tapi kau tak ada.”
“Aku keluar… Berjalan-jalan.” Jawab Azlan dengan wajah yang serius. Dia amat jarang tersenyum. Sudah bertahun-tahun lamanya dia tidak pernah gembira, seolah-olah dia terlupa bagaimana hendak tersenyum apabila bercakap dengan orang.
“Berjalan-jalan… Di dalam hutan?” Manaf tersengih.
“Aku bawa bekalan. Boss tak benarkan kau keluar ke mana-mana. Katanya kau mesti menjalankan tugas kau dengan baik dan sempurna.” Manaf menyeluk poket seluar dan mengeluarkan duit sebanyak RM500.00.
“Duit ni… Untuk apa?” Kata Azlan acuh tak acuh apabila melihat Manaf meletakkan duit di atas meja.
“Untuk kau belanjakan…” Kata Manaf sambil tersenyum.
Azlan merengus. “Di dalam hutan ni mana ada kompleks beli belah. Aku tak perlukannya. Ambil balik. Aku tak perlukan duit di sini…”
“OK.” Manaf mengambil duit itu lantas memasukkannya ke dalam poket seluarnya. “Aku akan tolong masukkan duit ni ke dalam akaun kau…” Katanya sambil berjalan ke pintu. Saat itu dia terdengar bunyi yang agak kuat, datangnya dari pintu yang menghala ke bilik bawah tanah. Dia merenung Azlan dengan pandangan kosong. Kepalanya tergeleng-geleng.
“Kau dah beri dia makan?” Tanya Manaf.
Azlan tidak menjawab.
“Awas! Kalau dia terlepas… Kau pasti akan mendapat susah!”
Manaf menghempas pintu rumah kecil itu dan terus berjalan laju menuju ke arah pajero. Dia terus memusing pajero, keluar melalui jalan yang selalu digunakan oleh lori-lori balak untuk masuk ke hutan. Jalan itu terlalu keras dan kasar, hanya boleh dilalui oleh lori dan pacuan empat roda sahaja. Setelah hampir sejam melalui jalan yang kasar dan menyakitkan punggungnya itu barulah dia dapat memandu laju kembali ke bandar Jerantut.
BAS sudah jauh meninggalkan bandar Jerantut. Sheila tidak tahu apakah dia akan kembali semula ke Taman Negara. Kawan-kawan yang turut bersama di dalam bas yang membawa mereka kembali ke Mentakab, kedengaran terus riuh bercerita tentang percutian yang menyeronokkan itu. Sheila hanya mendiamkan diri. Jasman yang duduk di belakangnya, mencuit bahu Sheila dan menegur mesra;
“Diam aje… penat?”
Maisarah yang ada di sebelah Sheila menjeling ke belakang dan berkata; “Kami semua penat. You tu aje yang tak tahu penat asyik nak ganggu orang?”
“Biarlah…” Sheila pula yang membantah kata-kata Maisarah yang dirasakannya keterlaluan. “I nak pergi duduk di belakang dan berbual dengan Jasman, OK?”
Maisarah memasamkan mukanya tetapi memberi ruang pada Sheila agar dia dapat keluar dan duduk bersama Jasman di kusyen paling belakang bas itu. Menyampah! Nampaknya peristiwa kehilangan Sheila di dalam hutan itu telah merapatkan hubungan mereka… Bisik hati Maisarah dengan rasa marah. Kepalanya beberapa kali tertoleh ke belakang, melihat Jasman dan Sheila sedang berbual sambil tertawa mesra.
Aksi Maisarah itu memang disedari oleh kedua-dua insan itu, tetapi mereka pura-pura tidak mempedulikannya. Sheila merasa begitu hairan dengan sikap Maisarah. Sebaik sahaja bas tiba di Mentakab, Maisarah terus tidak menegurnya malah pulang sendiri ke rumah. Dia dan Jasman saling berpandangan sambil mengerut kening.
“Apa hal pula Sarah tu… Macam marahkan I pula?” Tanya Sheila tidak mengerti.
“Agaknya sebab I!” Jawab Jasman, sekadar membuat tekaan rambang.
“Kenapa?”
Jasman mengangkat bahu. “Mungkin cemburu!”
“Oh! Come on! Nak cemburu apa? Kita bukannya ada apa-apa. Hanya kawan.”
“Hati you masih padanya?”
Sheila tidak menjawab. Sesungguhnya dia memang ingin mengelak daripada memperkatakan tentang perkara itu.
“Apakah I ni seorang yang degil?” Tanya Sheila.
“Tak. You bukannya degil, tetapi you setia.” Balas Jasman.
“Bodohkah menjadi seorang yang setia?”
Jasman ketawa perlahan. “Walaupun Farhan tak ada di sini, tapi I sangat cemburukan dia.” Jasman berpaling ke sisinya, melihat muka Sheila yang kelihatan muram. “I benar-benar cemburu kerana tidak pernah menemui perempuan yang setia… setia seperti you Sheila.”
Sheila memandang ke hadapan dan terlihat teksi sedang melintasi mereka. Cepat dia mengangkat tangannya bagi menahan teksi tersebut.
“Kita baliklah dulu…” Kata Sheila. “Lain kali sambung lagi, OK?” Sesungguhnya dia tidak sanggup lagi untuk terus memperkatakan tentang perasaannya yang masih bersisa untuk Andy Farhan dan di saat yang sama mulai menyenangi dan menyukai sikap lelaki di sampingnya itu. Akan hadirkah cinta buat kali kedua dalam hidupnya?

Bab 15
“I dah tahu di mana Salim berada.” Beritahu Richard dengan suara yang riang. Kedatangannya ke Kuala Lumpur berbekal niat ingin bertemu dengan Rosnah lantas menyampaikan berita tersebut.
“Di mana dia sekarang?”
“Dia berada di Kampung Rumpun Makmur. I sendiri telah pun pergi ke rumahnya tetapi hanya memerhati dari jauh sahaja. Dia sekarang ni sedang mengusahakan ladang tembikai. Nampak luas sekali ladangnya itu. Ramai orang yang bekerja dengannya. I pun tak sangka, selepas dibebaskan tempoh hari dia telah berjaya untuk bangkit semula lantas mampu mengusahakan ladang…”
Rosnah terdiam beberapa ketika. Otaknya ligat berfikir. Dia juga hairan bagaimana Salim boleh bangun semula setelah tersungkur, hampir-hampir papa kedana kehilangan harta, kerjaya dan maruah.
“Apa tindakan kita seterusnya?” Tanya Richard inginkan kepastian.
“Nanti dulu… Biar I fikir dulu apa yang harus dibuat. Tak mengapa. You pergi aje dulu, sebab hubby I akan balik sekejap lagi. Hujung bulan ni I akan ke Pahang.”
Richard sedikit kecewa mendengar alasan Rosnah. Malah dia merasakan segala yang disampaikannya itu tidak dihargai langsung. Dia melangkah pulang dengan hati yang mendongkol marah. Kadang-kadang wanita seperti Rosnah itu memang sukar dimengertikan… bisik hatinya. Ada ketikanya dia kelihatan begitu baik dan ramah dan suatu ketika lain dia bagaikan orang asing.
Rosnah memerhati sahaja kereta Richard meninggalkan perkarangan rumah banglonya. Dia memang tidak mengalu-alukan kedatangan lelaki itu. Kesal hatinya kerana Richard berani datang ke rumah itu, ketika suaminya akan pulang sebentar lagi. Walaupun suaminya itu jenis lelaki yang sibuk dengan bisness tetapi itu tidak bermakna dia tidak perlu berhati-hati terhadap setiap tindakan dan perbuatannya. Dia tidak ingin kecurangannya terbongkar dan kemewahan yang dinikmati akan segera lenyap.
Sejurus kemudian suaminya pulang. Dia berdiri di muka pintu utama menyambut kepulangan lelaki itu. Malam itu suaminya akan bermalam bersamanya di rumah, setelah seminggu berada di rumah isteri pertama. Biar apa pun alasan yang diberikan oleh suaminya untuk bermalam di rumahnya, Rosnah tidak pernah ambil peduli. Yang pasti malam itu dia akan menutup pintu pada semua tetamu yang ingin berkunjung… terutama sekali Richard! Bisik hatinya tegas sambil bibirnya terus menguntum senyuman.
“Datuk…” Seru pemandu peribadi suaminya sambil menghulur handphone yang tertinggal di dalam kereta.
“Ada panggilan ni datuk…”
Rosnah yang sedang berjalan beriringan masuk ke dalam bersama suaminya menoleh serentak ke arah pemandunya yang mengejarnya dari belakang.
“Oh?” Datuk Mustafa menyambut telefon bimbit yang terhulur, membebaskan lengannya dari cengkaman tangan isterinya lantas terus mencari tempat duduk, jauh dari Rosnah. Rosnah sedikit tersinggung, tetapi membiarkan sahaja Datuk Mustafa bercakap-cakap di telefon. Rosnah terus ke dapur, mengarahkan pembantu rumah menyediakan minuman petang.
Ketika minuman petang diangkat ke meja, Datuk Mustafa telah selesai berbual di telefon. Mukanya kelihatan agak keruh, tidak segembira semasa dia mula-mula datang tadi.
“Kenapa ni? Ribut tak ada, hujan tak ada tetapi mendung…” Tanya Rosnah kehairanan.
Datuk Mustafa mengeluh. “Gagal…” Katanya sepatah.
“Apanya?”
“Melalui perbincangan minggu lepas, Bahtiar dah setuju nak jual sahamnya dalam Rangkaian Rimbajati tetapi tadi Simon telefon berkata, dia menarik balik tawarannya itu.”
“Rangkaian Rimbajati?” Dahi Rosnah berkerut. Dia terkejut. Tidak langsung disangkanya suaminya mengenali Bahtiar. Dan dia juga tidak tahu bahawa Datuk Mustafa berminat dengan syarikat milik keluarga bekas suaminya itu. Hatinya terasa kembang sedikit. Sekurang-kurangnya mereka mempunyai matlamat yang hampir-hampir sama.
“Abang kenal Bahtiar?”
“You?” Datuk Mustafa memandang Rosnah, berkerut keningnya melihat cara Rosnah menyebut nama Bahtiar.
“No… Jangan beritahu apa-apa! Bahtiar… tu Bahtiar yang sama… Bekas suami you?”
Rosnah angguk. “Kalau abang tak sebut Rimbajati tadi, mungkin Ros tak terfikir pun tentang Bahtiar… bekas suami Ros tu! Jantan tak guna…”
Datuk Mustafa tersenyum. Dia tahu hati Rosnah masih sakit apabila mengenangkan sikap bekas suaminya dahulu. Dia turut merasakan perkara itu… Malah dia lebih terasa kesakitan apabila segala usahanya untuk merampas Rangkaian Rimbajati tidak pernah berjaya. Hanya satu kejayaan yang dibanggakannya… Berjaya menculik Andy Farhan dan mengurungnya di bilik bawah tanah bagaikan binatang. Sehingga kini tiada satu pihak pun yang mengesyaki perbuatannya itu. Bijak! Fikirnya. Orang akan terfikir apakah motif penculikan itu. Tiada wang tebusan yang diminta. Dia tidak perlukan apa-apa motif. Hanya satu permainan yang menyeronokkan antaranya dan Bahtiar.
Jika Bahtiar bersetuju untuk menyerahkan shernya, dia akan mulai memikirkan satu cara untuk membebaskan Andy Farhan. Semuanya bergantung pada Bahtiar. Perasaannya harus terus didera. Tetapi dia tidak akan melakukannya secara terang-terangan. Dia tidak akan melakukan satu kesalahan dalam permainan ini! Satu kesalahan akan menjerat dirinya kelak. Untuk menjadi seorang yang jahat bukan hanya perlu berani, tidak punya perasaan belas tetapi juga perlu bijak!
“Jadi, Andy Farhan tu pernah jadi anak tiri you?” Tanya Datuk Mustafa tiba-tiba. Wajah Rosnah terus hiba apabila nama Andy Farhan disebut.
“Pasti you amat bencikan dia kerana dia yang menyebabkan anak you mati?” Meskipun dia tidak pernah mengenali anak perempuan Rosnah itu tetapi rasa simpatinya melaut. “You masih bersedih atas kematiannya, Ros?”
Rosnah diam, kepalanya tertunduk dan airmatanya menitis satu persatu ke pipinya yang bersalut dengan bedak tebal.
“Sudahlah… Jangan bersedih lagi. Marilah I bisikkan satu rahsia… Ros! Ingatlah ini adalah rahsia antara kita berdua sahaja.”
“Apadia bang…” Kata Rosnah dalam sendu.
Datuk Mustafa mendekatkan bibirnya ke telinga Rosnah lantas berbisik dengan lembut. Wajah Rosnah berubah mendengar kata-kata itu. Airmatanya serta merta mengering dan tidak lama kemudian bibirnya tersenyum.
“Jadi abang tahu di mana Farhan?”
Datuk Mustafa mengangguk. “Di suatu tempat yang amat sulit sekali untuk ditemui.”
“Tak bolehkah Ros tahu?” Duga Rosnah.
“Belum masanya. The end of the day… I akan beritahu you juga. Buat masa sekarang biarlah I rahsiakan, sehingga matlamat I tercapai.”
“Tapi Ros nak tahu sekarang juga!” Bentak Rosnah dengan suara meninggi. Rasa amarah dan dendamnya kembali membuak-buak. Jika dia tahu lebih awal segalanya adalah ‘permainan’ Datuk Mustafa, tidak perlulah dia menanggung sedih berbulan-bulan lamanya. Hari itu juga dia akan pergi mencekik leher Andy Farhan, supaya hatinya puas.
“You dah mula paranoia.”
“Bukan anak you yang mati. Bukan you yang mengalami kesedihan dan kesepian ini.” Rosnah mulai mengongoi dan menangis seperti anak-anak kecil. Datuk Mustafa hanya menggelengkan kepalanya. Dia menyesal kerana memberitahu Rosnah perkara itu.
“SARAH! Kenapa ni? Masamnya muka tu… Apa yang tak kena?” Tegur Sheila apabila melihat muka Maisarah yang serius sahaja. Sejak kebelakangan ini Maisarah amat jarang duduk di ruang tamu menonton televisyen bersama. Bila pulang dari kerja, Maisarah lebih suka duduk di dalam bilik ataupun keluar.
“Tak ada apa-apa Sheila. Saya penat… Banyak kerja di pejabat tadi.”
“Betul ke ni? Apa yang you katakan dengan Jasman di luar tadi? Nampak serius sangat?” Tanya Sheila lebih lanjut.
Maisarah diam. Dia tidak bersedia hendak menceritakan segalanya pada Sheila. Dia terus masuk ke biliknya tanpa memberikan Sheila sebarang jawapan. Sheila memandang Azizah. Gadis itu turut memandangnya dengan pandangan hairan. Azizah angkat bahu. Selama ini dia memang tidak begitu baik dan mesra dengan Maisarah.
“Apa masalahnya?” Tanya Sheila. Pertanyaan itu langsung tidak dijawab oleh Azizah. Dia memang tidak tahu.
“Kau ni memang ada masalah…” Suara Jasman menikam telinga Maisarah. Muka gadis itu ditenungnya. Maisarah membalas renungannya itu. Dia geram kerana Jasman menuduhnya bermasalah. Bukan dia sengaja mencipta masalah tersebut. Hatinya sakit melihat kemesraan Jasman dan Sheila. Bukan mudah untuknya mendekati Sheila dan rapat dengannya. Puas dia fikirkan pelbagai cara akhirnya barulah dia mendapat kekuatan untuk datang menghampiri gadis itu. Mujur segala usahanya berhasil. Dia tidak ingin hubungan itu hancur.
“Kaulah punca masalah tu!” Balas Maisarah.
Jasman tergelak. “Kenapa aku?” Tanya Jasman tidak mahu kalah. “Sebenarnya aku tak kisah kalau aku berebut seorang wanita dengan seorang lelaki. Aku sanggup menggunakan kedua-dua belah penumbukku ini. The best man win. Tapi aku lemah, bila harus berebut dia dengan kau, Sarah!”
“Jangan nak hina aku…”
Jasman ketawa. “Hina? Kau rasa terhina? Sememangnya kau tu bermasalah sebab kau tak sempurna. Kau bukan lelaki sejati Sarah, sedarlah sikit! Lebih baik baiki diri kau tu! Kembalilah kepada diri kau yang sebenarnya!”
“Diamlah! Kurang ajar!” Maisarah menengking Jasman.
Jasman ketawa galak, tetapi tawanya terus mati apabila tangan Maisarah hinggap di pipinya. Kemudian pantas kaki Maisarah melangkah meninggalkan Jasman untuk masuk ke rumahnya. Hati Maisarah masih geram dan marah. Dia tidak dapat melupakan insiden yang baru berlaku. Dia berdiri kaku di hadapan cermin meneliti wajahnya yang berpeluh. Rambutnya yang pendek kelihatan kemas biarpun tidak bersikat. Dia merenung mukanya sendiri agak lama, kemudian matanya turun ke seluruh tubuhnya yang kurus dan tinggi.
Kata-kata Jasman kembali bergema, dan pandangan matanya yang menghina itu kembali terbias. Dia memang cemburu… Cemburukan lekuk-lekuk tubuh yang tegap dan indah milik seorang lelaki. Agh! Mengapa aku begini? Keluhnya sendiri. Dia terasa amat sedih tetapi airmatanya tidak langsung berhamburan keluar. Dia tidak boleh menangis.
Kemudian dia bergerak ke pintu bilik, lantas membukanya perlahan-lahan. Dia tinggal di bilik bawah. Pintu bilik menghala ke ruang tamu. Dari rekahan pintu dia melihat Sheila dan Azizah masih ada di ruang itu. Mereka sedang menonton. Tiada sesiapa pun yang berbual. Dia lihat Sheila yang tersandar lesu dengan rasa simpati. Kasihan… bisik hatinya. Tadi dia berkasar dengan Sheila, tidak menghiraukan pertanyaan gadis itu. Dia rasa bersalah. Matanya terus memerhati Sheila. Dilihatnya Sheila sedang merelus rambut yang panjang separas bahu. Rambut itu kelihatan lebat dan hitam. Sheila cantik, sempurna sebagai seorang gadis…
Dia memerhati pula Azizah. Sejak pertama kali bertemu dia memang tidak menyukai Azizah. Setelah tinggal di situ, dia tetap tidak menyukai gadis itu. Dia harus buat sesuatu supaya Azizah keluar dari rumah Sheila. Biar hanya tinggal dia dan Sheila sahaja di rumah itu supaya dia dapat mendampinginya tanpa gangguan sesiapa. Dia juga akan cuba menyingkirkan Jasman. Dia tidak perlu risau tentang lelaki lain, terutamanya Andy Farhan. Tunangan Sheila itu tidak akan ditemui sampai bila-bila.
“Kak! Sejak akhir-akhir ni kita sudah jarang berbual…” Maisarah mendengar Azizah bersuara. “Macam dah tak ada apa-apa topik yang hendak kita bualkan macam dulu. Kadang-kadang Zah bosan…” Luah Azizah sambil merenung Sheila yang bersandar lesu. Matanya memandang ke muka televisyen tetapi fikirannya menerawang ke arah lain.
“Hmmm… apadia?” tanya Sheila berpaling ke arah Azizah.
“Zah kata, kakak dah banyak berubah…”
Sheila tertawa lembut. “Taklah. Kakak masih seperti dulu, Zah! Itu hanya perasaan Zah sahaja.” Balas Sheila dengan suara merendah.
“Entah! Jangan-jangan engkau yang perasan Azizah!” Sampuk Maisarah yang tiba-tiba sahaja keluar dari biliknya, terus duduk di sofa yang kosong berdekatan Sheila. “Kau mungkin tak pandai bergaul dengan orang. Sikap buruk sangka tu tak elok.”
Sheila mengerut kening, memandang Maisarah kemudian berkata; “Tak benar begitu. Zah yang I kenal seorang yang pemalu dan baik hati.”
Maisarah ketawa lembut. “Bagaimana dengan I Sheila?” Tanpa menunggu jawapan dari Sheila, Maisarah terus menyambung. “Apakata, kalau malam ni kita makan di luar, I yang belanja. Kita makan di cofee house yang ekselusif… Pesanlah apa saja makanan I tak kisah. Gaji I dah masuk hari ni.” Beritahunya sambil tersenyum senang.
Azizah mengangkat bahu. Dia tidak akan menyertai mereka. Dia lebih rela makan roti bijirin sahaja malam itu daripada menikmati makanan yang enak-enak jika dia harus bersama Maisarah. Memang dia menyimpan prasangka terhadap gadis itu. Puas sudah dia cuba menyingkir perasaan itu tetapi ianya tetap berbekas di hatinya.
“Ah! Bagus juga idea tu…” Balas Sheila. “Dah lama tak makan di coffee house.”
“Di Marigene Café?” Tanya Maisarah meminta kepastian.
Sheila menggeleng. Di situ terlalu banyak kenangan. Dia dan Andy Farhan selalu makan di situ. Jika boleh dia mahu mengelak daripada mengenang peristiwa lama.
“Tempat lain saja…” Pinta Sheila perlahan.
“Di situ tentu banyak kenangan you bersama dia?” Teka Maisarah. “Kata orang kalau you nak melupakan seseorang, you harus kuatkan hati untuk pergi ke tempat-tempat you pernah mengukir kenangan, bukannya terus menghindari.”
“Siapa kata I nak lupakan abang Farhan?” Tanya Sheila dengan mata penuh tentangan. “I tak pernah lupakan dia dan tidak akan melupakannya sampai bila-bila. Biarpun I harus menunggu bertahun-tahun sekalipun, I akan tunggu…”
“Habis, mengapa you tak mahu makan di Marigene Café?”
Sheila diam mendengar pertanyaan Maisarah.
“Sorry sekali lagi. Mulut ni jahat…” Katanya sambil menampar-nampar bibirnya dengan kuat seolah-olah dia kesal kerana menuturkan kata-kata itu.
“Dahlah…” Sheila ketawa kecil. “I tahu you tak sengaja. OK. Kita keluar. Zah keluar sekali ya. Kita ajak Jasman. OK tak Sarah?”
“What? Ajak Jasman… Forget it OK! Forget it!” Tiba-tiba Maisarah menjadi marah dan terus meluru masuk ke biliknya.
Sheila dan Azizah berpandangan. Kemudian Azizah tergelak kecil sambil menggelengkan kepalanya. Biarpun dia tidak menyukai Jasman, tetapi tidaklah sampai menjerit-jerit bagai orang histeria apabila nama lelaki itu disebut.
“Biarkan saja…” Kata Sheila. “Kadang-kadang kakak pun hairan. Perangai dia pelik sikit kan?”
Azizah mengangguk. “Zah takut nak dekat dengan orang macam tu!”
Mereka tertawa serentak, namun perlahan sahaja.
“Apa kata kita keluar berdua sahaja?” Tanya Sheila meminta persetujuan. Tidak berani dia hendak membawa nama Jasman lagi di hadapan Azizah biarpun hatinya ingin bersama lelaki itu. Dia bimbang Azizah tidak akan bersetuju.
Setengah jam kemudian mereka sudah berada di dalam kereta. Maisarah terus menyepi di dalam kamarnya. Sebelum keluar sebentar tadi, Sheila sempat mengetuk pintu kamarnya, tetapi Maisarah mendiamkan diri. Barangkali dia masih merajuk dan terus tidur… fikir Sheila. Dia pun tidak mengerti apa yang dirajukkan oleh Maisarah. Apa yang diketahuinya, Maisarah dan Jasman bagai dua orang musuh yang tidak boleh bertemu wajah.
“SELAMAT MALAM…” Tegur PR Marigene Cafe ketika membukakan daun pintu untuk kedua-dua orang gadis itu.
“Lama tak datang ke sini Cik Sheila.” Tegurnya ramah.
Sheila hanya tersenyum ramah, memberikan alasan bahawa dia sibuk. Matanya memerhati ke bahagian dalam café yang kelihatan penuh sesak. “Ramai juga ya malam ni…”
“Ya. Begitulah… Bulan muda.” Jawabnya sambil ketawa mesra sambil menunjukkan Sheila sebuah meja yang kosong. Kedua-dua gadis itu berjalan menghala ke arah meja yang ditunjukkan tetapi langkah mereka terhenti apabila nama Sheila diseru. Sheila amat mengenali suara itu, serta merta dia menoleh dan terlihat Bahtiar dan Zaiton. Sheila senyum lantas menuju ke meja mereka.
“Join kami, Sheila.”Ajak Bahtiar tersenyum panjang.
“Lama tak jumpa.” Balas Sheila menghulur tangannya ke arah Zaiton dan Bahtiar.
“Duduklah di meja ni bersama kami.” Pelawa Bahtiar sekali lagi. “Kami pun baru tiba, belum order pun lagi.”
Sheila memandang Azizah, mengharap gadis itu akan bersetuju. Dia memahaminya sekiranya Azizah enggan. Kedua-duanya adalah boss Azizah, jadi pastilah gadis itu merasa kurang selesa. Azizah hanya menganggukkan kepalanya. PR yang masih bersama Sheila terus menarik kerusi untuk gadis itu duduk dan memanggil pelayan supaya mengambil pesanan. Mereka memilih makanan barat.
“Maklong sihat?” Sheila menoleh ke arah Zaiton yang dari tadi masih diam.
“Macam yang awak tengok sekarang ni Sheila…” Jawab Zaiton. Suaranya tegas dan sombong. Wajahnya terus serius tanpa senyuman. Kata-kata itu ditafsirkan oleh Sheila sebagai dingin dan ego. Entah mengapa hubungan mereka yang tampak sudah pulih harus kembali menjadi hambar. Dia benar-benar terkilan kerana Zaiton tidak ikhlas, menerima kehadirannya di situ.
Sheila memandang sekilas ke wajah Zaiton. Mukanya kelihatan hilang keceriaan dan tubuhnya juga nampak sedikit susut. Dia mendapati pasangan suami isteri itu mengalami satu penderitaan dalaman yang mereka cuba sembunyikan daripada orang lain. Tetapi bagi orang yang mengenali dan mengetahui kisah hidup mereka, kemurungan itu dapat dibaca dengan jelas bagaikan sebuah buku yang terbentang. Justeru itu Sheila diam-diam memaafkan kesombongan yang terpamer di wajah Zaiton.
“Uncle Bahtiar juga sihat?”
Bahtiar tidak segera menjawab, tetapi sekadar tersenyum tipis; “Nasib baiklah jumpa you di sini Sheila… Beberapa hari lepas baru uncle menyebut nama you dengan maklong you ni, untuk menelefon dan menjemput you ke pejabat. Ada hal yang hendak dibincangkan.”
“Hal apa?”
“Hmmm… Walaupun perkahwinan you dan Farhan tak jadi, kita ditimpa musibah yang tidak disangka-sangka, tetapi uncle tetap nak teruskan niat untuk serahkan 35% sher Rangkaian Rimbajati pada Sheila. Farhan pun setuju hari tu….”
Sheila terdiam. 35%? Bisik hatinya. Banyak juga. Dia akan menjadi sebahagian daripada ahli lembaga pengarah. Apakah sebenarnya niat dan hasrat Bahtiar menyerahkan sher tersebut? Dia tidak mengharap itu semua. Apa yang diharapkan adalah pertemuan semula dengan Andy Farhan dan bukannya menerima harta yang tidak menjamin kebahagiaan hidupnya.
“Uncle… Tidak. Saya tak boleh menerimanya. Saya belum menjadi isterinya dan tidak mungkin saya akan menerima walaupun setelah menjadi isteri abang Farhan. Itupun jika jodoh masih ada antara kami.”
Bahtiar pura-pura tidak mendengar kata-kata Sheila, sebaliknya terus melanjutkan bicaranya; “Peguam dah sediakan dokumen tersebut. Hanya perlu menunggu Sheila menandatanganinya sahaja. Tolong jangan bantah, Sheila… sebab…” Bahtiar tiba-tiba memegang dadanya. Dia diam sejenak, mengurut dadanya dan berkata lambat; “Bimbang masa sudah semakin suntuk. Ramai yang berminat hendak memiliki sher syarikat tetapi mengapa mesti Sheila menolaknya? Sheila adalah satu-satunya sepupu Farhan, anak saudara kami… Dan pertalian ini seharusnya tidak terputus begitu sahaja walaupun kalian tidak bernikah.” Anak saudara… bisik hati Sheila bersama rasa haru. Bahtiar mengakui dia sebagai anak saudara, tetapi bagaimana dengan Zaiton? Bukankah sebenarnya bapa Sheila dan Zaiton adik-beradik dan bukannya Bahtiar. Mengapa harus Bahtiar pula yang begitu beria-ria mengambil berat. Memang lelaki itu seorang yang penyayang dan prihatin jika dibandingkan dengan isterinya.
“Bang, jangan paksa dia kalau dia tak mahu….” Zaiton pula bersuara. “Walau pun tindakan itu lebih baik daripada menjualkan saham syarikat kepada orang yang tidak punya kaitannya dengan kita. Tetapi memaksa… Saya tak suka memaksa dan meletakkan tekanan. Bukan semua orang suka mengendalikan business. Kalau dulu saya tidak terlibat di dalam business ni, saya juga mungkin memilih untuk tidak menceburinya. Sebab apabila kita sudah berjaya dan sedikit kaya, kita telah mencipta sekian banyak musuh berbanding kawan.”
Sheila diam cuma, cuba menelan kebenaran kata-kata Zaiton. Benarkah begitu? Kejayaan dan kekayaan yang dimiliki telah menjarakkan seseorang dengan masyarakat? Dia akan dipandang serong dan dibenci, hanya akan hidup dalam kelompok dan golongan tertentu sahaja. Ataupun kata-kata Zaiton hanya satu lagi sikap buruk sangkanya terhadap orang lain, selalu menyangka orang tetap memusuhi biar bagaimana baik dan lunaknya dia terhadap orang-orang sekeliling.
Walau apa pun, Sheila percaya sikap kita terhadap orang lain amat penting, dalam menentukan pula sikap orang terhadap diri kita. Begitulah sebaliknya. Jika kita terus mengekalkan sikap baik dan lunak selama itu pula orang akan bersikap yang sama terhadap kita kembali. Melainkan jika memang wujud insan yang berhati jahat yang suka melihat kejatuhan dan kesusahan orang lain. Memang wujud manusia yang bencikan kesenangan orang dan mengharap kejatuhan orang lain setiap saat sementara mahu dirinya terus berada di puncak jaya.
Pun dia tahu, orang yang berada di puncak itu, selalunya dia akan keseorangan, kesepian dan diburu ketakutan akan kejatuhannya setiap saat. Sementara orang-orang yang menjulang dirinya ke atas, akan berusaha untuk menjatuhkannya pula. Begitulah lumrah dunia.
“Baiklah, saya terima.” Akhirnya Sheila bersetuju untuk menerima tawaran Bahtiar. Bahtiar menghulur tangannya ke arah Sheila lantas menggenggamnya dengan erat.
“Uncle senang hati kalau Sheila sudah setuju… Esok, jangan lupa datang ke pejabat untuk menurunkan tandatangan Sheila.”
Zaiton senyum walaupun tidak dengan sepenuhnya. Tetapi sekurang-kurangnya penerimaan Sheila itu adalah titik awal bagi gadis itu untuk menghadapi satu lagi cabaran yang lebih besar sifatnya. Esok adalah hari penentu, bagi Sheila untuk memulakan langkahnya memasuki satu medan ‘peperangan’ yang penuh dengan kegetiran dan onak.

Bab 16
SALIM pernah mengimpikan menjadi sebahagian daripada ahli syarikat itu. Impian yang tidak pernah kesampaian, kecundang di tengah jalan. Menatap akhbar pagi itu, dia terasa kenangan lalu kembali datang dan berputar di hadapan mata. Akhirnya Sheila berada di tempat yang sepatutnya! Fikir Salim sambil merenung lagi gambar Sheila yang tersenyum manis. Berita dia menjadi salah seorang ahli lembaga pengarah Rangkaian Rimbajati bukan lagi satu rahsia. Ianya termuat di dalam akhbar, walaupun bukan berada di dalam ruang yang besar tetapi cukup untuk memberitahu masyarakat kedudukan terbarunya itu.
Kau sesungguhnya seorang yang amat bertuah… Bisik hati Salim. Bertuah kerana mendapat sesuatu dengan jalan yang paling senang, tanpa perlu berjuang untuk meraihnya. Dia bersandar di kerusi dengan kepala merenung siling. Surat khabar sudah lama diletakkan ke sisi.
Sheila… Serunya perlahan. Dan kenangan itu kembali datang menghantuinya. Dia ingin kembali mengulangi kenangan lalu. Mampukah dia? Sudikah Sheila untuk mengulangi kenangan itu bersamanya. Tidak. Sheila tidak sudi lagi untuk menerima huluran persahabatan darinya. Dia mengeluh hampa. Benar-benar hampa.
Hari itu dia tiada mood hendak turun melihat-lihat ladangnya. Biar sahaja Deris menjalankan tugas-tugasnya. Budak itu memang boleh diharap… bisik hati Salim sendiri. Hari itu dia ingin melayan hati yang gundah.
Buah-buah tembikai sudah mulai membesar dan menunggu masa yang sesuai untuk dipetik. Musim panas itu banyak membantu mempercepatkan proses buah-buah tembikai menjadi tua dan memastikannya menghasilkan buah yang manis. Musim tengkujuh masih jauh lagi. Dia tidak perlu bimbang apa-apa. Sebelum kedatangannya, buah-buah tembikai itu sudah cukup tua untuk dipetik dan dipasarkan. Salim langsung tidak menghadapi masalah. Sudah ada peraih yang akan datang untuk membawa buah-buahan itu keluar dari ladangnya apabila ianya sudah masak kelak. Kini musim untuknya menuai kejayaan sudah semakin hampir.
Dia sedar sejak mengusahakan ladang itu, kulitnya sudah semakin gelap dibaham panas mentari. Topi yang selalu digunakan untuk menutup kepala dan muka tidak mampu melindungi kulitnya dari terbakar. Dia bukan lagi lelaki yang duduk di dalam bilik berhawa dingin dan sentiasa bertali leher. Dia kini adalah seorang pengusaha ladang yang sentiasa bermandi peluh serta berpakaian selekeh pula. Dia tidak akan dapat berpakaian kemas dan segak bagai dulu. Inilah rupanya yang sebenar! Hitam legam… Dia memerhati lengannya sendiri. Dia merasakan jarak antaranya dengan Sheila sudah semakin jauh dan jauh… Tidak akan ada lagi titik pertemuan di hujung jalan.
SHEILA melangkah lambat, memasuki bilik persidangan. Hari itu adalah mesyuarat pertamanya sebagai sebahagian daripada ahli lembaga pengarah Rangkaian Rimbajati. Dia sebenarnya tidak tahu apakah reaksi ahli-ahli lembaga pengarah yang lain. Melangkah masuk ke ruang itu, membuat dadanya bagai mahu roboh. Dia membayangkan Andy Farhan ada bersamanya saat itu memberi dia sokongan moral. Tetapi tika memandang ke arah meja panjang yang penuh terisi, dan di hujung meja adalah wajah Zaiton, dia rasakan seluruh tubuh dan perasaannya hancur luluh. Dia tidak akan menemui Andy Farhan lagi di mana-mana. Kenyataan yang harus dihadapi. Tempat yang dikosongkan oleh tunangan itu tidak mungkin terisi.
Sheila banyak berkhayal dalam mesyuarat itu. Malah dia tidak sedar apa-apa hinggalah berakhirnya pembentangan kewangan syarikat itu. Dia hanya membelek-belek isi fail hingga ke muka surat akhir, tetapi tiada suatu pun yang melekat dalam fikirannya. Akhirnya semua orang bangun dari kerusi masing-masing dan yang tinggal hanya Sheila, Bahtiar dan Zaiton.
“Are you OK, Sheila?” Tanya Bahtiar.
“Ya… uncle.” Jawab Sheila sambil bangun.
“You nampak macam sedang khayal tadi. Langsung tak tumpukan perhatian. Kenapa? You rasa ini satu bebanan?”
Sheila menggeleng. “Tidak.” Jawabnya sepatah. Kemudian menyedari dia tidak lagi bersikap ramah seperti biasa dia cuba menyambung. “Saya tak rasa bebanan apa-apa uncle. Malah saya bersyukur kerana diberi peluang ini, walaupun saya tidak menyumbang apa-apa pada syarikat.”
Bahtiar diam sejenak kemudian berkata; “Terima kasih, Sheila. Kerana terima tawaran kami.”
“Saya yang harus berterima kasih, bukannya uncle…” Sheila ketawa kecil. Bahtiar tersenyum dan segera meminta diri kerana ada urusan penting. Sheila juga ikut bergerak ke pintu tetapi terhenti apabila mendengar suara Zaiton; “Sheila! Sekejap!” Katanya sambil membetulkan cermin matanya yang terkeleweh ke bawah.
“Walaupun tak menyumbang apa-apa, kau tetap akan menerima elaun kau setiap bulan, Sheila. Jangan lupa bagi nombor akaun pada Encik Zawawi, pengurus kewangan syarikat. Pejabatnya di tingkat 2 bangunan ni.”
“Elaun?”
“Janganlah pura-pura terkejut. Setiap pengarah punya elaun bulanan yang lumayan, Sheila.” Sindir Zaiton.
“Saya tak mengharapkannya.”
“Hanya orang bodoh yang tak mahukan wang dengan jalan paling mudah.”
“Kalau maklong tak ikhlas mahu saya berada di sini, mengapa harus mempelawa saya datang?” Sheila bagaikan tidak tahan menghadapi sindiran demi sindiran. Dia tidak pernah menginginkan dirinya berada di situ.
Zaiton diam sejenak kemudian berkata lagi dengan nada lebih tegas. “Aku juga begitu.” Zaiton memilih untuk berterus terang. Dia bagaikan tidak sanggup memandang muka Sheila. Hatinya terus sakit apabila melihat muka Sheila yang tenang. Dia merasakan bahawa kehilangan Andy Farhan pasti ada kaitannya juga dengan Sheila. Kehilangan ini amat menyedihkan hatinya. Hampir-hampir dia tidak punya hati dan perasaan lagi sejak ketiadaan Andy Farhan. Dia hilang semangat walaupun tidak mati.
“Tetapi kita berbicara tentang hak di sini Sheila. Dan aku takkan menafikan hak kau.”
“Apa gunanya kalau hati tidak senang?” Balas Sheila. “Saya akan hantar surat perletakan jawatan secepatnya.”
“Jangan!” Zaiton secepat kilat datang ke arah Sheila dan mencengkam lengannya. “Jangan lakukannya. Uncle Bahtiar tidak begitu sihat. Tindakan itu akan membuat dia semakin tension. Awak mahu sesuatu yang buruk berlaku padanya pula setelah apa yang berlaku pada Farhan?”
Sheila terkejut. Dia menggeleng lambat.
“Jadi, jangan lakukan apa-apa…” Pinta Zaiton melepaskan pegangannya. “Maklong minta maaf. Kata-kata tadi memang agak keterlaluan. Tetapi awak harus faham. Kami menghadapi tekanan sejak Farhan tak ada…”
Sheila angguk, mencari pengertian. Dia sedar sesuatu. Betapa besarnya kasih sayang Zaiton terhadap Andy Farhan, biarpun wanita itu tidak pernah mengungkapkannya melalui kata-kata. Apakah ibu saudaranya itu tidak pandai mengambil hati dengan melemparkan kata-kata manis?
“Saya mengerti…” Jawab Sheila. “Alangkah baiknya jika saya yang hilang dan bukannya abang Farhan. Mungkin itu lebih baik bagi semua orang!” Dia tidak berniat menyindir tetapi kesedihan hatinya yang tidak tertanggung telah membuat dia berkata begitu.
Zaiton tidak berkata apa-apa, seperti tidak mendengar kata-kata Sheila.
“Saya minta diri dulu.”
Sheila melangkah keluar tidak menunggu jawapan daripada ibu saudaranya itu lagi. Dia terburu-buru meninggalkan Rangkaian Rimbajati, langsung tidak menjengukkan diri ke pejabat Encik Zawawi seperti yang diminta oleh Zaiton. Jika Zaiton tidak ikhlas, dia juga tidak sudi menerima apa-apa! Gajinya sebagai peguam masih cukup untuknya menampung hidup walaupun tidak boleh bermewah-mewah. Seperti katanya sebelum itu apagunanya kemewahan jika hatinya tidak pernah gembira.
Jasman meletakkan mug berisi koko panas di atas meja Sheila. Bau koko yang harum membuat Sheila mendongak, mencari muka lelaki itu yang sedang tersenyum memandang. Sebaik pulang dari Rangkaian Rimbajati dia terus ke pejabat dan menghadapi kerja-kerjanya yang tidak pernah habis. Dia baru teringat bahawa dia belum sarapan. Semasa mesyuarat di Rangkaian Rimbajati, memang ada disediakan minuman dan kuih-muih tetapi dia langsung tidak menjamahnya. Kini perutnya terasa benar-benar kosong.
“Terima kasih.” Kata Sheila, tersenyum dan mencapai tangkai mug. Mug itu dibawa ke bibir dan segera dihirupnya minuman itu. Hmmm… cukup segalanya! Tidak begitu manis dan tidak pula pahit, amat sesuai dengan citarasanya.
“I memang belum minum pagi.” Beritahu Sheila, terus menghirup minumannya dengan penuh kenikmatan.
Jasman menjeling jam. “Dah hampir pukul sebelas pagi…” Katanya lembut. “I dah dua kali minum pagi ni…”
“Tadi I ada mesyuarat di Rimbajati. Sebab tu lambat masuk ke pejabat.” Beritahu Sheila lagi tanpa dipinta. Dia meletakkan mug kembali di atas meja. Saat itu kata-kata maklongnya kembali terakam dalam ingatan. Wanita itu gagal membendung perasaan bencinya padaku! Keluh hati Sheila, rasa kesal dan sedih. Kebencian yang telah lama bersarang di hatinya begitu sukar untuk dikikis meskipun dia berusaha untuk melupakannya. Walaupun dia memaksa diri untuk melupakan kebencian itu demi Andy Farhan, tetapi apabila lelaki itu hilang di mata, Sheila pula yang dipersalahkan.
Sheila mengeluh berat.
“Dia memaksa dirinya…” Kata Sheila tiba-tiba, kata-kata yang tidak ingin terluah tetapi termuntah keluar tanpa sedar.
“Siapa?” Pertanyaan Jasman mengejutkannya dari lamunan.
“Maklong I.” Beritahu Sheila tanpa berselindung. “Dia memaksa dirinya supaya suka pada I tetapi hakikatnya tidak. Dia masih bencikan I seperti dahulu…” Beberapa titis airmatanya bergolek di pipinya yang licin.
“Malangnya I… I mengharapkan kasih sayang dan kemesraannya. Itu semua tidak akan berlaku. Dia terkadang mesra dan terkadang dingin. I rasa sakit, setiap kali berhadapan dengan yang bersikap demikian. Kadang-kadang I tak tahu bagaimanakah I harus menetapkan sikap dan pendirian apabila setiap kali kami berjumpa.”
“I fikir, rasa cinta dan benci adalah satu perasaan yang rumit dan memeningkan. Jika you cintakan seseorang terlalu sukar untuk melupakannya, begitu juga jika you bencikan seseorang…”
Sheila mengangguk.
“Tapi I suka meluahkan apa yang I rasa, supaya I tak lagi rasa terbeban. Kemudian terpulanglah pada seseorang itu untuk menilai kebenaran kata-kata I tu.” Jasman tersenyum, merenung muka Sheila yang membalas pandangan matanya. Sheila menggigit bibir, lantas bertanya; “Sekiranya you tak suka seseorang lantas you terus ungkapkannya?”
“Ya! Itu lebih mudah, dari terus memendam.” Akui Jasman.
“Tapi I tak pernah membenci orang.” Sambungnya tidak berapa lama kemudian.
“I percaya.” Sahut Sheila tersenyum dan mengangkat mugnya kembali. “Thanks again for the drink. Lain kali kalau rajin, buatlah lagi… boleh?”
Jasman ketawa. “I boleh jadi pembancuh teh… tapi untuk you saja.” Dia terus melangkah keluar dari kamar Sheila, setelah menutup pintu kamar gadis itu perlahan-lahan. Sheila tersenyum sendiri lantas kembali meneruskan kerja-kerjanya yang tergendala.

Bab 17
DI PERTENGAHAN Ogos yang basah dan lembab itu, Sheila selalu pulang lewat. Dan setiap kali dia menjengah masuk ke rumah pasti ada-ada saja bau yang enak datangnya dari dapur. Sheila berjalan laju menghala ke dapur setelah meletakkan fail yang dibawa dari pejabat di atas meja kopi di ruang tamu. Dia yakin Azizah sudah kembali rajin mengendalikan dapur yang selalu sepi sejak kebelakangan ini. Tetapi dia benar-benar terperanjat melihat Maisarah berada di dapur dengan memakai apron berwarna merah terang.
“You yang masak, I ingatkan Zah tadi.” Kata Sheila tidak percaya.
“Kenapa? You ingat Azizah saja yang pandai dan rajin memasak?” Maisarah memulangkan pertanyaan sambil kedua-dua tangannya diletakkan di pinggang.
“OK.” Balas Sheila sambil mengangkat bahu. “I baru tahu you juga tak kurang hebat. Apa yang you masak untuk malam ni?”
“Sesuatu yang istimewa.”
“Meraikan apa ni?” Tanya Sheila apabila melihat Maisarah mengeluarkan sebuku kek lobak merah daripada dalam oven. Kek itu baru masak. Baunya yang wangi lagi harum menusuk hidung. Maisarah meletakkan kek di atas meja sambil tersenyum. Sheila juga lihat hidangan yang memenuhi meja makan. Lauk pauk istimewa serta nasi tomato sudah tersaji.
“Harijadi saya.” Beritahu Maisarah.
“Laaa… Mengapa lewat beritahu? Tak perlu you meletihkan badan memasak segala macam untuk menjamu kami. Kita makan di luar saja, biar I belanja.” Kata Sheila kesal. “Tak apa… Biar I mandi dulu, lepas tu I keluar kejap belikan hadiah untuk you.”
“Hmmm… Tak payahlah.” Maisarah cepat-cepat melarang. “Tak perlu beli hadiah…”
“Mana boleh macam tu…” Sheila tetap berkeras hendak membeli sesuatu. Tapi Maisarah pantas menyambar lengannya.
“I kata tak perlu… Cukup sekilas ciuman di pipi I. Itu bagi I lebih berharga dari segalanya.” Maisarah segera menyuakan pipinya ke arah Sheila. Sheila tertawa kecil, segera melayangkan ciuman hangat ke pipi gadis itu. Maisarah tersenyum puas, lantas menolak tubuh Sheila perlahan-lahan ke luar.
“Sekarang pergi bersihkan diri, supaya kita boleh makan bersama….”
Sheila berlari-lari naik ke kamarnya untuk membersihkan diri dan mendirikan solat. Dengan rasa tidak sabar dia berlari turun untuk menghadapi meja makan yang penuh dengan hidangan.
“Mana Azizah? Tak panggil dia makan bersama?”
“Cuba you tolong panggilkan…” Jawab Maisarah tanpa memandang muka Sheila. Sheila tidak menunggu lama, perutnya sudah berkeroncong. Cepat dia naik ke tingkat atas semula untuk memanggil Azizah. Dia mengetuk pintu kamar gadis itu yang bertutup rapat. Agak lama kemudian barulah Azizah membuka pintu.
“Kenapa mengurung diri dalam bilik ni? Hari ni harijadi Maisarah. Dia dah masak makan malam untuk kita. Marilah turun…” Ajak Sheila dengan gembira. Tetapi malangnya wajah Azizah muram.
“Tak apalah. Kakak makan ajelah.”
“Hei! Kenapa ni? Tak sihat?” Katanya kehairanan sambil cuba meraba dahi gadis itu tetapi Azizah pantas mengelakkan diri dari disentuh.
“Zah tak apa-apa, cuma letih.” Beritahunya cuba berdalih tetapi Sheila tidak percaya. Dia menolak daun pintu lantas menerobos masuk. Tubuhnya dihempas ke atas tilam Azizah. Azizah memerhati sahaja perilaku Sheila. Dia duduk di kerusi meja solek, menyikat rambutnya yang panjang menghurai. Lama dia berbuat demikian seolah-olah rambutnya sedang kusut dan perlu diberikan dandanan yang rapi.
“Kenapa ni? Cuba beritahu kakak apa yang sebenarnya berlaku? Kakak tengok Zah dan Sarah tu macam ada masalah. Kau orang langsung tak mesra dan amat jarang sekali berbual. Kenapa?”
“Kenapa kakak tanya Zah? Sepatutnya kakak tanya dia…” Balas Azizah tanpa menoleh ke arah Sheila. Dia terus menyikat rambutnya.
“Dia OK. Dia yang suruh kakak panggil kau makan.”
Bibir Azizah tercebik. Dia cuba membayangkan wajah Maisarah. Buruk! Penuh dengan kepura-puraan. Bisik hatinya. Muka gadis itu dilihatnya seperti memakai topeng yang hodoh dan dia tidak sanggup memandangnya lagi.
“Tak apalah. Kakak pergilah makan dulu dengan dia… Lagipun Zah tak lapar. Dah makan banyak di pejabat siang tadi.”
“Tak baik macam tu Zah! Hari ni harilahirnya. Macamana kalau harijadi Zah tak ada orang nak raikan? Zah sorang-sorang makan dan habiskan sebuku kek sampai termuntah.”
“Zah tak beli sebuku, beli sepotong untuk diri sendiri cukuplah!” Dia cuba menjawab, melawan dengan kata-kata yang bagaikan budak-budak.
Sheila tertawa rendah. “Zah… Zah macam budak-budaklah!”
“Ya! Zah memang bodoh. Sekolah pun tak habis… Bukan macam Maisarah dan kakak. Masuk universiti, kerja yang bagus. Tapi Zah ni…” Dia memekup mukanya dengan kedua-dua tangannya, menangis tersedu-sedu. Bahunya bergerak-gerak dengan kuat dan seluruh tubuhnya bergoncang. Sudah lama Sheila tidak melihat gadis itu menangis. Malam itu dia benar-benar dilambung kesedihan seperti beberapa tahun sudah… Saat pertama kali dia hadir ke rumah itu membawa cerita duka bersamanya.
Sheila terpegun menyedari bahawa antara Azizah dan Maisarah memang sudah tercipta satu persengketaan yang tidak diketahuinya selama ini. Apakah yang sebenarnya berlaku antara mereka, yang membuat Azizah tertekan dan tersinggung walaupun selama ini sikap sensitifnya itu tidak lagi menyerlah.
Sheila bangun, memegang bahunya sejenak dan berkata; “Hmmm… Tak mengapa. Rehatlah. Tenangkan fikiran. Kakak akan beritahu Sarah kau dah tidur keletihan. Jangan menangis!”
Kata-kata itu tidak mampu meredakan tangisan Azizah. Dia bangun dari kerusi dan merebahkan badannya ke atas tilam, meneruskan tangisannya di situ. Sheila memerhati sahaja sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tidak mengerti.
Mereka hanya makan berdua. Ternyata banyak makanan yang tidak berjaya dihabiskan. Maisarah mengemas sisa-sia makanan lantas menyimpannya di dalam peti sejuk.
“Esok bungkus, bawa ke pejabat. Bawa apa pun ke pejabat pasti habis. Mereka tu semuanya macam jerung!” Katanya tanpa rasa kesal sedikitpun. Dia ketawa.
“Yalah! Tadi kita dah jadi jerung… cuba membaham makanan satu meja. Haa… Sekarang I dah kekenyangan dan mengantuk pula. Tak tahu samada I boleh habiskan kerja-kerja ni ataupun tidak!” Kata Sheila sambil menunjuk ke arah fail yang bersusun di atas meja kopi.
Mereka berduduk di sofa, menikmati milo panas sambil terus mencicip kek lobak merah.
“Mesti boleh. I akan temankan you nanti.”
“Yalah tu!” Balas Sheila tersenyum mesra. Maisarah melentokkan kepalanya di bahu Sheila. Hatinya senang. Dia telah mendapat ‘hadiah’ harijadinya. Dia akan berjaya menyingkirkan Azizah…. Tidak lama lagi! Malam itu tiada gangguan daripada Azizah seperti malam-malam sebelumnya. Dia akan menemani Sheila hingga lewat malam. Jika Sheila perlukan bantuannya dia bersedia membantu apa sahaja… Begitulah kesetiaan yang akan dicurahkannya terhadap Sheila.
Lewat dinihari, Azizah terbangun dari tidur. Perutnya terasa pedih. Dia tidak mengambil makan malam. Dia menegakkan badannya sebentar, terdengar bunyi deru hujan yang begitu perlahan sekali. Digagahinya untuk bangun dan mendekati tingkap. Langsir disebak, titisan hujan menimpa cermin tingkap. Di luar alam begitu gelap. Dia cepat-cepat menutup langsir.
Azizah turun ke dapur. Perutnya terlalu lapar. Dia teringat pada kenikmatan minuman panas saat-saat kesejukan dan kelaparan begini. Tidak kira pukul berapa dia mesti mengisi perutnya yang kosong. Pukul satu tiga puluh minit pagi tepat… bisik hatinya ketika melihat ke muka jam dinding. Dia memandang ke arah ruang tamu yang masih terang. Dilihatnya Sheila dan Maisarah sudah tertidur di situ. Maisarah berbaring di atas sofa sementara Sheila tidur dengan berteleku di atas meja kopi. Fail dan kertas kelihatan berselerak sekali.
Azizah cuma memerhati sahaja. Dia tidak akan mengejutkan mereka. Sebelum tertidur tadi, dia sempat mengintip mereka berdua menikmati makan malam bersama. Sheila samasekali telah lupa akan kebaikan-kebaikannya selama ini… bisik hatinya. Selama ini dia selalu menyediakan masakan yang enak-enak. Tetapi sejak Maisarah ada, dia seolah-olah cuba berebut dengannya, melakukan apa yang selalu dikerjakannya di rumah itu. Malah dia tidak berkesempatan untuk turun ke dapur lagi. Setiap malam, Maisarah bagaikan menguasai segalanya.
Dia sedar dia tidak mampu… Bisik hatinya ketika sedang membancuh minuman. Di rumah itu dia tidak menyumbang apa-apa, hanya membeli sedikit barang-barang dapur hasil daripada wang gajinya. Sebahagian besar gajinya dihantar kepada emaknya di kampung bagi menyara persekolahan adik-adik. Di rumah itu dia hanya menumpang. Satu-satu peristiwa petang tadi kembali terakam.
Dia mendapati Maisarah ada di dapur, sedang mengemas. Gadis itu selalu pulang awal dari tempat kerja. Azizah tidak pernah bertanya apakah bentuk pekerjaannya. Tetapi dari penampilan Maisarah dia cuba meneka tentulah gadis itu punya pekerjaan yang baik. Dia sentiasa bergaya apabila keluar bekerja. Dia juga punya sebuah kereta wira aeroback berwarna hijau metalik. Dia turut memberikan Sheila sejumlah wang, sebagai bayaran sewa bilik yang dihuninya sekarang. Sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Azizah.
“Hai! Buat apa?” Tegur Azizah ramah, sambil meletakkan sebuku roti yang dibelinya semasa dalam perjalanan pulang dari kerja tadi.
“Sedang mengemas. Kau tak nampak apa yang aku sedang buat?” Tanya Maisarah sengit, seolah-olah teguran Azizah tadi mengganggunya. Azizah sedikit terkejut, pertama kali dia mendengar Maisarah bercakap dengan beraku dan berengkau. Azizah terdiam beberapa ketika, memerhati ke arah kabinet dapur yang penuh dengan barang-barang. Begitu juga di dalam sinki terdapat ayam dan daging segar yang belum dipotong. Peti sejuk terbuka luas, dan Maisarah lincah memasukkan sayur-sayuran serta buah-buahan ke dalamnya.
“Hmmm… nampak!” Azizah menarik nafas, mengeluh lambat. Sabar, bisik hatinya. “Saya ingat awak perlukan pertolongan.”
“Tak perlu. Aku tak perlukan apa-apa pertolongan. Terima kasih ajelah. Aku lebih suka buat segalanya sendiri OK? Jangan kau sibuk, boleh tak?”
Dia kesal kerana menegur Maisarah. Tetapi dia tidak ingin pula perang dingin antara mereka berterusan. Jika dia tidak menegur, pastilah Maisarah langsung tidak akan angkat muka apabila berhadapan dengannya. Dia tidak ingat lagi bilakah kali terakhir mereka berbual. Rasanya sudah agak lama mereka tidak lagi saling tersenyum biarpun harus berada di bawah bumbung yang sama. Maisarah memilih untuk mengurung diri di dalam bilik jika Azizah ada di ruang tamu. Kalau Azizah sudah naik ke bilik, barulah dia keluar.
Keadaan itu amat tidak menyenangkan hati Azizah. Dia tidak ingin bersengketa dengan sesiapa pun. Tetapi mengapa harus persengketaan itu terjadi tanpa sebab-sebab yang jelas?
“Saya bukannya bertujuan nak menyibuk…”
“Ehhh… Engkau ni tak reti bahasa ya? Aku tak suka orang yang banyak cakap dan bodoh… tahu tak?” Maisarah cegilkan matanya ke arah Azizah. Kali ini benar-benar Azizah tergamam. Dia terus terdiam. Perlahan-lahan dibawa langkahnya keluar dari ruang dapur dengan hati yang sedih.
Azizah menghirup minumannya perlahan-lahan. Tekaknya terasa begitu pahit. Mengapa air nescafe ini tidak lagi sedap seperti kelmarin? Bisik hatinya bersama rasa hati yang pedih. Dia melangkah pula ke peti sejuk, mencari roti yang tadi dibelinya di kedai runcit berhampiran. Puas dicari di dalam peti sejuk yang penuh dengan makanan itu tetapi tiada. Ke mana pula roti yang kubeli petang tadi? Dia bertanya sendiri di dalam hati. Seingatnya dia telah meletakkan roti tersebut di atas kabinet dapur.
Matanya mencari di setiap sudut. Dibukanya satu persatu pintu kabinet tapi tetap tidak ditemui. Kemudian entah bagaimana fikirannya teringatkan tong sampah di sudut dapur. Dia membuka penutup tong plastik bekas sampah. Sah! Roti yang masih belum disecebis pun dijamah sudah dibuang, bersama sisa-sisa makanan yang sudah kotor dan basi. Hatinya tambah sedih… Dia tahu siapa yang melontar rotinya ke situ.
Azizah tidak jadi hendak menghabiskan minumannya. Dia terus naik ke bilik tidur dengan hati yang tersayat pilu. Dia menangis sepanjang malam, merasakan bahawa dia sudah tidak punya tempat lagi di rumah itu. Waktu untuk melangkah pergi sudah semakin dekat….
SUASANA di dalam rumah itu sunyi sahaja. Maisarah tahu Sheila dan Azizah sudah keluar. Maisarah masih berada di bawah selimut, memerhati jam meja yang menunjukkan ke angka sembilan pagi. Dia tidak perlu tergesa-gesa bangun untuk ke pejabat. Dia tahu kedudukannya di pejabat itu. Tiada sesiapa pun yang berani menegur kelewatannya! Malasnya nak bangun! Bisik hatinya sendiri.
Lima belas minit kemudian barulah dia turun dari katil lantas berjalan ke pintu. Dia menjenguk keluar, memerhati ruang tamu yang berselerak. Fail milik Sheila kelihatan jatuh di tepi meja kopi. Isinya bertaburan keluar. Maisarah memerhati semuanya dengan rasa mual. Hmmm… Pemalas juga dia ni mengemas rumah! Bisik hatinya lagi. Dia memerhati sekeliling ruang itu. Bantal-bantal kecil kelihatan lintang pukang, tidak bersusun. Dia bergerak lambat mengatur kembali bantal itu di sofa, kemudian menyusun kepingan kertas putih yang berada di tepi meja, lantas memasukkannya semula ke dalam fail.
Ketika dia memegang fail berkulit tebal berwarna hitam itu, timbul niat di hatinya untuk membaca isi kandungannya. Dia mendapati ianya adalah salinan dokumen penting berkenaan dengan geran-geran tanah dan rumah milik seseorang, surat-surat serahan hak serta borang-borang yang sudah lengkap diisi. Dia membacanya sekali lalu. Pasti dokumen itu adalah milik pelanggan firma tempat Sheila bekerja bisik hatinya. Dalam kepalanya mulai membayangkan suatu niat… Inilah peluangnya! Peluang yang tidak akan dilepaskannya. Dia memerhati ke arah bilik tidur yang bertutup rapat di tingkat atas, lantas tersenyum sendiri. Bingkas dia berlari memanjat tangga dan terus menuju ke bilik Azizah. Ditolaknya daun pintu perlahan-lahan. Bagus! Tidak berkunci… Bisik hatinya.
Dia kembali ke tingkat bawah, mencapai fail berkulit tebal dan berwarna hitam pekat itu dengan bibir tersenyum. Ketika itu juga telefon berdering panjang. Maisarah mematung diri, serba salah samada hendak menjawab panggilan itu ataupun tidak. Dia buat keputusan untuk membiarkan sahaja panggilan itu tidak berjawab. Maisarah cepat-cepat keluar dari rumah menuju ke tempat kerjanya setelah melakukan apa yang dihajati. Hatinya puas… benar-benar puas. Dia tersenyum di sepanjang jalan menuju ke pejabat.
“TAK ADA orang…” Sheila bercakap sendiri sambil meletakkan gagang telefon. Mungkin Maisarah juga dah keluar. Bisik hatinya. Jadi, dia terpaksa balik untuk mengambil fail itu segera. Dia harus naik ke mahkamah dalam masa setengah jam lagi. Bagaimana dia boleh terlupa hendak membawa fail itu bersamanya pagi tadi. Hanya satu fail yang tertinggal. Mengapa dia begitu cuai? Malam tadi dia terlalu mengantuk dan tertidur di ruang tamu. Kira-kira pukul 3 pagi barulah dia terjaga dan naik ke bilik. Pagi tadi dia hendak cepat ke pejabat, mengaut saja fail yang ada di meja kopi tanpa meneliti dan mengira jumlah fail yang ada. Pastilah fail itu terjatuh di mana-mana.
Sheila hampir-hampir tidak percaya, kerana fail itu memang tiada di ruang tamu. Ke manakah fail itu tercicir? Bisik hatinya sambil berputar-putar sendiri di ruang tamu itu. Dia benar-benar buntu… Isi fail itu amat penting baginya! Matilah dia! Bisik hatinya lagi tidak tahu bagaimana harus menyelesaikan perkara itu. Jika fail itu hilang, dia tidak tahu apa yang harus dilakukan dan di manakah harus dicari dan diganti dokumen milik pelanggannya itu.
Bab 18

PINTU dibuka perlahan-lahan namun daun pintu yang berkeriuk tetap terdengar memecah. Matanya memerhati ke arah cahaya lampu yang malap yang menjadi temannya untuk sekian lama. Dia cuba memandang wajah lelaki yang berdiri di hadapannya itu. Pertama kali lelaki itu masuk ke bilik bawah tanah itu tanpa memakai topeng. Dia tidak kenal lelaki itu. Wajahnya yang hitam dan berjambang lebat, kelihatan garang dan menakutkan. Dia mengangkat kepalanya. Ada sedikit perubahan pada dirinya, tidak lagi merasa pening dan khayal. Kini dia tahu dia bukan lagi bermimpi.
Lelaki itu meletakkan sepinggan nasi berlaukkan seketul ayam goreng dan segelas teh cair. Dia pantas memegang gelas teh yang masih terasa kehangatannya. Untuk pertama kali dia merasakan gelas itu kelihatan bersih.
“Makan!” Itulah perkataan yang selalu diungkapkan. Hanya sepatah sahaja. Suaranya yang garau dan lahir dari dalam kerongkong itu kedengaran agak menyeramkan.
“Tolong…” Tiba-tiba dia mempunyai kekuatan untuk menyeru. Selama ini dia hanya diam. Diam membatu. Dia merasakan dirinya semakin bodoh dan dungu, kerana tidak dapat berfikir dengan jitu. Fikirannya penuh dengan ingatan-ingatan yang kabur dan kosong. Dia yakin dia bukanlah gila tetapi dia seperti tidak ingat apa-apa.
“Apa?” Tanya lelaki itu sepatah. Suaranya yang dingin itu membuat dia tidak dapat meneruskan kata-katanya.
“Saya… Saya di mana?”
Lelaki itu ketawa. “Kau dah mulai waras?” Ujar lelaki itu separuh menyindir. “Sejak aku tidak lagi memasukkan candu di dalam minuman kau…” Tawanya meledak, memenuhi ruang pengap itu. Azlan terus tertawa lagi. Puas dia melihat mata yang terkebil-kebil bagaikan tidak mengerti apa-apa melihat dia tertawa.
“Kau tak faham…” Kata Azlan melanjutkan bicaranya. Malam itu pertama kali dia bercakap lebih panjang dengan lelaki yang menjadi tawanannya.
“Lebih baik kau tak faham dan tidak bertanya apa-apa lagi…” Azlan meneruskan tawanya seolah-olah perkara itu begitu lucu. “Sebab aku juga tidak suka bertanya-tanya perkara yang aku tidak tahu. Biar… Lebih mudah sekiranya menerima arahan dan melakukannya dengan patuh.”
Memang dia tidak pernah membantah. Manaf telah memberikan arahan kepadanya. Dia tidak pernah bertanya, siapakah ‘boss’nya selama ini. Dia yakin Manaf juga menerima arahan daripada seseorang yang lebih berkuasa dan berpengaruh. Sebaik keluar dari penjara, Manaf menunggunya di luar jel. Memberikan dia tawaran demi tawaran. Dia sedar sebaik keluar, perut perlu diisi. Dan dia yakin tidak mudah baginya untuk mendapat pekerjaan di tengah-tengah masyarakat. Jadi dia bersetuju asalkan dia diberi tempat berlindung dan makan secukupnya.
Dia memang tidak pernah melihat dan mengetahui apakah itu candu. Ianya adalah sejenis cecair seperti susu, yang dihasilkan daripada bunga popi yang mempunyai sifat-sifat pelali dan narkotik. Darinya terhasil morfin, codeine, heroin dan laudanum. Ubat yang diperbuat daripada candu diberi untuk menyegerakan seseorang itu tidur dan meredakan rasa sakit. Juga digunakan untuk mengawal penyakit sawan. Jika diambil berlebihan boleh mengakibatkan lemah tenaga batin dan tubuh badan.
Azlan sedikit takut hendak mencubanya. Biarpun terkadang fikiran jahatnya mendorong dia untuk mencuba ubat-ubat yang dibekalkan oleh Manaf setiap kali lelaki itu datang. Tapi sejak dua minggu lepas dia mulai tidak lagi mematuhi arahan Manaf. Dia tidak lagi memberikan dadah tersebut kepada lelaki itu. Terkadang dia rasa kasihan apabila terdengar lelaki itu menjerit-jerit. Dia mulai ketagihan.
Azlan tidak menunggu lama, dia berjalan ke pintu menutupnya dengan pantas dan menguncinya dari luar. Dia ingin melupakan kesakitan lelaki itu sebagai sebahagian daripada kesakitannya pula… Dia pernah terkurung selama beberapa tahun di dalam penjara. Keadaannya dengan lelaki itu tidak jauh bezanya, cuma kesalahannya memang jelas… Dia berdosa kerana menceroboh tubuh adiknya sendiri.
SHEILA memandang kedua-dua gadis itu silih berganti. Matanya sudah merah kerana menangis. Dia meradang dan sedih. Dia dimarahi Dato’ Murthi di atas kecuaiannya. Kehilangan dokumen penting itu membuat dia mendapat memo pertama… Kecuaian dalam tugas adalah satu kesalahan yang berat. Kepentingan pelanggan harus dijaga dan diberi keutamaan. Tetapi dia dituduh cuai dan tidak bertanggungjawab!
“Betul kau orang tak nampak fail itu? Mustahil!” Kata Sheila dengan suara yang meninggi. Dia tidak dapat mengawal dirinya dari menjadi marah.
“Tak nampak!” Jawab Maisarah. “Malam tu bukankah ada di atas meja ni… Esoknya I tengok meja tu dah kosong. You dah bawa ke pejabat semuanya!”
“Zah!” Sheila memandang Azizah pula. “Ada Zah nampak di mana-mana?”
“Zah tak tahu!” Jawab Azizah dengan suara yang perlahan, takut. Dia tidak pernah melihat Sheila menyinga seperti itu.
“Apa yang kau tahu Zah? Apa-apa dalam rumah ni semua kau tak tahu?” Tanya Sheila keras. Maisarah tersenyum sendiri, gembira kerana Sheila memarahi Azizah.
“Kalau fail tu tak jumpa… I akan letak jawatan!”
“Ehhh… Takkan sampai macam tu!” Balas Maisarah cepat. Berdebar jantungnya dengan degupan yang kuat. Dia mencari muka Azizah yang kelihatan menunduk memandang lantai. Dia tersenyum demi terlihat muka Azizah yang membayangkan ketakutan.
“Ini soal maruah, Sarah!” Tekan Sheila, suaranya masih tegang. “I tak mahu dikatakan cuai dan tidak bertanggungjawab.”
“You dah cari dalam bilik you?” Tanya Maisarah pura-pura prihatin. “Manalah tahu kalau you lupa...”
“I ingat, I tak langsung bawa fail tu naik ke bilik. Malam tu I buat kerja di ruang tamu…”
Maisarah tidak menjawab. Azizah juga diam membatu. Dia turut rasa bersalah walaupun dia memang tidak tahu apa-apa. Sheila memerhati Azizah yang terus menundukkan mukanya. Tidak lama kemudian dia meminta diri untuk masuk ke kamarnya. Setelah Azizah berlalu, Maisarah bersuara lambat-lambat.
“Mengapa Azizah tu nampak macam takut sangat?” Katanya separuh berbisik. “Kalau tak bersalah mengapa mesti takut kan? I tengok muka dia pucat betul, semasa you tanya tadi, lebih-lebih lagi bila you kata nak letak jawatan…”
Sheila memandang Maisarah, tidak mengerti.
“You tak rasakan apa yang I rasa… Mungkin dia…” Maisarah sengaja tidak menggantungkan kata-katanya itu.
Sheila menggelengkan kepalanya. “Tak mungkin!” Mereka saling bertatapan beberapa ketika.
“Mengapa you kata tak mungkin? Apa salahnya sekiranya you mencuba?”
“Tapi…”
“Mari!” Maisarah mengheret tangan Sheila menghala ke tangga. Matanya menjeling ke arah pintu yang bertutup rapat.
“Apa salahnya mencuba.”
“Kalau tak ada macamana? I yang akan malu kerana menuduh dia…”
Maisarah menolak tubuhnya perlahan supaya terus memanjat anak tangga. “Pergilah cari. Ini kan rumah you, you berhak untuk mencarinya di mana saja yang you suka… Katakan itu kepadanya.”
Sheila melangkah lambat menuju ke bilik Azizah. Dia mengetuk pintu perlahan-lahan sebanyak tiga kali. Tidak lama kemudian Azizah membuka pintu, masih lagi dengan wajah yang sugul. Dia memandang ke muka gadis itu. Rasa simpatinya melaut. Lebih-lebih lagi apabila dilihatnya Azizah sedang mengemas baju. Kelihatan pakaiannya berselerak di atas katil. Di situ juga terdapat sebuah beg yang agak besar.
Sheila terpegun, tidak jadi hendak bersuara. Dia memerhati sahaja Azizah memasukkan pakaian ke dalam beg.
“Kenapa mengemas ni? Nak balik kampung?” Dia bertanya setelah agak lama membisu dan memerhati sahaja.
“Nak pindah.” Jawab Azizah terus lincah memasukkan pakaiannya. Dia membuka pintu almari, mengambil sisa-sisa pakaiannya yang masih tergantung di dalamnya. Dilipat lebih kurang lantas disumbat ke dalam beg.
“Dah nak pindah pula… Kena marah sikit dah nak pindah!” Leter Sheila dengan suara yang agak kuat. “Sudah! Jangan kerana perkara kecil Zah nak tinggalkan rumah ni…” Sheila mara lantas memegang tangan Azizah yang lincah memasukkan pakaiannya ke dalam beg. Azizah menolak perlahan tangan Sheila.
“Dah lama Zah menumpang di rumah ni. Dah sampai masanya Zah berdikari.”
“Zah!”
Azizah tidak mempedulikan panggilan Sheila. Dia terus bergerak ke almari, mengambil pula pakaiannya yang berlipat tinggi lantas mencampakkannya ke atas katil. Mengapa terlalu banyak pakaian miliknya? Fikirnya sendiri. Mungkin tidak muat begnya yang sederhana besar itu. Seharusnya dia membeli beg yang lebih besar sebelum pindah dari rumah itu. Tapi dia benar-benar tidak tahan untuk bersemuka dengan Maisarah. Sheila juga mulai membenci dirinya sejak dia akrab dengan Maisarah. Mereka setaraf! Bisik hatinya sedih. Sama-sama pandai dan berjawatan tinggi… sedangkan dia hanya seorang kerani.
Dia membalik-balikkan pakaian yang bertimbun di atas katil. Di manakah harus disumbatkan pakaiannya itu. Dia pantas menyelak cadar yang menutup katil. Di bawah katil terdapat sebiji kotak. Dia akan memasukkan pakaian itu ke dalam kotak tersebut. Semasa dia hendak mengangkat pakaiannya ke dalam kotak, sesuatu terjatuh di atas lantai. Azizah terperanjat. Matanya memandang ke arah benda yang terjatuh itu dan hampir-hampir pula menimpa kakinya.
“Fail?” Suaranya meletus tanpa sedar. Sheila juga terkejut melihat fail itu terjatuh daripada lipatan pakaian Azizah. Fail yang amat dikenalinya. Sheila memandang ke arah fail itu dan separuh menerkam untuk melihat isinya.
“Ya Tuhan! Fail I… Fail yang I cari-cari…” Dia memandang tepat ke muka Azizah. Wajah Azizah bertambah pucat dan tangannya nampak menggigil.
“Apa ertinya semua ni? Zah!... Kakak tak sangka Zah! Betul-betul tak sangka!”
“Tak! Zah tak tahu! Zah tak tahu macamana fail tu ada dalam almari Zah!”
“Itulah kata-kata yang selalu diucapkan oleh orang yang bersalah…” Balas Sheila sinis. “Kau tak tahu mengapa ianya ada di dalam bilik kau ni? Betul-betul tak tahu? Tapi mengapa kau nak pindah? Dah jelas yang kau sebenarnya nak lari dari sini… kerana rasa bersalah!”
Beberapa titis airmata Azizah menitis. Dia tidak dapat membuktikan kejujurannya. Untuk apa lagi dia cuba menyakinkan gadis itu. Saat itu dia mendengar bunyi dari arah pintu. Terjengul muka Maisarah yang kelihatan tenang dan bersahaja.
“Ini semua angkara kau bukan?” Kata Azizah dengan suara yang serak cuba melawan sebak yang melanda dadanya. Dia merasakan dirinya benar-benar lemah tidak berdaya. Dia hampir-hampir terduduk di atas katil.
“Aku? Apa hal ni?”
“I dah jumpa fail ni dalam bilik Azizah.” Beritahu Sheila, memandang Maisarah yang tersenyum puas.
“Kau sengaja nak fitnah aku!” Jerit Azizah ke arah Maisarah. Gadis itu hanya mengangkat bahu.
“Tak ada sebab aku nak buat benda bodoh tu!” Katanya lagi dengan penuh yakin. “Kalau dah bersalah jangan nak tuduh dan letakkan kesalahan pada orang lain, Azizah.” Ujar Sheila dengan suara yang keras. “Kau tak rasa yang kau perlu minta maaf di atas kata-kata kau tadi… terhadap Sarah dan kakak?”
“Maaf?” Kata Azizah sambil menyeka airmata. “Maaf hanya sekiranya saya benar-benar bersalah. Tapi hanya Tuhan yang tahu segalanya…” Azizah menangis tersedu-sedu. Tiada lagi pujukan mesra yang keluar daripada bibir Sheila melainkan satu rengusan panjang.
“Dah nak gunakan nama Tuhan pula.” Sheila menggelengkan kepalanya. “Baiklah Azizah. Persahabatan kita sampai setakat ini sahaja. Hendaknya kita jangan bertemu lagi di mana-mana. Keluarlah dengan baik dari rumah ini, sebagaimana kau datang.” Sheila melangkah keluar. Hatinya sedih. Dia langsung tidak bermaksud hendak menghalau Azizah. Hatinya benar-benar terguris di atas apa yang berlaku.
“Kak! Maafkan Zah! Zah tak buat itu semua. Jauh sekali untuk menganiayai dan menghancurkan kerjaya kakak.” Azizah meluru dan memeluknya dari belakang.
“Kita dah macam adik-beradik. Terlalu banyak jasa dan budi kakak yang telah Zah terima. Demi Tuhan, takkan sanggup Zah lakukan sesuatu yang melukakan hati kakak…”
Sheila menolak lingkaran tangan Azizah di bahunya. Dia terus keluar dari bilik itu tanpa menoleh ke arah Azizah yang sudah bertamu dengan airmata.
Wujud jua sekelumit rasa kasihan. Namun hatinya tidak lepas dari diburu pertanyaan; kenapa dan mengapa Azizah harus menyembunyikan fail itu di dalam almarinya? Apakah disebabkan oleh rasa cemburu di atas keakraban hubungannya dengan Maisarah? Dia tetap merasakan perbuatan Azizah itu melampau. Tidakkah dia tahu betapa pentingnya isi fail itu. Sekiranya dia gagal mengemukakannya keesokan hari Dato’ Murthi akan mengamuk. Dan amukan itu pastilah tiada ampunnya melainkan Sheila meletakkan jawatannya saat itu juga.

Bab 19
BUNYI guruh dan kilat yang memecah di permukaan tingkap cermin ruang tamu, menyedarkan Sheila, hujan lebat akan turun. Baru beberapa minit tadi, Azizah keluar dengan mengheret begnya yang sarat ke muka pintu. Wajahnya masih basah tika dia menghulurkan tangannya pada Sheila, tanpa suara, hanya esakan halus yang terus menyentuh cuping telinga.
Beberapa titis airmatanya gugur di atas tangan Sheila. Dia tunduk dan menciumi tangan gadis yang dianggap seperti saudara kandungnya sendiri. Kemudian dia terus berlalu pergi. Hati Sheila benar-benar tersentuh dan terluka. Dia pergi dalam tangisan… bisik hati Sheila. Mungkinkah airmatanya itu dapat membuktikan sesuatu? Dia seperti mahu percaya bahawa Azizah tidak pernah berniat hendak menganiayainya.
Pergilah Azizah… Bisik hati Sheila. Aku takkan menangis. Ketiadaan kau tidak aku rasa apa-apa. Kehilanganmu tidak akan membuat hidupku sepi. Kau hanya satu kenangan pahit. Kau dan Abang Farhan adalah umpama permata berkilau yang memukau tetapi akhirnya hilang di dalam lumpur! Dan aku tidak akan mencarimu…
Sheila memerhati ke arah Maisarah yang leka membaca majalah. Dia juga tidak percaya kata-kata Azizah, bahawa semuanya angkara Maisarah. Tetapi mengapa? Baginya Maisarah terlalu baik dan tak mungkin menyakiti orang lain.
Titisan hujan mulai lebat gugur ke bumi. Bunyinya menderu kuat disertai angin yang garang bertiup. Apakah Azizah sudah mendapat teksi? Tanya hati Sheila tidak berhenti-henti bertanya tentang diri Azizah. Tiba-tiba rasa pilu datang bertandang. Peristiwa lama kembali terakam dalam ingatannya. Azizah datang ke rumah itu ketika hujan lebat sedang menggila. Gadis itu datang tika hidupnya sepi lagi terasing. Dia datang memohon perlindungan. Tubuhnya menggigil kedinginan dan wajahnya basah dengan airmata. Pemergiannya juga begitu… Diiringi hujan lebat yang mencurah-curah.
Sheila mengeluh berat. “Sarah!”
“Hmmm…” Maisarah bersuara malas, tanpa memandang muka Sheila.
“Apakah Azizah sudah mendapat teksi?”
Maisarah mengangkat mukanya memandang Sheila.
“Dia kehujanan di luar sana…”
“Biarkan dia.” Jawab Maisarah tidak peduli. “Dia sengaja cari penyakit.”
“Tapi… I rasa kasihan pula.”
“Dia yang nak keluar dari rumah ni, bukan you yang menghalaunya….”
Sejenak Sheila terdiam. Maisarah meneruskan bacaannya tidak mempedulikan kerisauan yang bermukim di wajah Sheila. Tiba-tiba Sheila bingkas ke arah meja konsol di mana dia selalu meletakkan kunci kereta. Dicapainya kunci tersebut lantas digenggamnya erat. Mendengar gemerincing bunyi kunci di dalam tangannya, Maisarah mengangkat muka; “You nak ke mana?” Dia bertanya dengan dahi berkerut.
“I nak cari Azizah dan ajak balik ke rumah ni semula.”
“Gila.” Seru Maisarah perlahan tetapi Sheila tidak mendengarkannya. Dia sudah berjalan ke pintu depan lantas membukanya dengan hati yang cekal. Angin kuat menampar muka dan rambutnya dengan sekelip mata menjadi kusut masai. Sheila tidak peduli. Dia berlari ke arah kereta yang hanya beberapa langkah sahaja daripada muka pintu utama. Daun pintu ditarik kuat dan dia melontar tubuhnya ke dalam kereta. Enjin dihidupkan. Maisarah berlari ke pintu. Dia hanya sempat melihat kereta Sheila yang sudah pun berada di atas jalan raya.
Sheila memandu tidak menentu. Kilat terus mengganas, mencakar langit yang hitam dan cahaya emasnya memantul ke tingkap cermin. Beberapa kali Sheila beristighfar. Dia sudah berada di perhentian bas terdekat di luar kawasan taman perumahan tetapi tidak terlihat kelibat sesiapa di situ. Dia teragak-agak samada hendak meneruskan perjalanan keluar ke jalan besar ataupun tidak. Ke manakah Azizah? Serunya apakah dia sudah sampai ke Mentakab? Mungkin sebaik sahaja dia keluar tadi, ada teksi yang mengangkutnya ke bandar.
Sheila meneruskan perjalanannya ke Mentakab. Tangannya menggigil ketakutan. Rasa gerunnya masih wujud setiap kali memegang stering. Pelbagai peristiwa melintasi ingatannya. Dia teringat segala-galanya bagaikan menonton putaran sebuah filem dan dia sendiri menjadi pelakon utamanya. Oh! Tuhan… Keluhnya seorang diri, tangannya mencengkam erat setering kereta. Bantulah aku! Hatinya berbisik sedih. Saat itu dia merasa benar-benar keseorangan. Tiba-tiba dia terlihat sesusuk tubuh sedang berjalan di dalam hujan. Tubuhnya itu dirasakan bagaikan tubuh Azizah. Sheila cepat berhenti di tepi jalan lantas berlari ke arah perempuan yang berjalan tergesa-gesa berteman sebuah payung. Payungnya kelihatan teroleng-oleng dipukul angin.
“Zah!” Sheila menerpa dan menyentuh bahunya dari belakang. Perempuan itu menoleh. Sheila benar-benar terkejut. Ternyata dia bukanlah Azizah. Cepat-cepat dia meminta maaf. Saat itu dia tidak sedar, bajunya sudah dibasahi hujan yang sangat lebat itu. Sheila menundukkan muka, tidak tahan dengan tujahan air hujan yang begitu kasar dan lebat. Dia merasakan dirinya kerdil dan hina. Dia rasa bersalah yang amat sangat.
Sheila kembali ke kereta bersama pakaian yang basah dan wajahnya turut basah oleh hujan dan airmata. “Maafkan kakak, Zah…” Serunya perlahan dalam tangisan.
Tubuhnya terus menggigil antara rasa gentar dan kedinginan, akhirnya dia dapat jua kembali ke rumah dalam amukan hujan yang menggila. Biarpun sudah berada di hadapan pagar, dia masih belum keluar dari kereta. Matanya memandang kosong ke arah rumah yang telah dihuni hampir dua tahun bersama Azizah. Dia merasakan satu kekosongan apabila menyedari bahawa Azizah sudah tidak lagi bersamanya.
Sheila terkejut dari lamunan apabila terdengar tingkap keretanya diketuk dari luar. Dia menoleh dan terlihat Jasman berdiri di sisi kereta bersama payung yang terkembang di tangannya. Dahi Sheila berkerut, tidak menduga sama sekali Jasman berada di situ.
Muka Jasman membayangkan pertanyaan. Sheila cepat membuka pintu kereta dan tidak dapat lagi menyembunyikan wajahnya yang basah serta pakaiannya yang melekap ke tubuh. Pakaian yang basah lencun. Rambutnya juga kelihatan basah. Dia merasakan dirinya sungguh hodoh saat itu dan harus menampilkan pula segalanya di hadapan Jasman kini.
“Tak perlu bawa payung, I memang dah basah.” Sheila separuh menjerit cuba melawan deruan hujan yang amat kuat.
“Apa yang terjadi? I nampak Azizah keluar dengan beg pakaian besar lepas tu you pula keluar tergesa-gesa. You berdua bergaduh?”
Sheila tidak menjawab. Dia hanya merenung mata Jasman dalam-dalam, beberapa saat kemudian dadanya kembali sebak dan air jernih kembali bertakung.
MALAM semakin larut tetapi hujan itu enggan teduh. Biarpun tidak lagi menggila tetapi ia masih terus menitis. Seperti airmata Azizah jua. Terus menitis dan terus menangisi nasibnya yang tersingkir. Azizah memerhati malam yang kelam dan basah itu dengan hati walang. Di manakah dia harus berlindung malam ini? Hendak pulang ke kampung, bas terakhir sudah lama berlepas. Hendak bermalam di hotel, dia tidak punya kekuatan. Dia takut. Benar-benar dia takut hendak melangkah keluar dari tempat dia berlindung di bawah atap sebuah gerai yang sudah ditutup. Gerai itu seperti sudah lama tidak digunakan orang untuk berniaga lagi.
Di situlah dia berlindung setelah turun kereta sapu yang dinaikinya tadi. Masih diingatnya muka lelaki yang menjadi pemandu kereta sapu itu. Misainya lebat dan matanya tajam membuat Azizah tergamam. Hendak ditolak pelawaan lelaki itu, dia serba salah. Hujan akan turun bila-bila masa saja. Jika dia tidak menaiki kereta sapu itu dia akan kehujanan di tengah jalan. Justeru itu tanpa berfikir panjang dia naik. Baru beberapa meter kereta tua itu bergerak pergi, dia terasa lututnya diraba. Lelaki itu pura-pura menukar gear kereta, segera meminta maaf apabila Azizah menjeling padanya.
Sebaik sahaja kereta sapu itu, memasuki bandar Mentakab, Azizah meminta lelaki itu menurunkannya di hadapan bangunan pertama di Jalan Temerloh. Sebaik sahaja melintasi lampu isyarat pertama. Dia lebih rela berjalan kaki daripada terus berada di dalam kereta sapu itu apabila lelaki itu kerap kali menukar gear keretanya.
Pada perkiraan akalnya, dia hanya akan berlindung sejenak di bawah atap gerai usang itu. Gerai itu terletak 20 meter dari sisi sebuah bangunan minimarket yang masih dibuka. Tetapi hujan yang tidak mahu berhenti membantutkan pergerakan. Apalagi dia harus mengheret begnya yang terasa semakin memberat. Minimarket itu pula telah menutup perniagaannya lebih awal kerana tiada pelanggan. Dia memandang sahaja ke arah beberapa orang pekerja minimarket itu yang terburu-buru pulang ke rumah masing-masing. Selepas itu satu demi satu kedai yang ada di bangunan itu menutup perniagaan masing-masing lantas pulang. Azizah mengeluh. Pukul berapakah sekarang? Bisik hatinya. Hujan yang lebat itu membuat alam benar-benar gelap seperti sudah menjelang malam… bisik hatinya sendiri. Rasa hatinya benar-benar kecut apabila kilat dan guruh saling bertingkah mengoyak langit yang hitam pekat.
Dia bagaikan tidak percaya. Semasa melangkah keluar dari rumah Sheila tadi, dirasakan alam masih terang benderang dan kini tidak ubah bagaikan sudah menghampiri malam yang panjang lagi menakutkan. Azizah mengendap di sebalik gerai dengan tubuh yang menggigil ketakutan sambil berharap hujan segera berhenti.
Dia tidak tahu sudah berapa lamakah dia duduk termenung di sebalik gerai. Tangisannya sudah pun reda, matanya terasa amat pedih. Punggungnya dialas dengan sehelai guni yang dibentang di atas lantai gerai. Dapat dilihatnya air yang menyerap ke dalam tanah di hadapan matanya. Air yang pekat dengan lumpur mengalir laju, entah dari mana datangnya dan entah di mana akhirnya.
Masa yang beranjak, membuat tempat itu semakin gelap. Dia memerhati atap gerai yang menjadi tempatnya berlindung. Masih kukuh, tiada kebocoran. Tangannya bermain dengan pemegang pintu gerai yang ternyata berkunci. Sebuah mangga tergantung di situ. Tentu masih ada pemilik gerai ini… bisik hatinya. Cuma mungkin hari ini sahaja dia tidak berniaga. Dia mengintai sedikit ke arah jalanraya dan mendapati ianya kelihatan lengang sekali, tiada kenderaan langsung. Kabut air memutih di atas aspal yang hitam legam. Amat kontras dengan hujan yang putih jernih. Tetapi lampu jalan terpasang biarpun agak malap. Sesekali ada juga orang yang berjalan kaki melintasi bangunan itu. Tapak kaki terdengar berjalan dengan cepat dan tergesa-gesa. Tiada sesiapapun yang menoleh ke arah gerai itu kerana ingin menyelamatkan diri daripada hujan lebat.
Sekurang-kurang dia merasa selamat, tidak terganggu. Penat dia duduk bersila, kakinya dilunjurkan pula. Tubuhnya terasa amat dingin ditiup angin. Mujur dia memakai seluar jean dan baju panas berlengan panjang. Dia memeluk tubuh sambil berfikir apa yang harus dilakukannya. Masa yang terus bergerak terasa begitu lambat dan menyeksa batin.
Dia benar-benar buntu. Perutnya pula terasa bagaikan diikat. Pedih. Dia kelaparan. Dia harus mengorak langkah dari situ. Dia mesti mencari tempat berlindung yang lebih selamat. Hujan sudah mulai reda sedikit. Dia mesti kuatkan semangat meredah hujan dan mencari tempat yang lebih baik untuk berlindung. Dia bangun, memandang jauh. Bangunan yang terdekat kira-kira 20 meter daripada bangunan tempat dia berdiri. Tidak begitu jauh. Biarpun bangunan itu lengang tidak berorang tetapi lampunya terang.
Dia mengangkat beg, berjalan laju ke arah bangunan sebelah. Berjalan dengan tenang di sepanjang kaki lima itu hingga tiba di hujungnya. Dia ambil keputusan untuk melintasi satu lagi bangunan. Bangunan itu lebih panjang. Kebanyakan kedai-kedai sudahpun menutup perniagaannya. Langsung tidak berorang. Hujan telah membuat orang lebih suka berada di rumah bersama keluarga.
Rumah. Dia tidak punya rumah lagi. Rumah yang menjadi syurganya sudah pun lenyap dan hilang dalam sekelip mata. Tidak. Bukan sekelip mata… bisik hatinya. Tiga bulan… Tiga bulan dulu dia masih lagi bahagia berada di rumah itu. Tiga bulan dulu Sheila juga sedang menjulang bahagia pula. Tetapi kini hanya kekosongan. Tidak disangka-sangka hidupnya turut terjejas. Dan kehadiran Maisarah di rumah itu telah memusnahkan segala-galanya.
“Seorang aje dik…” Dia terkejut mendengar sapaan. Betapa suara itu bagaikan suara malaikat. Ada orang! Bisik hatinya.
Segera mukanya diangkat. Saat itu hatinya terasa seperti diramas-ramas kuat, dadanya berdegup tidak lagi mengikut tempo. Laju dan kuat sekali. Dia masih cam lelaki yang menegurnya itu. Kenapa mesti bertemu dengan dia? Bisik hatinya. Disangka malaikat yang muncul tetapi bagaimana jika syaitan yang timbul? Kalut malut dan kacau fikirannya saat itu.
Lelaki itu juga memandangnya tidak berkelip. Tadi dia memang tidak perasan, kerana Azizah berjalan dengan muka tertunduk dan tergesa-gesa pula. Mereka berselisihan. Dia sedang berjalan menuju ke arah kereta yang parkir di sisi bangunan itu. Dia sengaja menegur apabila dilihatnya perempuan itu bersendirian dengan mengheret beg yang agak besar serta berat. Lagipun dia keseorangan di malam dingin itu. Entah ke mana dia hendak pergi… Hatinya bertanya.
“Encik Salim?” Seru Azizah gugup. Mukanya pucat dan ketakutan.
“Ya.” Jawab Salim sepatah, cuba melemparkan senyuman penuh paksaan. Muka Azizah ditenung. Kenapa? Apa dah jadi padanya? Macam lari dari rumah. Bergaduh dengan Sheila? Apa yang berlaku? Dia benar-benar ingin tahu. Dia tidak akan melepaskan Azizah selagi dia belum tahu cerita yang tersembunyi disebalik wajah sugul gadis itu. Matanya yang kelihatan masih merah serta bengkak, membalas renungannya tetapi cuma sejenak. Dia masih seperti dahulu… Fikir Salim. Terlalu takut pada lelaki! Hati Salim ketawa hebat. Dia tidak perlu bersimpati, biarpun dia tahu Azizah takut seperti tikus bertemu sang kucing.
“Kau masih kenal aku…” Kata Salim dengan nada suara yang dilembutkan. Dia tidak mahu menakutkan Azizah.
Azizah diam, tetapi dia tidak berusaha untuk melarikan diri daripada Salim. Mata Azizah memerhati sekeliling bangunan yang lengang itu. Tiada seorang manusia pun di situ. Mengapa tak ada orang langsung? Dah matikah semua orang di bandar ni? Bisik hatinya sendiri. Namun perlahan-lahan rasa takutnya pulih, sekurang-kurangnya Salim tetap seorang manusia seperti dirinya.
Salim ketawa lembut, mempamerkan giginya yang putih bersih. Rambutnya biarpun panjang, tetapi malam itu tampak kemas. Dia baru balik daripada pub, menghabiskan masa dan duitnya di situ. Dahulu dia tidak mampu, tetapi sejak bergelar ‘taukeh’ ladang tembikai dia sudah mulai kembali mengunjungi bar dan pub. Ke mana lagi dia harus pergi untuk mencari ketenangan dan menabur wangnya? Walaupun dia pergi ke situ untuk minum dan berhibur, dia tidak pernah melanggan perempuan. Dalam hatinya cuma ada seorang perempuan sahaja… satu-satunya!
“Kau nak ke mana?” Salim menjeling jam tangannya. “Dah lewat juga ni, dekat pukul sepuluh malam.” Di dalam hatinya dia bersyukur, dia tidak minum sampai mabuk tadi. Fikirannya masih rasional dan dia akan mengambil tindakan yang jitu dan konkrik. Tidak perlu diragui lagi! Dia yakin Azizah dalam kesusahan. Kalau tidak masakan gadis itu sanggup keluar sendirian di malam yang dingin dan hujan dengan berteman beg pakaian yang besar.
Azizah diam, menggigit bibirnya cuma. Dia tidak tahu hendak ke mana. Patutkah dia memberitahu Salim bahawa dia dalam kesusahan.
“Saya…” Azizah tidak dapat meneruskan kata-kata, lidahnya kelu. Salim membiarkan sahaja Azizah mencari kekuatan. Dia kenal siapa Azizah. Dia sudah maklum sangat pada ketakutan yang bermukim di hati gadis yang pernah menjadi mangsa rogol abangnya sendiri itu.
“Janganlah takut. Beritahu saja aku kau nak ke mana. Aku akan hantarkan. Percayalah. Aku bukan lagi Salim yang dulu… Salim sekarang sudah alim.” Katanya ketawa lembut, sambil mengangkat ibu jarinya ke atas.
“Saya nak balik kampung tapi tertinggal bas…” Azizah cuba berbohong. “Beberapa kali saya cuba telefon kak Sheila tapi tak dapat. Agaknya sebab hujan lebat ni… Atau mungkin dia tak ada di rumah.” Suaranya terhenti. Salim memandang ke arah beberapa deret bangunan di belakang Azizah. Bangunan itu lengang selengangnya dan dia terlihat tapak kasut yang berlumpur di atas lantai morzek, menunjukkan arah dari mana Azizah datang. Dia tahu Azizah berbohong kerana stesen bas terletak di satu bahagian lain di bandar itu, agak jauh jaraknya dari bangunan tempat mereka berdiri sekarang.
“Jadi, aku hantar kau ke Bukit Mentakab.” Salim cuba menguji.
“Tak… tak…” Azizah membantah. “Biar saya… saya cari tempat lain saja untuk bermalam. Saya…” Suaranya tersekat-sekat. Dia mulai terasa sebak. Di manakah dia harus berlindung malam ini. Azizah membuka langkah. Salim dengan pantas menahannya. Disentuhnya bahu Azizah lembut kemudian sepantas kilat melarikan tangannya.
“Kau tak apa-apa Azizah? Aku ikhlas nak tolong. Kau ni dalam kesusahan…” Salim berkata lembut. “Aku carikan hotel untuk kau bermalam, macamana? Banyak hotel di seberang jalan sana tu!” Salim menunjuk ke satu arah.
Azizah menggeleng lembut. “Saya takut…” Akhirnya dia terpaksa mengaku.
“Jangan takut. Tak ada apa-apa. Segalanya akan selamat.” Salim memandang ke arah kereta buruk miliknya yang hanya beberapa meter sahaja dari tempat dia berdiri. Dia akan mempelawa Azizah menaiki keretanya itu untuk mencari hotel murah yang terdapat di Mentakab. Dia harus menyakinkan Azizah bahawa niatnya benar-benar ikhlas hendak menolong gadis itu yang dalam kesusahan.
Azizah akhirnya bersetuju. Salim menyuruh dia duduk di kusyen belakang. Dia amat memahami keadaan gadis itu. Sikap Salim yang lunak itu tambah menyenangkan hatinya dan kepercayaannya terhadap Salim kian membesar. Dia duduk dan bersandar damai, membiarkan Salim memandu kereta buruknya itu. Enjinnya yang agak kuat cuba melawan deru hujan yang tiba-tiba menjadi lebat semula. Salim memusing keretanya memasuki Jalan Mok Hee Kiang, lantas berhenti di hadapan sebuah hotel murah. Di hadapan pintu hotel yang kecil itu, terlihat sebuah tangga untuk naik ke tingkat atas. Di tepi tangga itu kelihatan beberapa orang perempuan Cina sedang berdiri dengan pakaian seksi. Puntung rokok kelihatan meniti di bibir masing-masing. Demi terlihat kereta berhenti dan terlihat pula lelaki di dalamnya, perempuan-perempuan itu melambai girang. Biarpun hujan tetapi mereka kelihatan selesa berskirt ketat serta berbaju tanpa lengan.
Azizah memerhati ke arah perempuan-perempuan itu dengan mata terbelalak. Bibirnya terasa kering dan beberapa kali dia meneguk air liur. Rasa gentar kembali datang meramas hatinya. Dia mencengkam tangannya di permukaan kusyen sambil berkata lambat ke arah Salim; “Di sini? Encik Salim nak tinggalkan saya di sini?”
Salim menoleh ke belakang. “Kenapa? Hotel ni cukup murah. Hanya empat puluh atau lima puluh ringgit semalaman.”
“Saya tak mahu… takut.”
“OK.” Salim menoleh ke belakang sekali lagi. “Di manakah tempatnya yang kau rasa aman dan tenteram, jauh dari rasa takut? Beritahulah aku… supaya aku boleh hantarkan. Aku rasa kesian bila tengok kau macam ni… Benar-benar kesian.” Kata Salim perlahan dan bagaikan berbisik sahaja. Atau kau rasa selamat sekiranya mengikut aku pulang sahaja ke Rumpun Makmur? Sambungnya di dalam hati.
“Baiklah. Kita cari hotel di Temerloh saja. Hotel Seri Malaysia. Aku rasa OK. Tempat yang selamat dan jauh dari maksiat. Kalau itulah yang kau mahu elakkan… Aku yakin dan percaya, ianya adalah satu pilihan yang tepat. Cuma aku tak tahu, apakah duit kau mencukupi?”
“Berapa ringgit semalaman?” Tanya Azizah ingin tahu.
“Aku kira, dua ratus ringgit ke atas. Ohhh… Itu sudah pasti. Tempat yang selamat harus membayar lebih bukan?”
Azizah terdiam. Di dalam dompetnya hanya ada lima puluh ringgit sahaja. Apakah boleh dia berhutang? Tentu tidak. Bisik hatinya terus gundah. Dia cuba bertenang dengan menyandarkan tubuhnya ke kusyen. Matanya memerhati jalan yang basah dan kereta Salim meluncur laju menuju ke Temerloh.
“Hei… Kita dah sampai ke Seri Malaysia.” Seru Salim. Sejak berlepas dari Mentakab tadi, Salim tidak bercakap biarpun sepatah. Azizah juga begitu. Dia membiarkan Azizah hanyut dalam arus fikiran dan khayalannya sendiri. Apabila telah benar-benar tiba di hadapan Seri Malaysia, barulah dia bersuara tanpa menoleh ke belakang. Dia mendapati kata-katanya tidak bersambut.
Salim menoleh dan mendapati Azizah telah pun terlelap. Salim menyentuh tangan Azizah. Saat jarinya bersentuhan dengan Azizah, dia terasa betapa lembutnya kulit gadis itu. Lembut bagaikan kapas… Sedikit rasa kagum menyentuh hatinya, tapi cuma sebentar. Rasa itu dengan cepatnya menghilang apabila kelopak mata Azizah terbuka. Dan matanya tampak letih dan tidak bersemangat.
“Dah sampai kat Seri Malaysia…” Beritahu Salim.
“Hmmm…” Azizah menyahut malas dan lemah.
“Biar aku keluar, tempah bilik. Kau tunggu di dalam kereta.” Salim meninggalkan Azizah di dalam kereta. Dia berlari-lari ke arah pintu hotel dan terus memasuki lobi. Azizah memerhati dari dalam kereta. Cahaya di hadapan hotel itu terang benderang dan terlihat deretan kereta memenuhi ruang parkir.
Dia memandang pula ke bahagian dalam melalui pintu utama hotel yang ternganga luas dan terlihat suasana yang meriah dan mewah sekali. Mampukah dia menginap di situ walaupun semalaman cuma? Sejurus kemudian Salim datang kembali ke kereta bersama gelengan lemah.
“Bilik dah penuh.” Beritahu sambil memerhati ke arah belakang. “Macamana?”
“Saya tak boleh berfikir lagi. Saya buntu. Dan saya memang bodoh.” Akui Azizah seperti hendak menangis sahaja gadis itu.
“Sudah. Jangan pula kau yang hujan… kat luar ni memang dah hujan pun.” Kata Salim, ketawa lembut. Malam itu dia banyak ketawa. Untuk pertama kali perasaannya seperti sudah kembali pulih dari kesakitan dan luka.
“Ada jalan penyelesaian yang mudah.” Kata Salim setelah diam beberapa ketika. “Itupun kalau kau mahu meletakkan kepercayaan padaku, Azizah.”
Azizah diam. Tetapi dia akur, dia telah meletakkan kepercayaannya pada Salim. Tidak kira apa yang akan terjadi, dia harus berani berhadapan dengan risiko.
Bab 20

UNTUK mencapai matlamat, tidak kira sebesar mana risiko yang bakal di hadapi, dia harus juga tetapkan pendiriannya. Dia mesti lakukan sesuatu sebelum Rosnah dapat menghidu di manakah dia menyembunyikan Andy Farhan. Wanita itu terlalu obsses, gila… fikirnya lagi. Dia bimbang jika berlaku sedikit kesilapan sahaja, rahsianya akan terbongkar.
Dia menekan handphone, cuba menghubungi orang yang paling dipercayainya, Manaf. Lelaki itu segera menyambut panggilan pada deringan yang ketiga.
“Bagaimana perkembangan seterusnya, Manaf?”
“Berjalan lancar seperti yang dirancang, datuk.” Kata Manaf. “Setakat ni OK. Dia ikut apa yang diperintahkan.” Beritahu Manaf dengan penuh yakin.
“Kau kedengaran yakin sekali. Aku tak mahu sebarang masalah timbul nanti. Kau tahu bahana yang akan menimpa kita…” Dia ingin menyatakan bahawa bahana itu mungkin akan menimpa ‘kau’ sahaja tetapi tidak jadi. Dia sedar bahawa dia sebagai tok dalang dalam permainan ini tetap akan mendapat bahagiannya yang tersendiri. Namun kenyataan itu langsung tidak membuat hatinya kecut. Langsung tidak…
“Mulai hari ni kau cuba awasi pergerakan Rosnah.” Arah Datuk Mustafa. “Dia tu lain macam sikit. Hari tu aku tersilap, beritahu rahsia yang sepatutnya disimpan. Tetapi itulah… Kesilapan yang tidak disengajakan boleh menjerat diri sendiri.”
Manaf terdiam. Dia bagaikan mengimbas kembali bagaimana dia telah melakukan penculikan yang sangat licik itu. Kini sudah beberapa bulan pula lelaki itu terkurung bagaikan seorang banduan yang telah dijatuhi hukuman tanpa pengadilan. Semuanya kerana wang. Dia dijanjikan dengan wang dan kemewahan oleh Datuk Mustafa justeru itu dia tidak pernah mempersoalkan segala tindakannya. Dengan limpahan wang ringit yang diberi dia mampu menjalankan perniagaan biarpun secara kecil-kecilan.
“Sebab itulah kau mesti mengetahui setiap pergerakan Rosnah. Dengan siapa dia berhubung sekarang. Aku syak dia ada hubungan dengan seseorang…” Kata Datuk Mustafa lagi. Suaranya kedengaran tegang. “Jika benar, kau tebas sahaja leher jantan tu!”
“Eeee… Bukan senang nak tebas leher orang Datuk…” Kata Manaf. Dia ingin menyatakan upahnya haruslah sepadan, tetapi tidak sempat apabila kata-katanya dipotong keras oleh Datuk Mustafa.
“Samseng apa macam ni? Itu pun tak berani!” Manaf mendengar bunyi talian diputuskan begitu sahaja. Dia merenung handphonenya sejenak kemudian melepaskan kemarahannya dengan menumbuk permukaan meja. Bukan sesekali dua Datuk Mustafa memutuskan panggilan di saat-saat dia masih ingin berkata sesuatu.
Datuk Mustafa bukanlah seorang yang skeptikal terhadap semua hal yang remeh-temeh, tetapi jika ianya bersangkutan dengan isteri mudanya yang jelita itu dia harus menyimpan curiga. Rosnah semakin kerap kali pulang ke rumah baru yang terletak di Kuala Tahan. Banglo yang dibina di tengah-tengah ladang kelapa sawit dan tertegak megah di atas bukit itu sering menjadi tempatnya beristirahat berbanding di Kuala Lumpur. Jika dulu dia selalu berminat untuk pergi ke SPA dan salun tetapi kini dia lebih sukakan udara desa yang bersih jauh dari pencemaran.
Datuk Mustafa yakin tentang sesuatu….
RICHARD menggeliat malas. Pagi itu dia tiada mood hendak memulakan sesuatu. Hampir setengah jam dia hanya duduk termenung menongkat dagu di hujung katil. Pun dia harus jua bangun kerana ada sejumlah tugas yang menunggunya di pejabat. Dia tidak boleh mengabaikan tugasnya itu, lebih-lebih lagi jika dia ingin mengekalkan jawatannya sekarang. Dia ingin terus memelihara hubungannya dengan Rosnah walaupun wanita itu hampir-hampir sepuluh tahun lebih tua darinya. Tetapi dia memang sukakan Rosnah, kerana dia cantik dan kaya pula. Seboleh mungkin dia akan cuba sedaya upaya untuk menarik perhatian wanita itu dengan menjalin benang-benang cinta walaupun sebenarnya tiada cinta dalam hatinya.
Dulu hidupnya kosong, hampa kerana terkecewa dalam bercinta. Justeru itu dia tidak percaya lagi pada kewujudan cinta di kalangan manusia. Setiap sesuatu pasti punya sebab! Begitulah dia membuat andaian. Untuk menyintai seseorang pun harus punyai sebab-sebab tertentu. Memang dia sengaja melontar diri tinggal jauh di pedalaman itu akibat cinta yang kecundang. Tetapi itu cerita lama. Gadis yang dicintai sudah pun menjadi milik orang lain.
“Selamat pagi tuan!” Tegur setiausahanya apabila melihat dia masuk ke pejabat dan berjalan lambat menuju ke bilik.
Dia hanya menganggukkan kepala, tanda dia mendengar sapaan itu dengan baik.
“Puan Rosnah sudah lama menunggu tuan di dalam…” Beritahu setiausahanya lagi.
Dia sedikit terperanjat, lantas mempercepatkan langkah menuju ke bilik kerjanya. Daun pintu ditolak dari luar. Dia melihat Rosnah duduk bersilang kaki di sofa berwarna putih bersih. Pagi itu dia tampil dengan sehelai baju hitam sendat, berlengan panjang tapi jarang dan berseluar kelabu. Tas tangannya yang comel juga berwarna kelabu terletak di atas riba. Memang dia anggun, siapa yang dapat menafikan. Coker bunga berwarna hitam terletak di lehernya yang jinjang. Wanita itu tersenyum memandangnya. Dia turut membalas pandangan itu, memberikan senyuman. Tidak disangkanya pertemuan itu harus terjadi setelah Rosnah bagaikan menghalaunya pergi dari rumah besarnya di Kuala Lumpur tempohari.
Rasa hatinya sedikit tersinggung dan marah diperlakukan seperti boneka. Dia berjalan ke mejanya lantas duduk di kusyen empuk. Richard memutar tubuhnya di kusyen, masih belum bersuara matanya sahaja memandang Rosnah tidak berkelip. Dia ingin marah dan menjerit menyatakan bahawa dia tidak sanggup dihina sebegitu rupa. Tetapi anehnya dia tidak jadi hendak marah sebaliknya bertanya;
“Apa mimpi datang awal pagi ke sini? I ingat you masih di KL, bersamanya… hmmm?” Saat yang sama, dia sempat membayangkan wajah Datuk Mustafa. Langsung tidak sesuai jika mereka berganding bersama, bagaikan batu kerikil dan permata.
Rosnah tergelak kecil. Dia tahu kemarahan Richard masih bersisa. Tetapi masakan lelaki itu tidak mahu mengerti. Dia tidak ingin Datuk Mustafa dapat menghidu perhubungan sulit mereka. Masakan dia tega untuk kehilangan segala kemewahan. Dia paling takut pada kemiskinan. Kemiskinan yang pernah dilalui sewaktu dia masih kecil hinggalah meningkat remaja bagaikan momok yang sentiasa mengejarnya.
“Sayang… Janganlah marah…”
“Haaa… Jangan panggil sayang di pejabat ni. Nanti ada yang terdengar dan I akan kehilangan pekerjaan.” Kata Richard masih lagi bersikap dingin biarpun dia langsung tidak berniat demikian.
“Cakaplah apa yang menyebabkan you datang ke sini awal-awal pagi. I agak sibuk sikit hari ni. Sekejap lagi nak ke ladang, I harus menyelia para pekerja di kilang…” Dia tidak menghabiskan kata-katanya. Sengaja dia mahu Rosnah tahu betapa sibuknya dia dengan tugasnya itu.
Rosnah terdengar bunyi enjin mesin kelapa sawit itu tiba-tiba berdengung kuat. Dia memerhati ke arah tingkap pejabat yang ternganga luas. Di sebelah pejabat itu terletaknya kilang memproses sawit mentah. Kepulan asap hitam kelihatan menjulang naik ke udara datangnya dari arah dalam kilang. Beberapa orang pekerja Bangladesh dan Indonesia kelihatan bergerak masuk ke pejabat untuk mencetak kad kedatangan di mesin pencatat waktu. Kemudian mereka beriringan masuk ke kilang. Ada yang menaiki motorsikal dengan sabit masing-masing masuk ke ladang untuk memulakan kerja di pagi itu. Kebanyakan mereka bekerja mengikut shift. Ada dua shift sahaja yang dijalankan di kilang itu. Sawit mentah yang sudah siap melalui proses awal, akan dihantar ke kilang yang terletak di Pulau Pinang untuk menjalani proses selanjutnya sebelum ianya menjadi bahan-bahan yang boleh digunakan sebagai bahan masakan dan sebagainya.
Pejabat Richard tidak dibekalkan dengan penghawa dingin, jadi tingkap-tingkap sentiasa terbuka. Angin pagi yang sentiasa bertiup membuat suasana di situ damai sekali. Kawasan kilang sawit itu memang dingin dan sentiasa lembab, suasana yang selalu mengingatkan dia ingin segera berlalu ke kamar dan menikmati tidur yang lena setelah diulik kekasih. Tetapi ianya tidak mudah berlaku apabila perhubungan itu adalah satu perhubungan yang terlarang. Rosnah memeluk tubuhnya sendiri, kedinginan.
“I tahu you sibuk tapi I perlukan pertolongan…”
“I ingat you tak perlukan apa-apa dari I lagi.”
“Come on… Sorry OK.” Rayu Rosnah bangkit dari sofa dan berjalan ke arah Richard. Bahu lelaki itu diramasnya lembut. “You harus faham, buah hati you isteri orang. You tak takut jika datuk dapat tahu hubungan kita? Kalau nak datang ke rumah I di KL, please… call I dulu.”
Richard diam, seperti baru menyedari kesilapannya.
“OK.” Dia membalas lembut bersama keluhan.
Setelah diam beberapa ketika, Rosnah menyambung bicara; “Apa yang mendorong I datang ke sini pagi ini berkait rapat dengan kehilangan Andy Farhan.” Katanya sambil berbisik ke telinga Richard.
Dahi Richard berkerut. Dia memerhati Rosnah yang sudah kembali duduk di sofa.
“OK, ceritalah.” Pinta Richard dengan tenang, bersandar di kusyen sambil memeluk tubuh.
Rosnah lalu menceritakan apa yang diketahuinya daripada Datuk Mustafa. Sungguhpun suaminya itu meminta dia merahsia perihal itu tetapi dia dengan rasa tidak sabar menceritakan semuanya kepada Richard. Tidak tertinggal satu apa pun.
“Hm, begitu rupanya. Jadi ini semua permainan dendam antara Datuk dengan Bahtiar?”
Rosnah mengangguk. “Tapi yang I sakit hati dia tak mahu beritahu di mana Andy Farhan. Dia sengaja nak sakitkan hati I. Dia sengaja dan suka tengok I macam ni… derita kerana kehilangan anak. Mentang-mentanglah dia ramai anak dengan isteri pertamanya itu… jadi dia tidak kisah tentang perasaan I langsung.”
“Apa yang kita perlukan sekarang adalah satu rancangan untuk membongkar rahsia yang masih lagi tersembunyi…” Kata Richard akhirnya.
“Ya… Satu rancangan. Yang pasti Salim samasekali tidak terlibat.” Rosnah memandang Richard. “Biar Salim jalani hidupnya sendiri dengan aman. Buat apa kita ganggu bekas banduan itu lagi?”
Richard mengangkat kening. Dia yakin Rosnah belum mengetahui keadaan Salim kini. Salim sudah bangkit semula, mengumpul kekayaan dan melebarkan pengaruhnya walaupun hanya di satu kawasan yang terpencil. Pun Richard percaya, Salim akhirnya akan kembali terkenal dan berjaya mengharumkan namanya semula.

No comments:
Post a Comment